SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
      PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

              HBML 1103:
 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


                    SEMESTER JANUARI 2009
                        TUGASAN (35%)




HBML1103                                    1
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
KANDUNGAN


Soalan Tugasan                                ii

1.     PENGENALAN                             1


2.     ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU   2
2.1.   Aspek bahasa                           2
2.2.   Aspek nilai                            3
2.3.   Aspek struktur                         3
       2.3.1. Sinopsis                        3
       2.3.2. Tema                            4
       2.3.3. Persoalan                       4
       2.3.4. Watak dan perwatakan            5
       2.3.5. Plot                            6
       2.3.6. Teknik plot                     6
       2.3.7. Gaya bahasa                     6
       2.3.8. Latar                           7
       2.3.9. Nilai                           8
       2.3.10. Pengajaran                     8


3.     RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
       9


4.     PENUTUP                                13


RUJUKAN                                       14


LAMPIRAN                                      15




HBML1103                                           2
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
SOALAN TUGASAN


Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka
rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar.
Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-
pelajar.
a) Pilih salah satu genre sastera (cerpen atau sajak) dan lakukan satu analisis
mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalamnya seperti :
i) Aspek bahasa
ii) Aspek nilai
iii) Aspek struktur
                                                                     (15 markah)


b) Dengan menggunakan bahan tersebut juga, rancangkan SATU sesi pengajaran &
pembelajaran melalui mana-mana teknik pengajaran yang dirasakan sesuai.
Perlihatkan juga gabungjalin kemahiran bahasa dan penerapan nilai dengan
menyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.
(20 marka




HBML1103                                                                       3
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
1.      PENGENALAN
        Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkan
pelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian,
keimanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa
bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan yang dihasratkan
dan menimbangkan perlakuan dan sahsiah yang berkesan sebagai anggota
masyarakat. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai,
mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secara
analitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita rasa sastera.
                        (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991:1)
                       JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4
        Bertolak dari hasrat inilah pengajaran bahasa sastera dan kesusasteraan
Melayu tidak harus dipandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnya
dianggap sebagai subjek ‘second class’, kerana dalam membentuk generasi yang
bersifat seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranan
sastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan.
        Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yang
tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada
berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi
mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping
memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
        Bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat
membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar. EQ
atau Emotional Quotion atau Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) menurut Ari
Ginanja Ayustian 2005 : kemampuan mengenali dan mengungkapkan, mengurus
emosi sendiri dengan baik, juga mengenali peranan orang lain serta kemampuan
memotivasi diri sendiri dan orang lain dan mengekalkan hubungan baik dengan orang
lain.
        Maka sehubungan dengan ini, penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membantu penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang digunakan diambil kira
dari segi aspek penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang

HBML1103                                                                           4
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
digunakan serta strategi dan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang
akan dibincangkan seterusnya.
2.       ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU
         Dalam menganalisis bahan sastera cerpen Lambaian Malar Hijau, aspek-aspek
yang disentuh adalah dari segi aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur.
2.1.     Aspek bahasa
         Dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ada mengemukakan beberapa bahasa
kiasan    bagi   menampakkan     keindahan    keberkesanan    penggunaannya    dalam
membandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu.
a. Kiasan berbunga~kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah dan
berbunga.
      Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng yang dihujani titisan
         kegelisahan sejak bunga-bunga putih pohon resak laut di hadapannya itu
         mula berkembang.
      Nikmat kebebasan membanjiri segenap jiwa raganya.
b. Kiasan asal~kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang.
      Seperti seekor rerama yang terbang bebas.
      Parang di tangannya digenggam dengan erat bagai seorang pemburu gagah.
c. Kiasan berkacau~kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian
dengan bahagian lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik.
      Kesenyapan mengunci mulutnya.
d. Bahasa pembenar~mengiya atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan.
      “Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah ... .”
e. Bahasa ingkar~bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan tetapi bukan
menunjukkan pertanyaan yang tidak tahu dan seolah-olah mengejek untuk
menguatkan kebenaran jawapan yang telah diketahui.
      Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang
         berkaliber pada masa hadapan?
f. Bahasa kecil~bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan
untuk merendahkan diri walaupun sememangnya perkara itu kecil atau besar.
      “...siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya
         Daneng, anak rimba,”…


HBML1103                                                                           5
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
2.2.     Aspek nilai
         Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk
melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan
amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi
dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia
harus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dan
dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Antara
nilai murni yang diterapkan dalam waktu pengajaran- dan pembelajaran ialah:
a.      Kerjasama~Nilai murni ini diterapkan melalui aktiviti yang melibatkan murid
secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan secara berpasangan. Semangat
kerjasama antara pelajar membantu mereka menyelesaikan sesuatu permasalahan
dengan mudah dan cepat berbanding secara individu.
b.     Tanggungjawab~Setiap orang pelajar dipertanggungjawab untuk menyelesai
masalah pembelajaran yang diberi guru secara berkumpulan maka secara tidak
langsung memastikan mereka memikul tanggungjawab masing-masing dalam
mencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai.
c.     Semangat kemasyarakatan~Nilai ini dipupuk melalui aktivit berkumpulan yang
mana pelajar cuba menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran tanpa mengira
bangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan mewujudkan masyarakat yang
harmonis dan bersatu padu.
2.3.     Aspek struktur
         Struktur bahan sastera dalam cerpen Lambaian Malar Hijau adalah seperti
berikut:
2.3.1. Sinopsis
         Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama
Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia
tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat
keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo
yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui
Daneng     hanya   untuk   satu   tujuan   iaitu   memujuk   Daneng   agar    kembali
bersekolah.Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan
HBML1103                                                                           6
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi
pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25
tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran
Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan
balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan
hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu
Jo curahkan padanya.
2.3.2. Tema
       Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar. Daneng
sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan
belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya. Dia tidak rela
melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2.3.3. Persoalan
a. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan
       Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang
asli di negara ini. Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba
ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan.
       Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun
enggan meneruskan persekolahannya. Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh
dengan ketenangan, keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar.
       Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus
asa untuk menyedarkan.
b. Kekayaan flora dan fauna
       Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini. Pengarang
menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah, tenang dan
mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan
burung yang mempersonakan.
c. Sikap tamak manusia
       Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini. Kegiatan
pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli.
Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong
oleh sikap tamak haloba.
d. Kehidupan orang asli

HBML1103                                                                       7
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Melalui cerpen ini, pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah
orang asli. Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa
dengan kehidupan yang sederhana, tidak terburu-buru mengejar masa, tidak sibuk,
man dan tenang. Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian, mereka tidak mengambil
kisak tentang kepentingan ilmu.
       Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan
berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang. Ini dapat dilihat melalui watak
Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika
berada di hutan.
2.3.4. Watak dan perwatakan
a. Watak utama
         Daneng, merupakan anak orang asli yang menyayangi keindahan hidup di
hutan. Watak Daneng adalah watak Dinamis (perubahan). Pada zaman remajanya
mempunyai fizikal tubuh badan contohnya tubuh berotot kental, sihat, gagah dan
tahan lasak.(ms : 91) dan mempunyai sifat dalaman contohnya bijak berdebat ( ms :
93 )
       Daneng mempunyai minda yang bijak. Mendapat keputusan cemerlang di
dalam peperiksaan PMR, tetapi meninggalkan sekolah selama enam bulan (ke
Lembah Tualang) dan bersekolah semula setelah dipujuk oleh Cikgu Jo.
       Dia mempunyai jiwa yang halus dan sensitif contohnya bila bercerita tentang
hutan ditebang hatinya menjadi sayu. Dia memiliki sifat rendah diri dan amat
menghormati gurunya contohnya dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk.
Daneng    juga bersifat mengambil berat di mana apabila dia sudah dewasa, dia
mengambil berat tentang perihal hutan.
b. Cikgu Jo
       Seorang guru yang mengambil berat akan kemajuan anak muridnya dan
bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dia sangat perihatin terhadap masa depan
hutan serta bersimpati terhadap nasib yang diterima oleh Orang Asli Lembah Tualang.
Dia tidak pernah berputus asa dalam memberi nasihat kepada Daneng. Apabila
Daneng berjaya di dalam hidupnya beliau adalah orang yang paling gembira. Cikgu
Jo juga memiliki wajah yang berkedut di makan usia.
b. Ibu Bapa Daneng
       Kedua ibu bapa Daneng sangat menghormati Cikgu Jo dan pemurah.
c. Zamri, Inok, Siti dan Tuk Ketua
HBML1103                                                                         8
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Watak-watak ini adalah watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini




d. Dany
       Watak Dany adalah anak Daneng. Generasi muda yang bernasib baik kerana
masih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu.
2.3.5. Plot
a. Eksposisi
       Memaparkan keindahan hutan di Desa Tualang sambil Daneng memimpin
lelaki tua (bekas gurunya) mendaki cerun ke rumahnya. Dipaparkan pengenalan
watak-watak ( Imbas Kembali).
b. Perkembangan
       Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah agar dapat belajar hingga ke
universiti dan seterusnya mengubah nasib kaumnya.
c. Konflik
       Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu dimana dia meyakinkan
dengan pelajaran sahaja dapat memastikan usaha memulihara alam malar hijau dapat
dilakukan.
d. Puncak/Klimaks
       Berlaku percanggahan pendapat dan akhirnya Daneng bersetuju untuk
bersekolah semula dan akur dengan kata Cikgu Jo.
e. Peleraian
       Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflik
yang telah disebut. Daneng menjadi tokoh yang disegani, mendapat Hadiah Nobel,
menerima anugerah Datuk dan dijemput oleh Kerajaan Brazil.
2.3.6. Teknik plot
a. Pemerian – Digunakan semasa di bahagian eksposisi.(ms:88)
b. Imbas Kembali – Digunakan dari awal cerita hingga akhir.
c. Dialog (ms: 89)
d. Monolog Dalam – (ms:95)
2.3.7. Gaya bahasa
a. Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang
  bukan hidup.

HBML1103                                                                          9
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
 Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.
    Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi




b. Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas( tanpa bak, seperti, umpama,
  ibarat)
    Manik-manik peluh
    Rantai keresahan
    .....diselubungi awan kerisauan
c. Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan
    Seperti seekor rerama yang terbang bebas
    Bagai seorang pemburu gagah.
d. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.
    Engkau bunga bangsa belantara ini
    Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia.
e. Peribahasa
    Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara
       digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi
       arang .
f. Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.
    Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!
    Milik kami bersama,milik kami bersama
2.3.8. Latar
a. Latar Masa
       Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga
ke petang). Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali
peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita.
b. Latar Tempat
       Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal
Daneng. Pada akhir cerita, Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya
kepada Dataran Tualang.
c. Latar Masyarakat


HBML1103                                                                       10
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui
watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan
mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang.




2.3.9. Nilai
a. Hormat-menghormati
       Daneng menghormati gurunya, Cikgu Jo dan Cikgu Jo menghormati bekas
anak muridnya yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh berjaya dalam hidup jika
meneruskan pelajarannya.
b. Kasih sayang
       Daneng amat mengasihi alam sekitar yang menghijau dan berharap keindahan
ini dipertahankan.
c. Kerajinan
       Daneng seorang anak muda yang rajin dan akhirnya mempunyai kejayaan
dalam kerjaya dan penghormatan yang tinggi daripada masyarakat.
2.3.10. Pengajaran
a. Kita perlu menyayangi dan menghargai alam sekitar.
       Alam sekitar yang dipenuhi flora dan fauna perlu dipelihara untuk dinikmati
generasi akan datang seperti ditunjukkan menerusi watak Daneng yang berjaya
menjadi tokoh pemuliharaan alam sekitar yang terkenal.
b. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan.
       Ini ditekankan oleh Cikgu Jo sewaktu memujuk Daneng agar ke sekolah
semula dan terbukti kata-kata Cikgu Jo benar belaka.
c. Kita perlu menghargai pengorbanan guru.
       Tugas guru bukan sahaja di sekolah, tetapi berterusan di luar sekolah untuk
memastikan murid-muridnya menjadi orang yang berjaya dan kita wajar menghargai
pengorbanan guru seperti ditunjukkan oleh Cikgu Jo.




HBML1103                                                                       11
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
HBML1103                              12
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
3.     RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Kelas : Tingkatan 4 Emerald
Jumlah pelajar : 30 orang
Masa : 40 minit
Tajuk : Cerpen: Lambaian Malar Hijau
Objektif : Pelajar dapat memahami cerpen Lambaian Malar Hijau.
Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh:
                      a. Fokus utama: Mengenal pasti dan menyatakan nilai-nilai murni daripada cerpen.
                      b. Fokus sampingan: Mengaitkan nilai dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerpen.
Aktiviti : 1. Menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lagu ‘Hijau’.
          2. Mengenal pasti dan menyenarai nilai-nilai dalam cerpen Lambaian Malar Hijau.
          3. Mengaitkan nilai dengan pengajaran daripada cerpen Lambaian Malar Hijau.
          4. Membina ayat daripada kata dasar yang sama tetapi berlainan pengimbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.
          5. Mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.
Kemahiran bahasa : Lisan dan menulis
Sistem bahasa : Morfologi – pembentukan kata (pengimbuhan)
Penerapan ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik
Penerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, dan semangat kemasyarakatan.




HBML1103                                                                                                                       13
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
KBT (Kemahiran Bernilai Tambah):
                 a. KBKK : Bersoal jawab, mengingat semula, mengenal pasti, menyenarai, menghubungkait dan merumus.
                 b. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan berbahasa, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzikal.
Bahan bantu mengajar : Radio, kaset dan buku teks antologi “Anak Laut ”.
Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari tentang konsep nilai pengajaran dalam cerpen sebelumnya.
Refleksi :
Langkah                 Isi kandungan                   Aktiviti                                                  Catatan
Set Induksi             Lagu Hijau                      1. Guru memutarkan lagu ‘Hijau’.                          KBKK
(5 minit)                                               2. Pelajar mendengar lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal              Mengenal pasti
                                                           Abidin dan menyatakan secara lisan perasaan mereka     Kecerdasan pelbagai:
(Menarik Perhatian)                                        setelah mendengar lagu tersebut.                           •   Kecerdasan
                                                        3. Pelajar menyatakan perasaan mereka berdasarkan lagu            Berbahasa
                                                          yang diperdengar tadi.                                      •   Kecerdasan
                                                        4. Pelajar menyatakan nilai dan pengajaran daripada               Intrapersonal
                                                           lagu.
                                                                                                                      •   Kecerdasan
                                                        5. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mengaitkannya
                                                                                                                          Interpersonal
                                                           dengan tajuk pada hari ini.
                                                                                                                  Teknik sumbangsaran.

Langkah 1               Sinopsis Cerpen Lambaian        1. Seorang wakil pelajar membaca sinopsis Cerpen          KBKK
(10 minit)              Malar Hijau                        Lambaian Malar Hijau.                                       Bersoal jawab


HBML1103                                                                                                                                  14
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
2. Secara berkumpulan pelajar diminta mengenal pasti         Mengenal pasti
(Menyampaikan           Nilai-nilai                         dan menyenaraikan nilai-nilai dalam cerpen .               Menyenarai
Objektif)               - rajin                           3. Wakil kumpulan diminta mempersembahkan hasil          Kecerdasan pelbagai:
                        - kasih sayang                      perbincangan.                                             •   Kecerdasan
                        - sabar                           4. Pelajar dibimbing membuat hasil perbincangan.                Berbahasa
(Menampilkan            - baik hati
                                                                                                                      •   Kecerdasan
Pencapaian)             - bertanggungjawab
                                                                                                                          Intrapersonal
                        - mengenang jasa
                                                                                                                      •   Kecerdasan
(Memberikan
                                                                                                                          Interpersonal
Maklum Balas)
                                                                                                                   Teknik sumbangsaran.
Langkah 2               Kaitan nilai dengan pengajaran.   1. Secara berpasangan pelajar menulis pengajaran         KBKK
10 minit                Contoh:                            daripada cerpen berdasarkan nilai yang diberi.              Menghubung kait
(Menilai                Rajin                             2. Secara rawak pelajar menyatakan pengajaran daripada   Kecerdasan pelbagai:
Pencapaian)             Kita hendaklah menanam sikap        cerpen dengan menggunakan ayat yang gramatis.             •   Kecerdasan
                        rajin demi masa depan yang                                                                        Berbahasa
                        berjaya dan bahagia.                                                                          •   Kecerdasan
                                                                                                                          Intrapersonal
                                                                                                                      •   Kecerdasan
                                                                                                                          Interpersonal



HBML1103                                                                                                                                  15
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
Teknik sumbangsaran.
Langkah 3               Pembentukan kata                  1. Secara berkumpulan pelajar membina ayat daripada      KBKK
10 minit                (pengimbuhan).                      perkataan kata dasar yang sama dari karya yang             Mengenalpasti
(Menilai                                                    dipelajari.                                            Kecerdasan pelbagai:
Pencapaian)             Membina ayat daripada             2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan membacakan ayat-      •   Kecerdasan
                        perkataan kata dasar yang sama.      ayat yang telah dibina.                                      Berbahasa
                        Contoh:                           3. Pelajar dan guru bersama-sama berbincang tentang         •   Kecerdasan
                        Memulihara, memelihara,             hasil jawapan setiap kumpulan dari segi penggunaan            Intrapersonal
                        pemelihara, terpelihara,            imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna.
                                                                                                                      •   Kecerdasan
                        pemeliharaaan dan dipelihara.
                                                                                                                          Interpersonal
                                                                                                                   Teknik sumbangsaran.
Langkah 4               Penutup:                          1. Pelajar diperdengarkan sekali lagi lagu ‘Hijau’.      Kecerdasan pelbagai:
5 minit                 Lagu ‘Hijau’.                     2. Pelajar diminta mengamalkan nilai-nilai murni            •   Kecerdasan
                                                           daripada lagu dan cerpen yang dikaji dalam kehidupan           Berbahasa
(Pengukuhan dan                                            seharian mereka.                                           •   Kecerdasan
Pemindahan)                                               3. Pelajar diminta mencipta dua rangkap pantun                  Intrapersonal
                                                            berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen.             •   Kecerdasan
                                                                                                                          Muzikal




HBML1103                                                                                                                                  16
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
4.     PENUTUP
       Kesimpulannya daripada apa yang telah dibincangkan tentang aspek-aspek
bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu diawalnya dan seterusnya
dikemukakan pula satu Rancangan Pengajaran Harian cerpen Lambaian Malar Hijau
ini dapat dijadikan cadangan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraan
Melayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspek
utama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Disamping
mencapai objektifnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan
pelajar, selari dengan matlamat pendidikan kesusasteraan Melayu sebagai komponen
bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
       Guru berperanan penting dalam menerapkan pengajaran sastera. Kaedah yang
digunakan untuk menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepada
para pelajar. Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sastera
yang dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat menghayati
teks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar dengan teks ini akan
dapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang manusia dan kemanusiaan.
Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi teks dan dunia secara meluas yang
bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya
melalui hubungan masyarakat dan budaya juga mengait dan menghubungkan
pengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang mereka pelajari.
       Penggunaan bahan sastera juga hendaklah disokong oleh kebolehan dan minat
guru dalam menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
agar objektif pengajaran Bahasa Melayu itu tercapai. Diharap penerangan serta
analisis cerpen ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikan
bahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang.




HBML1103                                                                         17
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
RUJUKAN




Dr. Ali Mahmood, et al. (2007). Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala
       Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.


Khairuddin Ayip, et al. (2006). Pro-Eksel Bahasa Melayu : Mutakhir dan
       Terkini Tingkatan 4. Petaling Jaya: Swan Printing Sdn. Bhd.


Nasruddin Mat Hassan (2006). Xpress SPM Bahasa Melayu : Kertas 1103/2. Petaling
        Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.


Saroja Theavy a/p Balakrishnan (2002). Anak laut : Antologi kesusasteraan
       komponen bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.


Suhasni Dollah, Hafizah Salleh (2007). Latihan 2U Bahasa Melayu : Tingkatan 4.
       Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.




HBML1103                                                                         18
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN


1.     Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).




HBML1103                                                  19
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN


1.     Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).




HBML1103                                                  19
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
LAMPIRAN


1.     Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ).




HBML1103                                                  19
PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanfiro HAR
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
Soalan topik interaksi dalam pendidikan
Soalan topik interaksi dalam pendidikanSoalan topik interaksi dalam pendidikan
Soalan topik interaksi dalam pendidikanZuzan Michael Japang
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
contoh Rph kepelbagaian pelajar
contoh Rph kepelbagaian pelajarcontoh Rph kepelbagaian pelajar
contoh Rph kepelbagaian pelajarfarhana86
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKfadhielahya
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanFreedy Kalang
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandunganSivabala Naidu
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 
DSKP MATEMATIK TAHUN 2
DSKP MATEMATIK TAHUN 2DSKP MATEMATIK TAHUN 2
DSKP MATEMATIK TAHUN 2zerat88
 
Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanRukizah Moong
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 

La actualidad más candente (20)

Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Soalan topik interaksi dalam pendidikan
Soalan topik interaksi dalam pendidikanSoalan topik interaksi dalam pendidikan
Soalan topik interaksi dalam pendidikan
 
konsep-asas-psikologi.ppt
konsep-asas-psikologi.pptkonsep-asas-psikologi.ppt
konsep-asas-psikologi.ppt
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
contoh Rph kepelbagaian pelajar
contoh Rph kepelbagaian pelajarcontoh Rph kepelbagaian pelajar
contoh Rph kepelbagaian pelajar
 
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIKModul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
Modul mtsm2103 : MAJOR MATEMATIK
 
Apa itu enjin carian
Apa itu  enjin carianApa itu  enjin carian
Apa itu enjin carian
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinanUlasan jurnal komunikasi kepimpinan
Ulasan jurnal komunikasi kepimpinan
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISMEBAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
 
Kajian kualitatif analisis kandungan
Kajian kualitatif   analisis kandunganKajian kualitatif   analisis kandungan
Kajian kualitatif analisis kandungan
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
DSKP MATEMATIK TAHUN 2
DSKP MATEMATIK TAHUN 2DSKP MATEMATIK TAHUN 2
DSKP MATEMATIK TAHUN 2
 
Facebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikanFacebook dalam pendidikan
Facebook dalam pendidikan
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 

Similar a Assignment pengenalan bm sem jan 2009

Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)
Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)
Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)RobajaNdruru
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bmAryanna Soleha
 
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxMODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxssuser1e7021
 
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamTugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamNorafsah Awang Kati
 
Makalah bahasa indonesia di Sekolah Dasar
Makalah bahasa indonesia di Sekolah DasarMakalah bahasa indonesia di Sekolah Dasar
Makalah bahasa indonesia di Sekolah DasarFadillaSylviani
 
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdfArifSantoso34
 
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkak
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkakRPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkak
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkakharry widhiarto
 
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Zufar Asyraf Al
 
Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3Sol Leha
 
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.doc
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.docSILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.doc
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.docBagasEkoLaksono1
 
Silabus basa jawa kelas 4
Silabus basa jawa kelas 4Silabus basa jawa kelas 4
Silabus basa jawa kelas 4Terry Brengost
 

Similar a Assignment pengenalan bm sem jan 2009 (20)

Kurikulum Mulok Bahasa Jawa SMP 2013
Kurikulum Mulok Bahasa Jawa SMP 2013 Kurikulum Mulok Bahasa Jawa SMP 2013
Kurikulum Mulok Bahasa Jawa SMP 2013
 
Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)
Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)
Rpp.3.1 (b. indo) (8) 276 282 (2)
 
B-BId-1.pdf
B-BId-1.pdfB-BId-1.pdf
B-BId-1.pdf
 
B-BId-1.pdf
B-BId-1.pdfB-BId-1.pdf
B-BId-1.pdf
 
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
2511556 bahan-sastera-dalam-pengajaran-bm
 
Tugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantunTugasan komsas pantun
Tugasan komsas pantun
 
Hsp bm peralihan
Hsp bm peralihanHsp bm peralihan
Hsp bm peralihan
 
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptxMODUL 11 & 12 BI (3).pptx
MODUL 11 & 12 BI (3).pptx
 
Bah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihanBah bm hsp_peralihan
Bah bm hsp_peralihan
 
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anamTugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
Tugasan komsas pantun oleh norisah@anisah bt. hj. anam
 
Makalah bahasa indonesia di Sekolah Dasar
Makalah bahasa indonesia di Sekolah DasarMakalah bahasa indonesia di Sekolah Dasar
Makalah bahasa indonesia di Sekolah Dasar
 
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf
6 Modul Literasi Budaya dan Kewargaan.pdf
 
HSP
HSPHSP
HSP
 
Hsp
HspHsp
Hsp
 
Hsp
HspHsp
Hsp
 
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkak
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkakRPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkak
RPP Bahasa Jawa Kelas x Materi cerkak
 
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
Bahasa Indonesia Kelas X Kurikulum 2013 Revisi 2016
 
Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3Hsp bm sjk_y3
Hsp bm sjk_y3
 
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.doc
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.docSILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.doc
SILABUS SMA KLAS XII edisi UNESA.doc
 
Silabus basa jawa kelas 4
Silabus basa jawa kelas 4Silabus basa jawa kelas 4
Silabus basa jawa kelas 4
 

Assignment pengenalan bm sem jan 2009

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN HBML 1103: PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEMESTER JANUARI 2009 TUGASAN (35%) HBML1103 1 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 2. KANDUNGAN Soalan Tugasan ii 1. PENGENALAN 1 2. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU 2 2.1. Aspek bahasa 2 2.2. Aspek nilai 3 2.3. Aspek struktur 3 2.3.1. Sinopsis 3 2.3.2. Tema 4 2.3.3. Persoalan 4 2.3.4. Watak dan perwatakan 5 2.3.5. Plot 6 2.3.6. Teknik plot 6 2.3.7. Gaya bahasa 6 2.3.8. Latar 7 2.3.9. Nilai 8 2.3.10. Pengajaran 8 3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 9 4. PENUTUP 13 RUJUKAN 14 LAMPIRAN 15 HBML1103 2 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 3. SOALAN TUGASAN Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar- pelajar. a) Pilih salah satu genre sastera (cerpen atau sajak) dan lakukan satu analisis mengenai aspek-aspek yang terkandung di dalamnya seperti : i) Aspek bahasa ii) Aspek nilai iii) Aspek struktur (15 markah) b) Dengan menggunakan bahan tersebut juga, rancangkan SATU sesi pengajaran & pembelajaran melalui mana-mana teknik pengajaran yang dirasakan sesuai. Perlihatkan juga gabungjalin kemahiran bahasa dan penerapan nilai dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya. (20 marka HBML1103 3 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 4. 1. PENGENALAN Matlamat Pendidikan Kesusasteraan Melayu adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar menjiwai unsur-unsur dan nilai-nilai murni dari segi kerohanian, keimanan, kemasyarakatan, kebudayaan dan kewarganegaraan, menanam rasa bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan kebudayaan yang dihasratkan dan menimbangkan perlakuan dan sahsiah yang berkesan sebagai anggota masyarakat. Pendidikan Kesusasteraan Melayu juga bertujuan menghargai, mencintai dan membanggakan bahasa dan kesusasteraan dengan berfikir secara analitis, kritis dan kreatif dan memupuk perubahan cita rasa sastera. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991:1) JURNAL PENDIDIKAN TIGAENF 2000/2001 JILID 2: BIL. 4 Bertolak dari hasrat inilah pengajaran bahasa sastera dan kesusasteraan Melayu tidak harus dipandang ringan. Subjek sastera itu sendiri juga tidak seharusnya dianggap sebagai subjek ‘second class’, kerana dalam membentuk generasi yang bersifat seimbang dan holistik, yang berminda saintifik dan berjiwa mapan, peranan sastera sebagai pengasuh etik dan nilai tidak mungkin kita pinggirkan. Kesusasteraan Melayu dalam konteks pendidikan merupakan karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi mengimbangi perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. Bahasa sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar. EQ atau Emotional Quotion atau Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) menurut Ari Ginanja Ayustian 2005 : kemampuan mengenali dan mengungkapkan, mengurus emosi sendiri dengan baik, juga mengenali peranan orang lain serta kemampuan memotivasi diri sendiri dan orang lain dan mengekalkan hubungan baik dengan orang lain. Maka sehubungan dengan ini, penggunaan bahasa sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu adalah untuk membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah. Bahan sastera yang digunakan diambil kira dari segi aspek penggunaan bahasa, penggarapan nilai dan struktur bahan yang HBML1103 4 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 5. digunakan serta strategi dan kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran yang akan dibincangkan seterusnya. 2. ANALISIS CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU Dalam menganalisis bahan sastera cerpen Lambaian Malar Hijau, aspek-aspek yang disentuh adalah dari segi aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur. 2.1. Aspek bahasa Dalam cerpen Lambaian Malar Hijau ada mengemukakan beberapa bahasa kiasan bagi menampakkan keindahan keberkesanan penggunaannya dalam membandingkan fenomena kehidupan masyarakat pada masa itu. a. Kiasan berbunga~kiasan yang menggunakan rangkaian kata-kata yang indah dan berbunga.  Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng yang dihujani titisan kegelisahan sejak bunga-bunga putih pohon resak laut di hadapannya itu mula berkembang.  Nikmat kebebasan membanjiri segenap jiwa raganya. b. Kiasan asal~kiasan yang menyebutkan bandingan dengan terang.  Seperti seekor rerama yang terbang bebas.  Parang di tangannya digenggam dengan erat bagai seorang pemburu gagah. c. Kiasan berkacau~kiasan yang memperlihatkan kesesuaian antara satu bahagian dengan bahagian lain dan mengandungi unsur-unsur yang tidak logik.  Kesenyapan mengunci mulutnya. d. Bahasa pembenar~mengiya atau mengesahkan sesuatu keterangan atau kenyataan.  “Tentu sekali! Belantara ini sememangnya satu anugerah ... .” e. Bahasa ingkar~bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan tetapi bukan menunjukkan pertanyaan yang tidak tahu dan seolah-olah mengejek untuk menguatkan kebenaran jawapan yang telah diketahui.  Adakah negara akan kehilangan khidmat bakti seorang anak muda yang berkaliber pada masa hadapan? f. Bahasa kecil~bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil dengan tujuan untuk merendahkan diri walaupun sememangnya perkara itu kecil atau besar.  “...siapalah saya di depan cikgu. Kalau tidak kerana cikgu, saya hanya Daneng, anak rimba,”… HBML1103 5 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 6. 2.2. Aspek nilai Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai masyarakat Malaysia harus diterapkan dengan terancang sama ada secara langsung atau tidak langsung dan dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Antara nilai murni yang diterapkan dalam waktu pengajaran- dan pembelajaran ialah: a. Kerjasama~Nilai murni ini diterapkan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan secara berpasangan. Semangat kerjasama antara pelajar membantu mereka menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan mudah dan cepat berbanding secara individu. b. Tanggungjawab~Setiap orang pelajar dipertanggungjawab untuk menyelesai masalah pembelajaran yang diberi guru secara berkumpulan maka secara tidak langsung memastikan mereka memikul tanggungjawab masing-masing dalam mencapai hasil pembelajaran yang hendak dicapai. c. Semangat kemasyarakatan~Nilai ini dipupuk melalui aktivit berkumpulan yang mana pelajar cuba menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran tanpa mengira bangsa dan agama. Semangat kemasyarakatan mewujudkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. 2.3. Aspek struktur Struktur bahan sastera dalam cerpen Lambaian Malar Hijau adalah seperti berikut: 2.3.1. Sinopsis Cerpen ini mengisahkan tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah.Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga warisan HBML1103 6 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 7. nenek moyangnya. Akhirnya Cikgu berjaya memujuk Daneng dengan memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng.Selepas 25 tahun kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya menyelamatkan hutan balantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan hutan di Lembangan Amazon tetapi dia tidak pernah melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan padanya. 2.3.2. Tema Cerpen ini bertemakan tentang perasaan cinta akan alam sekitar. Daneng sanggup meninggalkan alam persekolahannya agar dia boleh memelihara hutan belantara yang merupakan warisan tinggalan nenek moyangnya. Dia tidak rela melihat hutan tersebut dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 2.3.3. Persoalan a. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan Pengarang telah mengutarakan isu pendidikan dalam kalangan remaja orang asli di negara ini. Kebanyakan mereka belajar setakat PMR kerana ketika menimba ilmu,mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan rintangan. Dalam cerpen ini, Daneng ditonjolkan sebagai remaja yang bijak namun enggan meneruskan persekolahannya. Daneng lebih bahagia dengan alam yang penuh dengan ketenangan, keindahan dan keasyikan yang telah menemaninya membesar. Watak Cikgu Jo juga digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah putus asa untuk menyedarkan. b. Kekayaan flora dan fauna Cerpen ini menonjolkan keindahan flora dan fauna negara ini. Pengarang menggambarkan hutan yang dihuni oleh orang asli itu sangat indah, tenang dan mengasyikkan dengan pelbagai jenis pokok dan bunyi serangga dengan kicauan burung yang mempersonakan. c. Sikap tamak manusia Secara tidak lansung pengarang telah menyentuh persoalan ini. Kegiatan pembalakan haram berlaku secara berleluasa di hutan tempat tinggal orang asli. Pembalak haram ini tidak peduli akan kepupusan flora dan fauna kerana didorong oleh sikap tamak haloba. d. Kehidupan orang asli HBML1103 7 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 8. Melalui cerpen ini, pengarang menyuluh kehidupan lahiriah dan batiniah orang asli. Orang asli bergantung sepenuhnya dengan hasil hutan.Mereka selesa dengan kehidupan yang sederhana, tidak terburu-buru mengejar masa, tidak sibuk, man dan tenang. Oleh sebab diulit kehidupan sedemikian, mereka tidak mengambil kisak tentang kepentingan ilmu. Golongan ini juga masih berpegang dengan kepercayaan animisme dan berpegang kuat dengan pelbagai pantang larang. Ini dapat dilihat melalui watak Daneng yang berpesan kepada gurunya agar mengikut pantang larang tertentu ketika berada di hutan. 2.3.4. Watak dan perwatakan a. Watak utama Daneng, merupakan anak orang asli yang menyayangi keindahan hidup di hutan. Watak Daneng adalah watak Dinamis (perubahan). Pada zaman remajanya mempunyai fizikal tubuh badan contohnya tubuh berotot kental, sihat, gagah dan tahan lasak.(ms : 91) dan mempunyai sifat dalaman contohnya bijak berdebat ( ms : 93 ) Daneng mempunyai minda yang bijak. Mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR, tetapi meninggalkan sekolah selama enam bulan (ke Lembah Tualang) dan bersekolah semula setelah dipujuk oleh Cikgu Jo. Dia mempunyai jiwa yang halus dan sensitif contohnya bila bercerita tentang hutan ditebang hatinya menjadi sayu. Dia memiliki sifat rendah diri dan amat menghormati gurunya contohnya dia tidak mahu Cikgu Jo memanggilnya Datuk. Daneng juga bersifat mengambil berat di mana apabila dia sudah dewasa, dia mengambil berat tentang perihal hutan. b. Cikgu Jo Seorang guru yang mengambil berat akan kemajuan anak muridnya dan bertanggungjawab terhadap pelajaran. Dia sangat perihatin terhadap masa depan hutan serta bersimpati terhadap nasib yang diterima oleh Orang Asli Lembah Tualang. Dia tidak pernah berputus asa dalam memberi nasihat kepada Daneng. Apabila Daneng berjaya di dalam hidupnya beliau adalah orang yang paling gembira. Cikgu Jo juga memiliki wajah yang berkedut di makan usia. b. Ibu Bapa Daneng Kedua ibu bapa Daneng sangat menghormati Cikgu Jo dan pemurah. c. Zamri, Inok, Siti dan Tuk Ketua HBML1103 8 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 9. Watak-watak ini adalah watak sampingan bagi menguatkan jalan cerita ini d. Dany Watak Dany adalah anak Daneng. Generasi muda yang bernasib baik kerana masih berpeluang melihat dan menikmati serta mengagumi pohon petualang tua itu. 2.3.5. Plot a. Eksposisi Memaparkan keindahan hutan di Desa Tualang sambil Daneng memimpin lelaki tua (bekas gurunya) mendaki cerun ke rumahnya. Dipaparkan pengenalan watak-watak ( Imbas Kembali). b. Perkembangan Cikgu Jo memujuk Daneng kembali ke sekolah agar dapat belajar hingga ke universiti dan seterusnya mengubah nasib kaumnya. c. Konflik Cikgu Jo telah menimbulkan soal kepentingan ilmu dimana dia meyakinkan dengan pelajaran sahaja dapat memastikan usaha memulihara alam malar hijau dapat dilakukan. d. Puncak/Klimaks Berlaku percanggahan pendapat dan akhirnya Daneng bersetuju untuk bersekolah semula dan akur dengan kata Cikgu Jo. e. Peleraian Dipamerkan dengan pertemuan mereka 25 tahun selepas peristiwa atau konflik yang telah disebut. Daneng menjadi tokoh yang disegani, mendapat Hadiah Nobel, menerima anugerah Datuk dan dijemput oleh Kerajaan Brazil. 2.3.6. Teknik plot a. Pemerian – Digunakan semasa di bahagian eksposisi.(ms:88) b. Imbas Kembali – Digunakan dari awal cerita hingga akhir. c. Dialog (ms: 89) d. Monolog Dalam – (ms:95) 2.3.7. Gaya bahasa a. Personifikasi~memindahkan sifat manusia kepada benda-benda biasa atau yang bukan hidup. HBML1103 9 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 10.  Kabus pagi yang sejuk mengucup mesra jiwa Daneng.  Kemesraan suria perlahan-lahan mendakap kehalusan kabus pagi b. Metafora~merupakan perbandingan yang tidak jelas( tanpa bak, seperti, umpama, ibarat)  Manik-manik peluh  Rantai keresahan  .....diselubungi awan kerisauan c. Simile~perbandingan langsung terhadap sesuatu keadaan  Seperti seekor rerama yang terbang bebas  Bagai seorang pemburu gagah. d. Perlambangan~menerangkan sesuatu dengan mernggunakan benda-benda lain.  Engkau bunga bangsa belantara ini  Atau mengeji tingkah hitam segelintir manusia. e. Peribahasa  Terdapat penggunaan peribahasa yang telah diterbalikkan iaitu bara digenggam perlu menjadi arang.Sepatutnya genggam bara api biar sampai jadi arang . f. Pengulangan~sama pengulangan ayat ungkapan baris dan rangkap.  Tidak!Tidak!Aku mesti melaksanakan tugas!  Milik kami bersama,milik kami bersama 2.3.8. Latar a. Latar Masa Cerpen ini berlangsung dalam jangka masa satu hari sahaja (dari pagi hingga ke petang). Pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk mengimbas kembali peristiwa yang berlaku 25 tahun yang lalu untuk menggerakkan cerita. b. Latar Tempat Perkampungan orang asli di Lembah Tualang yang menjadi tempat tinggal Daneng. Pada akhir cerita, Lembah Tualang dimajukan dan telah ditukar namanya kepada Dataran Tualang. c. Latar Masyarakat HBML1103 10 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 11. Cerpen ini mengambil latar masyarakat orang Asli yang ditonjolkan melalui watak Daneng.Masyarakan orang Asli hidup sederhana di dalam pondok dan mempercayai pelbagai kepercayaan dan pantang larang. 2.3.9. Nilai a. Hormat-menghormati Daneng menghormati gurunya, Cikgu Jo dan Cikgu Jo menghormati bekas anak muridnya yang cemerlang dalam pelajaran dan boleh berjaya dalam hidup jika meneruskan pelajarannya. b. Kasih sayang Daneng amat mengasihi alam sekitar yang menghijau dan berharap keindahan ini dipertahankan. c. Kerajinan Daneng seorang anak muda yang rajin dan akhirnya mempunyai kejayaan dalam kerjaya dan penghormatan yang tinggi daripada masyarakat. 2.3.10. Pengajaran a. Kita perlu menyayangi dan menghargai alam sekitar. Alam sekitar yang dipenuhi flora dan fauna perlu dipelihara untuk dinikmati generasi akan datang seperti ditunjukkan menerusi watak Daneng yang berjaya menjadi tokoh pemuliharaan alam sekitar yang terkenal. b. Kita hendaklah mengutamakan pendidikan. Ini ditekankan oleh Cikgu Jo sewaktu memujuk Daneng agar ke sekolah semula dan terbukti kata-kata Cikgu Jo benar belaka. c. Kita perlu menghargai pengorbanan guru. Tugas guru bukan sahaja di sekolah, tetapi berterusan di luar sekolah untuk memastikan murid-muridnya menjadi orang yang berjaya dan kita wajar menghargai pengorbanan guru seperti ditunjukkan oleh Cikgu Jo. HBML1103 11 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 12. HBML1103 12 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 13. 3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kelas : Tingkatan 4 Emerald Jumlah pelajar : 30 orang Masa : 40 minit Tajuk : Cerpen: Lambaian Malar Hijau Objektif : Pelajar dapat memahami cerpen Lambaian Malar Hijau. Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar boleh: a. Fokus utama: Mengenal pasti dan menyatakan nilai-nilai murni daripada cerpen. b. Fokus sampingan: Mengaitkan nilai dengan pengajaran yang boleh diperolehi daripada cerpen. Aktiviti : 1. Menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan lagu ‘Hijau’. 2. Mengenal pasti dan menyenarai nilai-nilai dalam cerpen Lambaian Malar Hijau. 3. Mengaitkan nilai dengan pengajaran daripada cerpen Lambaian Malar Hijau. 4. Membina ayat daripada kata dasar yang sama tetapi berlainan pengimbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna. 5. Mencipta dua rangkap pantun berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen. Kemahiran bahasa : Lisan dan menulis Sistem bahasa : Morfologi – pembentukan kata (pengimbuhan) Penerapan ilmu: Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Muzik Penerapan nilai: Kerjasama, tanggungjawab, dan semangat kemasyarakatan. HBML1103 13 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 14. KBT (Kemahiran Bernilai Tambah): a. KBKK : Bersoal jawab, mengingat semula, mengenal pasti, menyenarai, menghubungkait dan merumus. b. Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan berbahasa, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan muzikal. Bahan bantu mengajar : Radio, kaset dan buku teks antologi “Anak Laut ”. Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah mempelajari tentang konsep nilai pengajaran dalam cerpen sebelumnya. Refleksi : Langkah Isi kandungan Aktiviti Catatan Set Induksi Lagu Hijau 1. Guru memutarkan lagu ‘Hijau’. KBKK (5 minit) 2. Pelajar mendengar lagu ‘Hijau’ nyanyian Zainal  Mengenal pasti Abidin dan menyatakan secara lisan perasaan mereka Kecerdasan pelbagai: (Menarik Perhatian) setelah mendengar lagu tersebut. • Kecerdasan 3. Pelajar menyatakan perasaan mereka berdasarkan lagu Berbahasa yang diperdengar tadi. • Kecerdasan 4. Pelajar menyatakan nilai dan pengajaran daripada Intrapersonal lagu. • Kecerdasan 5. Berdasarkan jawapan pelajar, guru mengaitkannya Interpersonal dengan tajuk pada hari ini. Teknik sumbangsaran. Langkah 1 Sinopsis Cerpen Lambaian 1. Seorang wakil pelajar membaca sinopsis Cerpen KBKK (10 minit) Malar Hijau Lambaian Malar Hijau.  Bersoal jawab HBML1103 14 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 15. 2. Secara berkumpulan pelajar diminta mengenal pasti  Mengenal pasti (Menyampaikan Nilai-nilai dan menyenaraikan nilai-nilai dalam cerpen .  Menyenarai Objektif) - rajin 3. Wakil kumpulan diminta mempersembahkan hasil Kecerdasan pelbagai: - kasih sayang perbincangan. • Kecerdasan - sabar 4. Pelajar dibimbing membuat hasil perbincangan. Berbahasa (Menampilkan - baik hati • Kecerdasan Pencapaian) - bertanggungjawab Intrapersonal - mengenang jasa • Kecerdasan (Memberikan Interpersonal Maklum Balas) Teknik sumbangsaran. Langkah 2 Kaitan nilai dengan pengajaran. 1. Secara berpasangan pelajar menulis pengajaran KBKK 10 minit Contoh: daripada cerpen berdasarkan nilai yang diberi.  Menghubung kait (Menilai Rajin 2. Secara rawak pelajar menyatakan pengajaran daripada Kecerdasan pelbagai: Pencapaian) Kita hendaklah menanam sikap cerpen dengan menggunakan ayat yang gramatis. • Kecerdasan rajin demi masa depan yang Berbahasa berjaya dan bahagia. • Kecerdasan Intrapersonal • Kecerdasan Interpersonal HBML1103 15 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 16. Teknik sumbangsaran. Langkah 3 Pembentukan kata 1. Secara berkumpulan pelajar membina ayat daripada KBKK 10 minit (pengimbuhan). perkataan kata dasar yang sama dari karya yang  Mengenalpasti (Menilai dipelajari. Kecerdasan pelbagai: Pencapaian) Membina ayat daripada 2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan membacakan ayat- • Kecerdasan perkataan kata dasar yang sama. ayat yang telah dibina. Berbahasa Contoh: 3. Pelajar dan guru bersama-sama berbincang tentang • Kecerdasan Memulihara, memelihara, hasil jawapan setiap kumpulan dari segi penggunaan Intrapersonal pemelihara, terpelihara, imbuhan yang betul dari sudut bentuk dan makna. • Kecerdasan pemeliharaaan dan dipelihara. Interpersonal Teknik sumbangsaran. Langkah 4 Penutup: 1. Pelajar diperdengarkan sekali lagi lagu ‘Hijau’. Kecerdasan pelbagai: 5 minit Lagu ‘Hijau’. 2. Pelajar diminta mengamalkan nilai-nilai murni • Kecerdasan daripada lagu dan cerpen yang dikaji dalam kehidupan Berbahasa (Pengukuhan dan seharian mereka. • Kecerdasan Pemindahan) 3. Pelajar diminta mencipta dua rangkap pantun Intrapersonal berdasarkan nilai yang terdapat dalam cerpen. • Kecerdasan Muzikal HBML1103 16 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 17. 4. PENUTUP Kesimpulannya daripada apa yang telah dibincangkan tentang aspek-aspek bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu diawalnya dan seterusnya dikemukakan pula satu Rancangan Pengajaran Harian cerpen Lambaian Malar Hijau ini dapat dijadikan cadangan pemikiran para pendidik bahasa dan kesusasteraan Melayu bagi memperkasakan proses perancangan strategi dan pelaksanaan aspek utama dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan di bilik darjah. Disamping mencapai objektifnya dalam usaha membantu penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar, selari dengan matlamat pendidikan kesusasteraan Melayu sebagai komponen bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru berperanan penting dalam menerapkan pengajaran sastera. Kaedah yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran sastera harus meninggalkan kesan kepada para pelajar. Reader Response merupakan satu alternatif dalam pengajaran sastera yang dapat mendekatkan pelajar pada subjek ini di samping pelajar dapat menghayati teks-teks yang di baca. Melalui kaedah interaksi antara pelajar dengan teks ini akan dapat menimbulkan kesedaran pada diri pelajar tentang manusia dan kemanusiaan. Pelajar di bawa menjelajahi dan menginterpretasi teks dan dunia secara meluas yang bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budaya juga mengait dan menghubungkan pengetahuan dan pengalaman dengan perkara yang mereka pelajari. Penggunaan bahan sastera juga hendaklah disokong oleh kebolehan dan minat guru dalam menggerakkan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu agar objektif pengajaran Bahasa Melayu itu tercapai. Diharap penerangan serta analisis cerpen ini akan menjadi pembuka tirai ke arah transformasi pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu yang lebih perkasa untuk masa akan datang. HBML1103 17 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 18. RUJUKAN Dr. Ali Mahmood, et al. (2007). Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia. Khairuddin Ayip, et al. (2006). Pro-Eksel Bahasa Melayu : Mutakhir dan Terkini Tingkatan 4. Petaling Jaya: Swan Printing Sdn. Bhd. Nasruddin Mat Hassan (2006). Xpress SPM Bahasa Melayu : Kertas 1103/2. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Saroja Theavy a/p Balakrishnan (2002). Anak laut : Antologi kesusasteraan komponen bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Suhasni Dollah, Hafizah Salleh (2007). Latihan 2U Bahasa Melayu : Tingkatan 4. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. HBML1103 18 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 19. LAMPIRAN 1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ). HBML1103 19 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 20. LAMPIRAN 1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ). HBML1103 19 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU
  • 21. LAMPIRAN 1. Cerpen Lambaian Malar Hijau ( m/s 88 – m/s 98 ). HBML1103 19 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU