SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 19
LONTAR PELURU
PENGENALAN
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara
yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai
oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki
dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam
lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil
bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan,
tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan.
Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan
tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang
acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap,
berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan
penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal
pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan
bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.
PERALATAN
Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan
dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di
kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara
ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan
sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.
PELURU
Berat Peluru
1. DEWASA 7. 265 kg
2. WANITA 4. 005 kg
3. REMAJA 4. 000 kg
110 - 130 mm
Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk
mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan
kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan
yang diperlukan untuk lontar peluru.
Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan
bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat
dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah
rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang
boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan.
FASA – FASA LATIHAN
Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu :
1. Fasa Persediaan
2. Fasa Gelungsuran
3. Fasa Lontaran
4. Fasa Pemulihan
Fasa Persediaan ( Preparation )
Peserta bersedia dalam bulatan lontaran
Peluru dipegang dengan cara yang betul
Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa
KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN
1. Latihan Bebanan
Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya
tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan
dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan
isokinetik.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan
pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan
kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan
yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif
dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan :
I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)
II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali).
III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi
pantas).
IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu
6 hingga 8 kali).
Objektif
I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan,
pinggang dan kaki.
II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki.
III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik.
IV. Membina kelajuan.
V. Meningkatkan fleksibiliti.
VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.
Sistem Tenaga
I. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan.
II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder.
Kekerapan
I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari.
###########################################################################
SEJARAH ACARA LONTAR PELURU
1.Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.
2. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagaigolongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
3. Ia diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan 1904.
Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki,
dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda yang
terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
PRINSIP ASAS LONTAR PELURU
Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara
umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegang peluru dengan:
(a) Tiga jari; dan
(b) Lima jari.
Teknik memegang peluru dengan tiga jari
Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkal
ketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan juga
ibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru
Teknik memegang peluru dengan lima jari.
Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendaki menggunakan kelima-lima
jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan jari kelingking berperanan mengimbangi
kedudukan peluru semasa dipegang. Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah
rendah
Topik 3 - Lontar Peluru
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
Untuk mendapat jarak yang maksima
(a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan
peluru.
(b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
(c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan
lebih lama.
(d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
(e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil.
(f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar.
FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar
peluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa :
(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)
(b) Lakuan Sedia (Preparation)
(c) Lungsuran (Glide)
(d) Lontaran (Delivery)
(e) Pemulihan (Recovery)
Fasa penuh lontaran peluru
(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)
(b) Lakuan Sedia (Preparation)
(c) Lungsuran (Glide)
(d) Lontaran (Delivery Phase)
fasa lontaran bahagian kedua
fasa lontaran bahagian ketiga
(e) Pemulihan (Recovery)
GAYA LONTAR PELURU
Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:
(a) Gaya Lontar Berdiri
(b) Gaya Lungsur Selangkah
(c) Gaya Parry O’Brien
Gaya Lontar Berdiri
Gaya Lungsur Selangkah
Gaya Parry O'Brien
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSUR SELANGKAH
(a) Latihan Ansur Maju 1
(i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdiri secara statik.
(b) Latihan Ansur Maju 2
(i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Kedudukan kaki diregangkan.
(iii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
(iv) Berat badan tertumpu pada kaki belakang (kiri dan kanan).
(v) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
(c) Latihan Ansur Maju 3
(i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan.
(ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanan
diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya.
(iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2.
(iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian
belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya.
(v) Kilas badan dan buatlah lontaran.
(d) Latihan Ansur Maju 4
(i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.
(ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.
(iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskan pinggang.
(iv) Lakukan secara ulangan.
KESALAHAN YANGBIASA BERLAKUDALAM LONTAR PELURU
Fasa Persediaan Tidak Betul
Kedudukan Siku Tangan Melontar Yang Tidak Betul
Kesilapan Kaki Kiri Yang Membantu Lungsuran Kaki Kanan
Kegagalan Membuka Pinggang Mengarah Arah Lontaran
Kegagalan Melakukan Pusingan Badan Yang Betul
Kegagalan Membuat Fasa Pemulihan Yang Baik
Lontaran Yang Tidak Mengikut Sudut 45 darjah
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
(a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan.
(b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya.
(c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukan serentak sekiranya aktiviti
dibuat dalam kumpulan.
(d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul.
(e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru.
(f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka.
(g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter di
antara satu sama lain.
(h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaran belum lagi dibuat atau
sebelum peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
(i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan.
(j) Blok kayu tidak tajam.
(k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain.
(l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.
SEJARAH ACARA LONTAR PELURU
1.Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.
2. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagaigolongan pertama yang mencipta acara lontar
peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu.
3. Ia diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan 1904.
Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki,
dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda yang
terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang.
PRINSIP ASAS LONTAR PELURU
Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara
umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegang peluru dengan:
(a) Tiga jari; dan
(b) Lima jari.
Teknik memegang peluru dengan tiga jari
Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkal
ketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan juga
ibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru
Teknik memegang peluru dengan lima jari.
Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendaki menggunakan kelima-lima
jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan jari kelingking berperanan mengimbangi
kedudukan peluru semasa dipegang. Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah
rendah
Topik 3 - Lontar Peluru
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
Untuk mendapat jarak yang maksima
(a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan
peluru.
(b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
(c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan
lebih lama.
(d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
(e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil.
(f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar.
FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU
Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar
peluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa :
(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)
(b) Lakuan Sedia (Preparation)
(c) Lungsuran (Glide)
(d) Lontaran (Delivery)
(e) Pemulihan (Recovery)
Fasa penuh lontaran peluru
(a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip)
(b) Lakuan Sedia (Preparation)
(c) Lungsuran (Glide)
(d) Lontaran (Delivery Phase)
fasa lontaran bahagian kedua
fasa lontaran bahagian ketiga
(e) Pemulihan (Recovery)
GAYA LONTAR PELURU
Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu:
(a) Gaya Lontar Berdiri
(b) Gaya Lungsur Selangkah
(c) Gaya Parry O’Brien
Gaya Lontar Berdiri
Gaya Lungsur Selangkah
Gaya Parry O'Brien
LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSUR SELANGKAH
(a) Latihan Ansur Maju 1
(i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdiri secara statik.
(b) Latihan Ansur Maju 2
(i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran.
(ii) Kedudukan kaki diregangkan.
(iii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan.
(iv) Berat badan tertumpu pada kaki belakang (kiri dan kanan).
(v) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru.
(c) Latihan Ansur Maju 3
(i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan.
(ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanan
diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya.
(iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2.
(iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan dengan
menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian
belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya.
(v) Kilas badan dan buatlah lontaran.
(d) Latihan Ansur Maju 4
(i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran.
(ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan.
(iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskan pinggang.
(iv) Lakukan secara ulangan.
KESALAHAN YANGBIASA BERLAKUDALAM LONTAR PELURU
Fasa Persediaan Tidak Betul
Kedudukan Siku Tangan Melontar Yang Tidak Betul
Kesilapan Kaki Kiri Yang Membantu Lungsuran Kaki Kanan
Kegagalan Membuka Pinggang Mengarah Arah Lontaran
Kegagalan Melakukan Pusingan Badan Yang Betul
Kegagalan Membuat Fasa Pemulihan Yang Baik
Lontaran Yang Tidak Mengikut Sudut 45 darjah
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
(a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan.
(b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya.
(c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukan serentak sekiranya aktiviti
dibuat dalam kumpulan.
(d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul.
(e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru.
(f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka.
(g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter di
antara satu sama lain.
(h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaran belum lagi dibuat atau
sebelum peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.
(i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan.
(j) Blok kayu tidak tajam.
(k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain.
(l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.
CIRI TEKNIKALi.Pengenalanpeluru,pegangandanlangkah-langkahkeselamatan.ii.Ektensike atas
denganpelahan,suaianpegangandanmelontarpelurudenganjari (gambar1).iii.Lontaranke
depanmelepasi kepala( gambar2 ). iv.Lontaran ke belakangmelepasi kepala( gambar3 ).
LANGKAH2 : Lontaran DepanBerdiri StatikdanDinamikOBJEKTIFMenggunakankaki untuk
menambahhalajudanbelajarcara tolakanyangbetul.STATIK• Berdiri dengankedudukanseluas
bahu• Bengkokkanlutut,melonjakdanmelontarDINAMIK•Sama denganlatihtubi lontaranstatik,
tetapi melontarselepassalahsatukaki melangkahke depan.•Mengekalkansentuhankedua-dua
kaki dengantanah.OlahragaOlahraga
CONTOHKESALAHAN DAN PEMBETULAN TEKNIKMELONTAR PELURU 1. Mata fokuspadahujung
bulatan.2. Bolehlatihdenganmenggunakantuala,atletpegangdengantangankiri danjurulatih
pegangpada hujungnya.1.gelonsorterkawal.2.lukisgaristengahdi bulatan.3.Tanda tapak pada
tempatbetul.1.Kaki kanan menujupukul 6:00. 1. Bahu dan kepalapusingke kiri terlaluawal.2.
Ekstensi kaki kiri yangkurangberkesansemasagelonsor(glide).3.Tapak sokonganyangterlalu
sempit.4.Hilangimbangan/ kaki kiri yangterlepasblokhentiandisebabkankaki kananmenujuke
jam 5:00. KESALAHAN PEMBETULAN 5. Menjatuhkanbahusebelummelakukanlontaran.
KESALAHAN PEMBETULAN C.PermainanKecil NamaAktiviti :BalinganMenepati SasaranPeralatan:
Gelungrotan,tayar basikal,tali,bolatenisIllustrasi :CARA PERTANDINGAN1.Atletmembidikke
arah tayar basikal yangtergantungdi sudutatas tianggol bolasepakatau ke arah bolayang
berhayundi palanggol bolasepak.MARKAHAtletyangmembidiktepatyangpalingbanyakdikira
sebagai pemenang.Ol
##################################################################################
Pengenalan
Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang
melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat
sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula
pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang
mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka
lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
sukan di kedua-dua negara itu.
Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah
mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah
menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara
olahraga yang dipertandingkan.
Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran
tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh
dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu
tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai
struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik
untuk memastikan jarak yang maksimum.
FIZIKAL PELURU
Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang
lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan
berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat
peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4
kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka.
Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan
seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka.
Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm,
manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah
sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi
seberat 16 paun.
KAWASAN LONTARAN
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta.
Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki
x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain
seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik
moden tahun1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada
tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada
bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat
melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada
peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.
Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta
acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter
pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan
bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki
peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan
lontarannya akan dibatalkan.
Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang
merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan
kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran
dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.
KAWASAN PENDARATAN
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang
dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang
gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada
sudut 40pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang
mengambil bahagian.
Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas
garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta
hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam
kawasan yang dikhaskan.
PITA PENGUKUR
Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang
dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu
lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah
bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam
papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke
bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada
bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur
ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan
lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu
dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.
PERATURAN DAN PERTANDINGAN
Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam
acara ini. Beliau ialah Perry O’ Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta
teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal
sehingga hari ini.
Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik
dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang
bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik.
Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak
berhati-hati sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti.
Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan,
pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan
mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu
sendiri.
Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu
sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi
pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu
atau mencipta sesuatu kejayaan.
Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan
lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney
tahun 2000.
FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU
Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:
1) Pegangan peluru
2) Lakuan sedia
3) Lungsuran
4) Kilasan badan
5) Lontaran
6) Pulihan
PEGANGAN PELURU
Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua
iaitu:
i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari
Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking
dibengkokkan di sisi peluru.
ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari
Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.
Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu
kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar
peluru.
TEKNIK MELONTAR PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:
a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran
b) Gaya melungsur selangkah
c) Gaya Parry O’ Brien
a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran
Lakuan sedia
Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah
lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang
dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan
kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan
peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.
Kilasan badan
Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian
diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak
dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.
Lontaran
Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar
keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri
pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan
peluru sehingga peluru itu mendarat.
Pulihan
Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan
pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini.
b Gaya Melungsur Selangkah
Lakuan sedia
Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan
lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya, bongkokkan
badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan
selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung
kaki.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia
diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit.
Lungsuran
Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat
membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara
pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok jangan tegakkan
badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan.
Kilasan badan
Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul
kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan
kananyang memegang peluru masih menghala ke belakang.
Lontaran
Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran, kaki yang
melungsur kaki kanan yang di belakangmenolak dengan kuat sehingga badan
terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan
menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula
dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh
dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki
mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.
Pulihan
Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan
terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan
hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada
pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan
ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri
digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan.
c Gaya Parry O’ Brien
Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada
tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau
telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi
18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping
sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O’ Brien jhuga telah
membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan
bagi acara melontar peluru.
Lakuan sedia
Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan
arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke
hadapan sehingga selari dengan tanah.
Lungsuran
Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki
kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan
dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini,
kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di
dalam keadaan condong.
Kilasan badan
Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebaskaki kiri telah bertapak di
belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik
mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya
melungsur selangkah sebelum ini. Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran
dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus-
menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran.
Lontaran, ikut lajak dan pulihan
Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur
selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.
d Teknik lontaran sisi
Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri.
Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya
menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan
peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah
seperti berikut :
I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang
disediakan.
II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah
bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru
selesa pada tangannya.
III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan
IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.
V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti
dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.
VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh
garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru.
VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.
e Teknik membelakangi kawasan lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan
merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang
berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan
teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya.
Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik
lontaran cara ini :
I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran
II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang.
III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.
IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran,
sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan
dan keseimbangan.
V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus
mengawal.
VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat
VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan
pegawai mengukur jarak yang dicapai.
LAKUAN MENGIMBANG SEMULA
Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri
diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.
ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU
I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul
sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu lakukan
seberapa rendah yang boleh.
III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu
dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu
pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat
sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur
ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.
Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan
melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan
akan menunjukkan jarak lontaran itu.
PRINSIP UMUM LONTAR PELURU
Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :
1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan
penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.
2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam
acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.
3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya
penglibatannya memberikan keberkesanan.
4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap
peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen.
5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.
KESIMPULAN
Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu
itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar
peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas
melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan
kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah
disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.
Lontar peluru

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmanifarah iziati
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagardila teen
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanfiro HAR
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanErica Leenya
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxMUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppjMuhammad Huffaz
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysiaAkashah Meera Hussain
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newG-Jie Bax
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANAFIFAH ABIDIN
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiAzizi Ahmad
 

La actualidad más candente (20)

ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
Isu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmaniIsu dalam pendidikan jasmani
Isu dalam pendidikan jasmani
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Lari berpagar
Lari berpagarLari berpagar
Lari berpagar
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakanPengenalan kepada konsep pergerakan
Pengenalan kepada konsep pergerakan
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukanPengurusan pendidikan jasmani dan sukan
Pengurusan pendidikan jasmani dan sukan
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
94136240 nota-ringkas-pjm-3112-ppj
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
50182034 sejarah-perkembangan-olahraga-di-malaysia
 
Lompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) newLompat jauh (long jump) new
Lompat jauh (long jump) new
 
Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTajuk  1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Lari Berganti-ganti
Lari Berganti-gantiLari Berganti-ganti
Lari Berganti-ganti
 
1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan1.0. pengenalan ujian kepantasan
1.0. pengenalan ujian kepantasan
 

Destacado (20)

Lontar peluru
Lontar peluruLontar peluru
Lontar peluru
 
Pengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluruPengenalan lontar peluru
Pengenalan lontar peluru
 
Lontar peluru ppt
Lontar peluru pptLontar peluru ppt
Lontar peluru ppt
 
Rph lontar peluru
Rph lontar peluruRph lontar peluru
Rph lontar peluru
 
Pj lontar peluru
Pj lontar peluruPj lontar peluru
Pj lontar peluru
 
Tmk folio
Tmk folioTmk folio
Tmk folio
 
konseptual ideas
konseptual ideaskonseptual ideas
konseptual ideas
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Rph lontar peluru
Rph lontar peluruRph lontar peluru
Rph lontar peluru
 
Rangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat JauhRangkuman Lompat Jauh
Rangkuman Lompat Jauh
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Aktiviti latihan untuk lari pecut
Aktiviti latihan untuk lari pecutAktiviti latihan untuk lari pecut
Aktiviti latihan untuk lari pecut
 
Lompat tinggi
Lompat tinggiLompat tinggi
Lompat tinggi
 
Rph lontar peluru
Rph lontar peluruRph lontar peluru
Rph lontar peluru
 
Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1Lompat tinggi 1
Lompat tinggi 1
 
titas
titastitas
titas
 
Teori latihan olahraga
Teori latihan olahragaTeori latihan olahraga
Teori latihan olahraga
 
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-161360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
61360831 rpp-penjaskes-sma-x-semester-1
 
Lompat Jauh
Lompat JauhLompat Jauh
Lompat Jauh
 
Peraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAMPeraturan Olahraga KOAM
Peraturan Olahraga KOAM
 

Similar a Lontar peluru

Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kakitinachua2
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sheeyrha
 
Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar cg.Teha Amran
 
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014Mohd Nazri Hashim
 
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Hisham Haron
 
Assingment segak
Assingment segakAssingment segak
Assingment segakWmh Hanel
 
Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3hanif5339
 
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)Zul Fadli
 
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ  - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ  - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)Stephanie Unsil
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembingBJZAITON
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar pelurudhuhahuda
 
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017aya kaplai
 

Similar a Lontar peluru (18)

2
22
2
 
Lempar cakera
Lempar cakeraLempar cakera
Lempar cakera
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Lumba jalan kaki
Lumba jalan kakiLumba jalan kaki
Lumba jalan kaki
 
Gimnastik irama
Gimnastik iramaGimnastik irama
Gimnastik irama
 
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
Sains Sukan Tingkatan 5 Bab 3
 
Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar Kaedah Latihan Litar
Kaedah Latihan Litar
 
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014
Soalan pj tahun 4 OKTOBER 2014
 
Asas biomekanik
Asas biomekanikAsas biomekanik
Asas biomekanik
 
4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik4 asas-biomekanik
4 asas-biomekanik
 
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016Rpt pj tahun 6 kssr 2016
Rpt pj tahun 6 kssr 2016
 
Assingment segak
Assingment segakAssingment segak
Assingment segak
 
Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3Ran. pelajaran pj th3
Ran. pelajaran pj th3
 
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)
Slide proposal penyelidikan gru60104 (b)
 
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ  - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ  - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
PJM3110 Kurikulum & Pedagogi PJ - RPH KBSR TAHUN 5 (SEMESTER 4)
 
Merejam lembing
Merejam lembingMerejam lembing
Merejam lembing
 
lontar peluru
lontar pelurulontar peluru
lontar peluru
 
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
rancangan pengajaran tahunan pjk tahun 1 2017
 

Lontar peluru

  • 1. LONTAR PELURU PENGENALAN Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. PERALATAN Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai. PELURU Berat Peluru 1. DEWASA 7. 265 kg 2. WANITA 4. 005 kg 3. REMAJA 4. 000 kg 110 - 130 mm Peralatan yang diperlukan untuk acara ini tidaklah banyak. Begitu juga kawasan untuk mengadakan acara ini tidaklah luas, malah dari segi saiz kawasan, lotar peluru memerlukan
  • 2. kawasan paling kecil dibandingkan dengan acara lontaran yang lain. Berikut adalah peralatan yang diperlukan untuk lontar peluru. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan ini mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulatan. Bulatan yang boleh dialeh dengan sfesipikasi di atas boleh digunakan. FASA – FASA LATIHAN Terdapat Empat Fasa Lontaran dalam acara Lontar Peluru iaitu : 1. Fasa Persediaan 2. Fasa Gelungsuran 3. Fasa Lontaran 4. Fasa Pemulihan Fasa Persediaan ( Preparation ) Peserta bersedia dalam bulatan lontaran Peluru dipegang dengan cara yang betul Tenang keadaan mental dan emosi serta berada dalam keadaan selesa KAEDAH LATIHAN YANG DICADANGKAN 1. Latihan Bebanan Latihan bebanan adalah sejenis kaedah latihan untuk membina, kekuatan, kuasa dan daya tahan otot. Latihan ini memerlukan pengkhususan, penambahan beban, ansur maju rintangan dan urutan aktiviti. Diantara jenis latihan bebenan ialah isometrik, konsentrik, isentrik dan isokinetik. Faktor-faktor yang perlu diambil kira adalah seperti intensiti latihan, jangka masa latihan dan pemulihan, bilangan ulangan dan jumlah set yang ditetapkan dalam setiap aktiviti dan kekerapan latihan dalam seminggu. Selain itu prinsip-prinsip yang perlu ada seperti beratan yang sesuai dengan atlit, cara atau prosedur yang betul, penambahan beban secara progresif dan juga aktiviti yang dipilih hendaklah bersesuaian. Panduan membina dan meningkatkan : I. Daya tahan otot – lebih kurang 50% berat maksima (ulangan 10 hingga 15 kali)
  • 3. II. Kekuatan otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali). III. Kuasa otot – lebih kurang 80% hingga 90% berat maksima (ulangan 3 hingga 6kali, tetapi pantas). IV. Kelenturan otot – lebih kurang 20% hingga 30% berat maksima (ulangan sederhana iaitu 6 hingga 8 kali). Objektif I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. II. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. III. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. IV. Membina kelajuan. V. Meningkatkan fleksibiliti. VI. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori. Sistem Tenaga I. Melibatkan sistem tenaga ATP – PC dan ATP – LA secara dominan. II. Sistem tenaga aerobik secara sekunder. Kekerapan I. 2kali seminggu setiap latihan diselang sekurang-kurangnya dua hari. ########################################################################### SEJARAH ACARA LONTAR PELURU 1.Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. 2. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagaigolongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. 3. Ia diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. PRINSIP ASAS LONTAR PELURU Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegang peluru dengan: (a) Tiga jari; dan
  • 4. (b) Lima jari. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan juga ibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru Teknik memegang peluru dengan lima jari. Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendaki menggunakan kelima-lima jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan jari kelingking berperanan mengimbangi kedudukan peluru semasa dipegang. Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah rendah Topik 3 - Lontar Peluru Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Untuk mendapat jarak yang maksima (a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru. (b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama. (c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama. (d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan. (e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil. (f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar. FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa : (a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip) (b) Lakuan Sedia (Preparation) (c) Lungsuran (Glide) (d) Lontaran (Delivery) (e) Pemulihan (Recovery) Fasa penuh lontaran peluru (a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip) (b) Lakuan Sedia (Preparation) (c) Lungsuran (Glide) (d) Lontaran (Delivery Phase) fasa lontaran bahagian kedua fasa lontaran bahagian ketiga (e) Pemulihan (Recovery) GAYA LONTAR PELURU Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu: (a) Gaya Lontar Berdiri (b) Gaya Lungsur Selangkah
  • 5. (c) Gaya Parry O’Brien Gaya Lontar Berdiri Gaya Lungsur Selangkah Gaya Parry O'Brien LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSUR SELANGKAH (a) Latihan Ansur Maju 1 (i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran. (ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdiri secara statik. (b) Latihan Ansur Maju 2 (i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. (ii) Kedudukan kaki diregangkan. (iii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. (iv) Berat badan tertumpu pada kaki belakang (kiri dan kanan). (v) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. (c) Latihan Ansur Maju 3 (i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. (ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya. (iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2. (iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya. (v) Kilas badan dan buatlah lontaran. (d) Latihan Ansur Maju 4 (i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. (ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. (iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskan pinggang. (iv) Lakukan secara ulangan. KESALAHAN YANGBIASA BERLAKUDALAM LONTAR PELURU Fasa Persediaan Tidak Betul Kedudukan Siku Tangan Melontar Yang Tidak Betul Kesilapan Kaki Kiri Yang Membantu Lungsuran Kaki Kanan Kegagalan Membuka Pinggang Mengarah Arah Lontaran Kegagalan Melakukan Pusingan Badan Yang Betul Kegagalan Membuat Fasa Pemulihan Yang Baik Lontaran Yang Tidak Mengikut Sudut 45 darjah LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan. (b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya. (c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukan serentak sekiranya aktiviti dibuat dalam kumpulan.
  • 6. (d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. (e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru. (f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka. (g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter di antara satu sama lain. (h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaran belum lagi dibuat atau sebelum peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran. (i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan. (j) Blok kayu tidak tajam. (k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain. (l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas. SEJARAH ACARA LONTAR PELURU 1.Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. 2. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagaigolongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. 3. Ia diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun 1896, 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan seakan-akan penanda yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. PRINSIP ASAS LONTAR PELURU Walau apa pun cara atau gaya lontaran yang diamalkan, teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu memegang peluru dengan: (a) Tiga jari; dan (b) Lima jari. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Teknik ini memerlukan pelajar memegang peluru yang disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan direnggangkan sedikit mengikut keselesaan dan juga ibu jari. Kedudukan jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru Teknik memegang peluru dengan lima jari. Dalam teknik memegang peluru dengan lima jari pula, pelajar dikehendaki menggunakan kelima-lima jarinya sebagai sokongan terhadap peluru. Ibu jari dan jari kelingking berperanan mengimbangi kedudukan peluru semasa dipegang. Teknik pegangan jenis ini adalah disyorkan untuk murid sekolah rendah Topik 3 - Lontar Peluru Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
  • 7. Untuk mendapat jarak yang maksima (a) Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru. (b) Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama. (c) Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama. (d) Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan. (e) Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektil. (f) Sudut penerbangan adalah bergantung pada ketinggian seseorang pelontar. FASA PERGERAKAN LONTAR PELURU Fasa-fasa atau peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada fasa yang berikut iaitu fasa : (a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip) (b) Lakuan Sedia (Preparation) (c) Lungsuran (Glide) (d) Lontaran (Delivery) (e) Pemulihan (Recovery) Fasa penuh lontaran peluru (a) Persediaan Pegangan Peluru (Grip) (b) Lakuan Sedia (Preparation) (c) Lungsuran (Glide) (d) Lontaran (Delivery Phase) fasa lontaran bahagian kedua fasa lontaran bahagian ketiga (e) Pemulihan (Recovery) GAYA LONTAR PELURU Ada tiga jenis gaya yang sering digunakan dalam acara lontar peluru iaitu: (a) Gaya Lontar Berdiri (b) Gaya Lungsur Selangkah (c) Gaya Parry O’Brien Gaya Lontar Berdiri Gaya Lungsur Selangkah Gaya Parry O'Brien LATIHAN ANSUR MAJU GAYA LUNGSUR SELANGKAH (a) Latihan Ansur Maju 1 (i) Berdiri dengan menghadap ke kawasan lontaran. (ii) Lontar peluru dengan tolakan yang kencang dari kedudukan berdiri secara statik. (b) Latihan Ansur Maju 2 (i) Berdiri dengan bahu kiri menghadap ke kawasan lontaran. (ii) Kedudukan kaki diregangkan. (iii) Putarkan bahu kiri ke kanan sambil merendahkan badan. (iv) Berat badan tertumpu pada kaki belakang (kiri dan kanan).
  • 8. (v) Kilaskan badan ke hadapan dan tolak peluru. (c) Latihan Ansur Maju 3 (i) Berdiri merusuk ke arah lontaran di bahagian belakang bulatan. (ii) Kaki kiri diletakkan di garisan pusat bulatan dan kaki kanan diletakkan berhampiran dengan lingkaran bulatan atau sebaliknya. (iii) Condongkan badan sedikit seperti dalam latihan ansur maju 2. (iv) Lakukan pergerakan ketingting ke hadapan bulatan dengan menggunakan kaki kanan dan kaki kiri mestilah bertapak di bahagian belakang papan penahan atau digaris bulatan atau sebaliknya. (v) Kilas badan dan buatlah lontaran. (d) Latihan Ansur Maju 4 (i) Pelajar berdiri membelakangkan kawasan lontaran. (ii) Badan dicondongkan ke hadapan hingga betul-betul berada di atas kaki kanan. (iii) Pelajar mengelungsur selangkah ke belakang tanpa mengilaskan pinggang. (iv) Lakukan secara ulangan. KESALAHAN YANGBIASA BERLAKUDALAM LONTAR PELURU Fasa Persediaan Tidak Betul Kedudukan Siku Tangan Melontar Yang Tidak Betul Kesilapan Kaki Kiri Yang Membantu Lungsuran Kaki Kanan Kegagalan Membuka Pinggang Mengarah Arah Lontaran Kegagalan Melakukan Pusingan Badan Yang Betul Kegagalan Membuat Fasa Pemulihan Yang Baik Lontaran Yang Tidak Mengikut Sudut 45 darjah LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN (a) Kawasan peluru mendarat bebas daripada gangguan. (b) Pelajar sentiasa memerhatikan apa yang sedang dilakukannya. (c) Lontaran mesti dilontar serentak dan pemungut peluru juga dilakukan serentak sekiranya aktiviti dibuat dalam kumpulan. (d) Pelajar sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. (e) Memberi masa yang cukup untuk pelajar memegang peluru. (f) Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja dan bukan ke arah kawan mereka. (g) Pelajar mestilah diletakkan dalam barisan yang lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter di antara satu sama lain. (h) Tidak ada pelajar yang melintas garisan lontaran sehingga semua lontaran belum lagi dibuat atau sebelum peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran. (i) Pelajar yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan. (j) Blok kayu tidak tajam. (k) Jika peluru lembab, basah atau kotor, sapu dahulu dengan kain. (l) Arahan guru mestilah terang, jelas dan tegas.
  • 9. CIRI TEKNIKALi.Pengenalanpeluru,pegangandanlangkah-langkahkeselamatan.ii.Ektensike atas denganpelahan,suaianpegangandanmelontarpelurudenganjari (gambar1).iii.Lontaranke depanmelepasi kepala( gambar2 ). iv.Lontaran ke belakangmelepasi kepala( gambar3 ). LANGKAH2 : Lontaran DepanBerdiri StatikdanDinamikOBJEKTIFMenggunakankaki untuk menambahhalajudanbelajarcara tolakanyangbetul.STATIK• Berdiri dengankedudukanseluas bahu• Bengkokkanlutut,melonjakdanmelontarDINAMIK•Sama denganlatihtubi lontaranstatik, tetapi melontarselepassalahsatukaki melangkahke depan.•Mengekalkansentuhankedua-dua kaki dengantanah.OlahragaOlahraga CONTOHKESALAHAN DAN PEMBETULAN TEKNIKMELONTAR PELURU 1. Mata fokuspadahujung bulatan.2. Bolehlatihdenganmenggunakantuala,atletpegangdengantangankiri danjurulatih pegangpada hujungnya.1.gelonsorterkawal.2.lukisgaristengahdi bulatan.3.Tanda tapak pada tempatbetul.1.Kaki kanan menujupukul 6:00. 1. Bahu dan kepalapusingke kiri terlaluawal.2. Ekstensi kaki kiri yangkurangberkesansemasagelonsor(glide).3.Tapak sokonganyangterlalu sempit.4.Hilangimbangan/ kaki kiri yangterlepasblokhentiandisebabkankaki kananmenujuke jam 5:00. KESALAHAN PEMBETULAN 5. Menjatuhkanbahusebelummelakukanlontaran. KESALAHAN PEMBETULAN C.PermainanKecil NamaAktiviti :BalinganMenepati SasaranPeralatan: Gelungrotan,tayar basikal,tali,bolatenisIllustrasi :CARA PERTANDINGAN1.Atletmembidikke arah tayar basikal yangtergantungdi sudutatas tianggol bolasepakatau ke arah bolayang berhayundi palanggol bolasepak.MARKAHAtletyangmembidiktepatyangpalingbanyakdikira sebagai pemenang.Ol ################################################################################## Pengenalan Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di kedua-dua negara itu. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.
  • 10. Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan jarak yang maksimum. FIZIKAL PELURU Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg. Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka. Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. KAWASAN LONTARAN Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat
  • 11. pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini. KAWASAN PENDARATAN Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan. PITA PENGUKUR Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN
  • 12. Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan menunjukkan bacaan lontaran. PERATURAN DAN PERTANDINGAN Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O’ Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga hari ini. Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti. Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan, pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri. Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan. Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000. FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: 1) Pegangan peluru 2) Lakuan sedia 3) Lungsuran 4) Kilasan badan
  • 13. 5) Lontaran 6) Pulihan PEGANGAN PELURU Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi peluru. ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah. Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru. TEKNIK MELONTAR PELURU Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah: a) Gaya berdiri dan melontar tanpa lungsuran b) Gaya melungsur selangkah c) Gaya Parry O’ Brien a Gaya Berdiri dan Melontar tanpa lungsuran Lakuan sedia Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai lebih kurang dibawah telinga,peserta hendaklah merendahkan badan dengan membengkokkan
  • 14. kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang. Kilasan badan Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas. Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru. Lontaran Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang kaki kanandiluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan peluru sehingga peluru itu mendarat. Pulihan Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya ini. b Gaya Melungsur Selangkah Lakuan sedia Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki.Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit. Lungsuran Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok jangan tegakkan badan semasa melungsur. Kaki kiri pelontar pula diletakkan di hadapan bulatan. Kilasan badan
  • 15. Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu dan tangan kananyang memegang peluru masih menghala ke belakang. Lontaran Apabila kilasan badan itu selesai badan menghadap ke arah lontaran, kaki yang melungsur kaki kanan yang di belakangmenolak dengan kuat sehingga badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat. Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar. Pulihan Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki kanan ke hadapan bulatan belakang papan penahan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu imbangan badan. c Gaya Parry O’ Brien Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran, beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O’ Brien jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya latihan bebanan bagi acara melontar peluru. Lakuan sedia
  • 16. Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah. Lungsuran Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan lutut dibiarkan bengkok ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong. Kilasan badan Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebaskaki kiri telah bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini. Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu pergerakan yang terus- menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat lontaran. Lontaran, ikut lajak dan pulihan Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama. d Teknik lontaran sisi Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri. Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan peserta mengarah pada sudut 90 bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah seperti berikut : I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan
  • 17. IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran. V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya. VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya. e Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini : I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan. V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai. LAKUAN MENGIMBANG SEMULA Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran. ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.
  • 18. II. Gerakan berjingkit shift ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh. III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran. CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar. Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan akan menunjukkan jarak lontaran itu. PRINSIP UMUM LONTAR PELURU Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu : 1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan. 2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya. 3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya penglibatannya memberikan keberkesanan. 4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan tulen. 5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya. KESIMPULAN Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas melontar peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.