SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 35
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN
ASIA
BAB 2: TAMADUN ISLAM
REEFEAR EAPEAR ANAK AJANG
SHAHRIL REDZWAN BIN SHAMSUDIN
MUHAMMAD FAIZAL BIN MAT HANIP
OBJEKTIF
1. Melihat potensi yang terdapat dalam Tamadun
Islam dan memberi input bagi pembinaan
tamadun Malaysia.
2. Mengenal pasti nilai-nilai murni dari tamadun
Islam ke arah pembinaan tamadun
kontemporari.
2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM
 Bahasa
 Tamadun bererti kemajuan atau
civilization.
 Perkataan “tamaddun” adalah dari
bahasa Arab yang telah diterima pakai
sebagai salah satu daripada perkataan
dalam Bahasa Melayu.
 Perkataan lain yang boleh digunakan
bagi menunjukkan erti “tamadun” ini
seperti „umran, hadharah dan
madaniah‟.
 Istilah
 Dari sudut istilah, Tamadun Islam ertinya
kemajuan yang telah dicapai oleh umat
Islam dalam aspek kerohanian dan
kebendaan dengan berpandukan
kepada Al -Quran dan al Sunnah
Rasulullah s.a.w.
 Tamadun Islam menekankan kepada
kemajuan dan kerohanian secara
serentak. Tamadun Islam juga lahir
daripada agama Islam sendiri.
 Dalam perkataan lain agama Islam-lah
yang melahirkan Tamadun Islam.
Berbeza dengan tamadun-tamadun
lain yang melahirkan agama mereka.
Asas Tamadun Islam
 Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam
mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu:
1. Asas keimanan
2. Asas „ubudiyah,
3. Asas syariah
4. Asas akhlak.
 Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan
umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan
sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah diiringi
keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t.
 Pada masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah
serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan Al-Quran.
Akidah
 Akidah adalah salah satu perkara asas iaitu
memajukan muka bumi ini sama ada dari
sudut kebendaan atau kerohanian.
 Hal ini juga hendaklah berasaskan kepada
keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah
s.a.w.
 Apabila seseorang itu beriman kepada Allah
s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala
usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t.
dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
 Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah diwajibkan
beriman kepada rukun-rukun iman iaitu:
1. Beriman kepada Allah SWT
2. Beriman kepada Al-Quran
3. Beriman kepada malaikat-malaikat
4. Beriman kepada nabi dan rasul
5. Beriman kepada hari akhirat
6. Beriman Kepada qada dan qadar.
 Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan
sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa
patuh dan taat perintah Allah s.w.t dan mereka merupakan
contoh makhluk yang sentiasa taat perintah Nya.
 Oleh itu segala aktiviti hendaklah mengikut perintah Allah
s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Malaikat juga
diberikan tugas seperti mencatat amalan manusia, memberi
rezeki kepada manusia, mencabut nyawa, memikul arasy,
menjaga syurga, menjaga neraka dan sebagainya. Mereka
sentiasa patuh perintah Allah s.w.t.
 Selain itu orang yang beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan
oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan manusia dalam memakmurkan
muka bumi ini yang merupakan garis panduan perintah suruhan dan
larangan.
 Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran yang telah dimuatkan
segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat.
Untuk mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari
mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.
 Keimanan kepada rasul-rasul merupakan perkara penting dalam
mentamadunkan muka bumi ini. Dengan keimanan, ianya menjadikan
rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s.w.t. dalam
membangunkan muka bumi.
 Manusia yang sesat dari ajaran Allah s.w.t. adalah mereka yang tidak
memperdulikan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.
 Sebagai contoh walaupun Fir‟aun membangunkan bandar Mesir dengan
kemajuan piramid yang kita dapat saksikan hingga hari ini tidak
dianggap bertamadun kerana mereka tidak beriman kepada nabi.
 Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan
rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh
kepada manusia seluruhnya.
 Kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap
umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa
memikirkan tentang hari pembalasan.
 Oleh kerana itu, apa aktiviti yang dilakukan hendaklah bermuhasabah
atau mengkaji adakah diredhai oleh Allah s.w.t. atau tidak kerana jika
mereka tidak mahu memikirkan perkara itu maka manusia akan
melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan
kehendak hawa nafsu mereka.
 Dengan beriman kepada qada dan qadar,umat Islam tidak akan
mudah berputus asa menghadapi kesulitan yang ada. Di samping
berusaha dengan gigih umat Islam sentiasa menyerahkan kepada
Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui segala-galanya.
Ibadah
 Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-
mata beribadah kepada Allah s.w.t. dan Itulah tujuan asal
kehadiran mereka dibangunkan di muka bumi untuk
mengikut perintah Allah s.w.t.
 Semua aktiviti manusia sama ada urusan agama atau
dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah dan juga
membangunkan muka bumi dianggap sebagai ibadah jika
ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah
s.w.t.
 Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik
dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda
berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid
kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah
dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang
negara.
Syariah
 Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan
kepada syarak. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai
rujukan utama dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun
dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan
sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al
Quran dan al Hadith.
 Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh
manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti
pembinaan, perkapalan, angkasa
lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang
memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat.
 Maka ini telah memberi peluang kepada umat Islam
supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat
Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.
Akhlak
 Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran
Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan
kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan
mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun
yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.
 Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam.
Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya
juga adalah murni.
 Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat
yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap
muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa,
zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, dan sebagainya dan
semua sifat-sifat terpuji ini perlu ada kepada setiap umat
Islam. janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba,
penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan
sebagainya.
2.2 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
1. Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh
(sempurna).
 Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia
termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak,
hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama
manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan
untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam,
kawan atau lawan dan sama ada mempunyai
hubungan keluarga atau sebaliknya.
 Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti
dapat mengembalikan hak kepada yang berhak,
sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut
kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat
antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
2. Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah
umum.
 Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang
setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya
yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap manusia di
seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya
dengan ciri tersebut.
 Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang
kepada manusia untuk membina tamadun yang
sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang
bersifat tetap dan anjal.
 Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan
tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat
pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut
cara dan teknik pelaksanaannya.
 Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari
sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil
kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan
kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur
kerohanian (spiritual).
 Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan
realistik.
 Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di
tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat
dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia
agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.
 Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la
realistik dan segi mengambil kira realiti alam sejagat atas
dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat
yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan
kewujudan Allah s.w.t.
Ciri-ciri khusus Tamadun Islam
 Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para
sarjana Barat seperti wujudnya penempatan,
kemunculan kota atau bandar, peningkatan
kualiti hidup, wujudnya organisasi, bahasa dan
penggunaan tulisan dan adanya daya reka
cipta, turut terkandung dalam masyarakat Islam
yang menjadi penunjang Tamadun Islam.
 Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada
yang dinyatakan. Namun ciri-ciri khusus Tamadun
Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri
khusus Tamadun Islam yang akan dipaparkan di
bawah menggambarkan keistimewaan dan nilai
tersendiri dan nilai sebenar Tamadun Islam.
 Ciri-ciri ini menjadi penentu sebab Tamadun Islam diterima
oleh semua bangsa yang ada di dunia, walaupun pada
asalnya Tamadun Islam bermula pada bangsa Arab.
 Tamadun Islam diterima oleh masyarakat India sehingga
melahirkan era Kesultanan Delhi di India yang berjaya
dimantapkan oleh oleh Dinasti Babur sehingga terbinanya
Taj Mahal yang menjadi mercu tanda Islam di India.
Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Cina pada
zaman Dinasti Ming.
 Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Melayu di
pelbagai pulau dan daratannya. Tamadun Islam diterima
oleh masyarakat Eropah seperti di Sepanyol sahingga
terbinanya Istana al-Hamra‟ di Granada.
 Ringkasnya, kebanyakan bangsa di dunia boleh menerima
Tamadun Islam kerana ciri-ciri khusus ini.
Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1. Rabbani
 Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam didasari oleh
nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Menerusi ciri ini,
umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini
adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk
membangunkan setiap wilayah yang diduduki. Sumber,
matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan
ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur‟an.
 Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar
bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT.
Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan
matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam.
 Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan
alam lainnya adalah pelengkap hubungan dengan Maha
Pencipta.
2. Keseimbangan dan kesederhanaan
 Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan
yang bertentangan. Konsep keseimbangan dalam Tamadun
Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan
(material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan
kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat
dan keseimbangan nilai spiritual dengan material.
3. Universal
 Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat
dan tempoh tertentu, bahkan Tamadun Islam milik seluruh
manusia yang berpegang kepada Din al-Islam. Ini bermakna
Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi.
 Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman. Tamadun
Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak
disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu.
Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di
dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina
tamadun sejagat.
4. Ideal dan realistik
 Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat
kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai
dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan
agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT.
5. Menyeluruh
 Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia
termasuk aspek akidah, syariat (undang-undang) dan
akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah
SWT, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia
dengan alam.
 Ia juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua
manusia, sama ada Islam atau bukan Islam, musuh atau
lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak.
Dari aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat
mengembalikan hak kepada yang
empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam.
Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang
meliputi hubungan dalam negara mahupun antarabangsa.
Menurut Ibnu Qaldun, agama merupakan asas penting
pembinaan tamadun. Tamadun Islam mempunyai ciri-cirinya
yang tersendiri. Tamadun Islam bersifat terbuka iaitu boleh
menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak
bercanggah dengan dasar-dasar Islam.
Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Islam:
a) Berasaskan kepada ajaran al-Quran
 Segala bentuk Tamadun samada dari segi kebendaan
atau kerohanian tertakluk kepada ajaran al-Quran. Hal
ini kerana al-Quran merupakan sumber ajaran Islam
yang utama dan perlembagaan hidup yang syumul
dalam menjamin kesejahteraan alam sejagat.
 Dengan ajaran Al-Quran lah terbinanya
kecemerlangan dan kegemilangan Tamadun Islam
dalam beberapa abad yang lampau.
b) Berteraskan Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
 Islam amat menitik beratkan ilmu. Ilmu merupakan
tonggak kesempurnaan iman dan ketaqwaan. Ini
jelas diperkatakan oleh al-Quran maksudnya:
 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengenai
kepentingan ilmu pengetahuan dalam membina
kemajuan agama dan Tamadun sebagaimana
sabdanya yang bermaksud:
 “Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu dan
sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu dan
sesiapa yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat)
hendaklah dia berilmu.”
 Hasil dari gesaan inilah lahirnya ilmuan-ilmuan Islam
yang mahir dalam semua bidang dan sama-sama
membangunkan Tamadun yang murni berasaskan
ketaqwaan kepada pencipta Alam (Allah).
c) Penggunaan Tulisan/Sistem Tulisan
 Tulisan merupakan salah satu bukti penting kewujudan
sesebuah tamadun yang dapat dipelajari dan disaksikan
oleh genarasi kemudian. Sistem tulisan dapat dilihat pada
tugu-tugu peringatan, bangunan keagamaan, makam,
lembaran kertas, wang syiling dan lain-lain.
d) Gabungan antara Aspek rohani dan Jasmani
 Keamanan dan kesejahteraan insan itu berkait rapat
dengan keperibadian yang tinggi dan pekerti yang mulia.
Kemajuan dan pembangunan serta kemewahan adalah
bersifat kebendaan semata-mata. Itu semua tidak
bermakna sekiranya tidak disepadukan dengan
pembangunan rohani insan.
e) Masyarakat Majmuk (Multinational)
 Dalam Islam, sentimen perkauman dan ras keturunan
amatlah ditolak sama sekali. Semua bangsa yang
memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat Islam dan
mereka berperanan dalam membangunkan Tamadun di
wilayah yang mereka diami.
2.3 SUMBER TAMADUN ISLAM
Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber
sekunder. Sumber wahyu terkandung dalam al-Qur‟an dan al-Sunnah. Al-
Quran mengandungi prinsip-prinsip asas kemudian diperjelaskan dan
diperincikan oleh As-Sunnah. Kedua-dua ini merupakan sumber inspirasi
umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan
tamadun Islam.
A. Al-Quran
 Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir
selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia.
Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan
sepanjang hayat.
 Al-Qur‟an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang
merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam
ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi.
Al-Qur‟an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada
sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan.
 Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi
keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan
sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh
manusia dan membacanya adalah satu ibadah.
B. As-Sunnah
 Selain al-Qur‟an, sumber kedua yang menjadi sumber
Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad
SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada
Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan
pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup
baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.
 As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa
bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk.
Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang
disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada
dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan
(persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya
sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
C. Sumber-sumber sekunder
 Selain daripada al-Qur‟an dan al-Sunnah, terdapat sumber
lain yang berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan
Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama‟, al-Qias,
Masalih al-Musalah dan al-Istihsan.
 Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang
berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian
umat Islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan
ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap
berdasarkan firman Allah dalam al-Qur‟an dan hadith Nabi
SAW.

D. Sumber tambahan
i. Akal Pemikiran
 Akal adalah khazanah potensi manusia yang cukup besar yang
hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak
kepada makhluk lain. Manusia boleh membangun dan bergerak
maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu
tamadun. Umat Islam dikehendaki menggunakan akal fikiran
mereka dengan panduan dan petunjuk daripada Al-Quran dan AS-
Sunnah.
 Dalam hal ini, pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu yang didasari
ketauhidan kepada Allah s.w.t untuk menghindarkan daripada
penyalahgunaan hasil ciptaan yang boleh menghancurkan peradaban
manusia.
ii. Tamadun-tamadun lain
 Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang
Islam sahaja. Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun
lain untuk membantu mengukuhkan lagi tamadun Islam dengan syarat
tidak bercanggah atau bertentangan dari aspek aqidah, akhlak dan
syariah Islam.
 Kubah masjid dipercayai berasal dari senibina Graeco-Roman dan
demikian juga dengan sistem diwan (jabatan) yang telah diperkenalkan
oleh Saidina Umar Al-Khattab di dalam pentadbirannya sebenarnya
berasal dari sistem pentadbiran Parsi.
 Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha
menterjemah buku-buku tamadun lain (Iskandariah, Greek, Yunani, Parsi
dan India) dalam bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan
matematik untuk dikaji dan dimajukan lagi.
 Hasil kajian terhadap tamadun itu telah membuka minda mereka
mencipta teori-teori, prinsip-prinsip, alat-alat, teknik-teknik dan karya-karya
yang tenyata lebih baik daripada tamadun-tamadun lampau tersebut.
2.4 Keunikan Tamadun Islam
1. Agama melahirkan Tamadun
 Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah
mencetuskan sebuah tamadun yang unggul.
 Lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada
kemunculan sesuatu fahaman atau agama dan tidak
ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh
bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama,
sebagaimana yang dimiliki oleh Tamadun Islam.
 Semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah
diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan
kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini
mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam
semua perkara.
2. Peradaban
 Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah
Berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.
 Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t, Islam
mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan
berakhlak mulia.
 Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah tamadun. Ini
bermakna Tamadun Islam berkembang maju dengan asas
peradaban yang telah terbentuk.
 Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina
peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan
tamadun tersebut.
 Islam bermula di Makkah, kemudian dibangunkan di Madinah
dan di sinilah kebanyakan peruubahan dilakukan dalam
pelbagai aspek. Pembentukan sebuah Negara Islam pertama
berlaku di Madinah. Pembinaan sebuah tamadun bermula di
sini dengan asas dan panduan yang digariskan oleh agama.
 Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok
dunia, antaranya di
Damsyik, Kaherah, Baghdad, Cordova dan Delhi.
Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang
tamadun lain yang mencapai tahap
kegemilangannya di tempat ia diasaskan.
 Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun
yang masih terus berkembang dari awal
kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya
adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan
yang ada padanya.
 Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah
berkait rapat dengan perkembangan pengaruh
agama Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah
kehidupan manusia setempat kepada tahap
kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.
3. Seimbang antara kerohanian dengan kebendaan
 Dalam bidang akhlak,wujud perseimbangan antara mereka yang
terlalu ideal mangganggap manusia seperti malaikat dengan
mereka yang mengganggap manusia seperti haiwan. Antara dua
anggapan tersebut, terdapat fitrah semula jadi manusia yang telah
ditentukan.
 Dalam melihat hakikat insan, terdapat perbezaan antara agama
yang menyatakan bahawa manusia merupakan roh yang
dipenjarakan dengan mereka yang beranggapan bahawa manusia
berupa jasad semata-mata.
 Begitu juga keseimbangan dalam pandangan tentang
kehidupan, antara golongan yang mengingkari kehidupan selepas
mati dengan golongan yang menolak kehidupan dunia.
 Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam
meminta penganutnya mengambil keperluan dunia, tetapi melarang
melampaui batas dengan tidak membenarkan penganutnya
mengharamkan diri dari menikmati kurniaan Allah S.W.T.
4. Seimbang antara individu dengan masyarakat
 Dalam hubungan antara individu dengan masyarakat,
setiap orang mesti memelihara kehormatan darah
manusia dan menghalang membunuh tanpa hak.
 Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik
orang lain serta tidak boleh menghina dan mencaci.
Anggota masyarakat harus memelihara harta sendiri
atau harta orang lain.
 Kehormatan rumah tangga harus dipelihara. Seseorang
individu tidak boleh menjejak keburukan orang lain dan
mengintip rahsia rumah tangga.
5. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah
 Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti
manusia yang menjadi anggota masyarakat dan umat
tersebut.
 Dalam konteks ini, al-Qur‟an dan al-Sunnah banyak
memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang
bertamadun.
 Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam
untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di
akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan
menghayati nilai-nilai positif.
 Pendek kata al-Qur‟an dan al-Sunnah adalah pencetus
dan pendorong yang sangat berkesan dalam membina
tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam
sejarah tamadun manusia khususnya pada abad ke-6
kerana seluruh tamadun manusia telah rosak dari segi nilai
kemanusiaan.
 Namun, apabila turun al-Qur‟an, maka tamadun manusia
mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan
tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur‟an dan as-
Sunnah.
6. Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua
tamadun
 Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi.
Mengambil pengalaman yang berguna dari tamadun-
tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu
disesuaikan dengan unsur-unsur Islam.
 Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan
berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud
mempersembahkan kepada tamadun asing
pencapaian-pencapaian yang diperolehi.
 Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa
berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya
sepanjang zaman.
KESIMPULAN
 Dalam menghadapi cabaran alaf baharu, umat Islam
haruslah merancangkan agendanya yang lebih bercorak
futuristic, iaitu berdasarkan perkembangan dan
pembangunan yang bakal berlaku pada alaf baharu itu.
 Menjelang akhir abad ini, kita dapat melihat bahawa
cabaran baharu yang dihadapi oleh umat Islam adalah
dalam bentuk cabaran ilmu pengetahuan, sains dan
teknologi serta persaingan ekonomi.
 Kita memerlukan ahli teknokrat dan teknologi Islam, ahli
professional dan pengamal yang aktif di dalam berbagai-
bagai bidang kehidupan moden, bukan hanya untuk
memajukan diri dan masyarakat pada era baharu,
malahan dapat berkhidmat dan bekerja untuk memberi
sunbangan kepada manusia keseluruhannya yang
sekalihgus dapat mematabatkan agama dan umat kita.
 Masyarakat Islam juga tentunya tidak boleh
mengabaikan pendidikan Ilmu ketuhanan dan
kerohanian atau bidang yang kini dikenali sebagai
bidang pengajian Islam.
 Namun, dalam masa yang sama kita juga tidak mahu
masyarakat Islam ketinggalan dalam bidang Ilmu
keduniaan dan professional yang dapat mengangkat
martabat dan kehidupan masyarakat kita di dalam
dunia yang penuh persaingan ini.
 Akhir sekali, perlulah diingatkan dan dihayati oleh
semua umat Islam bahawa perjuangan ke arah
meningkatkan martabat dan tamadun Islam perlu
diteruskan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraSiew Poh Teng
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasimauzaie2
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islamwan arizwnb
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baruwan arizwnb
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanMahyuddin Khalid
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuRaja Rosenani
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahMohd Syahir Ismail
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanmunnianwar
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuMohammad Yaqin
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianAtok Shila
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaIzzat Najmi
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 

La actualidad más candente (20)

Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasi
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islam
 
Tajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 MetafizikTajuk 5 Metafizik
Tajuk 5 Metafizik
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 
Matlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islamMatlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islam
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaahPengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
Pengenalan kepada ahli sunnah wal jamaah
 
Agama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaanAgama dan kepercayaan
Agama dan kepercayaan
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 

Destacado

5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam
5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam
5.2.Ciri Ciri Tamadun IslamWanBK Leo
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newKero Nuex
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWGuru Sejarah PraU
 
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamPemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamHana Shahida
 
Konsep Jihad Dalam Islam
Konsep Jihad Dalam Islam Konsep Jihad Dalam Islam
Konsep Jihad Dalam Islam Nur Aliah
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanmdnasiry
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Tamadun India
Tamadun IndiaTamadun India
Tamadun Indianornaj
 
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuJessyca Ungat
 
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahKemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahMohd PG
 
Perkembangan islam di madinah
Perkembangan islam di madinah Perkembangan islam di madinah
Perkembangan islam di madinah deandraprisila14
 
Hijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHannan Ismail
 
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA Ikhwan Hamid
 

Destacado (20)

5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam
5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam
5.2.Ciri Ciri Tamadun Islam
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam IslamPemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
Pemerintahan dan Pentadbiran Dalam Islam
 
Konsep Jihad Dalam Islam
Konsep Jihad Dalam Islam Konsep Jihad Dalam Islam
Konsep Jihad Dalam Islam
 
TITAS ( Jihad )
TITAS ( Jihad )TITAS ( Jihad )
TITAS ( Jihad )
 
Contoh soalan TITAS
Contoh soalan TITASContoh soalan TITAS
Contoh soalan TITAS
 
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunanBab1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
Nilai Masyarakat Malaysia
Nilai Masyarakat MalaysiaNilai Masyarakat Malaysia
Nilai Masyarakat Malaysia
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Tamadun India
Tamadun IndiaTamadun India
Tamadun India
 
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayuKesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
Kesusasteraan,kebudayaan dan kesenian melayu
 
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinahKemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2Bab 12 sem 2
Bab 12 sem 2
 
Perkembangan islam di madinah
Perkembangan islam di madinah Perkembangan islam di madinah
Perkembangan islam di madinah
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Hijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannyaHijrah dan kepentingannya
Hijrah dan kepentingannya
 
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN SUMBANGANNYA
 

Similar a Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)

MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfMINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfssuser271471
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamMiji Mina
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadunajiex96
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamAzman Ariffin
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islamsafwanpbs
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyah
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyahMatan keyakinan dan cita hidup muhammadiyah
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyahachel
 
Cth asgment tamadun
Cth  asgment tamadunCth  asgment tamadun
Cth asgment tamadunEast Smile
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Yanese Ayne
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Niesma Alfina
 

Similar a Titas : Bab 2 (Tamadun Islam) (20)

Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdfMINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
MINGGU 1- KONSEP TAMADUN ISLAM.pdf
 
Kertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islamKertas kerja tamadun islam
Kertas kerja tamadun islam
 
Konsep tamadun
Konsep tamadunKonsep tamadun
Konsep tamadun
 
Nota bab-2
Nota bab-2Nota bab-2
Nota bab-2
 
Konsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islamKonsep asas tamadun islam
Konsep asas tamadun islam
 
Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151Bab 1 CTU 151
Bab 1 CTU 151
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyah
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyahMatan keyakinan dan cita hidup muhammadiyah
Matan keyakinan dan cita hidup muhammadiyah
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
Cth asgment tamadun
Cth  asgment tamadunCth  asgment tamadun
Cth asgment tamadun
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 
Tamadun Islam
Tamadun IslamTamadun Islam
Tamadun Islam
 
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
Konsep Tamadun Islam ( CTU151 )
 
Tugas kelompok edit
Tugas kelompok editTugas kelompok edit
Tugas kelompok edit
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
Uitmctu151 perbezaantamadunislamdantamadunbarat-131225222006-phpapp01
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 

Más de Reefear Ajang

Tenerife airport disaster klm flight 4805 and pan
Tenerife airport disaster klm flight 4805 and panTenerife airport disaster klm flight 4805 and pan
Tenerife airport disaster klm flight 4805 and panReefear Ajang
 
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...Reefear Ajang
 
Sustainability OF AIR Transportation
Sustainability OF AIR Transportation Sustainability OF AIR Transportation
Sustainability OF AIR Transportation Reefear Ajang
 
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir MohammadHubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir MohammadReefear Ajang
 
ICAO: International Civil Aviation Organisation
ICAO: International Civil Aviation OrganisationICAO: International Civil Aviation Organisation
ICAO: International Civil Aviation OrganisationReefear Ajang
 
Human Resource Management: Reward and compensation
Human Resource Management: Reward and compensationHuman Resource Management: Reward and compensation
Human Resource Management: Reward and compensationReefear Ajang
 
Principle of Management - Motivating Employees
Principle of Management - Motivating EmployeesPrinciple of Management - Motivating Employees
Principle of Management - Motivating EmployeesReefear Ajang
 
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...Reefear Ajang
 
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal Skills
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal SkillsPrinciple of Management - Communication Management & Interpersonal Skills
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal SkillsReefear Ajang
 
Logistic: Airport Equipment And Facilities
Logistic: Airport Equipment And FacilitiesLogistic: Airport Equipment And Facilities
Logistic: Airport Equipment And FacilitiesReefear Ajang
 

Más de Reefear Ajang (11)

Tenerife airport disaster klm flight 4805 and pan
Tenerife airport disaster klm flight 4805 and panTenerife airport disaster klm flight 4805 and pan
Tenerife airport disaster klm flight 4805 and pan
 
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...
THE IMPACT OF ON TIME PERFORMANCE ON OPERATION MANAGEMENT AND PASSENGER LOYAL...
 
Presentations
PresentationsPresentations
Presentations
 
Sustainability OF AIR Transportation
Sustainability OF AIR Transportation Sustainability OF AIR Transportation
Sustainability OF AIR Transportation
 
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir MohammadHubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
Hubungan Etnik: Tun Dr Mahathir Mohammad
 
ICAO: International Civil Aviation Organisation
ICAO: International Civil Aviation OrganisationICAO: International Civil Aviation Organisation
ICAO: International Civil Aviation Organisation
 
Human Resource Management: Reward and compensation
Human Resource Management: Reward and compensationHuman Resource Management: Reward and compensation
Human Resource Management: Reward and compensation
 
Principle of Management - Motivating Employees
Principle of Management - Motivating EmployeesPrinciple of Management - Motivating Employees
Principle of Management - Motivating Employees
 
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...
Malaysian Aerospace Industry Report 2013/2014 - An Overview for Aerospace MRO...
 
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal Skills
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal SkillsPrinciple of Management - Communication Management & Interpersonal Skills
Principle of Management - Communication Management & Interpersonal Skills
 
Logistic: Airport Equipment And Facilities
Logistic: Airport Equipment And FacilitiesLogistic: Airport Equipment And Facilities
Logistic: Airport Equipment And Facilities
 

Último

Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 

Último (20)

Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 

Titas : Bab 2 (Tamadun Islam)

  • 1. TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA BAB 2: TAMADUN ISLAM REEFEAR EAPEAR ANAK AJANG SHAHRIL REDZWAN BIN SHAMSUDIN MUHAMMAD FAIZAL BIN MAT HANIP
  • 2. OBJEKTIF 1. Melihat potensi yang terdapat dalam Tamadun Islam dan memberi input bagi pembinaan tamadun Malaysia. 2. Mengenal pasti nilai-nilai murni dari tamadun Islam ke arah pembinaan tamadun kontemporari.
  • 3. 2.1 KONSEP TAMADUN ISLAM  Bahasa  Tamadun bererti kemajuan atau civilization.  Perkataan “tamaddun” adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai sebagai salah satu daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.  Perkataan lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan erti “tamadun” ini seperti „umran, hadharah dan madaniah‟.  Istilah  Dari sudut istilah, Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada Al -Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.  Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam juga lahir daripada agama Islam sendiri.  Dalam perkataan lain agama Islam-lah yang melahirkan Tamadun Islam. Berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang melahirkan agama mereka.
  • 4. Asas Tamadun Islam  Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu: 1. Asas keimanan 2. Asas „ubudiyah, 3. Asas syariah 4. Asas akhlak.  Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah diiringi keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t.  Pada masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan Al-Quran.
  • 5. Akidah  Akidah adalah salah satu perkara asas iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian.  Hal ini juga hendaklah berasaskan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.  Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.
  • 6.  Setiap umat Islam yang beriman kepada Allah diwajibkan beriman kepada rukun-rukun iman iaitu: 1. Beriman kepada Allah SWT 2. Beriman kepada Al-Quran 3. Beriman kepada malaikat-malaikat 4. Beriman kepada nabi dan rasul 5. Beriman kepada hari akhirat 6. Beriman Kepada qada dan qadar.  Seseorang yang percaya kepada kewujudan malaikat akan sentiasa berhati-hati melakukan aktiviti. Malaikat sentiasa patuh dan taat perintah Allah s.w.t dan mereka merupakan contoh makhluk yang sentiasa taat perintah Nya.  Oleh itu segala aktiviti hendaklah mengikut perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala laranganNya. Malaikat juga diberikan tugas seperti mencatat amalan manusia, memberi rezeki kepada manusia, mencabut nyawa, memikul arasy, menjaga syurga, menjaga neraka dan sebagainya. Mereka sentiasa patuh perintah Allah s.w.t.
  • 7.  Selain itu orang yang beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi panduan manusia dalam memakmurkan muka bumi ini yang merupakan garis panduan perintah suruhan dan larangan.  Kitab yang masih asli hingga hari ini ialah al Quran yang telah dimuatkan segala peraturan hidup untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tamadun yang tinggi manusia tidak dapat lari dari mengamalkan al Quran yang menjadi panduan hidup dunia dan akhirat.  Keimanan kepada rasul-rasul merupakan perkara penting dalam mentamadunkan muka bumi ini. Dengan keimanan, ianya menjadikan rasul sebagai contoh manusia yang terbaik di sisi Allah s.w.t. dalam membangunkan muka bumi.  Manusia yang sesat dari ajaran Allah s.w.t. adalah mereka yang tidak memperdulikan ajaran yang dibawa oleh nabi dan rasul.  Sebagai contoh walaupun Fir‟aun membangunkan bandar Mesir dengan kemajuan piramid yang kita dapat saksikan hingga hari ini tidak dianggap bertamadun kerana mereka tidak beriman kepada nabi.
  • 8.  Demikian juga di zaman kini nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi dan rasul yang terakhir membawa ajaran Islam serta menjadi contoh kepada manusia seluruhnya.  Kepercayaan kepada hari akhirat juga asas kepada tamadun. Setiap umat Islam yang dianggap bertamadun ialah mereka yang sentiasa memikirkan tentang hari pembalasan.  Oleh kerana itu, apa aktiviti yang dilakukan hendaklah bermuhasabah atau mengkaji adakah diredhai oleh Allah s.w.t. atau tidak kerana jika mereka tidak mahu memikirkan perkara itu maka manusia akan melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana terikut-ikut dengan kehendak hawa nafsu mereka.  Dengan beriman kepada qada dan qadar,umat Islam tidak akan mudah berputus asa menghadapi kesulitan yang ada. Di samping berusaha dengan gigih umat Islam sentiasa menyerahkan kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. yang lebih mengetahui segala-galanya.
  • 9. Ibadah  Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata- mata beribadah kepada Allah s.w.t. dan Itulah tujuan asal kehadiran mereka dibangunkan di muka bumi untuk mengikut perintah Allah s.w.t.  Semua aktiviti manusia sama ada urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah dan juga membangunkan muka bumi dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.  Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang negara.
  • 10. Syariah  Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan kepada syarak. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai rujukan utama dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith.  Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti pembinaan, perkapalan, angkasa lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat.  Maka ini telah memberi peluang kepada umat Islam supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.
  • 11. Akhlak  Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.  Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni.  Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, dan sebagainya dan semua sifat-sifat terpuji ini perlu ada kepada setiap umat Islam. janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.
  • 12. 2.2 CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM 1. Di antara ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh (sempurna).  Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia. la juga menekankan dan menyeru keadilan untuk semua insan, sama ada Islam atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubungan keluarga atau sebaliknya.  Dalam bidang kehakiman, tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang berhak, sebagaimana dalam sejarah. la juga meliputi sudut kenegaraan yang meliputi hubungan di peringkat antarabangsa, ilmu pengetahuan dan peribadatan.
  • 13. 2. Ciri utama yang kedua bagi agama Islam ialah umum.  Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan setiap tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Setiap manusia di seluruh pelosok dunia dapat menyesuaikan dirinya dengan ciri tersebut.  Dengan ciri yang umum ini juga, terbukalah ruang kepada manusia untuk membina tamadun yang sejagat. Agama Islam juga mempunyai ciri yang bersifat tetap dan anjal.  Ini bermakna Islam merupakan suatu yang tetap dan tidak berubah dari segi tujuan dan matlamat pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaannya.
  • 14.  Islam memberikan kebebasan kepada umatnya dari sudut untuk merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang harus dicapai, bukan kemajuan kebendaan semata-mata dengan mengetepikan unsur kerohanian (spiritual).  Ciri utama Islam yang berikutnya adalah ideal dan realistik.  Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t.  Tunjangnya lalah kesederhanaan dan kesempurnaan. la realistik dan segi mengambil kira realiti alam sejagat atas dasar bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan kewujudan Allah s.w.t.
  • 15. Ciri-ciri khusus Tamadun Islam  Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya penempatan, kemunculan kota atau bandar, peningkatan kualiti hidup, wujudnya organisasi, bahasa dan penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta, turut terkandung dalam masyarakat Islam yang menjadi penunjang Tamadun Islam.  Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang dinyatakan. Namun ciri-ciri khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri khusus Tamadun Islam yang akan dipaparkan di bawah menggambarkan keistimewaan dan nilai tersendiri dan nilai sebenar Tamadun Islam.
  • 16.  Ciri-ciri ini menjadi penentu sebab Tamadun Islam diterima oleh semua bangsa yang ada di dunia, walaupun pada asalnya Tamadun Islam bermula pada bangsa Arab.  Tamadun Islam diterima oleh masyarakat India sehingga melahirkan era Kesultanan Delhi di India yang berjaya dimantapkan oleh oleh Dinasti Babur sehingga terbinanya Taj Mahal yang menjadi mercu tanda Islam di India. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Cina pada zaman Dinasti Ming.  Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Melayu di pelbagai pulau dan daratannya. Tamadun Islam diterima oleh masyarakat Eropah seperti di Sepanyol sahingga terbinanya Istana al-Hamra‟ di Granada.  Ringkasnya, kebanyakan bangsa di dunia boleh menerima Tamadun Islam kerana ciri-ciri khusus ini.
  • 17. Ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut: 1. Rabbani  Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki. Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang terkandung dalam al-Qur‟an.  Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun Islam.  Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap hubungan dengan Maha Pencipta.
  • 18. 2. Keseimbangan dan kesederhanaan  Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan. Konsep keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan individu dengan masyarakat dan keseimbangan nilai spiritual dengan material. 3. Universal  Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu, bahkan Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam. Ini bermakna Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi.  Ia juga menepati keperluan dan peredaran zaman. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
  • 19. 4. Ideal dan realistik  Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah SWT. 5. Menyeluruh  Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah, syariat (undang-undang) dan akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.  Ia juga merupakan satu seruan keadilan untuk semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat mengembalikan hak kepada yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam. Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara mahupun antarabangsa.
  • 20. Menurut Ibnu Qaldun, agama merupakan asas penting pembinaan tamadun. Tamadun Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Tamadun Islam bersifat terbuka iaitu boleh menerima Tamadun asing selagi Tamadun tersebut tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Berikut merupakan ciri-ciri Tamadun Islam: a) Berasaskan kepada ajaran al-Quran  Segala bentuk Tamadun samada dari segi kebendaan atau kerohanian tertakluk kepada ajaran al-Quran. Hal ini kerana al-Quran merupakan sumber ajaran Islam yang utama dan perlembagaan hidup yang syumul dalam menjamin kesejahteraan alam sejagat.  Dengan ajaran Al-Quran lah terbinanya kecemerlangan dan kegemilangan Tamadun Islam dalam beberapa abad yang lampau.
  • 21. b) Berteraskan Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan  Islam amat menitik beratkan ilmu. Ilmu merupakan tonggak kesempurnaan iman dan ketaqwaan. Ini jelas diperkatakan oleh al-Quran maksudnya:  Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mengenai kepentingan ilmu pengetahuan dalam membina kemajuan agama dan Tamadun sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  “Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya (dunia dan akhirat) hendaklah dia berilmu.”  Hasil dari gesaan inilah lahirnya ilmuan-ilmuan Islam yang mahir dalam semua bidang dan sama-sama membangunkan Tamadun yang murni berasaskan ketaqwaan kepada pencipta Alam (Allah).
  • 22. c) Penggunaan Tulisan/Sistem Tulisan  Tulisan merupakan salah satu bukti penting kewujudan sesebuah tamadun yang dapat dipelajari dan disaksikan oleh genarasi kemudian. Sistem tulisan dapat dilihat pada tugu-tugu peringatan, bangunan keagamaan, makam, lembaran kertas, wang syiling dan lain-lain. d) Gabungan antara Aspek rohani dan Jasmani  Keamanan dan kesejahteraan insan itu berkait rapat dengan keperibadian yang tinggi dan pekerti yang mulia. Kemajuan dan pembangunan serta kemewahan adalah bersifat kebendaan semata-mata. Itu semua tidak bermakna sekiranya tidak disepadukan dengan pembangunan rohani insan. e) Masyarakat Majmuk (Multinational)  Dalam Islam, sentimen perkauman dan ras keturunan amatlah ditolak sama sekali. Semua bangsa yang memeluk Islam dianggap sebagai masyarakat Islam dan mereka berperanan dalam membangunkan Tamadun di wilayah yang mereka diami.
  • 23. 2.3 SUMBER TAMADUN ISLAM Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber wahyu terkandung dalam al-Qur‟an dan al-Sunnah. Al- Quran mengandungi prinsip-prinsip asas kemudian diperjelaskan dan diperincikan oleh As-Sunnah. Kedua-dua ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun Islam. A. Al-Quran  Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat.  Al-Qur‟an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-Qur‟an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan.
  • 24.  Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah. B. As-Sunnah  Selain al-Qur‟an, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.  As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
  • 25. C. Sumber-sumber sekunder  Selain daripada al-Qur‟an dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama‟, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan.  Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Qur‟an dan hadith Nabi SAW.  D. Sumber tambahan i. Akal Pemikiran  Akal adalah khazanah potensi manusia yang cukup besar yang hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Umat Islam dikehendaki menggunakan akal fikiran mereka dengan panduan dan petunjuk daripada Al-Quran dan AS- Sunnah.
  • 26.  Dalam hal ini, pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu yang didasari ketauhidan kepada Allah s.w.t untuk menghindarkan daripada penyalahgunaan hasil ciptaan yang boleh menghancurkan peradaban manusia. ii. Tamadun-tamadun lain  Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang Islam sahaja. Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain untuk membantu mengukuhkan lagi tamadun Islam dengan syarat tidak bercanggah atau bertentangan dari aspek aqidah, akhlak dan syariah Islam.  Kubah masjid dipercayai berasal dari senibina Graeco-Roman dan demikian juga dengan sistem diwan (jabatan) yang telah diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab di dalam pentadbirannya sebenarnya berasal dari sistem pentadbiran Parsi.  Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha menterjemah buku-buku tamadun lain (Iskandariah, Greek, Yunani, Parsi dan India) dalam bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan matematik untuk dikaji dan dimajukan lagi.  Hasil kajian terhadap tamadun itu telah membuka minda mereka mencipta teori-teori, prinsip-prinsip, alat-alat, teknik-teknik dan karya-karya yang tenyata lebih baik daripada tamadun-tamadun lampau tersebut.
  • 27. 2.4 Keunikan Tamadun Islam 1. Agama melahirkan Tamadun  Kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan sebuah tamadun yang unggul.  Lahirnya sesebuah tamadun akan membawa kepada kemunculan sesuatu fahaman atau agama dan tidak ada satu tamadun pun yang boleh dijadikan contoh bagi sesuatu kelahiran yang berteraskan agama, sebagaimana yang dimiliki oleh Tamadun Islam.  Semua prinsip pembinaan tamadun ini adalah diadaptasikan daripada ajaran Islam. Berteraskan kepada konsep iman, maka pembinaan tamadun ini mengambil kira konsep mentauhidkan Allah dalam semua perkara.
  • 28. 2. Peradaban  Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah Berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi.  Dengan ajaran yang datang daripada Allah s.w.t, Islam mampu melahirkan pengikut yang berperadaban tinggi dan berakhlak mulia.  Daripada peradaban tersebut, terbinalah sebuah tamadun. Ini bermakna Tamadun Islam berkembang maju dengan asas peradaban yang telah terbentuk.  Ini berbeza dengan tamadun lain yang membina peradabannya hasil daripada perkembangan dan kemajuan tamadun tersebut.  Islam bermula di Makkah, kemudian dibangunkan di Madinah dan di sinilah kebanyakan peruubahan dilakukan dalam pelbagai aspek. Pembentukan sebuah Negara Islam pertama berlaku di Madinah. Pembinaan sebuah tamadun bermula di sini dengan asas dan panduan yang digariskan oleh agama.
  • 29.  Tamadun Islam berkembang di segenap pelosok dunia, antaranya di Damsyik, Kaherah, Baghdad, Cordova dan Delhi. Fenomena ini berbeza sama sekali dengan sebarang tamadun lain yang mencapai tahap kegemilangannya di tempat ia diasaskan.  Tamadun Islam merupakan satu-satunya tamadun yang masih terus berkembang dari awal kemunculannya hinggalah kini. Perkembangannya adalah berkait rapat dengan konsep kesejagatan yang ada padanya.  Tuntasnya perkembangan tamadun Islam adalah berkait rapat dengan perkembangan pengaruh agama Islam itu sendiri. Ianya dapat mengubah kehidupan manusia setempat kepada tahap kehidupan yang lebih bermakna dan bermanfaat.
  • 30. 3. Seimbang antara kerohanian dengan kebendaan  Dalam bidang akhlak,wujud perseimbangan antara mereka yang terlalu ideal mangganggap manusia seperti malaikat dengan mereka yang mengganggap manusia seperti haiwan. Antara dua anggapan tersebut, terdapat fitrah semula jadi manusia yang telah ditentukan.  Dalam melihat hakikat insan, terdapat perbezaan antara agama yang menyatakan bahawa manusia merupakan roh yang dipenjarakan dengan mereka yang beranggapan bahawa manusia berupa jasad semata-mata.  Begitu juga keseimbangan dalam pandangan tentang kehidupan, antara golongan yang mengingkari kehidupan selepas mati dengan golongan yang menolak kehidupan dunia.  Keseimbangan antara kerohanian dengan kebendaan dalam Islam meminta penganutnya mengambil keperluan dunia, tetapi melarang melampaui batas dengan tidak membenarkan penganutnya mengharamkan diri dari menikmati kurniaan Allah S.W.T.
  • 31. 4. Seimbang antara individu dengan masyarakat  Dalam hubungan antara individu dengan masyarakat, setiap orang mesti memelihara kehormatan darah manusia dan menghalang membunuh tanpa hak.  Mereka mesti memelihara kehormatan dan nama baik orang lain serta tidak boleh menghina dan mencaci. Anggota masyarakat harus memelihara harta sendiri atau harta orang lain.  Kehormatan rumah tangga harus dipelihara. Seseorang individu tidak boleh menjejak keburukan orang lain dan mengintip rahsia rumah tangga.
  • 32. 5. Panduan al-Qur’an dan al-Sunnah  Kejayaan sesebuah tamadun ditentukan oleh kualiti manusia yang menjadi anggota masyarakat dan umat tersebut.  Dalam konteks ini, al-Qur‟an dan al-Sunnah banyak memberi dorongan ke arah melahirkan insan yang bertamadun.  Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih dan menghayati nilai-nilai positif.  Pendek kata al-Qur‟an dan al-Sunnah adalah pencetus dan pendorong yang sangat berkesan dalam membina tamadun Islam yang unggul. Hakikat ini terbukti dalam sejarah tamadun manusia khususnya pada abad ke-6 kerana seluruh tamadun manusia telah rosak dari segi nilai kemanusiaan.  Namun, apabila turun al-Qur‟an, maka tamadun manusia mendapat satu inspirasi yang baru dengan kemunculan tamadun Islam yang bersumberkan al-Qur‟an dan as- Sunnah.
  • 33. 6. Tamadun islam bersifat terbuka kepada semua tamadun  Tamadun Islam bersifat mengambil dan memberi. Mengambil pengalaman yang berguna dari tamadun- tamadun lain seperti Yunani, Parsi dan sebagainya lalu disesuaikan dengan unsur-unsur Islam.  Maka lahirlah pencapaian yang bercorak dan berbentuk Islam. Memberi pula bermaksud mempersembahkan kepada tamadun asing pencapaian-pencapaian yang diperolehi.  Sifat terbuka ini menjadikan tamadun islam sentiasa berkembang dan maju dan menjamin kewujudannya sepanjang zaman.
  • 34. KESIMPULAN  Dalam menghadapi cabaran alaf baharu, umat Islam haruslah merancangkan agendanya yang lebih bercorak futuristic, iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang bakal berlaku pada alaf baharu itu.  Menjelang akhir abad ini, kita dapat melihat bahawa cabaran baharu yang dihadapi oleh umat Islam adalah dalam bentuk cabaran ilmu pengetahuan, sains dan teknologi serta persaingan ekonomi.  Kita memerlukan ahli teknokrat dan teknologi Islam, ahli professional dan pengamal yang aktif di dalam berbagai- bagai bidang kehidupan moden, bukan hanya untuk memajukan diri dan masyarakat pada era baharu, malahan dapat berkhidmat dan bekerja untuk memberi sunbangan kepada manusia keseluruhannya yang sekalihgus dapat mematabatkan agama dan umat kita.
  • 35.  Masyarakat Islam juga tentunya tidak boleh mengabaikan pendidikan Ilmu ketuhanan dan kerohanian atau bidang yang kini dikenali sebagai bidang pengajian Islam.  Namun, dalam masa yang sama kita juga tidak mahu masyarakat Islam ketinggalan dalam bidang Ilmu keduniaan dan professional yang dapat mengangkat martabat dan kehidupan masyarakat kita di dalam dunia yang penuh persaingan ini.  Akhir sekali, perlulah diingatkan dan dihayati oleh semua umat Islam bahawa perjuangan ke arah meningkatkan martabat dan tamadun Islam perlu diteruskan.