SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 27
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3401
BAHASA MELAYU TINGGI
SEMESTER 2, 2012/13

PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA : RASHIDAH BINTI MURAT
NO. MATRIK : 168627
PROGRAM: BACELOR SASTERA – PENGKHUSUSAN
BAHASA ASING ( BAHASA ARAB)
NO. KUMPULAN: KUMPULAN 1

DISEDIAKAN UNTUK :
PROF. MADYA DR. RAJA MASITTAH BTE RAJA ARIFFIN

1
PENGHARGAAN
SELAUT KASIH , SELEMBAR BUDI
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Terlebih dahulu, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah
saya iaitu Prof. Madya Dr. Raja Masittah Bte Raja Ariffin yang banyak memberi tunjuk ajar
kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya iaitu dengan menyumbangkan maklumat dan idea yang bernas serta memberi
komitmen yang padu kepada saya agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna seperti
yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda
tercinta yang disayangi dan dirindui selalu. Dengan berkat doa serta pengorbanan mereka
mengasuh dan mendidik, saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading yang bertuah dan
indah ini. Lantaran itu juga, mereka banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada
saya supaya meneruskan tekad membuat tugasan ini dengan lebih tekun.
Di samping itu, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli kumpulan saya
yang bersama-sama mencari dan mengumpul bahan-bahan tugasan. Tidak dilupakan terima kasih
juga kepada pihak-pihak yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir
kalam, sekian dahulunya buat tatapan insan-insan yang tersayang kerana telah banyak membantu
dan memberi komitmen yang padu pada saya untuk menyempurnakan tugasan yang diberi ini
dengan jayanya. Jasa dan pengorbanan kalian amatlah dihargai dan tidak mungkin akan saya
lupakan sehingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih. Wassalam.
2
DAFTAR KANDUNGAN
TOPIK
Penghargaan
Daftar Kandungan

M/S
2
3-4

1.0 Pendahuluan
1.1 Abstrak

5

1.2 Objektif Kajian

6

1.3 Kaedah Kajian

6-7

1.4 Batasan Kajian

7

1.5 Definisi Istilah

7-8

2.0 Sejarah Ringkas Perkembangan Bahasa Melayu
2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

9

2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

9

2.3 Zaman Bahasa Melayu Klasik

10

2.4 Zaman Bahasa Melayu Peralihan

10

2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

10

3.0 Peranan Mahasiswa Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
3.1 Menganjurkan Minggu Bahasa Kebangsaan

11

3.2 Penerapan Budaya Suka Membaca

12

3.3 Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri

12

3
3.4 Memberi Galakan Dan Kepercayaan Kepada Mahasiswa Antarabangsa Dalam
Mendalami Bahasa Melayu
3.5 Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur
3.6 Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat

13
13-14
14

4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Serta Sumbangan Mahasiswa
4.1 Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT

15

4.2 Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah

16

4.3 Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa

16

5.0 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu
5.1 Pengaruh Bahasa Slanga

17-18

5.2 Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan

18

5.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir

19-20

5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan

20-21

6.0 Hasil Kajian

22-23

7.0 Penutup
7.1 Kesimpulan

24

7.2 Cadangan

25

8.0 Bibliografi

26-27

9.0 Lampiran

28-30

4
PENDAHULUAN
1.1

Abstrak
Kajian ini merupakan kupasan yang mengkaji sejauh mana peranan mahasiswa

khususnya tidak kira di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi
Swasta (IPTS) dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hal
ini juga berkaitan dengan usaha yang ditunjukkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
dengan sumbangan golongan mahasiswa secara khusus ke arah memperkasakan bahasa
kebangsaan sesuai dengan aspirasi kerajaan iaitu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama Malaysia dan terus utuh dan kekal sepanjang zaman serta mencapai Wawasan
2020. Dengan merujuk pelbagai sumber, kajian ini membicarakan juga mengenai pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam usaha memperkasakan
bahasa rasmi negara kita. Peranan para mahasiswa amat penting sebagai generasi utama yang
menjadi tonggak ilmuwan yang dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan bakal penggerak ke
mana arah tuju bahasa Melayu pada masa hadapan. Kita tidak akan meminggirkan bahasa lain
seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia kerana bahasa lain memang ada peranan dan
sumbangannyayang tertentu dalam pembangunan negara kita. Namun, kita masih berpegang
teguh kepada prinsip awal penubuhan negara ini, iaitu bahasa Melayu akan terus kekal menjadi
bahasa nombor satu negara dan penggunaannya haruslah meliputi segala urusan dalam negara
serta dilaksanakan secara meluas. Hal ini demikian disebabkan bahasa Melayu adalah asas jati
diri, asas pemikiran, dan nilai serta pandangan hidup kita sebagai bangsa yang berdaulat dan
bermaruah, sementara bahasa lain berperanan membantu proses pemindahan ilmu, maklumat dan
teknologi daripada budaya lain ke dalam budaya kita.

5
1.2

Objektif

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu secara ringkas bagi
menghayati asal-usul bahasa Melayu itu sendiri melalui lima fasa atau zaman.
2. Untuk mengkaji peranan para mahasiswa di IPTA atau IPTS sebagai bakal generasi
akan datang dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Untuk mengenal pasti peranan Dewan Bahasa Melayu dan Pustaka (DBP) dengan
sumbangan para mahasiswa ke arah memperkasakan bahasa kebangsaan negara kita.
4. Untuk mengenal pasti cabaran terbesar dan utama yang dihadapi khususnya oleh para
mahasiswa dalam era globalisasi ini.
5. Untuk menyelidik hasil kajian daripada borang kaji selidik seperti yang terdapat
dalam lampiran.

1.3

Kaedah Kajian
Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah kaedah pergi ke

perpustakaan dengan merujuk buku-buku, jurnal, majalah dan penulisan kreatif yang telah dikaji
oleh pengkaji terdahulu. Internet juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam
mencari bahan untuk tujuan kajian ini. Seterusnya ialah kaedah borang kaji selidik dengan
bilangan responden seramai 31 orang di mana kesemua soalan yang diajukan dicipta sendiri oleh
ahli kumpulan saya sendiri bagi melengkapkan lagi misi kajian ini.
Akhir sekali, kaedah mencari bahan di Wisata Minda, Sanggar Bahasa, Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan mencari bahan-bahan seperti tesis atau penulisan
6
ilmiah khususnya yang menyimpan pelbagai tajuk penyelidikan yang dibuat oleh para graduan
Universiti Putra Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Pencarian bahan-bahan di situ sedikit
sebanyak membantu saya dalam membuat draf tugasan ini secara sempurna dan saya mampu
menyiapkan tugasan ini dengan baik.

1.4

Batasan Kajian
Tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian yang utama. Pertama, sejarah ringkas

penubuhan bahasa Melayu. Selain itu, peranan para mahasiswa dalam memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa nombor satu negara. Seterusnya, peranan Dewan Bahasa Melayu dan
Pustaka (DBP) dengan sumbangan yang diberikan khususnya oleh golongan mahasiswa. Akhir
sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam memperjuangkan
bahasa kebangsaan negara ini.

1.5

Definisi Istilah
Peranan menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tugas (bahagian, pekerjaan)

yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu.
Mahasiswa pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pelajar (penuntut) di
universiti; kemahasiswaan hal yang berkaitan dengan mahasiswa.
Seterusnya, martabat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kedudukan pada
mata masyarakat, darjat, pangkat dan tingkat. Oleh itu, memartabatkan menurut sumber kamus
yang sama bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat.
7
Bahasa menurut Kamus Besar Bahasa Melayu bermaksud bicara, ujaran tatatertib, sopan
santun, tingkah laku, pertuturan / percakapan yang baik (Zainal Abidin Safarwan, 1996:128).
Definisi bahasa yang paling baru dan lazim menurut fungsi dan bentuknya.
Menurut fungsinya, bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan
yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk ucapan dan dipakai oleh sesuatu
masyarakat sebagai pelat berkomunikasi.
Menurut bentuknya, bahasa telah ditakrifkan oleh Chomsky sebagai sejumlah kalimatkalimat yang tidak terbatas, di mana setiap kalimat mempunyai panjang yang terbatas dan terbuat
dari sejumlah unsur-unsur (elemen-elemen) yang terbatas pula jumlahnya.
Seterusnya, Melayu pula menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud satu nama asal
bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya.
Akhir sekali, kebangsaan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud kepada sesuatu
yang berkaitan dengan negara secara keseluruhannya nasional dan dipilih untuk melambangkan
keperibadian sesebuah negara seperti bahasa dan pakaian.

8
SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa
Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap-tahap
iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, bahasa
Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Peralihan dan bahasa Melayu Moden.
2.1

Zaman Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud sejak 2,500 sebelum Masihi.

Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala
menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu
Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu, Bahasa Melayu Purba
tidak wujud dalam bentuk tulisan.
2.2

Zaman Bahasa Melayu Kuno
Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno

bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi
kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam
yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah
prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud
setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya
dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan
bahasa pentadbiran.

9
2.3

Zaman Bahasa Melayu Klasik
Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah

Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa
Melayu Klasik”. Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu
Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Dalam masa yang sama
bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya
dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini juga jelas dalam aktiviti
perdagangan dan penyebaran agama Islam.
2.4

Zaman Bahasa Melayu Peralihan
Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Peralihan

bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk
menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi
politik. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan
Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Zaman bahasa Melayu Peralihan ini juga,
terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah
dan lain-lain.
2.5

Zaman Bahasa Melayu Moden
Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah dinyatakan bahawa zaman bahasa

Melayu Moden telah mula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai
permulaan zaman bahasa Melayu moden. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
10
PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU
Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun, masyarakat akan memandang golongan
mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi tidak kira IPTA atau IPTS sebagai organ
utama dalam merealisasikan tamadun sesebuah bangsa itu. Untuk merealisasikan pembinaan
tamadun Melayu ini, para mahasiswa harus memainkan peranan dalam memperjuangkan soal
kebangkitan bahasa ibunda iaitu dalam memartabatkan bahasa Melayu.

3.1

Menganjurkan Minggu Bahasa Melayu Dalam Kegiatan Kebahasaan
Peranan utama golongan mahasiswa ini adalah dengan menganjurkan Minggu Bahasa

Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing dalam kegiatan kebahasaan. Hal ini amat
penting untuk dilaksanakan bagi tujuan memupuk rasa cinta dan bangga akan bahasa ibunda
sendiri khususnya dalam kalangan mahasiswa itu sendiri. Buktinya, kebimbangan bahasa melayu
ini akan terhakis sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap pemansuhan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar seperti yang pernah berlaku kepada bahasa jawi jika tanggungjawab
sebegini tidak dijalankan. Kegiatan kebahasaan yang terdapat pada Minggu Bahasa Malaysia ini
juga dapat memberikan kesedaran yang tinggi dan peka mengenai segala isu global yang
berkaitan dalam mengangkat martabat bahasa Melayu mengenai peri pentingnya peranan
mahasiswa dalam memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita ini.

11
3.2

Penerapan Budaya Sikap Suka Membaca
Kedua, para mahasiswa perlulah menjadikan budaya membaca sebagai amalan wajib

sebagai bakal ilmuwan. Sikap kurang membaca merupakan antara salah satu punca timbulnya isu
mahasiswa lesu. Perkara ini terjadi disebabkan mahasiswa terlalu bergantung harap dengan
lembaran nota yang diberikan oleh sesetengah pensyarah sehingga segelintir mahasiswa
merasakan mencari bahan rujukan tambahan seperti buku ilmiah di perpustakaan hanya
membuang masa dan tidak diperlukan.
Kesannya, ilmu pengetahuan seseorang mahasiswa itu hanya terhad kepada pengajaran
dan sebarang nota daripada pensyarah mereka sendiri dan tidak bertambah kepada sesuatu yang
bersifat baru. Oleh itu, sekiranya budaya suka membaca ini berjaya diterapkan dalam diri
golongan mahasiswa terutamanya terhadap bahan-bahan ilmiah seperti buku dan jurnal dalam
bahasa Melayu, maka mereka mampu berbahasa Melayu dengan baik sekali gus dapat
mengangkat tinggi nilai bahasa Melayu itu sendiri.

3.3

Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri
Ketiga, para mahasiswa mestilah menyemai jati diri masing-masing sebagai masyarakat

Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Pembinaan jati diri sesuatu bangsa itu harus
dimulai dengan mencintai bahasa

ibundanya. Di institusi pengajian tinggi masing-masing,

penggunaan bahasa Melayu mestilah diterapkan dalam situasi rasmi dan tidak memasukkan
elemen pelbagai dialek di dalamnya khususnya dalam majlis-majlis rasmi. Perkara sebegini
penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak cepat terpengaruh dengan unsur luar
seperti pengaruh bahasa slanga yang juga sangat popular dalam kalangan mahasiswa sendiri.
12
3.4

Memberi Galakan Dan Kepercayaan Padu Kepada Mahasiswa Antarabangsa

Dalam Mendalami Bahasa Melayu
Seperti yang kita tahu, bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca dan diucapkan oleh
pelbagai etnik di Malaysia. Jadi amat wajarlah ribuan mahasiswa antarabangsa diberi pengajaran
mengenai kursus Bahasa Melayu Komunikatif. Pada waktu yang sama, mahasiswa tempatan
boleh mendekati mereka dengan menggunakan beberapa pendekatan yang efektif.
Contohnya, menggunakan pendekatan bertanyakan perkembangan pembelajaran bahasa
Melayu di samping mempromosikan budaya pelbagai etnik di Malaysia ini yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara walaupun mempunyai bahasa masing-masing.
Sekiranya minat mereka dengan bahasa Melayu ini sangat mendalam, maka mahasiswa tempatan
boleh mengesyorkan supaya turut mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang
dianjurkan pada Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh para mahasiswa sendiri sebagai
tanda sokongan mereka sendiri.

3.5

Menjadikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur
Sekiranya pertandingan tersebut yang mula diadakan pada tahun 2007 dijadikan kayu

ukur oleh golongan mahasiswa, maka sudah tentu martabat bahasa kebangsaan kita dapat
dijulang tinggi. Keindahan dan keunikan bahasa Melayu dapat dizahirkan melalui kebolehan
menguasai bahasa Melayu para peserta dari luar negara jadi tidak mustahillah sekiranya suatu
hari nanti bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ASEAN yang penuturnya adalah 350 juta
orang.

13
Oleh itu, tanggungjawab ini juga perlu digalas oleh para mahasiswa bagi merealisasikan
misi ini dan dapat merentasi pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa akan datang
dengan kerjasama pelbagai pihak tertentu.

3.6

Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat
Dalam perkara ini, para mahasiswa harus melihat kembali bagaimana kejayaan empayar

Islam suatu ketika dahulu yang telah menjadi tamadun yang terbilang melangkaui tamadun yang
sedia ada dan sebelumnya. Bagi menjadi seorang pejuang bahasa yang hebat, tidak semestinya
seseorang itu harus mengambil program bahasa Melayu dalam sesebuah institusi pengajian
tinggi malah program perubatan misalnya masih boleh menjadi pejuang bahasa.
Contohnya, para mahasiswa yang mengikuti mana-mana program di luar negara memang
mempelajari ilmu pengetahuan tersebut dalam bahasa asing tetapi apabila kembali ke Malaysia,
akan berlaku suatu proses dengan menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam
sistem pendidikan di Malaysia tanpa menolak kepentingan bahasa asing yang dipelajari tersebut
seperti yang beraku di negara matahari terbit iaitu Jepun.
Hal ini terbukti bahawa kemajuan sesuatu bangsa itu bukanlah bergantung kepada bahasa
asing. Masyarakat akan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang datang dari negara
barat jika golongan mahasiswa berpendapat sedemikian.

14
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) SERTA SUMBANGAN
MAHASISWA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi
memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu
daripada perhatian daripada pelbagai pihak pada era globalisasi ini. Peranan Dewan Bahasa dan
Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar
Nasional untuk Membina Bangsa" namun saya akan menghuraikan peranan DBP secara khusus
serta sumbangan yang diberikan oleh golongan mahasiswa.
4.1

Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT
Antara peranan yang dijalankan oleh pihak DBP adalah dengan mengadakan aktiviti

kesusasteraan dalam usaha mengembangkan bakat kesusasteraan yang ada bukan sahaja pada
para mahasiswa tetapi juga ahli akademik dan kakitangan IPT. Aktiviti kesusasteraan yang
dianjurkan oleh DBP adalah seperti bengkel penulisan, ceramah, seminar dan lain-lain bagi
mengasah bakat terpendam mereka di samping melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada
masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan
kaedah penganugerahan bagi menggalakkan golongan mahasiswa khususnya dalam menceburi
bidang ini. Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2012, Siti Aisyah yang merupakan
kakitangan DBP menyatakan bahawa Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP sedang
berusaha mendapatkan kerjasama institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi melaksanakan
Bengkel Penulisan Esei Kritikan, sekali gus mencambah usaha bagi menambah jumlah
pengkritik yang begitu sedikit jumlahnya di Malaysia.

15
4.2

Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah
DBP juga bertanggungjawab dalam mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam

percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk
kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Para mahasiswa, ahli akademik serta kakitangan IPT boleh
memberikan sumbangan dengan menulis bahan yang berkaitan penyelidikan dan pelbagai genre
bahasa dan sastera untuk dimuatkan ke dalam bahan bacaan terbitan DBP. Misalnya, Universiti
Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan kerjasama
dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah bagi menerbitkan buku-buku
akademik hasil karya ahli akademik universiti itu. UMSKAL telah menyalurkan hasil
penyelidikan dan tulisan berkaitan perniagaan dan multimedia kepada DBP untuk diterbitkan ke
dalam buku, majalah dan majalah terbitan DBP. Dengan adanya kerjasama tersebut, penerbitan
buku berkenaan akan dapat membantu menampung lebih banyak buku rujukan khusus berkaitan
penyelidikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
4.3

Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa
Seterusnya, DBP berperanan dalam bidang pengiklanan dengan cara menguar-uarkan

ruang karya dan menulis bagi belia khususnya mahasiswa untuk dipromosikan di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) kerana kelihatan pentas ini belum wujud lagi. Respon dari Dato’ Dr. Haji
Awang bin Sariyan, pihak DBP menggalakkan penghantaran karya dalam salah satu laman
sesawang DBP, e-Coret.

16
CABARAN YANG PERLU DIHADAPI DALAM MEMARTABATKAN BAHASA
MELAYU
5.1

Pengaruh Bahasa Slanga
Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh

sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya
difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam
berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai
golongan mengikut identiti mereka.
Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya
menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan
mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam
pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal.
Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang
baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering kali digunakan oleh golongan muda seperti
kumpulan rock dan kawan melepak, atau pelajar universiti atau golongan profesional untuk
menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini
cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman.
Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun,
buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut
tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya
berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu

17
tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada
pembangunan negara.

5.2

Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Bahan Rujukan
Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah

kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa
Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar
universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan
dari segi istilah.
Malah, buku-buku ilmiah ini banyak didatangkan dari luar negara untuk rujukan para
pelajar di Institusi Pengajian Tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS khususnya dalam bidang Sains
dan Teknologi seperti perubatan dan kejuruteraan. Dasar mempercayai budaya orang luar juga
telah lama menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia dan perkara ini perlu dikekang
awal dan tidak boleh dipandang ringan seperti bak kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu
sebelanga”.
Oleh itu, para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan lebih banyak
buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya bagi satu usaha
ke arah memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sekali gus memudahkan para mahasiswa
khususnya dalam mencari bahan rujukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri.

18
5.3

Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir
Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah

kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya.
Abdul Hamid Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan
jika para tenaga pengajar yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan
bahasa Melayu dengan betul.
Menurut kajian beliau, ramai tenaga pengajar masih menggunakan dialek setempat
semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard.
Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga
pengajar tersebut menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru.
Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat
mempelajari bahasa Melayu dengan betul.
Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di dalam kelas masih ada sehingga
hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar yang dianggap sebagai orang Melayu adalah orang
Melayu. Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di
rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka.
Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka
terpaksa mempelajarinya.
Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di institusi pendidikan, para
pelajar akan diajar mengenai aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan pelajar yang pintar berbahasa selain dapat
menggunakan tatabahasa dengan betul.
19
Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di institusi pendidikan adalah untuk
membolehkan para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau
ayat dengan menganalisis kedudukannya.
Selain itu, ia juga dapat membantu para pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah
difahami oleh orang lain serta pelajar dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat.
Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Tenaga pengajar
perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Mereka tidak boleh dengan
sewenang-wenangnya mengajar tatabahasa kepada para pelajar tanpa membuat sebarang rujukan
berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Hal ini bersesuaian dengan zaman sekarang di
mana para pelajar perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan
peperiksaan kelak.

5.4

Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan
Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat

kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa
Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu semakin tidak diambil kira lagi.
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka
hendak menjadi bangsa yang maju dengan alasan proses globalisasi.
Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu
dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu
merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan

20
pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Cabaran paling serius adalah terhadap
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan
kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).
Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di
negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta
yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya.
Pada pendapat saya, perkara itu kurang relevan kerana buktinya bahasa Melayu pernah
digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu juga telah dibuktikan oleh
UKM apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang
lain. Golongan professional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut
mahir berbahasa Inggeris.

21
HASIL KAJIAN
Graf Bar

PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
70
60

Peratus (%)

50
40
setuju

30

x setuju
20
10
0
1

2

3

4

5

Kategori Soalan

PETUNJUK:
1. Pengaplikasian Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahasiswa.
2. Penggunaan dialek negeri masing-masing dalam pertuturan harian dengan rakan senegeri
mahasiswa.
3. Golongan mahasiswa saling tegur-menegur dan memperbetulkan penggunaan bahasa
Melayu.
4. Golongan mahasiswa sering mengikuti program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat
universiti.
5. Golongan mahasiswa gemar membeli dan membaca bahan ilmiah yang diterbitkan oleh DBP.

22
Huraian Berdasarkan Graf
Graf bar ini membincangkan mengenai peratus bilangan mahasiswa yang memainkan
peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan kajian,
sebanyak 61% responden gemar membeli dan membaca bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan
oleh DBP. Hanya 39% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana
bahan-bahan tersebut mudah didapati oleh golongan mahasiswa, pihak DBP telah membuat
penjualan dan pameran buku-buku mereka secara besar-besaran di institusi pengajian tinggi
(IPT).
Namun begitu, sebanyak 61% responden juga tidak bersetuju untuk mengikuti program
Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat universiti. Hasil kajian tersebut mencatat peratus tidak
setuju yang tertinggi di antara kelima-lima kategori soalan. Hal ini kerana bagi mereka program
tersebut kurang menarik dan membosankan disebabkan kurangnya pembaharuan aktiviti dalam
pengisian program tersebut. Oleh itu, pihak penganjur iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
hendaklah mempelbagaikan aktiviti yang lebih menarik sepanjang program tersebut diadakan.
Selain itu, pihak penganjur perlulah menawarkan bentuk hadiah yang lebih menarik bagi setiap
kategori pertandingan agar para mahasiswa akan lebih cenderung untuk menyertai pertandingan
tersebut seperti tiket percutian ke destinasi berhampiran dan lain-lain.
Kesimpulannya, para mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberikan
maklum balas yang begitu baik dalam memainkan peranan bagi memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.

23
PENUTUP
7.1

Kesimpulan
Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke

peringkat pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan
bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius
setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi sekiranya hal ini melibatkan
bidang pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah
perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal
itu, generasi muda terutama para mahasiswa harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa
kebangsaan dengan kerjasama pihak tertentu. Dalam mencari ilmu pengetahuan di negara asing,
apabila golongan mahasiswa kembali ke Malaysia, sumbangan mereka amatlah diperlukan
khususnya dalam bidang pendidikan dengan menggunakan bahasa pengantar kebangsaan.
Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun
2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara sepanjang zaman.
Untuk meletakkan bahasa Melayu ke dunia yang luas, kita memerlukan satu bahasa yang
diistilahkan sebagai bahasa Melayu global dan bukan dialek-dialek nasional yang sedia
berkembang. Minat ahli politik dan ahli akademik terhadap pembinaan bahasa Melayu global
memang selalu ada tetapi kerap kali diselubungi oleh sikap dan tindakan yang bertentangan.
Oleh itu, kita seharusnya membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk
memahami dan menguasai bahasa Melayu. Jika kita bersedia dan dapat bersikap sedemikian
maka barulah kita dapat berucap dan bercakap tentang keberkesanan bahasa Melayu secara
global.
24
7.2

Cadangan
Kita mungkin selalu mendengar ungkapan “BAHASA JIWA BANGSA” di mana-mana

di sekeliling kita, jadi sudah tibalah masanya ungkapan ini dihayati dan diimplementasikan
dengan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak. Hidupkanlah kembali slogan ‘Jiwa Bangsa’ kita ini
agar bangsa kita akan terus mekar, disanjung dan dipandang mulia. Kita tidak harus terus selesa
dengan sentimen bahawa penggunaan bahasa Melayu hanya sesuai untuk golongan yang
mempunyai tahap akademik yang rendah semata-mata. Pertama, saya cadangkan bahawa para
mahasiswa perlu memperbanyak karya dan kajian asli untuk memperluaskan bahan rujukan
bersifat tempatan. Selain itu, golongan mahasiswa ini hendaklah meningkatkan penulisan dan
perterjemahan buku-buku dan makalah-makalah ilmu ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, para
mahasiswa yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu boleh mengadakan perbincangan secara
ulang tetap di antara tenaga pengajar, mahasiswa dan pentadbir universiti serta pihak swasta bagi
mencari inisiatif baru yang mampu menjulang martabat bahasa pengantar utama negara ini.
Semua cadangan tersebut diharap dapat memupuk kesedaran khususnya golongan
mahasiswa sebagai tonggak utama negara tentang peri pentingnya mencintai dan menghargai
bahasa kebangsaan. Dalam akhbar Berita Harian, DBP sendiri bercadang untuk mengadakan
Bengkel Penulisan Musim Panas khusus untuk pelajar luar negara yang pulang pada cuti
semester dan telah pun mendapat persetujuan awal daripada kelompok terbabit yang berminat
mendalami selok-belok penulisan secara formal.
Akhir sekali, secara umumnya,saya ingin cadangkan melalui kesepakatan seluruh
ASEAN dan Benua Asia agar bahasa Melayu ini terus ditinggikan dan diletakkan sebagai antara
bahasa utama di peringkat badan-badan dunia.

25
BIBLIOGRAFI
Mohd Amin Arshad. (2000). ‘Bahasa Slanga’: Pembentukan & Ciri-cirinya dalam Monograf
Bahasa dan Budaya Melayu. Bil 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Awang Sariyan. (1998). Isu-isu Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.: Petaling Jaya.
Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kamus Dewan. (2002). Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa. Oktober 2002. Jilid 2. Bilangan 10. Rejab / Syaaban 1423.
Ismail bin Dahaman. (1991). Peranan DBP Dalam Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia
Menjelang Abad ke-21. Dalam Jurnal Dewan Bahasa Mei 1991. Jil. 35(5) hlm. 415-451. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Kamal Hassan, (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala
Lumpur, Penerbit Nurin Enterprise.
Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992). Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

26
Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Amin Arshad ( 2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor.
Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pusataka.
Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M).
http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 5.4.2013.
http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com
http://www.utusan.com.my/utusan/info© Utusan Melayu (M) Bhd
UTUSAN MALAYSIA, 1 NOVEMBER 2011.
UTUSAN MALAYSIA , 19 JANUARI 2012.

27

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
Alia Maisarah
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
Rasit Masrii
 
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong
firo HAR
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
princess Sakura
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Izzah Zahh
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
Hamizan Md
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
zazunzin
 

La actualidad más candente (20)

Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Teknik nyanyian
Teknik nyanyianTeknik nyanyian
Teknik nyanyian
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)5 Bahasa Melayu Moden (1)
5 Bahasa Melayu Moden (1)
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong
 
Peranan mabbim
Peranan mabbimPeranan mabbim
Peranan mabbim
 
Bentuk Kata
Bentuk KataBentuk Kata
Bentuk Kata
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Kemerosotan melaka
Kemerosotan melakaKemerosotan melaka
Kemerosotan melaka
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 

Destacado

Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Norafsah Awang Kati
 
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik
shuhadanawawi
 
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Alex King
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
mandalina landy
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
Adha Fouat
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
Ham Dan
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Rosnani Hassan
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
CIKGU NAZARINANAWAWI
 

Destacado (20)

MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA  HADAPAN BAHASA MELAYUMASA  HADAPAN BAHASA MELAYU
MASA HADAPAN BAHASA MELAYU
 
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asiaTugasan tamadun islam dan tamadun asia
Tugasan tamadun islam dan tamadun asia
 
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan PelajarPembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
Pembentangan Hasil Kajian Bahasa Slanga dalam Kalangan Pelajar
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
 
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Klasik
 
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
 
Asal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa MelayuAsal usul Bahasa Melayu
Asal usul Bahasa Melayu
 
Kebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisionalKebaikan permainan tradisional
Kebaikan permainan tradisional
 
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu KunoBahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Kuno
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggerisAssigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
Assigment memartabatkan bahasa malaysia dan memperkukuh bahasa inggeris
 
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmubahasa melayu sebagai bahasa ilmu
bahasa melayu sebagai bahasa ilmu
 
Jenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunciJenis-jenis graf dan kata kunci
Jenis-jenis graf dan kata kunci
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di MalaysiaDialog Antara Tamadun Di Malaysia
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
 
GRAF BAR
GRAF BARGRAF BAR
GRAF BAR
 

Similar a Asgmt BMT.doc

Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah munaProses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Irma Nurmayanti
 

Similar a Asgmt BMT.doc (20)

RENCANA PEMBELAJARAN SEMESTER MATA KULIAH PPBI
RENCANA PEMBELAJARAN SEMESTER MATA KULIAH PPBIRENCANA PEMBELAJARAN SEMESTER MATA KULIAH PPBI
RENCANA PEMBELAJARAN SEMESTER MATA KULIAH PPBI
 
Bahasa Indonesia
 Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 
Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah munaProses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
Proses morfologis nomina dalam bahasa daerah muna
 
Makalahpenelitian
MakalahpenelitianMakalahpenelitian
Makalahpenelitian
 
Sk kd-bahasa-indonesia-kelas-xi-semester-2
Sk kd-bahasa-indonesia-kelas-xi-semester-2Sk kd-bahasa-indonesia-kelas-xi-semester-2
Sk kd-bahasa-indonesia-kelas-xi-semester-2
 
2 krb3053
2 krb30532 krb3053
2 krb3053
 
Bahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu SaintifikBahasa Melayu Saintifik
Bahasa Melayu Saintifik
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT  MODUL 1 _MPBISD.pptxPPT  MODUL 1 _MPBISD.pptx
PPT MODUL 1 _MPBISD.pptx
 
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
Meningkatkan kemampuan vocabulary dengan menggunakan media word wall siswa ke...
 
Spkbi unit3
Spkbi unit3Spkbi unit3
Spkbi unit3
 
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docxPENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
PENTINGNYA_BELAJAR_DAN_PEMBELAJARAN_BAHA.docx
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 
Power poin membaca
Power poin membacaPower poin membaca
Power poin membaca
 
Aspek membaca
Aspek membacaAspek membaca
Aspek membaca
 
Rpp bahas indonesia sma xii bab 1
Rpp bahas indonesia sma xii bab 1Rpp bahas indonesia sma xii bab 1
Rpp bahas indonesia sma xii bab 1
 

Más de rashidahmurat92 (7)

معجم رشيدة
معجم رشيدةمعجم رشيدة
معجم رشيدة
 
Zuhair Bin Abi Sulma
Zuhair Bin Abi SulmaZuhair Bin Abi Sulma
Zuhair Bin Abi Sulma
 
Asgmt Basic Entrepreneurship
Asgmt Basic EntrepreneurshipAsgmt Basic Entrepreneurship
Asgmt Basic Entrepreneurship
 
Cara i'rab bhs arb
Cara i'rab bhs arbCara i'rab bhs arb
Cara i'rab bhs arb
 
Assignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan MalaysiaAssignment Kenegaraan Malaysia
Assignment Kenegaraan Malaysia
 
Agriculture and Man
Agriculture and ManAgriculture and Man
Agriculture and Man
 
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BMPeranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
Peranan Mahasiswa Dlm Memartabatkan BM
 

Último

Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Último (20)

Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 

Asgmt BMT.doc

  • 1. FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI BBM 3401 BAHASA MELAYU TINGGI SEMESTER 2, 2012/13 PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DISEDIAKAN OLEH : NAMA : RASHIDAH BINTI MURAT NO. MATRIK : 168627 PROGRAM: BACELOR SASTERA – PENGKHUSUSAN BAHASA ASING ( BAHASA ARAB) NO. KUMPULAN: KUMPULAN 1 DISEDIAKAN UNTUK : PROF. MADYA DR. RAJA MASITTAH BTE RAJA ARIFFIN 1
  • 2. PENGHARGAAN SELAUT KASIH , SELEMBAR BUDI Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Prof. Madya Dr. Raja Masittah Bte Raja Ariffin yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Beliau banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya iaitu dengan menyumbangkan maklumat dan idea yang bernas serta memberi komitmen yang padu kepada saya agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna seperti yang telah ditetapkan. Dalam pada itu, tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta yang disayangi dan dirindui selalu. Dengan berkat doa serta pengorbanan mereka mengasuh dan mendidik, saya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading yang bertuah dan indah ini. Lantaran itu juga, mereka banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada saya supaya meneruskan tekad membuat tugasan ini dengan lebih tekun. Di samping itu, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli kumpulan saya yang bersama-sama mencari dan mengumpul bahan-bahan tugasan. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang turut terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kalam, sekian dahulunya buat tatapan insan-insan yang tersayang kerana telah banyak membantu dan memberi komitmen yang padu pada saya untuk menyempurnakan tugasan yang diberi ini dengan jayanya. Jasa dan pengorbanan kalian amatlah dihargai dan tidak mungkin akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat. Sekian, terima kasih. Wassalam. 2
  • 3. DAFTAR KANDUNGAN TOPIK Penghargaan Daftar Kandungan M/S 2 3-4 1.0 Pendahuluan 1.1 Abstrak 5 1.2 Objektif Kajian 6 1.3 Kaedah Kajian 6-7 1.4 Batasan Kajian 7 1.5 Definisi Istilah 7-8 2.0 Sejarah Ringkas Perkembangan Bahasa Melayu 2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba 9 2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno 9 2.3 Zaman Bahasa Melayu Klasik 10 2.4 Zaman Bahasa Melayu Peralihan 10 2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden 10 3.0 Peranan Mahasiswa Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu 3.1 Menganjurkan Minggu Bahasa Kebangsaan 11 3.2 Penerapan Budaya Suka Membaca 12 3.3 Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri 12 3
  • 4. 3.4 Memberi Galakan Dan Kepercayaan Kepada Mahasiswa Antarabangsa Dalam Mendalami Bahasa Melayu 3.5 Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur 3.6 Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat 13 13-14 14 4.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Serta Sumbangan Mahasiswa 4.1 Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT 15 4.2 Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah 16 4.3 Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa 16 5.0 Cabaran Yang Perlu Dihadapi Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu 5.1 Pengaruh Bahasa Slanga 17-18 5.2 Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Rujukan 18 5.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir 19-20 5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan 20-21 6.0 Hasil Kajian 22-23 7.0 Penutup 7.1 Kesimpulan 24 7.2 Cadangan 25 8.0 Bibliografi 26-27 9.0 Lampiran 28-30 4
  • 5. PENDAHULUAN 1.1 Abstrak Kajian ini merupakan kupasan yang mengkaji sejauh mana peranan mahasiswa khususnya tidak kira di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Hal ini juga berkaitan dengan usaha yang ditunjukkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan sumbangan golongan mahasiswa secara khusus ke arah memperkasakan bahasa kebangsaan sesuai dengan aspirasi kerajaan iaitu dapat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama Malaysia dan terus utuh dan kekal sepanjang zaman serta mencapai Wawasan 2020. Dengan merujuk pelbagai sumber, kajian ini membicarakan juga mengenai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam usaha memperkasakan bahasa rasmi negara kita. Peranan para mahasiswa amat penting sebagai generasi utama yang menjadi tonggak ilmuwan yang dipersiapkan dengan ilmu pengetahuan dan bakal penggerak ke mana arah tuju bahasa Melayu pada masa hadapan. Kita tidak akan meminggirkan bahasa lain seperti bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dunia kerana bahasa lain memang ada peranan dan sumbangannyayang tertentu dalam pembangunan negara kita. Namun, kita masih berpegang teguh kepada prinsip awal penubuhan negara ini, iaitu bahasa Melayu akan terus kekal menjadi bahasa nombor satu negara dan penggunaannya haruslah meliputi segala urusan dalam negara serta dilaksanakan secara meluas. Hal ini demikian disebabkan bahasa Melayu adalah asas jati diri, asas pemikiran, dan nilai serta pandangan hidup kita sebagai bangsa yang berdaulat dan bermaruah, sementara bahasa lain berperanan membantu proses pemindahan ilmu, maklumat dan teknologi daripada budaya lain ke dalam budaya kita. 5
  • 6. 1.2 Objektif Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mengetahui sejarah perkembangan bahasa Melayu secara ringkas bagi menghayati asal-usul bahasa Melayu itu sendiri melalui lima fasa atau zaman. 2. Untuk mengkaji peranan para mahasiswa di IPTA atau IPTS sebagai bakal generasi akan datang dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 3. Untuk mengenal pasti peranan Dewan Bahasa Melayu dan Pustaka (DBP) dengan sumbangan para mahasiswa ke arah memperkasakan bahasa kebangsaan negara kita. 4. Untuk mengenal pasti cabaran terbesar dan utama yang dihadapi khususnya oleh para mahasiswa dalam era globalisasi ini. 5. Untuk menyelidik hasil kajian daripada borang kaji selidik seperti yang terdapat dalam lampiran. 1.3 Kaedah Kajian Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan ini ialah kaedah pergi ke perpustakaan dengan merujuk buku-buku, jurnal, majalah dan penulisan kreatif yang telah dikaji oleh pengkaji terdahulu. Internet juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam mencari bahan untuk tujuan kajian ini. Seterusnya ialah kaedah borang kaji selidik dengan bilangan responden seramai 31 orang di mana kesemua soalan yang diajukan dicipta sendiri oleh ahli kumpulan saya sendiri bagi melengkapkan lagi misi kajian ini. Akhir sekali, kaedah mencari bahan di Wisata Minda, Sanggar Bahasa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) dengan mencari bahan-bahan seperti tesis atau penulisan 6
  • 7. ilmiah khususnya yang menyimpan pelbagai tajuk penyelidikan yang dibuat oleh para graduan Universiti Putra Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Pencarian bahan-bahan di situ sedikit sebanyak membantu saya dalam membuat draf tugasan ini secara sempurna dan saya mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik. 1.4 Batasan Kajian Tugasan ini dibahagikan kepada empat bahagian yang utama. Pertama, sejarah ringkas penubuhan bahasa Melayu. Selain itu, peranan para mahasiswa dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa nombor satu negara. Seterusnya, peranan Dewan Bahasa Melayu dan Pustaka (DBP) dengan sumbangan yang diberikan khususnya oleh golongan mahasiswa. Akhir sekali, cabaran yang perlu dihadapi oleh para mahasiswa khususnya dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan negara ini. 1.5 Definisi Istilah Peranan menurut kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tugas (bahagian, pekerjaan) yang dilakukan untuk menjayakan sesuatu. Mahasiswa pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud pelajar (penuntut) di universiti; kemahasiswaan hal yang berkaitan dengan mahasiswa. Seterusnya, martabat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dan tingkat. Oleh itu, memartabatkan menurut sumber kamus yang sama bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat. 7
  • 8. Bahasa menurut Kamus Besar Bahasa Melayu bermaksud bicara, ujaran tatatertib, sopan santun, tingkah laku, pertuturan / percakapan yang baik (Zainal Abidin Safarwan, 1996:128). Definisi bahasa yang paling baru dan lazim menurut fungsi dan bentuknya. Menurut fungsinya, bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk ucapan dan dipakai oleh sesuatu masyarakat sebagai pelat berkomunikasi. Menurut bentuknya, bahasa telah ditakrifkan oleh Chomsky sebagai sejumlah kalimatkalimat yang tidak terbatas, di mana setiap kalimat mempunyai panjang yang terbatas dan terbuat dari sejumlah unsur-unsur (elemen-elemen) yang terbatas pula jumlahnya. Seterusnya, Melayu pula menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud satu nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. Akhir sekali, kebangsaan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bermaksud kepada sesuatu yang berkaitan dengan negara secara keseluruhannya nasional dan dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa dan pakaian. 8
  • 9. SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara bertahap-tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Peralihan dan bahasa Melayu Moden. 2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud sejak 2,500 sebelum Masihi. Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu, Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. 2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti. Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. 9
  • 10. 2.3 Zaman Bahasa Melayu Klasik Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”. Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam pelbagai bidang. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini juga jelas dalam aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam. 2.4 Zaman Bahasa Melayu Peralihan Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Peralihan bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Zaman bahasa Melayu Peralihan ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain. 2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah dinyatakan bahawa zaman bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 10
  • 11. PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU Apabila bercakap mengenai pembinaan tamadun, masyarakat akan memandang golongan mahasiswa yang menuntut di institusi pengajian tinggi tidak kira IPTA atau IPTS sebagai organ utama dalam merealisasikan tamadun sesebuah bangsa itu. Untuk merealisasikan pembinaan tamadun Melayu ini, para mahasiswa harus memainkan peranan dalam memperjuangkan soal kebangkitan bahasa ibunda iaitu dalam memartabatkan bahasa Melayu. 3.1 Menganjurkan Minggu Bahasa Melayu Dalam Kegiatan Kebahasaan Peranan utama golongan mahasiswa ini adalah dengan menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi masing-masing dalam kegiatan kebahasaan. Hal ini amat penting untuk dilaksanakan bagi tujuan memupuk rasa cinta dan bangga akan bahasa ibunda sendiri khususnya dalam kalangan mahasiswa itu sendiri. Buktinya, kebimbangan bahasa melayu ini akan terhakis sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap pemansuhan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti yang pernah berlaku kepada bahasa jawi jika tanggungjawab sebegini tidak dijalankan. Kegiatan kebahasaan yang terdapat pada Minggu Bahasa Malaysia ini juga dapat memberikan kesedaran yang tinggi dan peka mengenai segala isu global yang berkaitan dalam mengangkat martabat bahasa Melayu mengenai peri pentingnya peranan mahasiswa dalam memartabatkan bahasa kebangsaan negara kita ini. 11
  • 12. 3.2 Penerapan Budaya Sikap Suka Membaca Kedua, para mahasiswa perlulah menjadikan budaya membaca sebagai amalan wajib sebagai bakal ilmuwan. Sikap kurang membaca merupakan antara salah satu punca timbulnya isu mahasiswa lesu. Perkara ini terjadi disebabkan mahasiswa terlalu bergantung harap dengan lembaran nota yang diberikan oleh sesetengah pensyarah sehingga segelintir mahasiswa merasakan mencari bahan rujukan tambahan seperti buku ilmiah di perpustakaan hanya membuang masa dan tidak diperlukan. Kesannya, ilmu pengetahuan seseorang mahasiswa itu hanya terhad kepada pengajaran dan sebarang nota daripada pensyarah mereka sendiri dan tidak bertambah kepada sesuatu yang bersifat baru. Oleh itu, sekiranya budaya suka membaca ini berjaya diterapkan dalam diri golongan mahasiswa terutamanya terhadap bahan-bahan ilmiah seperti buku dan jurnal dalam bahasa Melayu, maka mereka mampu berbahasa Melayu dengan baik sekali gus dapat mengangkat tinggi nilai bahasa Melayu itu sendiri. 3.3 Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Lambang Jati Diri Ketiga, para mahasiswa mestilah menyemai jati diri masing-masing sebagai masyarakat Malaysia dengan menggunakan bahasa Melayu. Pembinaan jati diri sesuatu bangsa itu harus dimulai dengan mencintai bahasa ibundanya. Di institusi pengajian tinggi masing-masing, penggunaan bahasa Melayu mestilah diterapkan dalam situasi rasmi dan tidak memasukkan elemen pelbagai dialek di dalamnya khususnya dalam majlis-majlis rasmi. Perkara sebegini penting bagi memastikan generasi yang akan datang tidak cepat terpengaruh dengan unsur luar seperti pengaruh bahasa slanga yang juga sangat popular dalam kalangan mahasiswa sendiri. 12
  • 13. 3.4 Memberi Galakan Dan Kepercayaan Padu Kepada Mahasiswa Antarabangsa Dalam Mendalami Bahasa Melayu Seperti yang kita tahu, bahasa Melayu telah menjadi lingua-franca dan diucapkan oleh pelbagai etnik di Malaysia. Jadi amat wajarlah ribuan mahasiswa antarabangsa diberi pengajaran mengenai kursus Bahasa Melayu Komunikatif. Pada waktu yang sama, mahasiswa tempatan boleh mendekati mereka dengan menggunakan beberapa pendekatan yang efektif. Contohnya, menggunakan pendekatan bertanyakan perkembangan pembelajaran bahasa Melayu di samping mempromosikan budaya pelbagai etnik di Malaysia ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara walaupun mempunyai bahasa masing-masing. Sekiranya minat mereka dengan bahasa Melayu ini sangat mendalam, maka mahasiswa tempatan boleh mengesyorkan supaya turut mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang dianjurkan pada Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh para mahasiswa sendiri sebagai tanda sokongan mereka sendiri. 3.5 Menjadikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Sebagai kayu Ukur Sekiranya pertandingan tersebut yang mula diadakan pada tahun 2007 dijadikan kayu ukur oleh golongan mahasiswa, maka sudah tentu martabat bahasa kebangsaan kita dapat dijulang tinggi. Keindahan dan keunikan bahasa Melayu dapat dizahirkan melalui kebolehan menguasai bahasa Melayu para peserta dari luar negara jadi tidak mustahillah sekiranya suatu hari nanti bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa ASEAN yang penuturnya adalah 350 juta orang. 13
  • 14. Oleh itu, tanggungjawab ini juga perlu digalas oleh para mahasiswa bagi merealisasikan misi ini dan dapat merentasi pelbagai cabaran yang perlu dihadapi pada masa akan datang dengan kerjasama pelbagai pihak tertentu. 3.6 Mendidik Diri Untuk Menjadi Profesional Serta Pejuang Bahasa Yang Hebat Dalam perkara ini, para mahasiswa harus melihat kembali bagaimana kejayaan empayar Islam suatu ketika dahulu yang telah menjadi tamadun yang terbilang melangkaui tamadun yang sedia ada dan sebelumnya. Bagi menjadi seorang pejuang bahasa yang hebat, tidak semestinya seseorang itu harus mengambil program bahasa Melayu dalam sesebuah institusi pengajian tinggi malah program perubatan misalnya masih boleh menjadi pejuang bahasa. Contohnya, para mahasiswa yang mengikuti mana-mana program di luar negara memang mempelajari ilmu pengetahuan tersebut dalam bahasa asing tetapi apabila kembali ke Malaysia, akan berlaku suatu proses dengan menjadikan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di Malaysia tanpa menolak kepentingan bahasa asing yang dipelajari tersebut seperti yang beraku di negara matahari terbit iaitu Jepun. Hal ini terbukti bahawa kemajuan sesuatu bangsa itu bukanlah bergantung kepada bahasa asing. Masyarakat akan terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang datang dari negara barat jika golongan mahasiswa berpendapat sedemikian. 14
  • 15. PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) SERTA SUMBANGAN MAHASISWA Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai peranan yang amat penting bagi memartabatkan maruah dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian daripada pelbagai pihak pada era globalisasi ini. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka ini sentiasa selaras dengan misinya iaitu, "Memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu, Bahasa Intelektual dan Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk Membina Bangsa" namun saya akan menghuraikan peranan DBP secara khusus serta sumbangan yang diberikan oleh golongan mahasiswa. 4.1 Mengadakan Aktiviti Kesusasteraan Peringkat IPT Antara peranan yang dijalankan oleh pihak DBP adalah dengan mengadakan aktiviti kesusasteraan dalam usaha mengembangkan bakat kesusasteraan yang ada bukan sahaja pada para mahasiswa tetapi juga ahli akademik dan kakitangan IPT. Aktiviti kesusasteraan yang dianjurkan oleh DBP adalah seperti bengkel penulisan, ceramah, seminar dan lain-lain bagi mengasah bakat terpendam mereka di samping melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan kaedah penganugerahan bagi menggalakkan golongan mahasiswa khususnya dalam menceburi bidang ini. Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2012, Siti Aisyah yang merupakan kakitangan DBP menyatakan bahawa Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran DBP sedang berusaha mendapatkan kerjasama institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi melaksanakan Bengkel Penulisan Esei Kritikan, sekali gus mencambah usaha bagi menambah jumlah pengkritik yang begitu sedikit jumlahnya di Malaysia. 15
  • 16. 4.2 Penerbitan Hasil Karya Berbentuk Ilmiah DBP juga bertanggungjawab dalam mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Para mahasiswa, ahli akademik serta kakitangan IPT boleh memberikan sumbangan dengan menulis bahan yang berkaitan penyelidikan dan pelbagai genre bahasa dan sastera untuk dimuatkan ke dalam bahan bacaan terbitan DBP. Misalnya, Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah mengadakan kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah bagi menerbitkan buku-buku akademik hasil karya ahli akademik universiti itu. UMSKAL telah menyalurkan hasil penyelidikan dan tulisan berkaitan perniagaan dan multimedia kepada DBP untuk diterbitkan ke dalam buku, majalah dan majalah terbitan DBP. Dengan adanya kerjasama tersebut, penerbitan buku berkenaan akan dapat membantu menampung lebih banyak buku rujukan khusus berkaitan penyelidikan dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 4.3 Pengiklanan Bagi Mencungkil Bakat Mahasiswa Seterusnya, DBP berperanan dalam bidang pengiklanan dengan cara menguar-uarkan ruang karya dan menulis bagi belia khususnya mahasiswa untuk dipromosikan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerana kelihatan pentas ini belum wujud lagi. Respon dari Dato’ Dr. Haji Awang bin Sariyan, pihak DBP menggalakkan penghantaran karya dalam salah satu laman sesawang DBP, e-Coret. 16
  • 17. CABARAN YANG PERLU DIHADAPI DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU 5.1 Pengaruh Bahasa Slanga Menurut Ismail Jusoh (2000:48),mengatakan bahawa bahasa slanga dilahirkan oleh sesuatu kumpulan. Kumpulan ini mencipta istilah dan kata-kata yang bermakna dan hanya difahami oleh kumpulan itu sahaja. Mereka menggunakan istilah-istilah tersebut dalam berkomunikasi.Apabila wujudnya bahasa slanga secara tidak langsung terbinalah pelbagai golongan mengikut identiti mereka. Dalam menangani masalah memartabatkan bahasa Melayu, golongan pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam berbahasa. Tetapi sejak akhir-akhir ini, banyak rungutan mengatakan bahawa golongan pelajar universiti lebih suka menggunakan bahasa slanga dalam pertuturan mereka tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Bahasa Slanga adalah satu kelainan bahasa yang dicirikan oleh perbendaharaan kata yang baru digubal dan cepat berubah. Bahasa ini sering kali digunakan oleh golongan muda seperti kumpulan rock dan kawan melepak, atau pelajar universiti atau golongan profesional untuk menghindarkan daripada diketahui oleh anggota komuniti bahasa yang lain. Bahasa Slanga ini cepat merebak dan cepat pula hilang mengikut peredaran zaman. Antara contoh bahasa Slanga yang menjadi ikutan pelajar universiti ialah seperti cun, buat dek, bengang, geng, melepak, buat pot dan lain-lain lagi. Para pensyarah sering merungut tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar universiti semakin merosot dan hal ini tidak sepatutnya berlaku. Jika keadaan ini tidak dibendung nescaya proses untuk memartabatkan bahasa Melayu 17
  • 18. tidak akan tercapai kerana golongan pelajar universiti inilah yang akan menjadi tunggak kepada pembangunan negara. 5.2 Kekurangan Buku-buku Ilmiah Sebagai Bahan Rujukan Masalah yang dihadapai oleh golongan pelajar mahupun pendidik dewasa ini ialah kurangnya buku-buku ilmiah yang boleh digunakan sebagai rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan buku-buku yang terdapat di pasaran semuanya menggunakan bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat menyukarkan terutamanya golongan pelajar universiti. Para pelajar universiti sukar membuat rujukan tentang sesuatu perkara kerana tidak terdapat penterjemahan dari segi istilah. Malah, buku-buku ilmiah ini banyak didatangkan dari luar negara untuk rujukan para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi tidak kira di IPTA atau IPTS khususnya dalam bidang Sains dan Teknologi seperti perubatan dan kejuruteraan. Dasar mempercayai budaya orang luar juga telah lama menular di dalam diri masyarakat di negara Malaysia dan perkara ini perlu dikekang awal dan tidak boleh dipandang ringan seperti bak kata pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga”. Oleh itu, para penerbit buku seharusnya lebih agresif untuk menerbitkan lebih banyak buku-buku ilmiah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya bagi satu usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri sekali gus memudahkan para mahasiswa khususnya dalam mencari bahan rujukan dalam bahasa ibunda mereka sendiri. 18
  • 19. 5.3 Kekurangan Tenaga Pengajar Yang Mahir Kekangan yang jelas ketara untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam pendidikan ialah kurangnya tenaga pengajar yang mahir dan tidak menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya. Abdul Hamid Mahmood (1993 : 21) menyatakan bahasa Melayu itu tidak dapat dimartabatkan jika para tenaga pengajar yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menurut kajian beliau, ramai tenaga pengajar masih menggunakan dialek setempat semasa mengajar mata pelajaran bahasa Melayu dan bukannya menggunakan bahasa standard. Budaya berbahasa yang sebenarnya tidak dapat diterapkan oleh golongan pengajar dan tenaga pengajar tersebut menyebabkan golongan pelajar akan mendapat input yang salah dan bercelaru. Hal ini demikian menyebabkan golongan pelajar khususnya pelajar Melayu tidak dapat mempelajari bahasa Melayu dengan betul. Selain itu, masalah penggunaan dialek bahasa Melayu di dalam kelas masih ada sehingga hari ini. Tambahan pula, tidak semua pelajar yang dianggap sebagai orang Melayu adalah orang Melayu. Sebilangan daripada mereka adalah orang Jawa dan menggunakan bahasa Jawa di rumah. Bahasa Melayu ialah bahasa kedua dan bahasa Inggeris ialah bahasa ketiga bagi mereka. Bagi kebanyakan pelajar sebegini, bahasa Melayu bukanlah bahasa ibunda mereka dan mereka terpaksa mempelajarinya. Menurut Sufean Hussin (1996 : 50) mengatakan bahawa di institusi pendidikan, para pelajar akan diajar mengenai aspek tatabahasa di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana ia amat penting untuk melahirkan pelajar yang pintar berbahasa selain dapat menggunakan tatabahasa dengan betul. 19
  • 20. Tujuan pengajaran tatabahasa dijalankan di institusi pendidikan adalah untuk membolehkan para pelajar dapat memahami dengan lebih jelas pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya. Selain itu, ia juga dapat membantu para pelajar bertutur dengan lancar, terang dan mudah difahami oleh orang lain serta pelajar dapat menggunakan frasa dengan jelas dan tepat. Pengajaran tatabahasa ini sangat mencabar bagi seseorang guru bahasa. Tenaga pengajar perlu melengkapkan diri dengan ilmu tentang tatabahasa itu sendiri. Mereka tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengajar tatabahasa kepada para pelajar tanpa membuat sebarang rujukan berkaitan kandungan dalam tatabahasa itu sendiri. Hal ini bersesuaian dengan zaman sekarang di mana para pelajar perlu menguasai tatabahasa untuk diaplikasikan dalam menjawab soalan peperiksaan kelak. 5.4 Pengaruh Bahasa Inggeris Dalam Pendidikan Dasar bahasa tidak berubah tetapi orientasi terhadap bahasa Inggeris sebagai alat kemajuan negara atau sebagai alat untuk mencapai matlamat itu mula berubah. Peranan Bahasa Melayu dalam agenda pembangunan negara yang baru itu semakin tidak diambil kira lagi. Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu diseru supaya menguasai bahasa Inggeris jika mereka hendak menjadi bangsa yang maju dengan alasan proses globalisasi. Menurut Omar Mohd Hashim (1993: 13) mengatakan bahawa kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris mula menjadi isu negara seolah-olah bahasa Inggeris itu merupakan bahasa pengantar utama di sekolah mahupun di universiti manakala kelemahan 20
  • 21. pelajar dalam menguasai bahasa Melayu dipandang sepi. Cabaran paling serius adalah terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Di IPT berlaku apabila 600 lesen diluluskan kepada pihak swasta untuk menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Walaupun Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 menyatakan bahawa semua IPTS di negara ini hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamanya, akta yang sama memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk membenarkan IPTS menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Pada pendapat saya, perkara itu kurang relevan kerana buktinya bahasa Melayu pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu juga telah dibuktikan oleh UKM apabila berjaya melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan professional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris. 21
  • 22. HASIL KAJIAN Graf Bar PERANAN MAHASISWA DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN 70 60 Peratus (%) 50 40 setuju 30 x setuju 20 10 0 1 2 3 4 5 Kategori Soalan PETUNJUK: 1. Pengaplikasian Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mahasiswa. 2. Penggunaan dialek negeri masing-masing dalam pertuturan harian dengan rakan senegeri mahasiswa. 3. Golongan mahasiswa saling tegur-menegur dan memperbetulkan penggunaan bahasa Melayu. 4. Golongan mahasiswa sering mengikuti program Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat universiti. 5. Golongan mahasiswa gemar membeli dan membaca bahan ilmiah yang diterbitkan oleh DBP. 22
  • 23. Huraian Berdasarkan Graf Graf bar ini membincangkan mengenai peratus bilangan mahasiswa yang memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Berdasarkan kajian, sebanyak 61% responden gemar membeli dan membaca bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan oleh DBP. Hanya 39% sahaja yang tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut mudah didapati oleh golongan mahasiswa, pihak DBP telah membuat penjualan dan pameran buku-buku mereka secara besar-besaran di institusi pengajian tinggi (IPT). Namun begitu, sebanyak 61% responden juga tidak bersetuju untuk mengikuti program Bulan Bahasa Kebangsaan di peringkat universiti. Hasil kajian tersebut mencatat peratus tidak setuju yang tertinggi di antara kelima-lima kategori soalan. Hal ini kerana bagi mereka program tersebut kurang menarik dan membosankan disebabkan kurangnya pembaharuan aktiviti dalam pengisian program tersebut. Oleh itu, pihak penganjur iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hendaklah mempelbagaikan aktiviti yang lebih menarik sepanjang program tersebut diadakan. Selain itu, pihak penganjur perlulah menawarkan bentuk hadiah yang lebih menarik bagi setiap kategori pertandingan agar para mahasiswa akan lebih cenderung untuk menyertai pertandingan tersebut seperti tiket percutian ke destinasi berhampiran dan lain-lain. Kesimpulannya, para mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberikan maklum balas yang begitu baik dalam memainkan peranan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 23
  • 24. PENUTUP 7.1 Kesimpulan Bahasa Melayu telah sekian lama menjadi bahasa pengantar di sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Walaupun banyak masalah serta cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu perjuangannya mesti diteruskan. Pihak kerajaan seharusnya memandang serius setiap isu yang berkaitan dengan bahasa Melayu lebih-lebih lagi sekiranya hal ini melibatkan bidang pendidikan. Hal ini kerana warga pendidikan yang sebenarnya akan membawa wadah perjuangan sama ada bahasa Melayu akan berkembang atau terus terkubur. Sejajar dengan hal itu, generasi muda terutama para mahasiswa harus dipupuk jati dirinya terhadap bahasa kebangsaan dengan kerjasama pihak tertentu. Dalam mencari ilmu pengetahuan di negara asing, apabila golongan mahasiswa kembali ke Malaysia, sumbangan mereka amatlah diperlukan khususnya dalam bidang pendidikan dengan menggunakan bahasa pengantar kebangsaan. Dengan cara ini, Malaysia akan melahirkan rakyat yang dwibahasa menjelang tahun 2020. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan harus sentiasa dipelihara sepanjang zaman. Untuk meletakkan bahasa Melayu ke dunia yang luas, kita memerlukan satu bahasa yang diistilahkan sebagai bahasa Melayu global dan bukan dialek-dialek nasional yang sedia berkembang. Minat ahli politik dan ahli akademik terhadap pembinaan bahasa Melayu global memang selalu ada tetapi kerap kali diselubungi oleh sikap dan tindakan yang bertentangan. Oleh itu, kita seharusnya membuka jalan kepada setiap lapisan masyarakat untuk memahami dan menguasai bahasa Melayu. Jika kita bersedia dan dapat bersikap sedemikian maka barulah kita dapat berucap dan bercakap tentang keberkesanan bahasa Melayu secara global. 24
  • 25. 7.2 Cadangan Kita mungkin selalu mendengar ungkapan “BAHASA JIWA BANGSA” di mana-mana di sekeliling kita, jadi sudah tibalah masanya ungkapan ini dihayati dan diimplementasikan dengan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak. Hidupkanlah kembali slogan ‘Jiwa Bangsa’ kita ini agar bangsa kita akan terus mekar, disanjung dan dipandang mulia. Kita tidak harus terus selesa dengan sentimen bahawa penggunaan bahasa Melayu hanya sesuai untuk golongan yang mempunyai tahap akademik yang rendah semata-mata. Pertama, saya cadangkan bahawa para mahasiswa perlu memperbanyak karya dan kajian asli untuk memperluaskan bahan rujukan bersifat tempatan. Selain itu, golongan mahasiswa ini hendaklah meningkatkan penulisan dan perterjemahan buku-buku dan makalah-makalah ilmu ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, para mahasiswa yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu boleh mengadakan perbincangan secara ulang tetap di antara tenaga pengajar, mahasiswa dan pentadbir universiti serta pihak swasta bagi mencari inisiatif baru yang mampu menjulang martabat bahasa pengantar utama negara ini. Semua cadangan tersebut diharap dapat memupuk kesedaran khususnya golongan mahasiswa sebagai tonggak utama negara tentang peri pentingnya mencintai dan menghargai bahasa kebangsaan. Dalam akhbar Berita Harian, DBP sendiri bercadang untuk mengadakan Bengkel Penulisan Musim Panas khusus untuk pelajar luar negara yang pulang pada cuti semester dan telah pun mendapat persetujuan awal daripada kelompok terbabit yang berminat mendalami selok-belok penulisan secara formal. Akhir sekali, secara umumnya,saya ingin cadangkan melalui kesepakatan seluruh ASEAN dan Benua Asia agar bahasa Melayu ini terus ditinggikan dan diletakkan sebagai antara bahasa utama di peringkat badan-badan dunia. 25
  • 26. BIBLIOGRAFI Mohd Amin Arshad. (2000). ‘Bahasa Slanga’: Pembentukan & Ciri-cirinya dalam Monograf Bahasa dan Budaya Melayu. Bil 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Awang Sariyan. (1998). Isu-isu Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.: Petaling Jaya. Kamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Kamus Dewan. (2002). Edisi ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa. Oktober 2002. Jilid 2. Bilangan 10. Rejab / Syaaban 1423. Ismail bin Dahaman. (1991). Peranan DBP Dalam Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia Menjelang Abad ke-21. Dalam Jurnal Dewan Bahasa Mei 1991. Jil. 35(5) hlm. 415-451. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Kamal Hassan, (1988). Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur, Penerbit Nurin Enterprise. Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1992). Pembinaan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 26
  • 27. Sufean Hussin (1996). Pendidikan di Malaysia – Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Amin Arshad ( 2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang, Selangor. Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu Sedekat Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusataka. Abdullah Hassan (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa – Pengintelektualan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abd. Hamid Mahmood (1993). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media Printed (M). http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.html http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp. Diakses pada 5.4.2013. http://www.sejarahpengumpulanbahasamelayu.com http://www.utusan.com.my/utusan/info© Utusan Melayu (M) Bhd UTUSAN MALAYSIA, 1 NOVEMBER 2011. UTUSAN MALAYSIA , 19 JANUARI 2012. 27