SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 23
Program Pensiswazahan Guru
BBD18002
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Oleh;
SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB 100321
ROSDI BIN RAMLI – DB 100316
MUHAMAD ZAIZI BIN OMAR – DB 100312
SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN – DB 100921
ROSHALIZA BINTI RAHMAT – DB 100017
KUMPULAN:
ELEKTIF SAINS
SEKSYEN 1
SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu
Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang
bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan
kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke
kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah
pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di
kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah
yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama
Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah
Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi
pendidikan berbentuk formal.
Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956)
Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan
Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular
Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan
Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor
politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama.
Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 )
Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu
diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan
Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan
Kebudayaan Jepun.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan
sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme
dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu
dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui
pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.
Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk
kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki
keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan
pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya
kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu
dirombak semula.
Sejarah Pendidikan Selepas Merdeka
Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas
kemerdekaan, iaitu :
1. Laporan Barnes (1950)
a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes
b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan
memperbaiki pendidikan orang Melayu.
c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:
i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan
ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang
murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka
iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib
diajar di sekolah Melayu
d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah :
i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil
ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan
menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
2. Laporan Fenn – Wu (1951)
a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu
(Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu)
b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang
menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang
Cina.
c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada
Ordinan Pelajaran (1952)
d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah:
i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu
Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan.
ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan
iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
3. Ordinan Pelajaran (1952)
a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji
Laporan Barnes dan Fenn – Wu.
b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah
Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular
Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.
c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga
d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan
disebabkan masalah kewangan.
Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara
kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah
juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang
jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan
masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk
menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini.
PENYATA RAZAK (1956)
1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun
1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah
menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem
pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan –
cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957)
2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa
tujuan. Antaranya ialah :
a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah.
b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif.
e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan
progresif.
g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.
3. Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan.
Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut :
a) Penubuhan Jawatankuasa
i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan
dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran.
ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak
Berkuasa Tempatan.
iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola
Sekolah untuk semua sekolah
b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk
diwujudkan ialah :
i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama
ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama.
iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua
bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama.
iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di
semua sekolah dan menengah.
v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua
sekolah.
c) Peperiksaan
i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu
d) Latihan
i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama
ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan.
iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.
4. Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak
diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956)
Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah :
1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu
sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat.
2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan
kurikulum serta kokurikulum yang seragam.
3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran
persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional.
4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu.
5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah,
sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan.
6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah
melahirkan beberapa buah institusi, iaitu:
a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru
– guru bahasa Melayu.
b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan
pengajiaan bahasa Melayu.
Reaksi terhadap Laporan Razak
Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak.
Antaranya ialah:
Pihak yang terlibat Keterangan
Orang Melayu - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap
kedudukan bahasa Inggeris di sekolah
- UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia
membahayakan kedudukan bahasa Melayu
Orang Cina - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina
menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa
objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah
Orang India - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana
berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan
terencat
Parti Politik - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang
kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan
bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi
- Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa
Inggeris akan diturunkan
- Malayan Chinese Association (MCA) mengesa
kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi
negara dan memberi layanan sama kepada semua
sekolah Cina.
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
1. Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman
Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu.
2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di
dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada
penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan
kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961),
Syor – syor Utama Laporan Rahman Talib
Terdapat tiga syor utama di dalam Laporan Rahman Talib, iaitu:
1. Persekolahan
a) Pada tahun 1962, semua pelajaran di peringkat sekolah rendah adalah percuma,
iaitu sebagai langkah untuk menguruangkan jurang perbezaan antara sekolah
Cina, Tamil dan Inggeris
b) Semua sekolah rendah yang mendapat bantuan ditukar menjadi sekolah
kebangsaan dan jenis kebangsaan.
c) Umur berhenti sekolah dinaikkan setahun, iaitu pada umur 15 tahun agar pelajar
diberi peluang untuk menyambung pelajaran dan melibatkan diri dengan
pelajaran yang bercorak perusahan.
d) Pelajar dinaikkan ke darjah berikutnya secara automatik dengan syarat mereka
telah menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
e) Pelajar harus menduduki peperiksaan am di peringkat sekolah menengah dalam
satu bahasa rasmi sahaja.
2. Jawatankuasa
a) Terdapat dua buah jawatankuasa Jemaah Nazir yang diwujudkan, iaitu Jemaah
Nazir Persekutun dan Jemaah Nazir Tempatan
b) Sistem Jemaah Pengurus / Pengelola akan diteruskan dan kenaikan pangkat yang
dicadangkan harus disahkan terlebih dahulu oleh Menteri Pelajaran.
3. Latihan
a) Pendidikan Akhlak untuk pelajar bukan Islam perlu diberi penekanan dan diajar
di sekolah, dan bagi pelajar beragama Islam, pelajaran agama Islam perlu
dititikberatkan.
b) Guru yang mengajar mata pelajaran vokasional dan Bahasa Melayu perlu
ditambah untuk menampung keperluan pada masa akan datang dan juga untuk
mengajar pelajar – pelajar di kawasan kampong yang berminat dalam bidang
perusahan, dan harus dibuka kepada pelajar lelaki serta perempuan.
PENYATA RAHMAN TALIB
Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan
melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran
Malaysia sebagai pengerusinya.
Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan
kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya
dalam perlaksanaannya.
CADANGAN-CADANGAN PENYATA RAHMAN TALIB
• Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic daripada 12 tahun kepada
15 tahun.
• Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah, adalah
dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan.
• Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga
tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan.
• Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum dicadangkan
menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan.
• Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa
rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.
• Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan
Sistem Pendidikan Kebangsaan.
• Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan peperiksaan Senior
Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan
diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.
• Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada
bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah Menengan Persendirian.
• Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh,
Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor.
• Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh menyertai Skim
Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di sekolah Menengah Teknik.
Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti
Malaya.
• Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat
sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam.
• Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam Sukatan
Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5. Unsur-unsur sivik juga
disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3.
• Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan.
• Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak
(1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan pembentukan Lembaga
Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya.
• Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa
menjalankan tugas penyeliaan mereka.
• Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian
dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu, perkembangan pendidikan
kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang
tercatat dalam Akta 1961 itu.
INTISARI PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961
• Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar uama dan
proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah ditentukan.
• Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja.
• Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan
tenaga maahir negara.
• Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat
sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat malaysia.
LAPORAN KABINET
• Pada tahun 1974 kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang
mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaaum dengan Timbalan Perdana
menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi. Jawatankuasa Kabinet ini
ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan , matlamat dan
kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan
tenaga rakyat negara dapat dipenuhi.
• Lebih penting tugasnya lagi ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat
memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih.
• Ekoran daripada laporan itu, Kementerian Pelajaran melancarkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mulai pada tahun 1988 sebagai peringkat percubaan.
MATLAMAT KAJIAN
• Jawatankuasa Kabinet ditugaskan untuk:
» Mengkaji sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi
sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979 :
± Boleh melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan jangka pendek
yang diperlukan oleh negara.
± Berjaya menghasilkan satu masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin
dan terlatih.
» Hasil daripada kajian ini, membuat syor-syor yang sewajaarnya.
• Matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran daan kurikulum d
semua peringkaat pelajaran.
INTISARI LAPORAN KABINET 1979
• Penekanan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
• Penekanan kepada pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan Moral dan nilai-
nilai disiplin yang diingini.
• Penekanan kepaada kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara.
• Perlaksanaan pendidikan menengah atas melalui 2 jurusan iaaitu akademik dan
vokasional.
• Peluang diberi melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 taahun, iaaitu hingga
Tingkatan 5.
• Melicinkan tatacara pengurusan Pendidikan Kebangsaan.
• Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya.
KESAN LAPORAN KABINET
• Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
AKTA PENDIDIKAN 1996 : PINDAAN TAHUN 2002
Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak
• Mengkut Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Perlaksanaan Pendidikan Wajib di
Peringkat Rendah 2003 ialah pindaan sebagai satu seksyen 29A yang baru.
• Seksyen 29A (2) ini menjelaskan setiap ibu bapa warganegara malaysia wajib
mendaftarkan anak mereka yang telah mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan
Januari dalam tahun persekolahan, dan seterusnya menjadi murid di sekolah rendah
sepanjang tempoh pendidikan wajib.
• Perlaksaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah berkuatkuasa pada 1 hb Januari
2003.
• Mengikut Akta Pendidikan1996 (Akta 550), Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai
Pendidikan Daerah atau bahagian, guru Besar atau Pengetua, guru penolong Kanan
(HEM) dann Guru Bimbingan dberi kuasa menyiasata apa-apa pelakuan suatu kesalahan
di bawah seksyen 29A dan Peraturan-Peraturan Pendidikan Wajib, tertakluk kepada
gaaris panduan daan arahan ketua Pendaftar contohnya :
► Murid yang telah mengesahkan tempat sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah
selepas 14 hari pertama persekolahan.
► Aduan atau laporan mengenai murid cicir daripada oranng.
► Kes murid cicir yang telah diketahui oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran
Daerah atau Bahagian /Jabatan Pelajaran Negeri.
2. Seksyen 16 Akta ini memperuntukkan bahawa, tiga buah institusi pendidikan adalah
institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi
pendidikan swasta.
Bahasa Kebangsaan
Dalam Seksyen 17 pula, diperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa
pengantar utama dalam sistem pendidikan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)
dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil).
Pendidikan Rendah Wajib
1. Menteri Pelajaran mempunyai kuasa wajib untuk menetapkan pendidikan rendah menjadi
pendidikan wajib.
2. Setiap ibu bapa (warganegara Malaysia) hendaklah memastikan bahawa setelah anaknya
mencapai umur enam tahun pada Januari dalam tahun persekolahan, anak itu hendaklah
didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib (Bab 3
– 29 A Subseksyen 2).
3. Ibu bapa yang melanggar subseksyen ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda
tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas 14/2002 – Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/2001 – Pindaan bagi Para 2 – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
10/1996, panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur
menduduki peperiksaan bagi peperiksaan sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1998 – Panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan
sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi pepriksaan sekolah kerajaan,
sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.
7. Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.
Pendidikan Prasekolah
1. Semua tadika hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini (Bab 2 Subseksyen 1) – mereka
yang melanggar peraturan ini dianggap telah melakukan kesalahan.
2. Bahasa pengantar lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika.
Walaubagaimanpun, bahasa Melayu tetap diajar sebagai mata pelajaran wajib.
3. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek
perkembangan, menguasai asas dan memupuk sikap positif terhadap persediaan sebelum
masuk ke sekolah rendah.
4. Objektif pendidikan prasekolah adalah untuk membolehkan murid :
a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi
warganegara yang patriotic.
b) Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran
berbahasa untuk berkomunikasi.
c) Menggunakan bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di
sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil.
d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa kedua.
e) Menggalakkkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
f) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran
menyelesaikan masalah.
g) Menggalakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi murid yang
beragama Islam.
h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan
kesihatan dan keselamatan yang baik.
j) Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
FPK berteraskan perkara-perkara berikut :
1. Penyata Razak (1956)
2. Laporan Rahman Talib (1960)
3. Akta Pelajaran 1961
4. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1979)
5. Rukun Negara
Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Terdapa tiga fokus dalam FPK, iaitu :
1. Perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.
2. Perpaduan rakyat.
3. Pendidikan sepanjang hayat atau seumur hidup (life-long learning) ke arah membina
masyarakat makmur.
Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Terdapat beberapa ciri-ciri FPK, iaitu :
1. Pendidikan suatu uasaha yang berterusan
a) Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan
kemahiran secara berterusan sejak kita kecil hingga akhir hayat melalui peringkat-
peringkat berikut :
• Peringkat awal
Pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama,
asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan.
• Peringkat sekolah
Pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu,
pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni serta pembentukan jati
diri.
• Peringkat selepas sekolah
Pendidikan di institusi pendidikan tinggi, tempat kerja, masyarakat, pembelajaran kendiri
dan secara talian yang menggalakkan peningkatan perolehan ilmun pengetahuan dan
kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan perkembangan bakat serta potensi
individu.
2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
a) Seseorang individu mempunyai empat domain potensi, iaitu :
i) J – Jasmani
ii) E – Emosi
iii) R – Rohani
iv) I – Intelek
b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu.
c) Pendidikan haruslah berusaha untuk mencungkil, memupuk, memperkembang dan
meningkatkan bakat serta keupayaan-keupayaan ini.
d)
3. Insan yang seimbang dan harmonis
a) Berakhlak mulia.
b) Percaya dan patuh kepada Tuhan.
c) Bertanggungjawab kepada diri,m masyarakat, agama dan negara.
d) Berilmu pengetahuan dan berketrampilan.
Unsur Intelek
Memberi fokus kepada daya
berfikir dalam aspek kemahiran
3M, berfikir secara kritis dan
kreatif, memanfaatkan ilmu untuk
diri dan orang lain.
Unsur Rohani
Berkaitan dengan sifat kejiwaan
dan kebatinan seperti
menghargaai dan bersyukur
kepada Tuhan, membentuk
akhlak mulia, memupuk dan
membina disiplin.
Unsur Emosi
Mempunyai perasaan jiwa yang
kuat dengan mempunyai ciri-ciri
seperti perasaan tenang, kasih
saying, perpaduan dan kesenian.
Unsur Jasmani
Memberi tumpuan kepada
perkembangan tubuh badan yang
sihat seperti menjaga kesihatan
badan, melakukan riadah dan
meningkatkan daya pengeluaran.
POTENSI INDIVIDU
e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.
f) Mempunyai peribadi yang seimbang dan bersepadu.
4. Sistem pendidikan bersepadu
a) Strategi pendidikan berteraskan FPK.
b) Pengubahsuaian kurikulum yang mengambilkira konsep pendidikan berespadu.
5. Kepercayaan dan kepatuhan
a) Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama.
b) Mengikut dan mengamalkan ajaran agama.
c) Melakukan kebaikan dan menghindar kejahatan.
d) Mengakui kewujudan Tuhan.
e) Mengetahui bahawa fenomena dan peraturan alam ditetapkan oleh pencipta.
6. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
a) Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
b) Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas.
c) Memiliki pengetahuan dan kelayakan dengan tugas.
7. Budaya sekolah mestilah menitikberatkan aspek :
a) Fizikal – bersih, sihat dan selamat.
b) Sosial – merangsang pembinaan insane yang baik, seimbang dan harmonis.
c) Budaya – menggalakkan daya intelek pelajara dengan menimba ilmu pengetahuan
ke arah pendidikan sepanjang hayat.
d) Bahas – penggunaan bahasa yang baik.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan mengikut
peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan perubahan alam
pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global.
RUJUKAN
Buku:
1. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa
Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan
Publication Sdn Bhd.
2. Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin
Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan
Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia.
Internet:
1. http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia
2. http://www.oocities.org/virtuainfo/eduhistory.htm
3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1057:sejarah-
pendidikan-di-malaysia&catid=36:mengenai-pendidikan
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sherly Jewinly
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetDenne Freddy
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razakfiro HAR
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhanasyikin hashim
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Denne Freddy
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)miera84
 

La actualidad más candente (20)

Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Laporan penyata razak
Laporan penyata razakLaporan penyata razak
Laporan penyata razak
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
Kumpulan 17 oren- PENGURUSAN MURID (Kesediaan Belajar)
 

Destacado

Destacado (6)

Keciciran
KeciciranKeciciran
Keciciran
 
Sjh 3101
Sjh 3101Sjh 3101
Sjh 3101
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 

Similar a Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanQaseh Nur Husna
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9Amelia Akmar
 

Similar a Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM (20)

Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Aminuddin baki
Aminuddin bakiAminuddin baki
Aminuddin baki
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9hubungan etnik group 9
hubungan etnik group 9
 

Más de Rosdi Ramli

Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)Rosdi Ramli
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Rosdi Ramli
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Rosdi Ramli
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Rosdi Ramli
 
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHMKimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHMRosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Rosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Rosdi Ramli
 
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRosdi Ramli
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMRosdi Ramli
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...Rosdi Ramli
 
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)Rosdi Ramli
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 

Más de Rosdi Ramli (17)

Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
Tugasan individu kemahiran tumpuan dlm sains (penulisan akademik)
 
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
Tugasan Kumpulan Kemahiran Sains dlm Tumpuan(RPH Alat Berfikir Model CoRT1)
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kump...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kepimpinanan peringkat sekolah dan kepimpin...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Tingkah laku devian )_Tugasan Kumpulan Sem ...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Kajian Tindakan mengenai disiplin pelajar s...
 
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Dedikasi,perhargaan,abstrak,kandungan kajia...
 
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHMKimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
Kimia ( Tajuk : nanoteknologi )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Modul penghasilan BBM multimedia microsoft of...
 
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Laporan Kejohanan )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHMKokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Elemen kreativiti dalam periklanan)_Tugasan B...
 
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
Radioactivity ( Tajuk : Astronomi & Fizik Moden_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM)
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 

Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan Individu Sem 1_UTHM

  • 1. Program Pensiswazahan Guru BBD18002 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Oleh; SAIFUL SHAH RIZAL BIN SAMSUDIN - DB 100321 ROSDI BIN RAMLI – DB 100316 MUHAMAD ZAIZI BIN OMAR – DB 100312 SAKTHI REKKA A/P JAYAGOGOLAN – DB 100921 ROSHALIZA BINTI RAHMAT – DB 100017 KUMPULAN: ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1
  • 2. SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sejarah Awal Pendidikan di Tanah Melayu Corak pendidikan yang ada di waktu ini berbentuk bukan formal. Ia wujud dan berkembang bersama-sama pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan ‘sekolah pondok’. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke 20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal. Pendidikan Di waktu Penjajahan Inggeris (1800 hingga 1956) Sistem pendidikan diwaktu ini adalah warisan budaya pendidikan zaman pemerintahan Inggeris. Diwaktu zaman ini terbentuk lima jenis persekolahan iaitu Sekolah Vernukular Melayu, SekolahVernukular Cina , Sekolah Vernukular India, Sekolah Vernukular Inggeris dan Sekolah Agama ( Madrasah ). Ciri-ciri sebegini rupa terbentuk kerana mengambil kira faktor politik, ekonomi ,sosio-budaya dan agama. Pendidikan Sebelum Merdeka ( 1941 hingga 1956 ) Waktu pemerintahan Jepun ( 1941 hingga 1956 ) Pendidikan Tamil dan Pendidikan Melayu diteruskan dengan ditambah bahasa Jepun. Penubuhan sekolah Nippon-Go untuk menggantikan Sekolah Vernukular Cina dan Inggeris. Pengajaran lebih ditekankan lagu- lagu klasik Jepun dan Kebudayaan Jepun. Selepas tamat Perang Dunia Kedua 1946 , Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Keadaan sistem pendidikan diwaktu ini bercelaru, orang Melayu telah mula kuat semangat nasionalisme dan masyarkat Cina, India masih mahu kekal bermastautin di Malaya. Selain daripada itu dikalangan orang Melayu mula timbul kesedaran untuk memajukan pendidikan. Melalui pendidikan, ekonomi dan sosial orang Melayu di tingkatkan.
  • 3. Atas desakan dan kesedaran orang Melayu untuk memperluaskan peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu. Kaum Melayu mula mendesak pihak kerajaan Inggeris memperbaiki keadaan pendidikan di sekolah-sekolah Melayu. Maka pada tahun 1950 satu Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J.Barnes telah ditugaskan untuk menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan orang Melayu. Pada tahun 1951 terbentuklah Jawatankuasa L.J.Barnes fokusnya kepada pendidikan orang Melayu dan membawa kepada seluruh sistem pendidikan perlu dirombak semula. Sejarah Pendidikan Selepas Merdeka Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan selepas kemerdekaan, iaitu : 1. Laporan Barnes (1950) a) Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes b) Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki pendidikan orang Melayu. c) Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu: i) Dua jenis system sekolah hendaklah ditubuhankan ii) Satu jenis sekolah menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar iii) Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka iv) Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan Bahasa Inggeris wajib diajar di sekolah Melayu d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah : i) Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. ii) Sekolah – sekolah vernacular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah – sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
  • 4. 2. Laporan Fenn – Wu (1951) a) Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu – Negara China) dan Dr Wu (Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu) b) Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. c) Terdpat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952) d) Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn – Wu. Antaranya ialah: i) Sekolah vernacular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu Malayu, Cina dan Tamil dan kebangsaan juga diadakan. ii) Sekolah – sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan iii) Sekolah – sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara. 3. Ordinan Pelajaran (1952) a) Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn – Wu. b) Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan – corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. c) Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga d) Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.
  • 5. Rumusan Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masing – masing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing – masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.Oleh hal demikian suatu kajian dijalankan untuk menambahbaikkan system pendidikan di Negara ini. PENYATA RAZAK (1956) 1. Diwujudkan apabila Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam pilihan raya pada tahun 1955. Menteri Pelajaran pada ketika itu, Y.B Dato’ Tun Abdul Razak Hussein telah menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mensyorkan beberapa perubahan dalam seistem pendidikan, dan laporan ini telah dikenali sebagai Penyata Razak (1956). Cadangan – cadangan penyata ini dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran (1957) 2. Melihat kepada sistem pendidikan pada ketika itu, Penyata Razak mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah : a) Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. b) Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu c) Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan d) Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, liberal dan progresif. e) Mewujudkan system pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. f) Mewujudkan masyarakat yang bertolenrasi, berdisiplin, terlatih , liberal dan progresif.
  • 6. g) Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan. 3. Penyata Razak mengorak langkah dalam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Antara syor yang membawa kepada perubahan adalah dalam aspek – aspek berikut : a) Penubuhan Jawatankuasa i) Menteri Pelajaran bertanggungjawab terus terhadap aspek yang berkaitan dengan pelajaran menengah, lathan guru dan merangka dasar pelajaran. ii) Aspek tentang pelajaran rendah dan pertukangan pula adalah di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. iii) Jemaah Nazir Sekolah ditubuhkan dan ini diikuti dengan Lembaga Pengelola Sekolah untuk semua sekolah b) Jenis sekolah dan penggunaan bahasa. Sekolah yang dibenarkan untuk diwujudkan ialah : i) Sekolah rendah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama ii) Sekolah menengah persendirian atau yang menerima bantuan yang sama. iii) Satu sekolah menengah kebangsaan terbuka ditubuhkan untuk semua bangsa dan menggunakan sukatan serta kurikulum yang sama. iv) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah dan menengah. v) Sukatan pelajaran dan jadual waktu yang sama diadakan untuk semua sekolah. c) Peperiksaan i) Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu d) Latihan i) Semua guru dilatih di bawah rancangan latihan yang sama ii) Pelajaran menengah lanjutan dan sambilan juga diadakan. iii) Pelajaran teknik disusun semula mengikut keperluan.
  • 7. 4. Dibawah Ordinan Pelajaran (1957), semua syor yang diutarakan dalam Penyata Rzak diterima dan disahkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Kesan / Implikasi Penyata Razak (1956) Terdapat beberapa kesan akibat daripada pelaksanaan Penyata Razak. Antaranya ialah : 1. Kementerian Pelajaran diwujudkan dan ini telah merintis jalan kea rah tertubuhnya satu sistem pentadbiran pendidikan yang berpusat. 2. Sebuah sekolah diwujudkan, iaitu sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan kurikulum serta kokurikulum yang seragam. 3. Peluang pelajaran diperluaskan hingga ke epringkat pengajian tinggi dan aliran persekolahan diperlbagaikan ke aliran teknik, akademik dan vokasional. 4. Semua calon sekolah menengah menduduki peperiksaan awam yang sama, iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu. 5. Bagi tujuan pemantauan keberkesanan, mutu pelajaran dan sistem pendidikan di sekolah, sebuah Jemaah Nazir yang bebas telah ditubuhkan. 6. Bahasa Melayu yang diwajibkan di semua sekolah rendah dan menengah telah melahirkan beberapa buah institusi, iaitu: a) Institusi Bahasa di Lembah Pantai, Kuala Lumpur yang berperanan melatih guru – guru bahasa Melayu. b) Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi untuk meningkatkan perkembangan dan pengajiaan bahasa Melayu.
  • 8. Reaksi terhadap Laporan Razak Terdapat pelbagai reaksi di kalangan kaum termasuk parti politik terhadap Laporan Razak. Antaranya ialah: Pihak yang terlibat Keterangan Orang Melayu - Tidak berpuas hati dan syak wasangka terhadap kedudukan bahasa Inggeris di sekolah - UMNO Johor menentang kerana beranggapan ia membahayakan kedudukan bahasa Melayu Orang Cina - Kesatuan Guru Sekolah Cina dan akhbar Cina menentang Perkara 12 kerana memperakukan bahawa objektif akhir adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah Orang India - Kesatuan Guru Sekolah Tamil menentang kerana berpendapat bahasa kemajuan sekolah Tamil akan terencat Parti Politik - Parti Agama Islam Semalaya (PAS) menentang kerana tiada jaminan bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi - Tiada sebarang perakuan bahasa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan - Malayan Chinese Association (MCA) mengesa kerajaan menerima bahasa Cina sebagai bahasa rasmi negara dan memberi layanan sama kepada semua sekolah Cina.
  • 9. LAPORAN RAHMAN TALIB (1960) 1. Ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan Razak. Diketuai oleh En. Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran pada ketika itu. 2. Dalam usaha untuk mengemas kini dan mengkaji semual syor – syor yang terkandung di dalam Penyata Razak, maka pada tahun 1959, satu kajian semula diadakan. Hasil daripada penyemakan inilah, maka Laporan Rahman Talib diwujudkan pada tahun 1960 dan kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran (1961), Syor – syor Utama Laporan Rahman Talib Terdapat tiga syor utama di dalam Laporan Rahman Talib, iaitu: 1. Persekolahan a) Pada tahun 1962, semua pelajaran di peringkat sekolah rendah adalah percuma, iaitu sebagai langkah untuk menguruangkan jurang perbezaan antara sekolah Cina, Tamil dan Inggeris b) Semua sekolah rendah yang mendapat bantuan ditukar menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. c) Umur berhenti sekolah dinaikkan setahun, iaitu pada umur 15 tahun agar pelajar diberi peluang untuk menyambung pelajaran dan melibatkan diri dengan pelajaran yang bercorak perusahan. d) Pelajar dinaikkan ke darjah berikutnya secara automatik dengan syarat mereka telah menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir tahun. e) Pelajar harus menduduki peperiksaan am di peringkat sekolah menengah dalam satu bahasa rasmi sahaja. 2. Jawatankuasa a) Terdapat dua buah jawatankuasa Jemaah Nazir yang diwujudkan, iaitu Jemaah Nazir Persekutun dan Jemaah Nazir Tempatan b) Sistem Jemaah Pengurus / Pengelola akan diteruskan dan kenaikan pangkat yang dicadangkan harus disahkan terlebih dahulu oleh Menteri Pelajaran.
  • 10. 3. Latihan a) Pendidikan Akhlak untuk pelajar bukan Islam perlu diberi penekanan dan diajar di sekolah, dan bagi pelajar beragama Islam, pelajaran agama Islam perlu dititikberatkan. b) Guru yang mengajar mata pelajaran vokasional dan Bahasa Melayu perlu ditambah untuk menampung keperluan pada masa akan datang dan juga untuk mengajar pelajar – pelajar di kawasan kampong yang berminat dalam bidang perusahan, dan harus dibuka kepada pelajar lelaki serta perempuan. PENYATA RAHMAN TALIB Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y.B Encik Abdul Rahman Talib yang pada ketika itu menjadi Menteri Pelajaran Malaysia sebagai pengerusinya. Tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut ialah untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Penyata Razak serta kesan-kesannya dalam perlaksanaannya. CADANGAN-CADANGAN PENYATA RAHMAN TALIB • Umur persekolahan murid-murid dinaikkan secara automatic daripada 12 tahun kepada 15 tahun. • Untuk menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah, adalah dicadangkan menubuhkan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan. • Pihak Kementerian Pelajarfan (KPM) menganjurkan latihan separuh masa selama tiga tahun untuk melatih guru-guru yang akan mengajar di Sekolah Pelajaran Lanjutan. • Semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah rendah Jenis Umum dicadangkan menukarkan namanya menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan.
  • 11. • Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja, iaitu Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan. • Kerajaan akan menarik balik bantuan daripada sekolah menengah yang tidak akur dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan. • Peperiksaan Junior Middle III dimansuhkan mulai tahun 1961 dan peperiksaan Senior Middle III dimansuhkan pada tahun 1963. Mulai tahun 1962, Bahasa Kebangsaan akan diwajibkan lulus dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran. • Sekolah-sekolah menengah ini yang enggan menukarkan bahasa pengantarnya kepada bahasa rasmi Negara boleh berdaftar menjadi Sekolah Menengan Persendirian. • Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan di Pantai Timur atau di Johor. • Pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus pertukangan ini boleh menyertai Skim Aprentis Kebangsaan, iaitu memasuki tahun ke tiga di sekolah Menengah Teknik. Selepas itu mereka boleh mengikuti Kursus Diploma di Maktab Teknik atau di Universiti Malaya. • Kemudian hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat sekurang-kurangnya ada 15 orang murid yang beragama Islam. • Pendidikan akhlak untuk murid-murid bukan Islam akan dimasukkan dalam Sukatan Mata Pelajaran Wajib mulai darjah 4 hingga tingkatan 5. Unsur-unsur sivik juga disertakan dalam Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan bagi darjah 1 hingga darjah 3. • Bayaran yuran di semua sekolah rendah dimansuhkan. • Penguasaan Pelajaran Tempatan yang ditubuhkan di bawah rancangan Penyata Razak (1957) adalah didapati kurang sesuaii dan mencadangkan pembentukan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri untuk menggantikan tempatnya. • Jemaah Nazir Negeri ditubuhkan membantu Jemaah Nazir Persekutuan semasa menjalankan tugas penyeliaan mereka. • Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan diluluskan, kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sjak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta 1961 itu.
  • 12. INTISARI PENYATA RAHMAN TALIB 1960 DAN ORDINAN PELAJARAN 1961 • Permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar uama dan proses penukarannya mengikut satu jadual yang telah ditentukan. • Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja. • Penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi keperluan tenaga maahir negara. • Penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat malaysia. LAPORAN KABINET • Pada tahun 1974 kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang mengandungi 8 anggota Menteri daripada pelbagai kaaum dengan Timbalan Perdana menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi. Jawatankuasa Kabinet ini ditugaskan untuk mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan , matlamat dan kesan sistem pelajaran, termasuk kurikulumnya untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi. • Lebih penting tugasnya lagi ialah untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah pembentukan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. • Ekoran daripada laporan itu, Kementerian Pelajaran melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mulai tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai pada tahun 1988 sebagai peringkat percubaan.
  • 13. MATLAMAT KAJIAN • Jawatankuasa Kabinet ditugaskan untuk: » Mengkaji sejauh mana perlaksanaan dasar pelajaran kebangsaan menerusi sistem pelajaran yang ada pada tahun 1979 : ± Boleh melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan jangka pendek yang diperlukan oleh negara. ± Berjaya menghasilkan satu masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. » Hasil daripada kajian ini, membuat syor-syor yang sewajaarnya. • Matlamat kajian ini sebenarnya tertumpu kepada sistem pelajaran daan kurikulum d semua peringkaat pelajaran. INTISARI LAPORAN KABINET 1979 • Penekanan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) • Penekanan kepada pendidikan kerohanian, iaitu Pendidikan Agama dan Moral dan nilai- nilai disiplin yang diingini. • Penekanan kepaada kurikulum sekolah yang mencerminkan identiti negara. • Perlaksanaan pendidikan menengah atas melalui 2 jurusan iaaitu akademik dan vokasional. • Peluang diberi melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 taahun, iaaitu hingga Tingkatan 5. • Melicinkan tatacara pengurusan Pendidikan Kebangsaan. • Meningkatkan mutu pendidikan dan pelajaran keseluruhannya.
  • 14. KESAN LAPORAN KABINET • Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982 • Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988 • Penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek AKTA PENDIDIKAN 1996 : PINDAAN TAHUN 2002 Akta Pendidikan Wajib Kanak-Kanak • Mengkut Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002 : Perlaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 ialah pindaan sebagai satu seksyen 29A yang baru. • Seksyen 29A (2) ini menjelaskan setiap ibu bapa warganegara malaysia wajib mendaftarkan anak mereka yang telah mencapai umur 6 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan, dan seterusnya menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. • Perlaksaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah berkuatkuasa pada 1 hb Januari 2003. • Mengikut Akta Pendidikan1996 (Akta 550), Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai Pendidikan Daerah atau bahagian, guru Besar atau Pengetua, guru penolong Kanan (HEM) dann Guru Bimbingan dberi kuasa menyiasata apa-apa pelakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A dan Peraturan-Peraturan Pendidikan Wajib, tertakluk kepada gaaris panduan daan arahan ketua Pendaftar contohnya : ► Murid yang telah mengesahkan tempat sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah selepas 14 hari pertama persekolahan. ► Aduan atau laporan mengenai murid cicir daripada oranng. ► Kes murid cicir yang telah diketahui oleh pihak sekolah / Pejabat Pelajaran
  • 15. Daerah atau Bahagian /Jabatan Pelajaran Negeri. 2. Seksyen 16 Akta ini memperuntukkan bahawa, tiga buah institusi pendidikan adalah institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Bahasa Kebangsaan Dalam Seksyen 17 pula, diperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kecuali di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil). Pendidikan Rendah Wajib 1. Menteri Pelajaran mempunyai kuasa wajib untuk menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib. 2. Setiap ibu bapa (warganegara Malaysia) hendaklah memastikan bahawa setelah anaknya mencapai umur enam tahun pada Januari dalam tahun persekolahan, anak itu hendaklah didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib (Bab 3 – 29 A Subseksyen 2). 3. Ibu bapa yang melanggar subseksyen ini dan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas 14/2002 – Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas 3/2001 – Pindaan bagi Para 2 – Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1996, panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi peperiksaan sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas 10/1998 – Panduan tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta umur menduduki peperiksaan bagi pepriksaan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. 7. Perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.
  • 16. Pendidikan Prasekolah 1. Semua tadika hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini (Bab 2 Subseksyen 1) – mereka yang melanggar peraturan ini dianggap telah melakukan kesalahan. 2. Bahasa pengantar lain boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika. Walaubagaimanpun, bahasa Melayu tetap diajar sebagai mata pelajaran wajib. 3. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai asas dan memupuk sikap positif terhadap persediaan sebelum masuk ke sekolah rendah. 4. Objektif pendidikan prasekolah adalah untuk membolehkan murid : a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotic. b) Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi. c) Menggunakan bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil. d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. e) Menggalakkkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. f) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. g) Menggalakkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi murid yang beragama Islam. h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik. j) Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  • 17. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Latar Belakang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) FPK berteraskan perkara-perkara berikut : 1. Penyata Razak (1956) 2. Laporan Rahman Talib (1960) 3. Akta Pelajaran 1961 4. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) 5. Rukun Negara Fokus Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Terdapa tiga fokus dalam FPK, iaitu : 1. Perkembangan individu secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. 2. Perpaduan rakyat. 3. Pendidikan sepanjang hayat atau seumur hidup (life-long learning) ke arah membina masyarakat makmur.
  • 18. Ciri-ciri Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Terdapat beberapa ciri-ciri FPK, iaitu : 1. Pendidikan suatu uasaha yang berterusan a) Pendidikan merupakan proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran secara berterusan sejak kita kecil hingga akhir hayat melalui peringkat- peringkat berikut : • Peringkat awal Pendidikan asas di rumah dan tadika yang menitikberatkan pertuturan, bimbingan agama, asuhan budi pekerti dan penjagaan kesihatan. • Peringkat sekolah Pendidikan di sekolah rendah dan menengah yang menekankan aspek perolehan ilmu, pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama dan nilai murni serta pembentukan jati diri. • Peringkat selepas sekolah Pendidikan di institusi pendidikan tinggi, tempat kerja, masyarakat, pembelajaran kendiri dan secara talian yang menggalakkan peningkatan perolehan ilmun pengetahuan dan kemahiran, penghayatan agama, nilai murni dan perkembangan bakat serta potensi individu. 2. Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu a) Seseorang individu mempunyai empat domain potensi, iaitu : i) J – Jasmani ii) E – Emosi iii) R – Rohani iv) I – Intelek
  • 19. b) Semua potensi di atas haruslah dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. c) Pendidikan haruslah berusaha untuk mencungkil, memupuk, memperkembang dan meningkatkan bakat serta keupayaan-keupayaan ini. d) 3. Insan yang seimbang dan harmonis a) Berakhlak mulia. b) Percaya dan patuh kepada Tuhan. c) Bertanggungjawab kepada diri,m masyarakat, agama dan negara. d) Berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Unsur Intelek Memberi fokus kepada daya berfikir dalam aspek kemahiran 3M, berfikir secara kritis dan kreatif, memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain. Unsur Rohani Berkaitan dengan sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menghargaai dan bersyukur kepada Tuhan, membentuk akhlak mulia, memupuk dan membina disiplin. Unsur Emosi Mempunyai perasaan jiwa yang kuat dengan mempunyai ciri-ciri seperti perasaan tenang, kasih saying, perpaduan dan kesenian. Unsur Jasmani Memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat seperti menjaga kesihatan badan, melakukan riadah dan meningkatkan daya pengeluaran. POTENSI INDIVIDU
  • 20. e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara. f) Mempunyai peribadi yang seimbang dan bersepadu. 4. Sistem pendidikan bersepadu a) Strategi pendidikan berteraskan FPK. b) Pengubahsuaian kurikulum yang mengambilkira konsep pendidikan berespadu. 5. Kepercayaan dan kepatuhan a) Meningkatkan dan mengukuhkan kepercayaan beragama. b) Mengikut dan mengamalkan ajaran agama. c) Melakukan kebaikan dan menghindar kejahatan. d) Mengakui kewujudan Tuhan. e) Mengetahui bahawa fenomena dan peraturan alam ditetapkan oleh pencipta. 6. Rakyat Malaysia yang berketrampilan a) Melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. b) Mempunyai kemahiran dalam menjalankan tugas. c) Memiliki pengetahuan dan kelayakan dengan tugas. 7. Budaya sekolah mestilah menitikberatkan aspek : a) Fizikal – bersih, sihat dan selamat. b) Sosial – merangsang pembinaan insane yang baik, seimbang dan harmonis. c) Budaya – menggalakkan daya intelek pelajara dengan menimba ilmu pengetahuan ke arah pendidikan sepanjang hayat. d) Bahas – penggunaan bahasa yang baik.
  • 21. KESIMPULAN Kesimpulannya, sistem pendidikan Malaysia semakin pesat berkembangan mengikut peredaran masa. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga peka dengan perubahan alam pendidikan dan mengaplikasikan system pendidikan yang bersesuaian selaras dengan global.
  • 22. RUJUKAN Buku: 1. Nik Azis Nik Pa, Noraini Idris. 2008. Perjuangan Memperkasa Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publication Sdn Bhd. 2. Kay Kim Khoo, Mohd Fadzil Othman, Jazamuddin Baharuddin. 2007. Pendidikan di Malaysia Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur. Persatuan Sejarah Malaysia. Internet: 1. http://www.scribd.com/doc/14533952/Perkembangan-Sistem-Pendidikan-Di-Malaysia 2. http://www.oocities.org/virtuainfo/eduhistory.htm 3. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1057:sejarah- pendidikan-di-malaysia&catid=36:mengenai-pendidikan