SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Descargar para leer sin conexión
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

MISKONSEPSI DALAM KALANGAN PELAJAR PADA TOPIK CAHAYA
DAN UPAYA MENGATASINYA
(STUDENTS’ MISCONCEPTION IN THE TOPIC OF LIGHT
AND SOLVING EFFORTS)
1

Maria Abdullah, 2Rian Vebrianto
Ministry of Education, Brunei Darussalam,
2
Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor, Malaysia
1

Abstrak
Penggunaan strategi pengajaran berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran. Kajian ini dijalankan keatas sebuah Sekolah Rendah di Brunei
dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan
sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi
yang di hadapi oleh pelajar di mata pelajaran sains khususnya pada tajuk cahaya dan
upaya mengatasinya. Dalam kajian ini, guru terlibat dalam banyak aktiviti yang dibuat
untuk membantu pelajar untuk belajar secara inkuiri. Dimana guru menyediakan
pelajarnya dengan alatan yang tersedia dan strategi perubahan konsep seperti teknik
menyoal, yang memerlukan pelajar-pelajar untuk membina penerangan (tugasan) dan
menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat perbezaan yang jelas terhadap pencapaian dan pemahaman pelajar sebelum
dengan sesudah kajian dijalankan.
Kata kunci Inkuiri, Miskonsepsi, Konsep Cahaya
Abstract
The use of teaching strategy is closely related to the students’ achievements in a course.
This study is being held in a Brunei elementary school in and for about 20 students
participated in. The writer has used intended tuype of sample. 10 female students and
10 male students were involved. This paper is written to observe a misconception
problem which is faced by students in science course especially to the topic og light
and solving efforts. Here, teachers were involved a lot in the activities to help students
by inquiry. Where, teachers provide their students with utensils, tools and concept
changing strategy like testing technique that requires students to organise assignments
and deep thinking. The result of this observation has show that there is a difference
before and after this study held about result and conceptual knowledge of students.
Keywords Inquiry, Misconception, Concept of Light

Pengenalan
Kementerian Pendidikan telah menunjukkan komitmen dalam kepentingan dan
pembangunan mata pelajaran sains di peringkat rendah atas di sekolah sejak 1982.
Ini terbukti bila Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum
telah memasukkan mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran wajib untuk peringkat
92
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

rendah atas sekolah rendah pada tahun 1982, pembangunan pemisahan isi pelajaran
sains rendah atas sekolah rendah yang diimplementasi pada tahun 1990 dan juga pada
tahun 2003 iaitu implementasi “Inkuiri Sains” di peringkat Sekolah Rendah.
Sukatan Pelajaran Baru bagi mata pelajaran Sains Sekolah Rendah di Brunei
telah mula diperkenalkan pada tahun 2003. Dan perubahan tersebut dibuat kerana
didapati proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan adalah sangat
bergantung pada keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik
darjah.
Sehubungan dengan itu guru telah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu dan teknik
pengajaran yang bersesuaian dan terkini yang berupaya meningkatkan sikap dan
motivasi pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan sekaligus meningkatkan
pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Abdul Halim (2009)
menyatakan bahawa guru bukan saja mempunyai peranan yang dominan sebagai
penyampai pengetahuan di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga sebagai
pemudahcara dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Justeru itu, di dalam
sukatan pelajaran Baru tersebut, proses pembelajaran bagi mata pelajaran Sains lebih
ditekankan dengan menggunakan Kaedah Inkuiri. Kaedah Inkuiri memerlukan seorang
guru memberi tumpuan kepada penguasaan isi kandungan sains, ciri-ciri pelajar sains
seperti sikap, bekerjasama, rasa ingin tahu, berfikiran terbuka, penerapan kemahiran
saintifik pelajar dan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif, dan di samping
penguasaan pedagogi sains.
Bukti juga telah dilaporkan oleh Lindberg (2005) yang menyatakan bahawa
kaedah Inkuiri berkait rapat dengan pengajaran yang berkesan dan juga membolehkan
pelajar memahami proses saintifik dan pengetahuan perbendaharaan kata sains. Proses
pembelajaran kaedah Inkuiri lebih menitiberatkan kepada pembangunan komunikasi
melalui pertanyaan, conceptualising, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
berfikir.
Namun begitu, didapati guru-guru Sains masih mengamalkan pengajaran
berpusatkan kepada guru dengan penglibatan pelajar yang sangat terbatas dan terhad.
Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar dalam
pembelajaran kurang digunakan dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran
mereka. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya mendengar yang pasif tanpa melakukan
apa-apa aktiviti pembelajaran. Suasana pembelajaran bilik darjah tidak menyediakan
ruang untuk pelajar-pelajar menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur
semula idea mereka dengan fakta sebenar.
Hasil Laporan Badan Petugas Sumber Manusia, Dasar dan Pelan HRD Negara
Brunei Darussalam (Laporan Tahun Kementerian Pendidikan, 2000 hingga 2008)
menyatakan bahawa pendidikan pada masa ini belum dapat memberikan kemahirankemahiran yang diperlukan bagi lepasan sekolah sebagai persediaan dalam dunia
pekerjaan, terutama sekali untuk menghadapai arus globalisasi dan ekonomi berasaskan
pengetahuan (K-ekonomi) di Abad ke 21 dan juga laporan itu menyatakan keputusan
Peperiksaan Penilaian Rendah Bawah (PSR) bagi mata pelajaran adalah menurun dan
amat mendukacita dan ini memberi kesan terhadap kadar enrolmen bagi mata pelajaran
Sains Tulen di peringkat menengah serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam
mata pelajaran Sains di Peringkat menengah.
Ramai kajian di luar dan di dalam negara telah dijalankan berhubung miskonsepsi
dalam pengajaran dan pembelajaran (Meyer & Debra, 1993; Tema, 1989; Nor Liza,
2005). Kanak-kanak telah didapati membentuk konsepsi awal mengenai fenomena
biasa berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling. Mereka mempunyai idea
93
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

sendiri untuk menerangkan fenomena harian. Idea-idea itu telah diperolehi tanpa melalui
pembelajaran formal. Setengah daripada konsepsi awal itu didapati bercanggah dengan
penerangan yang diberikan oleh ahli (Nor Liza, 2005). Miskonsepsi ini harus dibendung
dengan pengukuhan konsepsi awal kanak-kanak agar ianya tidak bercanggahan dengan
teori dan fakta sains. Kajian tempatan telah menunjukkan kewujudan salah kosepsi
dalam beberapa topik di peringkat sekolah menengah, maktab dan universiti sukar
untuk diubah (Lee et al. 1992; Khalijah, Subahan & Khyasudeen, 1991).
Konsep cahaya dan ciri-cirinya bagi pelajar adalah fokus kajian di beberapa
buah Negara dengan anggaran umur pelajar-pelajar di antara sembilan ke dua puluh
tahun (Fetherstonhaugh and Treagust, 1992). Secara biasanya, kebanyakan kajiankajian menggunakan temuduga dan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat pelajar,
membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar tidak menggunakan konsep bersistematik
dan banyak konsep tidak dapat diterima pelajar secara saintifiknya walaupun pelajar
telah atau belum menerima konsep ini terlalu sukar ditukar dengan arahan biasa.
Selain dari itu, pelajar-pelajar mungkin memerlukan arahan dalam bidang Sains untuk
mencapai keputusan yang baik dalam Ujian mata pelajaran Sains.
Sehubungan dengan ini adalah didapati bahawa kaedah pengajaran Sains perlu
sesuaikan dengan keperluan pelajar dan untuk mereka lebih memahami fenomena dan
konsep abstrak yang telah mereka pelajari. Inilah adalah di antara satu sebab kenapa
pengkaji-pengkaji berfikir satu konsep tidak boleh di sampaikan secara berkesan dan
difahami oleh pelajar tanpa perubahan metodologi atau kaedah pembelajaran.
Tujuan Kajian
Pada amnya kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi
oleh pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya
mengatasinya.
Metodologi
Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang
pelajar terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan sampel jenis bertujuan.
Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian
ini. Sampel yang dipilih terdiri dari pelbagai tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan
tinggi.
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini mengandungi tiga komponen terdiri dari Ujian Pra, aktiviti
intervensi dan ujian Pasca. Ujian Pra dan Ujian Pasca di bentuk mengenai topik cahaya.
Dan setelah itu pelajar-pelajar tersebut akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti
berhubung dengan topik cahaya.
Intervensi
Kajian ini menggunakan pelbagai strategi terutama strategi inkuiri dengan melakukan
eksperimen, menggunakan fenomena alam yang melibatkan teori pembelajaran
kognitivisme piaget dan teori konstruktivisme vygostky untuk memudahkan pengkaji
membantu pelajar dengan membuat modul dan lembaran aktiviti untuk mengatasi
miskonsepsi yang terjadi pada pelajar melalui imej.
94
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

Dapatan Dan Perbincangan Kajian
Perbezaan pencapaian Ujian Pra dan Pasca
Berikut adalah keputusan Ujian pra dan pasca pelajar selepas menjalani intervesi
yang telah menggunakan kaedah inkuiri. Dalam dapatan ini disenaraikan perbezaan
keputusan ujian pra dan pasca untuk nilai min pada Jadual 1, di bawah ini.
Jadual 1 Perbezaan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian

N

Min

Pra

20

3.75

Pasca

20

7.15

Dari Jadual 1 di atas, didapati bahawa terdapat perbezaan min antara ujian Pra dan
ujian Pasca. Skor Min bagi Ujian Pra ialah 3.75 (N=20). Manakala Skor Min bagi
ujian Pasca ialah 7.15 (N=20). Adapun, terdapat perbezaan Min 3.4 di antara ujian
Pra dan ujian Pasca pelajar-pelajar dalam topik cahaya. Dengan ini ia menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian Pra dan Ujian Pasca bagi pelajar-pelajar
tersebut dan miskonsepsi pemahaman konsep yang tersebut sebelumnya (preconceived
notions) dan selepas diberikan intervensi. Hal ini dapat dikatakan bahawa terjadi kesan
yang positif jika dilihat dari nilai min pelajar sebelum dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran.
Untuk melihat secara spesifik terhadap pelajar berdasarkan hasil intervensi yang
diberikan dapat dilihat seperti pada Jadual 2 berkaitan dengan keputusan seluruh pelajar
tahun 5 dalam ujian pra dan pasca.
Jadual 2 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Pelajar-pelajar tahun 5
Pelajar

Ujian Pra

Ujian Pasca

Perbezaan Score

A

5

8

3

B

0

5

5

C

4

8

4

D

5

9

4

E

6

10

4

F

2

6

4

G

0

5

5

H

1

6

5

I

3

6

3

J

2

5

3

K

6

7

1

95
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

sambung...
L

8

10

2

M

4

6

2

N

8

10

2

O

7

9

2

P

1

7

6

Q

4

7

3

R

1

6

5

S

5

7

2

T

3

6

3

Jadual 2 di atas, menunjukkan keputusan keseluruhan pelajar-pelajar dalam ujian
Pra dan Ujian Pasca topik cahaya. Hasil analisis adalah didapati kebanyakan pelajarpelajar telah membuat peningkatan dalam Ujian Pasca mereka. Pelajar-pelajar yang
berpencapaian tinggi (Pelajar K, L, N dan H) telah menunjukkan peringkatan sebanyak
10% di dalam ujian Pasca. Manakala pelajar yang berpencapaian sederhana (Pelajar
A, D, E, M dan S) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 30% dalam ujian Pasca
mereka. Pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah (Pelajar B, C, F, G, H, I, J, P, Q, R
dan T) menunjukkan peningkatan dalam ujian Pasca sebanyak 52.70%. Ini menujukkan
bahawa miskonsepsi awal pelajar-pelajar dalam topik cahaya dapat diperbaiki dengan
mendedahkan mereka kepada intervenis yang berunsurkan aktiviti-aktiviti.
Fetherstonhaugh dan Treagust (1992) telah menjalankan satu kajian terhadap
pelajar-pelajar Tahun 8 di sekolah bandar dan negeri untuk membandingkan dan
memeriksa jika ada persamaan dalam konsep cahaya dan ciri-cirinya di antara
kumpulan berdasarkan intervensi pengajaran. Dari keputusannya, kaedah pengajaran
telah dikatakan berjaya dan ramai pelajar-pelajar dapat membentuk jawapan saintifik
yang boleh diterima dalam ujian yang diberikan selepas arahan yang mereka terima
pada ujian permulaan.
Keputusan ujian Pasca kedua (delay post-test) tetap sama dengan ujian permulaan.
Keputusan dari ujian kedua menunjukkan satu perbezaan, pelajar-pelajar telah menukar
konsep mereka yang dipelajari sejak tiga tahun dahulu dan hasil kajian ini juga melihatkan
kaedah pengajaran mempunyai kesan dan mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar
untuk jangka masa yang panjang. Kaedah pengajaran yang diterangkan oleh Treagust
et. al. (2002) nampaknya berjaya dalam mengubah pemikiran pelajar dalam banyak
keadaan dan ini termasuklah pemikiran tentang cahaya dan ciri-cirinya. Hasilnya boleh
dibandingkan dengan perubahan konsep pengajaran yang diterangkan oleh Anderson
dan Smith (dinyatakan dalam Fetherstonhaugh dan Treagust, 1992) dengan pelajarpelajar Tahun 5.
Dapatan ini sama dengan dapatan yang telah dibuat oleh Brandon (2008) dalam
kajian mereka telah menunjukkan akiviti sains berdasarkan teknik pertanyaan
dan pencarian dalam lembaran pengkodan mempunyai pengaruh positif terhadap
pembentukan kognitif pelajar-pelajar, sikap berani mengambil risiko, bekerjasama
dengan rakan, pencapaian sains, proses kemahiran sains, pemahaman dan perubahan
konsep terhadap pengetahuan sains secara keseluruhan berbanding dengan pelajar
96
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

yang menggunakan pendekatan tradisi (konvensional). Dengan erti kata lain, kajian
ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan pendekatan inkuiri telah
meningkat sikapnya terhadap sains dan sekolah. Roth (2006) dalam kajian mereka
mendapati bahawa pelajar-pelajar menunjukkan proses kemahiran tahap yang tinggi
melalui pengalaman seperti pendekatan baru di bilik sains yang memberikan pelajarpelajar kebebasan untuk melakukan percubaan yang betul dalam konteks yang tulen.
Mereka menemui bahawa pelajar-pelajar belajar untuk mengenalpasti dan menyatakan
sesuatu dengan logik, memahami dan mengubah serta menganalisis maklumat,
merancang dan membuat percubaan eksperimentasi dan membuat andaian formulanya.
Kajian yang mereka lakukan berdasarkan pelajar-pelajar dari tiga kelas di Canada
Tengah dan ia menunjukkan bahawa kaedah Inkuiri boleh meningkatkan pencapaian
akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains.
Menurut Piaget (1964), kanak-kanak tidak dapat menerima pengetahuan secara
pasif tetapi secara penemuan dan membentuk pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti.
Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekitar psikologi dan fizikal, mereka
akan mula membentuk struktur pemikiran yang dapat menolong mereka mengatur dan
menyusun pengalaman mereka dan interaksi masa depan mereka secara terus. Prinsip
asas pendidikan adalah memberi peluang pelajar-pelajar dalam penglibatan aktivitiaktiviti kognitif dan manipulatif dengan guru-guru. Alatan-alatan yang digunakan
dalam pembelajaran boleh menolong untuk mencipta struktur-struktur mental mereka
dan mengenal dunia sekeliling mereka.
Scruggs dan Mastropieri (2002) dalam kajian mereka menekankan kepada kesankesan pendekatan pembelajaran berpandukan buku, pendekatan pertanyaan dan
pencarian bagi mata pelajaran Sains di dalam kelas pendidikan khas menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar yang berkeperluan khas mendapat markah yang tinggi bila
mereka diajar dengan melakukan aktiviti atau kaedah Inkuiri, pencarian dan alatanalatan. Oleh yang demikian, apabila pelajar diajar dengan kaedah mengikut pengalaman
dan tidak secara terus, mereka akan belajar lebih banyak, ingat lebih banyak dan berasa
gembira apabila mempelajari Sains jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah
tradisional. Selain dari itu, mereka mendapati pelajar-pelajar menggemari aktiviti
sains secara mencuba dari melakukan aktiviti membaca buku teks bagi yang telah
mengalami kedua-dua kaedah tersebut. Secara keseluruhannya telah nyata bahawa
pendekatan secara mencuba dan melakukan aktiviti dengan sendirinya memberi kesan
positif kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas.
Kesimpulan
Kajian ini telah berjaya mencungkil maklumat-maklumat berkaitan dengan pelajar
terhadap mata pelajaran sains. Diharapkan maklumat dari pendekatan ini membolehkan
pelajar memperoleh konsep cahaya dengan mudah. Pelajar harus sedar bahawa mereka
mempunyai pendekatan yang sesuai untuk memudahkan mereka menjelaskan konsep
satu persatu mengikut kaedah yang telah ditunjukkan. Oleh itu, pelajar juga harus
berubah menjadi aktif dalam pelbagai aktiviti perbincangan kelas yang dijalankan
agar memperoleh keseronokkan dalam pembelajaran. Justeru, latihan eksperimen dan
aktiviti-aktiviti serta tugasan yang diberi perlu dilakukan dan sentiasa berinteraksi
dengan guru agar dapat membantu dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar perlu lebih bijak mencari peluang untuk bersikap bertanggungjawab terhadap
pembelajaran melalui tugasan yang diberi.
97
JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA
VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393

Rujukan
Abdul Halim (2009). Pembinaan Ujian Diagnostik Dan Modul Pembelajaran Kendiri
Mekanik Kuantum Ke arah Mengatasi Miskonsepsi. Tesis. UKM.
Brandon, P.R., Taum A.K.H, Young D.B., Pottenger F.M. (2008).The development
and validation of The Inquiry Science Observation Coding Sheet.Evaluation and
Program Planning. 31 (2008) 247– 258.
Fetherstonhaugh, T. & Treagust, D. F. (1992). Students’ understanding of light and its
properties: Teaching to engender conceptual change. Science Education, 76, 653672.
Khalijah Mohd Salleh, T. Subahan Mohd Meerah & Khyasudeen Abdul Majid (1990).
Study and assesment of students nations of motion. Malaysian Context ASPENAPTEA Regional Workshop on Conceptual Structures and Conceptual Learning.
Lee, M.N.N. Nurulazam, A., Zain, M. & Sulaiman, S. (1992). Misconceptions in
selected topics in physics among Malaysian Pupils. Journal of Science and
Mathematics Education in Southeast Asia. 15(1): 55-62.
Lindberg. S.I. (2005). Consequences of electoral systems in Africa: a Preliminary
inquiry. Electoral studies 24 (2005) 41-64.
Meyer & Debra, K. (1993). Recognizing ang changing students misconceptions: An
intructional perspective. Science Journal. 200: 270-278.
Nor Liza (2005). Pengetahuan konseptual dalam topik pecahan di kalangan guru-guru
pelatih Maktab Perguruan. Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Piaget,  J. (1964).  Development and learning. In T. Ripple & V. Rockcastle (Eds.),
Piaget rediscovered (pp. 7-20).
Roth. L. M. (2006). “Because I’m Worth It: Understanding Inequality in a Variable
Pay System”. Sociological Inquiry 76, 1 (February): 116-139.
Scruggs, T. W. & Mastropieri, M. A. (2002). On babies and bathwater: Addressing the
problems of identification of learning disabilities. Learning Disability Quarterly.
25 (2), 155-168.
Tema, B.O. (1989). Rural and urban African pupils’ alternative conceptions of
“animals”. Journal of Biological Education, 23(3): 199-207.
Treagust, D. F., Chittleborough, G. And Mamiala, T. L. (2002). Students’ understanding
of the role of scientific models in learning science. Int. J. Sci. Educ., 2002, Vol. 24,
No. 4, 357–368.

98

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktifKaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktif
Rena Rozaini
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044
Nurul Mazni
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Norafsah Awang Kati
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
abdol rahim
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
SitiJaza
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
D'ba Rosle
 

La actualidad más candente (19)

Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Presentation pendekatan projek edu
Presentation pendekatan projek eduPresentation pendekatan projek edu
Presentation pendekatan projek edu
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
Kaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktifKaedah induktif dan deduktif
Kaedah induktif dan deduktif
 
Plbd
PlbdPlbd
Plbd
 
TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044TUGASAN 1 KPT6044
TUGASAN 1 KPT6044
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarKaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAHDIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
DIARI 50 : MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
 
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk selContoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial Model Pengajaran Behavourial
Model Pengajaran Behavourial
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Sorotan kajian
Sorotan kajianSorotan kajian
Sorotan kajian
 
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidahPembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
Pembentangan kaedah dan teknik pembelajaran aqidah
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 

Similar a JURNAL SAIN 3

Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
stephchun93
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
diaernah
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
Tham Mee
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
Mohd Nuruzzaman
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
liaw5
 
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptxPembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
sathurubajnaniee
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Ikhram Johari
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
vibila
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
iyatieku ayune
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Noraini Sahirin
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
FREE FILE DOWNLOAD
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Mie Rozaimi
 
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Mokhzani Fadir
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
Ummi Azilla
 

Similar a JURNAL SAIN 3 (20)

Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptxPembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
Modul kemahiran proses sains kssr tahun 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
Flipped classroom dalam_konteks_malaysia-1
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 

Más de Sundaramoorthi Govindasamy (8)

JURNAL SAINS 7
JURNAL SAINS 7JURNAL SAINS 7
JURNAL SAINS 7
 
JURNAL SAINS 6
JURNAL SAINS 6JURNAL SAINS 6
JURNAL SAINS 6
 
JURNAL SAINS 5
JURNAL SAINS 5JURNAL SAINS 5
JURNAL SAINS 5
 
JURNAL SAINS 4
JURNAL SAINS 4JURNAL SAINS 4
JURNAL SAINS 4
 
JURNAL 2
JURNAL 2JURNAL 2
JURNAL 2
 
KBAT SAINS
KBAT SAINSKBAT SAINS
KBAT SAINS
 
Bahan kbat sains
Bahan kbat sainsBahan kbat sains
Bahan kbat sains
 
Ilakkanam & ilakkiyam
Ilakkanam & ilakkiyamIlakkanam & ilakkiyam
Ilakkanam & ilakkiyam
 

JURNAL SAIN 3

  • 1. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 MISKONSEPSI DALAM KALANGAN PELAJAR PADA TOPIK CAHAYA DAN UPAYA MENGATASINYA (STUDENTS’ MISCONCEPTION IN THE TOPIC OF LIGHT AND SOLVING EFFORTS) 1 Maria Abdullah, 2Rian Vebrianto Ministry of Education, Brunei Darussalam, 2 Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia 1 Abstrak Penggunaan strategi pengajaran berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian ini dijalankan keatas sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi oleh pelajar di mata pelajaran sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya mengatasinya. Dalam kajian ini, guru terlibat dalam banyak aktiviti yang dibuat untuk membantu pelajar untuk belajar secara inkuiri. Dimana guru menyediakan pelajarnya dengan alatan yang tersedia dan strategi perubahan konsep seperti teknik menyoal, yang memerlukan pelajar-pelajar untuk membina penerangan (tugasan) dan menggalakkan mereka untuk berfikir secara mendalam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang jelas terhadap pencapaian dan pemahaman pelajar sebelum dengan sesudah kajian dijalankan. Kata kunci Inkuiri, Miskonsepsi, Konsep Cahaya Abstract The use of teaching strategy is closely related to the students’ achievements in a course. This study is being held in a Brunei elementary school in and for about 20 students participated in. The writer has used intended tuype of sample. 10 female students and 10 male students were involved. This paper is written to observe a misconception problem which is faced by students in science course especially to the topic og light and solving efforts. Here, teachers were involved a lot in the activities to help students by inquiry. Where, teachers provide their students with utensils, tools and concept changing strategy like testing technique that requires students to organise assignments and deep thinking. The result of this observation has show that there is a difference before and after this study held about result and conceptual knowledge of students. Keywords Inquiry, Misconception, Concept of Light Pengenalan Kementerian Pendidikan telah menunjukkan komitmen dalam kepentingan dan pembangunan mata pelajaran sains di peringkat rendah atas di sekolah sejak 1982. Ini terbukti bila Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Perkembangan Kurikulum telah memasukkan mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran wajib untuk peringkat 92
  • 2. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 rendah atas sekolah rendah pada tahun 1982, pembangunan pemisahan isi pelajaran sains rendah atas sekolah rendah yang diimplementasi pada tahun 1990 dan juga pada tahun 2003 iaitu implementasi “Inkuiri Sains” di peringkat Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran Baru bagi mata pelajaran Sains Sekolah Rendah di Brunei telah mula diperkenalkan pada tahun 2003. Dan perubahan tersebut dibuat kerana didapati proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan adalah sangat bergantung pada keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu guru telah dilengkapkan dengan pelbagai ilmu dan teknik pengajaran yang bersesuaian dan terkini yang berupaya meningkatkan sikap dan motivasi pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan sekaligus meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Abdul Halim (2009) menyatakan bahawa guru bukan saja mempunyai peranan yang dominan sebagai penyampai pengetahuan di dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga sebagai pemudahcara dalam menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Justeru itu, di dalam sukatan pelajaran Baru tersebut, proses pembelajaran bagi mata pelajaran Sains lebih ditekankan dengan menggunakan Kaedah Inkuiri. Kaedah Inkuiri memerlukan seorang guru memberi tumpuan kepada penguasaan isi kandungan sains, ciri-ciri pelajar sains seperti sikap, bekerjasama, rasa ingin tahu, berfikiran terbuka, penerapan kemahiran saintifik pelajar dan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif, dan di samping penguasaan pedagogi sains. Bukti juga telah dilaporkan oleh Lindberg (2005) yang menyatakan bahawa kaedah Inkuiri berkait rapat dengan pengajaran yang berkesan dan juga membolehkan pelajar memahami proses saintifik dan pengetahuan perbendaharaan kata sains. Proses pembelajaran kaedah Inkuiri lebih menitiberatkan kepada pembangunan komunikasi melalui pertanyaan, conceptualising, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir. Namun begitu, didapati guru-guru Sains masih mengamalkan pengajaran berpusatkan kepada guru dengan penglibatan pelajar yang sangat terbatas dan terhad. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran kurang digunakan dan diamalkan oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya mendengar yang pasif tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Suasana pembelajaran bilik darjah tidak menyediakan ruang untuk pelajar-pelajar menguji, menganalisis, menghipotesis dan menstruktur semula idea mereka dengan fakta sebenar. Hasil Laporan Badan Petugas Sumber Manusia, Dasar dan Pelan HRD Negara Brunei Darussalam (Laporan Tahun Kementerian Pendidikan, 2000 hingga 2008) menyatakan bahawa pendidikan pada masa ini belum dapat memberikan kemahirankemahiran yang diperlukan bagi lepasan sekolah sebagai persediaan dalam dunia pekerjaan, terutama sekali untuk menghadapai arus globalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi) di Abad ke 21 dan juga laporan itu menyatakan keputusan Peperiksaan Penilaian Rendah Bawah (PSR) bagi mata pelajaran adalah menurun dan amat mendukacita dan ini memberi kesan terhadap kadar enrolmen bagi mata pelajaran Sains Tulen di peringkat menengah serta pencapaian yang kurang memuaskan dalam mata pelajaran Sains di Peringkat menengah. Ramai kajian di luar dan di dalam negara telah dijalankan berhubung miskonsepsi dalam pengajaran dan pembelajaran (Meyer & Debra, 1993; Tema, 1989; Nor Liza, 2005). Kanak-kanak telah didapati membentuk konsepsi awal mengenai fenomena biasa berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling. Mereka mempunyai idea 93
  • 3. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 sendiri untuk menerangkan fenomena harian. Idea-idea itu telah diperolehi tanpa melalui pembelajaran formal. Setengah daripada konsepsi awal itu didapati bercanggah dengan penerangan yang diberikan oleh ahli (Nor Liza, 2005). Miskonsepsi ini harus dibendung dengan pengukuhan konsepsi awal kanak-kanak agar ianya tidak bercanggahan dengan teori dan fakta sains. Kajian tempatan telah menunjukkan kewujudan salah kosepsi dalam beberapa topik di peringkat sekolah menengah, maktab dan universiti sukar untuk diubah (Lee et al. 1992; Khalijah, Subahan & Khyasudeen, 1991). Konsep cahaya dan ciri-cirinya bagi pelajar adalah fokus kajian di beberapa buah Negara dengan anggaran umur pelajar-pelajar di antara sembilan ke dua puluh tahun (Fetherstonhaugh and Treagust, 1992). Secara biasanya, kebanyakan kajiankajian menggunakan temuduga dan kaji selidik untuk mendapatkan maklumat pelajar, membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar tidak menggunakan konsep bersistematik dan banyak konsep tidak dapat diterima pelajar secara saintifiknya walaupun pelajar telah atau belum menerima konsep ini terlalu sukar ditukar dengan arahan biasa. Selain dari itu, pelajar-pelajar mungkin memerlukan arahan dalam bidang Sains untuk mencapai keputusan yang baik dalam Ujian mata pelajaran Sains. Sehubungan dengan ini adalah didapati bahawa kaedah pengajaran Sains perlu sesuaikan dengan keperluan pelajar dan untuk mereka lebih memahami fenomena dan konsep abstrak yang telah mereka pelajari. Inilah adalah di antara satu sebab kenapa pengkaji-pengkaji berfikir satu konsep tidak boleh di sampaikan secara berkesan dan difahami oleh pelajar tanpa perubahan metodologi atau kaedah pembelajaran. Tujuan Kajian Pada amnya kajian ini bertujuan untuk meninjau masalah miskonsepi yang di hadapi oleh pelajar dalam mata pelajaran Sains khususnya pada tajuk cahaya dan upaya mengatasinya. Metodologi Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Rendah di Brunei dan seramai 20 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Penyelidik telah menggunakan sampel jenis bertujuan. Seramai 10 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini. Sampel yang dipilih terdiri dari pelbagai tahap iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Instrumen Kajian Instrumen kajian ini mengandungi tiga komponen terdiri dari Ujian Pra, aktiviti intervensi dan ujian Pasca. Ujian Pra dan Ujian Pasca di bentuk mengenai topik cahaya. Dan setelah itu pelajar-pelajar tersebut akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berhubung dengan topik cahaya. Intervensi Kajian ini menggunakan pelbagai strategi terutama strategi inkuiri dengan melakukan eksperimen, menggunakan fenomena alam yang melibatkan teori pembelajaran kognitivisme piaget dan teori konstruktivisme vygostky untuk memudahkan pengkaji membantu pelajar dengan membuat modul dan lembaran aktiviti untuk mengatasi miskonsepsi yang terjadi pada pelajar melalui imej. 94
  • 4. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 Dapatan Dan Perbincangan Kajian Perbezaan pencapaian Ujian Pra dan Pasca Berikut adalah keputusan Ujian pra dan pasca pelajar selepas menjalani intervesi yang telah menggunakan kaedah inkuiri. Dalam dapatan ini disenaraikan perbezaan keputusan ujian pra dan pasca untuk nilai min pada Jadual 1, di bawah ini. Jadual 1 Perbezaan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian N Min Pra 20 3.75 Pasca 20 7.15 Dari Jadual 1 di atas, didapati bahawa terdapat perbezaan min antara ujian Pra dan ujian Pasca. Skor Min bagi Ujian Pra ialah 3.75 (N=20). Manakala Skor Min bagi ujian Pasca ialah 7.15 (N=20). Adapun, terdapat perbezaan Min 3.4 di antara ujian Pra dan ujian Pasca pelajar-pelajar dalam topik cahaya. Dengan ini ia menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian Pra dan Ujian Pasca bagi pelajar-pelajar tersebut dan miskonsepsi pemahaman konsep yang tersebut sebelumnya (preconceived notions) dan selepas diberikan intervensi. Hal ini dapat dikatakan bahawa terjadi kesan yang positif jika dilihat dari nilai min pelajar sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk melihat secara spesifik terhadap pelajar berdasarkan hasil intervensi yang diberikan dapat dilihat seperti pada Jadual 2 berkaitan dengan keputusan seluruh pelajar tahun 5 dalam ujian pra dan pasca. Jadual 2 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca Pelajar-pelajar tahun 5 Pelajar Ujian Pra Ujian Pasca Perbezaan Score A 5 8 3 B 0 5 5 C 4 8 4 D 5 9 4 E 6 10 4 F 2 6 4 G 0 5 5 H 1 6 5 I 3 6 3 J 2 5 3 K 6 7 1 95
  • 5. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 sambung... L 8 10 2 M 4 6 2 N 8 10 2 O 7 9 2 P 1 7 6 Q 4 7 3 R 1 6 5 S 5 7 2 T 3 6 3 Jadual 2 di atas, menunjukkan keputusan keseluruhan pelajar-pelajar dalam ujian Pra dan Ujian Pasca topik cahaya. Hasil analisis adalah didapati kebanyakan pelajarpelajar telah membuat peningkatan dalam Ujian Pasca mereka. Pelajar-pelajar yang berpencapaian tinggi (Pelajar K, L, N dan H) telah menunjukkan peringkatan sebanyak 10% di dalam ujian Pasca. Manakala pelajar yang berpencapaian sederhana (Pelajar A, D, E, M dan S) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 30% dalam ujian Pasca mereka. Pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah (Pelajar B, C, F, G, H, I, J, P, Q, R dan T) menunjukkan peningkatan dalam ujian Pasca sebanyak 52.70%. Ini menujukkan bahawa miskonsepsi awal pelajar-pelajar dalam topik cahaya dapat diperbaiki dengan mendedahkan mereka kepada intervenis yang berunsurkan aktiviti-aktiviti. Fetherstonhaugh dan Treagust (1992) telah menjalankan satu kajian terhadap pelajar-pelajar Tahun 8 di sekolah bandar dan negeri untuk membandingkan dan memeriksa jika ada persamaan dalam konsep cahaya dan ciri-cirinya di antara kumpulan berdasarkan intervensi pengajaran. Dari keputusannya, kaedah pengajaran telah dikatakan berjaya dan ramai pelajar-pelajar dapat membentuk jawapan saintifik yang boleh diterima dalam ujian yang diberikan selepas arahan yang mereka terima pada ujian permulaan. Keputusan ujian Pasca kedua (delay post-test) tetap sama dengan ujian permulaan. Keputusan dari ujian kedua menunjukkan satu perbezaan, pelajar-pelajar telah menukar konsep mereka yang dipelajari sejak tiga tahun dahulu dan hasil kajian ini juga melihatkan kaedah pengajaran mempunyai kesan dan mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar untuk jangka masa yang panjang. Kaedah pengajaran yang diterangkan oleh Treagust et. al. (2002) nampaknya berjaya dalam mengubah pemikiran pelajar dalam banyak keadaan dan ini termasuklah pemikiran tentang cahaya dan ciri-cirinya. Hasilnya boleh dibandingkan dengan perubahan konsep pengajaran yang diterangkan oleh Anderson dan Smith (dinyatakan dalam Fetherstonhaugh dan Treagust, 1992) dengan pelajarpelajar Tahun 5. Dapatan ini sama dengan dapatan yang telah dibuat oleh Brandon (2008) dalam kajian mereka telah menunjukkan akiviti sains berdasarkan teknik pertanyaan dan pencarian dalam lembaran pengkodan mempunyai pengaruh positif terhadap pembentukan kognitif pelajar-pelajar, sikap berani mengambil risiko, bekerjasama dengan rakan, pencapaian sains, proses kemahiran sains, pemahaman dan perubahan konsep terhadap pengetahuan sains secara keseluruhan berbanding dengan pelajar 96
  • 6. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 yang menggunakan pendekatan tradisi (konvensional). Dengan erti kata lain, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang menggunakan pendekatan inkuiri telah meningkat sikapnya terhadap sains dan sekolah. Roth (2006) dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar-pelajar menunjukkan proses kemahiran tahap yang tinggi melalui pengalaman seperti pendekatan baru di bilik sains yang memberikan pelajarpelajar kebebasan untuk melakukan percubaan yang betul dalam konteks yang tulen. Mereka menemui bahawa pelajar-pelajar belajar untuk mengenalpasti dan menyatakan sesuatu dengan logik, memahami dan mengubah serta menganalisis maklumat, merancang dan membuat percubaan eksperimentasi dan membuat andaian formulanya. Kajian yang mereka lakukan berdasarkan pelajar-pelajar dari tiga kelas di Canada Tengah dan ia menunjukkan bahawa kaedah Inkuiri boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains. Menurut Piaget (1964), kanak-kanak tidak dapat menerima pengetahuan secara pasif tetapi secara penemuan dan membentuk pengetahuan melalui aktiviti-aktiviti. Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan alam sekitar psikologi dan fizikal, mereka akan mula membentuk struktur pemikiran yang dapat menolong mereka mengatur dan menyusun pengalaman mereka dan interaksi masa depan mereka secara terus. Prinsip asas pendidikan adalah memberi peluang pelajar-pelajar dalam penglibatan aktivitiaktiviti kognitif dan manipulatif dengan guru-guru. Alatan-alatan yang digunakan dalam pembelajaran boleh menolong untuk mencipta struktur-struktur mental mereka dan mengenal dunia sekeliling mereka. Scruggs dan Mastropieri (2002) dalam kajian mereka menekankan kepada kesankesan pendekatan pembelajaran berpandukan buku, pendekatan pertanyaan dan pencarian bagi mata pelajaran Sains di dalam kelas pendidikan khas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang berkeperluan khas mendapat markah yang tinggi bila mereka diajar dengan melakukan aktiviti atau kaedah Inkuiri, pencarian dan alatanalatan. Oleh yang demikian, apabila pelajar diajar dengan kaedah mengikut pengalaman dan tidak secara terus, mereka akan belajar lebih banyak, ingat lebih banyak dan berasa gembira apabila mempelajari Sains jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah tradisional. Selain dari itu, mereka mendapati pelajar-pelajar menggemari aktiviti sains secara mencuba dari melakukan aktiviti membaca buku teks bagi yang telah mengalami kedua-dua kaedah tersebut. Secara keseluruhannya telah nyata bahawa pendekatan secara mencuba dan melakukan aktiviti dengan sendirinya memberi kesan positif kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan khas. Kesimpulan Kajian ini telah berjaya mencungkil maklumat-maklumat berkaitan dengan pelajar terhadap mata pelajaran sains. Diharapkan maklumat dari pendekatan ini membolehkan pelajar memperoleh konsep cahaya dengan mudah. Pelajar harus sedar bahawa mereka mempunyai pendekatan yang sesuai untuk memudahkan mereka menjelaskan konsep satu persatu mengikut kaedah yang telah ditunjukkan. Oleh itu, pelajar juga harus berubah menjadi aktif dalam pelbagai aktiviti perbincangan kelas yang dijalankan agar memperoleh keseronokkan dalam pembelajaran. Justeru, latihan eksperimen dan aktiviti-aktiviti serta tugasan yang diberi perlu dilakukan dan sentiasa berinteraksi dengan guru agar dapat membantu dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar perlu lebih bijak mencari peluang untuk bersikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran melalui tugasan yang diberi. 97
  • 7. JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA VOL.2 NO.1 ISSN 2232-0393 Rujukan Abdul Halim (2009). Pembinaan Ujian Diagnostik Dan Modul Pembelajaran Kendiri Mekanik Kuantum Ke arah Mengatasi Miskonsepsi. Tesis. UKM. Brandon, P.R., Taum A.K.H, Young D.B., Pottenger F.M. (2008).The development and validation of The Inquiry Science Observation Coding Sheet.Evaluation and Program Planning. 31 (2008) 247– 258. Fetherstonhaugh, T. & Treagust, D. F. (1992). Students’ understanding of light and its properties: Teaching to engender conceptual change. Science Education, 76, 653672. Khalijah Mohd Salleh, T. Subahan Mohd Meerah & Khyasudeen Abdul Majid (1990). Study and assesment of students nations of motion. Malaysian Context ASPENAPTEA Regional Workshop on Conceptual Structures and Conceptual Learning. Lee, M.N.N. Nurulazam, A., Zain, M. & Sulaiman, S. (1992). Misconceptions in selected topics in physics among Malaysian Pupils. Journal of Science and Mathematics Education in Southeast Asia. 15(1): 55-62. Lindberg. S.I. (2005). Consequences of electoral systems in Africa: a Preliminary inquiry. Electoral studies 24 (2005) 41-64. Meyer & Debra, K. (1993). Recognizing ang changing students misconceptions: An intructional perspective. Science Journal. 200: 270-278. Nor Liza (2005). Pengetahuan konseptual dalam topik pecahan di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan. Projek. Universiti Kebangsaan Malaysia. Piaget,  J. (1964).  Development and learning. In T. Ripple & V. Rockcastle (Eds.), Piaget rediscovered (pp. 7-20). Roth. L. M. (2006). “Because I’m Worth It: Understanding Inequality in a Variable Pay System”. Sociological Inquiry 76, 1 (February): 116-139. Scruggs, T. W. & Mastropieri, M. A. (2002). On babies and bathwater: Addressing the problems of identification of learning disabilities. Learning Disability Quarterly. 25 (2), 155-168. Tema, B.O. (1989). Rural and urban African pupils’ alternative conceptions of “animals”. Journal of Biological Education, 23(3): 199-207. Treagust, D. F., Chittleborough, G. And Mamiala, T. L. (2002). Students’ understanding of the role of scientific models in learning science. Int. J. Sci. Educ., 2002, Vol. 24, No. 4, 357–368. 98