BERKELAS!!! WA 0821 7001 0763 (FORTRESS) Harga Pintu Aluminium Kamar Mandi di...
Kajian tindakan perintang
1. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
KAJIAN TINDAKAN
PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
UNIT TEKNIK & VOKASIONAL
SMK DATO HAJI TALIB KARIM
TAHUN 2010
TAJUK:
”MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID UNTUK
MEMBACA KOD JALUR WARNA PADA
PERINTANG DENGAN BANTUAN KAD WARNA
DAN KOTAK AJAIB”.
DISEDIAKAN OLEH:
ROHANA BINTI JANTAN
GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
UNIT TEKNIK & VOKASIONAL
SMK DATO HAJI TALIB KARIM
78000 ALOR GAJAH, MELAKA.
26hb. MEI, 2010
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Murid-murid yang berada di tingkatan dua (2) akan mempelajari topik elektronik. Salah
satu daripada sub topik dari mata pelajaran ini yang penting ialah membaca kod warna
pada perintang. Ini adalah kerana didalam peperiksaan PMR pasti ada satu soalan dari
bahagian ini yang dikeluarkan. Oleh itu menjadi satu kewajipan kepada murid-murid
untuk menguasai topik ini.
-1-
2. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
Di dalam P&P yang lalu murid telah pun mempelajari topik ini. Walaupun demikian
semasa sessi ulangkaji didapati murid tidak dapat membaca kod warna pada perintang
dengan betul. Oleh itu, saya merasa perlu melakukan sesuatu agar dapat membantu
murid-murid untuk membaca kod warna pada perintang tersebut dalam menentukan nilai
rintangan bagi setiap perintang. Maka, satu kaedah yang mudah dan menarik juga harus
di tunjukkan kepada murid agar ia dapat membantu dan memudahkan murid dalam
menguasai topik ini.
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Kemahiran membaca kod warna pada perintang adalah merupakan satu
kemahiran yang sangat penting. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh setiap murid
untuk memudahkan mereka menetukan nilai rintangan bagi perintang itu.
Murid-murid yang berada di tingkatan 2 sepatutnya telah pun menguasai
kemahiran ini. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai sudah pasti mereka tidak
akan dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan topik ini. Oleh itu, satu
teknik yang baik dan berkesan perlu diajar kepada murid-murid serta menjadi
satu harapan agar ia dapat membantu murid-murid untuk menentukan nilai
perintang dengan membaca kod jalur warna pada badan perintang.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
• Kajian ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan membantu murid-murid
membaca kod jalur warna pada perintang dengan cara yang betul dan mudah
dalam menentukan nilai rintangan bagi satu perintang.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
• Untuk memperkenalkan kepada murid satu kaedah yang mudah untuk
membaca kod jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai
rintangannya.
• Untuk mengatasi masalah murid keliru membaca kod jalur warna pada
perintang terutamanya jalur yang ketiga(3) dan keempat( 4).
4.0 KUMPULAN SASARAN
Sasaran kajian ini ialah murid-murid tingkatan 2 Arif iaitu seramai 36 orang akan
menjalani ujian bagi kajian ini. Mereka terdiri daripada 15 orang lelaki dan 21 orang
perempuan.
Di dalam kajian ini pecahan jumlah murid mengikut kaum ialah 11 orang murid lelaki
melayu, 17 orang murid perempuan melayu, 4 orang murid lelaki cina dan 4 orang murid
perempuan cina.
5.0 PERLAKSANAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
• Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan
pemerhatian dan soal selidik semasa P&P, analisis dokumen dan ujian pra.
-2-
3. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 PEMERHATIAN / ANALISIS DOKUMEN
Hasil dari tinjauan, pemerhatian dan soal selidik yang dijalankan
semasa P&P, didapati 4 orang murid daripada 36 orang murid kelas ini
sahaja yang dapat membaca kod jalur warna pada perintang dengan
betul dan 32 orang murid masih tidak faham cara untuk membaca kod
jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai bagi perintang.
Pemerhatian ini telah disahkan dengan membuat pemerhatian ke atas
murid-murid semasa mereka menyelesaikan masalah menentukan nilai
bagi satu perintang.
5.2.2 UJIAN PRA
Di dalam ujian pra ini, murid-murid diminta untuk membaca
kod jalur warna pada perintang untuk menentukan nilai perintang
dengan menggunakan pengetahuan sedia ada di dalam diri murid-
murid. Hasil yang telah diperolehi adalah seperti berikut:
Membaca kod jalur warna Tidak dapat membaca kod jalur
perintang dengan betul. warna perintang dengan betul.
4 orang 32 orang
11.1% 88.9%
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dengan merujuk kepada keputusan ujian pra, satu tindakan perlu dilakukan dalam
menangani masalah tersebut. Oleh itu, murid-murid telah diperkenalkan dengan
satu teknik yang dapat membantu murid-murid jelas dan faham dalam proses
membaca kod jalur warna pada perintang. Satu set kad warna dan satu kotak ajaib
telah diperkenalkan sebagai satu alatan yang dapat membantu memberi
kefahaman kepada murid semasa menjalankan aktiviti membaca kod jalur warna
pada badan perintang. Dengan ini menjadi satu harapan agar murid dapat
mengatasi masalah yang mereka hadapi.
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN
5.4.1 PELAKSANAAN AKTIVITI 1 (P&P)
Di dalam aktiviti 1 ini, guru akan mengajar murid dengan melakukan
satu demonstrasi dan menunjukkan kepada murid cara untuk membaca
jalur kod warna pada perintang dengan bantuan 13 keping kad warna
dan kotak ajaib. Setiap kad warna tercatat nilai bagi warna itu.
Manakala di dalam kotak ajaib itu pula terdapat sembilan keping kad
kecil dengan tercatat no ’0’ di atas setiap keping kad. Langkah-
langkah aktiviti adalah seperti berikut:
Langkah 1:
i. Murid-murid diminta melakarkan gambarajah satu perintang
dan melabelkan jalur warna pada perintang tersebut seperti
rajah 1 dibawah.
Rajah 1: perintang tetap.
-3-
4. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
ii. Guru memberi 1 2 3 4
penerangan berkaitan dengan rajah 1 di atas.
iii. Murid diperkenalkan dengan 13 keping kad warna dan sebuah
kotak ajaib. Kotak ini dikatakan ajaib kerana di dalamnya
hanya mengandungi 9 keping kad-kad kecil yang tertulis huruf
’0’ pada setiap kad. Kotak ajaib ini hanya akan mewakili jalur
yang ketiga (3) sahaja.
iv. Untuk memulakan aktiviti guru akan menunjukkan 10 keping
kad warna yang akan mewakili untuk jalur 1 dan 2 sahaja.
Manakala 3 keping kad lagi akan mewakili jalur keempat.
Setiap kad warna mempunyai nilai kod warna yang telah
ditetapkan iaitu:
Warna kad Nilai
Hitam 0
Perang 1
Merah 2
Jingga 3
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Unggu 7
Kelabu 8
Putih 9
Emas +5%
Perak +10%
Tiada Warna +20%
v. Guru meminta murid pertama mengambil 1 kad warna untuk
jalur 1. Murid kedua mengambil 1 kad warna untuk jalur 2.
Murid ketiga mengambil 1 kad warna untuk jalur ketiga 3 dan
murid keempat hanya boleh memilih kad berwarna emas atau
perak atau tanpa warna sahaja untuk mewakili jalur keempat.
vi. Murid pertama akan melekatkan kad warna yang memaparkan
nilai bagi warna tersebut pada papan hitam, diikuti oleh murid
kedua. Manakala bagi murid ketiga pula perlu mengambil kad
di dalam kotak ajaib mengikut bilangan nilai pada kad warna
yang mereka telah pilih. Kemudian murid itu akan
melekatkan kad-kad yang diambil dari kotak ajaib itu dan
melekatkannya di papan hitam bersebelahan kad murid kedua
tadi.
-4-
5. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
vii. Akhir sekali, murid ke empat pula akan melekatkan kad yang
telah diambilnya ke papan hitam untuk melengkapkan nilai
bagi perintang itu. Dan bacaan nilai bagi perintang pun dapat
dicari dan diketahui dengan mudah.
viii. Kaedah itu diulang sehingga tiga kali untuk lebih memberi
kefahaman kepada murid.
ix. Akhir sekali murid diuji dengan beberapa contoh soalan yang
berkaitan dengan menentukan nilai perintang untuk
mengetahui adakah murid telah pun jelas dan faham cara-cara
untuk membaca kod jalur warna pada perintang.
5.4.2 PELAKSANAAN AKTIVITI 2 (UJIAN POS)
Setelah selesai P&P, murid-murid di minta untuk membuat penilaian
atas segala aktiviti yang telah dijalankan. Hasil yang diperolehi adalah
seperti jadual dibawah.
Dapat membaca Kod Dapat membaca Kod Tidak dapat membaca
jalur warna perintang warna perintang kod jalur warna
dengan tepat. tetapi kurang jelas. perintang.
19 orang 4 orang 13 orang
52.8 % 11.11 % 36.1 %
6.0 REFLEKSI KAJIAN
• Pada pendapat saya berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, didapati
keputusan yang hasilkan adalah kurang memuaskan ini kerana peratus murid
yang dapat membaca dengan tepat hanya 52.8%. Ini mungkin disebabkan
oleh beberapa faktor samada faktor dalaman mahupun dari persekitaran.
• Diantara faktor-faktor yang boleh di kenal pasti ialah:
i. Murid masih tidak dapat menguasai sub topik ini secara
keseluruhannya.
ii. Murid kurang memberi tumpuan semasa p&p dan kajian sedang
dijalankan.
iii. Murid kurang berminat dengan topik ini kerana ia melibatkan nombor.
iv. Didapati pelajar tidak hadir semasa topik ini telah diajar oleh guru
matapelajaran.
v. Pendekatan kaedah yang digunakan semasa kajian kurang berkesan.
-5-
6. KAJIAN TINDAKAN
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
RJ/MEI/02/2010
• Pendapat murid pula menyatakan bahawa dengan menggunakan kaedah ini
mereka lebih faham. Beberapa murid pula menyatakan mereka jelas sedikt dan
dapat memahaminya dan ada yang menyatakan langsung tidak faham. (Rujuk
kepada penilaian dan hasil kerja murid).
• Dengan membuat pemerhati secara menyeluruh di dalam ujian pra dan ujian
pos didapati kajian ini tidak dapat mencapai objektif yang di harapkan.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya saya akan cuba mencari dan mengenalpasti satu teknik lain yang
lebih mudah, cepat dan tepat untuk memudahkan murid-murid membaca kod jalur
perintang untuk menentukan nilai rintangan perintang dengan lebih cepat dan tepat. Topik
ini perlu dikuasai oleh semua murid kerana ia sangat penting dan akan diuji semasa
peperiksaan. Maka dengan ini, akan menjadi satu kerugian sekiranya topik yang mudah
ini tidak dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid. Bila topik ini telah jelas difahami oleh
murid, maka mereka akan merasa gembira dan memudahkan mereka untuk menjawab
soalan PMR nanti. Insyaalah.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
………………………………………
ROHANA BINTI JANTAN
Guru Kemahiran Hidup Bersepadu,
SMK Dato Haji Talib Karim,
78000 Alor Gajah, Melaka.
LAMPIRAN
HASIL KERJA MURID DI
DALAM PENGHASILAN
KAJIAN INI
-6-