Dokumen ini berisi refleksi mikro pengajaran mengenai pengertian solat fardhu. Ada kekuatan seperti murid memahami definisi solat dan memberikan perhatian pada penjelasan guru. Ada kelemahan seperti murid keliru nama solat dan bilangan rakaat. Disarankan lebih banyak latihan, fokus pada murid lemah, dan penggunaan metode bermain untuk menghindari kebosanan.
1. NAMA : CIK SUZIRA BT CIK HARON
NO MATRIK : D201045670
NO KP: 751010-03-5432
( GROUP EL 15 )
REFLEKSI (MIKRO TEACHING)
*IBADAT*
TAJUK : PENGERTIAN SOLAT FARDHU.
KEKUATAN
1. 100% murid menguasai aras 1 iaitu dapat menyebut erti solat.
2. Murid dapat memberikan perhatian di awal pelajaran kerana set induksi yang
dipersembahkan sangat menarik dan menyeronokkan.
3. Guru dapat memberikan penerangan apabila murid dapat memberikan perhatian.
4. Murid dapat menjawab soalan guru melalui aktiviti kumpulan dan penglibatan murid
sangat menggalakkan dan aktif.
KELEMAHAN
1. Hasil pembelajaran bagi aras 2 perlu di beri perhatian lagi kerana murid keliru nama-
nama solat dan bilangan rakaatnya.
2. Di pertengahan waktu pengajaran murid dan pembelajaran, keadaan kelas agak tidak
terkawal kerana sesi pembelajaran di waktu tengahari dan murid agak keletihan.
3. Suasana di luar kelas agak bising dengan kerja-kerja teknikal pembaikian bangunan
menyebabkan gangguan kepada murid-murid.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Pengajaran dan pembelajaran lebih banyak kepada latih tubi dan lebih fokus kepada
murid yang lemah.
2. Bagi hasil pembelajaran aras 2, nama-nama solat dan bilangan rakaatnya lebih
kepada kaedah bermain dan ini dapat mengelakkan murid berasa bosan.
3. Penglibatan semua murid adalah penting untuk memudahkan proses menyusun
mengikut urutan yang betul.