SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 40
Kamarudin Bin Jaffar
    Jamhari Bin Musa
Suhaimi Bin Mohd. Samuri
Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna-
makna berikut:-

Izalat ْ ‫إ ِ ز َا ل َ ة‬ ( menghilangkan) seperti :
Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang.

Memindahkan atau menyalin seperti:
Maksudnya menyalin buku.

Nasakh dari segi istilah ulamak usul Fiqh ialah:

Maksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’
dengan adanya jalan syara’ yang terkemudian
membatalkannya.
Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yang
membatalkannya.

Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada
dengan sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yang
tiba kemudian daripadanya.

Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau
merubah hukum syarak dengan dalil yang turun kemudian. Di
mana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun tidak bersama.
Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti atau
mansukh dan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yang
mengganti.[1]

[1] Badran Abu al-Aynayn, usul al-Fiqh hal. 422
Untuk me nasakh kan sesuatu nas seharusnya dengan
memenuhi syarat tertentu iaitu:

1. Iaitu hukum yang d inasakh kan mestilah hukum yang
berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap.
Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidak
mungkin dapat di nasakhk an lagi.

2. Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yang
berbentuk menyeluruh atau kulli. Justeru itu al-
Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakati
oleh ulamak sudut kebaikan dan keburukan sepeti
amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak
mungkin dapat d inasakh kan.

3. Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebih
dahulu daripada pengganti
4.Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang
mempunyai keahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukum
sebelumnya.

5.Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannya
adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut
kekuatan sabit dan dilalahnya.

6.Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-
Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas
itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan ,
seperti : Ta’wil, nas tersebut tidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imam
al-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan
dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi
sama sudut jenis

7.Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku
al-Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah
berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat baginda.
1. Untuk menjaga kepentingan dan
kemaslahatan manusia, di mana kadang-
kadang kemaslahatan itu berubah
mengikut keadaan.[1]



[1] Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-
Islami, juz 2, hal.934, 937 dan 938
2   Kadangkala untuk menghilangkan
kesempitan yang mana ia selaras dengan
dasar syaria’t yang tidak membebankan
umatnya.
3    Meraikan beransur-ansur
syari’at dan tidak dikejutkan mereka yang
disyaria’tkan hukum baginya dengan
suatu syari’at yang menyulitkan mereka
atau yang meliarkan jiwa-jiwa mereka
daripadanya.

.
Di antara contohnya ialah :

Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkan
dua rakaat pada waktu pagi dan petang sebagai
kasihan belas terhadap manusia kerana mereka
baru sahaja dengan Islam dan belum merasai
kelazatan munajat di dalamnya. Maka ketika
jiwa mereka merasai tenteram dan tenang Allah
menjadikannya lima kali sembahyang di dalam
waktu-waktu dan rakaat tertentu.
Bahawa hukuman ke atas zina pada
permulaan Islam ialah dikurung di dalam
rumah bagi perempuan dan disakiti
dengan perkataan bagi lelaki
Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah
dikurung di dalam rumah bagi perempuan dan disakiti dengan
perkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran:
(Surah al-Nisa’ : 15 dan 16)
Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di
antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang
lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan
mereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksi
terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngan
saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah
mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam rumah hingga
mereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagi
mereka jalan keluar ( dari hukuman itu ).
Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan
perbuatan yang keji itu (setelah thabit kesalahan mereka ) maka
hendaklah kamu menyakiti ke duanya, kemudian jika mereka
bertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) maka
biarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa
menerima taubat lagi amat luas rahmatNya.
Nasakh terbahagi kepada empat bahagian,
           3.Nasakah secara terus terang
Iaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya
 yang terkemudian membatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah:
                         (Surah a-Anfal: 65 dan 66)
Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu
  untuk berperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar
 nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh
    yang kafir itu ), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya
       mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir,
  disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti.
   Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah
     diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada
  kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar,
 nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , dan jika ada
   di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang
  dengan izin Allah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar.
2.Nasakh Secara Kandungan

Iaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangan
dengan hukum yang terlebih dahulu dengan sekiranya tidak
mungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukum
melainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukum
bahawa hukum yang terkemudian, menasakhkan hukum yang
terdahulu dengan tidak dinyatakan secara terang-terang
bahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yang
terdahulu di antara contohnya:

(Surah al-Baqarah: 180)
Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampir
mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuat
wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang
baik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yang
bertaqwa.
Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat
     melalui ayat ini, kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum
      yang bertentangan dengan hukum-hukum di dalam ayat
         tersebut dengan menghukum membahagikan harta
      peninggalan mengikut bentuk yang datang di dalam ayat
         mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah :
                        ( Surah al-Nisa’: 11 )
  Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian
   pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak-
          anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan.
Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan
    dengan jelas pembahagian-pembahagian pusaka selain dari
   anak-anak, dengan sebab itu kita dapati bahawa hukum yang
    kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya
    atau tidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di
  antara keduanya kecuali dengan nasakh, dan menunjuk ke atas
   nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka :
 Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang
    mempunyai hak akan haknya maka tidak sah wasiat kepada
                                 waris.
3.Nasakh Keseluruhan
Ialah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang
 terdahulu dan merangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya
 ialah firman Allah:
Surah al-Baqarah: 234
Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu,
    sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu
    menahan diri mereka ( ber’idah) selama empat bulan sepuluh hari.

Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu
   disyari’atkanNya bagi kesemua perempuan-perempuan yang
   terkandung dalam firman Allah :
Surah al-Baqarah : 240
Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta
   meninggalkan isteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri
   mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati ( makan, minum,
pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidak
   disuruh pindah dari tempat tinggalnya.
Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun
   yang difahamkan dari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama
   yang menunjukkan bahawa hukum ber’idah
perempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari
   sahaja.
4 Nasakh Sebahagian
Iaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi
     tiap-tiap orang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain
     daripada orang-orang mukalaf.
Di antara contohnya ialah firman Allah:
Surah al-Baqarah : 234
Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan
     isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya ( beri’dah) empat
     bulan sepuluh hari.
Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang mati
     suaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah
     empat bulan sepulu hari kemudian turun firman Allah:
Surah al-Talak : 4
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialah
     hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung
     sama ada diceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak
     kandungannya, justeru itu, ayat ini menasakhkan ayat pertama secara
     sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuan yang tidak mengandung dan mati
     suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendak ayat pertama iaitu empat
     bulan sepuluh hari.[1]

    [1] Badran Abu alAy’n Badran, Kaherah, 1969 , halaman 471-473
Nasakh terkadang adalah ia dengan disyari’tkan hukum
    baharu sebagai gantinya dan terkadang adalah ia
          tanpa diganti dengan hukum baharu.


   Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada
    hukum yang dimansukhkan terkadang adalah ia
     sama dengan hukum yang dimansukhkan atau
     telebih ringan atau terlebih berat daripadanya.
Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang
    sama dengan hukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap
       ke Baitul Maqdis dengan ke Baitullah al-Haram di dalam solat.

Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh
    harus nikah muta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW)
        di dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kemudian
          baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia

 Maksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan
    kepada kamu bernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan
   bahawasanya Allah mengharamkan demikian itu sehingg Hari Qiamat,
     maka barangsiapa ada di sisinya mana-mana perempuan daripada
    mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamu
     mengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya
                            kepada mereka.
Nasakh berlaku semasa hayat
   Rasulullah (SAW) kerana
 nasakh tidak berlaku kecuali
melalui wahyu dan ia ( wahyu)
berkemungkinan turun semasa
  hayatnya rasulullah (SAW).
Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku
 nasakh mana-mana hukum sama sekali kerana wahyu tidak ada
   lagi pada masa itu, dengan sebab itu maka kesemua hukum-
 hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan
     tidak lahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya
  adalah ia teguh dan tetap selepas firmannya, rasulullah (SAW)
     dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan kerana
  baginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak
 ada lagi nabi selepasnya sebagaimana yang dijelaskan oleh al-
                               Quran :
                       Surah al-Akhrab : 40
Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada
 anak angkat) menjadi bapa yang sebenar bagi seorang daipada
      orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah (SAW) dan
    kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah
 kesudahan syaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari
                             Qiamat.[1]

    [1] Badran Abu al-Ay’nayn Badran, Usul al-Fiqh , hal. 478a
Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa
    sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkannya kecuali
   oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat
  daripadanya, jika sekiranya dalil itu mutawatir maka
      tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalil
   mutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak
                           Hanafi.
      Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus
        dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana ia
   sepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir
    dan masyhur kerana kedua-duanya terlebih kuat
                        daripadanya.
Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus
      dinasakhkannya kecuali dalil qath’i al-dilalah.
Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil
       yang menasakhkan serta pandangan ulama’
            tentangnya sebagaimana berikut:
8.1 Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-Sunnah
Al-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua-
       duanya dari segi dilalah kerana sama dari segi kekuatan.
    Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak
                berselisih pendapat tentang harusnya:
  Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran
   dengan hadis mutawatir kerana ia seumpama al-Quran dari segi
    kekuatan dan dengan hadis masyhur pada pandangan ulama’
    Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi
     tidak harus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia
                       lebih rendah daripada al-
 Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah
        tidak boleh menasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah
                         pendapat yang rajih.

          [1] haji hassan bin hai ahmad, usul fiqh, hal. 503
Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e
  berpendapat bahawa tidak harus dinasakhkan al-Quran degan
          al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur.
    Di antara alasan jumhur ulama’ ialah bahawa Allah telah
     mewajibkan wasiat kepada kedua ibu bapa dan keluarga-
               keluarga terdekat dengan firmanNya:-
                      Surah al-Baqarah:180
 Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu
    hampir mati jika ia meninggal harta, hendaklah ia membuat
   wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik ,
   sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.
   Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda
                         rasulullah (SAW):
Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris (diriwayat oleh Ahmad,
                      Abu Daud dan Tarmizi.)[
Di antara alasan a-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakah
             al-Quran dengan al-Sunnah ialah firman Allah:
                        Surah al-Baqarah:106
 Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan
    (batalkan) atau yang kami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami
        datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang
          sebanding dengannya. Tidakkah engkau menetahui
      bahawasanya allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ?
Ayat ini menunjukkan bahawa allah telah menyandarkan ganti ayat
   yang dinasakhkan itu kepada dirinya sendiri dan yang didatang
          diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja, maka yang
      menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan
       Allah telah menjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti
    terlebih baik daripada yang dinasakhkan atau sama denannya.
    Al-Sunnah tidaklah ia telebih baik dari al-Quran dan tidak sama
     dengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti
                    al-quran dan menasakhkannya.
Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan
                  firmanNya:-
           Surah al-Baqarah:106
Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui
  bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiap
  sesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari
  mereka yang mempunyai kekuasaan yang
            sempurna iaitu Allah.
Oleh yang demikian, maka menasakhkan itu
adalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulah al-
           Quran bukan al-Sunnah.
8.2 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Sunnah
Harus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah
    jika sama keduanya dari segi thabit dan
   dilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia
 mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannya
  kecuali dengan mutawatir atau masyhur di
   sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad,
  maka harus dinasakhkannya dengan hadis
 mutawatir dan mashur kerana kedua-duanya
     terlebih kuat dari ahad sebagaimana ia
    diharuskan nasakh dengan hadis ahad..
8.3 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Quran
Harus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran
      walaupun ia mutawatir atau masyhur
     mengikut pendapat yang rajih daripada
   beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al-
        sunnah adalah wahyu dari Allah
      sebagaimana al-Quran dan tidak ada
    halangan dinasakh wahyu dengan wahyu
   yang lain kerana ada persamaan di antara
    keduanya dari segi ini dan kerana thabit
  nasakh al-sunnah dengan al-Qyran di dalam
        beberapa masalah di antaranya:
8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di
   dalam solat pada permulaan Islam adalah
thabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya
  dengan menghadap ke Baitullah al-Haram
             melalui firman Allah :
           Surah al-Baqarah : 144
Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah
  Masji al-Haram ( tempat letaknya Ka’abah)
    dan di mana sahaja kamu berada maka
     hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
8.3.2      Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam
     bulan Ramadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun
   sekejap selepas Maghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya.
   Hukum ini adalah thabit dengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh
     dengan isterinya selepas Isyak lalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan
    menceritakan apa yang telah beliau lakukan . Baginda Rasulullah menjawab :”
      Engkau tidak sepatutnya melakukan demikian wahai ‘Umar”, maka bangun
    beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka juga sudah terlibat dengan
           perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah :
                                 Surah al-Baqarah : 187
Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri-
    isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu
           pula sebagai pakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu
    sesungguhnya mengkhianati diri sendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan
     memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah
       apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu, dan makanlah serta
      minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahaya siang ) dari
   benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudian sempurnakanlah
                         puasa sehingga waktu malam (Maghrib)
Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran..
8.4   Nasakh dengan Ijma’
Jumhur ulama’ berpendapat bahawa ijma’ tidak harus
     menasakhkan nas dari al-quran dan al-sunnah
     kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak
    mungkin berlaku ijma’ menyalahinya dan jika ia
       adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’
   meyalahinya tetapi ijma’ ini hanya berlakukerana
  berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat pada
  pandangan ulama’ulama’- yang sepakat tentang nas
    tersebut dan di dalam keadaan ini tidaklah yang
         menasakhkan nas itu ijma’ malah yang
  menasakhkannya itu ialah nas yang terbina ijma’ ke
                        atasnya.
8.5    Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al-
                      Sunnah
Sebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al-
 Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harus
 al-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’,
 kerana yang menasakh mestilah terkemudian
    daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al-
    Sunnah adalah mendahului ijma’, kerana
  ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat
      baginda Rasulullah (SAW). Oleh yang
 demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau
          al-Sunnah menasakhkan ijma’.
8.6 Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’
Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila
  terlaksana wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh
         yang demikian apabila berlaku ijma’ selepasnya yang mana ia
      menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sah dan tidak
                             boleh beramal dengannya.
   Beginilah kebanyakan ulama’usul Fiqh membuat ketetapan secara
  itlaqnya dan tidak membezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan
    ini hanya tertentu dengan bentuk ijma’ yang bersandar kepada selain
         daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnah atau qias.
       Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia
         dinasakhkan dengan ijma’ yang terkemudian apabila berubah
      maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, kerana kehujahan ijma’
        yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang
   kepada terlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah
   ijma’ atau sepakat tentang hukum yang hanya berdasarkan kepadanya
    (maslahah). Jika berlaku perubahan kepada maslahah tersebut, maka
     tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudah berubah
       itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum
                    berdasarkan kepada maslahah yang ada.
8.7  Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau
    Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias
  dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’.

Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah
    atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak
  harus dinasakh qias dengan al-quran atau al-
       Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana
    disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah
     tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al-
     Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia
   menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan
         tidak boleh beramal dengannya.
8.7  Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau
    Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias
  dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’.

Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah
    atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak
  harus dinasakh qias dengan al-quran atau al-
       Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana
    disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah
     tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al-
     Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia
   menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan
         tidak boleh beramal dengannya.
8.8   Dinasakh Qias dengan Qias

   Tidak harus qias menasakhkan qias yang lain
    sebagaimana ia juga tidak harus dinasakhkan
   dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali
        kecuali dengan pemikiran dan ijtihad.

Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang
 kepada mujtahid yang sampai ia kepadanya dengan
  ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri
   daripada para mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di
    sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya.
9.0 Kesimpulannya

BahaWa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan
    sebahagiannya yang lain,
al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabila persamaan dari
    segi thabit dan dilalah.
Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan
    di antara al-Quran dan al-Sunnah.
Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnah
dan tidak sah dinasakhkannya dengan keduanya.
Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lain
kecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu
    maslahah kemudian maslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain
    bersandar kepadanya ( maslahah yang berubah ) maka ijmak yang
    terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama.

Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al-
  Sunnah atau ijmak atau qias sebagaimana ia tidak boleh
  dinasakhkannya dengan salah satu daripada empat dalil tersebut.[1]

   [1] Usul Fiqh Islami Zakiuddin Sya’ban , kaherah halaman 313-318
9.1 Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh Dinasakh
Hukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yang menerima dinasakhkan
      dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan.
Adapun hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan adalah seperti berikut:
9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, para malaikat, kitab, rasul dan
      hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat.
9.1.2 Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akan berubah dengan sebab berubah
      keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan, kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan
      kedua ibu bapa dan seperti mensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak
      sebenar, menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain.
9.1.3 Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’ seperti jihad ke jalan Allah
      kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah (SAW) :
Maksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat.
Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah (SAW) dalam
      sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharurat kemudian diharamkannya selama-
      lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepas pembukaan Mekah :
Maksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu untuk
      melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan
      demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, maka barangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana
      perempuan melalui nikah mut’ah maka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu
      pun dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka.
Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhakn ialah hukum-hukum cabang syara’ yang tidak
      dinaskan oleh syara’ berkekalannya.[1]

     [1] Zakiudin Syaaban , Usul Fiqh al-Islami, Kaherah , hal. 312 dan 313
Cara Mengetahui Mansukh
Di antara qaidah-qaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak
    terlaksana kecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu
    sekira-kira tidak mungkin dihimpun di antara keduanya dan beramal
    dengan kedua-duanya sekali maka apabila didapati pertentangan ini di
    antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudian menasakhkan
    nas yang terdahuu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripada
    keduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia
    mempunyai banyak cara di antaranya :
Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk
    kepadanya dan nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW):
Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka
    hendaklah kamu menziarahinya kerana bahawasanya ia
    memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan dunia.
Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari
    menziarahi kubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian,
    maka suruhan menziarahi kubur adalah menasakhkan larangan
    menziarahinya.

   [1] Zakiudin Sya’ban Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319
• 2. Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu
  daripada hadis-hadis begini atau hadis sekian atau
  ayat sekian lahir semasa perang Uhud dan hadis lain
  atau ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata
  perawi : Adalah yang terakhir dari dua perkara
  daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir
  (RA):
• Maksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW)
  adalah tidak berwudhuk kerana makan sesuatu di
  sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api).
• Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis
  ini menunjuk bahawa suruhan berwudhu kerana
  makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu
  daripada tidak atau tinggal berwudhuk kerananya.
  Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah
  menasakhkan suruhnya kerana makan sesuatu yang
  dimasak dengan api.
• Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil
  yang bertentangan nasakh yang satu lagi seperti nas
  ini menasakhkan hukum begini.
• Perhatian :
• Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada
  dua nas yang bertentangan ditulisan di dalam al-
  Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah-
  surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran tidaklah
  berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran.

• Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan
  kata sahabat bahawa adalah hukumannya begini
  kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa
  perkataannya itu lahir dari ijthadnya tidak dari
  Rasulullah (SAW).

• Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh
  dengan perkataan sahabat kerana sahabat adalah
  ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia
  menunjukkan bahawasanya ia lahir dari
  pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka
  diterima perkataannya tentang demikian itu.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Makalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhMakalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhLutfi Widad
 
Makalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMakalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMuhammad Iqbal
 
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakati
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakatiPresentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakati
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakatiMarhamah Saleh
 
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)Marhamah Saleh
 
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan RukhshahTerminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan RukhshahMarhamah Saleh
 
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabihMarhamah Saleh
 
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2Ramadhan, Dicky
 
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)An-Nahyu (Ushul Fiqih B)
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)Taufik Rahman
 
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’i
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’isumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’i
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’iOppi Ulandari
 
Agama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xiiAgama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xiiDhio Asfah
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb
 

La actualidad más candente (20)

Ilmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukhIlmu nasikh mansukh
Ilmu nasikh mansukh
 
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa MansukhUlumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
Ulumu-l-Qur'an Nasikh wa Mansukh
 
Makalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukhMakalah nasikh mansukh
Makalah nasikh mansukh
 
Nasikh dan mansukh
Nasikh dan mansukhNasikh dan mansukh
Nasikh dan mansukh
 
naskh wa mansukh
naskh wa mansukhnaskh wa mansukh
naskh wa mansukh
 
Makalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukhMakalah nasikh dan mansukh
Makalah nasikh dan mansukh
 
Amar nahi
Amar nahiAmar nahi
Amar nahi
 
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakati
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakatiPresentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakati
Presentasi ushul fiqh dalil yg tidak disepakati
 
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)
Presentasi Ushul Fiqh 5 (Quran Sunnah)
 
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan RukhshahTerminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
Terminologi Hukum Sah, Batal, 'Azimah dan Rukhshah
 
Ushul fiqh 2
Ushul fiqh 2Ushul fiqh 2
Ushul fiqh 2
 
Iddah
IddahIddah
Iddah
 
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih
4. mujmal, mubayyan, musykil, mutasyabih
 
Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2
 
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2
Sumber hukum islam yang tidak disepakati oleh ulama’ 2
 
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)An-Nahyu (Ushul Fiqih B)
An-Nahyu (Ushul Fiqih B)
 
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’i
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’isumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’i
sumber-sumber hukum islam, hukum Takfili, dan Hukum Wad’i
 
Chap 2.docx
Chap 2.docxChap 2.docx
Chap 2.docx
 
Agama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xiiAgama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xii
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 

Similar a Pembentangan usul

Similar a Pembentangan usul (20)

Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptxDisusun Oleh Kelompok 3.pptx
Disusun Oleh Kelompok 3.pptx
 
Nasakh
Nasakh Nasakh
Nasakh
 
konsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.pptkonsep-nasakh-mansukh.ppt
konsep-nasakh-mansukh.ppt
 
Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2Tugasan usul fiqh2
Tugasan usul fiqh2
 
Tugas 1
Tugas 1Tugas 1
Tugas 1
 
Khuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhKhuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakh
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Makalah fiqih talak
Makalah fiqih talakMakalah fiqih talak
Makalah fiqih talak
 
Bab i uq
Bab i uq Bab i uq
Bab i uq
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
Pengertian fiqh
Pengertian fiqhPengertian fiqh
Pengertian fiqh
 
Ilmu nasikh dan mansukh
Ilmu nasikh dan mansukhIlmu nasikh dan mansukh
Ilmu nasikh dan mansukh
 
Ppt pernikahan dalam_islam
Ppt pernikahan dalam_islamPpt pernikahan dalam_islam
Ppt pernikahan dalam_islam
 
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptxPPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
 
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptxPPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
PPT_Pernikahan_Dalam_Islam.pptx
 
Kedudukan dan Fungsi Hadits
Kedudukan dan Fungsi HaditsKedudukan dan Fungsi Hadits
Kedudukan dan Fungsi Hadits
 
Qiyas
QiyasQiyas
Qiyas
 
Al ‘âm wa al-khâsh
Al ‘âm wa al-khâshAl ‘âm wa al-khâsh
Al ‘âm wa al-khâsh
 
2. USHUL FIQIH AL QUR'AN.ppt
2. USHUL FIQIH AL QUR'AN.ppt2. USHUL FIQIH AL QUR'AN.ppt
2. USHUL FIQIH AL QUR'AN.ppt
 
Ushul Fiqh II Lafadz dari Segi Taklif
Ushul Fiqh II Lafadz dari Segi TaklifUshul Fiqh II Lafadz dari Segi Taklif
Ushul Fiqh II Lafadz dari Segi Taklif
 

Más de Kamarudin Jaafar

Más de Kamarudin Jaafar (20)

Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020Mari berpuasa 2020
Mari berpuasa 2020
 
Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007Manual tulis tesis 2007
Manual tulis tesis 2007
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutupSurat jemputan guru besar prasmian enutup
Surat jemputan guru besar prasmian enutup
 
Surat perasmi pibg
Surat perasmi pibgSurat perasmi pibg
Surat perasmi pibg
 
Rancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunanRancangan pengajaran tahunan
Rancangan pengajaran tahunan
 
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazahLaporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
Laporan aktiviti penyelenggaraan jenazah
 
Laporan klinik jawi
Laporan klinik jawiLaporan klinik jawi
Laporan klinik jawi
 
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6   kumpulan 4.(a11)docKonstruk 6   kumpulan 4.(a11)doc
Konstruk 6 kumpulan 4.(a11)doc
 
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)docKonstruk 6   kumpulan 4(1).(a10)doc
Konstruk 6 kumpulan 4(1).(a10)doc
 
Pmpp.1
Pmpp.1Pmpp.1
Pmpp.1
 
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi  (1)
Buku panduan pentaksiran_kemahiran_berfikir_aras_tinggi (1)
 
Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2Instrumen pppm.2
Instrumen pppm.2
 
Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1Instrumen pppm.1
Instrumen pppm.1
 
Info 5 minit pppm bhg2
Info 5 minit pppm   bhg2Info 5 minit pppm   bhg2
Info 5 minit pppm bhg2
 
Info 5 minit pppm bhg 5
Info 5 minit pppm   bhg 5Info 5 minit pppm   bhg 5
Info 5 minit pppm bhg 5
 
Info 5 minit pppm bhg 4
Info 5 minit pppm   bhg 4Info 5 minit pppm   bhg 4
Info 5 minit pppm bhg 4
 
Brosur pppm 2
Brosur pppm 2Brosur pppm 2
Brosur pppm 2
 
Inst 2 pd p kbat ithink
Inst 2  pd p kbat ithinkInst 2  pd p kbat ithink
Inst 2 pd p kbat ithink
 
Protim
ProtimProtim
Protim
 

Último

573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxagunk4
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptxSuarniSuarni5
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxSuGito15
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamabdulhamidalyFKIP
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSABDA
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024ssuser82320b
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfAdindaRizkiThalia
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxnursamsi40
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Shoffan shoffa
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfssuserb45274
 
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada Murid
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada MuridAksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada Murid
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada MuridDonyAndriSetiawan
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3sekolah9304
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfatsira1
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 

Último (20)

573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
 
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama IslamKELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
KELOMPOK 2 PUTARAN 2 Mata kuliah Agama Islam
 
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media KristenSeminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
Seminar Seri AI Talks - AI dan Media Kristen
 
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024slaid penerangan UPUonline  2024 UPU 2024
slaid penerangan UPUonline 2024 UPU 2024
 
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
 
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptxMateri Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
Materi Presentasi PPT Komunitas belajar 2.pptx
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
 
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada Murid
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada MuridAksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada Murid
Aksi Nyata Guru Penggerak Modul 3.3. Program Berdampak Positif pada Murid
 
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
DSKP KSSM Kurikulum Bersepadu Dini LAM Tingkatan 3
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 

Pembentangan usul

  • 1. Kamarudin Bin Jaffar Jamhari Bin Musa Suhaimi Bin Mohd. Samuri
  • 2. Nasakh dari segi bahasa boleh diertikan kepada makna- makna berikut:- Izalat ْ ‫إ ِ ز َا ل َ ة‬ ( menghilangkan) seperti : Maksudnya : Matahari menghilangkan bayang. Memindahkan atau menyalin seperti: Maksudnya menyalin buku. Nasakh dari segi istilah ulamak usul Fiqh ialah: Maksudnya: Menyatakan terhenti sesuatu hukum syara’ dengan adanya jalan syara’ yang terkemudian membatalkannya.
  • 3. Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yang membatalkannya. Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yang telah sedia ada dengan sesuatu hukum syarak berdasarkan dalil dan nas yang tiba kemudian daripadanya. Menurut Ibn al-Hijab al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau merubah hukum syarak dengan dalil yang turun kemudian. Di mana dalam nasakh terdapat dua nas yang turun tidak bersama. Nas yang turun terdahulu dinamakan dengan yang diganti atau mansukh dan nas yang turun kemudian disebut nasikh atau yang mengganti.[1] [1] Badran Abu al-Aynayn, usul al-Fiqh hal. 422
  • 4. Untuk me nasakh kan sesuatu nas seharusnya dengan memenuhi syarat tertentu iaitu: 1. Iaitu hukum yang d inasakh kan mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap. Contohnya: Setiap yang hidup pasti mati. Ia tidak mungkin dapat di nasakhk an lagi. 2. Iaitu hukum yang dinasakhkan bukan hukum yang berbentuk menyeluruh atau kulli. Justeru itu al- Qawa’id al-Kulliyyah serta apa yang disepakati oleh ulamak sudut kebaikan dan keburukan sepeti amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak mungkin dapat d inasakh kan. 3. Hendaklah hukum yang diganti turunnya lebih dahulu daripada pengganti
  • 5. 4.Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yang mempunyai keahlian taklif. Di samping itu menasakhkan hukum sebelumnya. 5.Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yang kedudukannya adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan dilalahnya. 6.Jelas berlaku pertentangan di antara dua dalil, iaitu al-Nasikh dan al- Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yang memungkinkan , seperti : Ta’wil, nas tersebut tidak dapat dinasakh. Menurut pendapat imam al-Syafi’e dan imam Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan dengannya, tetapi sama sudut jenis 7.Apa yang diganti hendaklah terhadap hukum syarak yang mungkin berlaku al-Nasakh, seperti: Hukum furu’. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat baginda.
  • 6. 1. Untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia, di mana kadang- kadang kemaslahatan itu berubah mengikut keadaan.[1] [1] Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al- Islami, juz 2, hal.934, 937 dan 938
  • 7. 2 Kadangkala untuk menghilangkan kesempitan yang mana ia selaras dengan dasar syaria’t yang tidak membebankan umatnya.
  • 8. 3 Meraikan beransur-ansur syari’at dan tidak dikejutkan mereka yang disyaria’tkan hukum baginya dengan suatu syari’at yang menyulitkan mereka atau yang meliarkan jiwa-jiwa mereka daripadanya. .
  • 9. Di antara contohnya ialah : Bahawa sembahyang pada mulanya diwajibkan dua rakaat pada waktu pagi dan petang sebagai kasihan belas terhadap manusia kerana mereka baru sahaja dengan Islam dan belum merasai kelazatan munajat di dalamnya. Maka ketika jiwa mereka merasai tenteram dan tenang Allah menjadikannya lima kali sembahyang di dalam waktu-waktu dan rakaat tertentu.
  • 10. Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah dikurung di dalam rumah bagi perempuan dan disakiti dengan perkataan bagi lelaki
  • 11. Bahawa hukuman ke atas zina pada permulaan Islam ialah dikurung di dalam rumah bagi perempuan dan disakiti dengan perkataan bagi lelaki sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran: (Surah al-Nisa’ : 15 dan 16) Maksudnya: Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau-kalau keterangan-keterangan saksi terhadap perbuatan mereka, kemudian kalau keterangan-keterngan saksi itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam rumah hingga mereka sampai ajalnya atau hingga Allah mengadakan bagi mereka jalan keluar ( dari hukuman itu ). Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu (setelah thabit kesalahan mereka ) maka hendaklah kamu menyakiti ke duanya, kemudian jika mereka bertaubat memperbaiki keadaan diri ( yang buruk itu ) maka biarkanlah mereka kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat lagi amat luas rahmatNya.
  • 12. Nasakh terbahagi kepada empat bahagian, 3.Nasakah secara terus terang Iaitu bahawa syara’ menyatakan secara terus terang bahawa syariatnya yang terkemudian membatalkan syariatnya dahulu seperti firman Allah: (Surah a-Anfal: 65 dan 66) Maksudnya: Wahai nabi! Rangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang, jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang ( dari pihak musuh yang kafir itu ), dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan kafir, disebabkan meraka ( yang kafir itu ) orang-orang yang tidak mengerti. Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu ( apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan, oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang , dan jika ada di antara kamu seribu orang nescaya dapat menewas dua ribu orang dengan izin Allah, dan ingatlah Allah beserta orang-orang yang sabar.
  • 13. 2.Nasakh Secara Kandungan Iaitu bahawa disyari’atkan satu hukum yang bertentangan dengan hukum yang terlebih dahulu dengan sekiranya tidak mungkin dihimpun atau disatukan di antara dua hukum melainkan dibatalkan salah satu daripadanya maka dihukum bahawa hukum yang terkemudian, menasakhkan hukum yang terdahulu dengan tidak dinyatakan secara terang-terang bahawa hukum yang terkemudian menasakhkan hukum yang terdahulu di antara contohnya: (Surah al-Baqarah: 180) Maksudnya : Kamu diwajibkan apabila seorang kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia ) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagimana sesuatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
  • 14. Allah telah mewajibkan wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat melalui ayat ini, kemudian ia mensyari’atkan hukum-hukum yang bertentangan dengan hukum-hukum di dalam ayat tersebut dengan menghukum membahagikan harta peninggalan mengikut bentuk yang datang di dalam ayat mengenai pembahagian pusaka iaitu firman Allah : ( Surah al-Nisa’: 11 ) Maksudnya Allah perintahkan kamu tentang ( pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak- anak lelaki menyamai dua orang anak perempuan. Dalam sambungan ayat ini dan dan berikutnya telah diterangkan dengan jelas pembahagian-pembahagian pusaka selain dari anak-anak, dengan sebab itu kita dapati bahawa hukum yang kedua menasakhkan hukum pertama secara kandungannya atau tidak langsung kerana tidak mungkin dikompromikan di antara keduanya kecuali dengan nasakh, dan menunjuk ke atas nasakh ini oleh sabda Rasulullah selepas turun ayat pusaka : Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang mempunyai hak akan haknya maka tidak sah wasiat kepada waris.
  • 15. 3.Nasakh Keseluruhan Ialah bahawa syara’ membatalkan secara keseluruhan akan hukum yang terdahulu dan merangkumi setiap orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah: Surah al-Baqarah: 234 Maksudnya : Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka ( ber’idah) selama empat bulan sepuluh hari. Hukum ayat ini telah menasakhkan hukum yang terdahuu disyari’atkanNya bagi kesemua perempuan-perempuan yang terkandung dalam firman Allah : Surah al-Baqarah : 240 Maksudnya : Dan orang-orang yang hampir mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah sagu hati ( makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Maka hukum beri’dah perempuan yang mati suaminya selama setahun yang difahamkan dari ayat ini telah dinasakhkan dengan ayat pertama yang menunjukkan bahawa hukum ber’idah perempuan yang mati suami adalah selama empat bulan sepuluh hari sahaja.
  • 16. 4 Nasakh Sebahagian Iaitu bahawa syara’ telah mensyari’atkan hukum secara umum dan merangkumi tiap-tiap orang mukalaf kemudian membatalkan hukum ini untuk sebahagain daripada orang-orang mukalaf. Di antara contohnya ialah firman Allah: Surah al-Baqarah : 234 Maksdunya : Orang-orang meninggal dunia di antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya ( beri’dah) empat bulan sepuluh hari. Kerana ayat ini menunjuk secara umumnya bahawa ‘idah perempuan yang mati suaminya sama ada ia pada masa itu sedang mengandung atau tidak ialah empat bulan sepulu hari kemudian turun firman Allah: Surah al-Talak : 4 Maksudnya : Dan perempuan-perempuan yang mengandung tempoh ‘idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Ayat ini telah menunjukkan secara umumnya bahawa perempuan mengandung sama ada diceraikan atau mati suaminya ‘idahnya ialah melahirkan anak kandungannya, justeru itu, ayat ini menasakhkan ayat pertama secara sebahagian, kerana hukum ‘idah perempuan yang tidak mengandung dan mati suaminya masih kekal berdasarkan kepada kehendak ayat pertama iaitu empat bulan sepuluh hari.[1] [1] Badran Abu alAy’n Badran, Kaherah, 1969 , halaman 471-473
  • 17. Nasakh terkadang adalah ia dengan disyari’tkan hukum baharu sebagai gantinya dan terkadang adalah ia tanpa diganti dengan hukum baharu. Kemudian hukum baharu sebagai ganti daripada hukum yang dimansukhkan terkadang adalah ia sama dengan hukum yang dimansukhkan atau telebih ringan atau terlebih berat daripadanya.
  • 18. Di antara contoh nasakh dengan hukum yang sama dengan hukum yang sama dengan hukum yang dimansukhkan ialah dinasakh menghadap ke Baitul Maqdis dengan ke Baitullah al-Haram di dalam solat. Di antara contoh nasakh tanpa diganti dengan hukum baharu ialah nasakh harus nikah muta’ah yang adalah ia diharuskan oleh Rasulullah (SAW) di dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kemudian baginda mengharamkannya tanpa diganti dan bersabda ia Maksdunya : Wahai manusia sesungguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu bernikah mut’ah dengan perempuan-perempuan dan bahawasanya Allah mengharamkan demikian itu sehingg Hari Qiamat, maka barangsiapa ada di sisinya mana-mana perempuan daripada mereka hendaklah ia melepaskannya dan jangan sama sekali kamu mengamal sesuatu daripada apa yang kamu telah memberikannya kepada mereka.
  • 19. Nasakh berlaku semasa hayat Rasulullah (SAW) kerana nasakh tidak berlaku kecuali melalui wahyu dan ia ( wahyu) berkemungkinan turun semasa hayatnya rasulullah (SAW).
  • 20. Adapun selepas wafatnya Rasululah (SAW) maka tidak berlaku nasakh mana-mana hukum sama sekali kerana wahyu tidak ada lagi pada masa itu, dengan sebab itu maka kesemua hukum- hukum yang diamalkan pada masa hayat Rasullullah (SAW) dan tidak lahir daripada baginda suatu yang menasakhkannya adalah ia teguh dan tetap selepas firmannya, rasulullah (SAW) dan tidak berkemungkinan nasakh dan dibatalkan kerana baginda adalah kesudahan para nabi dan rasul-rasul dan tidak ada lagi nabi selepasnya sebagaimana yang dijelaskan oleh al- Quran : Surah al-Akhrab : 40 Maksudnya: “Bukanlah nabi Muhammad itu ( dengan sebab ada anak angkat) menjadi bapa yang sebenar bagi seorang daipada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah rasulullah (SAW) dan kesudahan segala anbia’.”Kerana itulah syaria’tnya adalah kesudahan syaria’t-syaria’t langit dan ia kekal sehingga ke hari Qiamat.[1] [1] Badran Abu al-Ay’nayn Badran, Usul al-Fiqh , hal. 478a
  • 21. Mengikut kaedah umum dalam syari’at Islam bahawa sesuatu dalil tidak boleh dinasakhkannya kecuali oleh dalil sama kuat dengannya atau terlebih kuat daripadanya, jika sekiranya dalil itu mutawatir maka tidak bolek dinasakhkannya kecuali oleh dalil mutawatir atau masyhur pada pandangan ulamak Hanafi. Sekiranya dalil itu khabar ahad maka harus dinasakhkannya oleh hadis ahad kerana ia sepertinya dari segi kekuatan dan hadis mutawatir dan masyhur kerana kedua-duanya terlebih kuat daripadanya. Dan jika sekiranya ia qath’i al-dilalah maka tidak harus dinasakhkannya kecuali dalil qath’i al-dilalah. Berdasar kepada umum tersebut dijelaskan dalil-dalil yang menasakhkan serta pandangan ulama’ tentangnya sebagaimana berikut:
  • 22. 8.1 Dinasakh al-Quran dengan al-Quran atau al-Sunnah Al-Quran harus dinasakhkan dengan al-Quran apabila sama kedua- duanya dari segi dilalah kerana sama dari segi kekuatan. Adapun dinasakh al-Quran dengan al-Sunnah para ulamak berselisih pendapat tentang harusnya: Jumhur ulamak berpendapat bahawa harus dinasakh al-Quran dengan hadis mutawatir kerana ia seumpama al-Quran dari segi kekuatan dan dengan hadis masyhur pada pandangan ulama’ Hanafi kerana ia hampir dengannya dari segi kekuatan tetapi tidak harus dinasakh al-Quran dengan hadis Ahad kerana ia lebih rendah daripada al- Quran dari segi kekuatan. Ini adalah kerana yang terlebih rendah tidak boleh menasakhkan yang terlebih kuat. Ini adalah pendapat yang rajih. [1] haji hassan bin hai ahmad, usul fiqh, hal. 503
  • 23. Sebahagian daripada ulamak di antaranya ulamak al-Syafi’e berpendapat bahawa tidak harus dinasakhkan al-Quran degan al-sunnah walaupun ia Mutawatir atau Masyhur. Di antara alasan jumhur ulama’ ialah bahawa Allah telah mewajibkan wasiat kepada kedua ibu bapa dan keluarga- keluarga terdekat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:180 Maksudnya : Kamu diwajibkan , apabila seseorang dari kamu hampir mati jika ia meninggal harta, hendaklah ia membuat wasiat untuk bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik , sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa. Kemudian dinasakhkan kewajipan tersebut dengan sabda rasulullah (SAW): Maksudnya: Tidak sah wasiat untuk waris (diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi.)[
  • 24. Di antara alasan a-Imam al-Syafi’e tentang tidak harus dinasakah al-Quran dengan al-Sunnah ialah firman Allah: Surah al-Baqarah:106 Maksudnya: Apa sahaja ayat keterangan yang kami mansukhkan (batalkan) atau yang kami tinggalkan (atau tangguhkan ) kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau menetahui bahawasanya allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu ? Ayat ini menunjukkan bahawa allah telah menyandarkan ganti ayat yang dinasakhkan itu kepada dirinya sendiri dan yang didatang diganti oleh Allah ialah al-Quran sahaja, maka yang menasakhkan al-Quran ialah al-Quran bukan al-Sunnah dan Allah telah menjelaskan bahawa ia menjadikan pengganti terlebih baik daripada yang dinasakhkan atau sama denannya. Al-Sunnah tidaklah ia telebih baik dari al-Quran dan tidak sama dengannya, oleh itu, al-Sunnah tidak layak menjadi pengganti al-quran dan menasakhkannya.
  • 25. Dan Allah juga telah mengusuli ayat dengan firmanNya:- Surah al-Baqarah:106 Maksudnya: “Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,” maka ia menjadikan nasakh dari mereka yang mempunyai kekuasaan yang sempurna iaitu Allah. Oleh yang demikian, maka menasakhkan itu adalah ia dari pihaknya sahaja dan iaitulah al- Quran bukan al-Sunnah.
  • 26. 8.2 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Sunnah Harus dinasakh al-Sunnah dengan al-Sunnah jika sama keduanya dari segi thabit dan dilalah ( petunjuk) maka jika sekiranya ia mutawatir, maka tidak boleh dinaskhkannya kecuali dengan mutawatir atau masyhur di sisi ulama’ Hanafi. Dan jika ia hadis ahad, maka harus dinasakhkannya dengan hadis mutawatir dan mashur kerana kedua-duanya terlebih kuat dari ahad sebagaimana ia diharuskan nasakh dengan hadis ahad..
  • 27. 8.3 Nasakh al-Sunnah Dengan al-Quran Harus dinasakhkan al-sunnah dengan al-Quran walaupun ia mutawatir atau masyhur mengikut pendapat yang rajih daripada beberapa pendapat para fuqaha’ kerana al- sunnah adalah wahyu dari Allah sebagaimana al-Quran dan tidak ada halangan dinasakh wahyu dengan wahyu yang lain kerana ada persamaan di antara keduanya dari segi ini dan kerana thabit nasakh al-sunnah dengan al-Qyran di dalam beberapa masalah di antaranya:
  • 28. 8.3.1 Bahawa menghadap Baitul Maqdis di dalam solat pada permulaan Islam adalah thabit dengan al-sunnah dan dinasakhkannya dengan menghadap ke Baitullah al-Haram melalui firman Allah : Surah al-Baqarah : 144 Maksudnya: Maka palinglah mukamu ke arah Masji al-Haram ( tempat letaknya Ka’abah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
  • 29. 8.3.2 Makan , minum dan bersetubuh dengan perempuan pada malam-malam bulan Ramadhan adalah diharamkan selepas solat ‘Isyak atau tidur walaupun sekejap selepas Maghrib sehinggalah masuk waktu Maghrib malam berikutnya. Hukum ini adalah thabit dengan al-Sunnah Saidina “Umar (RA) telah bersetubuh dengan isterinya selepas Isyak lalu beliau menghadap Rasulullah (SAW) dan menceritakan apa yang telah beliau lakukan . Baginda Rasulullah menjawab :” Engkau tidak sepatutnya melakukan demikian wahai ‘Umar”, maka bangun beberapa orang sahabat mengaku bahawa mereka juga sudah terlibat dengan perkara tersebut selepas solat ‘Isyak, maka turunlah firman Allah : Surah al-Baqarah : 187 Maksudnya : Dihalal bagi kamu pada malam hari puasa bersetubuh dengan isteri- isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka, Allah mengetahui bahawa kamu sesungguhnya mengkhianati diri sendiri lalu tuhan menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang, setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu, dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih ( cahaya siang ) dari benang hitanm ( kegelapan malam) iaitu waktu fajar , kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (Maghrib) Dengan ini nyatala kepada kita bahawa al-sunnah dinasakhkan dengan al-Quran..
  • 30. 8.4 Nasakh dengan Ijma’ Jumhur ulama’ berpendapat bahawa ijma’ tidak harus menasakhkan nas dari al-quran dan al-sunnah kerana nas adalah jika ianya qath’i maka tidak mungkin berlaku ijma’ menyalahinya dan jika ia adalah zanni maka mungkin berlaku ijma’ meyalahinya tetapi ijma’ ini hanya berlakukerana berdasarkan kepada dalil yang rajih, atau kuat pada pandangan ulama’ulama’- yang sepakat tentang nas tersebut dan di dalam keadaan ini tidaklah yang menasakhkan nas itu ijma’ malah yang menasakhkannya itu ialah nas yang terbina ijma’ ke atasnya.
  • 31. 8.5 Nasakh Ijma’ Dengan al-Quran atau al- Sunnah Sebagaimana tidak harus ijma’ menasakh al- Quran atau al-sunnah begitu pula tidak harus al-Quran atau al-sunnah menasakhkan ijma’, kerana yang menasakh mestilah terkemudian daripada yang dinasakh. Al-Quran dan al- Sunnah adalah mendahului ijma’, kerana ijma’ tidak dikira hajat kecuali setelah wafat baginda Rasulullah (SAW). Oleh yang demikian, maka tidaklah harus al-Quran atau al-Sunnah menasakhkan ijma’.
  • 32. 8.6 Nasakh Ijma’ Dengan Ijma’ Tidak harus dinasakh ijma’ dengan ijma’ yang lain, kerana ijma’ apabila terlaksana wajib beramal dengannya dan tidak sah menyalahinya. Oleh yang demikian apabila berlaku ijma’ selepasnya yang mana ia menyalahinya maka ijma’ yang terkemudian itu tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya. Beginilah kebanyakan ulama’usul Fiqh membuat ketetapan secara itlaqnya dan tidak membezakan di antara ijma’ dengan ijma’. Ketetapan ini hanya tertentu dengan bentuk ijma’ yang bersandar kepada selain daripada maslahah seperti al-Quran atau al-Sunnah atau qias. Adapun ijma’ yang bersandar kepada maslahah maka harus ia dinasakhkan dengan ijma’ yang terkemudian apabila berubah maslahah yang dibenarkan ijma’ terdahulu, kerana kehujahan ijma’ yang bersandar kepada maslahah hanya ia dengan memandang kepada terlaksana maslahah yang hanya para ulama’ mujtahidun telah ijma’ atau sepakat tentang hukum yang hanya berdasarkan kepadanya (maslahah). Jika berlaku perubahan kepada maslahah tersebut, maka tidaklah ijma’ yang berdasar kepada maslahah yang sudah berubah itu jadi hujah , dan harus menyalahinya dan disyari’atkan hukum berdasarkan kepada maslahah yang ada.
  • 33. 8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’. Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak harus dinasakh qias dengan al-quran atau al- Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al- Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
  • 34. 8.7 Dinasakh al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias dan dinasakh al-Qias dengan al-Quran atau al-Sunnah atau Ijma’. Tidak harus dinasakah al-quran atau al-Sunnah atau Ijma’ dengan Qias. Begitu juga tidak harus dinasakh qias dengan al-quran atau al- Sunnah atau Ijma’. Ini adalah kerana disyaratkan bahawa syarat sah qias ialah tidak ia menyalahi nas a-Quran dan al- Sunnah atau Ijma’ dan jika sekiranya ia menyalahinya , maka ia (qias) tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.
  • 35. 8.8 Dinasakh Qias dengan Qias Tidak harus qias menasakhkan qias yang lain sebagaimana ia juga tidak harus dinasakhkan dengan qias yang lain kerana qias tidak dikenali kecuali dengan pemikiran dan ijtihad. Qias tidak menjadi hujah kecuali dengan dipandang kepada mujtahid yang sampai ia kepadanya dengan ijtihadnya. Adapun orang lain daripadanya terdiri daripada para mujtahidin tidaklah ia jadi hujah di sisinya dan tidak wajib ia beramal dengannya.
  • 36. 9.0 Kesimpulannya BahaWa al-Quran harus dan sah menasakh oleh sebahagiannya akan sebahagiannya yang lain, al-Sunnah sah bahawa berlaku nasakh sesamanya apabila persamaan dari segi thabit dan dilalah. Mengikut pendapat yang rajih bahawa sah berlaku nasakh menasakhkan di antara al-Quran dan al-Sunnah. Ijmak tidak sah menasakhkan al-Quran atau al-Sunnah dan tidak sah dinasakhkannya dengan keduanya. Begitu juga ia tidak sah dinasakhkannya dengan ijmak yang lain kecuali apabila ijmak yang pertama itu bersandar kepada sesuatu maslahah kemudian maslahah itu berubah dan berlaku ijmak yang lain bersandar kepadanya ( maslahah yang berubah ) maka ijmak yang terkemudian menasakhkan ijmak yang pertama. Manakala qias begitu juga tidak sah ia menasakhkan ak-Quran atau al- Sunnah atau ijmak atau qias sebagaimana ia tidak boleh dinasakhkannya dengan salah satu daripada empat dalil tersebut.[1] [1] Usul Fiqh Islami Zakiuddin Sya’ban , kaherah halaman 313-318
  • 37. 9.1 Hukuman Yang Boleh Dinasakh Dan Tidak Boleh Dinasakh Hukum-hukum syara’ tidaklah boleh dinasakhkan semua malah ada di antaranya yang menerima dinasakhkan dan ada di antaranya tidak menerima dinasakhkan. Adapun hukum-hukum yang tidak menerima atau tidak boleh dinasakhkan adalah seperti berikut: 9.1.1 Hukum-hukum yang berbentuk asas atau asli seperti beriman dengan Allah, para malaikat, kitab, rasul dan hari akhirat dan seperti seluruh asal asal ‘aqidah dan ‘ibadat. 9.1.2 Hukum-hukum bagi segala sifat-sifat yang mulia dan keji yang tidak akan berubah dengan sebab berubah keadaan-keadaan dan umat-umat seperti keadilan, kebenaran, menunaikan amanah, berbuat baik dengan kedua ibu bapa dan seperti mensyirikkan sesuatu dengan Allah, membunuh seseorang dengan tidak sebenar, menderhaka kepada kedua ibu bapa, mendusta dan menzalimi orang lain. 9.1.3 Hukum-hukum cabang syara’ yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara’ seperti jihad ke jalan Allah kerana ia tetap berkekalan sehingga qiamat. Sabda Rasulullah (SAW) : Maksudnya : Jihad itu berterusan sehingga hari qiamat. Dan seperti pengharaman nikah mut’ah yang mana ia telah diharuskan oleh Rasulullah (SAW) dalam sebahagian daripada beberapa peperangan kerana hajat atau dharurat kemudian diharamkannya selama- lamanya dengan sabda Rasulullah (SAW) selepas pembukaan Mekah : Maksudnya:Wahai manusia atau tuan, Seseunnguhnya aku telah memberi keizinan kepada kamu untuk melakukan nikah muta’ah dengan perempuan-perempuan dan sesungguhnya Allah telah mengharamkan demikian itu sehinggalah ke hari qiamat, maka barangsiapa yang masih ada di sisinya mana-mana perempuan melalui nikah mut’ah maka hendaklah ia melepaskannya dan jangan kamu mengambil sesuatu pun dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka. Adapun hukum-hukum yang menerima atau boleh dinasakhakn ialah hukum-hukum cabang syara’ yang tidak dinaskan oleh syara’ berkekalannya.[1] [1] Zakiudin Syaaban , Usul Fiqh al-Islami, Kaherah , hal. 312 dan 313
  • 38. Cara Mengetahui Mansukh Di antara qaidah-qaedah yang ditetapkan oleh ialah bahawa nasakh tidak terlaksana kecuali apabila berlaku pertentangn di antara dua nas iaitu sekira-kira tidak mungkin dihimpun di antara keduanya dan beramal dengan kedua-duanya sekali maka apabila didapati pertentangan ini di antara dua nas nescaya adalah nas yang terkemudian menasakhkan nas yang terdahuu dan tidak diketahui terdahulu salah satu daripada keduanya dan terkemudian yang satu lagi kecuali dengan naqli dan ia mempunyai banyak cara di antaranya : Bahawa didapati di dalam nas itu sendiri perkara yang menunjuk kepadanya dan nas yang terdahulu, seperti sabda Rasulullah (SAW): Maksudnya : Aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur maka hendaklah kamu menziarahinya kerana bahawasanya ia memperingatkan akhirat dan memperzuhudkan dunia. Maka bahawasanya hadis ini menunjukkan kepada bahawa larangan dari menziarahi kubur adalah mendahului suruhannya, oleh yang demikian, maka suruhan menziarahi kubur adalah menasakhkan larangan menziarahinya. [1] Zakiudin Sya’ban Usul Fiqh al-Islami , hal. 318 dan 319
  • 39. • 2. Kata perawi : Bahawa hadis begini terdahulu daripada hadis-hadis begini atau hadis sekian atau ayat sekian lahir semasa perang Uhud dan hadis lain atau ayat lain lahir semasa perang Badar, atau kata perawi : Adalah yang terakhir dari dua perkara daripada Rasulullah (SAW) begini, seperti kata Jabir (RA): • Maksudnya : Akhir dua perkara dari rasulullah (SAW) adalah tidak berwudhuk kerana makan sesuatu di sentuh oleh api (sesuatu yang dimasak dengan api). • Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hiban, maka hadis ini menunjuk bahawa suruhan berwudhu kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api terdahulu daripada tidak atau tinggal berwudhuk kerananya. Oleh sebab itu, tinggal berwudhuk adalah menasakhkan suruhnya kerana makan sesuatu yang dimasak dengan api. • Ijma’ ulamak bahawa salah satu daripada dua dalil yang bertentangan nasakh yang satu lagi seperti nas ini menasakhkan hukum begini.
  • 40. • Perhatian : • Tidak thabit nasakh dengan ada salah satu daripada dua nas yang bertentangan ditulisan di dalam al- Quran selepas yang satu lagi, kerana tertib surah- surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran tidaklah berdasarkan kepada tertib turun ayat-ayat al-Quran. • Tidak thabit nasakh mengikut ulamak Syafi’e dengan kata sahabat bahawa adalah hukumannya begini kemudian dinasakhkan kerana kemungkinan bahawa perkataannya itu lahir dari ijthadnya tidak dari Rasulullah (SAW). • Tetapi para ulama Hanafi menthabitkan nasakh dengan perkataan sahabat kerana sahabat adalah ‘adil maka apabila ia menceritakan nasakh adalah ia menunjukkan bahawasanya ia lahir dari pendengarannya dari Rasulullah (SAW) maka diterima perkataannya tentang demikian itu.