SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
1
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 1
NAMA : TEY SOCK CHENG
NO. KAD PENGENALAN : 810114 – 01 - 5740
TARIKH LAHIR : 14 – 01 – 1981
JANTINA : PEREMPUAN
NO. TELEFON : 012 – 7502062
ALAMAT : 5, JALAN PELANDUK,
TAMAN BROLEH,
83000 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.
NAMA SEKOLAH : SJK (C)AI CHUN 1
BATU PAHAT, JOHOR.
PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEK.
REN.) DENGAN KEPUJIAN – BBR
BIDANG : MATEMATIK - SEKSYEN 1
FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
NO. MATRIK : DB100562
2
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 2
TAJUK TUGASAN
Sebagai seorang guru yang berketrampilan dan kreatif, guru perlu
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang drama, muzik dan
pergerakan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajran dengan
berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam disiplin ini akan
menjadikan penerimaan ilmu pengetahuan lebih dinamik dan efisyen, tidak
bosan dan minat belajar murid akan dapat dipertingkatkan.
Pilih sama ada dari bidang a, b atau c, tulis esei yang berkaitan dengan
tersebut dengan menunjukkan ekspresi kreativiti kanak-kanak yang boleh
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
a. Pengajaran Nyanyian, Muzik Kanak-kanak
I. Lagu kanak-kanak
II. Lagu patriotik
III. Lagu nasyid
IV. Lagu-lagu semasa
b. Pengajaran Tarian Kanak-kanak
I. Tarian tradisional
II. Tarian kontemporari
III. Tarian senamrobik
c. Pengajaran Dramatika Kanak-kanak
I. Drama, puisi, pantun, boneka, main peranan, pantomin, memos
dan improvisasi.
II. Treter membaca dan teater bercerita untuk kanak-kanak.
3
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 3
ABSTRAK
Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan
membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan
pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara
untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali
kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana
minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma
masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan
mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi
proses tumbesaran mereka.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa
maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare”
bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai
satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula
sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada
juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan
sesuatu yang tidak ada sebelumnya.
Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk
kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan
sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan
sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai
proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya
dalam diri manusia.
4
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 4
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan
dipupuk di kelas. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik
dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang
dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap
kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza
seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
Justeru, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak-
kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan
idea masing-masing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi
dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni seperti nyanyian, tarian dan
lakonan. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu
pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea
baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni
secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan
karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak.
5
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 5
M/S
1. Biodata ………………… 1
2. Tajuk Tugasan ………………… 2
3. Abstrak ………………… 3 - 4
4. Isi Kandungan ………………… 5
5. Pendahuluan ………………… 6
6. Jenis-jenis Drama …………… 7
7. Drama dalam Pendidikan …… 8 - 13
7. Penutup ………………… 14
8. Bibliografi ………………… 15
PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK
6
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 6
PENDAHULUAN
Teknik pengajaran dramatika boleh digunakan untuk merangsang
kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Terdapat beberapa
jenis drama yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk kanak-kanak.
Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan
pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan
pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti
kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi
aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru.
Semua kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir, menggunakan daya
imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan
berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka.
Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi
kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan-
rakan yang lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan
yang lain.
7
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 7
JENIS-JENIS DRAMA KANAK-KANAK
Jenis-jenis drama untuk kanak-kanak merangkumi drama kreatif dan
drama dalam pendidikan. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala
drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos,
main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Guru
boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik
kanak-kanak dan seterusnyamempertingkatkan pemikiran, imaginasi dan
kreativiti mereka.
DRAMA DALAM PENDIDIKAN
Drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin,
memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita.
Lakonan ( Main Peranan )
Lakonan atau “main peranan” merupakan salah satu teknik dan alat bantu
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah
permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik,
doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-
kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi
atau setting.
Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan
tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin
tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering
digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
8
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 8
Tujuan teknik lakonan atau “main peranan” adalah untuk melatih kanak-
kanak memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan
intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-
lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk
menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-
kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
Boneka
Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita.
Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-
gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri,
yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.
Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip
yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984),
menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan
dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih
menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar.
Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang,
tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi
dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar,
suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat.
Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.
9
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 9
Terdapat pelbagai jenis boneka.
(a) Boneka Jari
Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka
yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan
memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak
tersebut dengan cara dan gaya jari mereka.
Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil
bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak
tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari
(b) Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan
lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan
memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang
dilukis atau dibentuk.
Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan.
Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat.
Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh
digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.
Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka,
pergerakan mereka lebih bebas.
10
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 10
(c) Boneka berbatang
Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah
digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-
lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan
kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala
tersebut.
Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan
mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut
sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel.
(d) Boneka tali
Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan
rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan
diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak
juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali.
Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan
watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang
digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang
menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan
walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu
watak.
11
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 11
(e) Shadow Pupppets
Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita,
diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin,
watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun
boneka yang menggunakan pemegang kayu.
Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-
kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu
menarik seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka
dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan
kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam
sesuatu cerita.
Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak
dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan
harian atau imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan
sesuatu aksi secara spontan mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan
daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.
Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya
imaginatif dan kreatif kanak-kanak dalam menggunakan bahasa yang baik dan
berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih kanak-kanak sentiasa bersedia
memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.
12
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 12
Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan kanak-kanak
agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.
Beberapa jenis aktiviti improvisasi :
1. Improvisasi berdasarkan situasi
- teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau
aras kebolehan walaupun situasi yang sama
contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam
semua mainan (patung orang, anjing, beruang dan lain-lain)
bercakap sesama mereka.
Arahan : Berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka
siapakah anda?
2. Improvisasi berdasarkan objek
- teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang kanak-
kanak bertutur dan melakukan sesuatu.
Pantomin
Aktiviti pantomin memerlukan seorang atau satu kumpulan kanak-kanak
membacaskrip lakonan manakala seorang stau satu kumpulan kanak-kanak lagi akan
berlakon berdasarkan situasi yang dibaca. Kanak-kanak yang berlakon tidak perlu
berdialog.
13
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 13
Memos
Memos ialah lakonan bisu. Mesej lakonan disampaikan menerusi mimik muka
dan pergerakan anggota badan. Memos dapat melatih kanak-kanak memahami dan
menaakul pergerakan anggota badan.
Teater Membaca dan Teater Bercerita
Teater membaca mengabungkan teknik teater dan membaca. Aktiviti ini
membantu kanak-kanak membaca cerita dengan lancar, menggunakan nada
intonasi yang betul berdasarkan cerita serta gerakan yang sesuai dengan isi dan
suasana cerita. Teater membaca bertujuan memupuk minat membaca dan
melatih kanak-kanak menguasai kemahiran lisan dan intonasi suara dalam
pembacaan. Ia juga meningkatkan daya pemikiran agar cerdas dan kreatif.
Teater bercerita pula mengabungkan teknik teater dan tekbik bercerita.
Kanak-kanak perlu bercerita dan seterusnya melakonkan cerita.
Teater merupakan satu teknik drama yang melibatkan sekumpulan kanak-
kanak. Kaedah ini memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dalam
keadaan yang kurang menggunakan peralatan prop, setting, kostum dan
memori. Ia bertujuan supaya penonton mudah memahami, menghayati dan
merasa seolah-olah cerita itu sedang verlaku di hadapan mereka.
Di samping membina keyakinan diri, teater juga meningkatkan semangat
kerjasama dan medisiplinkan pemikiran kanak-kanak. Ia boleh merangsang dan
menarik minat kanak-kanak serta memotivasikan dan mewujudkan suasana
kondusifdan menyeronokkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teater ini dapat mencungkil bakat dan kecerdasan berlakon yang ada
pada kanak-kanak dan member peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk
melibatkan diri dalam lakonan.
14
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 14
PENUTUP
Kesimpulannya, pengajaran dramatika dapat membantu perkembangan
keseluruhan kanak-kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir,
imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
Dalam aktiviti drama, kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk
berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak
juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama.
Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif.
Di samping itu, aktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak-
kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan perkara
yang mereka tahu dan melalui aktiviti ini dapat membantu mereka sedar tentang
pengetahuan mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru.
Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi
dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu
dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama.
Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti
mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan
imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga
dapat dipupuk.
Oleh itu, pengajaran dramatika kanak-kanak amat digalakkan dalam
ekspresi kreativiti kanak-kanak.
15
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 )
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 15
BIBLIOGRAFI
Cox, M. (2005). The Pictorial World Of The Child. United Kingdom: Cambridge
Univercity Press.
Koster, J.B. (2001), Growing Artists: Teaching Art To Young Children. 2th Edition. New
York: Thomson Delmar Learning.
Mohd.Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Loy Chee Luen, (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran,
Petaling Jaya L.C.L.
http://www.scribd.com/doc/87422848/11/UNIT-11-PENGAJARAN-DRAMA-KANAK-
KANAK
http://www.scribd.com/doc/51214623/4/TOPIK-4-PENDEKATAN-PENGAJARAN-
DAN-PEMBELAJARAN-PRASEKOLAH
http://www.sabah.edu.my/itma128/drama.html

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakFaFai S.
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestaltyuziami
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seniEvelyna Usun
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanNur Aisya
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesanIsmail Hashim
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Perkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanakPerkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanakAsfarina Wong
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 

La actualidad más candente (20)

Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
PERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANISPERANAN KIWANIS
PERANAN KIWANIS
 
Pengenalan boneka
Pengenalan bonekaPengenalan boneka
Pengenalan boneka
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
Teori gestalt
Teori gestaltTeori gestalt
Teori gestalt
 
21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni21963733 apresiasi-seni
21963733 apresiasi-seni
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan3 saluran komunikasi berkesan
3 saluran komunikasi berkesan
 
Kaedah fonik
Kaedah fonikKaedah fonik
Kaedah fonik
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Kerancuan bahasa presentation
Kerancuan bahasa presentationKerancuan bahasa presentation
Kerancuan bahasa presentation
 
Hbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisionalHbae3103 kraf tradisional
Hbae3103 kraf tradisional
 
Perkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanakPerkembangan Emosi Kanak-kanak
Perkembangan Emosi Kanak-kanak
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 

Destacado

contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakmiznufa
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakAsrul Sani
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanNorliza Mat Zaki
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakSherly Jewinly
 

Destacado (19)

contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Drama kelompok 3
Drama kelompok 3Drama kelompok 3
Drama kelompok 3
 
Perkembangan afektif
Perkembangan afektifPerkembangan afektif
Perkembangan afektif
 
Dialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanakDialog teater kanak kanak
Dialog teater kanak kanak
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Assgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sasteraAssgmnt tokoh sastera
Assgmnt tokoh sastera
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakanTeknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
Teknik drama dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu kajian tindakan
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanakKerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
Kerja Kursus Perkembangan Kanak-kanak
 

Similar a Ekspresi kreativiti kanak individu

kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniMazli Jaafar
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Hem Emmiey
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakLiching Ching
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2mersing
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 finaliyrman
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakLinda Zain
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...Joyce Robert
 
Pengenalan seni dalam pendidikan
Pengenalan seni dalam pendidikanPengenalan seni dalam pendidikan
Pengenalan seni dalam pendidikanFizalomi Tajuddin
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 

Similar a Ekspresi kreativiti kanak individu (20)

kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Mzk sem 2
Mzk sem 2Mzk sem 2
Mzk sem 2
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seni
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01Laurachapman 121203095303-phpapp01
Laurachapman 121203095303-phpapp01
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
6 curr frame work ok
6 curr frame work ok6 curr frame work ok
6 curr frame work ok
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 final
 
Seni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanakSeni dan perkembangan kanak-kanak
Seni dan perkembangan kanak-kanak
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
 
Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Pengenalan seni dalam pendidikan
Pengenalan seni dalam pendidikanPengenalan seni dalam pendidikan
Pengenalan seni dalam pendidikan
 
psv menggambar
psv menggambarpsv menggambar
psv menggambar
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 

Ekspresi kreativiti kanak individu

  • 1. 1 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 1 NAMA : TEY SOCK CHENG NO. KAD PENGENALAN : 810114 – 01 - 5740 TARIKH LAHIR : 14 – 01 – 1981 JANTINA : PEREMPUAN NO. TELEFON : 012 – 7502062 ALAMAT : 5, JALAN PELANDUK, TAMAN BROLEH, 83000 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. NAMA SEKOLAH : SJK (C)AI CHUN 1 BATU PAHAT, JOHOR. PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEK. REN.) DENGAN KEPUJIAN – BBR BIDANG : MATEMATIK - SEKSYEN 1 FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL NO. MATRIK : DB100562
  • 2. 2 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 2 TAJUK TUGASAN Sebagai seorang guru yang berketrampilan dan kreatif, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang drama, muzik dan pergerakan untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajran dengan berkesan. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam disiplin ini akan menjadikan penerimaan ilmu pengetahuan lebih dinamik dan efisyen, tidak bosan dan minat belajar murid akan dapat dipertingkatkan. Pilih sama ada dari bidang a, b atau c, tulis esei yang berkaitan dengan tersebut dengan menunjukkan ekspresi kreativiti kanak-kanak yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. a. Pengajaran Nyanyian, Muzik Kanak-kanak I. Lagu kanak-kanak II. Lagu patriotik III. Lagu nasyid IV. Lagu-lagu semasa b. Pengajaran Tarian Kanak-kanak I. Tarian tradisional II. Tarian kontemporari III. Tarian senamrobik c. Pengajaran Dramatika Kanak-kanak I. Drama, puisi, pantun, boneka, main peranan, pantomin, memos dan improvisasi. II. Treter membaca dan teater bercerita untuk kanak-kanak.
  • 3. 3 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 3 ABSTRAK Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.
  • 4. 4 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 4 Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. Justeru, kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak- kanak untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masing-masing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni seperti nyanyian, tarian dan lakonan. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak.
  • 5. 5 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 5 M/S 1. Biodata ………………… 1 2. Tajuk Tugasan ………………… 2 3. Abstrak ………………… 3 - 4 4. Isi Kandungan ………………… 5 5. Pendahuluan ………………… 6 6. Jenis-jenis Drama …………… 7 7. Drama dalam Pendidikan …… 8 - 13 7. Penutup ………………… 14 8. Bibliografi ………………… 15 PENGAJARAN DRAMATIKA KANAK-KANAK
  • 6. 6 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 6 PENDAHULUAN Teknik pengajaran dramatika boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Terdapat beberapa jenis drama yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk kanak-kanak. Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. Aktiviti drama yang melibatkan gerakan, dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru. Semua kanak-kanak berdrama, mereka perlu berfikir, menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Interaksi menerusi aktiviti drama dapat meningkat kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak kerana mereka perlu memahami bentuk-bentuk pergaulan rakan- rakan yang lain, mengenali dan mengurus emosi sendiri dan juga rakan-rakan yang lain.
  • 7. 7 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 7 JENIS-JENIS DRAMA KANAK-KANAK Jenis-jenis drama untuk kanak-kanak merangkumi drama kreatif dan drama dalam pendidikan. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Guru boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik kanak-kanak dan seterusnyamempertingkatkan pemikiran, imaginasi dan kreativiti mereka. DRAMA DALAM PENDIDIKAN Drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi, pantomin, memos, main peranan, simulasi, boneka, teater membaca dan teater bercerita. Lakonan ( Main Peranan ) Lakonan atau “main peranan” merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak- kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
  • 8. 8 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 8 Tujuan teknik lakonan atau “main peranan” adalah untuk melatih kanak- kanak memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain- lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak- kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Boneka Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak- gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.
  • 9. 9 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 9 Terdapat pelbagai jenis boneka. (a) Boneka Jari Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari (b) Boneka Tangan Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk. Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas.
  • 10. 10 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 10 (c) Boneka berbatang Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain- lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel. (d) Boneka tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali. Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.
  • 11. 11 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 11 (e) Shadow Pupppets Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu. Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak- kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita. Improvisasi Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif kanak-kanak dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih kanak-kanak sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan.
  • 12. 12 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 12 Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan kanak-kanak agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan. Beberapa jenis aktiviti improvisasi : 1. Improvisasi berdasarkan situasi - teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, anjing, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka. Arahan : Berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda? 2. Improvisasi berdasarkan objek - teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang kanak- kanak bertutur dan melakukan sesuatu. Pantomin Aktiviti pantomin memerlukan seorang atau satu kumpulan kanak-kanak membacaskrip lakonan manakala seorang stau satu kumpulan kanak-kanak lagi akan berlakon berdasarkan situasi yang dibaca. Kanak-kanak yang berlakon tidak perlu berdialog.
  • 13. 13 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 13 Memos Memos ialah lakonan bisu. Mesej lakonan disampaikan menerusi mimik muka dan pergerakan anggota badan. Memos dapat melatih kanak-kanak memahami dan menaakul pergerakan anggota badan. Teater Membaca dan Teater Bercerita Teater membaca mengabungkan teknik teater dan membaca. Aktiviti ini membantu kanak-kanak membaca cerita dengan lancar, menggunakan nada intonasi yang betul berdasarkan cerita serta gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita. Teater membaca bertujuan memupuk minat membaca dan melatih kanak-kanak menguasai kemahiran lisan dan intonasi suara dalam pembacaan. Ia juga meningkatkan daya pemikiran agar cerdas dan kreatif. Teater bercerita pula mengabungkan teknik teater dan tekbik bercerita. Kanak-kanak perlu bercerita dan seterusnya melakonkan cerita. Teater merupakan satu teknik drama yang melibatkan sekumpulan kanak- kanak. Kaedah ini memberi peluang kepada kanak-kanak bermain dalam keadaan yang kurang menggunakan peralatan prop, setting, kostum dan memori. Ia bertujuan supaya penonton mudah memahami, menghayati dan merasa seolah-olah cerita itu sedang verlaku di hadapan mereka. Di samping membina keyakinan diri, teater juga meningkatkan semangat kerjasama dan medisiplinkan pemikiran kanak-kanak. Ia boleh merangsang dan menarik minat kanak-kanak serta memotivasikan dan mewujudkan suasana kondusifdan menyeronokkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teater ini dapat mencungkil bakat dan kecerdasan berlakon yang ada pada kanak-kanak dan member peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam lakonan.
  • 14. 14 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 14 PENUTUP Kesimpulannya, pengajaran dramatika dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak terutamanya perkembangan kemahiran berfikir, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Dalam aktiviti drama, kanak-kanak sering diminta oleh guru untuk berimaginasi dan melakonkan watak-watak dalam cerita. Selain itu, kanak-kanak juga diminta untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam aktiviti drama. Secara tidak langsung, kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti drama dapat berfikir lebih kreatif. Di samping itu, aktiviti drama penting untuk membina kebolehan kanak- kanak dalam pemikiran dan kefahaman. Kanak-kanak selalu memikirkan perkara yang mereka tahu dan melalui aktiviti ini dapat membantu mereka sedar tentang pengetahuan mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti drama juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang baru. Setiap aktiviti drama kanak-kanak memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam menghayati sesuatu watak, melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan mencari kepuasan dalam persembahan drama. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti drama menggalakkan kreativiti mereka. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti drama melibatkan imaginasi atau khayalan. Secara tidak langsung, nilai estetika kanak-kanak juga dapat dipupuk. Oleh itu, pengajaran dramatika kanak-kanak amat digalakkan dalam ekspresi kreativiti kanak-kanak.
  • 15. 15 UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA TEY SOCK CHENG DB100562( 810114 – 01 – 5740 ) EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK/ BBD28903 15 BIBLIOGRAFI Cox, M. (2005). The Pictorial World Of The Child. United Kingdom: Cambridge Univercity Press. Koster, J.B. (2001), Growing Artists: Teaching Art To Young Children. 2th Edition. New York: Thomson Delmar Learning. Mohd.Azhar Abd. Hamid. (2004). Kreativiti: Konsep dan Teori Praktis.Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Loy Chee Luen, (2010). Seni Visual Kanak-kanak: Modul Pengajaran dan Pembelajaran, Petaling Jaya L.C.L. http://www.scribd.com/doc/87422848/11/UNIT-11-PENGAJARAN-DRAMA-KANAK- KANAK http://www.scribd.com/doc/51214623/4/TOPIK-4-PENDEKATAN-PENGAJARAN- DAN-PEMBELAJARAN-PRASEKOLAH http://www.sabah.edu.my/itma128/drama.html