SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 34
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

                  35900 TANJUNG MALIM,

                  PERAK DARUL RIDZUAN




TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

                        (SME 3023)




                  ”PENULISAN ILMIAH”

                         TAJUK :

ISSUES ON USAGE OF TECHNOLOGY IN TEACHING AND LEARNING




                 NAMA                         NO. MATRIK
         NORIAH BINTI MOHAMED                 D20091035059
      NURUL SHAFIQAH BINTI HASHIM             D20091035062




                    NAMA PENSYARAH :

              PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH
ISI KANDUNGAN

                                                                                M/S

1.0 Pengenalan                                                                   1
2.0 Isu Penggunaan Teknologi Dalam P&P
       2.1 Minat dan sikap guru                                                  2
       2.2 Pengintergrasian ICT dalam P&P                                        5
       2.3 Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT                  9
       2.4 Permasalahan pembekalan computer                                     10
       2.5 Perisian kursus
              2.5.1   Penggunaan perisian kursus                                15
              2.5.2   Perisisan kursus dalam P&P Matematik                      18
              2.5.3   Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)   21
       2.6 Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan                       22

3.0 Langkah mengatasi
       3.1 Juruteknik di setiap sekolah                                         25
       3.2 Tambahan makmal komputer                                             26
       3.3 Penyediaan kemudahan                                                 27

4.0 Kesimpulan                                                                  29

   Bibiliografi
1.0    PENGENALAN

Tanggungjawab sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan

pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan

sempurna. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,

memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan

sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang

pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa, kelas sosial,

kelompok etnik dan budaya.


       Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran

Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga

ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam

penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan

peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada

masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar

Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan, akses kepada

pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur,

Pelaksanaan Program PPSMI, dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean

(2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu

pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.


       Isu yang ingin dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini ialah lebih kepada penggunaan

teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran P&P. Penggunaan teknologi dalam P&P adalah

serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam sistem pengurusan pendidikan

khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat

menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan kata

lain cabaran era teknologi.


       Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam

pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan

pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan

infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam

proses (P&P) adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara

sekolah bandar dan luar bandar, perisian komputer untuk P&P yang sukar didapati di sekolah,

latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang

berkesan, penyelenggaraan komputer yang kurang kurang memuaskan di sekolah dan kurang

bilangan guru terlatih dalam penggunaan ICT di sekolah.


2.0    ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM P&P

2.1    Minat dan Sikap Guru

Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu

asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam

pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah

teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet

adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks

hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi.
Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila

tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan

informasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan

juga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi

dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak

pelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi

komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru.


       Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point,

LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi

negatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam

pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam,

1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT

kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk

memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih

memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar

lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.

Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik

dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Namun,

guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini

disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektif

pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif.

Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.
Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalam

sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan

sebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik

sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu

menggunakan kapur dan papan putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian

masalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu

kemahiran yang diajar.


       Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu

mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk

mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti

menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya

ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang

selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru

telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka

barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka.


       Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobia

bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau

takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingi

perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaan

komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007),

sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah

berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk

mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti
sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi

pendidikan, pembelajaran dan pencapaian.


2.2    Pengintergrasian ICT dalam P&P

Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat

teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah

berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran

bagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran Matematik. Teknologi

seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output

yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran

dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan

kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang

berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam

sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menarik dan praktikal.


       Pengintergrasian ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk

memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan

bersama kaedah pengajaran. Menurut Lechner dan Boli (2000), perkembangan terkini

menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk

menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan

baru. Namun begitu pengintergrasian ICT dalam P&P tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya

semua pihak tidak memberikan kerjasama dan tidak memainkan peranan masing-masing dalam
mengintergrasikan ICT dalam P&P. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kurangnya

pengintergrasian ICT dalam P&P.


       Antara punca-punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P

ialah guru tidak pandai dalam menggunakan teknologi terkini merupakan salah satu punca

kurang pengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir guru di

sekolah yang langsung tidak tahu untuk menggunakan teknologi terkini seperti ICT dalam

pengajaran mereka. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidak

ingin mencuba sesuatu yang baru seperti menurut Albaugh (1997), guru-guru biasanya ragu-ragu

dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini

mereka telah lakukan. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi apabila segelintir guru di sekolah

lebih suka menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dalam proses

pengajaran mereka berbanding menggunakan teknologi terkini. Ini terjadi apabila mereka sering

beranggapan pencapaian pelajar masih juga meningkat walaunpun mereka hanya menggunakan

kaedah pengajaran secara tradisional.


       Kekangan masa dengan tugas yang banyak juga merupakan antara punca yang

menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P. Seperti yang kita sedia maklum pada

era kini tugas sebagai seorang guru merupakan tugas yang sangat mencabar. Hal ini kerana pada

era ini tugas guru bukanlah hanya mengajar semata-mata. Justeru, ada segelintir guru yang

menjadikan    alasan   kekangan    masa    sebagai   punca   yang    menyebabkan     kurangnya

pengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini adalah kerana mereka sering beranggapan untuk

merancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan ICT mereka memerlukan masa yang agak

lama dan terdapat juga segelintir guru yang menganggap merancang pengajaran dengan

menggunakan teknologi seperti ICT adalah perkara yang membazirkan masa mereka. Memang
tidak dinafikan untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang berasaskan teknologi seseorang

guru perlulah memperuntukkan sedikit masa untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang

menarik dan berkualiti. Namun begitu kekangan masa bukanlah seharusnya menjadi punca

kepada permasalahan ini seperti kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.


       Bilangan komputer yang tidak dapat menampung bilangan pelajar di sekolah dan tiada

makmal khusus untuk subjek Matematik merupakan punca yang seterusnya. Seperti yang kita

sedia maklum di setiap sekolah jumlah komputer yang diperuntukkan oleh kerajaan hanyalah

sedikit. Hal ini adalah kerana terdapatnya kekangan-kekangan yang memang tidak dapat

dielakkan seperti kekangan kewangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan tidak semua pelajar

bepeluang untuk menggunakan komputer yang terdapat di sekolah. Ketiadaan makmal khusus

untuk subjek Matematik juga telah menyebabkan guru tidak dapat mengintergrasikan ICT dalam

P&P. Hal ini adalah kerana guru mempunyai kekangan dalam menempah makmal komputer

untuk digunakan semasa proses P&P.


       Kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P telah menyebabkan kurangnya motivasi dan

minat pelajar untuk belajar serta menyebabkan pelajar kurang kefahaman dalam mata pelajaran

Matematik. Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat

beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit

berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai „field dependent‟ berbanding

dengan murid „field independent‟. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang

suka secara abstrak atau tergolong dalam „field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid

yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam „field dependent’ mereka akan mudah faham

seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan
ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan

kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku.


       Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak

70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan

dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya

10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan

seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:


   1. 20% daripada apa yang mereka baca.


   2. 30% daripada apa yang mereka dengar.


   3. 40% daripada apa yang mereka lihat.


   4. 50% daripada apa yang mereka sebut.


   5. 60% daripada apa yang mereka buat.


   6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak


       Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga

murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui

portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid

dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya

menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh

berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini

dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima

tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).
Sebagai rumusannya, kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi

keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlm

menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yang

tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata

pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa

berlansungnya Pembelajaran.


2.3     Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi

Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data

yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat

dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,

memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Menurut Abdul Rahim Abd Rashid (2001), Dasar pendidikan Malaysia, sememangnya

mementingkan inovasi, ia merangkumi inovasi dalam pembangunan pelbagai potensi manusia

seperti pengetahuan, budaya saintifik, penguasaan teknologi baru, penggunaan ICT, pengurusan,

pemikiran yang strategik dan sebagainya. Manakala Esah Sulaiman (2003), menyatakan bahawa

dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)

dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.

Namun begitu pendidikan di negara kita tidak akan setanding dengan pendidikan di negara-

negara yang maju yang lain sekiranya kita masih lagi mempunyai guru yang tidak mahir dalam

bidang ICT di sekolah. Hal ini telah telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Norida

Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya

10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.
Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan

pengajaran berbentuk multimedia.


       Hal ini terjadi kerana disebabkan oleh sikap negatif yang wujud dalam kalangan guru.

Contohnya terdapat segelintir guru yang memang tidak mahir menggunakan ICT di sekolah dan

mereka tidak mempunyai inisiatif tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka

mahir dalam ICT adalah perkara yang merugikan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan

masa tertentu untuk merancang dan menghasilkan aktiviti P&P dengan menggunakan ICT.


       Kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta tiada kakitangan terlatih untuk

membantu guru dalam penggunaan ICT merupakan punca lain yang menyebabkan guru tidak

mahir atau terlatih dalam bidang ICT di sekolah. Contohnya, terdapat sesetengah sekolah yang

mempunyai makmal komputer tetapi komputer yang terdapat di dalamnya tidak dapat berfungsi

dengan baik disebabkan oleh masalah teknikal. Kesan daripada permasalahan ini telah

menyebabkan proses P&P yang berlangsung membosankan dan akan membawa kepada

penurunan prestasi pencapaian pelajar. Hal ini secara tidak langsung      akan menyebabkan

masalah disiplin dalam kalangan pelajar meningkat serta profesional guru akan dipandang

rendah oleh masyarakat. Keadaan ini terjadi sekiranya guru tersebut tidak mengubah diri mereka

ke arah yang lebih positif dalam merancang dan menghasilkan aktiviti pengajaran yang menarik

dan boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar mengenai sesuatu topik yang diajar

dalam mata pelajaran Matematik.


2.4    Permasalahan pembekalan komputer

Walaupun dikatakan ketinggalan berbanding sektor lain, program pengkomputeran di sekolah

semakin meningkat dan diberi perhatian. Menurut Schofield (1995), bilangan komputer di
kebanyakan sekolah semakin meningkat. Hari demi hari penggunaan komputer bukan sahaja

semakin meluas tetapi juga semakin diperlukan di lebih banyak sekolah. Program

pengkomputeran mula diperkenalkan ke sekolah-sekolah di Malaysia secara rasminya pada tahun

1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut,

program pengkomputeran di sekolah-sekolah mula dilaksanakan dan berkembang secara

beransur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab

komputer yang kebanyakannya ditubuh atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri (Othman Khalid,

1992) telah berkembang kepada apa yang ada sekarang.


       Namun begitu, menurut KPM (2001), penggunaan komputer telah mula diperkenalkan

lebih awal iaitu semenjak pertengahan tahun 1960-an lagi. Ketika mula diperkenalkan,

penggunaannya didapati terhad di kementerian dan untuk tujuan pengurusan sahaja. Bermula

dengan pengurusan dan pengendalian peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, kemudian

penggunaannya telah diperluas kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan diikuti dengan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Pada masa yang sama komputer juga digunakan untuk

mengumpul, memproses, dan menganalisis data sekolah rendah dan menengah bagi tujuan

perancangan pendidikan.


       Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanakan beberapa projek pendidikan

yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai penyediaan infrastruktur

ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar dibekalkan dengan

21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan

penggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan

menyeluruh. Selaras dengan perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui

Bahagian Pendidikan Guru mula melaksanakan program latihan praperkhidmatan dalam ICT
kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada

awal tahun 1990-an. Pelaksanaan program tersebut kemudiannya disusuli dengan Kursus

Pengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Selain kursus-kursus praperkhidmatan, tidak ketinggalan dianjurkan kursus-kursus dalam

perkhidmatan jangka pendek dan kursus khas.


       Selain Bahagian Pendidikan Guru, program-program latihan kepada guru sekolah rendah

dan menengah turut dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Sumber

Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Institut Aminuddin Baki (IAB) juga tidak

ketinggalan menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga

pendidikan dalam ICT. Kumpulan sasaran IAB ialah para pentadbir dan kakitangan sokongan di

peringkat sekolah. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan pula

Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris

dan Matematik. Projek tersebut dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah luar bandar di Selangor.

Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer sementara perisian kursus pendidikan

disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun

1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20

buah sekolah rendah. Setiap buah sekolah menengah tersebut dibekalkan dengan 21 set

komputer, termasuk sebuah komputer pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat

(Local Area Network) tanpa kemudahan internet. Walau bagaimanapun komputer yang

dibekalkan di sekolah rendah tidak dirangkaikan. Bagi tempoh tahun 1999 hingga 2000,

sebanyak 332 buah sekolah lagi (110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah) di

seluruh negara telah menerima komputer iaitu sebanyak 10 set komputer bagi setiap sekolah.
Komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah pada peringkat awal pelaksanaan program

Komputer Dalam Pendidikan (KDP) ialah di bawah peruntukan projek-projek khas. Sementara

komputer yang dibekalkan antara tahun 1999 hingga 2000 ialah komputer multimedia jenis

Pentium III yang sama ada disewa daripada MIMOS atau melalui tender terbuka untuk Sabah

dan Sarawak. Untuk menempatkan komputer yang dibekalkan, bilik darjah diubah suai menjadi

makmal komputer.


           Menjelang tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek

Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148

buah sekolah rendah dan menengah. Projek tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan

mendahulukan sekolah-sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyai

bekalan eletrik. Makmal komputer yang dibina dilengkapi dengan komputer terkini berserta

kemudahan persekitaran rangkaian setempat dan internet. Selain komputer, projek tersebut turut

membekalkan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Jumlah peruntukan makmal, komputer,

komputer pelayan, dan projektor LCD kepada sekolah-sekolah diberikan berdasarkan enrolmen

pelajar.


           Kerajaan Malaysia amat serius untuk menerapkan penggunaan komputer dalam sistem

pendidikan. Jutaan ringgit telah dilabur untuk membina makmal serta rangkaian komputer.

Tujuan pelaburan tersebut ialah untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga

mahir bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Di sidang parlimen, Kementerian Pelajaran

Malaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudah

terdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal ubah

suai) sudah diluluskan pembinaannya.
Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak

menghadapi masalah atau cabarannya. Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu

perintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak. Strategi pelaksanaannya

juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di

sekolah. Antara cabaran-cabaran dan strategi pelaksanaannya adalah seperti berikut:-


       Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan

kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P. Kebanyakan sekolah rendah

hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa. Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik

perlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan

bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya.


       Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal

komputer mata pelajaran elektif. Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluan

untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga

lima waktu mengajar seminggu. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah

bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif

ICT dapat ditawarkan.


       Pembekalan komputer atau notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&P

masih tidak mencukupi. Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperoleh

kemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu. Untuk meningkatkan mutu P&P,

KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1 : 10 bagi tahun 2002 hingga

2003. Nisbah ini akan meningkat kepada 1 : 5 pada tahun 2004 hingga 2005, manakala pada

tahun 2006 hingga 2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1 : 1.
Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepada

Jabatan atau Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPM

disebabkan kekangan peruntukan kewangan. Di samping itu, kebanyakan komputer yang

dibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internet

sedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas, keperluan

komunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan. Sebagai contoh, pada masa kini,

pembekalan komputer dengan nisbah 1 : 1 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional

(Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya. Adalah menjadi cabaran kepada KPM

untuk menyediakan perkakasan komputer yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat

pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan.


2.5    Perisian kursus

       2.5.1 Penggunaan perisian kursus

      Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Penggunaan

      teknologi   dalam   pengajaran   dan   pembelajaran   matematik   amat   penting.   Ini

      kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah mengenalpasti

      mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip kualiti pendidikan

      matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan untuk proses

      pengajaran dan pembelajaran subjek matematik yang berkesan. Ia sekali gus akan

      membolehkan matapelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses

      pembelajaran dalam kalangan pelajar.


             Terdapat pelbagai alatan media pengajaran yang boleh digunakan dalam proses

      pengajaran dan pembelajaran. Kalkulator, perisisan komputer dan alatan yang

      berteknologi yang lain juga dapat membantu dalam proses pengumpulan, merekod,
menyusun dan menganalisis data. Teknologi juga boleh mengukuhkan dan menguatkan

kuasa pengiraan dan lebih meyakinkan serta tepat dan menghasilkan lukisan, graf dan

pengiraan yang dinamik. Dengan adanya peralatan sebegini, pelajar boleh melanjutkan

dan meluaskan kualiti dalam mencari punca kepada sesuatu masalah matematik dengan

lebih nyata.


       Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah

daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa

pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat

mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan

bahan rujukan yang berguna kepada guru.


       Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan

aplikasi   seperti   hamparan    elektronik,   multimedia,    internet   dan Geometer's

Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik

geometri. Melaluinya, pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih

berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang baru ditemuinya.

Mereka akanmemperolehi suasana pembelajaran yang baru danmaklumat serta informasi

yang terkini. Di samping itu, juga dapat menggalakkan mereka belajar secara

berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif sertalebih berfikiran kritikal.


       Dalam konteks program Matematik yang lebih jelas, teknologi meningkat dan

berkembang dalam kedua-dua skop iaitu kandungan Matematik dan juga susunan situasi

masalah yang berkait dengan pencapaian pelajar. Alatan pengiraan yang canggih dan

berkuasa, pembinaan atau pembuatan dan pembentangan secara visual dapat memberi
peluang kepada pelajar untuk mencapai kandungan Matematik dan konsep Matematik

yang mungkin menjadi lebih kompleks kepada pelajar untuk diselidik. Dengan

menggunakan alatan teknologi, boleh membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah

dengan lebih menarik dan memudahkan pencapaian pelajar melalui pelbagai hasil

pembelajaran di peringkat tinggi seperti refleksi, pertimbangan, kedudukan masalah,

penyelesaian masalah dan membuat keputusan.


       Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha untuk meningkatkan

kebekesanannya. Pengajaran    yang   berkesan    menghasilkan    pembelajaran    yang

diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri. Dengan

demikian, biasanya pelajar akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau

pengalamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan

matematik hari ini. Penyertaan aktif oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membantu mereka belajar secara berkesan.


       Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi lebih bermakna melalui

penggunaan komputer atau peralatan berteknologi yang lain. Peralatan canggih ini bukan

sahaja memudahkan penyampaian konsep Matematik tetapi dapat membuktikan dengan

jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar. Teknologi amat

diperlukan dalam proses mengimbangi program Matematik. Guru perlu bersedia untuk

dijadikan sebagai pembuat keputusan yang berilmu pengetahuan dalam menentukan bila

dan bagaimana pelajar mereka boleh menggunakan peralatan teknologi tersebut dengan

lebih berkesan.
Program persediaan pembangunan profesion khas untuk bakal guru dan juga guru

dalam perkhidmatan perlu untuk mempengaruhi perangai dan watak secara perlahan-

lahan untuk mengkaji dengan sentiasa mengembangkan peralatan teknologi dan

meluaskan kesan teknologi kepada pendidikan matematik. Untuk membolehkan

pembelajaran berlaku dengan berkesan, guru haruslah menyediakan atau memilih

teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu, teknologi juga

haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran.


        Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan,

didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati

mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan

berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar

memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar

berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka

masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.


2.5.2   Perisian kursus dalam P&P Matematik

Benarkah pelajar-pelajar kita tidak berminat belajar Matematik? Adakah guru-guru

matematik pula tidak pandai menarik minat pelajar-pelajarnya mempelajari Matematik?

Atau salahkah dasar pendidikan Malaysia mengubal sukatan pendidikan Matematik di

negara ini? Persoalan demi persoalan diajukan. Akhirnya terdengarkan seperti nyanyian

"Bangau,Oh Bangau"; yang terlibat menuding jari menuduh kesalahan kepada yang lain.

Sebagai guru matematik, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah bagaimana
menggunakan pelbagai kaedah agar pelajar-pelajarnya cepat memahami apa yang diajar,

juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam apa juga

situasi permasalahan matematik. Apa yang diharapkan juga ialah supaya pelajar terus

mengingati apa yang dipelajari itu seberapa kekal yang boleh.


       Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer

dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an

adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian

yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga

kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun,

keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli

oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan

untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan

komputer.


       Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yang

menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana

peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah

dilengkapkan di dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan

yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media

untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai

pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali

peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa
menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti

”laptop, lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas.


       Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain

memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa

menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu

mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang

pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah

yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Pelajar tidak harus

terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap Matematik. Guru juga yang

harus memain peranan agar pelajar melempar jauh perasaan negatif dan fobia mereka

terhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap

pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus

ditangani oleh guru matematik.


     Sekolah Bestari memungkinkan guru-guru matematik yang selama ini menjadi

sumber maklumat bertukar tugas sebagai filisitator. Guru sebagai pemandu arah kepada

pelajar, mereka sendiri yang mencari maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolah

bestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran

untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu

kontinum dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk

pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai

dengan iklim sekolah.
2.5.3      Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan menghasilkan

satu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bermutu. Salah

satu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan memasukkan

unsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui komputer dapat

menarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan pelajaran yang digeruni.

Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan bermultimedia. Pelajar

diberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan objektif yang perlu

dicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan komputer dapat merangsang

pelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan yang telah dipelajari tambahan

pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor seperti

warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajar

untuk terus menggunakan perisian.


        Selain itu, perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu satu menu

khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah terutama bahagian asas disamping

dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar dengan

mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu

yang dipelajari . Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga kalkulator

grafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teori-teori

dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan dapati

pelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik, kaedah

pengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh menghiburkan

pelajar.
Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani

      dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah 'chalk and talk'

      dan kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti

      komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan

      dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan

      mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam

      kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan arah tuju guru-guru

      matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah

      tamadun suatu bangsa.


             Namum demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang

      sesuai menghalang guru-guru daripada menggunakan komputer dalam pengajaran

      walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi

      pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan

      komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan

      cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dalam

      pengajaran. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah

      sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif

      terhadap teknologi dari peringkat awal lagi.


2.6   Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan

Makmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan.

Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.

Walaupun kerajaan telah melantik seramai 500 orang juruteknik komputer di setiap daerah,
tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Juruteknik yang dilantik hanyalah bertugas di

pejabat pendidikan daerah masing-masing dan tidak keluar untuk membantu dalam

penyenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah. Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil

banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Oleh kerana banyak

masa telah dihabiskan untuk tujuan penyelenggaraan komputer, seseorang guru teknologi

maklumat kekurangan masa pula untuk membuat persediaan bagi tujuan P&P. Kekurangan

komputer yang boleh digunakan juga menyebabkan proses P&P turut terganggu.


       Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana

makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan

buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban

tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy

Vellu mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 75 buah makmal komputer yang telah

diserahkan kepada pihak kontraktor mengalami kerosakan         terutama di bahagian bumbung

bangunan, dan beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak 574 daripada 600 buah makmal

komputer di zon timur tidak selamat dan merbahaya. (Utusan Malaysia 19 Julai, 2003).


       Kira-kira 30 peratus komputer di makmal sekolah seluruh negara adalah komputer

bermasalah disebabkan perkakasan yg digunakan sudah melebihi lima tahun, menyebabkannya

sering rosak sekaligus menggagalkan usaha2 membudayakan ilmu teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) di sekolah. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melalyu Malaysia Barat

(KG-MMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, sistem penyelenggaraan tidak cekap, termasuk perlu

menunggu antara 3 - 5 bulan sebelum kerosakan dibaiki. Jika komputer rosak, pihak sekolah

perlu melaporkan kepada PPD sebelum masalah itu dibawa untuk perhatian JPN. Bukan semua

aduan diberi perhatian segera kerana sikap sambil lewa sesetengah pihak menyebabkan
juruteknik komputer datang membaiki komputer rosak berbulan-bulan selepas aduan dibuat.

Sikap sesetengah pihak sering menyalahkan guru kerana gagal membudayakan ICT dalam tugas

tidak wajar. Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran terus menyalurkan peruntukan bagi

membaiki alat bantuan pengajaran dan pembelajaran kepada sekolah, bukannya menerusi JPN

seperti diamalkan sekarang. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri

Alimuddin Mohd Dom ketika dimaklumkan mengenai perkara itu berkata masalah ini akan dapat

diatasi dalam tempoh terdekat. Bahagian Teknologi Pendidikan menerusi Pusat Kegiatan Guru

Daerah sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu, terutamanya di pedalaman.


       Pelbagai kelemahan dapat dikesan ekoran penyelenggaraan komputer yang kurang

memuaskan di sekolah. Kebanyakan sekolah menghadapi masalah komputer yang tidak dapat

berfungsi dengan baik. Oleh disebabkan komputer yang bermasalah, banyak penyelenggaraan

perlu dilakukan dan ini menjadikan proses penyelenggaraan lambat dilakukan. Selain itu,

pelbagai karenah dari pihak dalam bagi mendapatkan bantuan pembaikan. Pihak dalam yang

dimaksudkan adalah dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Mereka akan merungut

apabila kemudahan komputer yang ada di sekolah sentiasa rosak dan ini memberikan tekanan

kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penyelenggaraan di sekolah.


       Langkah mengatasi permasalah ini ialah pembuatan perbuatan komputer tempatan

Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan

produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos

peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin. Langkah yang kedua ialah pemilihan yang

bijak. Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja dan

elakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapat

mengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat. Selain itu, bagi mengatasi masalah
kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak

kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk

membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan

kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.


3.0    LANGKAH MENGATASI

3.1    Juruteknik di setiap sekolah

Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai

kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer

perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan

proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan

perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkan

juruteknik di setiap sekolah.


        Antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusan

aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun juga

Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatan

ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan

masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti

kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pula

adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-

server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband,

Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untuk

menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktiviti

penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal,
membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakan

keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT

diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras

dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta

mampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari

semasa ke semasa.


       Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,

bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia.

Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk

membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan

dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita

supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin

supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat

merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT.


3.2    Tambahan makmal komputer

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi

program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),

guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam

pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar

mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya

yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka,

pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri

dengan penggunaan ICT.
Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan

meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang

terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran

pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program

pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu

memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar

tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah

makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakan

komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha

kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan

komitmen yang tinggi.


3.3    Penyediaan kemudahan

Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah

mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan

kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk

memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada paraguru.

Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan

komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000).


       Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang

mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan

memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di

beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan

Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang
berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada

di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luar

bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri

daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas

Literasi Komputer.


       Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan

inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000).

Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan

tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta

untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu

perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan

teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan

pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semada

melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom

berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang

menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta

yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan

membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di

sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos

tanggungan pengguna.


       Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator

yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui

perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk
menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada

mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan

pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami

pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak.


       Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat

kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus,

kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara

individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru

membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat

dan komunikasi.


4.0    KESIMPULAN

Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar

matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan

tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar.


       Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar

dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi

komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat

memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan

seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar

sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat

ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan

untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru

menggunakan teknologi.


       Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi

seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan

pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini.

Penggunaan teknologi dalam P&P akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan

kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif,

bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif.

       Justeru, guru dan pentadbir sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan-

halangan yang mungkin dihadapi dalam penggunaan teknologi ini. Mereka haruslah bersedia

untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada penggunaan teknologi ini seperti

halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan.


       Oleh itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang baru

seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan

sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu

mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih

berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak

menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih
daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja

dan teknologi tidak digunakan untuk stresming.


       Jelasnya, teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa

berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT

ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan

utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru

haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang

kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara

optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau

sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Fauzi bin Mohamed (2011). Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kedah: Universiti
     Utara Malaysia
Albaugh, P. (1997). The Role of Skepticism in Preparing Teachers For The Use of Technology.
      ERIC Document ED: pp, 339-406.
Engkizar Bin Martias (2010). Pengintergrasian Ict Dalam Proses P&P. Diperoleh pada Mei 16,
      2012 daripada http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict
      dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/

Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College
       Press.

Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam Kalangan
      Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Media
      and Communication (MENTION 2007), 20-22 Ogos 2007. Selangor: Universiti
      Kebangsaan Malaysia.

Norhana Aini (2010). Tahap Penggunaan Media Komputer (Perisian Kursus Dan Internet)
      Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Dan
      Matematik Daerah Temerloh. Selangor: UPM.
Sham bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di
     Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Selangor: Universiti
     Putra Malaysia.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Samsul Hamdan
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajarandaniadarweesy
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Noor Syazwanni
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Rahmah Soid
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalbtsumathy
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematikikhwankmk92
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikanazharisuboh
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifAeizlin Omar
 

La actualidad más candente (20)

Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&pAmalan penggunaan tmk dalam p&p
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan PembelajaranPenggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
EDU 3105 Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
Cabaran ict tugasan 1 ssi3013
 
Isu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnalIsu isu dalam jurnal
Isu isu dalam jurnal
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikanUnit 1   pengenalan teknologi dalam pendidikan
Unit 1 pengenalan teknologi dalam pendidikan
 
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktifPengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
Pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif
 

Similar a Penulisan ilmiah

Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploadedizwan_ismail
 
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...Deni Riansyah
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...Setiawan Wibowo
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Rosdi Ramli
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan webcekgu Azam
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Ety Sue
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Ety Sue
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Ety Sue
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivfatimah Baharin
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02fidera94
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTMeutia Anis
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranJerry Makawimbang
 

Similar a Penulisan ilmiah (20)

Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
Peranan tutor-sebaya-untuk-meningkatkan-kemampuan-siswa-dalam-belajar-tik-di-...
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
Kreativiti & inovatif ( Tajuk : Laporan Modul penghasilan BBM multimedia micr...
 
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan webUlasan jurnal kpt6044   pembelajaran berasaskan elektronik dan web
Ulasan jurnal kpt6044 pembelajaran berasaskan elektronik dan web
 
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
Tugasan 3 kpt 6044( kajian tinjauan)
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044Tugasan 3 KPT 6044
Tugasan 3 KPT 6044
 
Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044Tugasan 3 kpt 6044
Tugasan 3 kpt 6044
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Print out 02
Print out 02Print out 02
Print out 02
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICTPerlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
Perlukah Guru SD Memiliki Kemampuan ICT
 
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaranPemanfaatan tik dalam pembelajaran
Pemanfaatan tik dalam pembelajaran
 
tugasan1
tugasan1tugasan1
tugasan1
 

Penulisan ilmiah

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023) ”PENULISAN ILMIAH” TAJUK : ISSUES ON USAGE OF TECHNOLOGY IN TEACHING AND LEARNING NAMA NO. MATRIK NORIAH BINTI MOHAMED D20091035059 NURUL SHAFIQAH BINTI HASHIM D20091035062 NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH
  • 2. ISI KANDUNGAN M/S 1.0 Pengenalan 1 2.0 Isu Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2.1 Minat dan sikap guru 2 2.2 Pengintergrasian ICT dalam P&P 5 2.3 Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT 9 2.4 Permasalahan pembekalan computer 10 2.5 Perisian kursus 2.5.1 Penggunaan perisian kursus 15 2.5.2 Perisisan kursus dalam P&P Matematik 18 2.5.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 21 2.6 Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan 22 3.0 Langkah mengatasi 3.1 Juruteknik di setiap sekolah 25 3.2 Tambahan makmal komputer 26 3.3 Penyediaan kemudahan 27 4.0 Kesimpulan 29 Bibiliografi
  • 3. 1.0 PENGENALAN Tanggungjawab sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan sempurna. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa, kelas sosial, kelompok etnik dan budaya. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, Pelaksanaan Program PPSMI, dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Isu yang ingin dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini ialah lebih kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran P&P. Penggunaan teknologi dalam P&P adalah serentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
  • 4. sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam sistem pengurusan pendidikan khususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapat menyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan kata lain cabaran era teknologi. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses (P&P) adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar, perisian komputer untuk P&P yang sukar didapati di sekolah, latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan, penyelenggaraan komputer yang kurang kurang memuaskan di sekolah dan kurang bilangan guru terlatih dalam penggunaan ICT di sekolah. 2.0 ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM P&P 2.1 Minat dan Sikap Guru Minat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satu asas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam pengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadah teknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internet adalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam konteks hubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi.
  • 5. Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabila tinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi dan informasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi dan juga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasi dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidak pelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologi komunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point, LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsi negatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalam pengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam, 1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICT kerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untuk memahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar. Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarik dengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Namun, guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal ini disebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektif pengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif. Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.
  • 6. Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalam sesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dan sebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topik sesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlu menggunakan kapur dan papan putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaian masalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang diajar. Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahu mengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untuk mengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini seperti menggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi baru telah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka barulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobia bagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atau takut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingi perkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaan komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untuk mendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti
  • 7. sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasi pendidikan, pembelajaran dan pencapaian. 2.2 Pengintergrasian ICT dalam P&P Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran Matematik. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal. Pengintergrasian ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkan bersama kaedah pengajaran. Menurut Lechner dan Boli (2000), perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru. Namun begitu pengintergrasian ICT dalam P&P tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya semua pihak tidak memberikan kerjasama dan tidak memainkan peranan masing-masing dalam
  • 8. mengintergrasikan ICT dalam P&P. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P. Antara punca-punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P ialah guru tidak pandai dalam menggunakan teknologi terkini merupakan salah satu punca kurang pengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir guru di sekolah yang langsung tidak tahu untuk menggunakan teknologi terkini seperti ICT dalam pengajaran mereka. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidak ingin mencuba sesuatu yang baru seperti menurut Albaugh (1997), guru-guru biasanya ragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama ini mereka telah lakukan. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi apabila segelintir guru di sekolah lebih suka menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dalam proses pengajaran mereka berbanding menggunakan teknologi terkini. Ini terjadi apabila mereka sering beranggapan pencapaian pelajar masih juga meningkat walaunpun mereka hanya menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional. Kekangan masa dengan tugas yang banyak juga merupakan antara punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P. Seperti yang kita sedia maklum pada era kini tugas sebagai seorang guru merupakan tugas yang sangat mencabar. Hal ini kerana pada era ini tugas guru bukanlah hanya mengajar semata-mata. Justeru, ada segelintir guru yang menjadikan alasan kekangan masa sebagai punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini adalah kerana mereka sering beranggapan untuk merancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan ICT mereka memerlukan masa yang agak lama dan terdapat juga segelintir guru yang menganggap merancang pengajaran dengan menggunakan teknologi seperti ICT adalah perkara yang membazirkan masa mereka. Memang
  • 9. tidak dinafikan untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang berasaskan teknologi seseorang guru perlulah memperuntukkan sedikit masa untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang menarik dan berkualiti. Namun begitu kekangan masa bukanlah seharusnya menjadi punca kepada permasalahan ini seperti kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Bilangan komputer yang tidak dapat menampung bilangan pelajar di sekolah dan tiada makmal khusus untuk subjek Matematik merupakan punca yang seterusnya. Seperti yang kita sedia maklum di setiap sekolah jumlah komputer yang diperuntukkan oleh kerajaan hanyalah sedikit. Hal ini adalah kerana terdapatnya kekangan-kekangan yang memang tidak dapat dielakkan seperti kekangan kewangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan tidak semua pelajar bepeluang untuk menggunakan komputer yang terdapat di sekolah. Ketiadaan makmal khusus untuk subjek Matematik juga telah menyebabkan guru tidak dapat mengintergrasikan ICT dalam P&P. Hal ini adalah kerana guru mempunyai kekangan dalam menempah makmal komputer untuk digunakan semasa proses P&P. Kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P telah menyebabkan kurangnya motivasi dan minat pelajar untuk belajar serta menyebabkan pelajar kurang kefahaman dalam mata pelajaran Matematik. Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapat beberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkrit berbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai „field dependent‟ berbanding dengan murid „field independent‟. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yang suka secara abstrak atau tergolong dalam „field independent’ adalah mudah tetapi bagi murid yang belajar secara konkrit atau tergolong dalam „field dependent’ mereka akan mudah faham seperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan
  • 10. ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakan kesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku. Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak: 1. 20% daripada apa yang mereka baca. 2. 30% daripada apa yang mereka dengar. 3. 40% daripada apa yang mereka lihat. 4. 50% daripada apa yang mereka sebut. 5. 60% daripada apa yang mereka buat. 6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).
  • 11. Sebagai rumusannya, kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagi keperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlm menyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yang tepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara mata pelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masa berlansungnya Pembelajaran. 2.3 Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Menurut Abdul Rahim Abd Rashid (2001), Dasar pendidikan Malaysia, sememangnya mementingkan inovasi, ia merangkumi inovasi dalam pembangunan pelbagai potensi manusia seperti pengetahuan, budaya saintifik, penguasaan teknologi baru, penggunaan ICT, pengurusan, pemikiran yang strategik dan sebagainya. Manakala Esah Sulaiman (2003), menyatakan bahawa dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Namun begitu pendidikan di negara kita tidak akan setanding dengan pendidikan di negara- negara yang maju yang lain sekiranya kita masih lagi mempunyai guru yang tidak mahir dalam bidang ICT di sekolah. Hal ini telah telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh Norida Suhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya 10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.
  • 12. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia. Hal ini terjadi kerana disebabkan oleh sikap negatif yang wujud dalam kalangan guru. Contohnya terdapat segelintir guru yang memang tidak mahir menggunakan ICT di sekolah dan mereka tidak mempunyai inisiatif tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi mereka mahir dalam ICT adalah perkara yang merugikan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa tertentu untuk merancang dan menghasilkan aktiviti P&P dengan menggunakan ICT. Kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta tiada kakitangan terlatih untuk membantu guru dalam penggunaan ICT merupakan punca lain yang menyebabkan guru tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT di sekolah. Contohnya, terdapat sesetengah sekolah yang mempunyai makmal komputer tetapi komputer yang terdapat di dalamnya tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan oleh masalah teknikal. Kesan daripada permasalahan ini telah menyebabkan proses P&P yang berlangsung membosankan dan akan membawa kepada penurunan prestasi pencapaian pelajar. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar meningkat serta profesional guru akan dipandang rendah oleh masyarakat. Keadaan ini terjadi sekiranya guru tersebut tidak mengubah diri mereka ke arah yang lebih positif dalam merancang dan menghasilkan aktiviti pengajaran yang menarik dan boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar mengenai sesuatu topik yang diajar dalam mata pelajaran Matematik. 2.4 Permasalahan pembekalan komputer Walaupun dikatakan ketinggalan berbanding sektor lain, program pengkomputeran di sekolah semakin meningkat dan diberi perhatian. Menurut Schofield (1995), bilangan komputer di
  • 13. kebanyakan sekolah semakin meningkat. Hari demi hari penggunaan komputer bukan sahaja semakin meluas tetapi juga semakin diperlukan di lebih banyak sekolah. Program pengkomputeran mula diperkenalkan ke sekolah-sekolah di Malaysia secara rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut, program pengkomputeran di sekolah-sekolah mula dilaksanakan dan berkembang secara beransur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab komputer yang kebanyakannya ditubuh atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri (Othman Khalid, 1992) telah berkembang kepada apa yang ada sekarang. Namun begitu, menurut KPM (2001), penggunaan komputer telah mula diperkenalkan lebih awal iaitu semenjak pertengahan tahun 1960-an lagi. Ketika mula diperkenalkan, penggunaannya didapati terhad di kementerian dan untuk tujuan pengurusan sahaja. Bermula dengan pengurusan dan pengendalian peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, kemudian penggunaannya telah diperluas kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan diikuti dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Pada masa yang sama komputer juga digunakan untuk mengumpul, memproses, dan menganalisis data sekolah rendah dan menengah bagi tujuan perancangan pendidikan. Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh. Selaras dengan perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru mula melaksanakan program latihan praperkhidmatan dalam ICT
  • 14. kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia pada awal tahun 1990-an. Pelaksanaan program tersebut kemudiannya disusuli dengan Kursus Pengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Selain kursus-kursus praperkhidmatan, tidak ketinggalan dianjurkan kursus-kursus dalam perkhidmatan jangka pendek dan kursus khas. Selain Bahagian Pendidikan Guru, program-program latihan kepada guru sekolah rendah dan menengah turut dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Institut Aminuddin Baki (IAB) juga tidak ketinggalan menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga pendidikan dalam ICT. Kumpulan sasaran IAB ialah para pentadbir dan kakitangan sokongan di peringkat sekolah. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan pula Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Projek tersebut dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah luar bandar di Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer sementara perisian kursus pendidikan disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap buah sekolah menengah tersebut dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuah komputer pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (Local Area Network) tanpa kemudahan internet. Walau bagaimanapun komputer yang dibekalkan di sekolah rendah tidak dirangkaikan. Bagi tempoh tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah lagi (110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah) di seluruh negara telah menerima komputer iaitu sebanyak 10 set komputer bagi setiap sekolah.
  • 15. Komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah pada peringkat awal pelaksanaan program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) ialah di bawah peruntukan projek-projek khas. Sementara komputer yang dibekalkan antara tahun 1999 hingga 2000 ialah komputer multimedia jenis Pentium III yang sama ada disewa daripada MIMOS atau melalui tender terbuka untuk Sabah dan Sarawak. Untuk menempatkan komputer yang dibekalkan, bilik darjah diubah suai menjadi makmal komputer. Menjelang tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah. Projek tersebut dilaksanakan secara berperingkat dengan mendahulukan sekolah-sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyai bekalan eletrik. Makmal komputer yang dibina dilengkapi dengan komputer terkini berserta kemudahan persekitaran rangkaian setempat dan internet. Selain komputer, projek tersebut turut membekalkan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Jumlah peruntukan makmal, komputer, komputer pelayan, dan projektor LCD kepada sekolah-sekolah diberikan berdasarkan enrolmen pelajar. Kerajaan Malaysia amat serius untuk menerapkan penggunaan komputer dalam sistem pendidikan. Jutaan ringgit telah dilabur untuk membina makmal serta rangkaian komputer. Tujuan pelaburan tersebut ialah untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Di sidang parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudah terdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal ubah suai) sudah diluluskan pembinaannya.
  • 16. Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyak menghadapi masalah atau cabarannya. Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satu perintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak. Strategi pelaksanaannya juga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT di sekolah. Antara cabaran-cabaran dan strategi pelaksanaannya adalah seperti berikut:- Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalan kemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P. Kebanyakan sekolah rendah hanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa. Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrik perlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan bekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya. Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmal komputer mata pelajaran elektif. Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluan untuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hingga lima waktu mengajar seminggu. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambah bilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektif ICT dapat ditawarkan. Pembekalan komputer atau notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&P masih tidak mencukupi. Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperoleh kemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu. Untuk meningkatkan mutu P&P, KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1 : 10 bagi tahun 2002 hingga 2003. Nisbah ini akan meningkat kepada 1 : 5 pada tahun 2004 hingga 2005, manakala pada tahun 2006 hingga 2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1 : 1.
  • 17. Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepada Jabatan atau Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPM disebabkan kekangan peruntukan kewangan. Di samping itu, kebanyakan komputer yang dibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internet sedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas, keperluan komunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan. Sebagai contoh, pada masa kini, pembekalan komputer dengan nisbah 1 : 1 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan perkakasan komputer yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan. 2.5 Perisian kursus 2.5.1 Penggunaan perisian kursus Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat penting. Ini kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah mengenalpasti mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip kualiti pendidikan matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik yang berkesan. Ia sekali gus akan membolehkan matapelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Terdapat pelbagai alatan media pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kalkulator, perisisan komputer dan alatan yang berteknologi yang lain juga dapat membantu dalam proses pengumpulan, merekod,
  • 18. menyusun dan menganalisis data. Teknologi juga boleh mengukuhkan dan menguatkan kuasa pengiraan dan lebih meyakinkan serta tepat dan menghasilkan lukisan, graf dan pengiraan yang dinamik. Dengan adanya peralatan sebegini, pelajar boleh melanjutkan dan meluaskan kualiti dalam mencari punca kepada sesuatu masalah matematik dengan lebih nyata. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengah daerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masa pengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapat mencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikan bahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaan aplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan Geometer's Sketchpad (GSP). Geometer's Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topik geometri. Melaluinya, pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebih berkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang baru ditemuinya. Mereka akanmemperolehi suasana pembelajaran yang baru danmaklumat serta informasi yang terkini. Di samping itu, juga dapat menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif sertalebih berfikiran kritikal. Dalam konteks program Matematik yang lebih jelas, teknologi meningkat dan berkembang dalam kedua-dua skop iaitu kandungan Matematik dan juga susunan situasi masalah yang berkait dengan pencapaian pelajar. Alatan pengiraan yang canggih dan berkuasa, pembinaan atau pembuatan dan pembentangan secara visual dapat memberi
  • 19. peluang kepada pelajar untuk mencapai kandungan Matematik dan konsep Matematik yang mungkin menjadi lebih kompleks kepada pelajar untuk diselidik. Dengan menggunakan alatan teknologi, boleh membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah dengan lebih menarik dan memudahkan pencapaian pelajar melalui pelbagai hasil pembelajaran di peringkat tinggi seperti refleksi, pertimbangan, kedudukan masalah, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha untuk meningkatkan kebekesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri. Dengan demikian, biasanya pelajar akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau pengalamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan matematik hari ini. Penyertaan aktif oleh para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu mereka belajar secara berkesan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi lebih bermakna melalui penggunaan komputer atau peralatan berteknologi yang lain. Peralatan canggih ini bukan sahaja memudahkan penyampaian konsep Matematik tetapi dapat membuktikan dengan jelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar. Teknologi amat diperlukan dalam proses mengimbangi program Matematik. Guru perlu bersedia untuk dijadikan sebagai pembuat keputusan yang berilmu pengetahuan dalam menentukan bila dan bagaimana pelajar mereka boleh menggunakan peralatan teknologi tersebut dengan lebih berkesan.
  • 20. Program persediaan pembangunan profesion khas untuk bakal guru dan juga guru dalam perkhidmatan perlu untuk mempengaruhi perangai dan watak secara perlahan- lahan untuk mengkaji dengan sentiasa mengembangkan peralatan teknologi dan meluaskan kesan teknologi kepada pendidikan matematik. Untuk membolehkan pembelajaran berlaku dengan berkesan, guru haruslah menyediakan atau memilih teknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu, teknologi juga haruslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran. Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapati mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. 2.5.2 Perisian kursus dalam P&P Matematik Benarkah pelajar-pelajar kita tidak berminat belajar Matematik? Adakah guru-guru matematik pula tidak pandai menarik minat pelajar-pelajarnya mempelajari Matematik? Atau salahkah dasar pendidikan Malaysia mengubal sukatan pendidikan Matematik di negara ini? Persoalan demi persoalan diajukan. Akhirnya terdengarkan seperti nyanyian "Bangau,Oh Bangau"; yang terlibat menuding jari menuduh kesalahan kepada yang lain. Sebagai guru matematik, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah bagaimana
  • 21. menggunakan pelbagai kaedah agar pelajar-pelajarnya cepat memahami apa yang diajar, juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam apa juga situasi permasalahan matematik. Apa yang diharapkan juga ialah supaya pelajar terus mengingati apa yang dipelajari itu seberapa kekal yang boleh. Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun, keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibeli oleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaan untuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaan komputer. Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yang menggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin kerana peralatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telah dilengkapkan di dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatan yang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik media untuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyai pembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembali peralatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa
  • 22. menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti ”laptop, lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selain memenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Pelajar tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap Matematik. Guru juga yang harus memain peranan agar pelajar melempar jauh perasaan negatif dan fobia mereka terhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus ditangani oleh guru matematik. Sekolah Bestari memungkinkan guru-guru matematik yang selama ini menjadi sumber maklumat bertukar tugas sebagai filisitator. Guru sebagai pemandu arah kepada pelajar, mereka sendiri yang mencari maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolah bestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satu kontinum dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuai dengan iklim sekolah.
  • 23. 2.5.3 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan menghasilkan satu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bermutu. Salah satu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan memasukkan unsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui komputer dapat menarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan pelajaran yang digeruni. Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan bermultimedia. Pelajar diberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan komputer dapat merangsang pelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan yang telah dipelajari tambahan pula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor seperti warna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajar untuk terus menggunakan perisian. Selain itu, perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu satu menu khusus untuk membantu pelajar yang bermasalah terutama bahagian asas disamping dapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari . Perisian seperti Geometer's Sketchpad, Autograph dan juga kalkulator grafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teori-teori dalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan dapati pelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik, kaedah pengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh menghiburkan pelajar.
  • 24. Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah 'chalk and talk' dan kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa. Namum demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang sesuai menghalang guru-guru daripada menggunakan komputer dalam pengajaran walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi. 2.6 Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan Makmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan. Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan. Walaupun kerajaan telah melantik seramai 500 orang juruteknik komputer di setiap daerah,
  • 25. tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Juruteknik yang dilantik hanyalah bertugas di pejabat pendidikan daerah masing-masing dan tidak keluar untuk membantu dalam penyenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah. Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambil banyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Oleh kerana banyak masa telah dihabiskan untuk tujuan penyelenggaraan komputer, seseorang guru teknologi maklumat kekurangan masa pula untuk membuat persediaan bagi tujuan P&P. Kekurangan komputer yang boleh digunakan juga menyebabkan proses P&P turut terganggu. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimana makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraan buat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna beban tugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.Samy Vellu mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 75 buah makmal komputer yang telah diserahkan kepada pihak kontraktor mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbung bangunan, dan beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak 574 daripada 600 buah makmal komputer di zon timur tidak selamat dan merbahaya. (Utusan Malaysia 19 Julai, 2003). Kira-kira 30 peratus komputer di makmal sekolah seluruh negara adalah komputer bermasalah disebabkan perkakasan yg digunakan sudah melebihi lima tahun, menyebabkannya sering rosak sekaligus menggagalkan usaha2 membudayakan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melalyu Malaysia Barat (KG-MMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, sistem penyelenggaraan tidak cekap, termasuk perlu menunggu antara 3 - 5 bulan sebelum kerosakan dibaiki. Jika komputer rosak, pihak sekolah perlu melaporkan kepada PPD sebelum masalah itu dibawa untuk perhatian JPN. Bukan semua aduan diberi perhatian segera kerana sikap sambil lewa sesetengah pihak menyebabkan
  • 26. juruteknik komputer datang membaiki komputer rosak berbulan-bulan selepas aduan dibuat. Sikap sesetengah pihak sering menyalahkan guru kerana gagal membudayakan ICT dalam tugas tidak wajar. Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran terus menyalurkan peruntukan bagi membaiki alat bantuan pengajaran dan pembelajaran kepada sekolah, bukannya menerusi JPN seperti diamalkan sekarang. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika dimaklumkan mengenai perkara itu berkata masalah ini akan dapat diatasi dalam tempoh terdekat. Bahagian Teknologi Pendidikan menerusi Pusat Kegiatan Guru Daerah sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu, terutamanya di pedalaman. Pelbagai kelemahan dapat dikesan ekoran penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah. Kebanyakan sekolah menghadapi masalah komputer yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Oleh disebabkan komputer yang bermasalah, banyak penyelenggaraan perlu dilakukan dan ini menjadikan proses penyelenggaraan lambat dilakukan. Selain itu, pelbagai karenah dari pihak dalam bagi mendapatkan bantuan pembaikan. Pihak dalam yang dimaksudkan adalah dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Mereka akan merungut apabila kemudahan komputer yang ada di sekolah sentiasa rosak dan ini memberikan tekanan kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penyelenggaraan di sekolah. Langkah mengatasi permasalah ini ialah pembuatan perbuatan komputer tempatan Pengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilan produk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kos peralatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin. Langkah yang kedua ialah pemilihan yang bijak. Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja dan elakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapat mengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat. Selain itu, bagi mengatasi masalah
  • 27. kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihak kerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk membolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dan kelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar. 3.0 LANGKAH MENGATASI 3.1 Juruteknik di setiap sekolah Kadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyai kemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputer perlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar dan proses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkan perbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkan juruteknik di setiap sekolah. Antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusan aset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun juga Guru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pula adalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server- server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untuk menyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal,
  • 28. membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICT diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta mampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa. Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun, bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia. Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untuk membangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaan dapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kita supaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkin supaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapat merealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT. 3.2 Tambahan makmal komputer Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.
  • 29. Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi. 3.3 Penyediaan kemudahan Untuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telah mecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengan kemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untuk memudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada paraguru. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengan komputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yang mengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet di beberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota Samarahandan Bario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang
  • 30. berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang berada di dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luar bandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakan inisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000). Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuan tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swasta untuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swasta yang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer dan membekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet di sekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kos tanggungan pengguna. Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator yang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melalui perayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk
  • 31. menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada mana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalami pengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumat kepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus, kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secara individu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Guru membantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi. 4.0 KESIMPULAN Menurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajar matematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkan tentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologi komputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
  • 32. Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan peranan seseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadar sebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakat ini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakan untuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan guru menggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologi seperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatan pengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini. Penggunaan teknologi dalam P&P akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif, bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif. Justeru, guru dan pentadbir sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan- halangan yang mungkin dihadapi dalam penggunaan teknologi ini. Mereka haruslah bersedia untuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada penggunaan teknologi ini seperti halangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang baru seperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkan sebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlu mengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebih berkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidak menggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih
  • 33. daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahaja dan teknologi tidak digunakan untuk stresming. Jelasnya, teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT ini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatan utama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guru haruslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secara optimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atau sebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 34. BIBLIOGRAFI Ahmad Fauzi bin Mohamed (2011). Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kedah: Universiti Utara Malaysia Albaugh, P. (1997). The Role of Skepticism in Preparing Teachers For The Use of Technology. ERIC Document ED: pp, 339-406. Engkizar Bin Martias (2010). Pengintergrasian Ict Dalam Proses P&P. Diperoleh pada Mei 16, 2012 daripada http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/ Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press. Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Media and Communication (MENTION 2007), 20-22 Ogos 2007. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. Norhana Aini (2010). Tahap Penggunaan Media Komputer (Perisian Kursus Dan Internet) Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Dan Matematik Daerah Temerloh. Selangor: UPM. Sham bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Selangor: Universiti Putra Malaysia.