SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1
SEMESTER 2 SESI 2013/2014
SME6044
CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION
TUGASAN 2 : PENSIJILAN GURU
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
FAIZAH BINTI ABDUL HAMID M20131000405
MONICA NURI M20131000411
NOR FAZMIRA BINTI RAZALI M20131000388
FARAHANA BINTI SANI M20131000389
SITI MUSLIHAH BINTI HAJI HARON M20131000395
KUMPULAN : B
PENSYARAH : DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH
PEMARKAHAN
2
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Pensijilan Guru
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pensijilan bermaksud pemberian atau
penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat,
piawai yang dikehendaki atau ditetapkan. Pensijilan guru adalah proses pendidikan untuk
melahirkan guru-guru yang berkemahiran iaitu satu jangka masa untuk mempelajari teknik
mengajar.
Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik
mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional,
mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan
mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk
membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman
dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata
pelajaran yang diajar dan mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi
juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang
betul. Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di
Malaysia :
Lelaki Perempuan
Rendah 73,359 170,259
Menengah 55,343 125,780
Jumlah 128,702 296,039
Sumber : Data Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) seperti 30 April 2014
Jika dilihat kepada statistik bilangan guru di Malaysia, jumlah guru lelaki masih jauh
berkurang berbanding guru perempuan. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merangka
strategi bagi menarik minat pelajar lelaki untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya
mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan perempuan.
1.2 Pendidikan Guru Di Malaysia
Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan
gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan
3
banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri daripada golongan yang kuat semangat
perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku
begitu pantas masa kini.
Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan guru untuk
mengikuti kursus perguruan untuk ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan. Menurut Wan Harun bin Wan
Yaacob (2008), institusi pendidikan guru berusaha melahirkan guru-guru yang berkualiti atau
berkebolehan agar dapat melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Fokus Bahagian
Pendidikan Guru adalah mengendalikan kursus dalam perkhidmatan dan program pendidikan
perguruan pra-perkhidmatan.
1.3 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institut Pendidikan Guru telah dinaiktaraf pada 13 Julai 2005 daripada Maktab Perguruan
Guru. Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institut pengajian tinggi
yang melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan
SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas
(KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program
Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek
Kelolaan Institut (KPKI). Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini
dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM
KPM) yang bertempat di Cyberjaya. IPGM KPM ini telah mula beroperasi pada 3 Januari
2010. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk
melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru
yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus
cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre.
1.4 Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam
melalui kerajaan ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah:
a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI
b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
c) Universiti Utara Malaysia, UUM
d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
4
e) Universiti Malaya, UM
f) Universiti Sains Malaysia, USM
g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM
h) Universiti Malaysia Sabah, UMS
i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM
2.0 KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Selaras dengan hasrat peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia, kementerian pendidikan
Malaysia berusaha menyediakan guru berkualiti dimulakan dengan pengambilan 30 peratus
daripada lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia sebagai bakal guru. Tan Sri Muhyiddin
Yasin dalam ucapannya semasa majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun
2014 menyatakan peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi
mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Bagi mencapai tujuan itu, kementerian akan memantapkan latihan guru di institut pendidikan
guru (IPG). Kursus dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap
penerapan unsur kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan
Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah. Kualiti sistem pendidikan tidak dapat mengatasi
kualiti guru. Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah pengajaran
dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar. Kualiti guru juga
merupakan penentu utama mengatasi faktor-faktor lain termasuk saiz kelas.
3.0 KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN
3.1 Matlamat Kursus Perguruan
Kursus perguruan sangat penting untuk membentuk seorang guru yang berprofession,
bersahsiah, berilmu pengetahuan, berkemahiran ikhtisas, mempunyai nilai-nilai murni,
melahirkan nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Guru. Kursus perguruan juga dapat melahirkan insan yang berprofessional,
berkualiti, cekap, yakin dan berkemahiran tinggi. Guru juga didedahkan dengan
pengkhususan matapelajaran supaya cekap mengajar subjek tersebut kepada pelajar. Selain
itu, kursus perguruan akan menentukan skim perjawatan mengikut pencapaian pendidikan
dan juga penentu perkembangan staff untuk menentukan guru cemerlang.
5
Bakal guru akan didedahkan dengan aktiviti ROS dan Praktikum untuk memantapkan
lagi bidang profession sebagai seorang guru. Konsep ROS memberi peluang kepada guru
pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah.
ROS juga dijadikan sebagai pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari
perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid,
pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi. ROS
akan diadakan selama dua minggu supaya guru mendapat gambaran awal tentang pengurusan
sekolah. Strategi perlaksanaan ialah tempoh ros dijalankan selama dua minggu pada cuti
semester. Tempoh penempatan 2 minggu di sekolah rendah ( ros 1 ) dan 2 minggu di sekolah
menengah ( ros 2 ) tertakluk kepada keperluan mengikut program.
Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih
mengamalkan pengetahuan ,kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi
sebenar bilik darjah dan sekolah. Tujuan praktikum adalah menyepadukan teori dan amali
pengajaran pembelajaran, menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik
darjah, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, memupuk sikap
positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan,
mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi
memperbembangkan potensi diri, menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan
gerak kerja kokurikulum dan mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam proses
pengajaran pembelajaran. Mengikut (WorkshopReports,1970;7), kejayaan pelaksanaan
kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana seseorang guru dapat
membentuk muridnya menjadi seorang berguna kepada masyarakat dan negara. Hal ini
adalah kerana kemahiran professional seseorang guru terletak pada keupayaannya
menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang betul.
Melalui (Cabinet Committee Reports on the implimentation of National
EducationPolicy,1979) juga, “the three years training program has been introduced with the
primary objective of improving the quality of teacher education in this country”
6
3.2 Fokus Utama Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Guru
Peranan yang dimainkan oleh institusi perguruan iaitu Maktab Perguruan dan IPTA
untuk meningkatkan kualiti guru-guru. Melalui Dasar Pendidikan Wawasan 2020, pelbagai
perubahan yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan guru, latihan sistem penilaian,
matapelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, kursus IPG dan IPTA, Lembaga
Peperiksaan dan Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan ,Jabatan Pendidikan Teknikal, Bahagian
perancangan Pusat Perkembangan Kurikulum dan penyelidikan dasar pentadbiran, Bahagian
Buku Teks danJemaah Nazir Sekolah. Mengikut Kajian Oleh Hapidah et al.(2002), faktor
bimbingan memberi sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pembelajaran dan
pengajaran di maktab perguruan. Dari sudut perbincangan Grover(1989), semua pendidik
seharusnya menjadi “instructional leader” dengan membolehkan mereka menghadiri kursus
yang berkaitan dengan penguasan sesuatu mata pelajaran ke tahap ketrampilan kerja yang
lebih bermakna. Melalui Marzita Puteh (2003), menegaskan seorang guru cemerlang
selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras dengan itu
segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan
dengan perkembangan semasa.
Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002), guru cemerlang menunjukkan ciri
seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi
pengalaman, kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek dan kebolehan mengurus
pelajar. Pelbagai cadangan pembentukan program pendidikan guru yang harus Bahagian
Pendidikan Guru perlu tinjau seperti negara yang diambil kira untuk menambah baik sistem
pendidikan di Malaysia contohnya sistem pendidikan Jepun. Guru di Jepun dihormati dan
dihargai dengan pemberian segala kemudahan terutama guru sekolah rendah mendapat gaji
yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru
sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka
digalakkan meneruskan pelajaran mereka dan semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini
memang sesuai dengan iklim di sana. Selain itu, Sistem Pendidikan Jerman pula menekankan
kepada pemahaman teori dan aplikasi praktikal secara sekaligus. Selain itu, hubungan erat di
antara pusat pengajian tinggi dan industri (sekolah) juga membolehkan graduan yang
dihasilkan adalah benar-benar mahir, berkebolehan, menguasai sepenuhnya bidang yang
mereka ceburi dan secara langsung boleh mengatasi dilema siswazah menganggur. Sistem
pendidikan yang diamalkan di negara Jerman adalah Sistem pendidikan percuma.
7
4. 0 CONTOH ISU DALAM PENSIJILAN GURU
4.1 ISU KPLI (Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah) dan (Diploma Pendidikan Lepasan
Ijazah) DPLI.
Terdapat empat isu yang melibatkan guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah
minat, jalan mudah mencari pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI
dalam kursus ikhtisas dan menolak hak pelajar ISMP yang layak.
Bagi isu yang pertama iaitu isu minat, isu ini sentiasa dibangkitkan ialah sama ada
calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih adalah benar-benar layak dan ingin
menjadi seorang guru. Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan
dengan motif peribadi seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan pada
jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak mencabar. Faktor keupayaan
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti
seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor yang besar. Apabila jenis
personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada
sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya ( Holland, 1973). Kajian
yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn-out terhadap guru
jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah
guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd
Zahid Nordin). Maka, tidak hairanlah hasil kajian Trends In International Mathematics
and Science Study ( TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia
berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan
Perdana Menteri, 2009).
Bagi isu yang kedua pula ialah isu mengenai jalan mudah mencari pekerjaan. Ramai
yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi
sebagai batu loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang
memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru
menjadi pilihan mereka yang terakhir. Jadi kebanyakan daripada mereka asalnya gagal
bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar membuatkan mereka mengambil
inisiatif mudah dengan masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal
ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan Salehudin
8
Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan
lain yang mendorong mereka mengambil Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah.
Selain itu, isu yang diketengahkan ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI
dan DPLI dalam kursus ikhtisas. Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus
ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan
kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang
diberi penekanan walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen
utama. Keadaan ini akan mendorong Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan
guru-guru pelatih KPLI dan DPLI yang kurang berkemahiran mengajar pedagogi, kurang
menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan
Malaysia, 31 Oktober 2004).
Seterusnya, isu menolak hak pelajar ISMP yang layak. Kewujudan guru-guru lepasan
KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah
pendidikan. Hal ini adalah guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar
tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini
dijamin penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada
kekosongan guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap. Ini sekaligus
akan meningkatkan pengangguran negara. Tujuan utama pelaksanaan KPLI dan DPLI
sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan
namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya.
Kesan-kesan daripada isu-isu yag disebutkan adalah dengan adanya pengangguran pelajar
ISMP maka ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara. Di samping itu, ia tidak
dapat memartabatkan profesion perguruan maka akan lahirlah modal insan yang tidak
berkualiti.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah untuk individu itu sendiri hendaklah
menceburi bidang pendidikan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam dalam
bidang ini dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Kemudian
bagi kerajaan pula, KPLI dan DPLI hendaklah dibuka hanya apabila ada keperluan bagi
menampung kekosongan yang dilakukan oleh pelajar ISMP. Seterusnya pemilihan dan
kelayakan permohonan untuk masuk ke dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan
diperketatkan.
9
4.2 Isu Guru Interim
Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program
Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT
yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru
yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di
sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh
ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik
2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi
keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini,
perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim
yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian
mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan
SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat tempoh
mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk
pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu
membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in.
Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak
tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan
pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini
tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan daripada graduan dari
program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan kepada graduan baru mengambil
jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang
tetap.
4.3 Lambakan Guru Dan Guru Tidak Mengajar Opsyen
Seperti yang diketahui, banyak yang menganggap bidang perguruan merupakan
salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja setelah tidak berjaya
mendapatkan pekerjaan tetap. Mereka memilih untuk menceburi bidang perguruan setelah
gagal menceburi bidang-bidang lain dan akhirnya kerjaya guru lah yang menjadi pilihan.
10
Apabila fenomena ini berlaku, ianya akan menyebabkan jumlah guru tidak terkawal
jumlahnya dan tidak mengikut kekosongan dan keperluan yang sebenar. Untuk
mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT )mengalami
masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu dilihat dengan
mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu
lagi usaha yang perlu dilakukan adalah kerajaan perlu mengkaji semula umur persaraan
bagi pegawai kerajaan untuk memberikanpeluang kepada guru yang baru.
Isu guru luar bidang atau guru tidak mengajar opsyen sehingga hari ini masih
tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap
sekolah di seluruh Negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai
kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki
mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka
mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan
bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini tetapi sebaliknya beliau
melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau
dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan
guru yang tidak seimbang (mismatch) di mana kawasan bandar mempunyai terlalu ramai
guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi.
Pendidikan di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan
yang modal insan dan seimbang. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka
beberapa strategi termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian
Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru
yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang
telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di
mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru
subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul
tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan
memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya
serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini
terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk
menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa
hadapan.
11
Satu situasi pasti akan berlaku,‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar
mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar
bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu,
guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun“Soalan ini
sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun”. Terdapat juga situasi di
mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak
mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang
bijak dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut.
Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru
untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan.
Pada tahun 2003, dilaporkan seramai 13000 graduan Sains dan Matematik di
seluruh negara tidak mengajar opsyen yang sepatutnya. Mereka mula menerima kesan
penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan
semula subjek lain. (Berita Harian, Februari 2003). Lambakan guru sains dan matematik
ini juga berpunca daripada penempatan pelajar DPLI dan KPLI daripada jurusan yang
sama bertaburan di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar
bidang ini.Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru
terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang
pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru
perlu mengajar bidang yang
mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan
sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga
kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam
kurikulum sekolah menengah yangdiajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of
Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data di atas menunjukkan 41% (18
orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik
sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berpengkhususan Matematik.
Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada 17 orang guru yang
didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah;
73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka
merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Selain itu, 10% (2 orang) daripada
mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi,
12
masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan
Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatar belakangkan
Perakaunan, Biologi,Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini,
menunjukkan kadar ketidak sepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan
mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan
berkualiti dan berkesan disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk
mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja.
Semestinya apabila guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi
masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang
berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru berasa tertekan kerana mereka perlu
belajar mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan
tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas
untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan
yang sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang
berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula,
pelajar berasa bosan dengan isi pengajaran guru.
Guru juga tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.
kerana guru tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula
berasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya,
ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan
keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu,pelajar
menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek
Matematik dengan sepenuhnya. Maka terjadilah perkara yang paling merugikan, pelajar
akan hilang minat terhadap Matematik.
Untuk mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan
program terbaru khas untuk guru-guru opsyen Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik yang
kurang atau tidak mengajar opsyen asal untuk menjalani Program Intervensi Tambah
Opsyen (PITO). Program ini hanya dijalankan selama 12 minggu di universiti-universiti
tempatan yang terpilih. Antara bidang subjek yang ditawarkan adalah Sejarah, bahasa
Melayu, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Geografi.
Program seumpama ini juga akan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap
profesion perguruan kerana seorang guru yang tidak berkemahiran juga boleh mengajar
13
sesuatu subjek tersebut dengan hanya menjalani kursus dalam masa yang singkat sahaja.
Hal ini sekaligus akan menidakkan latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia secara
amnya. Seharusnya, latihan perguruan mestilah setara tempohnya dan berkualiti
sebagaimana yang ditentukan oleh autoriti atau pihak yang mempunyai pengalaman
dalam profesion perguruan.
5.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
Peranan guru sangat penting sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-
pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan
hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku
dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang
yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang
yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan
pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid
Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk
pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk
individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru
harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan
hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran
sepanjang hayat.
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di
samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah :
 Meningkatkan Tahap Profesionalime
 Ganjaran & Kenaikan Pangkat
 Menubuhkan Universiti Perguruan
 Program Kelayakan Professional Kepengetuaan Kebangsaan
 Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Kesatuan Guru
 Hari Guru
14
5.1 Latihan Dalam Perkhidmatan
Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agarguru-guru dilatih
semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan
memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang
diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran
pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan
mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.Jurnal
IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2 104. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri
dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui
Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri
kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua
guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran
input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi
kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.
5.2 Pensiswazahan Guru
Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu
responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa
kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991;
Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima
perubahan ialah melalui pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia
dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang
pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya
profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang
cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya.
Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri
melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme
antaranya adalah seperti berikut :
15
i. Program Pensiswazahan Guru
Kursus – kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun
1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus – kursus yang diadakan
dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru – guru bukan siswazah serta Institut
Aminuddin Baki untuk Guru Besar.
ii. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat
ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama
empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti
mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan kurikulum yang sama.
iii. Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti
Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program
yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan
universiti – universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
5.3 Skim Latihan Pegawai Pendidikan
Selain Program Pensiswazahan Guru pelbagai usaha lain yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru di
Malaysia. Antaranya seperti Bantuan Kewangan OKU, MyBrain15, MyBrainSc, Biasiswa
Antarabangsa (Malaysia International Scholarship (MIS), Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Skim Penddikan Pengajian Tinggi (PPPT),
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) Bagi Pegawai Skim Pendidikan
Pengajian Tinggi (PPPT), Biasiswa Sukan dan lainlain lagi.
Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat
penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak
pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat
dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi
memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan
pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-
penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.
16
5.4 Program Intervensi Tambah Opsyen (Pito)
Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah
kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program
Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah
sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengajar dari semasa ke semasa.
5.5 Peningkatan Kendiri
Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan
sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk seiring
dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang membolehkan peningkatan
profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan
maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio
pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan
professional “on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
6.0 KESIMPULAN
Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif
yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan
perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan
profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan
meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk
menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul.
Untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan
falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses
pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti
matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk
mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang
dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan
17
sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi
panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem
dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak
mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya
apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia
tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi
pelaksanaan sistem pendidikan.
Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak
dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar
pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa
berada di paras yang maksimum bagi memastikan terus berkembang.
Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa
dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan
negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya.
Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan
meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak
nampak ketinggalan oleh muridnya.
18
RUJUKAN
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2014). Statistik Ringkas
Bilangan Guru. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada http://emisportal.moe.gov.my/
Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi Pensijilan. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensijilan
Wan Harun Wan Yaacob (2008). Pendidikan guru di Malaysia. Skudai : Universiti Sains
Malaysia.
Berita Harian (2014). Peningkatan profesionalisme, kualiti guru keutamaan capai PPPM.
Diperoleh pada Jun 7, 2014 daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peningkatanprofesionalisme_kualitiguru
keutamaancapaiPPPM-Muhyiddin/Article/
Berita Harian. 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap (20 Disember
2011)
Berita Harian. 13,000 Graduan Sains Dan Matematik di Seluruh Negara Tidak Mengajar
Opsyen. (23 Februari 2013).

More Related Content

What's hot

Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
ElyzaElyzai
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
jed jeki
 
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
Abdullah Musa
 
Borang naik pangkat
Borang naik pangkatBorang naik pangkat
Borang naik pangkat
Jackie Joel
 

What's hot (20)

Kertas Kerja 1M1S (Futsal).docx
Kertas Kerja 1M1S (Futsal).docxKertas Kerja 1M1S (Futsal).docx
Kertas Kerja 1M1S (Futsal).docx
 
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docxSurat Mohon Penyelenggaraan.docx
Surat Mohon Penyelenggaraan.docx
 
ping pong
ping pongping pong
ping pong
 
Batik lambung
Batik lambungBatik lambung
Batik lambung
 
PENGURUSAN PANITIA BERKESAN 2022.pptx
PENGURUSAN PANITIA BERKESAN 2022.pptxPENGURUSAN PANITIA BERKESAN 2022.pptx
PENGURUSAN PANITIA BERKESAN 2022.pptx
 
Senarai semak portfolio
Senarai semak portfolioSenarai semak portfolio
Senarai semak portfolio
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
Pengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulumPengurusan fail kokurikulum
Pengurusan fail kokurikulum
 
Nota minta contoh
Nota minta  contohNota minta  contoh
Nota minta contoh
 
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerahKertas kerja bola sepak peringkat daerah
Kertas kerja bola sepak peringkat daerah
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
Sijil penghargaan kem sukan sekolah copy
Sijil penghargaan kem sukan sekolah   copySijil penghargaan kem sukan sekolah   copy
Sijil penghargaan kem sukan sekolah copy
 
Contoh Kertas kerja (badminton)
Contoh Kertas kerja (badminton)Contoh Kertas kerja (badminton)
Contoh Kertas kerja (badminton)
 
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
Kertas kerja kursus kepimpinan fbru 2012
 
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2022 SM.doc
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2022 SM.docPERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2022 SM.doc
PERANCANGAN STRATEGIK PEMULIHAN 2022 SM.doc
 
PSO PANITIA BAHASA INGGERIS 2022.pdf
PSO PANITIA BAHASA INGGERIS 2022.pdfPSO PANITIA BAHASA INGGERIS 2022.pdf
PSO PANITIA BAHASA INGGERIS 2022.pdf
 
Perancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaringPerancangan tahunan bola jaring
Perancangan tahunan bola jaring
 
Penting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihanPenting buka-kelas-pemulihan
Penting buka-kelas-pemulihan
 
Borang naik pangkat
Borang naik pangkatBorang naik pangkat
Borang naik pangkat
 
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbpppTaklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
Taklimat PBPP: Manual am pelaksanaan pbppp
 

Viewers also liked

Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
norhaliza76
 
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
sangsemut88
 
Basic measurement
Basic measurementBasic measurement
Basic measurement
Ili Hawari
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
huda hamdan
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Suhairul Hablee
 
Pengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantunganPengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantungan
wansharuddin
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Abd Wahid
 

Viewers also liked (12)

Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
Laporan big fasa4 law.sekolah & guru cemerlang 2014
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malays...
 
Suspension
SuspensionSuspension
Suspension
 
Basic measurement
Basic measurementBasic measurement
Basic measurement
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Pengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantunganPengenalan kepada sistem gantungan
Pengenalan kepada sistem gantungan
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
TEKNOLOGI DALAM PDP
TEKNOLOGI DALAM PDP TEKNOLOGI DALAM PDP
TEKNOLOGI DALAM PDP
 

Similar to Pensijilan guru

Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
huda hamdan
 
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
ssuser60f944
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
Are Fade
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
Dewi_Sejarah
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
Loreta Long
 
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Irman Ramly
 

Similar to Pensijilan guru (20)

Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
 
kajian
kajiankajian
kajian
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
 
SME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guruSME6044-Pensijilan guru
SME6044-Pensijilan guru
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2   amalan terbaik pengurusanBuku mmi 2   amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusan
 
Tugas 14 hasil laporan rps suyuti
Tugas 14 hasil laporan rps suyutiTugas 14 hasil laporan rps suyuti
Tugas 14 hasil laporan rps suyuti
 
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
 
Buku mmi 2 pengurusan final
Buku mmi 2   pengurusan finalBuku mmi 2   pengurusan final
Buku mmi 2 pengurusan final
 
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
Buku mmi 3  amalan terbaik guruBuku mmi 3  amalan terbaik guru
Buku mmi 3 amalan terbaik guru
 
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
Modul 2.1 Angkatan 5 Reguler. Pembelajaran untuk Memenuhi Kebutuhan Belajar M...
 

Recently uploaded

bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
AtiAnggiSupriyati
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Recently uploaded (20)

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Pensijilan guru

  • 1. 1 SEMESTER 2 SESI 2013/2014 SME6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION TUGASAN 2 : PENSIJILAN GURU DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK FAIZAH BINTI ABDUL HAMID M20131000405 MONICA NURI M20131000411 NOR FAZMIRA BINTI RAZALI M20131000388 FARAHANA BINTI SANI M20131000389 SITI MUSLIHAH BINTI HAJI HARON M20131000395 KUMPULAN : B PENSYARAH : DR MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN ABDULLAH PEMARKAHAN
  • 2. 2 1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Pensijilan Guru Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pensijilan bermaksud pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai yang dikehendaki atau ditetapkan. Pensijilan guru adalah proses pendidikan untuk melahirkan guru-guru yang berkemahiran iaitu satu jangka masa untuk mempelajari teknik mengajar. Kriteria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah guru harus mempelajari teknik-teknik mengajar dan menjalani latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang diajar dan mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul. Jadual di bawah menunjukkan bilangan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia : Lelaki Perempuan Rendah 73,359 170,259 Menengah 55,343 125,780 Jumlah 128,702 296,039 Sumber : Data Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS) seperti 30 April 2014 Jika dilihat kepada statistik bilangan guru di Malaysia, jumlah guru lelaki masih jauh berkurang berbanding guru perempuan. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu merangka strategi bagi menarik minat pelajar lelaki untuk mengikuti kursus perguruan dan seterusnya mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan perempuan. 1.2 Pendidikan Guru Di Malaysia Cabaran kepada guru dalam pendidikan kini merangkumi usaha melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, menangani masalah disiplin dan gejala sosial, pengurusan sekolah yang berkesan, harapan menggunung masyarakat dan
  • 3. 3 banyak lagi. Oleh itu, para guru hendaklah terdiri daripada golongan yang kuat semangat perjuangannya dan bersedia untuk mengadaptasi diri dengan perubahan yang berlaku begitu pantas masa kini. Bahagian Pendidikan Guru memainkan peranan penting dalam pemilihan guru untuk mengikuti kursus perguruan untuk ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan. Menurut Wan Harun bin Wan Yaacob (2008), institusi pendidikan guru berusaha melahirkan guru-guru yang berkualiti atau berkebolehan agar dapat melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Fokus Bahagian Pendidikan Guru adalah mengendalikan kursus dalam perkhidmatan dan program pendidikan perguruan pra-perkhidmatan. 1.3 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institut Pendidikan Guru telah dinaiktaraf pada 13 Julai 2005 daripada Maktab Perguruan Guru. Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru yang terdiri daripada pelajar Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) ini dikelolakan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (IPGM KPM) yang bertempat di Cyberjaya. IPGM KPM ini telah mula beroperasi pada 3 Januari 2010. Visi IPG ialah Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru dan misinya adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. IPG mempunyai 28 kampus cawangan dan sebuah English Language Teaching Centre. 1.4 Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Awam ialah universiti yang banyak dibiayai secara awam melalui kerajaan ataupun setempat. Antara IPTA yang menawarkan ijazah pendidikan ialah: a) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI b) Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM c) Universiti Utara Malaysia, UUM d) Universiti Teknologi Mara, UiTM
  • 4. 4 e) Universiti Malaya, UM f) Universiti Sains Malaysia, USM g) Universiti Teknologi Malaysia, UTM h) Universiti Malaysia Sabah, UMS i) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM 2.0 KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA Selaras dengan hasrat peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia, kementerian pendidikan Malaysia berusaha menyediakan guru berkualiti dimulakan dengan pengambilan 30 peratus daripada lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia sebagai bakal guru. Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam ucapannya semasa majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 menyatakan peningkatan profesionalisme dan kualiti guru harus diutamakan bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Bagi mencapai tujuan itu, kementerian akan memantapkan latihan guru di institut pendidikan guru (IPG). Kursus dalam program pendidikan guru turut memberi penekanan terhadap penerapan unsur kreativiti dan inovasi dalam latihan perguruan merangkumi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah. Kualiti sistem pendidikan tidak dapat mengatasi kualiti guru. Berdasarkan sistem sekolah terbaik di dunia, menambah baik kaedah pengajaran dalam bilik darjah adalah cara terbaik meningkatkan pencapaian pelajar. Kualiti guru juga merupakan penentu utama mengatasi faktor-faktor lain termasuk saiz kelas. 3.0 KEPENTINGAN KURSUS PERGURUAN 3.1 Matlamat Kursus Perguruan Kursus perguruan sangat penting untuk membentuk seorang guru yang berprofession, bersahsiah, berilmu pengetahuan, berkemahiran ikhtisas, mempunyai nilai-nilai murni, melahirkan nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Kursus perguruan juga dapat melahirkan insan yang berprofessional, berkualiti, cekap, yakin dan berkemahiran tinggi. Guru juga didedahkan dengan pengkhususan matapelajaran supaya cekap mengajar subjek tersebut kepada pelajar. Selain itu, kursus perguruan akan menentukan skim perjawatan mengikut pencapaian pendidikan dan juga penentu perkembangan staff untuk menentukan guru cemerlang.
  • 5. 5 Bakal guru akan didedahkan dengan aktiviti ROS dan Praktikum untuk memantapkan lagi bidang profession sebagai seorang guru. Konsep ROS memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. ROS juga dijadikan sebagai pendedahan awal guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran menerusi pemerhatian, interaksi dan refleksi. ROS akan diadakan selama dua minggu supaya guru mendapat gambaran awal tentang pengurusan sekolah. Strategi perlaksanaan ialah tempoh ros dijalankan selama dua minggu pada cuti semester. Tempoh penempatan 2 minggu di sekolah rendah ( ros 1 ) dan 2 minggu di sekolah menengah ( ros 2 ) tertakluk kepada keperluan mengikut program. Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan ,kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Tujuan praktikum adalah menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran, menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran, memupuk sikap positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan, mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi memperbembangkan potensi diri, menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum dan mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran. Mengikut (WorkshopReports,1970;7), kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang berguna kepada masyarakat dan negara. Hal ini adalah kerana kemahiran professional seseorang guru terletak pada keupayaannya menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang betul. Melalui (Cabinet Committee Reports on the implimentation of National EducationPolicy,1979) juga, “the three years training program has been introduced with the primary objective of improving the quality of teacher education in this country”
  • 6. 6 3.2 Fokus Utama Perkembangan Profesionalisme Pendidikan Guru Peranan yang dimainkan oleh institusi perguruan iaitu Maktab Perguruan dan IPTA untuk meningkatkan kualiti guru-guru. Melalui Dasar Pendidikan Wawasan 2020, pelbagai perubahan yang telah dibuat dalam kurikulum pendidikan guru, latihan sistem penilaian, matapelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah, kursus IPG dan IPTA, Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Sekolah, Bahagian Sukan ,Jabatan Pendidikan Teknikal, Bahagian perancangan Pusat Perkembangan Kurikulum dan penyelidikan dasar pentadbiran, Bahagian Buku Teks danJemaah Nazir Sekolah. Mengikut Kajian Oleh Hapidah et al.(2002), faktor bimbingan memberi sumbangan yang signifikan terhadap kualiti pembelajaran dan pengajaran di maktab perguruan. Dari sudut perbincangan Grover(1989), semua pendidik seharusnya menjadi “instructional leader” dengan membolehkan mereka menghadiri kursus yang berkaitan dengan penguasan sesuatu mata pelajaran ke tahap ketrampilan kerja yang lebih bermakna. Melalui Marzita Puteh (2003), menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku di persekitaran. Selaras dengan itu segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002), guru cemerlang menunjukkan ciri seperti komitmen profesional yang tinggi, pakar dalam semua bidang, sedia berkongsi pengalaman, kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek dan kebolehan mengurus pelajar. Pelbagai cadangan pembentukan program pendidikan guru yang harus Bahagian Pendidikan Guru perlu tinjau seperti negara yang diambil kira untuk menambah baik sistem pendidikan di Malaysia contohnya sistem pendidikan Jepun. Guru di Jepun dihormati dan dihargai dengan pemberian segala kemudahan terutama guru sekolah rendah mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat. Semua guru sekolah rendah adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan meneruskan pelajaran mereka dan semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai dengan iklim di sana. Selain itu, Sistem Pendidikan Jerman pula menekankan kepada pemahaman teori dan aplikasi praktikal secara sekaligus. Selain itu, hubungan erat di antara pusat pengajian tinggi dan industri (sekolah) juga membolehkan graduan yang dihasilkan adalah benar-benar mahir, berkebolehan, menguasai sepenuhnya bidang yang mereka ceburi dan secara langsung boleh mengatasi dilema siswazah menganggur. Sistem pendidikan yang diamalkan di negara Jerman adalah Sistem pendidikan percuma.
  • 7. 7 4. 0 CONTOH ISU DALAM PENSIJILAN GURU 4.1 ISU KPLI (Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah) dan (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) DPLI. Terdapat empat isu yang melibatkan guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah minat, jalan mudah mencari pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas dan menolak hak pelajar ISMP yang layak. Bagi isu yang pertama iaitu isu minat, isu ini sentiasa dibangkitkan ialah sama ada calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih adalah benar-benar layak dan ingin menjadi seorang guru. Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan dengan motif peribadi seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan pada jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak mencabar. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor yang besar. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya ( Holland, 1973). Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn-out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd Zahid Nordin). Maka, tidak hairanlah hasil kajian Trends In International Mathematics and Science Study ( TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009). Bagi isu yang kedua pula ialah isu mengenai jalan mudah mencari pekerjaan. Ramai yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir. Jadi kebanyakan daripada mereka asalnya gagal bersaing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar membuatkan mereka mengambil inisiatif mudah dengan masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan Salehudin
  • 8. 8 Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah. Selain itu, isu yang diketengahkan ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas. Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen utama. Keadaan ini akan mendorong Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan guru-guru pelatih KPLI dan DPLI yang kurang berkemahiran mengajar pedagogi, kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Seterusnya, isu menolak hak pelajar ISMP yang layak. Kewujudan guru-guru lepasan KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah pendidikan. Hal ini adalah guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini dijamin penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada kekosongan guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap. Ini sekaligus akan meningkatkan pengangguran negara. Tujuan utama pelaksanaan KPLI dan DPLI sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya. Kesan-kesan daripada isu-isu yag disebutkan adalah dengan adanya pengangguran pelajar ISMP maka ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara. Di samping itu, ia tidak dapat memartabatkan profesion perguruan maka akan lahirlah modal insan yang tidak berkualiti. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah untuk individu itu sendiri hendaklah menceburi bidang pendidikan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Kemudian bagi kerajaan pula, KPLI dan DPLI hendaklah dibuka hanya apabila ada keperluan bagi menampung kekosongan yang dilakukan oleh pelajar ISMP. Seterusnya pemilihan dan kelayakan permohonan untuk masuk ke dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan diperketatkan.
  • 9. 9 4.2 Isu Guru Interim Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in. Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang tetap. 4.3 Lambakan Guru Dan Guru Tidak Mengajar Opsyen Seperti yang diketahui, banyak yang menganggap bidang perguruan merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja setelah tidak berjaya mendapatkan pekerjaan tetap. Mereka memilih untuk menceburi bidang perguruan setelah gagal menceburi bidang-bidang lain dan akhirnya kerjaya guru lah yang menjadi pilihan.
  • 10. 10 Apabila fenomena ini berlaku, ianya akan menyebabkan jumlah guru tidak terkawal jumlahnya dan tidak mengikut kekosongan dan keperluan yang sebenar. Untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT )mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu dilihat dengan mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang perlu dilakukan adalah kerajaan perlu mengkaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikanpeluang kepada guru yang baru. Isu guru luar bidang atau guru tidak mengajar opsyen sehingga hari ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh Negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini tetapi sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatan guru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch) di mana kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Pendidikan di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang modal insan dan seimbang. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka beberapa strategi termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan.
  • 11. 11 Satu situasi pasti akan berlaku,‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu, guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun“Soalan ini sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun”. Terdapat juga situasi di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang bijak dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut. Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Pada tahun 2003, dilaporkan seramai 13000 graduan Sains dan Matematik di seluruh negara tidak mengajar opsyen yang sepatutnya. Mereka mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain. (Berita Harian, Februari 2003). Lambakan guru sains dan matematik ini juga berpunca daripada penempatan pelajar DPLI dan KPLI daripada jurusan yang sama bertaburan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini.Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (2011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yangdiajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data di atas menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Selain itu, 10% (2 orang) daripada mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi,
  • 12. 12 masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatar belakangkan Perakaunan, Biologi,Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar ketidak sepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru berasa tertekan kerana mereka perlu belajar mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan yang sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula, pelajar berasa bosan dengan isi pengajaran guru. Guru juga tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. kerana guru tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula berasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu,pelajar menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek Matematik dengan sepenuhnya. Maka terjadilah perkara yang paling merugikan, pelajar akan hilang minat terhadap Matematik. Untuk mengatasi masalah tersebut, Kementerian Pendidikan telah menganjurkan program terbaru khas untuk guru-guru opsyen Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik yang kurang atau tidak mengajar opsyen asal untuk menjalani Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Program ini hanya dijalankan selama 12 minggu di universiti-universiti tempatan yang terpilih. Antara bidang subjek yang ditawarkan adalah Sejarah, bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Geografi. Program seumpama ini juga akan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan kerana seorang guru yang tidak berkemahiran juga boleh mengajar
  • 13. 13 sesuatu subjek tersebut dengan hanya menjalani kursus dalam masa yang singkat sahaja. Hal ini sekaligus akan menidakkan latihan perguruan yang dijalankan di Malaysia secara amnya. Seharusnya, latihan perguruan mestilah setara tempohnya dan berkualiti sebagaimana yang ditentukan oleh autoriti atau pihak yang mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan. 5.0 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU Peranan guru sangat penting sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar- pelajar dan mencorak mereka. Guru boleh diibaratkan sebagai lilin yang menyinarkan hidup pelajar. Namun, sebagai guru, kita harus peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Justeru, guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Antara usaha yang telah dilakukan oleh KPM ialah :  Meningkatkan Tahap Profesionalime  Ganjaran & Kenaikan Pangkat  Menubuhkan Universiti Perguruan  Program Kelayakan Professional Kepengetuaan Kebangsaan  Menubuhkan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Kesatuan Guru  Hari Guru
  • 14. 14 5.1 Latihan Dalam Perkhidmatan Dalam era teknologi moden, perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan, inovasi dalam pedagogi menuntut agarguru-guru dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Ia sememangnya dapat mempertingkat dan memperkukuh profesionalisme diri selain mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai guru, kita mampu memperkukuh kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan melanjutkan pengetahuan profesional kita dalam menguasai dan mengembangkan kemahiran-kemahiran serta memperjelas nilai-nilai profesional kita.Jurnal IPBA / Jilid 3 : Bilangan 2 104. Guru yang berpandangan progresif mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan trenda-trenda pengajaran-pembelajaran baru melalui Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM). Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran. 5.2 Pensiswazahan Guru Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982). Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah melalui pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, setiap guru harus bersedia dari segi mental, emosi serta fizikal untuk menjadi pengamal pendidikan dengan melakukan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Penghayatan konsep pendidikan tentang pentingkan mendalami ilmu dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamnya profesion keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya. Setiap guru boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan melakukan pembelajaran kendiri melalui peluang yang disediakan oleh KPM untuk meningkatkan tahap profesionalisme antaranya adalah seperti berikut :
  • 15. 15 i. Program Pensiswazahan Guru Kursus – kursus seperti Program Khas Pensiwazahan Guru (PKPG) yang dimulakan pada Jun 1999 telah menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus – kursus yang diadakan dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru – guru bukan siswazah serta Institut Aminuddin Baki untuk Guru Besar. ii. Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah Program ini memberikan peluang kepada semua guru di sekolah rendah untuk mendapat ijazah dengan mengkuti kursus di Institut Pendidikan Guru. Tempoh pengajian adalah selama empat tahun. Guru yang mengikuti program ini akan mengikuti kursus yang sama seperti mana pelajar sepenuh masa di IPG dengan kurikulum yang sama. iii. Program Berkembar IAB dengan pihak Universiti Latihan pendidikan yang dijalankan dengan usaha sama Institut Aminuddin Baki dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan harus dipuji. Antara latihan dan program yang disediakan ialah program kembar sarjana antara Institut Aminuddin Baki dengan universiti – universiti di Britain, Amerika Syarikat dan Australia. 5.3 Skim Latihan Pegawai Pendidikan Selain Program Pensiswazahan Guru pelbagai usaha lain yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru di Malaysia. Antaranya seperti Bantuan Kewangan OKU, MyBrain15, MyBrainSc, Biasiswa Antarabangsa (Malaysia International Scholarship (MIS), Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Bagi Pegawai Skim Penddikan Pengajian Tinggi (PPPT), Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Separa Biasiswa (SB) Bagi Pegawai Skim Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT), Biasiswa Sukan dan lainlain lagi. Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan- penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.
  • 16. 16 5.4 Program Intervensi Tambah Opsyen (Pito) Program ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Menurut Mok Soon Sang (1996) guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. 5.5 Peningkatan Kendiri Globalisasi dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah kemajuan sosio ekonomi pula membuktikan guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk seiring dengan ledakan maklumat terkini. Antara strategi yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri termasuk melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif/jurnal dan portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme berterusan, perkembangan professional “on-line” dan aktiviti Pusat Kegiatan Guru. 6.0 KESIMPULAN Meningkatkan dan memartabatkan profesion keguruan adalah suatu pandangan positif yang telah dapat dilihat oleh kerajaan sejak awal lagi. Hal ini dibuktikan berdasarkan perancangan dan langkah yang telah dan akan direncana kerajaan kearah memartabatkan profesion keguruan. KPM telah berusaha untuk memartabatkan profesionalisme guru dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. KPM bermatlamat untuk menjadikan profesion guru dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul. Untuk meningkatkan lagi profesion keguruan, kerajaan telah memperkenalkan falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan merupakan langkah permulaan dalam proses pembangunan sistem pendidikan. Penetapan aspek-aspek lain yang terdapat adalah seperti matlamat, isi kandungan, pendekatan, srategi dan kaedah pengajaran merujuk kepada falsafah pendidikan yang telah ditetapkan. Penting sebagai satu garis panduan kepada guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Proses mendidik pelajar perlu dijalankan secara terancang dan sistematik untuk mendatangkan hasil seperti yang diharapkan. Falsafah pendidikan bukan
  • 17. 17 sahaja menjadi asas kepada pembentukan sesuatu sistem pendidikan tetapi juga menjadi panduan yang penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Ketiadaan suatu sistem dasar yang jelas dan mantap akan menyebabkan sistem pendidikan dan pelaksaaannnya tidak mempunyai hala tuju yang tetap dan dan tidak akan berlangsungdengan lancar, teutamanya apabila dipengaruhi oleh persekitaran seperti kepimpinan,kewangan, pengaruh politik, dunia tanpa sempadan, sosial dan lain-lain lagi yang diambil kira untuk dijadikan asas bagi pelaksanaan sistem pendidikan. Bidang pendidikan kini sentiasa bekembang mengikut peredaran zaman. Banyak dasar yang dibuat dahulu yang tidak lagi sesuai dengan alaf ini. Oleh yang demikian dasar pendidikan juga berubah walaupun matlamat utama tidak berubah iaitu berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan perubahan tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memastikan mutu pendidikan terus dikawal dan sentiasa berada di paras yang maksimum bagi memastikan terus berkembang. Guru sebagai barisan hadapan pelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P) akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak ketinggalan oleh muridnya.
  • 18. 18 RUJUKAN Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2014). Statistik Ringkas Bilangan Guru. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada http://emisportal.moe.gov.my/ Kamus Dewan Edisi Keempat. Definisi Pensijilan. Diperoleh pada Jun 4, 2014 daripada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pensijilan Wan Harun Wan Yaacob (2008). Pendidikan guru di Malaysia. Skudai : Universiti Sains Malaysia. Berita Harian (2014). Peningkatan profesionalisme, kualiti guru keutamaan capai PPPM. Diperoleh pada Jun 7, 2014 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peningkatanprofesionalisme_kualitiguru keutamaancapaiPPPM-Muhyiddin/Article/ Berita Harian. 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) ke Jawatan Tetap (20 Disember 2011) Berita Harian. 13,000 Graduan Sains Dan Matematik di Seluruh Negara Tidak Mengajar Opsyen. (23 Februari 2013).