SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 9
Descargar para leer sin conexión
1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan
semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula
sesi persekolahan Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata
pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada
standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap
persekolahan.
Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk
kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan
oleh Kementerian Pelajaran.
Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

Manusia dan
alam
sekelilingnya
Perkembangan
diri individu

Komunikasi

Reka
bentuk
kurikulum
dalam KBSR

Rajah 1 : Reka bentuk kurikulum dalam KBSR

5
Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam
sekeliling serta perkembangan individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tonggak
pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam
bidang ini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan
Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada Tahap 1 dan Tahap 2. Contohnya, bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu, ia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat
komunikasi perpaduan rakyat.
Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti
bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada
Tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran
berfikir

melalui

pelbagai

kaedah

seperti

bacaan,

penulisan

dan

perbincangan.

Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid
yang berkebolehan berbahasa,menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi
negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan
alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap.
Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada
Tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya,
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan
adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsipprinsip Rukun Negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi
kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan
dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada Tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan
pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya
seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala pada
tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan,
negara dan antarabangsa.
Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang dan membuat keputusan
berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya,
bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang
terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal
ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan
penghayatan kesenian dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam

6
komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik serta Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.

Komunikasi

Kerohanian, sikap
dan nilai

Kemanusiaan

Perkembangan
fizikal dan estetika

Sains dan
teknologi

Keterampilan diri

Rajah 2 : Reka bentuk kurikulum dalam KSSR

Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat
terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang
dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap
tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang
relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang
digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama
iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan
kemahiran berbahasa semasa berinteraksi.
Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga nonverbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan
kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai
tambah kemahiran menaakul. Jika dilihat dalam KBSR hanya menekankan kemahiran
berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KBSR,
tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting
iaitu menaakul.

7
Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu transformasi baru yang dilakukan
untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu
proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang
pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek
kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang
dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang
menepati identiti Malaysia.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus
kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang
relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi
teras kepada tunjang ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar
dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu
yang bukan hanya memahami, malah turut menghayati dan mengamalkan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat,
negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan
konsep pembangunan berterusan dan pembangunan sumber tenaga berterusan.
Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat
patritotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan
agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha
pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotism perlu ditanam dalam diri individu
bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh itu, tunjang kemanusiaan memberi
ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada
perkaitannya

dengan

bidang

ilmu

Sains

Sosial

seperti

Pendidikan

Sivik

dan

Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
Seterusnya, tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian
berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti
mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik,
rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri
ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam

8
aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah
mahupun kebangsaan.

Tunjang keterampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi
ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam
kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi
peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang
yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan
seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya.

Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang
lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan
peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat
tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi
estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan
dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya Pendidikan Seni Visual dan Muzik.
Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi
Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran
abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu,
kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.

Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap
saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran
ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu
memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini
dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh
tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan
menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan
dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

9
10
PENTAKSIRAN
KBSR
- Penekanan yang ketara kepada

KSSR
- Dijalankan secara berterusan untuk

pentaksiran sumatif.

mengesan perkembangan dan pencapaian
murid dalam pembelajaran.
- Menggunakan kaedah pentaksiran
pelbagai.
- Bersifat autentik dan holistik

Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian
formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan
Berasakan Sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara
bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat
dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas
pengajaran satu-satu unit pembelajaran.

Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar
dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah
ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang
dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian
yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M
(membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula,
Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan
amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak.
Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa
kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan
dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem
pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang
mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat
menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat
membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan
mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya

11
belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama
dalam sistem pentaksiran KBSR.

Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR,
maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem
Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan
peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki
pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan
dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara
berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran,
menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat
lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan
dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta
pentaksiran pusat.

Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan
sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa
dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran
sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama
ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak
dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan
mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung
pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam
meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut
standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat
dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam
portfolio.

Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan
hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh
pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan
pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari
semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran
serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang
hendak dicapai.
12
Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai
perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan
murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran
mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran
mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi
maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta
dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan.

Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang
digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek
pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu
kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK,
pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme,
pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri
dan belajar cara belajar.

Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan
masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran
khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak
360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang
diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu
pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih
sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam
aspek guru, murid serta prasarana sekolah.

Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang
seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis
generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan
itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan
mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi
aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih
relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting
bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan
komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus
kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan.

13

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)Suhaida Anior
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca Nsha Shari
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranAhmad Fahmi
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterdimidur
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAHzerat88
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROkeryman313
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSRRph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSRPuyam Sabar
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakKaren Kayny
 

La actualidad más candente (20)

Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan PembelajaranNota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
Nota Padat EDUP3073 - Budaya dan Pembelajaran
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAH
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSRRph  3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
Rph 3 menulis BM TAHUN 4 KSSR
 
06 aspek seni bahasa
06   aspek seni bahasa06   aspek seni bahasa
06 aspek seni bahasa
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
Rancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepakRancangan mengajar harian bola sepak
Rancangan mengajar harian bola sepak
 

Destacado

Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuNorashikin Ihsan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaannooakmaawanglah
 
Visi & misi kpm
Visi & misi kpmVisi & misi kpm
Visi & misi kpmwanrazif
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanAin Taha
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Norazhar Mohamad
 
Bahasa Tubuh Ketika Bekerja
Bahasa Tubuh Ketika BekerjaBahasa Tubuh Ketika Bekerja
Bahasa Tubuh Ketika BekerjaEsy Ginting
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanSeredup Maya
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Komunikasi non-verbal
Komunikasi non-verbalKomunikasi non-verbal
Komunikasi non-verbalMickgun
 
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Jack Linang
 

Destacado (20)

Fpk
FpkFpk
Fpk
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayuRancangan pengajaran harian bahasa melayu
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Visi & misi kpm
Visi & misi kpmVisi & misi kpm
Visi & misi kpm
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
Dokumen standard bahasa malaysia sk tahap 1
 
Bahasa Tubuh Ketika Bekerja
Bahasa Tubuh Ketika BekerjaBahasa Tubuh Ketika Bekerja
Bahasa Tubuh Ketika Bekerja
 
Bahasa Tubuh (Nk Print)
Bahasa Tubuh (Nk Print)Bahasa Tubuh (Nk Print)
Bahasa Tubuh (Nk Print)
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
 
Komunikasi non-verbal
Komunikasi non-verbalKomunikasi non-verbal
Komunikasi non-verbal
 
Komunikasi
KomunikasiKomunikasi
Komunikasi
 
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
 
imej
imejimej
imej
 
Rph bahasa melayu tahap 2
Rph bahasa melayu tahap 2Rph bahasa melayu tahap 2
Rph bahasa melayu tahap 2
 
1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam1.0 teknik pengucapan awam
1.0 teknik pengucapan awam
 
Bahasa tubuh
Bahasa tubuhBahasa tubuh
Bahasa tubuh
 

Similar a Kssr (fpk)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanNur Syafira
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahAirun Pureluv
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...MuhammadZulaziziMohd
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahenab dan kesum
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumPerkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumNur Fateha
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxMuhamad Mahat
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02zuhaipgm
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02aipeng83
 

Similar a Kssr (fpk) (20)

Bentuk kurikulum
Bentuk kurikulumBentuk kurikulum
Bentuk kurikulum
 
Report KSSR
Report KSSRReport KSSR
Report KSSR
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01Kssr 130507213236-phpapp01
Kssr 130507213236-phpapp01
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendahBanding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah
 
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
Tahap Kemahiran dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajara...
 
Kurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendahKurikulum pj di sekolah rendah
Kurikulum pj di sekolah rendah
 
Laporan kssr
Laporan kssrLaporan kssr
Laporan kssr
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Kbsr
KbsrKbsr
Kbsr
 
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulumPerkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
Perkaitan antara pendidikan sivik dan kewarganegaraan dengan kurikulum
 
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docxPanduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
Panduan Pelaksanaan Di Sekolah - Program Membina Tabiat Membaca (1).docx
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02Kssr2011 110521112300-phpapp02
Kssr2011 110521112300-phpapp02
 
Kbsr kssr
Kbsr kssrKbsr kssr
Kbsr kssr
 
Kssr 2011
Kssr 2011Kssr 2011
Kssr 2011
 

Kssr (fpk)

  • 1. 1.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? Manusia dan alam sekelilingnya Perkembangan diri individu Komunikasi Reka bentuk kurikulum dalam KBSR Rajah 1 : Reka bentuk kurikulum dalam KBSR 5
  • 2. Reka bentuk KBSR berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan individu. Di dalam reka bentuk komunikasi KBSR terkandung kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Kemahiran ini merupakan tonggak pendidikan asas di peringkat sekolah rendah. Antara mata pelajaran yang tergolong dalam bidang ini termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Matematik. Kesemua mata pelajaran ini diajar pada Tahap 1 dan Tahap 2. Contohnya, bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, ia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat. Pada Tahap 1, murid-murid berusaha untuk menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui pelbagai sumber ilmu. Manakala, pada Tahap 2 pula, murid-murid diberi penekanan kepada kemahiran belajar dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan. Kesimpulannya, mata pelajaran Bahasa Melayu KBSR bertujuan untuk melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa,menghargai serta menghayati bahasa sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu selaras dengan semangat Rukun Negara dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seterusnya, bidang yang kedua iaitu manusia dan alam sekeliling mengandungi komponen kerohanian, nilai dan sikap. Pada Tahap 1, mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral diajar manakala pada Tahap 2, dua mata pelajaran lain ditambah iaitu Sains dan Kajian Tempatan. Contohnya, dalam mata pelajaran Pendidikan Moral terkandung 16 nilai berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sarwajagat dan prinsipprinsip Rukun Negara. Nilai yang sama diajar pada tiap-tiap tahun persekolahan tetapi isi kandungan dan penekanan yang dilakukan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Sebagai contoh, pada Tahap 1, murid diajar nilai pengajaran dan pembelajaran berasaskan isu dan situasi murid itu sendiri serta kehidupan sehariannya seperti kebersihan diri iaitu mandi, gosok gigi, sikat rambut dan lain-lain lagi. Manakala pada tahap 2 pula, konteks isu dan situasi dikembangkan untuk meliputi aspek kemasyarakatan, negara dan antarabangsa. Oleh itu, murid digalakkan untuk berfikir, berbincang dan membuat keputusan berhubung dengan isu moral yang timbul dalam situasi kehidupan seharian. Seterusnya, bidang yang ketiga dalam KBSR ialah perkembangan diri individu. Komponen yang terkandung dalam bidang ini ialah komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam aspek kemahiran hidup dan penghayatan kesenian dan kesihatan. Antara mata pelajaran yang terkandung dalam 6
  • 3. komponen ini ialah Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Komunikasi Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Keterampilan diri Rajah 2 : Reka bentuk kurikulum dalam KSSR Namun, berdasarkan reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Jika kita lihat di dalam KSSR reka bentuk yang digunakan lebih spesifik dan jelas berbanding dengan KBSR. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga nonverbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Jika dilihat dalam KBSR hanya menekankan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis sahaja tetapi dalam KBSR, tunjang komunikasi ditekankan dengan satu lagi kemahiran berbahasa yang amat penting iaitu menaakul. 7
  • 4. Hal ini jelas menunjukkan KSSR merupakan satu transformasi baru yang dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan berbahasa murid sehingga tahap yang tertinggi iaitu proses penaakulan. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian, sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada tunjang ini. Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah turut menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepada pengupayaan konsep pembangunan berterusan dan pembangunan sumber tenaga berterusan. Selain itu, tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patritotisme dan perpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usaha pembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotism perlu ditanam dalam diri individu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh itu, tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahiran dan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar. Seterusnya, tunjang Keterampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti, patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis. Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam 8
  • 5. aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang keterampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjang literasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT. Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR. Murid perlu memahami konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran asas sains menjadikan murid celik sains dan menyediakan mereka dengan peluang untuk menghuraikan maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. 9
  • 6. 10
  • 7. PENTAKSIRAN KBSR - Penekanan yang ketara kepada KSSR - Dijalankan secara berterusan untuk pentaksiran sumatif. mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. - Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai. - Bersifat autentik dan holistik Di dalam KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif. Contoh penilaian sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah (PKBS). Skop penilaian merangkumi aspek kognitif, afektif dan psikomotor serta sikap bakat dan minat murid. Guru merancang dan melaksana cara bagaimana menilai perkembangan dan pencapaian murid secara berterusan. Maklumat dikumpul digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada serta merta atau selepas pengajaran satu-satu unit pembelajaran. Tindakan susulan yang dibuat berbentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan sejajar dengan tahap kebolehan murid. Seterusnya, ujian yang diberi penekanan dalam KBSR ialah ujian sumatif. Contoh ujian sumatif yang ialah Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian murid. Aspek penilaian yang diutamakan berfokus kepada domain kognitif, iaitu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Antara mata pelajaran yang diuji termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam pula, Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dikendalikan bertujuan mengenalpasti penguasaan amalan asas fardu ain yang betul dan sempurna sepertimana yang ditentukan syarak. Sepertimana yang kita sedia maklum, pentaksiran dalam KBSR terdapat beberapa kelemahan berbanding KSSR kerana pentaksiran KBSR dilihat beorientasikan peperiksaan dan tidak menyumbang kepada aspek pembangunan modal insan. Murid dalam sistem pentaksiran KBSR belajar hanya untuk mengambil peperiksaan semata-mata dan kurang mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila tamat menghadapi UPSR murid akan melangkah ke sekolah menengah, murid tidak dapat membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari ketika sekolah rendah dan mengaitkan dengan mata pelajaran di sekolah menengah. Hal ini kerana, murid hanya 11
  • 8. belajar untuk menjawab peperiksaan semata-mata. Hal ini dilihat menjadi kelemahan utama dalam sistem pentaksiran KBSR. Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autentik dan holistik. Terdapat lima kaedah pentaksiran dilaksanakan melalui SPPK iaitu pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, pentaksiran sekolah, pentaksiran psikometrik, peperiksaan pusat serta pentaksiran pusat. Di bawah pentaksiran sekolah, setiap sekolah bertanggungjawab melaksanakan sistem pentaksiran sendiri yang dirancang dan diperiksa guru membabitkan murid, ibu bapa dan organisasi luar yangdipecahkan kepada dua iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Portfolio adalah kaedah pengumpulan hasil kerja murid yang sistematik dan menjadi bukti perkembangan murid sepanjang tempoh pembelajarannya. Dokumen ini dibahagikan kepada dua iaitu portfolio perkembangan dan pameran. Portfolio perkembangan menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dari semasa ke semasa, membantu guru memantau perkembangan dan membuat pentaksiran serta membolehkan murid melakukan penilaian kendiri dalam menetap matlamat yang hendak dicapai. 12
  • 9. Dokumen itu turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Portfolio pameran mempamerkan tahap penguasaan dan pencapaian murid pada akhir tempoh pembelajaran mereka selain sebagai bahan bukti untuk rujukan dan penilaian akan datang, memberi maklumat aptitud murid kepada guru yang akan mengajarnya pada tahun berikutnya serta dijadikan penilaian untuk pemberian penghargaan. Namun, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat dari aspek pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persaman iaitu kemahiran berfikir dalam p&p, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam p&p, penggunaan TMK, pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar. Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa. Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu diperuntukan sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR dan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak sekolah dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah. Kesimpulannya, perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang dengan kurikulum pendidikan di negara ini agar murid-murid yang menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke arah negara maju. Meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan dan kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. 13