Dokumen tersebut membahas tentang bukti-bukti kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah seperti yang diceritakan dalam Al-Quran. Beberapa bukti yang disebutkan antara lain lokasi kejadian di Teluk Aqaba, temuan roda kereta kuda dan tulang-tulang manusia di dasar Laut Merah yang diperkirakan berasal dari pasukan Firaun, serta kajian saintis baru-baru ini yang menunjukkan kejadian itu masuk ak
2. Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa
membelah laut dengan menghentakkan
tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum
Bani Israel terperangkap di antara pasukan
tentera Firaun yang sedang mara dan laut di
hadapan mereka.
4. Kedalaman Maksima: 800m – 900m
• Jika berpandukan peta geografi kini, bulatan merah
yang ditandakan itu adalah lokasi di mana sejarah nabi
Musa bersama pengikutnya menyeberangi laut Merah
iaitu di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum
sekitar perairan ini ialah 800m ke arah Mesir dan
900m ke arah Arab. Manakala dari arah utara dan
selatan lintasan penyeberangan (garis merah)
kedalamannya mencapai 1500m. Kecondongan aras
laut dari Nuweiba ke arah Teluk Aqaba adalah sekitar 4
darjah, dan dari Teluk Nuweiba ke arah daratan Arab
pula ialah sekitar 6 darjah.
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-membelah-laut.html#ixzz2Nx6M47ir
5. Panjang: 1800m Lebar: 900m
Tempuh Masa Menyeberang: 4 jam
• Dengan andaian jarak antara Nuweiba ke Arab sekitar
1800m dan lebar belahan laut Merah yang kira-kira
900m, berapakah daya kekuatan alam yang
diperlukan bagi membelah air laut tersebut serta
bertahan untuk waktu yang cukup lama bagi membuka
laluan nabi Musa serta ribuan pengikutnya itu?(ada
sumber menyatakan jaraknya mencapai 7 km, dengan
jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600ribu orang dan
waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4
jam).
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-membelah-laut.html#ixzz2Nx6Rw6qU
7. BELAHAN LAUT TIDAK BERCANGGAH
DENGAN FIZIK
• September 2010..
akhirnya para saintis di AS membuktikan kebenaran
kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang
diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil. kajian
yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik yang diketuai
saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera
Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak
bercanggah dengan hukum fizik.
sumber:-
http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-
musa-membelah-laut.html#ixzz2Nx0MQyoK
8. Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta
kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu
merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali
sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean
dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut
berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin
kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup
selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam
menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu
berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-membelah-
laut.html#ixzz2Nx1em7m5
9. LAKARAN artis menunjukkan
angin kuat dari timur telah
menyebabkan air lagun (kiri)
dan sungai (kanan) 'berpusing'
dan membentuk dinding air
dekat Laut Merah. Hasil kajian
saintis berkenaan disiarkan di
Internet oleh Jurnal Public
Library of Science ONE. -
Agensi
10. • Menurut logik fizik, daya diperlukan
adalah sebesar 2.8j Newton/m2 atau setara
dengan tekanan yang diterima jika menyelam di
kedalaman 280m. Manakala kelajuan angin pula
mestilah sekurang-kurangnya 108 km/jam
sepanjang malam untuk dapat membelah dan
mempertahankan belahan air laut tersebut dalam
jangka waktu 4 jam! . Teori itu kini telah
dibuktikan oleh saintis dan diumumkan pada
September 2010..
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-membelah-
laut.html#ixzz2Nx4ZD7eL
15. RODA KERETA DI DASAR LAUT MERAH
• Terdahulu sebelum saintis berjaya
membuktikan mukjizat nabi Musa itu adalah
benar, pada tahun 1988 seorang ahli arkeologi
bernama Ron Wyatt mendakwa beliau telah
menemui beberapa bangkai roda kereta kuda
kuno beserta tulang manusia dan tulang kuda di
dasar Laut Merah yang mungkin milik Firaun
dan bala tenteranya yang tenggelam di lautan
sewaktu mengejar nabi Musa bersama para
pengikutnya.
17. HASIL PENEMUAN DIKAJI
• Bukti penemuan itu diperkuatkan lagi apabila hasil ujian dan
kajian yang dilakukan oleh Stockholm University terhadap struktur
dan kandungan beberapa sisa tulang temulang tersebut
menunjukkan bahawa ia telah berusia sekitar 3500 tahun silam iaitu
sewaktu dengan sejarah kejadian nabi Musa membelah laut.
Pasukan arkeologi terbabit juga menemui sesuatu yang amat
menarik iaitu poros roda dari salah satu kereta kuda itu secara
keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang, sehingga bentuk
aslinya sangat sukar dilihat secara jelas hingga kini. malah salah satu
di antara beberapa bangkai kereta kuda itu memiliki sebuah roda
dengan 4 jerijinya diperbuat daripada emas. mungkin inilah sisa dari
roda kereta kuda yang ditunggangi oleh raja Firaun!
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-
membelah-laut.html#ixzz2Nx3Y718S
18. BUKTI KEKUASAAN ALLAH
• Ini membuktikan bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan
mukjizat yang diperturunkan kepada rasul pilihan-Nya
adalah benar belaka walau sukar dibuktikan dengan
akal fikiran. mungkin kita tidak berapa jelas dengan
teori sains yang rumit seperti kisah sejarah nabi Musa
ini, tapi mungkin peristiwa Tsunami yang berlaku di
Acheh beberapa tahun lalu serta masih jelas di ingatan
boleh dijadikan contoh serta iktibar bahawa tiada apa
yang mustahil boleh berlaku dalam sekelip
mata..wallahualam.
sumber:- http://toyolkiut.blogspot.com/2010/09/bukti-nabi-musa-membelah-laut.html#ixzz2Nx5Nhocb