Dokumen ini memberikan panduan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan (LDP) secara berbasis sekolah bagi guru-guru di Perak pada tahun 2010. Ia menyarankan pendekatan kolaboratif antara sekolah, PPD dan JPN dalam merancang dan melaksanakan LDP, termasuk pengumpulan dan pelaporan data secara teratur menggunakan sistem aplikasi khusus. Dokumen ini juga memberikan contoh aktiviti LDP yang boleh dilaks
1. GARIS PANDUAN TAMBAHAN
PENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
JABATAN PELAJARAN PERAK
TAHUN 2010
1. PENDAHULUAN
1.1. Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 6/2005, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Setiausaha
Kementerian / Ketua Jabatan untuk memastikan anggota masing-masing di semua
peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
1.2. Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 memutuskan BPG
sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM.
1.3. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 7/2007 bertarikh 21 November 2007 telah
meluluskan kertas cadangan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan
Profesionalisme Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan, KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara ‘school-
based’ selaras dengan konsep “let manager manage” dan amalan LDP guru-guru
luar negara yang menunjukkan fokus latihan guru masa kini adalah kepada latihan
berasaskan sekolah.
1.4. Surat Siaran Ketua Pengarah perkhidmatan Awam 23 Julai 2009 bertajuk
Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam 2010 dan 2011 telah
mencadangkan bagi tujuan penjimatan, kaedah conventional face to face digantikan
dengan kaedah blended approach seperti Program Mentor-Mentee, Peer Coaching
dan Book Review untuk dilaksanakan di sekolah.
1.5. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2010, strategi pelaksanaan latihan guru secara
School-Based yang akan dilaksanakan mulai bulan Februari 2010 kepada semua
sekolah adalah seperti berikut:
i) In house training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan, dan
ii) kaedah Book Review dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In house
training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.
2. LATAR BELAKANG
Latihan Dalam Perkhidmatan bagi PPP telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak di
Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah mengikut keperluan masing-masing. Keadaan ini
mengakibatkan berlakunya isu-isu berikut :
2.1 Pelaksanaan LDP di peringkat Bahagian-Bahagian dan JPN bertindan tindih.
2.2 Kekerapan guru-guru meninggalkan sekolah bagi mengikuti kursus yang dikendalikan
oleh pelbagai pihak di KPM.
2.3 Data PPP hadir kursus tidak selaras dan tiada pangkalan data yang tepat dari satu
sumber maklumat.
2.4 Pengurusan kewangan (agihan dan kawalan peruntukan) kurang kemas.
2.5 Sebahagian pelaksanaan LDP kurang efektif dan menepati keperluan sebenar.
1
2. 3. OBJEKTIF LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif yang
berikut:
3.1 Meningkatkan profesionalisme keguruan.
3.2 Mendedahkan guru-guru kepada inovasi terkini dalam bidang pendidikan.
3.3 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme keguruan secara
berterusan.
3.4 Mewujudkan dan memantapkan nilai dan amalan profesional keguruan di kalangan
warga pendidik.
3.5 Memartabatkan profesion keguruan.
4. PANDUAN PENGOPERASIAN LATIHAN PERINGKAT SEKOLAH
Dalam melaksanakan latihan peringkat sekolah, Garis Panduan Pengoperasian Latihan
Dalam Perkhidmatan, Kemententerian Pelajaran Malaysia Tahun 2009 hendaklah
diguna pakai. Walaubagaimana pun, terdapat beberapa garis panduan tambahan khusus
untuk pelaksanaan LDP di sekolah-sekolah Negeri Perak seperti berikut:
4.1 JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP): SEKOLAH
a) SEKOLAH MENENGAH
Pengerusi: Pengetua
Timbalan Pengerusi: Penolong Kanan Akademik
Setiausaha LDP: Guru Kanan Mata Pelajaran
(Dicadangkan Guru Kanan Teknik Vokasional)
Jawatankuasa Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Guru Cemerlang
Guru Kanan Mata Pelajaran
Guru Kaunselor
Guru Data
Pengerusi Kelab Guru
Ketua Pembantu Tadbir / PT Kewangan
Guru Media
2
3. b) SEKOLAH RENDAH
Pengerusi: Guru Besar
Timbalan Pengerusi: Guru Penolong Kanan Akademik
Setiausaha LDP: Ketua Panitia
Jawatankuasa: Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Kokurikulum
Penolong Kanan Petang
Ketua-Ketua Panitia
Guru Data
Pengerusi Kelab Guru
Ketua Pembantu Tadbir / PT Kewangan
Guru Bimbingan
** Bagi SKM mengikut kesesuaian sekolah
4.2 FAIL LDP
Fail LDP perlu dikemaskini dari masa ke semasa dengan dokumen-dokumen seperti
berikut:
1. Surat perlantikan (dalaman) Setia Usaha LDP dan AJK.
2. Perancangan/Pelan Tindakan LDP peringkat sekolah:
a) Mesyuarat LDP sekurang-kurangnya 3 kali setahun
- Mesyuarat 1 – Perancangan LDP sekolah
- Mesyuarat 2 – Pembentangan Laporan Setengah Tahun Pelaksanaan
- Mesyuarat 3 – Pembentangan Laporan Tahunan Pelaksanaan
b) Perancangan Tahunan dan Taqwim
c) Pembahagian Tugas kepada AJK
d) Anggaran Belanjawan (jika ada)
e) Kajian keperluan, analisis data dan rumusan analisis.
3. Pelaksanaan Kursus (Sebelum)
a) Penyediaan maklumat kursus.
b) Penyediaan dokumen/borang maklumat yang berkaitan dengan kursus:
- Kertas kerja/Bahan edaran/handout
- Borang permohonan (bagi guru yang berminat)
- Surat jemputan penceramah dan peserta (jika dari luar)
- Tempahan makanan, tempat dan peralatan (jika berkenaan)
4. Pelaksanaan Kursus (Semasa)
a) Profil Penceramah (jika berkenaan)
b) Pendaftaran/Kehadiran Peserta
c) Borang penilaian program
d) Fotografi
e) Contoh Kad Pelaporan Latihan
5. Pelaksanaan Kursus (Selepas)
a) Mesyuarat Post Mortem
b) Data KMLPD
c) Laporan Kursus
3
4. d) Senarai semak
e) Pemantauan
4.3 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN DALAM
PERKHIDMATAN SECARA “SCHOOL BASED” DI SEKOLAH NEGERI PERAK
TAHUN 2010
BIL. TARIKH PERKARA TINDAKAN
1. 3 – 5 Februari
2010
Mesyuarat Penyelarasan LDP School
Based BPG-JPN
JPN
2. 22 Mac 2010 Mesyuarat Penyelarasan LDP School
Based peringkat sekolah
Sekolah
3. 27 Mac 2010 Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali pertama
Sekolah
4. 24 April 2010 Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 2
Sekolah
5. 28 April 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali
pertama
Sekolah
6. 30 April 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali pertama
PPD
7. 4 Mei 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali pertama
JPN
8. 26 Jun 2010 Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 3
Sekolah
9. 24 Julai 2010 Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 4
Sekolah
10. 28 Julai 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali ke 2
Sekolah
11. 30 Julai 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali ke 2
PPD
12. 3 Ogos 2010 Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali ke 2
JPN
13. 14 Ogos
2010
Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 5
Sekolah
14. 25 Sept 2010 Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 6
Sekolah
15. 23 Oktober
2010
Pelaksanaan LDP School Based di
sekolah kali ke 7
Sekolah
16. 27 Oktober
2010
Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP sekolah ke PPD kali ke 3
Sekolah
17. 29 Oktober
2010
Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP PPD ke JPN kali ke 3
PPD
18. 2 November
2010
Penghantaran Data dan Pelaporan
Pelaksanaan LDP JPN ke BPG kali ke 3
JPN
19. 6 Disember
2010
Menganalisis dan menghantar data
pelaksanaan LDP keseluruhan tahun 2010
JPN
4
5. 4.4 CADANGAN LATIHAN
a) Kaedah: Kursus “In house” atau Pembentangan “Book Review”.
b) Pembentangan “Book Review” boleh dilaksanakan sebagai salah satu slot dalam
kursus “In house”.
c) Pelaksanaan pada hari Sabtu Minggu ke 2 atau ke 4
d) Boleh diganti dengan 2 kali perjumpaan sebelah petang hari persekolahan (3 jam
setiap perjumpaan) atau yang setara.
e) Latihan ini hendaklah dijalankan di sekolah masing-masing.
f) Bahan rujukan yang boleh digunakan bagi tujuan pengisian LDP di sekolah:
i) Buku “Memperkasakan Kepimpinan Instruksional Di Sekolah”, diterbitkan oleh
Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii) Buku “Panduan Piawaian Kualiti, Pengurusan Akademik Sekolah”, diterbitkan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak.
iii) Bahan Ceramah LDP Negeri Perak 2010 yang boleh dimuat turun melalui portal
JPN Perak (Sila lihat Panduan muat turun di mukasurat 7)
BIL. TARIKH BIDANG FOKUS
Penceramah/
Pembentang
1. 27 Mac 2010 Kemahiran
Profesionalisme
Pengurusan dan perancangan
strategik kecemerlangan
akademik
Pengetua/Guru
Besar/ Penolong
Kanan
2. 24 April 2010 Pengetahuan dan
Profesionalisme
Kecemerlangan pengurusan
kurikulum
Penolong Kanan
3. 26 Jun 2010 Pengetahuan dan
Profesionalisme
P&P cemerlang Guru Kanan
Bahasa/ Guru
Cemerlang
4. 24 Julai 2010 Nilai dan Amalan
Profesionalisme
Pemantauan dan penyeliaan Pen Kanan/ Guru
Kanan Sains
Matematik
5. 14 Ogos
2010
Pengetahuan dan
Profesionalisme
Penilaian dan Pentafsiran sekolah Pen Kanan/Guru
Kanan
Kemanusiaan
6. 25 Sep 2010 Kemahiran
Profesionalisme
Headcount: Strategi peningkatan
prestasi akademik
Pengetua/Guru
Besar/ Penolong
Kanan
7. 23 Okt 2010 Kemahiran
Profesionalisme
Post mortem: Strategi
peningkatan prestasi akademik
Pen Kanan/Guru
Kanan Teknik
Vokasional
5
6. 4.5 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH LATIHAN SECARA PEMBACAAN
BUKU (BOOK REVIEW) SEBAGAI TAMBAHAN BAGI MELENGKAPKAN KURSUS
LDP
Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku
Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara School Based di
Sekolah yang boleh dimuat turun dari portal JPN Perak. (Sila lihat Panduan muat
turun di mukasurat 7)
4.6 PENGURUSAN DATA DAN PELAPORAN
A. Sistem Pengumpulan Maklumat School Based
Bagi tahun 2010, pengumpulan maklumat LDP secara School Based adalah
menggunakan aplikasi yang dibina dengan perisian Access yang boleh dimuat turun dari
portal JPN Perak. (Sila lihat Panduan muat turun di mukasurat 7. Nama Fail: Sistem
KMLDP Installer) Terdapat dua folder fail installer:
1. KMLDP Kumpul Maklumat Sekolah (Sekolah menggunakan aplikasi ini untuk
mengisi data)
- Aplikasi ini boleh di install dengan fail dbKMLDPverSek.exe yang terkandung
dalam folder tersebut.
Panduan Aliran Kerja – Proses aliran kerja mengisi data perlu dibuat secara urutan:
1. Daftar nama sekolah
2. Daftar nama peserta
3. Daftar nama kursus
4. Daftar kehadiran
5. Eksport data
(Data dalam text file.txt yang perlu dihantar ke PPD masing-masing. Jangan
hantar aplikasi .mdb)
2. KMLDP Gabung Maklumat PPD JPN (PPD dan JPN menggunakan aplikasi ini
untuk menggabungkan data)
- Aplikasi ini boleh di install dengan fail dbKMLDP_Gabung_Data.exe yang
terkandung dalam folder tersebut.
Panduan Aliran Kerja – Sila rujuk arahan yang terdapat pada aplikasi tersebut.
(Disarankan agar pihak PPD mendapat bantuan daripada JU Guru Data di daerah
masing-masing untuk menggunakan aplikasi ini.)
Perhatian! Kedua-dua aplikasi ini sesuai dengan Windows XP. Jika
menggunakan Windows Vista, klik pada “Stop All Macros”, kemudian pilih
butang “option” dan klik pada “enable this content” untuk membolehkan
aplikasi ini digunakan.
B. Laporan Bulanan Analisis Data Peserta Kursus LDP Secara School Based
1. Sekolah perlu mengisi borang seperti dalam Lampiran A dan mestilah dikemaskini
setiap 1 hb setiap bulan untuk dihantar ke PPD masing-masing.
2. PPD perlu mengisi borang seperti dalam Lampiran B-1 dan B-2 setelah
menggabungkan semua data Lampiran A sekolah daerah masing-masing. Data
yang telah dikemaskini hendaklah dihantar ke JPN Perak.
6
7. C. Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan penghantaran data ini perlu mematuhi
Pelan Tindakan yang telah digariskan seperti dalam 4.3 (mukasurat 4).
D. Bahan-bahan yang boleh dimuat turun dari portal JPN Perak: http://jpnperak.edu.my/v2
Panduan muat turun: Pilih Info Dari Sektor dan seterusnya pilih SPA.
1. Sistem pengumpulan maklumat school based:
Pilih Sistem KMLDP Installer untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.
2. Garis Panduan Tambahan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
Jabatan Pelajaran Perak Tahun 2010.
Pilih Garis Panduan Tambahan LDP 2010.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.
3. Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran
Malaysia Tahun 2009.
Pilih GARIS PANDUAN LDP 2009.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di sini”.
4. Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Sebagai
Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP.
Pilih GARIS_PANDUAN_PEMBACAAN_BUKU.doc untuk dimuat turun. Sila “klik di
sini”.
5. Bahan Ceramah Kursus LDP Negeri Perak 2010.
Pilih Bahan Ceramah Kursus LDP Negeri Perak 2010. Sila “klik di sini”.
7
8. Lampiran A
LAPORAN ANALISIS DATA PESERTA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA
SCHOOL-BASED BULAN _______________________ TAHUN 2010
Negeri: ______________________________________
Daerah: ______________________________________
Sekolah: ____________________________________________________________________
Analisis Peserta:
Jumlah peserta menghadiri semua kursus dalam bulan ini
Jumlah peserta menghadiri kurang 1 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 1 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 2 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 3 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 4 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 5 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 6 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 7 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri lebih 7 hari kursus
Analisis jenis kursus:*
Nama Kursus Bidang Fokus
Bilangan
Peserta
*Nota: Sila gunakan lampiran jika tidak mencukupi
8
9. Lampiran B-1
LAPORAN ANALISIS DATA PESERTA KURSUS DALAM PERKHIDMATAN SECARA
SCHOOL-BASED BULAN _______________________ TAHUN 2010
Negeri: ______________________________________
Daerah: ______________________________________
Analisis Bilangan Sekolah:
Jumlah Sekolah
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Sekolah SJK(C)
Sekolah SJK(T)
Analisis Peserta:
Jumlah peserta menghadiri semua kursus dalam bulan ini
Jumlah peserta menghadiri kurang 1 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 1 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 2 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 3 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 4 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 5 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 6 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri 7 hari kursus
Jumlah peserta menghadiri lebih 7 hari kursus
Lampiran B-2
9
10. Analisis jenis kursus:*
Nama Kursus Bidang Fokus
Bilangan
Peserta
*Nota: Sila gunakan lampiran jika tidak mencukupi
10