AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
Tajuk 1 psikologi pendidikan(1)
1. 1
TAJUK 1 PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
KONSEP ASAS PSIKOLOGI :
1. Sains - memahami
manusia dengan
mengkaji melalui
pemerhatian
(merupakan satu
kaedah saintifik)
2. Tingkah laku – semua
tingkah laku manusia
yang ketara (dapat
dilihat)
3. Proses Mental –
aktiviti yang berlaku
dalam pemikiran kita,
termasuk:
4. -Pemikiran – ingatan,
persepsi, taakulan,
penilaian,
pembentukan imej.
5. -Emosi – sedih,
gembira, risau.
6. -Perasaan – benci dan
suka.
7. -Motif – niat atau
hasrat
DEFINISI
Dari dua perkataan
Latin psyche (jiwa)
dan logos (kajian
tentang sesuatu)
psikologi boleh
diertikan sebagai satu
kajian mengenai
sesuatu yang
memberi kesan
kepada jiwa
seseorang
Davidoff (1976) :
kajian saintifik
tentang tingkah laku
atau haiwan secara
nyata (overt - hisap
jari, berjalan,
bercakap dll.) atau
selindung (covert -
keperluan, emosi,
naluri, motivasi ,
kecerdasan dll.)
Murphy (1977) : ilmu
mengkaji tindak balas
manusia terhadap
rangsangan dan
persekitaran
Crow dan Crow:
kajian tentang tingkah
laku dan
perhubungan
manusia yang
dipengaruhi batin dan
persekitaran
“Kajian tentang
proses mental dan
pemikiran,
terutamanya
berhubung dengan
perlakuan manusia
dan haiwan, pola
pemikiran dan
perlakuan seseorang
atau sesuatu
kumpulan tertentu
dan kebijaksanaan
memahami sifat
manusia”
Kamus dewan :
“Kajian tentang
proses mental dan
pemikiran,terutaman
ya berhubung dengan
perlakuan manusia
dan haiwan; pola
pemikiran dan
perlakuan seseorang
atau sesuatu
kumpulan
tertentu;dan
kebijaksanaan
memahami sifat
manusia.”
Maka, psikologi
secara ringkasnya
boleh diberi definisi
sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik
ke atas mental dan
tingkah laku manusia
dan haiwan
KEPENTINGAN PSIKOLOGI
mengajar kita mengkaji
tingkah laku dengan
memikir pelbagai faktor
yang mungkin terlibat
dalam berkelakuan.
Bahkan psikologi sebagai
kajian sains melibatkan
aplikasi prosedur dan
pendekatan saintifik
dalam memahami tingkah
laku manusia
KONSEP PENDIDIKAN
pendidikan merupakan
proses perkembangan
potensi dan kemahiran
individu dalam bidang-
bidang tertentu
Aktiviti yang berkait
dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu,
kemahiran, kerohanian
dan jasmani manusia
Plato: suatu proses untuk
membentuk individu yang
berakhlak mulia
2. 2
Socrates: latihan moral
kewarganegaraan yang
baik
John Dewey: proses
perkembangan individu
supaya hidup lebih
berguna dan selamat
Mohammad syed Qutb:
proses membentuk
manusia secara
menyeluruh dan
seimbang,
mengembangkan potensi
ke tahap kesempurnaan
(JERIS)
Al-Ghazali: proses
pendidikan merangkumi
aspek intelek, latihan
jasmani serta pembinaan
akhlak yang mulia, berani
dan hormat-menghormati
Hamka: proses yang boleh
membentuk tingkah laku
yang baik, sikap berani
serta budi pekerti mulia.
KEPENTINGAN
PENDIDIKAN
Pendidikan dapat
meningkatkan kualiti
kehidupan manusia dari
segi personality dan
minda manusia
Pendidikan dapat
mencukil potensi dalaman
manusia dari minda yang
terbuka.
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
gabungan psikologi dan
pendidikan
berasaskan kajian saintifik
tentang tingkah laku
manusia yang berkait
dengan pendidikan
teknik dan prinsip untuk
meningkatkan
keberkesanan p&p.
Banks dan Thompson
(1995) : psikologi
merupakan ilmu untuk
mengkaji tingkah laku
manusia, sedangkan
pendidikan merupakan
bidang tugas yang
mengkaji dan
memperkembangkan
kaedah dalam bidang
pengajaran dan
pembelajaran.
Kajian tentang psikologi
pendidikan termasuk :
o perkembangan
manusia,
o perkembangan
peringkat kanak-
kanak
o remaja,
o teori-teori
pembelajaran,
o motivasi,
o personality
o petaksiran bilik
darjah.
IMPLIKASI PSIKOLOGI
PENDIDIKAN KEPADA
GURU
Tujuan utama psikologi
pendidikan ialah untuk
memahami tingkah laku
murid dalam proses
pengajaran dan
pembelajaran
mengubah tingkah laku
murid yang tidak diingini.
Pengetahuan psikologi
pendidikan
melengkapkan guru
dalam empat bidang
iaitu menerang,
menghurai, mengawal dan
meramal tingkah laku
murid-muridnya (Rahil
Mahyuddin & Habibah
Elias, 2007).
ASPEK-ASPEK LAIN YANG
PENTING DALAM
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
ADALAH UNTUK:
Menyedari guru-guru
tentang aspek perbezaan
individu berdasarkan
domain kognitif, afektif
dan psikomotor
memahami perbezaan
individu (JERIS)
memahami keperluan
biologi dan psikologi
murid /manusia
memahami pelbagai jenis
gangguan tingkah laku
memahami faktor-faktor
yg mempengaruhi
personaliti individu
memahami pembentukan
konsep kendiri dan faktor
yang mempengaruhinya
memahami tingkah laku
murid (manusia)
merancang aktiviti utk.
membentuk tingkah laku
mengawal tingkah laku yg
tidak diingini
meramal gerak balas/
tingkah laku
menilai tingkah laku