SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
MENGGAMBAR

   - Bidang menggambar adalah satu bidang yang mementingkan perkembangan
                           persepsi dan kemahiran murid.
 - Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan,
            cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek.

     Mengggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2
                                        dimensi.
  - Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan
                                          rata.
   - Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej
                                    mental seseorang.
- Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan
                 hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
- Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap
                                       umur murid.
    - Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras
            pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
  - Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat
                    penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
 - Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi
   dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari
                                      aspek estetik.
LUKISAN

    - Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran
dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan
                                           yang rata.
             - Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering.
     - Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan
                                  garisan, ton yang tertentu.
 - Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan
     perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan.
   - Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan
                                        pelbagai teknik.
 - Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada
                              kesan jalinan sesuatu permukaan.
- Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya
                         pengajaran dan pembelajaran lebih teratur.
  - Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang
                                            bermutu.
     - Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna.
         - Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan
                             menghasilkan lukisan yang terbaik.
      - Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai
                                 mengadakan aktiviti lukisan.
    - Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah
                      yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.
CATAN

                  - Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata.
       - Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata.
                    - Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D.
    - Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan
                         warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar.
     - Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan
                                       campuran warna dan air.
                          - Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal.
                               - Warna air bersifat lutsinar dan lembut.
                        - Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas.
    - Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di
                                         permukaan kanvas.
                 - Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas.
        - Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan
                                             dinding/mural.
         - Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan.
                  - Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri.
               - Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan.
                              - Warna asas terdiri daripada tiga warna.
                      - Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas.
             - Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
           - Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam.
           - Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna.
 - Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda
                                                 warna.
   - Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada
                                            sesuatu objek.
 - Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti
                                             yang berbeza.
- Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna
                                      asas, sekunder atau tertier.
      - Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya
          setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol.
- Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.
KOLAJ

            • Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej.
      • Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,
                          menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
      • Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan
                    terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
   • Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai
                                   kegunaannya yang tersendiri.
   • Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung
                       kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan.
    • Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada
                                    setiap kolaj yang dihasilkan.
  • Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih
                                               dahulu.
       • Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
       • Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk
                                  mendapatkan idea atau tema.
• Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan
                   dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj.
 • Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan
                                          kejadian sebenar.
        • Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan
                                         perasaan individu.
• Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti
                                   kolaj yang hendak dijalankan.
         • Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap
                          manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik.
     • Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan
                                    mendapatkan keseronokan.
  • Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan
                                  suka terhadap sesuatu benda.
     • Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh
                         meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
MONTAJ

    - Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari
                           berbagai sumber atau sumber yang sama.
       - Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
 - Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti
                                            montaj.
               - Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
  - Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
                            komputer dalam menghasilkan montaj.
      - Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan
                                     kemudahan yang ada.
         - Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek.
  - Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap,
                              alam benda, figura dan corak huruf.
 - Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan
                                       dalam hasil kerja.
  - Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan
                                        keseragaman.
     - Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk
                                 menarik perhatian pemerhati.
  - Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk
                        mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan.
- Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid
                                     menghasilkan montaj.
CETAKAN

    • Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk
                             edisi dengan menggunakan dakwat.
          • Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
       • Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang
             dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat.
          • Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata.
     • Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam
                        semulajadi, alam benda dan bahan terbuang.
     • Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan,
                               pertengahan dan tahap lanjutan.
• Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih
                   adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan.
 • Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan
                   dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
  • Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira
                      terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.
   • Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran
                                dan pembelajaran di sekolah.
   • Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah
                                           dihasilkan.
 • Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian
                                            masalah.
  • Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu
                      sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
GOSOKAN

     • Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu
permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang
                                    hendak dipindahkan.
      • Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar,
              meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
         • Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh
 dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari
                                   benda buatan manusia.
  • Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.
   • Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak
                                        kekal lama.
   • Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.
 • Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah
                                           rosak.
• Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan
                      semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut.
    • Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik.
       • Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk
                                menghasilkan kerja yang baik.
RESIS

    • Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-
                                warna basah dan contengan lilin.
  • Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau
                       terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
   • Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas
                                         permukaan kertas.
       • Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis.
• Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan
                              bahan dalam kegiatan menggambar.
  • Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai
                          menggantikan alatan biasa yang digunakan.
   • Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis.
          • Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis.
   • Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke
               permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
             • Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas.
                  • Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis.
    • Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses
                                        menghasilkan resis.
 • Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin
                                          pada corak batik.
     • Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang
                                  terdapat pada kain tersebut.
 • Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat
                                 pada permukaan kain tersebut.
    • Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan
                             induktif, deduktif, empati dan interaktif.
PERCIKAN

 • Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana
                     sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
   • Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan
                                            memercik.
      • Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari
                         berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
  • Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang
                                             menarik.
           • Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas.
               • Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas.
    • Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan
                                  warna basah terlebih dahulu.
          • Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna.
                   • Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama.
     • Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan.
• Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal.
            • Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata.
                 • Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan.
    • Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan
                    percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini.
  • Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-
                        tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.
 • Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit
                                     dan skop yang terhad.
 • Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik
                                           minat murid.
  • Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada
                  hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting.
   • Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut
perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik.
    • Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal
                 dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna.
 • Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan
                                        sikap yang positif.
 • Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu
hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan,
                                       tujuan dan objektif.
MOZEK


 • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan
                               tertentu di atas permukaan rata.
  • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat
                           tetapi masih meninggalkan ruang latar.
  • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia
            mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
• Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik
                                             mozek.
    • Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam
                  sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah..
     • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan,
                                       bahan dan media.
  • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada
   satu bentuk sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah
           dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut.
    • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan
                          prinsip kontra pada objek yang dihasilkan.
       • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul.
   • Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih
                                            menarik.
        • Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur.
  • Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk
                                           menampal.
 • Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja
                                              seni.
       • Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokanrurounidin
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanAswini Devendren
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridHalimaton Sad'iah
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanfiro HAR
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanfiro HAR
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualfitri norlida
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapmanaliasafia
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKARafiza Diy
 

La actualidad más candente (20)

PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Teori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldmanTeori edmund burke feldman
Teori edmund burke feldman
 
Jalinan
JalinanJalinan
Jalinan
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja muridTopik 4  pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
Topik 4 pengurusan akt. dalam pp dan pengurusan bilik psv dan hasil kerja murid
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatanSebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
Sebab sebab berlakunya lupaan dan strategi meningkatkan daya ingatan
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Peranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visualPeranan guru pendidikan seni visual
Peranan guru pendidikan seni visual
 
Laura chapman
Laura chapmanLaura chapman
Laura chapman
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKASEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
SEJARAH PERKEMBANGAN PSV SEBELUM MERDEKA
 

Destacado

226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5nurmawaddah1519
 
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)Kifli Ahmad
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2share with me
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5401401401
 
Contoh bahan panduan pengajaran
Contoh bahan panduan pengajaranContoh bahan panduan pengajaran
Contoh bahan panduan pengajaranBeeten Tan
 
Menggambar resis
Menggambar   resisMenggambar   resis
Menggambar resisAzie Zainal
 
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1MARMOSM
 
Assgment psv3104 new
Assgment psv3104 newAssgment psv3104 new
Assgment psv3104 newMdham Mat
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Introduction art therapy1
Introduction art therapy1Introduction art therapy1
Introduction art therapy1Mohd Noor Noor
 
Ruang kediaman
Ruang kediamanRuang kediaman
Ruang kediamanKhb Ert
 
Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013NorAzmi2012
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6jaimahwakijan
 
Rancangan harian psv thn4 cetakan
Rancangan harian psv thn4 cetakanRancangan harian psv thn4 cetakan
Rancangan harian psv thn4 cetakanshare with me
 

Destacado (20)

226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
226275299 buku-panduan-pengajaran-psv-tahun-5
 
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)
Cara-cara menghasilkan kolaj (kereta)
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2
 
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5Buku panduan pengajaran psv tahun 5
Buku panduan pengajaran psv tahun 5
 
Contoh bahan panduan pengajaran
Contoh bahan panduan pengajaranContoh bahan panduan pengajaran
Contoh bahan panduan pengajaran
 
Menggambar resis
Menggambar   resisMenggambar   resis
Menggambar resis
 
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1
Media Seni Rupa RPP 1 Kls XI Smt 1
 
Assgment psv3104 new
Assgment psv3104 newAssgment psv3104 new
Assgment psv3104 new
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Introduction art therapy1
Introduction art therapy1Introduction art therapy1
Introduction art therapy1
 
Ruang kediaman
Ruang kediamanRuang kediaman
Ruang kediaman
 
Nota ringkas
Nota ringkasNota ringkas
Nota ringkas
 
Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013Peristilahan Teori Seni 2013
Peristilahan Teori Seni 2013
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6
Rancangan Pengajaran Tahunan Dunia Seni visual Thn 6
 
Rancangan harian psv thn4 cetakan
Rancangan harian psv thn4 cetakanRancangan harian psv thn4 cetakan
Rancangan harian psv thn4 cetakan
 
Teknik capan
Teknik capanTeknik capan
Teknik capan
 

Similar a MENGGAMBAR DAN LUKISAN

Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visualrosedainty
 
4-bidang-psv
4-bidang-psv4-bidang-psv
4-bidang-psvcikli7
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2Nor Shahirah
 
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)yus iza
 
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertasKssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertasAlyana Azmi
 
2 g rancangan pengajaran harian
2 g rancangan pengajaran harian2 g rancangan pengajaran harian
2 g rancangan pengajaran harianHanaa Naziihah
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambarzainuns
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanSalihin Leen
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambarRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambarSalihin Leen
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMohd Isa Barum
 
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Norhaniza Taharuddin
 
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modul
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modulRancangan harian pendidikan seni tahun 1modul
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modulFirdaus Azrai
 
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiahAzie Zainal
 

Similar a MENGGAMBAR DAN LUKISAN (20)

Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Lukisan
LukisanLukisan
Lukisan
 
psv
psvpsv
psv
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
4-bidang-psv
4-bidang-psv4-bidang-psv
4-bidang-psv
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2
Rph Mencorak dan Mereka Tahun 2
 
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
RPH Membuat corak dan rekaan(kssr)
 
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertasKssr persediaan mengajar pendidikan seni visual  kincir angin kertas
Kssr persediaan mengajar pendidikan seni visual kincir angin kertas
 
Kraf tradisional
Kraf tradisionalKraf tradisional
Kraf tradisional
 
2 g rancangan pengajaran harian
2 g rancangan pengajaran harian2 g rancangan pengajaran harian
2 g rancangan pengajaran harian
 
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
39473049 nota-padat-hbae1403-menggambar
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capanRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar teknik capan
 
Seni daun
Seni daunSeni daun
Seni daun
 
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambarRancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar
Rancangan pengajaran harian (kssr) bidang menggambar
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Rph1
Rph1Rph1
Rph1
 
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
 
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modul
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modulRancangan harian pendidikan seni tahun 1modul
Rancangan harian pendidikan seni tahun 1modul
 
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan   pembalut hadiahMembuat corak dan rekaan   pembalut hadiah
Membuat corak dan rekaan pembalut hadiah
 

MENGGAMBAR DAN LUKISAN

  • 1. MENGGAMBAR - Bidang menggambar adalah satu bidang yang mementingkan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. - Kegiatan yang dicadangkan untuk membuat gambar ialah seperti lukisan, catan, cetakan, kolaj, montaj, gosokan, resis, percikan dan mozek. Mengggambar adalah satu representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. - Menggambar mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan ke atas permukaan rata. - Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. - Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. - Bidang menggambar mempunyai hasil pembelajaran yang berbeza mengikut tahap umur murid. - Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. - Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui empat cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. - Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
  • 2. LUKISAN - Lukisan didefinisikan sebagai lanjutan dari aktiviti membuat lakaran demi lakaran dengan menggunakan berbagai jenis media kering. Ianya dilakukan di atas permukaan yang rata. - Lukisan dihasilkan dengan menggunakan berbagai media kering. - Setiap alat, media dan bahan yang digunakan untuk melukis mempunyai kesan garisan, ton yang tertentu. - Pemilihan menggunakan alatan, media dan bahan tertentu adalah amat penting dan perlu disesuaikan dengan jenis kertas sebelum menghasilkan sesebuah lukisan. - Unsur seni garisan adalah amat penting dan berguna untuk menghasilkan lukisan pelbagai teknik. - Berbagai-bagai teknik boleh dihasilkan dalam sesebuah lukisan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan. - Mengenal pasti tema dan subjek sebelum mula melukis adalah amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran lebih teratur. - Teknik gabung jalin pelbagai aspek perlu diambil kira dalam sesebuah lukisan yang bermutu. - Lukisan boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna atau tidak berwarna. - Kemahiran mengaplikasikan berbagai alat, media, bahan dan teknik akan menghasilkan lukisan yang terbaik. - Aktiviti pemahaman dan penghargaan amat penting dijalankan setelah selesai mengadakan aktiviti lukisan. - Untuk menghasilkan sesebuah lukisan perlu dimulakan dengan langkah-langkah yang tertentu iaitu dari aras mudah ke aras sukar.
  • 3. CATAN - Catan adalah satu proses gambaran pemikiran secara nyata. - Dihasilkan melalui sapuan warna-warna basah ke atas satu permukaan rata. - Adalah satu hasil kerja estetik dipersembahkan secara 2D. - Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. - Perkara yang paling penting dalam proses mewarna ialah kawalan kepekatan campuran warna dan air. - Warna poster mempunyai sifat legap dan tebal. - Warna air bersifat lutsinar dan lembut. - Cat akrilik sesuai dihasilkan di permukaan kanvas. - Cat minyak perlu dicampur minyak linsid untuk mencairkan warna dan sesuai di permukaan kanvas. - Cat tempera lebih bersifat lutsinar juga sesuai di atas kanvas. - Cat gouache cepat kering manakala fresko sesuai digunakan di permukaan dinding/mural. - Pemilihan tema atau tajuk penting sebelum memulakan proses mencatan. - Berus yang berbagai jenis mempunyai fungsi yang tersendiri. - Berbagai jenis teknik boleh digunakan untuk menghasilkan catan. - Warna asas terdiri daripada tiga warna. - Warna sekunder ialah hasil campuran dua warna asas. - Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder. - Warna monokrom dihasilkan dengan campuran warna putih atau hitam. - Warna penggenap adalah warna yang bertentangan dalam roda warna. - Warna harmoni terdiri dari beberapa warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna. - Ton warna ialah nilai cahaya yang wujud hasil dari warna gelap atau terang pada sesuatu objek. - Kroma warna ialah campuran warna penggenap dalam roda warna dengan intensiti yang berbeza. - Warna natural atau pastel ialah warna persekitaran yang tidak terdapat dalam warna asas, sekunder atau tertier. - Warna boleh diterjemahkan dalam pelbagai perspektif iaitu dari sudut budaya setempat, segi psikologi, aspek asas senireka, situasi tertentu dan simbol. - Menghargai sesuatu hasil seni dapat berkomunikasi dan dapat menyuarakan isi hati.
  • 4. KOLAJ • Kolaj ialah satu komposisi artistik yang mengandungi berbagai imej. • Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata. • Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. • Pelekat-pelekat dan alatan yang digunakan dalam menghasilkan kolaj mempunyai kegunaannya yang tersendiri. • Berbagai jenis permukaan boleh digunakan dalam menghasilkan kolaj bergantung kepada jenis bahan-bahan yang hendak digunakan. • Teknik-teknik yang berbagai dalam kolaj mempunyai kesan yang berlainan pada setiap kolaj yang dihasilkan. • Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj perlu fikirkan tema terlebih dahulu. • Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid. • Langkah permulaan menghasilkan kolaj ialah dengan membuat lakaran untuk mendapatkan idea atau tema. • Penekanan terhadap warna pada latar belakang, rupa, bentuk, ruang, yang berkaitan dengan tajuk perlu diutamakan semasa menghasilkan kolaj. • Langkah terakhir yang sangat penting dan perlu dititikberatkan ialah memperlihatkan kejadian sebenar. • Aktiviti kolaj banyak melibatkan koordinasi tangan dan mata, ketekunan dan perasaan individu. • Dalam aktiviti kolaj, guru harus menyesuaikan tahap umur murid-murid dengan aktiviti kolaj yang hendak dijalankan. • Tahap keupayaan murid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu tahap manipulatif, tahap simbolik, dan tahap realistik. • Tahap manipulatif ialah tahap di mana murid suka meneroka, mencari bukti dan mendapatkan keseronokan. • Tahap simbolik ialah tahap di mana murid boleh menjalani eksperimen mudah dan suka terhadap sesuatu benda. • Tahap realistik ialah tahap di mana murid berada di peringkat matang dan boleh meluahkan perasaan melalui hasil kerja mereka.
  • 5. MONTAJ - Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. - Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. - Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. - Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru. - Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. - Alat, media dan teknik untuk menghasilkan montaj perlu disesuaikan dengan kemudahan yang ada. - Aktiviti montaj boleh digabungkan dengan aktiviti catan, kolaj dan mozek. - Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. - Montaj yang berkualiti menggabungkan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam hasil kerja. - Subjek matter yang diguna dalam montaj boleh diulang untuk mendapatkan kesan keseragaman. - Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati. - Garisan grid yang digunakan dalam montaj adalah sebagai rangka panduan untuk mereka letak subjek dalam sesebuah gubahan. - Aktiviti montaj yang menggunakan image editing software dapat menarik minat murid menghasilkan montaj.
  • 6. CETAKAN • Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yang diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. • Cetakan dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. • Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. • Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata. • Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga bahagian seperti alam semulajadi, alam benda dan bahan terbuang. • Jenis cetakan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan, pertengahan dan tahap lanjutan. • Teknik bayangan gelap, teknik bayangan putih, teknik luar gelap dan teknik luar putih adalah diantara teknik cetakan yang popular dihasilkan. • Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. • Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu. • Tema dan tajuk cetakan yang berbagai-bagai perlu disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. • Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan. • Aktiviti cetakan di peringkat pertengahan merujuk kepada pendekatan penyelesaian masalah. • Hasil karya boleh dinilai, dikritik dan dihargai berdasarkan dari beberapa sudut iaitu sudut diskripsi, analisa, interpretasi dan penilaian.
  • 7. GOSOKAN • Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. • Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan bebagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan. • Alatan dan bahan yang digunakan dalam aktiviti membuat gosokan boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu alatan dari alam semulajadi dan alatan dari benda buatan manusia. • Penggunaan pensil dan pensil warna akan memberikan kesan jalinan yang halus. • Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama. • Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan. • Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak. • Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. • Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang menarik. • Penentuan tema sebelum pengajaran dan pembelajaran amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik.
  • 8. RESIS • Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna- warna basah dan contengan lilin. • Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. • Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas. • Teknik tindihan lilin keatas lilin yang lain boleh dijalankan dalam aktiviti resis. • Teknik resis membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar. • Teknik resis adalah satu hasil kerja yang unik kerana ia menggunakan lilin sebagai menggantikan alatan biasa yang digunakan. • Gabungan warna-warna air dan lilin digunakan dalam proses menghasilkan resis. • Warna tempera bertindak sebagai lilin dalam aktiviti menghasilkan resis. • Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan. • Teknik renyukan digunakan dalam proses aktiviti resis batik kertas. • Perekat getah bertindak sebagai lilin dalam aktiviti resis. • Resis secara positif dan negatif menggunakan kapur putih dan lilin dalam proses menghasilkan resis. • Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. • Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut. • Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. • Terdapat empat cara pendekatan dalam membuat kritikan seni iaitu pendekatan induktif, deduktif, empati dan interaktif.
  • 9. PERCIKAN • Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. • Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. • Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. • Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. • Teknik renjisan yang sama akan menghasilkan percikan yang kemas. • Percikan biasanya dihasilkan secara tidak sengaja dan bebas. • Percikan boleh dihasilkan ke atas permukaan kertas yang telah diwarna dengan warna basah terlebih dahulu. • Percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna. • Percikan boleh diulang ke atas permukaan yang sama. • Percikan yang halus dan seragam boleh diaplikasikan dalam teknik semburan. • Percikan menggunakan penggelek adalah satu aktiviti yang rumit dan tidak terkawal. • Percikan dengan jari akan menghasilkan percikan yang tidak sekata. • Percikan dengan tumbuh-tumbuhan boleh juga dijalankan. • Pita pelekat dan surat khabar bertindak sebagai alat untuk mengelakkan lebihan percikan terjadi ke atas permukaan yang tidak diingini. • Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh- tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. • Apresiasi seni yang dijalankan di sekolah rendah haruslah dijalankan secara konkrit dan skop yang terhad. • Perbincangan yang hendak dijalankan oleh guru dan murid-murid haruslah menarik minat murid. • Perbincangan secara berkumpulan dan membuat pameran di bilik darjah daripada hasil kerja yang dibuat adalah aktiviti yang sangat penting. • Perbincangan dan pendedahan tentang sesuatu hasil karya seni dilihat dari sudut perspektif, cadangan-cadangan dan idea-idea dikatakan telah memahami nilai estetik. • Perbincangan secara berkumpulan dianggap pencetus kepada pemikiran kritikal dianggap sebagai satu teknik pembelajaran yang bermakna. • Pameran hasil kerja adalah satu cara membina penghormatan diri dan penerimaan sikap yang positif. • Guru harus peka terhadap persepsi yang dikemukakan oleh murid tentang sesuatu hasilkerja dari aspek budaya, fungsi, perasaan, keaslian, kreativiti, teknik penghasilan, tujuan dan objektif.
  • 10. MOZEK • Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata. • Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar. • Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar. • Orang Greek, Roman dan Kristian mula-mula seni menggambar menggunakan teknik mozek. • Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan-bangunan di luar sekolah.. • Setiap teknik dalam aktiviti mempunyai perbezaan dari segi penggunaan alatan, bahan dan media. • Potongan kertas boleh dijalankan dengan berbagai bentuk dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja dan tips untuk mengangkat cebisan kertas dengan mudah ialah dengan cara meletakkan sedikit gam pada penghujung alatan tersebut. • Penyesuaian warna untuk mozek perlu dibuat dengan teliti untuk menampakkan prinsip kontra pada objek yang dihasilkan. • Teknik mozek timbul (relief) lebih sesuai menggunakan bahan-bahan timbul. • Semburan lutsinar ke atas permukaan hasil kerja mozek menjadikan mozek lebih menarik. • Bahan-bahan yang dilekatkan untuk menghasilkan mozek boleh di campur. • Teknik mozek catan ialah satu-satunya teknik yang tidak memerlukan bahan untuk menampal. • Penggunaan linguistik dan ekspresi visual penting dalam menilai sesuatu hasil kerja seni. • Kemahiran kritis dan kreatif boleh dikembangkan bersama-sama aktiviti seni.