1. 1.0 Pengenalan
Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran
kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali
jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman
individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai
institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa
yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih).
Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang
dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi
secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu
aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh
dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti
kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh
dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama
ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan
sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa
lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri. Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai
melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta
mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti
yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan.
2.0 KONSEP SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI
2.1 Konsep Sukan Sepanjang Hayat
Sukan sepanjang hayat juga dikenali sebagai sukan massa. Sukan massa merupakan satu idea
untuk memasyarakatkan sukan. Sukan massa atau sukan untuk semua menyeru seluruh
lapisan masyarakat untuk mengambil bahagian di dalam sebarang kegiatan sukan. rekreasi
dan kecergasan. Penyertaan ini juga perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat
sehingga ianya dapat dijadikan satu gaya hidup masyarakat.
2.2 Konsep sukan rekreasi
Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya
2. digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang
berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.
Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal
fulfillment).Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang
digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.
Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan
perawakan seseorang.Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak
bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat
meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.
3.0 Definisi sukan rekreasi
3.1 Definisi.
Menurut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan
persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran, ilmu, dan sikap.
Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan
untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.
Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang dimasa lapang untuk tujuan keseronokan,
ketenangan minda, dan merehatkan badan.
4.0 Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah.
Sukan sepanjang hayat bertujuan untuk mengekalkan dan meningkatkantahap kesihatan dan
kesejahteraan semua rakyat Malaysia.Sukan jenis ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan
yang berlaku secara menyeluruh atau diuruskandengan tujuan untuk menggalakkan
penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk pertandingan di peringkat
kebangsaan atau antarabangsa.
Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh sebab
itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk
pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan disekolah bagi merealisasikan falsafah
pendidikan kebangsaan bagi melahirkanmodal insan minda kelas pertama yang seimbang
3. dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid
sentiasa mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan serta membantu
memperkembangkan keadaan psikomotor, kognitif serta afektif mereka.
Berikut merupakan kepentingan sukan sepanjang hayat berdasarkan:
a) Domain psikomotor
Meningkatkan daya tahan otot.
Menguatkan sistem kardiovaskular .
Mengelakkan kecederaan kepada anggota badan.
Memberi ketangkasan dan kecergasan tubuh badan.
Meningkatkan kadar metabolisma dalam badan melalui aktivitisukan yang dijalankan.
Meningkatkan kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit kronik.
Meningkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatandan perlakuan motor.
b) Domain Kognitif
Membentuk daya pemikiran yang positif.
Melahirkan modal insan yang celik akal.
Mewujudkan daya berfikir secara kreatif dan kritis.
Mempercepatkan proses pemerolehan maklumat.
Membentuk idea-idea yang bernas.
Dapat berfikir dengan waras.
Meningkatkan kemahiran-kemahiran berfikir.
c) Domain Afektif
Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingdan masyarakat.
Mewujudkan persekitaran yang yang sihat.
Menggalakkan masyarakat untuk menyertai aktiviti rekreasi.
Menggalakkan gaya hidup sihat dalam semua lapisan masyarakat.
Memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan kepadamasyarakat.
Mengurangkan masalah sosial melalui aktiviti bersukan.
Membina hubungan yang sihat antara ahli masyarakat.
4. 5.0 PROGRAM SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI YANG REALISTIK
DAN MAMPU DILAKSANAKAN DI SEKOLAH
i. Senamrobik 1 murid 1 sukan
Pada 10 julai 2012, semua sekolah seluruh negara telah melaksanakan senamrobik serentak
pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing padawaktu
perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah bersama-sama menyempurnakan pelancaran
senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran. Sehubungan dengan itu, aktiviti ini
perlu diteruskan di sekolah – sekolah untuk memastikan kelansungan kebaikan aktiviti
inikepada murid-murid.Aktiviti senamrobik ini boleh dilaksanakan setiap hari pagi Rabu
berikutan hari tersebut merupakan hari kokurikulum bagi murid-murid.
7
Kebiasaanya , aktiviti kokurikulum hanya melibatkan murid tahap 2 dan keperluan jasmani
murid tahap 1 kurang dititikberatkan .Oleh kerana itu , senamrobik ini boleh dijadikan
aktiviti mingguan untuk setiap warga sekolah disamping memberi peluang untuk semua
memiliki tahap kesihatan yang lebih baik . Tambahan pula , warga sekolah memiliki
kesempatan untuk beramah mesra dan meningkatkan lagi interaksi sesama mereka
terutamanya untuk para guru dan staf-staf sokongan . Aktiviti ini dapat melibatkan setiap
lapisan masyarakat untuk menjalani aktiviti sukan dalam suasana yangharmoni dan aman.
ii. Aktiviti rekreasi bulanan.
Aktiviti luar jarang didedahkan kepada murid-murid.terdapat persepsi yang beranggapan
aktiviti rekreasi di luar membahayakan keselamatan murid-murid. namun begitu, hal ini akan
menyebabkan penafian hak untuk mereka belajar meneroka alam sekitar dan bermain dengan
aktiviti yang bersesuaian. Antara aktiviti yang dapat dijalankan adalah berkayak , mendaki
gunung, berbasikal secara berkumpulan ataupun aktiviti jungle-trekking.
Aktiviti-aktiviti bukan sahaja memberi peluang untuk murid mencuba aktiviti-aktiviti
rekreasi yang berlainan malah dapat mengeratkan silaturrahim antara murid dengan murid,
murid dengan guru.Rata-rata murid tidak berpeluang melakukan aktiviti rekreasi ini bersama
keluarga mahupun sendiri.Pihak sekolah boleh memberi peluangkepada murid untuk
melakukan aktiviti-aktiviti sihat di samping mengurangkan gejalasosial di kalangan
murid.Aktiviti rekreasi ini boleh dirancang dengan baik dan melibatkan seramai murid yang
5. mungkin.Permulaan pelaksaan program ini boleh dilakukan di kawasan sekitar sekolah dan
seterusnya melibatkan tempat-tempat lain yang lebih menarik minat murid.satu aktiviti setiap
bulan sudah mencukupi dan segala perancangan harus dijalankan dengan teliti untuk
memastikan kelancaran program ini dijalankan kelak.
iii. Program terapi.
Program ini sudah lama dijalankan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi di
sekolah.Namun begitu, hanya murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menjalani
program terapi ini.Terapi boleh dijalankan untuk menggalakkan nilai-nilai positif dalamdiri
murid seperti yakin diri, komunikasi serta motivasi diri murid.antara contoh terapi yang
boleh dilakukan adalah seperti terapi berkuda, terapi renang dan terapi pasir.
8
Selain bermain, murid-murid boleh belajar untuk berkomunikasi dengan haiwan,alam sekitar
dan ahli komuniti di sekeliling mereka. Program ini sesuai dijalankan dalam kumpulan yang
kecil.Oleh kerana itu, program ini boleh dirancang dan disusun mengikut kesesuaian
kelompok yang telah dipilih.
Program terapi ini akan melibatkan domain-domain psikomotor, kognitif serta afektif murid.
Hal ini bertepatan dengan konsep suukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam meningkatkan
lagi penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti – aktiviti fizikal
6.0 KAJIAN & TINJAUAN PELAKSANAAN SUKAN SEPANJANG HAYAT
DANREKREASI DI SEKOLAH LUAR NEGARA
Secara puratanya, remaja dan kanak-kanak di Amerika Syarikat mengalami masalah berat
berlebihan atau obesiti.Masalah ini menyebabkan para ibu bapa bimbang tentang tahap
kesihatan anak-anak mereka.Melalui arikel yang saya baca bertauk Improve Physical
Education Programs in U.S Schools tulisan Alison Johnson,Sekolah-sekolah di Amerika
Syarikat sering mengabaikan Pendidikan Jasmani untuk murid mereka.Didapati hanya 6 buah
sekolah sahaja yang menitikberatkan aktiviti fiikal yang bersesuaian untuk sekolah rendah.
Menurut The National Association of Sport and Physical Education , murid seharusnya diberi
peruntukkan 150 minit seminggu untuk aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan
225 minit di sekolah menengah tinggi. Namun begitu, angka tersebut tidaklah membawa apaapa erti kepada pihak sekolah.Secara puratanya, murid hanya menerima 70 minit seminggu.
Ibu bapa juga kurang membantu di dalam menggalakkan perkembangan aktiviti fizikal murid
6. anak mereka dan terdapat 75 peratus kanak-kanak yang tidak mendapatkan aktiviti fizikal
secara kerap.Hal ini membawa kepada peruntukkan perbelanjaan yang banyak dalam
menanggung kos perubatan yang berkaitan dengan masalah obesiti. Amerika Syarikat
memperuntukkan 147 billion dolar setiap tahun untuk tujuan tersebut. Bagi mengatasi
masalah ini, sekumpulan pengkaji terdiri daripada James F. Sallis,Thomas L. McKenzie,
Bohdan Kolod, Michael Lewis, Simon Marsha dan PaulRosengard telah menjalankan kajian
ke atas 7 buah sekolah untuk melihat kesan aktiviti fizikal ke atas pencapaian akademik
murid melalui Project SPARK
9
Project SPARK merupakan akronim bagi Sports, aplay, and active Recreation for Kids
Program ini direka sebagai pendidikan Jasmani kepada murid.Selain itu,program ini
melibatkan aktiviti kecergasan seperti melompat tali , senamrobik, begitu juga sukan
kecergasan seperti bola sepak dan permainan Frisbee.Program ini juga menggalakkan aktiviti
fizikal di luar sekolah dan ganjaran diberikan sekiranya murid melakukan aktiniti fiikal
bersama keluarga mereka.Hasil daripada kajian yang dijalankan ini, mendapati murid yang
menjalani aktiviti fiikal di bawah program ini mengalami peningkatan pencapaian akademik
di dalam kelas.Hal ini jelas menunjukkan kepentingan aktiviti fiikal dalam membantu
memperkembanngkan lagi potensi diri murid seterusnya memberi peluanng untuk mereka
memperbaiki tahap kesihatan mereka.
Di Scotland, purata kanak-kanak di sana juga mengalami masalah obesiti sepertidi Amerika
Syarikat. Oleh kerana itu, Pendidikan Jasmani diberi penekanan di sekolah bagi membantu
mengurangkan lambakan kes kesihatan yang berkaitan obesit di kalangankanak-kanak
mereka. Melalui laporan yang disediakan oleh HM Inspectorate of Education di
Scotland,terdapat beberapa buah sekolah telah menjalankan beberapa program untuk
menggalakkan penglibatan aktiviti fizikal di kalangan pelajar mereka.
Antaranya,mengelolakan aktiviti sukan dan aktiviti luar sekolah untuk meningkatkan
kemahiran fizikal murid disamping menggalakkan perkembangan sosial diri murid secara
personal.Terdapat juga sekolah yang menawarkan kelas tambahan untuk lawatan ke pusatpusat sukan yang menawarkan pelbagai aktiviti fizikal menarik untuk murid mereka bagi
tujuan untuk menggalakkan perkembangan tingkah lau mereka. Di sesetengah kawasan
pedalaman di Scotland, mereka telah bekerjasama dengan beberapa kelab sukan tempatan
7. untuk menawarkan penyertaan dalam pelbagai jenis aktiviti fizikal di luar sekolah dan usaha
mencari bantuan kewangan daripada badan sukan kebangsaan untuk menyediakan pelbagai
aktiviti tersebut juga giat dijalankan. Selain itu, terdapat guru besar yang menawarkan kelas
tarian di waktu rehat untuk menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti tarian.
Tambahan pula, ada sekolah yang menyediakan tempat permainan untuk murid mereka
bermain permainan tradisional dan peralatan untuk permainann tersebut disediakan.Hal ini
memberi peluang untuk murid melakukan aktiviti aktif dan menyeronokkan ketika waktu
rehat tengah hari.
10
Contoh-contoh di atas merupakan pogarm-program yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah
di Scotland dalam menggalakan penyertaan murid mereka dalam aktiviti fizikal dan mereka
bersetuju penglibatan aktif kanak-kanak ini banyak memberi kesan dalam pencapaian
akademik murid-murid mereka.Di bandar New York pula, sekolah-sekolah diselia oleh
Office of School Wellness yang menggariskan panduan untuk sekolah, guru-guru dalam
melaksanakan pendidikan jasmani di sekolah. Sebagai contoh garis panduan yang telah
ditetapkan, bagi sekolah rendah, gred K-3 akan terlibat dalam Pendidikan Jasmani asas setiap
hari. Manakala gred 4 hingga 6 akan menjalani Pendidikan Jasmani tidak kurang 3 kali
seminggu. Saiz kelasPendidikan Jasmani juga dinyatakan dengan jelas. Melalui satu laporan
mengenai sekolah-sekolah di sana, telah terbukti, Pendidikan Jasmani memberi impak yang
positif dalam perkembangan kanak-kanak di sekolah. Rata-rata sekolah yang menjalankan
Pendidikan Jasmani dengan baik, memiliki murid-murid yang mempunyai pencapaian
akademik yang baik di samping perkembangan sosial dan tingkah laku yang positif.Hasil
tinjauan daripada ketiga-tiga tempat ini, jelas menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani
atau pendidikan sukan sepanjang hayat kepada diri kanak-kanak disekolah..
11
7.0 Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan di
sekolah.
1 Meningkatkan kecergasan dan
tahap kesediaan murid dan guru
untuk bersukan;
2 Melibatkan penyertaan
8. semua murid;
3 Mengamal dan mempraktikkan
gaya hidup sihat dan cergas;
4 Mengamalkan aktiviti
kecergasan fizikal dengan cara
yang betul;
5. Meningkatkan kesepakatan
dan menyemarakkan
semangat esprit de corp;
OBJEKTIF SENAMROBIK SERENTAK
ATUR CARA
7.00 pagi: Semua peserta melapor diri
7.15 pagi: Ketibaan dif-dif Jemputan
7.30 pagi: Perhimpunan rasmi sekolah
: Bacaan Doa
:Ucapan Pelancaran
Senamrobik Serentak 1
Murid 1 Sukan 1 Malaysia
oleh Guru Besar.
: Pengesahan Penyertaan
oleh Guru
Besar.
: Gimik Pelancaran
7.50 pagi : Senaman ringan
memanaskan badan
8.00 pagi : Senamrobik
Serentak 1 Murid 1
Sukan 1 Malaysia bermula
: P & P bermula
sebaik tamat sesi
senamrobik
9. SENAMROBIK
SERENTAK
1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
BULAN JULAI BULAN KECERGASAN
TARIKH : 13 MAC 2012
HARI : RABU
MASA ; 8.00 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN
SK PARIT SAMSU, MUAR
TERIMA KASIH
SEMUA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN
PROGRAM INI.
12
8.0 PENUTUP
Selain perkembangan fizikal, kanak-kanak juga dapat memperkembangkan kemahiran
sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan guru mahupun rakan-rakan yang berbilang
kaum melalui aktiviti fizikal. Ini secara tidak langsung dapat membina perpaduan, semangat
kekitaan dalam kalangan murid apabila mereka mengikuti sesuatu aktiviti dalam sukan
rekreasi.
13
9.0 RUJUKAN
Johnson Ebing, Frankie Muli, Lawrence Agansuk. (2011). Kepentingan Sukan Rekreasi
dalam Kurikulum.Didapati daripada esukan.blogspot:http://esukan.
blogspot.com/kepentingan-sukan-rekreasi-dalam.html
Julismah Jani.(_____).Peranan Guru dalam Memacukan Pembangunan Sukan di Malaysia.
Didapati daripada
Freewebs.com:http://www.freewebs.com/outdoorasia/Microsoft%20Word%20%20dr%20julismah%20article.pdf
Kementerian Belia dan Sukan.(1988).Dasar Sukan Negara. Kuala Lumpur:Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia.
__________ Konsep Sukan untuk Semua.(2012).Di dapati daripada cemerlang bahasa dan