• Compartir
  • Enviar por correo
  • Insertar
  • Me gusta
  • Guardar
  • Contenido privado
Isu isu pendidikan khas
 

Isu isu pendidikan khas

on

  • 9,141 reproducciones

 

Estadísticas

reproducciones

reproducciones totales
9,141
reproducciones en SlideShare
9,137
reproducciones incrustadas
4

Actions

Me gusta
8
Descargas
538
Comentarios
2

1 insertado 4

http://mystudysource.blogspot.com 4

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar

12 de 2 anterior siguiente

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
  • Kirim salam kat kak lin bang man.... salaaaammm rriinnnduuu sangattt..........
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
  • A good discussion
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

    Isu isu pendidikan khas Isu isu pendidikan khas Presentation Transcript

    • su-Isu Dalam Pendidikan Khas 1.1 Isu: Program Intergrasi/ Pelabelan dan Pengasingan Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Percantuman. Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff,2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima. Program ini juga masih lagi mempunyai kekurangannya kerana terdapat beberapa isu yang timbul. Melalui pemerhatian di Sekolah A, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan di sekolah ini. Antara contoh-contoh isu yang berbangkit dalam program intergrasi ini ialah murid-murid berkeperluan khas ini diasingkan daripada kelas normal. Waktu rehat yang berlainan daripada murid-murid aliran normal juga menyebabkan wujudnya jurang sosial antara murid-murid berkeperluan khas dengan normal ini. Murid-murid berkeperluan khas ini juga hanya berinteraksi antara satu sama lain mereka sahaja. Hal ini menyebabkan kanak-kanak yang normal tidak dapat mengenali dan memahami murid-murid yang istimewa ini. Akibatnya murid-murid yang normal ini tidak mampu memahami murid-murid bekerpeluan khas ini dengan sebaiknya. Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara. Isu pelabelan terhadap kanak-kanak khas agak ketara di negara kita. Perkara sedemkian juga wujud di sekolah yang saya telah jalani praktikum yang lalu. Hal ini
    • kerana terdapat murid-murid normal yang memanggil kanak-kanak sindrom down sebagai orang yang cacat yang mempunyai mata yang sepet. Mereka menggelarnya sebagai “orang sepet”. Keadaan ini boleh menyebabkan kanak-kanak sindrom down tadi berasa rendah diri dan tidak akan selesa berada di persekitaran sekolah. Berkenaan dengan isu pengasingan pula terdapat pelbagai jenis pengasingan yang berlaku terhadap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Mereka seringkali diletakkan sebagai kumpulan yang asing di sekolah. Menurut kamus Dewan dan Bahasa dan Pustaka ,pengasingan bermaksud perihal atau perbuatan yang mengasingkan atau pun melibatkan pemisahan.(edisi keempat). Pengasingan dalam Pendidikan Khas bermaksud kanak-kanak pendidikan khas diasingkan dari kanak- kanak normal di dalam sistem pendidikan dan juga dari aspek pengajaran dan pembelajaran Selain itu juga, mengenai isu pengasingan pula terdapat kanak-kanak berkeperluan khas di program intergrasi ini diasingkan. Mohd X misalnya telah pun diasingkan daripada rakan-rakan semasa berada di dalam kelas. Walaupun sebenarnya tindakan guru adalah untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki oleh beliau namun beliau harus sedar akan kesan buruk terhadap kanak- kanak berkenaan. Menurut guru di situ, tujuan kanak-kanak itu diasingkan adalah bagi mengelakkan kanak-kanak itu mengganggu rakan sekelasnya. Disebabkan itulah kanak-kanak itu diasingkan jauh daripada meja rakan-rakan yang lain. 1.2 Isu: Penglibatan Ibu Bapa Dari aspek penglibatan ibu bapa, didapati di Malaysia tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak
    • mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan atau pun kemahiran mengurus diri atau kemahiran hidup kepada anak-anak yang istimewa. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa mereka ini. Sebagai contoh, pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya perasaan risau ibu bapa terhadap anak-anak mereka berada di dapur. Hal ini mungkin disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara negatif inilah menyebabkan mengapa kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan. Isu ini juga berkait dengan isu yang melanda di sek A ini. Melalui pemerhatian didapati penglibatan ibu bapa dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah masih dalam tahap sederhana. Hal ini kerana masih terdapat ibu bapa yang tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka ini mencuba sesuatu yang baru. Sebagai contohnya, aktiviti renang yang dijalankan pada hari Jumaat ( 2 kali sebulan) ini tidak mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada pihak ibu bapa. Disebabkan itulah hanya sedikit ibu bapa yang membayar yuran untuk aktiviti renang ini. Apabila perkara ini berlaku maka program terapi berenang yang sepatutnya dijalankan untuk semua murid tidak dapat dijalankan. Maka murid-murid akan tidak mempunyai keseronokan untuk mengikuti aktiviti luar. Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak mereka terutama dalam aspek pengurusan diri. Disebabkan itulah terdapat murid-murid yang masih tidak tahu untuk membuang air kecil atau besar di tempat yang sepatutnya iaitu tandas. Perkara ini sedikit sebanyak agak mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya guru sendiri terpaksa membantu menguruskan kanak-kanak tersebut semasa berada di dalam kelas. 1.3 Isu: Stigma Masyarakat (Isu Sistem Sosial)
    • Negara kita sememangnya mempunyai beberapa kelas lapisan sosial yang tertentu. Walaupun wujudnya jurang sosial antara golongan berada dan golongan pertengahan, masing-masing masih dapat berinteraksi dengan baik dan hidup dengan hormone. Namun begitu, bagi golongan yang tidak berkeupayaan atau pun dikenali sebagai orang kurang upaya, masyarakat di negara kita masih lagi memandang rendah dan mendiskriminasi golongan berkenaan. Di sekolah ini misalnya, masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang mengatakan budak kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini. 1.4 Kepelbagaian Kompetensi Murid Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi. Melalui pemerhatian saya ialah, di Program Pendidikan Khas Intergrasi Sekolah A wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid-murid. Sebagai contohnya, terdapat murid yang mempunyai keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Akibatnya
    • kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian dan belajar dengan baik di dalam kelas. Maka dengan disebabkan itulah terdapatnya murid yang tidak menumpukan perhatian dan mengganggu rakan disebelahnya. 1.5 Isu: Pelaksanaan Pengajaran dan Pengajaran. Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan perkara yang sangat berkaitan dalam aspek pendidikan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan mencapai matlamat pembelajaran atau hasil pembelajaran seperti yang dihasratkan.(Noriati Abd Rashid & etc, 2011). Definisi bagi pengajaran menurut Kamus Dewan dan Bahasa Pustaka edisi keempat ialah berkaitan dengan perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar. Manakala menurut (Slavin ,1997) pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan akibat perkembangan (seperti mengalami pertambahan ketinggian) bukanlah pengajaran. Manakala menurut (Crow & Crow ,1983) pembelajaran adalah pemerolehan tabiat dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berkait percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru. Sebagai guru kita hendaklah bijak memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini adalah demikian bagi memastikan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Isu yang seringkali timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah metodologi dan pedagogi yang digunakan oleh pihak guru dalam memastikan murid- murid dapat mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan artikel Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan oleh En Mohd Isa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakberkesanan pengajaran. Antaranya adalah disebabkan sikap oleh guru sendiri. Ini kerana guru tidak mempamerkan sikap profesionalisme sebagai input yang menjamin kejayaan aktiviti akedemiknya. Akibatnya wujud segelintir guru yang tidak mahu meningkatkan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran. Maka kesannya teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya menarik perhatian murid. Akibatnya murid menjadi bosan dan tidak berminat terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
    • Penggunaan secara kekerasan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid berkeperluan khas juga perlu diambil kira. Perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan oleh. Sepanjang pengalaman saya di situ, saya dapati wujud unsur kekerasan yang digunakan oleh guru semasa mengajar murid. Murid-murid berkeperluan khas ditakutkan dengan rotan dan mereka juga dipukul kerana tidak mendengar arahan guru. Isu ini sangat serius kerana boleh menyebabkan murid menjadi takut dan menjadi lebih degil dan tidak mendengar kata. Apa yang diperhatikan, terdapat satu ketika di mana pembantu pengurusan murid (PPM) menakutkan murid yang nakal dengan besi yang panas. Walaupun niat beliau mungkin hanya untuk memberitahu bahawa besi itu panas namun tidak seharusnya beliau membiarkan kanak-kanak berkeperluan khas yang nakal tadi menyentuh besi tersebut. Perkara yang lebih membimbangkan seperti kecederaan boleh berlaku. Ini sekaligus akan memberi kesan yang lebih buruk terhadap sekolah. 1.6 Isu: Profesionalisme Guru Dewasa kini, isu hangat yang seringkali diutarakan mengenai profesionalisme guru. Perkara ini berkaitan dengan sikap guru yang tidak bermoral, malas dan tidak mempunyai kemahiran pedagogi yang baik semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai guru sepatutnya, perlu sedar bahawa pentingnya menjaga profesionalisme guru. Ini kerana profesion keguruan bukanlah satu profesion yang tidak tinggi malah telah pun diiktirafkan sebagai professional. Dalam pendidikan khas, isu yang berkaitan guru ialah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya pihak kerajaan termasuk menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Apabila ini berlaku maka sudah pastilah akan wujud pertentangan kaedah pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas. Kesannya guru atau murid tadi akan mengalami tekanan dan tidak mampu menghayati dengan perasaan gembira semasa melakukan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas kelak. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak namun hakikatnya kesannya boleh menyebabkan nasib yang malang
    • kepada murid-murid. Cuba bayangkan sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak didiknya. Maka sudah tentulah akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekaligus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial. Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali hangat disebut dalam kalangan pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Di sebabkan itulah kerajaan telah pun mengambil beberapa langkah seperti mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih (akhbar utusan,27/07/2011). Namun apa yang menjadi persoalan di sinikah apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran. Seperti sedia maklum guru yang tidak terlatih ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan maka sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak murid. Dalam Pendidikan Khas misalnya, kurangnya pengetahuan mengenai kanak- kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah. Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak mampu memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi Kejadian sebegini juga sebenarnya berlaku di sekolah yang saya jalani praktikal yang lalu. Terdapat murid yang dipukul dan dirotan oleh guru semasa guru mengajar di dalam kelas. Pada pandangan saya tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka sudah tentulah layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-wenangnya. 1.7 Isu: Ujian pentaksiran Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.
    • Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan. Di Malaysia, ujian pentaksiran kebiasaanya dijalankan bagi tujuan membantu murid untuk penempatan kelas khas atau pun sebagai salah satu cara untuk mengetahui tahap kebolehan murid-murid tersebut. Apa yang menjadi isu di sini ialah, keberkesanan pentaksiran yang dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Kebanyakan ujian pentaksiran yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini adalah secara umum dan bersifat meluas. Hal ini mungkin disebabkan kita banyak mengambil contoh-contoh ujian pentaksiran daripada negara luar untuk dilaksanakan kepada murid-murid di sini. Akibatnya mungkin setengah ujian yang diberi sebenarnya tidaklah bersesuaian dengan pengetahuan murid-murid di Malaysia. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidaksesuaian itu , antaranya adalah disebabkan persekitaran yang berbeza. Persekitaran yang berlainan sememangnya mampu memberi impak yang besar terhadap kebolehan dan pengetahuan kanak-kanak berkeperluan khas. Selain itu persekitaran yang berbeza juga akan memberi perbezaan mengenai bagaimana murid itu mengurus diri. Contohnya di negara beriklim sejuk, cara membersihkan diri mungkin berbeza dengan cara membersihkan diri di iklim negara panas. Maka ujian yang ingin dilaksanakan mestilah bersesuaian dan dapat diterima secara universal oleh murid-murid berkeperluan khas. Kekurangan bahan yang mencukupi semasa melakukan pentaksiran juga mampu menjejaskan kepercayaan hasil pentaksiran yang dijalankan. Bahan yang baik perlulah disediakan bagi membantu ibu bapa, guru atau pihak sekolah yang ingin melakukan pentaksiran terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebagai contoh, untuk mentaksir kemahiran membaca, selain daripada mempunyai buku-buku yang bersesuaian guru juga sepatutnya memerlukan bilik atau ruang yang sesuai untuk
    • menjalankan ujian terhadap murid. Keadaan yang tidak sesuai atau buku yang tidak sesuai dengan tahap pengetahuan murid akan menjejaskan sedikit hasilnya nanti. Isu yang berkaitan pentaksiran di sekolah saya ialah mengenai ujian bulanan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapati, pihak sekolah membuat ujian bulanan terhadap murid istimewa ini berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan. Pada pandangan saya seharusnya ujian ini perlulah dilakukan berdasarkan pengetahuan sedia ada murid dab bukannya berdasarkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Kesannya keputusan pentaksiran nanti mungkin tidak dapat memberi gambaran kebolehan yang sebenar murid-murid berkeperluan khas. Jadi ketidakjituan dalam memperolehi keputusan pentaksiran hasil penilaian boleh menyebabkan guru salah merancang strategi yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan murid itu lagi. Selain itu, Ujian Penilaian Sekolah Rendah juga menjadi masalah kepada kanak- kanak yang berkeperluan khas ini. Terdapat ibu bapa yang beranggapan bahawa dengan mengambil ujian ini anak mereka mungkin dapat berjaya dan menjadi lebih bijak. Memang benar terdapat murid istimewa memperolehi keputusan yang baik namun hanya beberapa bilangan sahaja. Sepatutnya ujian ini harus dikaji semula untuk kanak-kanak khas. Walaupun ujian ini boleh dipilih sama ada hendak menduduki atau tidak namun kesan pandangan ibu bapa terhadap Ujian Penilaian Sekolah Rendah ini hendaklah diubah dengan cara yang lain. 1.8 Isu: Bahasa dan Komunikasi. Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama.
    • Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka. Apa yang saya perhatikan di dalam kelas khas Sekolah A, isu yang berkaitan bahasa dan komunikasi adalah berkaitan dengan pembantu murid dengan kanak-kanak berkeperluan khas ini. saya dapati pembantu murid tidak dapat memahami dengan jelas mengenai bahasa isyarat tangan yang ditunjukkan oleh sesetengah murid. Hal ini menyebabkan murid-murid seringkali menjerit atau menangis sekiranya ingin ke tandas. Selain itu juga, terdapat murid-murid yang langsung tidak boleh berkomunikasi disebabkan masalah aphasia yang dihadapi. Aphasia adalah disebabkan kecederaan atau pun kecacatan pada otak yang menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk berbahasa. Akibat daripada itu, murid yang mengalami Aphasia iaitu D seringkali ditinggalkan dan agak ketinggalan di dalam kelas. Murid-murid lain juga sukar memahami dan berinteraksi dengan beliau. Keadaan ini sekaligus boleh memberi kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak ini. 1.9 Isu:Kemudahan Fizikal Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Woolfolk (200:427) persekitaran bilik darjah yang melibatkan ruang, susun atur bilik darjah dan dimensi sosial mempengaruhi pembinaan budaya sesebuah bilik darjah. Semua faktor tersebut perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pelan bilik darjah lantai. Di negara kita, isu yang seringkali timbul mengenai kemuddahan bilik darjah adalah seperti kelas yang sempit, bahan kemudahan fizikal yang digunakan dan kedudukan ruang fizikal yang diguna pakai dalam system bilik darjah. Perkara sedemikian juga berlaku di Sekolah A Masih banyak kemudahan yang perlu ditingkatkan. Kemudahan jalan kerusi roda masih belum dibina dan disediakan di sekolah ini. Seharusnya pihak sekolah perlu peka akan keperluan murid-murid
    • berkeperluan khas yang menggunakan kerusi roda. Akibatnya akan menyusahkan pembantu murid dan juga murid itu sendiri. Keadaan kelas yang sempit dan tidak selesa menggangu proses pembelajaran dan pengajaran guru. Sepatutnya bilik dan kelas perlu dibina secara berasingan. Akan tetapi disebabkan kurangnya kemudahan kelas yang kosong maka satu bilik yang besar itu telah pun dipisahkan dengan hanya menggunakan papan lembut sebagai pembahagi bagi setiap kelas. Hal ini jelas tidak mampu mengawal kelantangan suara yang dilontarkan oleh guru atau pun murid di kelas yang bersebelahan. Akibatnya murid kelihatan terganggu dan terpinga-pinga untuk mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru. Selain itu saya juga dapati bahawa sekolah ini sangat kekurangan alatan permainan yang sesuai untuk diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. Seharusnya alatan permainan untuk kanak-kanak istimewa ini mestilah bersifat lebih selamat dan tidak merbahaya. Alatan itu mestilah lebih bersifat ringan dan lembut. Akan tetapi saya dapati, guru di sekolah berkenaan menggunakan alatan bola yang keras dan berat. Bola sebegini jelas tidak memenuhi spesifikasi keselamatan untuk kanak- kanak berkeperluan khas. Kita sedia maklum bahawa murid-murid berkeperluan khas tidak semuanya mampu menggunakan alatan yang serupa dengan murid yang normal. Sebagai contoh murid B yang mempunyai kemahiran motor halus yang rendah tidak mampu menangkap bola yang keras dan kasar. Jadi ini akan menyebabkan kecederaan kepada murid-murid berkeperluan khas. 1.10 Isu: Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun memberi peruntukan sebanyak rm150 sebulan kepada setiap kanak-kanak berkeperluan khas. Elauan yang diberi ini adalah bertujuan untuk membantu golongan kanak-kanak berkeperluan kanak-kanak yang tidak berkeupayaan ini untuk menampung kos hidup mereka. Selain itu elaun ini juga bertujuan untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang kurang upaya ini. Seperti yang sedia maklum perbelanjaan untuk menampung kanak- kanak berkeperluan khas sebenarnya agak memerlukan jumlah wang banyak. Hal ini termasuklah kos perubatan dan juga terapi yang melibatkan pertuturan atau pun fisioterapi.
    • Namun begitu, apa yang menjadi isu di sini ialah penyalahgunaan wang elaun yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini oleh ibu bapa. Ada ibubapa yang menggunakan wang elaun tersebut untuk urusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing. Seharusnya perkara itu tidak harus berlaku dan perkara ini seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk menjaga wang saku yang diberi oleh kerajaan dengan sebaiknya. Elaun yang hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Khas juga ialah berkaitan dengan elaun khas yang diberikan oleh kerajaan kepada guru-guru pendidikan khas. Tujuan elaun ini diberikan adalah sebagai ganjaran kepada guru-guru pendidikan khas yang bersabar dan tabah menghadapi karenah murid-murid khas di sekolah. Namun elaun yg diberikan ini seringkali diambil oleh kesempatan oleh pihak tertentu. Misalnya wujud guru-guru aliran perdana yang memohon masuk ke aliran khas dengan bertujuan untuk mendapatkan elaun khas itu bagi kepentingan diri. Akibat daripada itu, maka akan wujudlah kurangnya kualiti dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang dikehendaki beliau. Disebabkan itulah terdapat pengabaian terhadap murid-murid khas ini disebabkan oleh sikap guru yang sedemikian. Jelas di sini membuktikan bahawa pemberian elaun khas kepada guru juga boleh menyebabkan guru-guru bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun sahaja. Perkara yang berkaitan kewangan juga seringkali dikaitkan peruntukan yang diberikan kepada sekolah dalam menjayakan program di sekolah bagi membantu golongan kanak-kanak berkeperluan khas. Misalnya penggunaan terapi di sekolah masih lagi tidak meluas disebabkan kekurangan wang atau bajet untuk menampung tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Disebabkan itulah murid-murid di sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana- mana terapi kerana desakan wang atau pun peruntukan. Kemudahan yang tidak lengkap disebabkan kekurangan wang juga sering menghantui mana-mana sekolah yang mempunya program intergrasi di sekolahnya. Jika kita lihat di kebanyakan sekolah yang mempunyai program pendidikan khas, kebanyakannya mempunyai kemudahan fizikal yang asas sahaja. Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat disediakan akibat bajet yang kurang dan tidak mencukupi.
    • Hal ini juga dapat dilihat dengan jelas di sekolah yang pernah saya menjalani praktikal yang lalu iaitu Sek A. Di dapati di sekolah itu, kemudahan bilik terapi, bilik mainan dan bilik snoozlen masih tidak disediakan. Apabila disoal penyelaras disitu, belia mengatakan bahawa peruntukan tidak mencukupi. Selain itu kewangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga berada dalam keadaan minima. Maka banyak program bagi membantu murid-murid berkeperluan khas ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Akibat daripada itu, maka kebanyakan program yang dijalankan adalah bersifat dalaman sahaja kerana memerlukan belanjawan yang rendah. Namun kesan kepada murid pula mungkin murid akan mudah bosan dengan kaedah yang sama sahaja digunakan oleh pihak guru di sekolah berkenaan. 1.11 Isu:Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu institusi. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua. Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah atau pun institusi. Dalam bidang Pendidikan Khas pentadbir memainkan peranan penting dalam menyediakan pelbagai program dan rancangan yang menarik untuk disediakan kepada Program Intergrasi Pendidikan Khas di sesuatu sekolah. Walaupun begitu terdapat beberapa isu yang seringkali berkait rapat dengan pentadbir dan pentadbiran sekolah dengan dunia Pendidikan Khas hari ini. Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam system Pendidikan Khas di sekolah. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) , murid ini diberi peluang untuk mendudukan Program Pendidikan Khas di sekolah. Kesannya akan menyusahkan guru terutama dalam menyediakan Pengurusan Tingkah Laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan. Selain membebankan guru
    • sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Jadi kesan buruk akan berlaku kepada murid itu dan juga guru. Kesilapan penempatan murid dalam pembahagian kelas juga misalnya mampu kesan buruk kepada murid berkenaan. Sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid sudah pasti ketinggalan dan tidak mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Menurut temuramah dengan guru Pendidikan Khas di sekolah yang saya jalani praktikum itu iaitu Puan B, beliau mengatakan bahawa pentadbiran di sekolah ini tidak begitu membantu program Pendidikan Khas di situ. Hal ini mungkin disebabkan pihak pentadbiran beranggapan bahawa murid-murid ini tidak pun mampu menyumbang kepada peratus kenaikan sekolah. Di sebabkan itulah kurangnya pemerhatian dan dana diberikan kepada program Pendidikan Khas di sekolah berkenaan. .
    • PENGENALAN Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas. 2.0 ISU DALAM PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH 2.1 PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH Pihak pengurusan merupakan tunjang kepada sesebuah organisasi termasuklah di sekolah-sekolah. Malang jika sesebuah program yang diadakan di sekolah tidak mendapat sokongan daripada pihak pengurusan khususnya program seperti Pendidikan Khas. Masalah ini merupakan masalah utama yang boleh terdiri daripada beberapa isu berbangkit iaitu isu pertama: isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pentadbir. Kenapa guru Pendidikan Khas? Jawapannya kerana mereka tidak menerima layanan yang sepatutnya apabila sering diperkecilkan oleh guru-guru daripada aliran perdana. Contohnya, guru Pendidikan Khas diperlekeh kerana mengajar murid-murid yang rata- rata terencat akal, mempunyai masalah tingkahlaku dan masalah pengurusan diri. Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini tugas yang sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu elaun yang diterima oleh guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian kerana melalui anggapan mereka mengajar murid-murid khas lebih senang berbanding mengajar murid aliran perdana. Manakala murid-murid khas pula dipinggirkan dan tidak diberikan perhatian dimana Guru Besar sekolah tidak mengamalkan pendemokrasian pendidikan. Contohnya Md Aziz B. Haji Lani (n.d.) melalui dapatan yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negara, mendapati terdapat Guru Besar yang merasakan tumpuan perlu diutamakan kepada murid aliran perdana yang ramai berbanding murid-murid khas yang sedikit.
    • Isu kedua berkaitan pihak pengurusan sekolah ialah dari aspek peruntukan kewangan. Setiap sekolah akan mendapat peruntukan dimana peruntukan ini merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf kemudahan sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang memerlukan. Namun, adakah semua pihak mendapat manfaat daripada peruntukan yang diberikan ini terutamanya program Pendidikan Khas?. Perkara begini menyulitkan para guru Pendidikan Khas untuk menjalankan pelbagai aktiviti untuk murid-murid khas seperti aktiviti lawatan sambil belajar kerana kekurangan sumber kewangan. Selain kesulitan menjalankan aktiviti-aktiviti, kemudahan yang terdapat di program Pendidikan Khas juga tidak dapat dibaikpulih. Rata-rata kelas yang digunakan untuk Program pendidikan Khas mempunyai ruang yang sempit dan tidak kondusif yang akan mempengaruhi proses pembelajaran murid-murid. Isu ketiga pula adalah berkaitan dengan peperiksaan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas. Ari (2008) menyatakan Isu ini timbul kerana rasa kurang senang pihak pentadbiran apabila murid khas mengikuti peperiksaan umum di negara kita seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran Malaysia(SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini kerana mereka takut perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah. Isu keempat pula merupakan isu berhubung aspek pembangunan fizikal sekolah. Fokus isu keempat ini adalah kepada program Pendidikan Khas terutamanya program Integrasi dimana aspek pembangunan fizikalnya tidak mengikut keperluan murid-murid khas. Secara umumnya berdasarkan pengalaman semasa menjalankan Pengalaman Berasaskan sekolah(PBS) dan praktikum, kebanyakan kelas-kelas di program Pendidikan Khas mempunyai ruang yang terhad dan keadaan biliknya pula sangat uzur. Ruang yang terhad menyekat pergerakan murid untuk melakukan aktiviti dan masalah yang serupa berlaku kepada guru Pendidikan Khas. Sedangkan murid-murid normal pun berasa tidak selesa belajar di kelas yang sempit, apatah lagi mereka yang terdiri dari murid khas. tambahan lagi, program pendidikan Khas selalunya ditempatkan di
    • blok bangunan-bangunan lama yang keadaannya teruk dan uzur, tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Isu kelima ialah isu berkenaan mencipta rangkaian perhubungan dengan pihak yang sepatutnya berkenaan program Pendidikan Khas. Pihak pentadbiran sekolah khususnya guru-guru daripada program Pendidikan Khas tidak mengetahui saluran yang perlu dirujuk bagi mendapatkan bantuan berkenaan murid-murid khas. Kadangkala guru buntu dan tidak tahu alternatif lain bagi menambahkan dana supaya dapat melakukan penambahbaikan kepada program Pendidikan Khas sendiri walaupun terdapat banyak saluran yang boleh dirujuk dan sedia membantu guru-guru. 2.2 GURU KHAS Guru khas juga mempunyai isu-isu yang mengganggu tugas mereka bagi membolehkan anak-anak khas menerima pendidikan seperti murid-murid lain. Isu yang pertama ingin diketengahkan merupakan isu berkaitan bebanan tugas semasa di sekolah. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran dan ini merupakan perkara yang seharusnya diketahui oleh guru-guru sejak dari mula menjejakkan kaki ke bidang ini lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan program Pendidikan Khas, namun setiap perkara ada batasannya kerana guru juga manusia biasa dengan keperluan sama seperti orang lain. Guru Khas selalunya diberikan dibebankan dengan waktu ganti (relief class) kelas perdana. ini akan mengganggu perjalanan sesi pengajaran guru pendidikan Khas yang terpaksa meninggalkan kelas kerana menggantikan kelas guru aliran perdana yang tidak hadir ke sekolah. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga dibebankan dengan tugas-tugas bukan mengajar kerana dilantik memegang jawatankuasa yang mempunyai tugasan berat seperti setiausaha sukan di sekolah. melalui jawatankuasa seperti ini, guru pendidikan Khas perlu guru sentiasa meninggalkan kelas untuk bermesyuarat dan menjalankan menghadiri aktiviti luar yang akan menyebabkan murid-murid khas terabai. Isu kedua yang membabitkan guru-guru khas ialah berkenaan sikap dan minat mereka sendiri. Sikap guru Pendidikan Khas yang negatif membawa kesan buruk kepada
    • murid-murid khas dan sekolah itu sendiri. Seorang guru Pendidikan Khas yang tidak berminat selalunya menjalankan tanggungjawabnya dengan tidak komited. Bak kata pepatah, seperti melepaskan batuk di tangga. Malang bagi murid-murid khas yang mendapat guru seperti ini. Contohnya, mengajar tanpa menggunakan rancangan pengajaran harian, tiada inisitif menggunakan bahan bantu mengajar semasa mengajar dan lain-lain. Isu ketiga pula merupakan isu kemahiran guru Pendidikan Khas sendiri. Kebanyakan guru-guru yang mengajar di Program Pendidikan Khas adalah tidak terlatih untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Melalui kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd Mokhtar Tahar dari fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melalui petikan akhbar Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa : “Hanya 13.3 peratus sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Secara keseluruhannya 86.7 peratus guru yang mengajar dalam program ini adalah guru yang tidak dilatih mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran,” menurut kajian itu. Ini bermaksud bilangan guru yang mengajar pendidikan Khas pada waktu itu bukanlah guru yang datang dari opsyen Pendidikan Khas yang mana mereka ini tidak terlatih. Contohnya terdapat segelintir manusia memasuki Pendidikan Khas sebagai batu loncatan untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dengan mudah, ada yang memasuki bidang khas ini kerana mereka tidak mendapat pekerjaan lain setelah menamatkan pengajian di universiti. Menurut kajian itu lagi, guru perlulah mempunyai ilmu dan kemahiran tentang ciri kanak-kanak supaya perhatian terhadap keperluan mereka dapat ditumpukan dengan berdasarkan keupayaan murid untuk belajar. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid-murid khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendidikan. Isu keempat adalah isu berhubung kemahiran bersosial guru Pendidikan Khas. Melalui pengalaman praktikum semasa berada di sekolah, didapati kebanyakan guru yang berada di program Pendidikan Khas tidak mempunyai hubungan interpersonal yang rendah dengan guru-guru daripada aliran perdana. Sudahlah blok bangunan program Pendidikan Khas terletak berasingan dengan bangunan lain, guru-gurunya pula tidak
    • bercampur gaul dengan guru-guru lain walaupun mereka boleh memilih untuk tidak berbuat demikian. Contohnya, mereka lebih selesa makan di bilik rehat yang terdapat di bilik program Pendidikan Khas daripada makan di kantin. Melalui sikap dan tindakan sebegini, mereka akan mengundang persepsi negative dari guru-guru lain. Isu kelima ialah isu kekurangan guru-guru Pendidikan. Guru Pendidikan Khas menghadapi masalah untuk cuba menyelaraskan pelajaran apabila murid-muridnya terdiri daripada pelbagai jenis kecacatan malah akan menjadi lebih sukar sekiranya menerima murid-murid yang dalam kategori berat seperti autisme dan hyperaktif. Pada hari ini, seorang guru akan mengajar enam hingga lapan orang murid khas di sebuah kelas dan untuk menjalankan satu sesi pengajaran. Masalah ini boleh diatasi jika terdapat guru Pendidikan Khas yang terlatih dalam bilangan yang ramai. 2.3 MURID KHAS Selain isu yang melibatkan pihak pengurusan sekolah dan guru Pendidikan Khas terdapat juga isu-isu yang datang daripada murid-murid khas sendiri. Isu pertama ialah isu kehadiran murid. Murid-murid khas ini didapati kerap tidak hadir ke sekolah. Antara faktor penyebab kepada masalah ini ialah masalah pengangkutan dan masalah kesihatan. Terdapat Ibu bapa yang tidak berkemampuan serta tidak memiliki kenderaan yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Pernah saya lihat seorang tua yang menghantar cucunya ke sekolah dengan menaiki basikal setiap hari, namun apabila dia jatuh sakit maka cucunya tidak dapat hadir. Namun perkara ini adalah satu masalah kerana kehadiran merupakan salah satu perkara penting yang termaktub dalam undang-undang sekolah dan menjadi perhatian Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah. Isu kedua merupakan isu komunikasi. Kebanyakan murid-murid khas mempunyai masalah komunikasi yang menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran terjadi diantara guru dengan murid. Contohnya masalah tiada nahu tentang bahasa yang mana mereka menghasilkan bunyi yang tidak mempunyai sebarang makna.
    • Isu ketiga pula ialah dari segi Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu ini berkenaan keberkesanan pelaksanaan RPI terhadap murid-murid khas di sekolah. Rancangan pengajaran Individu yang terdapat disekolah kurang berkesan dalam membantu murid- murid. Ini kerana bagi seorang pelajar, harus ada seorang penilai supaya perkembangan murid dapat lebih diperhatikan dan dilaksanakan. Isu keempat yang melibatkan murid adalah berkenaan pelabelan murid semasa berada di program Pendidikan Khas. murid-murid khas sering dilabel dengan panggilan- panggilan yang buruk. Ini membuatkan mereka tertekan secara emosi. Kadangkala ia akan menimbulkan masalah tingkahlaku seperti bersembunyi bagi mengelakkan daripada diejek oleh murid-murid lain ataupun terdapat murid yang bertindak lebih ganas sehingga memukul. Isu kelima pula merupakan isu gangguan seksual dan ketidakseimbangan hormone yang berlaku kepada murid-murid khas. Murid-murid khas yang tidak mengerti apa-apa selalu dijadikan mangsa gangguan seksual oleh rakan-rakan malah guru Pendidikan Khas sendiri. Isu ini merupakan isu serius yang perlu diberikan perhatian kerana ia merupakan satu jenayah pedofilia. Lain pula dengan ketidakseimbangan hormone yang berlaku sesama murid-murid Pendidikan Khas. Murid-murid khas juga manusia yang diciptakan oleh tuhan dan mempunyai keinginan untuk berpasangan seperti orang lain, namun mereka tidak pandai mengawal keterujaan mereka sekiranya mereka menyukai seseorang. Contohnya, murid daripada kategori sindrom Down. Isu-isu seperti ini akan membawa kepada masalah-masalah lain jika tidak dibendung seperti hubungan jenis sesame murid. 2.4 IBU BAPA/ WARIS Antara isu-isu yang melibatkan ibu bapa atau waris dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah ialah : isu pertama, kerjasama oleh pihak ibu bapa kepada pihak sekolah. Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya program Pendidikan Khas. Terdapat ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka. Sebagai
    • contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan unsure-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka. Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak sekolah meminta bayaran daripada mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun waris juga tidak memberikan kerjasama apabila tidak hadir ke program bersama yang dianjurkan di sekolah terutamanya yang berkaitan dengan Pendidikan Khas seperti perbincangan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru Pendidikan Khas. Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada awal pagi tetapi lewat mengambil mereka. Isu seterusnya ialah jangkaan atau harapan ibu bapa yang tinggi terhadap anak-anak dan guru-guru. Isu ini terjadi apabila ibu bapa mendatangkan tekanan ke atas guru-guru Pendidikan Khas kerana inginkan peningkatan dalam pencapaian anak-anak dalam masa yang singkat. Melalui isu ini, ibu bapa akan sentiasa memberikan komen-komen yang negatif kerana apa yang mereka harapkan tidak menjadi. Isu keempat merupakan isu penyalahgunaan bantuan murid-murid khas. terdapat ibu bapa yang menyalahgunakan bantuan yang diterima oleh anak-anak mereka terutaamanya ibu bapa yang tidak bekerja. Contoh penyalahgunaan yang melabtkan bantuan kepada murid-murid khas ialah elaun murid-murid khas dan elaun Orang Kurang Upaya (OKU).
    • Isu yang kelima merupakan isu ibu bapa yang tidak mengetahui jenis bantuan dan saluran yang perlu dirujuk bagi membantu anak-anak mereka. Terdapat ibu bapa yang prihatin terhadap keadaan anak-anak mereka dan mereka ingin membantu anak-anak mereka namun mereka tidak mengetahui kemanakah hala yang patut ditujui dan apakah jenis bantuan atau khidamat yang boleh diberikan kepada anak-anak mereka selain daripada sekolah. ini juga merupakan isu yang dihadapi oleh segelintir pihak waris atau ibu bapa. 3.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH Masalah yang banyak mempengaruhi seorang guru Pendidikan Khas ialah masalah dari aspek pihak pengurusan sekolah. Oleh itu, saya ingin memberikan cadangan untuk mengatasi isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru dan murid Pendidikan Khas daripada pihak pengurusan sekolah. Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi isu yang tedapat dalam masalah ini, yang memerlukan penglibatan beberapa pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Pendidikan Khas sendiri. Melalui pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, cadangan yang diberikan supaya boleh dilaksanakan ialah dengan mengeluarkan pekeliling ataupun peringatan kepada sekolah tentang kepentingan program Pendidikan Khas. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian harus dipatuhi oleh semua guru dan mampu menjadi titik tolak kepada perubahan pemikiran prejudis terhadap guru-guru dan murid Pendidikan Khas. Cadangan kedua ialah berkaitan tindakan yang boleh diambil oleh guru Pendidikan Khas untuk mengatasi isu ini. Guru-guru pendidikan Khas perlu mengadakan sebuah ceramah pendedahan tentang program pendidikan Khas di kalangan pihak pengurusan pentadbiran dan guru-guru aliran perdana terutamanya jika sekolah tersebut baru sahaja membuka program Pendidikan Khas. Adalah diharapkan melalui kedua-dua cadangan seperti ini mampu membuka mata dan minda guru-guru lain tentang kepentingan program Pendidikan Khas di sekolah.
    • 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap pihak mempunyai isu yang perlu diketengahkan dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Maka, pihak tersebut iaitu pihak pengurusan pentadbiran, guru Pendidikan Khas dan ibu bapa perlu menjalankan peranan masing-masing dan melalui kerjasama yang dibentuk, segala isu yang timbul diharapkan dapat diselesaikan.