SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
Tips-tips Psikologi Peperiksaan



                    Pembuka kata

Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa
peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup
dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda
tidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukar
untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah anda
pelajari. Apakah yang harus anda lakukan?

Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini.
Sedar tak, semasa anda resah dan berdebar, anda
bernafas dengan laju sekali? Anda bernafas kadangkala
seperti orang yang baru berlari pecut 100 meter.
Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paru
anda sukar untuk menyerap oksigen yang anda sedut
kerana anda sedut udara dan lepaskannya semula dalam
masa yang sangat singkat.

Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah,
pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas
sedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama
7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masa
yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dan
kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga.
Buat aktiviti ini 5 ke 10 kali.

Sebaik-baiknya anda amalkan cara pernafasan begini
semasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebih
baik jika anda lakukan semasa peperiksaan.

Praktikkan cara ini insyaallah anda akan rasakan
kesannya yang membuat anda lebih tenang dan fokus.
Selamat mencuba.
Tip #1

    Bahaya menghafal di saat akhir

Sebelum memasuki dewan peperiksaan,
pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda
sibuk membuka buku dan cuba menghafal
fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat
anda tentang perkara ini?

Jika anda tanya saya, saya akan katakan
bahawa ada bahayanya jika anda lakukan
perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki
dewan peperiksaan, anda lebih mudah
panik. Katakan anda cuba menghafal
sesuatu dan gagl menghafalnya, anda akan
masuk dewan peperiksaan dengan perasaan
sangat gementar kerana tidak menghafal
fakta tadi. Ini mula mengganggu
konsentrasi ingatan anda terhadap fakta-
fakta lain.

Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat
hafal tadi mungkin tidak keluar langsung
dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda
lupa fakta lain yang anda telah hafal
sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa
panik dan gementar sebelum memasuki
dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah
anda membuka dan menghafal nota disaat-
saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?
Tip #2

     Latih kebolehan menumpukan
               perhatian

Apabila kita sedang menjawab soalan di
dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan
yang amat kita perlukan ialah kebolehan
untuk menumpukan perhatian. Jika kita
tidak boleh menumpukan perhatian, kita
akan merasa sukar untuk mengingati apa
yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh
menumpukan perhatian kepada menjawab
soalan, kita juga akan mudah merasa letih
dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan
tajam.

Satu cara untuk melatih kebolehan
menumpukan perhatian ialah semasa anda
melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa
mengulangkaji, ketepikan semua jenis
gangguan seperti televisyen, radio,
handphone dan cuba cari tempat yang agak
tenang seperti keadaan di dalam dewan
peperiksaan. Katakan anda sedang
mengulangkaji matematik, cari soalan-
soalan matematik yang anda boleh lakukan
dalam masa 30 minit. Dapatkan contoh
kertas peperiksaan jika boleh.

Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk
dengan selesa bukan bermakna anda boleh
berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja
) Duduk seperti anda seorang pelajar
cemerlang yang sedang menjawab soalan
peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan
bersungguh-sungguh) bahawa anda akan
menumpukan perhatian selama 30 minit
untuk melakukan latihan matematik. Kita
mulakan latihan penumpuan perhatian ini
dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30
minit terlalu lama, kurangkan sedikit.

Kemudian, mula menjawab soalan-soalan
itu. Gunakan segala usaha minda anda
untuk menepis sebarang jenis gangguan
yang mungkin mengganggu konsentrasi
anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda
mula teringat rancangan television yang
menarik dan mungkin anda juga teringat
tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam
masa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus
100 peratus perhatian anda kepada soalan
yang sedang lakukan.

Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah
berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit
kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada
masa sebenar yang diberi untuk menjawab
kertas soalan matematik.

Dengan berlatih begini, anda akan
meningkatkan kebolehan anda untuk
menumpukan perhatian dan bertahan
dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.

Selamat mencuba.
                   Tip #3

          Rehat dengan cukup

Apabila disebut perkataan rehat, ramai
pelajar yang terbayangkan perkataan tidur.
Bagi mereka, satu-satunya cara untuk
berehat adalah dengan tidur.

Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat.
Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yang
boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya,
bersiar-siar di waktu petang, beriadah
ringan, membaca buku kegemaran,
menonton tayangan gambar, mendengar
muzik dan sebagainya.

Ada beberapa petua tentang memilih aktiviti
untuk merehatkan otak dan badan.
Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang
sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi orang
lain. Contohnya, bila anda dengar kawan
anda berehat dengan membaca buku cerita,
anda juga ikut baca buku cerita. Padahal,
anda rasa makin tertekan bila membaca
buku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain,
cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri.

Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalu
memenatkan. Jika terlalu memenatkan,
anda akan kehilangan tenaga untuk
diluangkan kepada masa mengulangkaji.
Jika anda memilih untuk beriadah, jangan
terlalu memenatkan.

Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otak
itu dengan kadar sederhana. Jika anda
memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu
lama. Jika anda memilih untuk membaca
buku cerita atau majalah, jangan terlalu
lama juga. Nanti masa anda habis dalam
membuat aktiviti ini sahaja pula.


                   Tip #4

         Bayangkan kesudahan
           menggembirakan

Peperiksaan adalah sesuatu yang
menakutkan dan menggerunkan bagi
sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan
menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar
itu dipenuhi dengan imej-imej yang
menunjukkan kegagalan, kesusahan,
pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej
begini dalam fikiran pelajar akan
menambahkan lagi debaran untuk
menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang
pelajar harus lakukan untuk mengurangkan
rasa debaran dan kegelisahan ini?

Satu cara yang efektif ialah dengan
membayangkan kesudahan yang
menggembirakan. Sebelum hari
peperiksaan menjelang, bayangkan hari
peperiksaan tersebut di dalam minda anda.
bayangkan, peperiksaan sudah berakhir,
dan anda kelihatan gembira kerana telah
menjawab dengan baik. Bayangkan dengan
jelas bagaimana rupa anda ketika
tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian,
rasakan perasaan gembira yang mengiringi
senyuman itu. Ini yang dimaksudkan
dengan membayangkan kesudahan yang
menggembirakan.

Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang
saya katakan sebelum ini, kita adalah apa
yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan
tentang kesusahan peperiksaan, kita akan
sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Akhirnya,
kesusahan itu menjadi kenyataan.

Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu
kepada kesudahan yang menggembirakan
yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita
akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu
akan benar-benar menjadi kenyataan.
Selamat mencuba
Tip #5

 Berlatih dengan suasana peperiksaan

Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan
pelajar yang akan mengambil peperiksaan
ini sudah habis belajar sukatan pelajaran
masing-masing dan sepatutnya mereka
semua sudah mula membuat latih tubi
untuk menghadapi peperiksaan yang besar
ini. Selain daripada melakukan sebanyak
latihan yang mungkin, apakah perkara
penting yang perlu dilakukan ketika ini?

Satu perkara penting yang patut anda
lakukan ialah berlatih dengan suasana
peperiksaan. Saya selalu mendengar
rungutan pelajar bahawa jika mereka
lakukan latihan di rumah, mereka boleh
menjawab dengan baik, tetapi di dalam
dewan peperiksaan, lain pula jadinya.
Kenapa anda mungkin hebat di rumah dan
di sekolah tetapi tidak begitu hebat semasa
peperiksaan sebenar?

Ada beberapa sebab mengapa itu terjadi.
Satu sebabnya ialah anda mungkin telah
membiasakan diri dengan aktiviti yang tidak
boleh dilakukan di dalam dewan
peperiksaan. Contohnya, saya ada lihat
pelajar yang suka meletakkan kedua-dua
kaki mereka di atas kerusi semasa belajar.
Mereka selesa belajar begitu. Tetapi, di
dalam dewan peperiksaan mereka tidak
boleh buat begitu, lalu mereka jadi tidak
selesa. Bila tidak selesa, mereka tidak
dapat berfikir sehebat bila mereka belajar di
rumah.

Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiul
sewaktu membuat latihan. Mereka kata
mereka selesa begitu. Tetapi, tidak boleh
bersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi,
mereka rasa tidak selesa dan akibatnya,
tidak dapat menjawab dengan baik.

Apa yang perlu anda lakukan ialah,
perhatikan cara anda belajar di rumah atau
ketika bersendirian. Kenal pasti mana-mana
perkara yang anda lakukan yang tidak boleh
dilakukan di dalam dewan peperiksaan.
Walaupun anda selesa belajar begitu
(seperti belajar sambil meniarap), anda
akan rasa tidak selesa semasa dalam dewan
peperiksaan nanti. Kemudian, perlahan-
lahan hentikan perbuatan itu. Anda perlu
ingat, jika anda terlalu suka buat sesuatu
yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan
peperiksaan, anda akan rasa tertekan
semasa mengambil peperiksaan nanti.

Kemudian, berlatih duduk di satu tempat
yang sesuai dan buat latihan mata
pelajaran anda. Jika boleh, wujudkan
suasana peperiksaan di mana anda buat
latihan itu mengikut masa yang ditetapkan
dan anda tidak membuat bising atau
bergerak ke sana ke mari. Ringkasnya,
berlagak seolah-olah anda sedang
menghadapi peperiksaan yang sebenar.

Kesannya? Seperti biasa, mula-mula anda
akan rasa tidak selesa dan janggal. Namun,
setelah dilatih, anda akan mula rasa selesa
malah anda akan rasa lebih mudah untuk
fokus kepada latihan anda. Kemudian,
insyaallah, anda akan rasa selesa juga di
dalam dewan peperiksaan nanti.

Selamat mencuba.
Tip #6

  Teknik meningkatkan kepantasan
semasa menjawab soalan peperiksaan

Ada dua perkara penting yang anda perlu
ada untuk mendapat markah yang
cemerlang di dalam peperiksaan. Dua
perkara itu ialah Kepantasan dan
Ketepatan.

Saya ingin kongsikan satu tips tentang
kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan
kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk
lain, bagaimana anda boleh menjawab
soalan dengan pantas di dalam
peperiksaan?

 Kepantasan adalah amat penting
terutamanya di dalam peperiksaan
matematik. Satu teknik yang boleh
digunakan untuk meningkatkan kepantasan
dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition).

Contohnya, anda sedang mengulangkaji
matapelajaran matematik di bawah tajuk
linear equation. Setelah anda faham tajuk
itu dan mula membuat latihan, catat masa
anda membuat latihan matematik.
Katakanlah, disebabkan soalan itu susah,
anda mengambil masa 7 minit untuk
menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas
kosong lain, selesaikan semula soalan itu.
Jika anda tidak boleh selesaikan,
maksudnya anda masih tidak faham jalan
penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa
yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin
kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7
minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda
betul-betul lancar dan masa yang anda
ambil mesti jadi semakin pendek sekurang-
kurangnya separuh daripada masa mula
tadi (3.5 minit).
Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik
ulang soalan yang sama, tentulah saya
akan jawab semakin cepat sebab saya
sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam
peperiksaan bukan kena jawab soalan yang
sama!”Benar, anda jawab semakin cepat
kerana anda sudah ingat jalan
penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam
masa yang sama, anda akan ingat juga cara
menjawab soalan begini jika anda jumpa
soalan yang lebih kurang sama bentuknya
di dalam peperiksaan nanti.

Berlatih berulang kali dengan soalan yang
sama boleh meningkatkan tahap keyakinan
dan keselesaan anda. Anda akan rasa
selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi,
anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab
soalan yang sama berulang kali juga akan
membuat anda sedar bahawa kebanyakan
cara menjawab soalan peperiksaan adalah
sama sahaja. Jika anda sudah faham
danmahir menyelesaikan masalah
menggunakan satu cara, cara itu juga boleh
digunakan untuk soalan lain dalam tajuk
yang sama.

Selamat mencuba.
Tip #7

   Mengurangkan tekanan perasaan
      menjelang peperiksaan

Peperiksaan sudah semakin hampir.
Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan?
Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira
kerana debaran sepanjang tahun ini akan
berakhir tidak lama lagi.

Merasa gementar atau tertekan adalah
perkara biasa. Namun perkara biasa ini
boleh menjadi luar biasa jika anda tidak
boleh mengawalnya. Sewaktu saya
mengambil peperiksaan SPM pada tahun
1993, ada dua pelajar daripada sekolah
saya yang tidak dapat mengambil
peperiksaan. Mereka tidak sihat dan saya
percaya ia disebabkan oleh tekanan
menghadapi peperiksaan. Soalan saya,
apakah kesan tekanan menghadapi
peperiksaan ini? Maksud saya, apakah
kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat
tekanan perasaan? Tuliskan 10 jawapan
anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit
untuk anda menulis kesan-kesan tekanan
perasaan itu………… (3 minit dari
sekarang……………..)

(…….. dah tulis….? Jangan sambung baca
selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak
dapat faham apa yang saya ingin
sampaikan dalam mesej ini.)

Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda?
Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis
ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat
marah, hilang mood, hilang selera makan,
(bertambah selera makan pun ada ), sakit
perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak
pengsan, benci tengok kawan, benci tengok
muka guru, benci tengok muka sendiri, dan
macam-macam lagi perkara yang negatif.
Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai
anda?

Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam
senarai anda, ada tak kesan yang positif
atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya,
saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan
yang baik bila ditanya tentang kesan
tekanan perasaan. Padahal, memang ada
kesan yang baik.

Apakah kesan baik tentang tekanan
perasaan? Saya akan jawab esok. Tetapi
saya akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekanan
perasaan ada kaitan dengan orang yang
membuat senaman angkat berat. Apa
agaknya ya? Fikirkan…….
                   Tip #8

   Mengurangkan tekanan perasaan
      menjelang peperiksaan

Dapatkah anda meneka apakah kesan baik
tekanan perasaan kepada kita? Baiklah,
saya akan terangkan dulu apa kesan
membuat latihan angkat berat.

Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia
mengangkat besi seberat 20 kg beberapa
kali hingga dia tidak mampu
mengangkatnya. Besi yang berat ini
memberi tekanan kepada otot-otot tangan
Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan
terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada
tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan
tadi.

Satu perkara yang hebat mengenai manusia
ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak
disebabkan tekanan benda berat tadi, ia
akan digantikan dengan yang BARU,
LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa
sakit, kekuatan tangannya akan bertambah.
Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula
kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi
lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini
kerana kekuatan kita telah
bertambah.Begitu juga dengan tekanan
perasaan. Tekanan perasaan membuat kita
pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah
dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar,
hadapi tekanan itu dengan rasa yakin
bahawa ia akan membuat kita lebih hebat,
insyaallah kita akan jadi lebih matang dan
bijak. Kita buat soalan matematik
contohnya dan rasa pening, jika kita sabar
dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita
akan rasa bahawa soalan matematik tidak
lagi memberi tekanan perasaan kepada
kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi
semakin kuat.

Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu
perkara ini. Jika anda rasa tertekan,
percaya bahawa apabila anda susah
melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan
matang dan anda akan lebih mempunyai
peluang untuk berjaya di dalam pelajaran
atau dalam hidup.
Tip #9

   Mengurangkan tekanan perasaan
      menjelang peperiksaan

Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan
sebenarnya membawa kebaikan kepada kita
jika kita dapat mengawalnya dengan baik,
kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa
tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan
itu akan berakhir dan apabila ia berakhir,
anda akan jadi lebih bijak dan matang.

Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik
lain untuk mengurangkan tekanan
perasaan. Teknik ini saya namakan mencari
‘masa aktif’.

Salah satu sebab anda merasa tertekan
ialah kerana anda penat. Apabila anda
penat, anda tidak boleh menumpukan
perhatian kepada apa yang anda belajar.
Apabila anda tidak boleh menumpukan
perhatian, anda tidak faham. Apabila anda
tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN!

Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu
mengenal pasti pada waktu bila kah anda
paling aktif? maksud, dalam sehari, pada
waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada
pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada
pelajar yang cergas di waktu malam dan
ada di waktu petang. Jika anda belajar
sewaktu minda anda cergas dan tubuh
badan anda rasa segar, anda lebih mudah
faham apa yang anda pelajari. Disebabkan
anda sedang cergas, anda juga tidak akan
mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti
waktu mana yang sesuai untuk anda
belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’
anda itu.

Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda
adalah pada waktu malam, anda perlu
berhati-hati supaya jangan membuat
aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang.
Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2
jam di waktu petang hingga anda hilang
semua tenaga simpanan yang perlu
digunakan pada waktu malam. Sama juga
jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi.
Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka
belajar pada waktu pagi. Ini akan
mengganggu masa aktif anda itu.

Selamat mencuba.


                  Tip #10

   Mengurangkan tekanan perasaan
      menjelang peperiksaan

Pernahkah anda merasa begitu tertekan
hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh
makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba
ingat, bagaimana cara anda berdiri,
bagaimana cara anda duduk dan bagaimana
memek muka anda ketika anda merasa
tertekan? Ingat?

Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh
mengurangkan rasa tekanan dengan hanya
mengubah cara anda berdiri, duduk dan
juga menukar memek muka anda.
Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba
berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam.
Tinggikan kedudukan dada anda seolah-
olah anda baru menang satu anugerah dan
anda merasa sangat bangga. Senyum.
Senyum sampai nampak semua gigi anda.
Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik
kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk
mengurangkan tekanan perasaan.

Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan
bahawa anda boleh mengubah apa yang
anda rasa dengan hanya mengubah cara
pergerakan tubuh badan anda. Mari kita
cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi
ke meja anda untuk belajar. Buku-buku
anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba
jalan perlahan-lahan dengan muka yang
‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni )
Kalau tak faham monyok, buat muka ketika
anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah
yang berat seolah-olah ada rantai di kaki
anda dan anda tidak larat nak berjalan
dengan tegak.

Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan?
Untuk mengatasinya, buat perkara
sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan
buat muka riang gembira macam anda baru
menang hadiah cabutan bertuah. Apa anda
rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih
cergas, anda juga akan kurang merasa
kesan tekanan perasaan yang melanda.

Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah
memek muka anda untuk mengurangkan
tekanan perasaan yang anda rasa. Selamat
mencuba.


                 Tip #11

   Mengurangkan tekanan perasaan
      menjelang peperiksaan

Manusia amat memerlukan tekanan untuk
dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang.
Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan-
keunikan yang mengatasi orang lain.
Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak
kuat tekanannya, lemahlah air yang
mengalir, jika kuat tekanannya
terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM
Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
Seperti yang telah kita bincangkan
beberapa hari ini, tekanan boleh membawa
kesan positif kepada hidup kita dengan
syarat kita sabar dan hadapinya dengan
tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep
ini dengan menarik melalui buku beliau Nak
ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus
jika anda mendapatkan buku ini.

Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan
disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai
jenis teknik pernafasan yang ada tetapi
saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan
yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang
pakar Sophrology di Amerika Syarikat
(jangan risau jika anda tidak tahu apa
maksud sophrology). Ini adalah teknik
pernafasan beliau untuk menghilangkan
tekanan perasaan.

Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih
kurang selebar bahu anda. Tarik nafas
melalui hidung anda dan bayangkan yang
anda sedang menyedut udara dari ibu jari
kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon
besar di dalam perut anda. Lakukan proses
ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat
perlahan-lahan).

Kekalkan belon besar itu di dalam perut
anda selama 4 saat.

Kemudian, kempiskan belon itu perlahan-
lahan selam 8 saat.

Kemudian biarkan belon itu kosong selama
4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan
fikirkan apa-apa.

Kemudian ulang semula proses ini dari awal
4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebih
tenang dan kadar tekanan perasaan itu
akan menurun.

Selamat mencuba.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Idris Miaus
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasfauzydp
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067fittri57
 
Panduan peperiksaan
Panduan peperiksaan Panduan peperiksaan
Panduan peperiksaan Ramli Rem
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikDigna Rita
 
Kerja kursus power points oum
Kerja kursus power points oumKerja kursus power points oum
Kerja kursus power points oumMazlan Samat
 
Tips belajar efektif
Tips belajar efektifTips belajar efektif
Tips belajar efektifShundary Ajja
 
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Yellowz Timpuson Omie
 
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]Strategi menghadapipeperiksaan1[1]
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]增福 蔡增福
 
Cara belajar efektif dan kurikulum smk
Cara belajar efektif dan kurikulum smkCara belajar efektif dan kurikulum smk
Cara belajar efektif dan kurikulum smkYusuf Mestika
 
4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektifby_baja
 

La actualidad más candente (18)

Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2
 
CARA BELAJAR EFEKTIF
CARA BELAJAR EFEKTIFCARA BELAJAR EFEKTIF
CARA BELAJAR EFEKTIF
 
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelasPetua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067
 
Menghafal pelajaran 
Menghafal pelajaran Menghafal pelajaran 
Menghafal pelajaran 
 
Panduan peperiksaan
Panduan peperiksaan Panduan peperiksaan
Panduan peperiksaan
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baik
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 
Kerja kursus power points oum
Kerja kursus power points oumKerja kursus power points oum
Kerja kursus power points oum
 
Dy6
Dy6Dy6
Dy6
 
Tips belajar efektif
Tips belajar efektifTips belajar efektif
Tips belajar efektif
 
Membaca cepat
Membaca cepatMembaca cepat
Membaca cepat
 
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan   berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
Tip tip belajar & menghadapi peperiksaan berkongsi rahsia dengan pelajar-pe...
 
Menghadapi Peperiksaan
Menghadapi PeperiksaanMenghadapi Peperiksaan
Menghadapi Peperiksaan
 
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]Strategi menghadapipeperiksaan1[1]
Strategi menghadapipeperiksaan1[1]
 
Cara belajar efektif dan kurikulum smk
Cara belajar efektif dan kurikulum smkCara belajar efektif dan kurikulum smk
Cara belajar efektif dan kurikulum smk
 
4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif
 
会話 Bab 5 & 6
会話 Bab 5 & 6会話 Bab 5 & 6
会話 Bab 5 & 6
 

Destacado

Istiqbal ramadhan al mubarak
Istiqbal ramadhan al mubarakIstiqbal ramadhan al mubarak
Istiqbal ramadhan al mubaraksofian_94
 
Petua belajar cemerlang
Petua belajar cemerlangPetua belajar cemerlang
Petua belajar cemerlangMiss Jia
 
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)maditabalnco
 
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...Brian Solis
 
Open Source Creativity
Open Source CreativityOpen Source Creativity
Open Source CreativitySara Cannon
 
The Six Highest Performing B2B Blog Post Formats
The Six Highest Performing B2B Blog Post FormatsThe Six Highest Performing B2B Blog Post Formats
The Six Highest Performing B2B Blog Post FormatsBarry Feldman
 
The Outcome Economy
The Outcome EconomyThe Outcome Economy
The Outcome EconomyHelge Tennø
 

Destacado (8)

Tips
TipsTips
Tips
 
Istiqbal ramadhan al mubarak
Istiqbal ramadhan al mubarakIstiqbal ramadhan al mubarak
Istiqbal ramadhan al mubarak
 
Petua belajar cemerlang
Petua belajar cemerlangPetua belajar cemerlang
Petua belajar cemerlang
 
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)
Reuters: Pictures of the Year 2016 (Part 2)
 
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...
The impact of innovation on travel and tourism industries (World Travel Marke...
 
Open Source Creativity
Open Source CreativityOpen Source Creativity
Open Source Creativity
 
The Six Highest Performing B2B Blog Post Formats
The Six Highest Performing B2B Blog Post FormatsThe Six Highest Performing B2B Blog Post Formats
The Six Highest Performing B2B Blog Post Formats
 
The Outcome Economy
The Outcome EconomyThe Outcome Economy
The Outcome Economy
 

Similar a TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajar
Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajarCara meningkatkan konsentrasi dalam belajar
Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajarRiki Romansyah
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarTatakustara
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematImam Sofwan
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematImam Sofwan
 
PPT Belajar Kelas XI 1.pptx
PPT Belajar Kelas XI 1.pptxPPT Belajar Kelas XI 1.pptx
PPT Belajar Kelas XI 1.pptxSintaNuria8
 
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujian
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujianTips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujian
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujianugiadb
 
10 Tips Lulus Ujian Nasional
10 Tips Lulus Ujian Nasional10 Tips Lulus Ujian Nasional
10 Tips Lulus Ujian NasionalAbdul Qadir
 
Tip berjaya
Tip berjayaTip berjaya
Tip berjayapnche
 
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalatDevi Sri Wahyuni
 
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptxPPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptxMegaCan1
 
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docxdededahuridisney
 
4. Materi MPLS belajar Efektif.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif.docx4. Materi MPLS belajar Efektif.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif.docxdededahuridisney
 
4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektifEko Supriyadi
 

Similar a TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN (20)

Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajar
Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajarCara meningkatkan konsentrasi dalam belajar
Cara meningkatkan konsentrasi dalam belajar
 
Konsentrasi belajar
Konsentrasi belajarKonsentrasi belajar
Konsentrasi belajar
 
TEKNIK MENGHAFAL
TEKNIK MENGHAFAL TEKNIK MENGHAFAL
TEKNIK MENGHAFAL
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hemat
 
Pengertian hidup hemat
Pengertian hidup hematPengertian hidup hemat
Pengertian hidup hemat
 
PPT Belajar Kelas XI 1.pptx
PPT Belajar Kelas XI 1.pptxPPT Belajar Kelas XI 1.pptx
PPT Belajar Kelas XI 1.pptx
 
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujian
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujianTips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujian
Tips belajar efektif dan cara mengerjakan soal ujian
 
10 Tips Lulus Ujian Nasional
10 Tips Lulus Ujian Nasional10 Tips Lulus Ujian Nasional
10 Tips Lulus Ujian Nasional
 
Proses kawalan minda
Proses  kawalan  mindaProses  kawalan  minda
Proses kawalan minda
 
Tips lulus usm stan
Tips lulus usm stanTips lulus usm stan
Tips lulus usm stan
 
Tip berjaya
Tip berjayaTip berjaya
Tip berjaya
 
belajar efektif.pptx
belajar efektif.pptxbelajar efektif.pptx
belajar efektif.pptx
 
Rpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajarRpl ti dlm bk belajar
Rpl ti dlm bk belajar
 
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat
21 Cara menghilangkan rasa malas belajar, bekerja, dan shalat
 
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptxPPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
 
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif-1.docx
 
4. Materi MPLS belajar Efektif.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif.docx4. Materi MPLS belajar Efektif.docx
4. Materi MPLS belajar Efektif.docx
 
4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif4. materi mpls belajar efektif
4. materi mpls belajar efektif
 
Mulai jenuh di kantor
Mulai jenuh di kantorMulai jenuh di kantor
Mulai jenuh di kantor
 

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  • 1. Tips-tips Psikologi Peperiksaan Pembuka kata Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukar untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah anda pelajari. Apakah yang harus anda lakukan? Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini. Sedar tak, semasa anda resah dan berdebar, anda bernafas dengan laju sekali? Anda bernafas kadangkala seperti orang yang baru berlari pecut 100 meter. Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paru anda sukar untuk menyerap oksigen yang anda sedut kerana anda sedut udara dan lepaskannya semula dalam masa yang sangat singkat. Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama 7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masa yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dan kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga. Buat aktiviti ini 5 ke 10 kali. Sebaik-baiknya anda amalkan cara pernafasan begini semasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebih baik jika anda lakukan semasa peperiksaan. Praktikkan cara ini insyaallah anda akan rasakan kesannya yang membuat anda lebih tenang dan fokus. Selamat mencuba.
  • 2. Tip #1 Bahaya menghafal di saat akhir Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti anda pernah lihat kawan-kawan anda sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Apa pendapat anda tentang perkara ini? Jika anda tanya saya, saya akan katakan bahawa ada bahayanya jika anda lakukan perkara ini. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, anda lebih mudah panik. Katakan anda cuba menghafal sesuatu dan gagl menghafalnya, anda akan masuk dewan peperiksaan dengan perasaan sangat gementar kerana tidak menghafal fakta tadi. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan anda terhadap fakta- fakta lain. Akhirnya, fakta yang anda tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, anda lupa fakta lain yang anda telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah anda membuka dan menghafal nota disaat- saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?
  • 3. Tip #2 Latih kebolehan menumpukan perhatian Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan yang amat kita perlukan ialah kebolehan untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan tajam. Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan perhatian ialah semasa anda melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio, handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di dalam dewan peperiksaan. Katakan anda sedang mengulangkaji matematik, cari soalan- soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30 minit. Dapatkan contoh kertas peperiksaan jika boleh. Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja ) Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa anda akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit. Kemudian, mula menjawab soalan-soalan
  • 4. itu. Gunakan segala usaha minda anda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang mungkin mengganggu konsentrasi anda. Mungkin dalam masa 30 minit anda mula teringat rancangan television yang menarik dan mungkin anda juga teringat tentang janji untuk berjumpa kawan. dalam masa 30 minit ini, lupakan itu semua. Fokus 100 peratus perhatian anda kepada soalan yang sedang lakukan. Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik. Dengan berlatih begini, anda akan meningkatkan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama. Selamat mencuba. Tip #3 Rehat dengan cukup Apabila disebut perkataan rehat, ramai pelajar yang terbayangkan perkataan tidur. Bagi mereka, satu-satunya cara untuk berehat adalah dengan tidur. Sebenarnya, tidur adalah satu cara berehat. Tetapi ada beberapa perkara lain lagi yang boleh dilakukan untuk berehat. Contohnya, bersiar-siar di waktu petang, beriadah ringan, membaca buku kegemaran, menonton tayangan gambar, mendengar muzik dan sebagainya. Ada beberapa petua tentang memilih aktiviti untuk merehatkan otak dan badan. Pertama, anda perlu pilih mana aktiviti yang
  • 5. sesuai bagi anda, bukan sesuai bagi orang lain. Contohnya, bila anda dengar kawan anda berehat dengan membaca buku cerita, anda juga ikut baca buku cerita. Padahal, anda rasa makin tertekan bila membaca buku cerita. Jadi, jangan ikut orang lain, cari aktiviti yang sesuai untuk anda sendiri. Kedua, aktiviti yang dipilih jangan terlalu memenatkan. Jika terlalu memenatkan, anda akan kehilangan tenaga untuk diluangkan kepada masa mengulangkaji. Jika anda memilih untuk beriadah, jangan terlalu memenatkan. Ketiga, buat aktiviti yang merehatkan otak itu dengan kadar sederhana. Jika anda memilih untuk tidur, jangan tidur terlalu lama. Jika anda memilih untuk membaca buku cerita atau majalah, jangan terlalu lama juga. Nanti masa anda habis dalam membuat aktiviti ini sahaja pula. Tip #4 Bayangkan kesudahan menggembirakan Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini? Satu cara yang efektif ialah dengan
  • 6. membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan. Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba
  • 7. Tip #5 Berlatih dengan suasana peperiksaan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini sudah habis belajar sukatan pelajaran masing-masing dan sepatutnya mereka semua sudah mula membuat latih tubi untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini. Selain daripada melakukan sebanyak latihan yang mungkin, apakah perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini? Satu perkara penting yang patut anda lakukan ialah berlatih dengan suasana peperiksaan. Saya selalu mendengar rungutan pelajar bahawa jika mereka lakukan latihan di rumah, mereka boleh menjawab dengan baik, tetapi di dalam dewan peperiksaan, lain pula jadinya. Kenapa anda mungkin hebat di rumah dan di sekolah tetapi tidak begitu hebat semasa peperiksaan sebenar? Ada beberapa sebab mengapa itu terjadi. Satu sebabnya ialah anda mungkin telah membiasakan diri dengan aktiviti yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Contohnya, saya ada lihat pelajar yang suka meletakkan kedua-dua kaki mereka di atas kerusi semasa belajar. Mereka selesa belajar begitu. Tetapi, di dalam dewan peperiksaan mereka tidak boleh buat begitu, lalu mereka jadi tidak selesa. Bila tidak selesa, mereka tidak dapat berfikir sehebat bila mereka belajar di rumah. Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiul sewaktu membuat latihan. Mereka kata mereka selesa begitu. Tetapi, tidak boleh bersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi,
  • 8. mereka rasa tidak selesa dan akibatnya, tidak dapat menjawab dengan baik. Apa yang perlu anda lakukan ialah, perhatikan cara anda belajar di rumah atau ketika bersendirian. Kenal pasti mana-mana perkara yang anda lakukan yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Walaupun anda selesa belajar begitu (seperti belajar sambil meniarap), anda akan rasa tidak selesa semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kemudian, perlahan- lahan hentikan perbuatan itu. Anda perlu ingat, jika anda terlalu suka buat sesuatu yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan, anda akan rasa tertekan semasa mengambil peperiksaan nanti. Kemudian, berlatih duduk di satu tempat yang sesuai dan buat latihan mata pelajaran anda. Jika boleh, wujudkan suasana peperiksaan di mana anda buat latihan itu mengikut masa yang ditetapkan dan anda tidak membuat bising atau bergerak ke sana ke mari. Ringkasnya, berlagak seolah-olah anda sedang menghadapi peperiksaan yang sebenar. Kesannya? Seperti biasa, mula-mula anda akan rasa tidak selesa dan janggal. Namun, setelah dilatih, anda akan mula rasa selesa malah anda akan rasa lebih mudah untuk fokus kepada latihan anda. Kemudian, insyaallah, anda akan rasa selesa juga di dalam dewan peperiksaan nanti. Selamat mencuba.
  • 9. Tip #6 Teknik meningkatkan kepantasan semasa menjawab soalan peperiksaan Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan dan Ketepatan. Saya ingin kongsikan satu tips tentang kepantasan.Bagaimana cara meningkatkan kepantasan? Atau saya soal dalam bentuk lain, bagaimana anda boleh menjawab soalan dengan pantas di dalam peperiksaan? Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan ‘Pengulangan’ (repetition). Contohnya, anda sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa anda membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, anda mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika anda tidak boleh selesaikan, maksudnya anda masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang anda ambil. Masa anda ambil mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga anda betul-betul lancar dan masa yang anda ambil mesti jadi semakin pendek sekurang- kurangnya separuh daripada masa mula tadi (3.5 minit).
  • 10. Anda mungkin terfikir, “jika saya asyik ulang soalan yang sama, tentulah saya akan jawab semakin cepat sebab saya sudah ingat jalan penyelesaiannya. Dalam peperiksaan bukan kena jawab soalan yang sama!”Benar, anda jawab semakin cepat kerana anda sudah ingat jalan penyelesaiannya. Tetapi sebenarnya, dalam masa yang sama, anda akan ingat juga cara menjawab soalan begini jika anda jumpa soalan yang lebih kurang sama bentuknya di dalam peperiksaan nanti. Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Anda akan rasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, anda akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuat anda sedar bahawa kebanyakan cara menjawab soalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika anda sudah faham danmahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama. Selamat mencuba.
  • 11. Tip #7 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi. Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya. Sewaktu saya mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1993, ada dua pelajar daripada sekolah saya yang tidak dapat mengambil peperiksaan. Mereka tidak sihat dan saya percaya ia disebabkan oleh tekanan menghadapi peperiksaan. Soalan saya, apakah kesan tekanan menghadapi peperiksaan ini? Maksud saya, apakah kesan-kesan yang anda boleh lihat akibat tekanan perasaan? Tuliskan 10 jawapan anda di atas kertas. Saya beri masa 3 minit untuk anda menulis kesan-kesan tekanan perasaan itu………… (3 minit dari sekarang……………..) (…….. dah tulis….? Jangan sambung baca selagi anda belum tulis…. nanti anda tidak dapat faham apa yang saya ingin sampaikan dalam mesej ini.) Baiklah. Apa yang ada dalam senarai anda? Antara kesan-kesan yang biasa pelajar tulis ialah pening kepala, tumbuh jerawat, cepat marah, hilang mood, hilang selera makan, (bertambah selera makan pun ada ), sakit perut, sakit hati, hilang tumpuan, rasa nak pengsan, benci tengok kawan, benci tengok muka guru, benci tengok muka sendiri, dan macam-macam lagi perkara yang negatif.
  • 12. Ada tak contoh-contoh ini dalam senarai anda? Baiklah. Satu lagi soalan saya, dalam senarai anda, ada tak kesan yang positif atau kesan yang baik? Hmm…. selalunya, saya tidak pernah tengok pelajar tulis kesan yang baik bila ditanya tentang kesan tekanan perasaan. Padahal, memang ada kesan yang baik. Apakah kesan baik tentang tekanan perasaan? Saya akan jawab esok. Tetapi saya akan bagi ‘hint’. Kesan positif tekanan perasaan ada kaitan dengan orang yang membuat senaman angkat berat. Apa agaknya ya? Fikirkan……. Tip #8 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan Dapatkah anda meneka apakah kesan baik tekanan perasaan kepada kita? Baiklah, saya akan terangkan dulu apa kesan membuat latihan angkat berat. Katakan Ali berlatih angkat berat dan dia mengangkat besi seberat 20 kg beberapa kali hingga dia tidak mampu mengangkatnya. Besi yang berat ini memberi tekanan kepada otot-otot tangan Ali. Keesokan harinya, tangan Ali akan terasa sakit. Ini disebabkan otot-otot pada tangan Ali telah rosak disebabkan tekanan tadi. Satu perkara yang hebat mengenai manusia ciptaan Allah, jika otot-otot kita rosak disebabkan tekanan benda berat tadi, ia akan digantikan dengan yang BARU, LEBIH BESAR dan LEBIH KUAT.
  • 13. Ini bermakna, apabila Ali sudah hilang rasa sakit, kekuatan tangannya akan bertambah. Sebab itulah sebenarnya jika mula-mula kita angkat beg sekolah kita rasa berat, tapi lama kelamaan kita rasa biasa sahaja. Ini kerana kekuatan kita telah bertambah.Begitu juga dengan tekanan perasaan. Tekanan perasaan membuat kita pening kepala, sakit perut, rasa nak muntah dan sebagainya. Tetapi kalau kita sabar, hadapi tekanan itu dengan rasa yakin bahawa ia akan membuat kita lebih hebat, insyaallah kita akan jadi lebih matang dan bijak. Kita buat soalan matematik contohnya dan rasa pening, jika kita sabar dan hadapi tekanan itu dengan tenang, kita akan rasa bahawa soalan matematik tidak lagi memberi tekanan perasaan kepada kita. Ia seolah-olah kita sudah menjadi semakin kuat. Jadi, sebagai langkah permulaan, ingat satu perkara ini. Jika anda rasa tertekan, percaya bahawa apabila anda susah melaluinya anda akan jadi lebih bijak dan matang dan anda akan lebih mempunyai peluang untuk berjaya di dalam pelajaran atau dalam hidup.
  • 14. Tip #9 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang. Hari ini, saya ingin kongsikan satu teknik lain untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini saya namakan mencari ‘masa aktif’. Salah satu sebab anda merasa tertekan ialah kerana anda penat. Apabila anda penat, anda tidak boleh menumpukan perhatian kepada apa yang anda belajar. Apabila anda tidak boleh menumpukan perhatian, anda tidak faham. Apabila anda tidak faham, anda rasa…. TERTEKAN! Mencari masa aktif bermaksud, anda perlu mengenal pasti pada waktu bila kah anda paling aktif? maksud, dalam sehari, pada waktu mana fikiran anda paling cergas? Ada pelajar yang cergas di waktu pagi dan ada pelajar yang cergas di waktu malam dan ada di waktu petang. Jika anda belajar sewaktu minda anda cergas dan tubuh badan anda rasa segar, anda lebih mudah faham apa yang anda pelajari. Disebabkan anda sedang cergas, anda juga tidak akan mudah rasa tertekan. Jadi, kenal pasti waktu mana yang sesuai untuk anda belajar. kenal pasti, bilakah ‘masa aktif’ anda itu. Ada satu peringatan. Jika masa aktif anda adalah pada waktu malam, anda perlu
  • 15. berhati-hati supaya jangan membuat aktiviti yang terlalu berat pasa waktu siang. Aktiviti berat seperti bermain bola selama 2 jam di waktu petang hingga anda hilang semua tenaga simpanan yang perlu digunakan pada waktu malam. Sama juga jika masa aktif anda ialah pada waktu pagi. Jangan tidur terlalu lewat jika anda suka belajar pada waktu pagi. Ini akan mengganggu masa aktif anda itu. Selamat mencuba. Tip #10 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan Pernahkah anda merasa begitu tertekan hingga tidak boleh tidur dan tidak boleh makan? Ingat semula pengalaman itu. Cuba ingat, bagaimana cara anda berdiri, bagaimana cara anda duduk dan bagaimana memek muka anda ketika anda merasa tertekan? Ingat? Bagus. Jika anda hendak tahu, anda boleh mengurangkan rasa tekanan dengan hanya mengubah cara anda berdiri, duduk dan juga menukar memek muka anda. Sekarang, jika anda rasa tertekan, cuba berdiri tegak. Tarik nafas dalam-dalam. Tinggikan kedudukan dada anda seolah- olah anda baru menang satu anugerah dan anda merasa sangat bangga. Senyum. Senyum sampai nampak semua gigi anda. Apa yang anda rasa sekarang? Lebih baik kan? Ini adalah teknik ‘Fisiologi’ untuk mengurangkan tekanan perasaan. Teknik ini adalah mudah. Ia mengatakan bahawa anda boleh mengubah apa yang
  • 16. anda rasa dengan hanya mengubah cara pergerakan tubuh badan anda. Mari kita cuba sekali lagi. Katakan anda hendak pergi ke meja anda untuk belajar. Buku-buku anda telah siap tersedia di atas meja. Cuba jalan perlahan-lahan dengan muka yang ‘monyok’ (boleh guna ke perkataan ni ) Kalau tak faham monyok, buat muka ketika anda sangat kecewa. Jalan dengan langkah yang berat seolah-olah ada rantai di kaki anda dan anda tidak larat nak berjalan dengan tegak. Apa yang anda rasa? Berat dan malas kan? Untuk mengatasinya, buat perkara sebaliknya. Berjalan dengan gagah dan buat muka riang gembira macam anda baru menang hadiah cabutan bertuah. Apa anda rasa? Bukan sahaja anda akan rasa lebih cergas, anda juga akan kurang merasa kesan tekanan perasaan yang melanda. Jadi, ubah pergerakan anda dan ubah memek muka anda untuk mengurangkan tekanan perasaan yang anda rasa. Selamat mencuba. Tip #11 Mengurangkan tekanan perasaan menjelang peperiksaan Manusia amat memerlukan tekanan untuk dia lebih cerdas, cergas dan cemerlang. Untuk dia dilihat sebagai memiliki keunikan- keunikan yang mengatasi orang lain. Sebagaimana air dari kepala paip, jika tak kuat tekanannya, lemahlah air yang mengalir, jika kuat tekanannya terpancutlah dengan derasnya. ~Dr. HM Tuah, ‘Nak ke Tak Nak’~
  • 17. Seperti yang telah kita bincangkan beberapa hari ini, tekanan boleh membawa kesan positif kepada hidup kita dengan syarat kita sabar dan hadapinya dengan tenang. Dr. Tuah ada menerangkan konsep ini dengan menarik melalui buku beliau Nak ke Tak Nak. Adalah satu idea yang bagus jika anda mendapatkan buku ini. Satu petua lagi yang ingin saya kongsikan disini ialah teknik pernafasan. Ada pelbagai jenis teknik pernafasan yang ada tetapi saya ingin kongsikan satu teknik pernafasan yang diajarkan oleh Lisa Curtis, seorang pakar Sophrology di Amerika Syarikat (jangan risau jika anda tidak tahu apa maksud sophrology). Ini adalah teknik pernafasan beliau untuk menghilangkan tekanan perasaan. Mula-mula berdiri. Jarakkan kaki anda lebih kurang selebar bahu anda. Tarik nafas melalui hidung anda dan bayangkan yang anda sedang menyedut udara dari ibu jari kaki anda dan ia memenuhi sebiji belon besar di dalam perut anda. Lakukan proses ini selama 8 saat. (tarik nafas selama 8 saat perlahan-lahan). Kekalkan belon besar itu di dalam perut anda selama 4 saat. Kemudian, kempiskan belon itu perlahan- lahan selam 8 saat. Kemudian biarkan belon itu kosong selama 4 saat. Tenangkan fikiran anda. Jangan fikirkan apa-apa. Kemudian ulang semula proses ini dari awal 4 - kali. Insyaallah anda akan rasa lebih tenang dan kadar tekanan perasaan itu