Buku ini membahas tentang kajian tindakan yang dilakukan guru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan melibatkan guru melakukan refleksi terhadap amalan mengajarnya, mengenal pasti masalah, merancang dan melaksanakan tindakan perbaikan, lalu menilai hasilnya untuk meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid. Kajian tindakan dilakukan secara berterusan
1. Tajuk Buku : Action Research in the Classroom
Pengarang : Vivienne Baumfield, Elaine Hall and Kate Wall
APA maksud KAJIAN TINDAKAN(KT)
Kajian Tindakan Merupakan satu kajian yang wujud daripada permasaalahan yang diutarakan oleh guru
bagi mengenalpasti fokus kepada kajian yang hendak dilakukan di dalam kelas. Hasil daripada
permasaalahan yang dikemukakan kajian tindakan akan dilakukan dan ianya di terapkan melalui
lingkaran model kajian tindakan yang sesuai( Kemmis & McTaggart (1988)). Ianya melibatkan 2 proses
iaitu persoalan dan hasil daripada persoalan yang dikemukakan pengkaji akan menjalankan proses kajian
tindakan. Bertujuan untuk melakukan penambahbaikan terhadap permasaalahan yang timbul.
Struktur Utama Menerangkan tentang kepentingan penyataan masalah oleh guru melalui kajian tindakan
untuk membangunkan dan membuat pembaharuan dalam cara mengajar dan proses pembelajaran.
MENGAPA guru melakukan KT?
1) Melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran
2. Guru melakukan kajian tindakan adalah bertujuan untuk membuat perubahan dari segi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas supaya pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran.
2) Membina pengetahuan dan pemahaman pedagogi
Pengetahuan dan pemahaman terhadap pedagogi penting bagi guru untuk meningkatkan proses P&P
mereka supaya pelajar tidak cepat bosan terhadap pembelajaran di dalam kelas.
3) Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru dan meningkatkan pencapaian murid.
Amalan mengajar yang berkesan penting untuk meningkatkan pencapaian pelajar. Guru melakukan
kajian tindakan untuk melihat penerimaan pelajar terhadap amalan pengajaran yang digunakan.
BILA guru melakukan KT
# Apabila guru merasakan wujud permasaalahan yang perlu di perbaikai dan dilakukan penambahbaikan.
# Apabila guru ingin mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru dan difikirkan sesuai
terhadap topik yang di ajar.
DI MANA guru melakukan KT?
Kajian ini dilakukan dengan kerjasama guru dan pelajar yang terdiri daripada bakal guru dalam sistem
pendidikan.
Kajian ini dilakukan di sekolah
BAGAIMANA guru melakukan KT?
3. ( Kemmis and Mc Taggard (1988))
Melibatkan proses " plan- do- review.
1) Merancang
2) Melakukan
3) Mengkaji Semula
Model reka bentuk kajian tindakan
(Model dinamik kitaran kajian tindakan)
Prosedur
1) Cadangan pertanyaan atau persoalan
# "Agency"- cara tindakan melakukan sesuatu. Ianya merujuk kepada pengetahuan sedia ada
penyelidik/guru terhadap kawalan fokus pertanyaan atau persoalan, kaedah dalam melakukan kajian,
analisis dan tafsiran data dan cara di mana projek itu dilaksanakan.
4. # Dorongan - dorongan terhadap penyataan masalah bagi kajian tindakan di ransang oleh sumber-
sumber yang berbeza, berpunca daripada guru, sekumpulan teman-teman, seluruh sekolah atau
kumpulan sekolah.
2. Proses yang mana pertanyaan itu di teruskan
# Alatan - merujuk kepada kaedah penyelidikan yang dilakukan seperti pemerhatian, soal selidik,
temubual atau markah ujian dan setiap kaedah yang di gunakan ialah untuk mendapatkan data.
# Analisis - data yang dipeolehi di analisis untuk membuktikan kesahannya. Ianya dilakukan untuk
menjana satu gambaran dan satu hipotesis baru.
3. Penonton/ peserta
# Suara
# Masyarakat kritikal
Pengumpulan dan penganalisisan data
1) Data Kualitatif - data yang merujuk kepada perkataan, seperti transkrip temubual.
2) Data Kuantitatif - data yang merujuk kepada nombor seperti markah ujian.
5. 2) Tajuk Buku : Teacher as Reflective Practitioner and Action Researcher
Pengarang : Richard D. Parsons, dan Kimberlee S. Brown
APA ITU KAJIAN TINDAKAN?
# Kajian tindakan ialah satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap
tindakan yang dilakukannya dalam P&P (Tomlinson, 1995)
# Merupakan satu kajian yang melibatkan pelaksanaan sesuatu kajian yang dilakukan oleh seseorang
atau sekumpulan, dikenali sebagai pengkaji. Pengkaji menggunakan kajian untuk membuat refleksi
amalan mereka untuk melakukan penambahbaikan.
# Dalam konteks guru, kajian tindakan terbentuk daripada pengetahuan sedia ada. Guru
mengaplikasikan semua persoalan berkaitan pengalaman dan pengendalian bilik darjah untuk melakukan
kajian tindakan. Bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.
# Kajian tindakan dilakukan di bilik darjah dan bergantung kepada isu dan masalah dalam bilik darjah itu
sendiri. Hasil dapatan kajian akan digunakan untuk melakukan penambahbaikan dalam P&P guru.
6. MENGAPA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN ?
1) Membaikpulih dan mempertingkatkan
Perlaksanaan P&P
Melalui pelaksanaan kajian tindakan guru dapat melakukan penambahbaikan dan mempertingkatkan
perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajarannya (P&P) yang dapat membantu pelajar.
2) Alat untuk meningkatkan Profesionalisme seorang guru.
Melalui kajian tindakan, guru mampu membentuk strategi dalam menyelesaikan sebarang masalah dan
mengembangkan personaliti dan profesionalisme seseorang guru. Di samping dapat membentuk
keyakinan diri, kebolehan dan kemahiran dalam diri, kesediaan melakukan kajian dan daya kreativiti
yang unggul.
3) Mempertingkatkan Kemudahan Perlaksanaan dan Kesahan Penyelidikan
Kajian tindakan dilakukan dengan menggabungkan dua perkara penting iaitu ilmu pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Strategi yang diperolehi dari hasil dapatan kajian digunakan untuk melakukan
penambahbaikan terhadap responden kajian tersebut.
4) Perlaksanaan Sosial dan Membuat Polisi
Melalui kajian tindakan, guru akan menghasilkan ilmu pengetahuan baru mengenai sistem sosial dan
pada masa yang sama guru melakukan perubahan penambahbaikan terhadap sasaran yang dikenalpasti.
5) Mengambil kira Aspek Etika
Kajian tindakan dapat membantu guru membentuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang pendidik
yang unggul. Guru akan sentiasa melakukan refleksi terhadap keberkesanan amalan strategi P&P guru
dan melakukan penambahbaikan untuk memenuhi keperluan pelajar.
7. BILA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
1) Apabila guru merasakan perlu melakukan penambahbaikan dari amalan P&P atau budaya pengajaran
dalam bilik darjah.
2)Terdapat isu atau permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.
3)Untuk mengembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.
4) Mengubah pendekatan dan strategi P&P
DIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
# Dalam dan luar kelas
# Sekolah
BAGAIMANAKAH GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
8. PROSEDUR MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN:
Mengenalpasti Masalah Pertama sekali, guru mengenalpasti masalah yang di hadapi bagi menentukan
strategi kajian yang perlu dilaksanakan. Melalui permasaalahan ini, guru dapat melihat sama ada objektif
kajian tersebut tercapai atau tidak.
Kajian Kepustakaan
Sumber rujukan yang berkaitan dengan permasalahan kajian tindakan amat penting bagi seseorang guru
pengkaji untuk mendapatkan maklumat tambahan dan rujukan bagi menghasilkan kajian yang berkualiti.
Menyatakan hipotesis
Guru akan melakukan hipotesis awal terhadap kajian tindakan yang dilakukan untuk membina ramalan
hasil dapatan yang diingini. Guru juga akan membina persoalan hasil dari jangkaan yang dibuat.
Membina dan Melakukan Reka Bentuk
Guru perlu mengenalpasti sama ada langkah-langkah yang dibina itu mampu atau tidak untuk mencapai
objektif kajian tindakan yang dirancang. Selain itu, guru juga perlu mengenalpasti langkah-langkah yang
diperlukan untuk memperolehi kesahan dapatan / hasil kajian
Pengumpulan dan Penganalisian Data
Guru perlu merancang teknik yang akan digunakan untuk mendapatkan data kajian tindakan dan
merancang bentuk data yang akan dikumpulkan serta merangka cara menganalisa data yang diperolehi.
9. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
Maklumat yang dikumpul oleh guru sebagai penyelidik terdapat dalam banyak bentuk iaitu skor markah
ujian, kekerapan tingkah laku pelajar, laporan individu pelajar, artifak dan dokumen
Sumber data dapat dikategorikan samada :
Kuantitatif: Berdasarkan pada nombor dan kekerapan
Kualitatif: Abstrak dan sesuatu ciri situasi atau peristiwa