SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
PENDIDIKAN SENI :

   Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik
berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni
mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut
Hanna (1994), seni membantu dalam;

   a) kerjasama dan kasih sayang

   b) merancang dan melaksanakan

   c) kemahiran berfikir

   d) adaptasi dengan orang lain

   e) mengembangkan bakat

   f) mengambil risiko

   g) membuat keputusan

   h) harga diri/yakin diri

   i) semangat kerjasama

   j) kemahiran menyelesaikan masalah

   k) perkembangan emosi

   l) membina kreativiti

   m) disiplin diri

   n) menjadi rakyat yang baik

   o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan
kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu
banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau
maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan
sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk
dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui:

   a) Penyoalan – rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

   b) Penemuan – penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.

   c) Pemerhatian – tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya
       turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.

   d) Percubaan – usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus
       bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.

   e) Penerokaan – penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi
       pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

   f) Memanipulasi – menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
       dijadikan hasilan seni.

   g) Aktiviti/bermain – kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan
       yang berbentuk akademik.

   Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak ramai
guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah. Hakikatnya Seni
bersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan
terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Ini
memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak
maka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar
kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni
bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif.
Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni
ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera
dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain
dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan.

    James dalam ”Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan
kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai
tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk
mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek
tertentu.

    Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ”gifted child” (individu
yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang
”gifted” kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar
proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep
tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).

    ”Gifted student” mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar
dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini
kerana kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru.
Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 %
hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras dengan perkembangan teknologi
moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference, semuanya memudahkan
seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah. Malahan soalan-soalan boleh diajukan melalui
panggilan telefon sahaja.

PENGERTIAN KREATIVITI:

        Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan
kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan
yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap
jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan
dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan
mencari    produk     baru    atau    original   yang     memadai      untuk     situasi     yang
bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)

       Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis
utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah
jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik
pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang
telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan
analitik.. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau
kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

       Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan
asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu
yang tiada sebelumnya.

CIRI-CIRI KREATIVITI:

   a) Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam
       pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

   b) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap
       keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif
       menggunakan deria.

   c) Idea yang asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli
       dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur
       ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
d) Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan
     pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.

  e) Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau
     buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.

  f) Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak
     terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan
     lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:

  a) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;

         i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea,
                pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

         ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan
                dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih
                sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang
                hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif
                penghasilan.

         iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan
                penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui
                demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan
                nilai tersendiri.

  c) Victor Lowenfeld

         i) Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.amaelihat krestiviti pada seseorang
                murid       boleh    diukur       melalui    empat      komponen        iaitu
                kelancaran,fleksibel,keaslian dan kepekaan.
.


PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :


       Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan

warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif

terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.

Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,

keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee

(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan

respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa

harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang

seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak

perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu

yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan

seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).


       Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan

dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya

intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.


       Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan,

menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi

ilmu yang diperolehi.


       Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur

yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam

pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika.


       Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang

indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi

dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang

sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika

dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.


       Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat

semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan-

contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu

perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang

pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus

berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial

kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok

masyarakatnya.


       Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat

mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang

berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar
untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu

profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat

ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.


       Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang,

menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri.

Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya

keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.


       Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap

sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari

atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentang seni telah

bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat

permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas

kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna ini

sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini

perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan

yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan

ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan

sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari. Kajian ini dibuat oleh

Herbert Read (1958) dalam bukunya ”Education Through Art”.
mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk

      seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat.


             Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses

      yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni

      yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu:


             a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan


             b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan


             c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan


             d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan


      Keempat-empat    elemen    ini   membantu      mewujudkan   individu   seterusnya   masyarakat

      sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka.


             Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan

      inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan

      ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula

      menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini

      sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap

      kematangan kreativitinya akan berkembang.


Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana

      pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak

       menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni

       berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan

       menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut.


              Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam

       masyarakat kerana masyarakat Malaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan

       kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan

       tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun

       dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin

       terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan

       semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara.


Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana

       budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada

       satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa

       melalui perkembangan budayanya.


Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya.

       Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan

       kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi.


Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak

       pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru

       semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan
untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan

       warisannya.


              Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk


       berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung

       kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni

       dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal

       manusia adalah ciptaan Allah SWT.


       Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka

       meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah

       sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya.


Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan

       ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam

       kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila

       pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif

       dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan


       KREATIVITI DAN KANAK-KANAK


       5.1KREATIVITI
       Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini
       disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh
       dengan perasaan ingin tahu.


       5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi‟.
Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan)
mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.


Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan
sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan
kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.


5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan
ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di
dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau
telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang
mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea.


Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang
sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor
tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang
dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi
individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya.


Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun
sains,
Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur
melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )
fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian
(mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat,
merasa,
mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses
engamatan dan merekod.)


TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI


5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher
(a) Peringkat Rangsangan
Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan
sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.


(b) Peringkat Penerokaan
Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab
persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.


(c) Peringkat Perancangan
Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua
aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.


Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,
pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan
sebagainya.


(d) Peringkat Aktiviti
Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui
tindakan setelah merencana segala aktiviti.


Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
„‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟


(e) Kajian Semula
Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses
penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.


Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah
dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.


Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :
(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan
karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju
penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.


(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)
Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang
lebih sistematik dan tersusun.


Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak
dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.


(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)
guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik
penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk
cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.


Calvin W. Taylor
(a) Kreativiti Bersifat Ekspresif
Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.
Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal
mereka yang belum stabil.
Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan
contengan mudah.


(b) Kreativiti Melalui Penghasilan
guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada
kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.


(c) Kreativiti Bersifat Inventif
Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek
melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan
motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.


(d) Kreativiti Bersifat Inovatif
Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea
baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan
menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.


(e) Kreativiti Bersifat Emergen
Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip
formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh,
figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya
oleh kanakkanak apabila melukis.


CIRI-CIRI KREATIVITI
(a) Bersifat Fleksibel
Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan
dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.


(b) Sensitif dan Peka
Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya
termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.


(c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen
Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan
gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana-
mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak
kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan
rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa.


(d) Bersifat Terbuka
Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain
mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik.


(e) Logik
Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.
Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka
juga sangat menghormati masa.


(f) Berfikiran Bebas
Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu
perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang
dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati-
hati dan bijak membuat keputusan.


5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI


5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)
(a) Kaedah Pertama
Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh
membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan
tidak mampu dilaksanakan.


(b) Kedah Kedua
Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan
saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan
ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya
mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan
secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.


(c) Kaedah Ketiga
Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan
cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.


(d) Kaedah Keempat
Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal.
Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan
supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa
sahaja.


Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance
proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.
(a) Penyoalan
Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.


(b) Penemuan
Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan
oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui
penyelidikan dan kajian.


(c) Pemerhatian
proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan,
dan sebagainya.


(d) Percubaan
Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu
yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang
dikehendaki.


(e) Penerokaan
Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai
barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.


(f) Memanipulasi
murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk
dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar
supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.


(g) Aktiviti/Bermain
Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain
merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan
perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh
menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.


5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses
kreativiti.
(a) Memilih Bahan dan Alat
Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.


(b) Masa
Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang
cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.


(c) Rangsangan
Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil
karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual.


(d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia
untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.


(e) Hormat-menghormati
Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan


(f) Memberikan Galakan dan Motivasi
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak
berminat untuk meneruskan penghasilan karya.


(g) Penghargaan
Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang
mereka berikan di dalam kelas

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALAmran Aris
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanLinda Midy
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalPika Osman
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifmunnianwar
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Jenis susunan motif
Jenis susunan  motifJenis susunan  motif
Jenis susunan motifxerrul
 

La actualidad más candente (20)

Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
PENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUALPENDIDIKAN SENI VISUAL
PENDIDIKAN SENI VISUAL
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Jenis corak terancang
Jenis corak terancangJenis corak terancang
Jenis corak terancang
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaanPendidikan seni @ corak dan rekaan
Pendidikan seni @ corak dan rekaan
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditionalJenis jenis dan fungsi kraf traditional
Jenis jenis dan fungsi kraf traditional
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifKemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Jenis susunan motif
Jenis susunan  motifJenis susunan  motif
Jenis susunan motif
 

Similar a Pengertian kreativiti

Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanFlorida Hunay
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanmdgeehan
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiAnne Gd
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 finalMIchelle NGu
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01peggylau9318
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Robotgerm King
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...lunagirlz85
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangMariah Inah
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Munirah Ali
 
440-704-1-SM.pdf
440-704-1-SM.pdf440-704-1-SM.pdf
440-704-1-SM.pdfJackzid
 

Similar a Pengertian kreativiti (20)

Bahan p.seni
Bahan p.seniBahan p.seni
Bahan p.seni
 
Seni Dalam Pendidikan
Seni Dalam PendidikanSeni Dalam Pendidikan
Seni Dalam Pendidikan
 
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaanAssignment hbae membentuk dan membuat binaan
Assignment hbae membentuk dan membuat binaan
 
Hbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativitiHbae1203 kreativiti
Hbae1203 kreativiti
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
700203015788 158362 final
700203015788 158362 final700203015788 158362 final
700203015788 158362 final
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
Hbae1403
Hbae1403Hbae1403
Hbae1403
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2Asigment seni pkembangan seni kanak2
Asigment seni pkembangan seni kanak2
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
Seni Dalam Pendidikan OUM Note Topik-1-konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-p...
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Ciri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlangCiri2 guru cemerlang
Ciri2 guru cemerlang
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Kreativitas
KreativitasKreativitas
Kreativitas
 
440-704-1-SM.pdf
440-704-1-SM.pdf440-704-1-SM.pdf
440-704-1-SM.pdf
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 

Pengertian kreativiti

  • 1. PENDIDIKAN SENI : Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni membantu dalam; a) kerjasama dan kasih sayang b) merancang dan melaksanakan c) kemahiran berfikir d) adaptasi dengan orang lain e) mengembangkan bakat f) mengambil risiko g) membuat keputusan h) harga diri/yakin diri i) semangat kerjasama j) kemahiran menyelesaikan masalah k) perkembangan emosi l) membina kreativiti m) disiplin diri n) menjadi rakyat yang baik o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
  • 2. Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja, kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui: a) Penyoalan – rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. b) Penemuan – penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian. c) Pemerhatian – tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai. d) Percubaan – usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan. e) Penerokaan – penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. f) Memanipulasi – menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. g) Aktiviti/bermain – kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang berbentuk akademik. Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolah-sekolah. Tidak ramai guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar seni di peringkat rendah. Hakikatnya Seni bersifat subjektif , dan bukan semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan terdapat guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa mengajar seni. Ini memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh diukur secara objektif.
  • 3. Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan kritis melalui seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan. Untuk mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan pengetahuan, pengalaman dan perasaan. James dalam ”Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah. Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek tertentu. Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai ”gifted child” (individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran untuk mengajar individu yang ”gifted” kerana mereka mudah dan cepat berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted). ”Gifted student” mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan pelajar biasa. Pelajar dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini kerana kumpulan pelajar ini sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru. Berdasar dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US manyatakan 5 % hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras dengan perkembangan teknologi moden, kini pembelajaran jarak jauh, e-learning, video conference, semuanya memudahkan seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah. Malahan soalan-soalan boleh diajukan melalui panggilan telefon sahaja. PENGERTIAN KREATIVITI: Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.
  • 4. Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6) Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan. Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. CIRI-CIRI KREATIVITI: a) Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. b) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria. c) Idea yang asli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.
  • 5. d) Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. e) Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa. f) Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI: a) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu; i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri. c) Victor Lowenfeld i) Setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.amaelihat krestiviti pada seseorang murid boleh diukur melalui empat komponen iaitu kelancaran,fleksibel,keaslian dan kepekaan.
  • 6. . PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA : Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup). Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
  • 7. bersama nilai positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi. Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranannya dalam pendidikan dapat memupuk sifak kecintaan pada seni dan estetika. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan. Peranan seni visual dalam pendidikan ialah memupuk kreativiti kanak-kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak sukakan belaian, perhatian dan sentuhan dan melalui contengan- contengan ini perkembangan seni tampak minda mereka berlaku dengan pesat. Namun begitu perkembangan ini berlaku berbeza mengikut persekitarannya, faktor keluarga dan latar belakang pendidikan mereka. Melalui proses lakaran ini, tahap mental kanak-kanak akan terus berkembang dengan baik. (Laura Chapman 1978). Sehubungan dengan itu pembangunan sosial kanak-kanak tadi terbina, menjadi seorang yang kreatif, berdikari dan yakin diri dalam kelompok masyarakatnya. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar
  • 8. untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini. Melalui Pendidikan Seni juga dapat menyemai seseorang dengan nilai-nilai kasih sayang, menghormati budaya sesuatu kaum, adat istiadat serta menanam sifat-sifat mulia terhadap diri. Justeru kita akan lebih memahami serta menghargai akan nilai-nilai warisan seni budaya keturunan kita sendiri di samping kaum-kaum sesuatu bangsa lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya. Pendidikan tentang seni telah bermula sejak zaman kanak-kanak lagi di mana mereka mula mengetahui tentang alat-alat permainan yang beraneka rupa bentuk dan warna. Begitu juga dalam konteks mewarna di atas kertas, kanak-kanak akan menggunakan pilihan warna yang disukainya. Contengan warna ini sebenarnya melahirkan ideanya. Ini menjurus kepada kreativiti kanak-kanak tersebut. Bakat ini perlu dibimbing dan dipupuk dengan sebaiknya supayadia menjadi seorang yang berdikari dan yakin pada dirinya sendiri. Ini kerana kanak-kanak membuat simbol-simbol yang mudah dan ringkas mengikut tahap penguasaan dan faktor sekelilingnya. Jika dikaji bentuk-bentuk lukisan sebegini mempunyai makna yang cukup mendalam tanpa kita sedari. Kajian ini dibuat oleh Herbert Read (1958) dalam bukunya ”Education Through Art”.
  • 9. mendidik manusia agar memahami kebenaran ciptaan Allah SWT. Apa sahaja bentuk seni yang dicipta adalah menjurus ke arah membimbing dan mendidik masyarakat. Menurut Winckelmann berkaitan dengan estetika/keindahan, ia perlu melalui satu proses yang dikenali sebagai idealisasi iaitu proses menggunakan akal dan menjadi asas kegiatan seni yang utama. Beliau juga mengkategorikan estetika kepada empat konsep iaitu: a) Estetik dikaitkan dengan kemuliaan b) Estetik dikaitkan dengan kehebatan c) Estetik dikaitkan dengan kesederhanaan d) Estetik dikaitkan dengan ketenangan Keempat-empat elemen ini membantu mewujudkan individu seterusnya masyarakat sekelilingnya mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan mereka. Melalui Pendidikan Seni juga dapat memupuk dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar. Usia remaja di sekitar 10 hingga 15 tahun merupakan tahap penguasaan ilmu yang berkaitan dengan seni mungkin telah bertambah. Seseorang pelajar sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk mencipta sesuatu dengan lebih baik. Pada peringkat ini sekiranya pelajar diberi kesempatan dan bimbingan yang betul mengenai seni, maka tahap kematangan kreativitinya akan berkembang. Menurut Lowenfeld dan Lambert (1965), peringkat ini merupakan paling konflik dan genting kerana pelajar mengalamai tekanan untuk memilih bidang seni sebagai satu bidang utama dalam proses
  • 10. pembesaran mereka. Dalam situasi ini peranan guru amat penting di mana pelajar yang tidak menerima bimbingan yang betul boleh menyebabkan minat mereka dalam Pendidikan Seni berkubur, sebaliknya bagi pelajar yang telah diberi bimbingan dan nasihat positif oleh guru akan menjadi lebih berdisiplin, cekal dan berminat dengan mata pelajaran tersebut. Kelebihan seterusnya adalah memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat kerana masyarakat Malaysia kaya dengan khazanah warisan budaya. Bahan kegunaan harian seperti pinggan mangkuk, peralatan memasak, ukiran kayu, seni batik dan tenunan/tekstil, hamparan tikar mengkuang, anyaman kelarai seterusnya budaya sopan santun dan adat istiadat diwarisi turun temurun. Namun begitu seni warisan sebenarnya semakin terpinggir dan hampir dilupakan. Kehidupan moden yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan dalam masyarakat yang suatu ketika dahulu cukup dipelihara. Melalui Pendidikan Seni juga diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang memiliki jati diri kerana budaya menunjukkan bangsa. Sesebuah masyarakat mesti meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan yang tinggi dalam masyarakatnya, kerana kita boleh mengesan sesuatu bangsa melalui perkembangan budayanya. Masyarakat yang memiliki jati diri yang kuat akan berusaha mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Masyarakat perlu tahu tanggungjawab mereka tentang kepentingan nilai seni dan estetika dan kefahaman serta tanggungjawab itu perlu dipupuk di peringkat awal lagi. Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar. Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan
  • 11. untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya. Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT. Manusia memerlukan dan menginginkan perhatian, mempunyai emosi dan perasaan. Mereka meluah perasaan dan berkongsi emosi dengan orang lain melalui penyataan perasaan di bawah sedar dan seni dalam konteks yang lebih luas ialah hasil penyataan perasaan manusia sebenarnya. Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi, perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan. Sedangkan seni sebagai agen perubahan KREATIVITI DAN KANAK-KANAK 5.1KREATIVITI Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 5.2 PENGERTIAN KREATIVITI
  • 12. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi‟. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. 5.3 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian
  • 13. (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses engamatan dan merekod.) TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI 5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher (a) Peringkat Rangsangan Pemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal. (b) Peringkat Penerokaan Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul. (c) Peringkat Perancangan Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu: • Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya. • Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya. (d) Peringkat Aktiviti Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti
  • 14. „‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟ (e) Kajian Semula Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri. Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan : (a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea) Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. (b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement) Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. (c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium) guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri. Calvin W. Taylor (a) Kreativiti Bersifat Ekspresif Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara
  • 15. spontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikal mereka yang belum stabil. Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dan contengan mudah. (b) Kreativiti Melalui Penghasilan guru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun. (c) Kreativiti Bersifat Inventif Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikan motivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa. (d) Kreativiti Bersifat Inovatif Peringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensional dan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan. (e) Kreativiti Bersifat Emergen Ini merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagi contoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan bentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis. CIRI-CIRI KREATIVITI (a) Bersifat Fleksibel Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. (b) Sensitif dan Peka
  • 16. Individu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. (c) Gagasan/Idea yang Asli dan Tulen Seseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripada mana- mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan juga tidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikut cetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yang biasa. (d) Bersifat Terbuka Mempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas serta demokratik. (e) Logik Murid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masa mereka juga sangat menghormati masa. (f) Berfikiran Bebas Golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek dan perkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka ini sangat berhati- hati dan bijak membuat keputusan. 5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI 5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming) (a) Kaedah Pertama Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan
  • 17. tidak mampu dilaksanakan. (b) Kedah Kedua Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut. (c) Kaedah Ketiga Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya. (d) Kaedah Keempat Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja. Teori Perkembangan Kreativiti Paul Torrance proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar. (a) Penyoalan Rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni. (b) Penemuan Proses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan dan rangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuan terbaru melalui penyelidikan dan kajian. (c) Pemerhatian proses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-mata
  • 18. malahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan, dan sebagainya. (d) Percubaan Percubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan dan hasil yang dikehendaki. (e) Penerokaan Penerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling. (f) Memanipulasi murid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajar pelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran. (g) Aktiviti/Bermain Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah. 5.7 MENINGKATKAN MOTIVASI Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti. (a) Memilih Bahan dan Alat Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. (b) Masa
  • 19. Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. (c) Rangsangan Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. (d) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid. (e) Hormat-menghormati Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan (f) Memberikan Galakan dan Motivasi Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya. (g) Penghargaan Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas