2. Pentaksiran
• Menurut Dunn (1991), pentaksiran ialah satu
proses pengumpulan maklumat oleh guru
tentang pelajarnya dan oleh pelajar sendiri
tentang kemajuan mereka.
• Dalam Kurikulum Bersepadu (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1998) pentaksiran ialah
proses untuk mengesan perkembangan,
kebolehan, kemajuan, dan pencapaian pelajar
secara menyeluruh berasaskan matlamat
kurikulum.
3. • Menurut Noraini Idris (2008), pentaksiran
dirancang dan dikendalikan oleh guru dan
menjadi sebahagian daripada proses pengajaran
yang diharapkan dapat memperbaiki proses
pembelajaran pelajar. Pentaksiran dilaksanakan
secara berterusan yang bersifat formatif
melibatkan guru sepenuhnya dan memberi
peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
penguasaan mereka dalam kemahiran yang
dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian
bertulis. Kaedah pentaksiran ini amat sesuai
digunakan untuk mentaksir kemahiran pelajar.
4. • Menurutnya lagi, pentaksiran sebagai
pembelajaran menggalakkan seseorang guru
menggunakan kebijaksanaan untuk menilai
kefahaman pelajar dalam proses
pembelajaran, dan seterusnya membuat
perancangan untuk memperbaiki pelajar.
5. • Contohnya dalam kelas Matematik, guru
boleh menapis dan membuat klasifikasi
pelajar tentang tahap kebolehan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Pelajar menjalankan aktiviti, dan
sebagai guru, kita menilai pada masa tersebut.
6. • Pentaksiran pembelajaran biasanya diadakan
selepas suatu jangka masa tertentu, misalnya
selepas lapan minggu sesuatu kursus
dijalankan. Tujuan pentaksiran ini adalah
untuk melihat sejauh mana objektif kursus
telah tercapai, dan sejauh mana pengetahuan
dan kemahiran telah diperoleh oleh pelajar
pada akhir sesuatu program.
7. Pengujian
• Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu
prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seseorang
individu dan menghuraikan dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang
berkategori.
8. • Misalnya, skala bernombor seperti angka
30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk
ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100
bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh
sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’
atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau
rabun warna bagi ujian penglihatan.
9. • Kepentingan pengujian bagi mengukur
perubahan tingkah laku pelajar seperti yang
dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros
(1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji
Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan
contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid
di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
Maklumat yang diperolehi daripadanya akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau
pengadilan. (Raminah 1991:2)”
10. • Hasil daripada jawapan yang diberikan yang
diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang
disebut sebagai markah akan diberikan
kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah
prestasi murid yang diuji.
11. • Secara ringkas Pengujian merupakan satu
prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku. Tujuan ialah
menentukan pencapaian murid dalam sesuatu
pembelajaran. Boleh dalam bentuk
pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.
12. Pengukuran
• Menurut Dudi Indrajit (2007), Pengukuran
adalah membandingkan nilai besaran yang
diukur dengan besaran sejenis yang
ditetapkan sebagai satuan.
13.
• Menurut Noraini Idris dan Azis Nik Pa (2008),
pengukuran merupakan landasan bagi definisi
operasi pengukuran. Secara kasar, istilah
pengukuran merujuk proses memberi
penjelasan berangka kepada atribut bagi
suatu benda, perkara, keadaan, orang, atau
peristiwa mengikut peraturan tertentu. Dalam
penyelidikan, hasil pengukuran adalah satu
himpunan pemerhatian yang akan digunakan
sebagai data kajian.
14. Penilaian
• Penilaian adalah suatu istilah yang boleh
didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam
et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian
sebagai “the process of delineating, obtaining,
and providing useful information for judging
decision alternatives”. Definisi ini menjangkau
melepasi daripada maksud pengujian dan
pengukuran.
15. • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian
ialah satu proses yang dianggap sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif
yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal
ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat
membuat pertimbangan atau keputusan yang
tepat berhubung pengajaran dan
pembelajaran.
16. • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru
memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru
menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini
kita boleh mengatakan bahawa guru
sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Dalam
sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa
sebarang pengukuran yang melibatkan ujian
terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan
pertimbangan nilai semata-mata.
17. • Secara ringkasnya Penilaian merupakan satu
proses membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran. Bertujuan
memberikan maklumat tentang pencapaian
murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar
dan kurikulum.