SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                 HTAN, KUALA PILAH




                                       BAHAGIAN I :

                                  PENGENALAN KKM



1.0    PENGENALAN


       Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi.
       Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri
       perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk
       mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat
       di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu
       15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput,
       Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik,
       Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. Pada tahun 1880, Hospital
       Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital
       Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama
       dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum
       oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit
       berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada
       penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900.


       Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit
       berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika.
       Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada
       kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan
       keperluan IMR ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan
       perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan
       Penasihat Malaria ditubuhkan.


                                               1
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                   HTAN, KUALA PILAH




       Menyusul selepas itu, diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria
       serta Patologi. Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula
       ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai
       berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi
       jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut
       telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu,
       perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company
       yang       memerintah   negeri     itu       dari   tahun        1881      hingga   1942.


       Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian
       di Malaysia dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929
       di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk
       memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan
       Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih
       jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej
       Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu
       pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai
       1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah
       Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu
       Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus
       Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif.


       Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di
       Semenanjung Malaysiauntuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi
       keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu
       Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu
       Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan
       kehadiran 6 orang tenaga pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan
       latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta.



                                                2
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                              HTAN, KUALA PILAH




       Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan
       menyediakan latihan untuk Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih
       Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan
       Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini
       sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum
       baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma. Dalam Rancangan Malaysia ke 7,
       kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di
       bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains
       Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta.
       KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan
       Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan
       Persekitaran.


       Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat
       separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang
       Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi
       serta sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains
       Kesihatan. Selepas merdeka, tumpuan kerajaan adalah lebih kepada mempertingkatkan
       sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun
       1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital. Sejak negara mendapat
       kemerdekaan, Kementerian menunjukkan prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan
       rakyat Malaysia. Dalam tempoh 20 tahun merdeka (1957 - 1977), perkembangan
       penjagaan kesihatan negara memberi tumpuan utama kepada proses pembangunan dan
       menaik taraf perkhidmatan kesihatan sedia ada. Ketika inilah Pusat Kesihatan Besar,
       Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik mula dibina.


       Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal
       Ubat dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan
       farmaseutikal yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan
       pada tahun 1974 bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh

                                             3
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                  HTAN, KUALA PILAH


       kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat
       Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk
       produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal
       Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya sebagai
       agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan
       Dadah (PBKD).


       Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial
       serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan
       di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun
       1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut,
       Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan
       menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari
       tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian
       Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962
       - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang.


       Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti-
       fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara
       jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan
       Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas
       terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi
       dan berkualiti. Perkembangan ini selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran,
       pembangunan teknologi kesihatan globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan
       penyakit,    kesihatan   persekitaran   dan   perkembangan      teknologi      di   peringkat
       dunia.Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan pada setiap negeri satu Jabatan
       Kementerian Kesihatan begitu juga Negeri Sembilan. Jabatan Kesihatan Negeri
       Sembilan adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat negeri
       berfungsi sebagai Ibu Pejabat Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan untuk seluruh Negeri
       Sembilan yang manadiketuai seorang pengarah kesihatan negeri iaitu Dato' Dr. Hajah
       Zailan binti Dato' Haji Adnan. Jabatan ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:

                                                4
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                HTAN, KUALA PILAH


    1. Bahagian Pengurusan
    2. Bahagian Perubatan.
    3. Bahagian Kesihatan Awam.
    4. Bahagian Pergigian
    5. Bahagian Farmasi
    6. Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan

      Yang mana setiap bahagian mempunyai seorang timbalan pengarah kesihatan negeri.
      Selain itu jabatan ini juga merupakan agensi utama yang memberikan perkhidmatan
      promosi, pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan pemulihan secara penyayang,
      professional dan berbudi bahasa kepada semua pelanggan.




                                             5
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                    HTAN, KUALA PILAH




1.1     MISI, VISI, DAN OBJEKTIF KORPORAT KKM

        Untuk mencapai wawasan KKM, mereka mempunyai beberapa misi, visi dan objektif
        supaya lebih teratur dan sisitematik di dalam menjaga kesihatan rakyat di Malaysia dan
        Negeri Sembilan.

        1.1.1    Misi

                 Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus akan melaksanakan
                 program perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang merangkumi
                 bidang promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah peningkatan taraf
                 hidup berkualiti.

         1.1.2       Visi

                 Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang
                 mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui
                 pelaksanaan program-program kesihatan, perubatan dan pergigian yang
                 profesional, efisien, saksama dan mesra.

        1.1.3    Objektif

                1.    Memberi perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional,
                      efisen, saksama dan mesra;


                2.    Merangka dan melaksanakan perancangan yang strategik bagi program
                      kesihatan, perubatan dan pergigian selaras dengan dasar-dasar Kementerian
                      Kesihatan Malaysia dan rangka Rancangan Jangka Panjang Negara;




                                                    6
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                HTAN, KUALA PILAH




             3.   Mengamal dan menilai semula program dan aktiviti kesihatan, perubatan dan
                  pergigian;


             4.   Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan latihan yang
                  merangkumi program kesihatan, perubatan dan pergigian; dan


             5.   Menjalin hubungan baik dan menggalakkan penglibatan agensi-agensi Kerajaan
                  dan Bukan Kerajaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang
                  berkaitan di semua peringkat pentadbiran.




                                                7
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                               HTAN, KUALA PILAH




1.2     LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SYARIKAT

        1.2.1    Latarbelakang Organisasi

        Hospital Kuala Pilahdibina di atas tapakseluas 70 ekar di KM 3, Jalan Melang, Kuala
        Pilah.   PembinaanyaberkonsepkanNukleusdenganmenyediakanperkhidmatanpakar        dan
        mempunyai 314 katil. Pembinaan hospital initelahmengambil masa lebihkurang 4
        tahunmulaiDisember 1990 hinggaOktober 1994 dengankoskeseluruhannyabernilai RM
        97.5 juta. Hospital ini menggantikan hospital lama yang hanya mempunyai 232 katil dan
        telah berusia hampir 100 tahun.

        Hospital ini mula memberikan perkhidmatan pada 16 Januari 1995 kepada lebih kurang
        200,000 orang penduduk di daerah Kuala Pilah, Jempol serta penduduk di daerah
        Tampin, Jelebu dan juga negeri Pahang. Hospital Kuala Pilah telah pun dirasmikan oleh
        Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke X, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum
        Tuanku Abdul Rahman pada 4 September 1995.

        Pada     5   September   2006,    hospital   initelahdinamakansemulakepada   Hospital
        TuankuAmpuanNajihah,                   Kuala                 Pilah.            Majlis
        tersebuttelahdisempurnakanolehTuankuAmpuan          Negeri       Sembilan,   DYMM
        TuankuAmpuanNajihahbintiAlmarhumTuanku BesarBurhanuddin.




                                               8
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                 HTAN, KUALA PILAH




        1.2.2   Misi HTAN
                Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang
                berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit untuk menyelamatkan
                nyawa, menghilangkan kesakitan dan mencapai pemulihan awal dan maksima.
                Menyediakan kemudahan latihan bagi pelbagai kategori pelatih dan anggota
                perubatan.


        1.2.3   Visi HTAN
                Hospital Tuanku Ampuan Najihah akan sentiasa menjadi pusat penjagaan
                perubatan yang unggul di dalam bidang-bidang kepakaran asas, disamping
                menjadi pusat latihan perubatan dan kejururawatan yang berkualiti.


        1.2.4   Misi Stor Integrasi Perubatan HTAN
                Bergerak di dalam satu pasukan dalam menerajui perkhidmatan sokongan dan
                bekalan yang profesional dan dinamik dengan penekanan ke arah kewibawaan
                yang tinggi, efisyen dan fleksibel.


        1.2.5   Visi Stor Integrasi Perubatan HTAN
                Ke arah kecermelangan perkhidmatan sokongan yang berkualiti, telus, cekap dan
                berkesan untuk kesihatan dan kesejahteraan negara.


        1.2.6   Objektif Stor Integrasi Perubatan HTAN
                Menyediakan perkhidmatan perolehan melalui pembelian secara cekap, telus dan
                berkualiti.
                Bekalan perolehan secara integrasi serta dapat memenuhi kehendak pengguna
                Mengamalkan prosedur perolehan yang selaras dengan prinsip Peraturan
                Kewangan dan Panduan Perolehan Kerajaan.




                                                  9
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                              HTAN, KUALA PILAH




        1.2.7   Piagam Pelanggan
                Ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan mengikut iltizam dan janji temu
                kami.

1.3     PERKHIDMATAN

        Dibawah Jabatan Farmasi, terdapat 1 jabatan yang diberi nama Unit Stor Integrasi
        Perubatan. Di Unit Stor Integrasi Perubatan, terdapat 3 perkhidmatan penting yang
        dijalankan di Unit tersebut. Perkhidmatan tersebut adalah Perolehan, Penerimaan dan
        Pembekalan.



        1.3.1   Perolehan
                Proses perolehan barangan APPL dilakukan pada awal bulan (sekali setiap dua
                bulan) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pharmaniaga Sdn Bhd. Bagi
                proses perolehan barangan bukan APPL pula dilakukan setiap 4 bulan sekali
                mengikut kadar ROF dan peruntukan yang ada. Manakala, bagi proses perolehan
                ‘bekalan terus’ dilakukan mengikut permohonan yang diterima daripada unit
                pengguna.


        1.3.2   Penerimaan
                Semua item yang diterima akan diperiksa serta merta berpandukan dokumen yang
                sedia ada. Seteleh proses penerimaan dilakukan, pengesahan berkenaan kualiti
                dan kuantiti bekalan akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari
                tarikh penerimaan




                                              10
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                                HTAN, KUALA PILAH




        1.3.3   Pembekalan
                    Pembekalan barangan standard akan dilakukan mengikut jadual yang
                    disediakan . Manakala bagi pembekalan bekalan terus (direct issue), dibuat
                    mengikut permohonan yang diterima daripada unit pengguna.Unit Stor turut
                    membekalkan ubatan pada hospital yang kekurangan bekalan stok ubatan
                    mereka tetapi akan dikategorikan sebagai ‘pinjaman’ dan pihak peminjam
                    haruslah menggantikan kembali ubat yang dipinjam tersebut.




                                               11
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                          HTAN, KUALA PILAH


1.4     PASUKAN PENGURUSAN

        1.4.1   Carta Organisasi Hospital Tuanku Ampuan Najihah




                                           12
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                        HTAN, KUALA PILAH


        1.4.2   Carta Organisasi Jabatan Farmasi HTAN




                                          13
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                           HTAN, KUALA PILAH




        1.4.3   Carta Organisasi Stor Integrasi Perubatan HTAN




                                           14
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
                                                               HTAN, KUALA PILAH




1.5      PERATURAN – PERATURAN PENTADBIRAN DI UNIT STOR INTEGRASI

      1. Adalah berfungsi sebagai Stor Perubatan Negeri bagi pembekalan ubatan, dan keperluan
         perubatan untuk hospital
      2. Menggunakan program berkomputer HIS (Hospital Inventory System) sepenuhnya untuk
         pengendalian inventori
      3. Item APPL mestilah dipesan melalui Syarikat Konsesi penswastaan iaitu Pharmaniaga
         Logistic (M) Sdn Bhd. Item LP pula melalui sebutharga atau kontrak dari lain – lain
         syarikat swasta.
      4. Semua inden pemesan dilengkapkan dan mesti lah diasingkan mengikut wad atau unit.
      5. Semua urusan perolehan dan pembekalan hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan.
      6. Pemantauan peruntukan kewangan dilakukan melalui Dummy Votebook.
      7. Semua urusan pengendalian ubat – ubatan, dadah merbahaya dan psikopatrik adalah
         dibawah kawalan Pegawai Farmasi.
      8. Semua permintaan item bukan standard, aset atau ubat baru mesti mendapat kelulusan
         Pengarah Hospital.




                                              15

Más contenido relacionado

Destacado (20)

Mi ne 3
Mi ne 3Mi ne 3
Mi ne 3
 
Mi ne 4
Mi ne 4Mi ne 4
Mi ne 4
 
Taklimat audit jkkp dan healthy setting 3
Taklimat audit jkkp dan healthy setting 3Taklimat audit jkkp dan healthy setting 3
Taklimat audit jkkp dan healthy setting 3
 
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
PENDAHULUAN-LAPORAN AKHIR PRAKTIKUM 2015
 
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DATCONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
CONTOH REPORT LATIHAN INDUSTRI 2016 POLITEKNIK DAT
 
Format minit mesyuarat
Format minit mesyuaratFormat minit mesyuarat
Format minit mesyuarat
 
Mi ne 2
Mi ne 2Mi ne 2
Mi ne 2
 
Mi ne 5
Mi ne 5Mi ne 5
Mi ne 5
 
Penghargaan backup
Penghargaan backupPenghargaan backup
Penghargaan backup
 
Cover letter maybank
Cover letter maybankCover letter maybank
Cover letter maybank
 
ASYRAF
ASYRAFASYRAF
ASYRAF
 
laporan latihan industri
laporan latihan industrilaporan latihan industri
laporan latihan industri
 
Contoh format minit mesyuarat
Contoh format minit mesyuarat Contoh format minit mesyuarat
Contoh format minit mesyuarat
 
Proton holdings Berhad Malaysia
Proton holdings Berhad MalaysiaProton holdings Berhad Malaysia
Proton holdings Berhad Malaysia
 
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
Laporan Penuh Latihan Industri (Pelajar Politeknik Perdagangan)
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuaratMinit mesyuarat
Minit mesyuarat
 
Report
ReportReport
Report
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShare
 

Similar a Mi ne 1

Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanSistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanMuhammad Nasrullah
 
Presentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptPresentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptEsmarAHamidKenoh
 
Pekeliling kpk 25_2009
Pekeliling kpk 25_2009Pekeliling kpk 25_2009
Pekeliling kpk 25_2009aisaharif
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahpriya devi
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahMohd Faizal Jan
 
Laporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamLaporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamEniey Noraine
 
Laporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamLaporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamEniey Noraine
 
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAMuhammad Nasrullah
 
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...Pelangi Skbj
 
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatanPerutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatanTuan Badrul Hisyam Badrul
 
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)Matt Farhan
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADAsri Mohad
 
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahKonsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahMuhammad Nasrullah
 
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptxILKKM SG BULOH
 
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidLaporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidAzriRamli4
 
Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaansalamha
 
Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaansalamha
 

Similar a Mi ne 1 (20)

Kerjaya jururawat
Kerjaya jururawatKerjaya jururawat
Kerjaya jururawat
 
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanSistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
 
Presentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.pptPresentation Pengarah 2013.ppt
Presentation Pengarah 2013.ppt
 
Pekeliling kpk 25_2009
Pekeliling kpk 25_2009Pekeliling kpk 25_2009
Pekeliling kpk 25_2009
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Laporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamLaporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islam
 
Laporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islamLaporan aktiviti pusat islam
Laporan aktiviti pusat islam
 
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGAKOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN KELUARGA
 
PDU PKD Kinta - Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)
PDU PKD Kinta - Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)PDU PKD Kinta - Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)
PDU PKD Kinta - Perkhidmatan Doktor Udara (Flying Doctor Service)
 
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...
Garis panduan pengoperasian hospital kluster 2018 struktur organisasi dan pen...
 
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatanPerutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
Perutusan menteri kesihatan sempena minggu kesihatan
 
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
Critic Article - SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
 
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMADTOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
TOKOH: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan SekolahKonsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
Konsep & Skop Program Kesihatan Sekolah
 
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4  Struktur Organisasi KKM.pptxTopik 4  Struktur Organisasi KKM.pptx
Topik 4 Struktur Organisasi KKM.pptx
 
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan TelupidLaporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
Laporan Penilaian Outcome Klinik Kesihatan Telupid
 
Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaan
 
Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaan
 
Carta organisasi dr muda
Carta organisasi dr mudaCarta organisasi dr muda
Carta organisasi dr muda
 

Mi ne 1

  • 1. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH BAHAGIAN I : PENGENALAN KKM 1.0 PENGENALAN Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan. Pada tahun 1880, Hospital Taiping iaitu antara hospital tertua di negara ini dibina dan dikenali sebagai Hospital Yeng Wah. Hospital Taiping turut mencatat sejarah kerana menjadi hospital pertama dilengkapi dengan kemudahan x-ray selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada umum oleh penciptanya Prof. W.C Roentgen. Selain penubuhan hospital, tren penyakit berjangkit seperti malaria dan beri-beri, yang kerap berlaku mendorong kepada penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) pada tahun 1900. Kewujudan IMR adalah bertujuan untuk membuat kajian mengenai penyebab penyakit berjangkit ini dan kaedah untuk mengawal jangkitan terutama penyakit tropika. Bukan itu sahaja, kebimbangan kemungkinan merebaknya penyakit ekoran daripada kekurangan zat makanan, penyakit cacar dan penyakit anjing gila juga mengukuhkan keperluan IMR ditubuhkan di negara ini. Bermula dari itu, kerja-kerja penyelidikan dan perkhidmatan rancak dijalankan dan pada tahun 1928, Bahagian Entomologi dan Badan Penasihat Malaria ditubuhkan. 1
  • 2. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH Menyusul selepas itu, diwujudkan pula Bahagian Pemakanan dan Biokimia, Bakteria serta Patologi. Sejarah perkhidmatan kesihatan turut dicatatkan di Sarawak. Ia bermula ketika era Raja Brooke di mana hospital dibina khusus untuk merawat pegawai-pegawai berbangsa Eropah dan keluarga mereka. Gadis-gadis tempatan juga dilatih menjadi jururawat dan bidan di Kuching. Semasa zaman kolonial, perkhidmatan di negeri tersebut telah menfokuskan kepada rawatan perubatan di kawasan bandar. Dalam pada itu, perkhidmatan kesihatan di Sabah ditubuhkan oleh North Borneo Chartered Company yang memerintah negeri itu dari tahun 1881 hingga 1942. Sejarah perkhidmatan kesihatan juga diwarnai dengan kewujudan perkhidmatan pergigian di Malaysia dengan tertubuhnya klinik pergigian kerajaan yang pertama pada tahun 1929 di Jalan Silang ( dahulu dikenali sebagai Jalan Tun Tan Siew Sin), Kuala Lumpur. Untuk memastikan rakyat menikmati perkhidmatan pergigian yang lebih baik, Kolej Latihan Jururawat Pergigian telah ditubuhkan pada tahun 1949 di Pulau Pinang untuk melatih jururawat, teknologi pergigian dan pembantu pembedahan pergigian. Manakala Kolej Kejuruwaratan yang pertama ditubuhkan ialah Kolej Kejururawatan Pulau Pinang iaitu pada tahun 1947 dan diikuti dengan pembukaan asrama jururawat iaitu pada 16 Julai 1956 oleh Sir Donald Mc Gilivray K.C.M.G, M.B.E. Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Kejururawat Pulau Pinang. Kolej ini telah dimulakan dangan kurikulum baru iaitu Latihan Asas, Latihan Pos Basik iaitu Kursus Paediatrik, Kursus Kebidanan, Kursus Perawatan Rapi, Kursus Koronari dan Kursus Perioperatif. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta merupakan Institusi kedua yang diwujudkan di Semenanjung Malaysiauntuk melatih para Pembantu Perubatan demi untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan kesihatan di Malaysia secara amnya. Kolej Pembantu Perubatan yang lain terletak di Seremban, Kuching, dan Alor Star. Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta secara rasminya telah beroperasi pada 1 Januari 1992 dengan kehadiran 6 orang tenaga pengajar. Pada 13 Januari 1992, Kolej ini telah memulakan latihan asas Pembantu Perubatan dengan kehadiran 50 peserta. 2
  • 3. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH Walau bagaimanapun sejarah kolej ini bermula lebih awal, iaitu pada tahun 1956 dengan menyediakan latihan untuk Penolong Jururawat. Seterusnya ia digunakan untuk melatih Pembantu Hospital Rendah pada tahun 1970. Pada tahun 1992, Bahagian Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan telah membuat keputusan untuk menjadikan kolej ini sebagai sebuah latihan Pembantu Perubatan yang memberi latihan mengikut kurikulum baru Pembantu Perubatan yang bertaraf diploma. Dalam Rancangan Malaysia ke 7, kerajaan telah meluluskan pembinaan lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Kolej-kolej tersebut adalah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sg. Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru, dan Ulu Kinta. KSKB menyediakan latihan daripada 6 disiplin iaitu Kejururawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Pembantu Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Objektif KSKB ialah mengadakan Program Latihan Akademik Sains Kesihatan peringkat separa profesional sesuai dengan keperluan guna tenaga manusia, terutama dalam bidang Sains Kesihatan dan menanam sikap positif serta membentuk sahsiah murni, berinovasi serta sentiasa bersedia menghadapi persaingan globalisasi dunia kerjaya bidang Sains Kesihatan. Selepas merdeka, tumpuan kerajaan adalah lebih kepada mempertingkatkan sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Ketika mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957, negara mempunyai sebanyak 65 buah hospital. Sejak negara mendapat kemerdekaan, Kementerian menunjukkan prestasi cemerlang dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 20 tahun merdeka (1957 - 1977), perkembangan penjagaan kesihatan negara memberi tumpuan utama kepada proses pembangunan dan menaik taraf perkhidmatan kesihatan sedia ada. Ketika inilah Pusat Kesihatan Besar, Pusat Kesihatan Kecil, Rumah Bidan dan Klinik mula dibina. Perkembangan Perkhidmatan Farmasi mula berkembang dengan pembentukan Makmal Ubat dan Stor di Petaling Jaya pada tahun 1964. Selaras dengan perkembangan farmaseutikal yang pesat, maka Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menyampaikan perkhidmatan farmasi yang lebih menyeluruh 3
  • 4. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH kepada rakyat Malaysia. Di bawah BPF, ditubuhkan Makmal Kawalan Kimia Ubat Kebangsaan (MKKUK), sebuah institut yang bertanggungjawab menjalankan ujian untuk produk farmaseutikal. MKKUK ditukar nama kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) pada tahun 1992 selaras dengan perkembangan fungsinya sebagai agensi regulatori farmaseutikal dan sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Kementerian Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di bawah Kementerian Kesihatan dalam dua tempoh yang berasingan iaitu dari tahun 1956 hingga 1957 dan 1960 hingga 1962. Semasa tempoh pergabungan tersebut, Kementerian dikenali sebagai Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat dengan menteri pertamanya ialah B. Dato' V.T. Sambanthan (1957 - 1959). Namun bermula dari tahun 1963 Kementerian ditukarkan semula kepada nama asal iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia dengan menteri ke empat iaitu Y.B. Dato' Abdul Rahman Talib (1962 - 1964) yang mana nama tersebut terus kekal sehingga sekarang. Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus berkembang dengan bertambahnya fasiliti- fasiliti kesihatan pada setiap tahun. Kementerian juga menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik. Kini fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan perkembangan teknologi di peringkat dunia.Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan pada setiap negeri satu Jabatan Kementerian Kesihatan begitu juga Negeri Sembilan. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah cawangan Kementerian Kesihatan Malaysia di peringkat negeri berfungsi sebagai Ibu Pejabat Pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan untuk seluruh Negeri Sembilan yang manadiketuai seorang pengarah kesihatan negeri iaitu Dato' Dr. Hajah Zailan binti Dato' Haji Adnan. Jabatan ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: 4
  • 5. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1. Bahagian Pengurusan 2. Bahagian Perubatan. 3. Bahagian Kesihatan Awam. 4. Bahagian Pergigian 5. Bahagian Farmasi 6. Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Yang mana setiap bahagian mempunyai seorang timbalan pengarah kesihatan negeri. Selain itu jabatan ini juga merupakan agensi utama yang memberikan perkhidmatan promosi, pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan pemulihan secara penyayang, professional dan berbudi bahasa kepada semua pelanggan. 5
  • 6. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.1 MISI, VISI, DAN OBJEKTIF KORPORAT KKM Untuk mencapai wawasan KKM, mereka mempunyai beberapa misi, visi dan objektif supaya lebih teratur dan sisitematik di dalam menjaga kesihatan rakyat di Malaysia dan Negeri Sembilan. 1.1.1 Misi Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus akan melaksanakan program perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang merangkumi bidang promosi, pencegahan, perawatan dan pemulihan ke arah peningkatan taraf hidup berkualiti. 1.1.2 Visi Untuk menjadikan Negeri Sembilan Darul Khusus sebuah negeri yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan program-program kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional, efisien, saksama dan mesra. 1.1.3 Objektif 1. Memberi perkhidmatan kesihatan, perubatan dan pergigian yang profesional, efisen, saksama dan mesra; 2. Merangka dan melaksanakan perancangan yang strategik bagi program kesihatan, perubatan dan pergigian selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dan rangka Rancangan Jangka Panjang Negara; 6
  • 7. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 3. Mengamal dan menilai semula program dan aktiviti kesihatan, perubatan dan pergigian; 4. Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan latihan yang merangkumi program kesihatan, perubatan dan pergigian; dan 5. Menjalin hubungan baik dan menggalakkan penglibatan agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam program-program dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan di semua peringkat pentadbiran. 7
  • 8. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.2 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SYARIKAT 1.2.1 Latarbelakang Organisasi Hospital Kuala Pilahdibina di atas tapakseluas 70 ekar di KM 3, Jalan Melang, Kuala Pilah. PembinaanyaberkonsepkanNukleusdenganmenyediakanperkhidmatanpakar dan mempunyai 314 katil. Pembinaan hospital initelahmengambil masa lebihkurang 4 tahunmulaiDisember 1990 hinggaOktober 1994 dengankoskeseluruhannyabernilai RM 97.5 juta. Hospital ini menggantikan hospital lama yang hanya mempunyai 232 katil dan telah berusia hampir 100 tahun. Hospital ini mula memberikan perkhidmatan pada 16 Januari 1995 kepada lebih kurang 200,000 orang penduduk di daerah Kuala Pilah, Jempol serta penduduk di daerah Tampin, Jelebu dan juga negeri Pahang. Hospital Kuala Pilah telah pun dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ke X, Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 4 September 1995. Pada 5 September 2006, hospital initelahdinamakansemulakepada Hospital TuankuAmpuanNajihah, Kuala Pilah. Majlis tersebuttelahdisempurnakanolehTuankuAmpuan Negeri Sembilan, DYMM TuankuAmpuanNajihahbintiAlmarhumTuanku BesarBurhanuddin. 8
  • 9. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.2.2 Misi HTAN Menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit untuk menyelamatkan nyawa, menghilangkan kesakitan dan mencapai pemulihan awal dan maksima. Menyediakan kemudahan latihan bagi pelbagai kategori pelatih dan anggota perubatan. 1.2.3 Visi HTAN Hospital Tuanku Ampuan Najihah akan sentiasa menjadi pusat penjagaan perubatan yang unggul di dalam bidang-bidang kepakaran asas, disamping menjadi pusat latihan perubatan dan kejururawatan yang berkualiti. 1.2.4 Misi Stor Integrasi Perubatan HTAN Bergerak di dalam satu pasukan dalam menerajui perkhidmatan sokongan dan bekalan yang profesional dan dinamik dengan penekanan ke arah kewibawaan yang tinggi, efisyen dan fleksibel. 1.2.5 Visi Stor Integrasi Perubatan HTAN Ke arah kecermelangan perkhidmatan sokongan yang berkualiti, telus, cekap dan berkesan untuk kesihatan dan kesejahteraan negara. 1.2.6 Objektif Stor Integrasi Perubatan HTAN Menyediakan perkhidmatan perolehan melalui pembelian secara cekap, telus dan berkualiti. Bekalan perolehan secara integrasi serta dapat memenuhi kehendak pengguna Mengamalkan prosedur perolehan yang selaras dengan prinsip Peraturan Kewangan dan Panduan Perolehan Kerajaan. 9
  • 10. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.2.7 Piagam Pelanggan Ke arah mempertingkatkan mutu perkhidmatan mengikut iltizam dan janji temu kami. 1.3 PERKHIDMATAN Dibawah Jabatan Farmasi, terdapat 1 jabatan yang diberi nama Unit Stor Integrasi Perubatan. Di Unit Stor Integrasi Perubatan, terdapat 3 perkhidmatan penting yang dijalankan di Unit tersebut. Perkhidmatan tersebut adalah Perolehan, Penerimaan dan Pembekalan. 1.3.1 Perolehan Proses perolehan barangan APPL dilakukan pada awal bulan (sekali setiap dua bulan) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Pharmaniaga Sdn Bhd. Bagi proses perolehan barangan bukan APPL pula dilakukan setiap 4 bulan sekali mengikut kadar ROF dan peruntukan yang ada. Manakala, bagi proses perolehan ‘bekalan terus’ dilakukan mengikut permohonan yang diterima daripada unit pengguna. 1.3.2 Penerimaan Semua item yang diterima akan diperiksa serta merta berpandukan dokumen yang sedia ada. Seteleh proses penerimaan dilakukan, pengesahan berkenaan kualiti dan kuantiti bekalan akan dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan 10
  • 11. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.3.3 Pembekalan Pembekalan barangan standard akan dilakukan mengikut jadual yang disediakan . Manakala bagi pembekalan bekalan terus (direct issue), dibuat mengikut permohonan yang diterima daripada unit pengguna.Unit Stor turut membekalkan ubatan pada hospital yang kekurangan bekalan stok ubatan mereka tetapi akan dikategorikan sebagai ‘pinjaman’ dan pihak peminjam haruslah menggantikan kembali ubat yang dipinjam tersebut. 11
  • 12. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.4 PASUKAN PENGURUSAN 1.4.1 Carta Organisasi Hospital Tuanku Ampuan Najihah 12
  • 13. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.4.2 Carta Organisasi Jabatan Farmasi HTAN 13
  • 14. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.4.3 Carta Organisasi Stor Integrasi Perubatan HTAN 14
  • 15. LAPORAN LATIHAN INDUSTRI HTAN, KUALA PILAH 1.5 PERATURAN – PERATURAN PENTADBIRAN DI UNIT STOR INTEGRASI 1. Adalah berfungsi sebagai Stor Perubatan Negeri bagi pembekalan ubatan, dan keperluan perubatan untuk hospital 2. Menggunakan program berkomputer HIS (Hospital Inventory System) sepenuhnya untuk pengendalian inventori 3. Item APPL mestilah dipesan melalui Syarikat Konsesi penswastaan iaitu Pharmaniaga Logistic (M) Sdn Bhd. Item LP pula melalui sebutharga atau kontrak dari lain – lain syarikat swasta. 4. Semua inden pemesan dilengkapkan dan mesti lah diasingkan mengikut wad atau unit. 5. Semua urusan perolehan dan pembekalan hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan. 6. Pemantauan peruntukan kewangan dilakukan melalui Dummy Votebook. 7. Semua urusan pengendalian ubat – ubatan, dadah merbahaya dan psikopatrik adalah dibawah kawalan Pegawai Farmasi. 8. Semua permintaan item bukan standard, aset atau ubat baru mesti mendapat kelulusan Pengarah Hospital. 15