1. TAJUK SOALAN :
Rancang dan laksanakan satu aktiviti sains yang
menggunakan pendekatan projek (Project Approach)
PUAN ANEESHA BINTI HAMID
2. NOOR AISHA BINTI AHMAD
PPG-PRA B/009/06/11
ROMNAH BINTI BUDIN
PPG-PRA B/018/06/11
SITI NOORYAHMILAWATIMAH
BINTI YAHAYA
PPG-PRA B/022/06/11
NAMA
PELAJAR :
3. PENDEKATAN PROJEK
Definisi:
• Satu kaedah pembelajaran yang
dijalankan dalam tempoh tertentu
• Melibatkan kutipan maklumat,
analisis data, persediaan laporan.
• Tugasan secara amali,
• Penilaian dijalankan pada setiap
tahap proses sehingga hasilnya siap.
• Guru sebagai pembimbing dan
perunding.
4. KONSEP
- Aktiviti yang dijalankan secara
individu/kumpulan untuk capai sesuatu
tujuan
-Mengambil masa yang panjang
-Pelajar memainkan peranan yang aktif
- Pelajar belajar melalui aktiviti
- Perlukan penguasaan pengetahuan ,
kebolehan berfikir dan berketrampilan
6. PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
1. Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan
kelancaran projek yang hendak dijalankan
2. Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan
kecenderungan pelajar
3. Memastikan keperluan dan alatan disediakan
4. Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan
guru dan yang manakah perlu dijalankan sendiri oleh
pelajar
5. Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek
dipersembahkan, dipamerkan, disimpan dan sebagainya.
7. TUJUAN PENDEKATAN PROJEK
1. Menggalakkan murid bekerjasama dan bertanggungjawab.
2. Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti
dan inovasi
3. Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan
sumber yang terdapat dilar bilik darjah.
4. Memotivasikan murid
5. Memberi peluang kepada murid memainkan peranan
sebagai pemimpin.
6. Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing.
7. Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan
bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan.
8. Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang
kurang yakin dan mahu menunjukkan kebolehan mereka.
9. MERANCANG AKTIVITI PEMBELAJARAN AWAL SAINS
Sebelum – Memperkenalkan
aktiviti
Semasa - Menggalakkan
pemikiran saintifik
dan kemahiran
proses sains
Selepas - Membincang,
membuat refleksi
10. SEBELUM MERANCANG AKTIVITI
-Tajuk dipilih oleh guru berdasarkan
pengalaman murid, tahap kana-kanak.
- Bahan haruslah murah dan mudah
diperolehi
- Rujuk kandungan KSPK, aktiviti yang
sesuai dengan standard pembelajaran.
- Guru perlu fikirkan pendekatan dan
strategi serta bahan yang perlu
digunakan.
11. SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN
- Guru menggalakkan kemahiran berfikir
cthnya bertanyakan soalan, membuat
pemerhatian, murid merekod.
- Guru memberi kelonggaran kepada
murid supaya murid tidak merasa
terkongkong, galakkan pemikiran kritis
dan kreatif.
- Aktiviti berpusatkan murid,
murid sepenuhnya dan murid
mendominasikan pembelajaran
12. SELEPAS AKTIVITI DIJALANKAN
- Guru mengadakan sesi pembincangan untuk
ingat semula aktiviti dijalankan
- Aktiviti sumbang saran, sesi soal jawab.
- Seterusnya guru mengadakan sesi refleksi
supaya murid dapat membuat perbincangan
apa yang telah berlaku dalam aktiviti tadi serta
menjelaskan kemusykilan mereka..
- Akhir sekali guru mengadakan sesi rumusan.
13. Nama Kelas : Prasekolah Ibnu Khaldun
Bil Murid : 25 orang
Umur : 6 tahun
Tarikh : 14/ 08/ 2012
Masa : 8.30pg – 9.00pg
Tunjang : Sains dan Teknologi
KBKK : Mengelas item mengikut kategori.
Std Pembelajaran : ST 3.4.1 Menamakan haiwan yang
biasa dijumpai.
ST 3.4.2 Mengecam bunyi haiwan
yang biasa dijumpai.
ST 3.4.3 Memerhati dan meniru
pergerakan haiwan.
ST 3.4.6 Mengumpulkan haiwan
mengikut habitatnya.
14. Objektif : 1. Murid dapat menamakan dua haiwan
jinak dan dua haiwan liar.
2. Murid dapat membunyikan empat
haiwan yang diketahui,
3. Murid dapat memadankan haiwan
dengan habitatnyanya dan
mengelaskannya dalam mini zoo.
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan-haiwan jinak
dan liar di televisyen dan zoo.
Penerapan Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur dan kasih
sayang
Penggabungjalinan : Fizikal dan Kreativiti.
ABM : Kostium haiwan, kad gambar, blok
bergambar haiwan dan habitat, model
haiwan, model rumput, lidi, plastisin.
15. Langkah Isi Pelajaran Strategi/Aktiviti
P&P
Sumber
/Bahan
Catatan
Set
Induksi (5
minit)
Menamakan
haiwan,
mengecam
bunyi haiwan
dan meniru
pergerakan
haiwan
1. Kostium haiwan
dipakaikan pada empat
orang murid secara
sembunyi dengan
bantuan PPM.
2. Guru meniup wisel,
empat orang murid
keluar sambil membuat
pergerakan dan
membunyikan haiwan
yang berkaitan.
3. Murid-murid lain
meneka nama haiwan
berdasarkan
pergerakan dan bunyi
dan bersoaljawab
tentang jenis haiwan
iaitu haiwan jinak dan
haiwan liar.
Kostium singa,
gajah, musang
dan lembu.
Penerapan
nilai:
gembira
16. Langkah
1
(10
minit)
Mengelaskan
haiwan liar
dan haiwan
jinak.
1) Murid-murid
ditunjukkan
dengan gambar-
gambar haiwan
dan menamakan
haiwan-haiwan
tersebut.
2) Murid menampal
kad gambar
haiwan mengikut
jenisnya pada
papan putih yang
telah dibahagi dua
iaitu haiwan liar
dan haiwan jinak.
Kad gambar Penerapan
nilai:
Menunggu
giliran
17. Langkah
2
(10 minit)
Bersoaljawab
tentang haiwan
dan habitatnya
berdasarkan
bongkah
bergambar
haiwan dan
habitat.
1) Murid-murid dan
guru bercerita dan
bersoaljawab
tentang haiwan liar
dan haiwan jinak
berdasarkan
gambar.
Contoh : haiwan liar –
garang, kuku panjang,
gigi bertaring dan
sebagainya.
Haiwan jinak- manja,
boleh dibelai dan
sebagainya.
Kad gambar..
Penerapan
nilai:
Menumpukan
perhatian.
19. Langkah
4
(20
minit)
Membina Mini
Zoo
1) Murid-murid
dibahagikan kepada
lima kumpulan.
2) Murid-murid diberi
bahan-bahan untuk
membina mini zoo
3) Murid-murid
membina mini zoo
dengan mengelaskan
haiwan.mengikut jenis
haiwan jinak dan
haiwan liar.
Model haiwan,
model rumput,
lidi, plastisin,
Penerapan
nilai :
Bekerjasam
a,
Bertolak
ansur.
bertanggun
gjawab.
20. Penutup
(5 minit)
Murid-murid
mempamerkan
hasil kerja,
Melawat mini
zoo yang
dihasilkan
.
1) Murid-murid
mempamerkan mini
zoo kumpulan masing-
masing yang telah
siap.
2) Murid-murid
melawat mini zoo yang
telah dihasilkan oleh
rakan.
, lidi, plastisin,
Mini zoo yang
telah siap
Penerapan
nilai :
Memberi
pujian dan
menilai
secara
positif.
24. HUBUNGAN TEORI KOGNITIF DAN PENDEKATAN
PROJEK (KESIMPULAN)
Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi
Switzerland,memperkenalkan teori-teori perkembangan
kognitif yang berkaitan mengenai skema,asimilasi dan
akomodasi.
Beliau berpendapat ,skema ialah struktur kognitif yang
terbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu
untuk mentafsir persekitaran. Melalui aktiviti ini skema terawal
di sini ialah pengetahuan kanak-kanak tentang haiwan yang
pernah dilihat oleh mereka.
Contoh; kanak-kanak pernah melihat kucing yang dipelihara
oleh keluarganya dan melihat harimau melalui televisyen.
25. Asimilasi berlaku sewaktu guru meneruskan
pengajaran dengan memberi penerangan lanjut
tentang jenis-jenis hajwan liar dan jinak. Proses
kognitif ini berlanjutan di mana kanak-kanak
menyatukan pengalaman-pengalaman baru ke dalam
skema yang sedia ada,iaitu penyerapan maklumat baru
kedalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku
sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui
pelbagai maklumat dan pengalaman
Contohnya; kanak-kanak mengetahui gajah dan singa
merupakan haiwan liar dimana habitat mereka adalah
di tempat yang lebih luas dan bebas iaitu di hutan.
26. Pada peringkat yang seterusnya berlaku akomodasi,
iaitu apabila kanak-kanak bertembung dengan
pengalaman baru dan cuba mengasimilasikan dengan
skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana
tiada skema yang sesuai ( disequilibrium)
ketidakseimbangan.
Oleh itu terdapat dua pilihan :
•Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk
menerima
• pengalaman baru
•Membentuk ata skema baru untuk menerima
pengalaman baru
27. Contohnya ; kanak-kanak yang telah mengalami skema
haiwan liar ,melihat zirafah yang tinggal dalam hutan.
Dalam skemanya ,ia termasuk dalam kumpulan haiwan
liar tetapi memakan pucuk –pucuk pokok tidak memakan
haiwan lain seperti singa yang memakan pelanduk.
Melalui pengalaman baru ini , kanak-kanak perlu
mengakomodasi maklumat yang ada dalam skema
haiwan liar sebelum ini ,untuk mengambil kira haiwan liar
yang tinggal di dalam hutan tetapi tidak makan haiwan
bahkan memakan pucuk-pucuk pokok kayu.
Pengecualian inilah yang berlaku melalui proses
akomodasi.
28. Kesimpulan
Akomodasi adalah penciptaan skema baru
atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu
membentuk skema baru dan meningkatkan skema
yang sedia ada.
Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku
sehingga wujudnya keseimbangan atau equilibrium.
29. Lev Semanovich Vygotsky
Seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa
perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial
antara murid dan guru dan juga dengan rakan sebaya
Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh dalam
pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah
berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya
dalam masyarakat itu.
Melalui perkembangan dan pertumbuhan individu ,beliau
membahagikan fungsi mental kepada dua iaitu;
fungsi asas mental (elementary functions) yang
merangkumi perhatian, persepsi dan memori yang
kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya
kepada proses mental yang lebih rumit dikenali sebagai
fungsi mental peringkat tinggi.
30. Dalam pembelajaran berasaskan projek, guru memberi
panduan supaya murid menghayati fungsi asas mental.
Apabila kemahiran ini diperolehi,
kanak-kanak mendapat cara tertentu untuk pembelajaran
terarah-kendiri (self guided learning) amalan
pembelajaran dengan bantuan dan panduan dikenali
sebagai scalfolding.
31. Sewaktu menjalani aktiviti pendekatan projek ini,
bantuan , petunjuk,tatacara oleh orang dewasa atau
rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai
sesuatu kemahiran telah berlaku.
Bantuan diberi lebih banyak di awal pembelajaran
dan semakin berkurangan dan akhirnya
tiada langsung sebab kanak-kanak telah
boleh membuatnya sendiri.
Di sini berlaku zone of proximal development (ZPD).
32. Konsep ini ialah “ tahap jurang atau jarak yang
dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar
individu dalam menyelesaikan masalah tanpa
dibantu dengan tahap maksimun potensi
perkembangan individu yang dibantu oleh orang
dewasa atau yang dibimbing secara kolaborasi
daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau
berpengalaman”.
33. Guru menjadi penyelia di sisi, menyelia
bagaimana kanak-kanak menyiapkan tugasan.
Guru memantau dan memberi panduan serta
campur tangan mengikut keperluan
tersebut agar mencapai hasil masteri tugasan.
34. RUJUKAN
Modul Pembelajaran, Perkembangan Kognitif. (2012)
Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.scribd.com/
http://www.skdua.blogspot.my
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-
perkembangan-kognitif-jean-piaget.html
http://www.blog.tp.ac.id.com
2 Ogos 2012