SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 24
Descargar para leer sin conexión
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains



                   7        PENGURUSAN MAKMAL SAINS


7.0 Objektif Bab

Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang:

1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains.
2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan
   pembelian bahan dan alat sains.
3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal.
4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal.
5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya
   kemalangan di dalam makmal sains.
6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains.
7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains.

7.1 Pengenalan

Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di
dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera
mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap
mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal
sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi
memastikan    setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu
pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting
bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak
berlakunya sebarang kecelakaan.


Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains
sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan
dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam
makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                                Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains


Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik .
Matlamatnya ialah :
•       Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di
        dalam makmal.
•       Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal.
•       Mengelak pembaziran.
•       Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran.
•       Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan.


7.3 Peruntukan Makmal Sains

Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber.

                                                PERUNTUKAN
                SUBSIDI                             DARI
               KERAJAAN                           SEKOLAH


                                   PERUNTUKAN
                                     SAINS


              FIZIK        KIMIA        BIOLOGI         SAINS


7.4 Belanjawan Makmal Sains

    •       Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan
            sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan
            perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan
            tersebut.
7.4.1        Bagaimana membuat belanjawan

        •    Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan
             pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal.
                                                2
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

  •    Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan
       mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua.

7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal

  1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item.
  2. Ketua Jabatan Sains tentukan:
         (a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis.
         (b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan.
         (c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang.
         (d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan.
         (e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian.
  3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan.
  4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll.
  5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun
      hadapan.
  6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah
      menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model
      dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan
      pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan
      logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f)
      peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel;
      dll.
  7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk
      menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan.
  Garis panduan menyediakan senarai keperluan
      1. Apakah item-item yang:
                sangat diperlukan?
                boleh diubahsuaikan?
                boleh dibeli dengan murah?


                                              3
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                               Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

              boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah,
               sekitaran?
              boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah?
     2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar?

  7.4.3    Pesanan dan pembelian

     •    Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua
          Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh
          Pengetua.

     Pertimbangan sebelum pembelian:

     1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik
          oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah.
     2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa:
            . Kuantiti banyak, lebih murah.
            . Bahan kimia, jangan beli banyak.
     3. Masa pembelian:
            . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”.
            . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum.
     4. Cari pembekal yang murah:
            . Harga mahal dari pembekal alatan sains.
            . Beli dari syarikat yang belum terkenal.
            . Beli dari kedai biasa.
7.4.4 Prosedur pembelian
Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
  1. Meminta Sebut harga
            . Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal
          meminta sebut harga.

                                              4
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

         . Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan.
         . Nyatakan tarikh tutup sebut harga.
         . Simpan salinan surat.
     2. Pemilihan pembekal
        Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga.
        . Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal,
          perkhidmatan selepas jualan.
        . Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu.
3. Borang pesanan
        . Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya.
        . Simpan salinan pesanan
4. Surat/nota tanda terima
        . Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan.
        . Failkan bersama-sama dengan borang pesanan.
5. Nota hantaran
        . Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan
         dihantar ke sekolah
         seperti dinyatakan dalam borang pesanan.
        . Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan     dihantar.
        . Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran.
        . Failkan nota bersama-sama dokumen lain.
6.    Penerimaan barangan
        . Pembekal menghantar barangan.
         . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran,
           semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani
           dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah.
7. Invois
        . Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah
          ditandatangani.
        . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat.
        . Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran
                                                5
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains




7.5     Penyimpanan Bahan/Radas Sains

7.5.1 Jenis stor
       Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan.

               STOR UTAMA                                  STOR AGIHAN
  •     Menyimpan semua alat dan bahan •         Di setiap makmal.
        pengajaran sains.                  •     Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada
  •     Bahan/alat dari stor ini tidak           pelajar di makmal berkenaan.
        diagihkan kepada individu.
  •     Bahan/alat diagihka kepada stor di
        setiap makmal.

Ciri-ciri stor utama
       • Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk
             memudahkan hantaran bahan/alat.
         •   Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli.
         •   Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong,
             antara lorong dan antara rak.
7.5.2    Sistem penyimpanan item-item sains

         Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet,
         rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan
         padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah
         mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok.




         Contoh:
         Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam
         makmal Fizik II.
          Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5.
         Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5.

                                             6
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

        Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok
        biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap
        item dalam bentuk kod.


        Contoh:
        Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan
        di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3.
Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan
setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya.


7.5.3   Dokumen-dokumen penting di dalam makmal
        •   Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci.
        •   Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih
            dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains.
        •   Jangan dibawa keluar dari makmal.
Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota
pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan
Kad-kad stok.
        Kad-kad Stok
        •   Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang
            disimpan di dalam stor.
        •   Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk
            memudahkan pemeriksaan stok.
        •   Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai
            habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama).




                                            7
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains




         Contoh kad stok:
         (a) Item-item tahan lama.

                                             (Nama sekolah)
                                Item: Kelalang,volumetrik                 500ml
                                  Lokasi : K8
Tarikh   Stok        Tarikh       Kuantiti    Harga   Jumlah     Tarikh    Dipinjam,     Baki     Tanda
         Masuk                    Dibeli              Stok                 Rosak, dll.            tangan


1996      5                                               5                1 pecah        4
25/3
                       26/4          2        RM12        6                               6



         (b) Bahan pakai habis.

                                    (Nama sekolah)
STOK                                                                                          STOK
                       Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur)
MAKSIMUM                                                                                      MINIMUM
 2 kg                  Lokasi : K3                                                             0.5kg
Tarikh       Stok      Tarikh     Kuantiti    Harga   Pembekal    Jumlah      Digunakan       Baki    Tanda
             Masuk                Diterma                         Stok                                tangan
1996         1.5kg                                                                            1.5kg
19/3
                       26/4       0.5kg       RM30    R&R         2.0kg       0.5kg




7.5.4    Penyimpanan Bahan/Radas

A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia
      • Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah
              dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang
              beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya.
         •    Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama.
                                                      8
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                                   Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

      •           Gunakan stok yang lama dahulu.
      •           Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang.
      •           Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak.


(a) Bahan kimia tak organik
          •        Simpan berasingan daripada bahan kimia organik.
          •        Label pada botol mengikut nama logam.
          •        Botol-botol    bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam
                   almari bertutup.
          •        Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk.
          •        Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama
                  logam.
  Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium.
          •        Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan
                   yang boleh menghilangkan air habluran ke udara.
                   Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat,
                   barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium
                   karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat,
                   kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II)
                   klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium
                   hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida,
                   zink nitrat.
                   Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium
                   karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II),
                   magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat.
(b) Bahan kimia organik
              •     Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain.
              •     Abaikan penambahan ortho, para, di, tri.


                                                   9
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

         •   Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan
             mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang
             baik dan penggunaan api dilarang.




(c) Bahan kimia cecair yang mengkakis
         •   Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang
             tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan
             lantai.
(d) Logam alkali
         •   Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara.
         •   Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan,
             gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh
             dengan tangan.
(e) Fosforus kuning (putih)
         •   Sangat berbahaya dan sangat aktif .
         •   Disimpan di dalam air sejuk.
(f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya
         •   Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat.
         •   Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap.
(g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas
         •   Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida.
         •   Disimpan di dalam peti sejuk.
(h) Bahan kimia yang sangat berbahaya
         •   Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta–
             merta jika tertelan.
         •   Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya.


                                             10
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

B.    Cara menyimpan peralatan
(a)    Bahan kaca
          •   Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama
              benda-benda yang berat atau logam.
          •   Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam
              bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas.
          •   Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis.
                    . Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza.
                    . Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas
                             dengan kapas.
                    . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub
                             spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam
                             laci. Labelkan setiap laci dengan jelas.
                    . Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.
                    . Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di
                            bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar
                            disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu.
                            Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat”
                            (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori
                            disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan,
                            simpan dalam pembalut asal.
                     .     Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan
                           derdiri tegak pada rak khusus.
(b) Bahan/alat plastik
            • Jauhkan dari punca panas.
            • Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat.
(c) Bahan-bahan logam
            • Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa
                dari semasa ke semasa.
(d) Bahan bantu mengajar
            • Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin.
            • Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar.
(e) Pelbagai item kecil
                                             11
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

           • Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula.
           • Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil.
(f) Model-model yang besar
            • Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik
              untuk mengelak debu.
(g) Mikroskop
            • Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah
              mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan
              beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di
              dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak
              percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil
              supaya udara bergerak dengan bebas.


7.6       Keselamatan Di Dalam Makmal Sains

Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen.
Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya
kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru
bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah-
langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi
peraturan dan langkah-langkah keselamatan.




                   GURU                                      PELAJAR

      MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH                    PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA
      SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT                YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA
      DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG                   DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH
      KEMALANGAN                                   DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN
                                                          DAPAT DIHINDARI


7.6.1       Mengapa kemalangan berlaku

Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal
sains berlaku antaranya kerana:
      •     Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan.
      •    Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya.
      •    Guru tidak merancang aktiviti dengan baik.
                                             12
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

     •   Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan.
     •   Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan.
     •   Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali.
     •   Tergesa-gesa dalam melakukan amali.
     •   Sikap “tidak apa” pengguna makmal.



7.6.2    Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa?


                        SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL

•    Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja
     yang selamat.

                                        GURU

•    Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk
     langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan
     peraturan.

                                      PELAJAR

•    Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan
     kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum.
•    Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan
     semasa di makmal

7.6.3    Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal


    1. RUANG         2. PERALATAN        3. PENGGUNA            4. LANGKAH

. STOR             .. API              . GURU                  . PERATURAN AM
. MAKMAL           . SPESIMEN          . PELAJAR              . ARAHAN
                  . ELEKTRIK           . PEMBANTU                KESELAMATAN
                  . KACA                 MAKMAL               . PROSEDUR
                  . BAHAN                                        KECEMASAN
                   KIMIA                                       . RAWATAN
                                            13
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                           Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

                                                             . PELUPUSAN
                                                             . PERALATAN
                                                               KHUSUS
                                                             . PERSEDIAAN GURU

        5. JENIS KEMALANGAN           . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN
                                      . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN




7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal

    •   Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa
        bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami
        peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar
        pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang
        mudah dilihat oleh pelajar.
    •   Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang
        betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi
        arahan guru tentang prosedur amali.
    •   Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci
        dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.
    •   Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat
        pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan
        di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan
        peralatan berkenaan.
    •   Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di
        tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.
    •   Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah
        hendaklah disediakan.
    •   Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur
        menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.



                                           14
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                           Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

      •    Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan
           pengudaraan di dalam makmal.
      •    Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan
           guru dan kakitangan makmal       memahami isi kandungannya serta dapat
           mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu.
      •    Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik
           berada dalam keadaan baik.
      •    Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara
           yang betul.
      •    Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang
           cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.
      Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai
      tanggungjawab tambahan, iaitu:
      •    Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,
      •    Rancangan tindakan untuk keadaan cemas.


7.7   Rawatan Kecemasan

Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan
awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan
kecemasan ialah:



                 AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.

                 JANGAN CEMAS.

                TAHU PUNCA KEMALANGAN.

                TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL




          Jenis dan punca kemalangan

                                           15
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                          Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

                                JENIS                         PUNCA
                                                      •    PENUNU BUNSEN
                                                      •    LITAR PINTAS
           K                 KEBAKARAN
                                                      •    UNSUR-UNSUR
           E
           M                                               LOGAM AKTIF
           A                                          •    BAHAN KIMIA
           L                KERACUNAN                 •    GAS
           A                                          •    SPESIMEN BIOLOGI
           N
           G                                          •    ALATAN KACA
                            LUKA                      •    RADAS
           A
           N                                          •    ALAT ELEKTRIK
                            KEJUTAN                        PENDAWAIAN,
                                                           PUNCA KUASA,
                                                          PALAM

Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat
membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian.


7.7.1     Prosedur pertolongan cemas

                                   TERBAKAR

        . Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan
                  bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minuman
                 .Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutan

Kaedah rawatan kebakaran

                                           •   Rendamkan bahagian yang terbakar
                                               dalam air sejuk (ais) dengan segera
                                               untuk mengurangkan kesakitan.
                   API                     •   Jika luka, balutkan dengan pembalut
                                               yang steril untuk mengelakkan infeksi.
                                           •   Dapatkan rawatan profesional.
                                           •   Tanggalkan pakaian dan barang-barang
                BAHAN                          yang terkena bahan . Basuh dengan air
                KIMIA                          mengalir selama 15 minit.
                                           •   Dapatkan rawatan profesional. Jika
                                               melecur ringan, beri rawatan awal.

                                         16
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains




                              KEBAKARAN RINGAN

                                          •    Basuh dengan air.

                ASID                      •    Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %.
                                          •    Basuh dengan air.
                                          •    Basuh dengan air.

                ALKALI                    •    Sapukan asid asetik 1 %.
                                          •    Basuh dengan air.


                BROMIN                    •    Basuh dengan air.
                                          •    Sapukan larutan ammonia cair
                                               (1 bahagian ammonia : 15 bahagian air)
                                          •    Buang logam dengan menggunakan
                                               penyepit.
            NATRIUM                       •    Rendam dalam air selama 20 minit.
             dan
            KALIUM                        •    Keringkan dan balut dengan pembalut
                                               yang steril.

                                          •    Basuh dengan air.

            FOSFORUS                      •    Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%.
                                          •    Balut dengan pembalut yang lembap.


7.7.2   Merawat kecederaan ringan

                                       LUKA

        •   RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH
            •   Buang kekotoran / kaca.
            •   Basuh dengan air.
            •   Balut dengan pembalut yang bersih dan steril.
            •   Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu.
                                          17
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                              Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains


                           •   JIKA BANYAK DARAH
                                   •   Hentikan pendarahan dengan
                                       menekan tempat yang luka.
                                   •   Jika luka pada tangan atau kaki,
                                       tekan pada titik tekanan. (lihat Rajah)




. Titik tekanan

                                         PATAH

                  •   Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau
                      kebakaran.
                  •   Berikan rawatan untuk luka dan kejutan.
                  •   Dapatkan rawatan profesional.

                                         KEJUTAN


              GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak
                          tangan, muntah, menggigil, susah bernafas.
         RAWATAN :
          •   Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan.
          •   Jangan gerakkan pesakit.
          •   Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya.
          •   Pastikan saluran pernafasan terbuka.
          •   Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredaran darah.

                                 KEJUTAN ELEKTRIK

                      •   Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan.
                                            18
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                        Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

                  •   Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik:
                  •   Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut getah.
                  •   Gunakan sarung tangan getah/kayu
                  •   Lakukan pernafasan buatan dengan segera, jika perlu.
                  •   Panaskan badan mangsa dengan selimut.
                  •   Panggil doktor.




                                 KERACUNAN


                                         •   Keluarkan dengan segera dan basuhkan
              DALAM                          dengan air yang banyak.
              MULUT                      •   Dapatkan rawatan doktor.

                                         •   Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susu
                                             dengan segera.
            TERLELAN                     •   Panaskan badan mangsa.
                                         •   Panggil doktor dengan segera.

                                         •   Bawa mangsa ke tempat yang lapang.
                                         •   Berikan oksigen (jika ada alat).
                                         •   Panaskan badan mangsa.
                                         •   Dapatkan bantuan doktor.
             TERHIDU
                                         •   Jika boleh, kenal pasti jenis bahan
                                             toksik.
                                         •   Jika pernafasan berhenti, berikan
                                             pernafasan buatan.



7.8   Bahan-bahan Yang Berbahaya

                                        19
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                               Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

       •     Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan
             dengan simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan
             bahan mudah terbakar.
       •     Guru    mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan
             kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan
             penggunaan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan.
       •     Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun,
             sangat mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan
             sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik,
             merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya.
       •     Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia
             tertentu terhadap kesihatan:


                         •   Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut.
                         •   Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru.
                         •   Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun.
                         •   Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis.
                         •   Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan
                             hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah.
                         •   Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air.
                         •   Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata.
                         •   Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera.
                         •   Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada
                             lelaki.
                         •   Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal;
                             meresap melalui kulit.
                         •   Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati.


7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya

Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal.
Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas
             membebaskan terlalu banyak hidrogen.
           2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas
             yang hebat dan sangat berbahaya.
           3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang

                                             20
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

            kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk
            logam sulfur.
4         4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara
            mencairkan asid pekat ialah:


              CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL
              MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA
              ASID KUAT.




Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah:
               Bahan          Bahaya jika dicampurkan dengan                  Kesan
       1.      Air             Kalium, natrium, asid pekat, kalsium
                               karbida
Meletup
       2.     Asid nitrik      Etanol, metanol, selulosa                      Meletup
               pekat
       3.      Klorin          Hidrogen, ammonia, benzena                     Meletup
       4.     Asid sulfurik   Asid oksalik, asid formik,                   Membebaskan
               pekat            format, oksalat                              gas karbon
                                                                         monoksida yang
                                                                              beracun
7.10   Pelupusan Bahan Sisa

       •     Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan-
             bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran
             alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran,
             pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut:
       •     Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan?
       •     Bolehkah dicairkan dengan sempurna?
       •     Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan?

                                             21
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                             Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

       •       Adakah bahan itu boleh larut dalam air?


Cara-cara pelupusan yang sesuai:

   (a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas.
           •      Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran
                  dengan air yang banyak.
           •      Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di
                  dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam
                  sistem saliran.
   (b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak
       berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui
      tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan
      sebelum dibuang.
           •     Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah
                 dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya
                 di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa
                 mengguna dan membuang bahan ini.
   (c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya
       boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan.
       Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula.
   (d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat
      yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai
      dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah
      yang berdekatan



                                    TUGASAN


Anda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk melaksanakan tugas
berikut.

  1. Bagaimanakh cara yang betul untuk:
                                              22
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                         Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

      (a)   Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis?
      (b)   Memanaskan larutan di dalam tabung uji?
      (c)   Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu eksperimen?
      (d)   Menyimpan logam-logam yang mudah terbakar seperti kalium, natrium dan
            kalsium?

  2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama ada daripada buku ataupun dari
      sekolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senarai berkenaan dan kemudian berikan
      huraian tentang isi kandungan setiap satunya. Adakah kandungan kedua-duanya
      sama? Dari segi apakah kedua-duanya berbeza? Cadangkan perkara-perkara lain
     yang anda fikirkan perlu ditambah pada senarai berkenaan.


  3. Simbol-simbol yang berikut menunjukkan pelbagai tanda amaran bahaya bahan
     kimia. Berikan makna bagi setiap simbol berkenaan.




Bacaan Asas

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sains. Kuala
  Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala
   Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges.
                                         23
GE2253 KAEDAH SAINS
                                                        Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains

   Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd.


Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3:

Abdul Rahman Kurais, Mat Zakaria, Rashidi Azizan, Tajul Ariffin Noordin & Tamby
     Subahan Mohd Meeran. 1991. Sains tingkatan I, KBSM. Petaling Jaya: Dewan
     Pustaka Islam.

           (Atau mana-mana buku teks rasmi sains KBSM tingkatan I)




                                         24

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1norihaharino
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatandeeyah mar
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajarannurul amyeza
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Jamalludin Llud Lee
 
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2Hilmi Azmi
 
Reka bentuk akuaponik
Reka bentuk akuaponikReka bentuk akuaponik
Reka bentuk akuaponikLy Jonathan
 
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Engku Farahana
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokkopimis
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANLinda Salleh
 
5. taklimat kemahiran dan proses
5. taklimat kemahiran dan proses5. taklimat kemahiran dan proses
5. taklimat kemahiran dan prosesMrsAriff Arianna
 
Bidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabBidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabelina85
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxAhmadTermiziBaharum1
 
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan LogamMohd Shukri Suib
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmNoor Hayati
 
Program pembangunan guru baharu
Program pembangunan guru baharuProgram pembangunan guru baharu
Program pembangunan guru baharuCikgu Nur
 

La actualidad más candente (20)

Senarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasaSenarai tugas guru biasa
Senarai tugas guru biasa
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Bab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatanBab 2 teknologi pembuatan
Bab 2 teknologi pembuatan
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
PEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSMPEKA Sains KSSM
PEKA Sains KSSM
 
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2
Rph rbt 4.1.1 & 4.1.2
 
Reka bentuk akuaponik
Reka bentuk akuaponikReka bentuk akuaponik
Reka bentuk akuaponik
 
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr) Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
Contoh rancangan mengajar matematik (darab tahun 4 kssr)
 
Kelab alam sekitar e-mokk
Kelab alam sekitar   e-mokkKelab alam sekitar   e-mokk
Kelab alam sekitar e-mokk
 
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKANASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
ASAS TEORI DAN CIRI-CIRI KAJIAN TINDAKAN
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
5. taklimat kemahiran dan proses
5. taklimat kemahiran dan proses5. taklimat kemahiran dan proses
5. taklimat kemahiran dan proses
 
Bidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabBidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelab
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
 
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam
4.6 Sifat & Kegunaan Logam & Bukan Logam
 
P elaporan pi kebm
P elaporan pi kebmP elaporan pi kebm
P elaporan pi kebm
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
Program pembangunan guru baharu
Program pembangunan guru baharuProgram pembangunan guru baharu
Program pembangunan guru baharu
 

Destacado

Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluanSiti Alias
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaAhmad Aidil Nasir
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSSafwan Yusuf
 

Destacado (7)

Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluan
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
Pengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sainsPengenalan makmal sains
Pengenalan makmal sains
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
 
08 isi pelajaran 1
08  isi pelajaran 108  isi pelajaran 1
08 isi pelajaran 1
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
 

Similar a 2675321 pengurusan-makmal-sains

Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014Lynamaz Maz
 
Kemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifKemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifGan Nin
 
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docx
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docxPELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docx
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docxMuhammadIzuan6
 
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
RPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docxRPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docxSurianti30
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023hasrulown1
 
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docxRPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docxSITIMARDIAHBINTIISMA
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRozayus Academy
 
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalmaizatul86
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N ITan C.EAN
 
1.2 reka cipta
1.2 reka cipta1.2 reka cipta
1.2 reka ciptaKhb Ert
 
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...Smk Durian Tunggal
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirnaaz liana
 

Similar a 2675321 pengurusan-makmal-sains (20)

Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014Sce3112 pmmmei2014
Sce3112 pmmmei2014
 
Kms
KmsKms
Kms
 
Kemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatifKemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatif
 
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docx
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docxPELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docx
PELAN_STRATEGIK_PANITIA_RBT.docx
 
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 3 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bilMinit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
Minit mesyuarat panitia sains skmpong baru kapit bil
 
RPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docxRPT-SAINS-THN-1.docx
RPT-SAINS-THN-1.docx
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS THN 1 2022-2023
 
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docxRPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
RPT SAINS THN 1 2023-2024 By Rozayus Academy.docx
 
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 1 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 
SAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docxSAINS 2022 RPT T1.docx
SAINS 2022 RPT T1.docx
 
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposal
 
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I62540931  T O P I K 1  K H S R  T E R K I N I
62540931 T O P I K 1 K H S R T E R K I N I
 
Kkbi (1)
Kkbi (1)Kkbi (1)
Kkbi (1)
 
RPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdfRPT SAINS T1 2023.pdf
RPT SAINS T1 2023.pdf
 
Intervensi KBAT
Intervensi KBATIntervensi KBAT
Intervensi KBAT
 
1.2 reka cipta
1.2 reka cipta1.2 reka cipta
1.2 reka cipta
 
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...
Prosiding1 kompetensi pengurusan kewangan guru penyelaras makmal dalam pengur...
 
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhirPanduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
Panduan pelaksanaan projek_tahun_akhir
 
Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)Rpt sains t1 2019 (2)
Rpt sains t1 2019 (2)
 

2675321 pengurusan-makmal-sains

  • 1. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7 PENGURUSAN MAKMAL SAINS 7.0 Objektif Bab Bab ini menberi pengetahuan kepada anda tentang: 1. Kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains. 2. Bagaimana merancang belanjawan makmal sains, khususnya yang melibatkan pembelian bahan dan alat sains. 3. Cara yang betul menyimpan bahan dan peralatan sains di dalam makmal. 4. Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya di dalam makmal. 5. Jenis dan punca kemalangan serta langkah-langkah mencegah berlakunya kemalangan di dalam makmal sains. 6. Cara-cara merawat kecederaan ringan di dalam makmal sains. 7. Cara-cara pembuangan bahan sisa daripada makmal sains. 7.1 Pengenalan Sebahagian besar daripada pengajaran dan pembelajaran Sains di sekolah berlangsung di dalam makmal sains. Ini bermakna para pelajar, sama ada yang mengikuti aliran sastera mahupun aliran sains menggunakan malmal sains sekurang-kurangnya 80 minit setiap mingggu. Pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan dan penyelenggaraan makmal sains merupakan dua aspek penting yang perlu dipelajari oleh setiap guru sains bagi memastikan setiap makmal sains dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Di samping itu pengetahuan dan kemahiran mengurus dan menyelenggara makmal sains adalah penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sains serta mengelak berlakunya sebarang kecelakaan. Bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek penting pengurusan makmal sains sekolah. Aspek-aspek berkenaan ialah : Belanjawan makmal sains, Penyimpanan bahan dan peralatan sains, Jenis bahan dan tindak balas yang berbahaya, Keselamatan di dalam makmal, Pertolongan cemas dalam makmal dan Pelupusan bahan sisa.
  • 2. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7.2 Kepentingan Pengurusan dan Penyelenggaraan Makmal Sains Setiap makmal sains di sekolah perlulah diurus dan diselenggarakan dengan baik . Matlamatnya ialah : • Menjamin kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal. • Mengelak sebarang kecelakaan semasa bekerja di dalam makmal. • Mengelak pembaziran. • Memudahkan pencarian bahan dan alat yang diperlukan untuk pengajaran. • Merancang penggunaan peruntukan secara berkesan. 7.3 Peruntukan Makmal Sains Makmal sains mendapat peruntukan kewangan dari beberapa sumber. PERUNTUKAN SUBSIDI DARI KERAJAAN SEKOLAH PERUNTUKAN SAINS FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS 7.4 Belanjawan Makmal Sains • Suatu proses yang melibatkan perancangan yang sistematik tentang perbelanjaan sejumlah wang yang diperuntukkan. Proses ini memerlukan kebijaksanaan perancangan supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada peruntukan tersebut. 7.4.1 Bagaimana membuat belanjawan • Perancangan dibuat dua atau tiga bulan sebelum akhir tahun. Ini membolehkan pertimbangan tentang apa yang perlu dibeli dan membuat pesanan awal. 2
  • 3. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Perancangan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan Sains dan gurru-guru kanan mata pelajaran sains. Namun demikian, keputusan akhir dibuat oleh Pengetua. 7.4.2 Saranan membuat belanjawan makmal 1. Semak semua stok dalam setiap makmal untuk menentukan kuantiti item-item. 2. Ketua Jabatan Sains tentukan: (a) Kegunaan tahunan item-item pakai habis. (b) Bilakah dalam sesuatu tahun item-item pakai habis diperlukan. (c) Jenis-jenis peralatan yang sangat kurang. (d) Peralatan baru yang diperlukan pada tahun hadapan. (e) Item-item peralatan yang rosak dan kecurian. 3. Tentukan unjuran jumlah pelajar untuk tahun hadapan. 4. Periksa kemudahan dalam setiap makmal – bekalan air, elektrik, gas ,perabot, dll. 5. Semak harga semasa item dalam makmal dan buat pelunjuran harga untuk tahun hadapan. 6. Daripada langkah 1-5, setiap Guru Kanan mata pelajaran sains hendaklah menyediakan satu senarai keperluan untuk tahun hadapan. Jelaskan jenis, model dan kuantiti item yang diperlukan.Senarai berkenaan meliputi: (a) bahan-bahan pakai habis; (b) bahan-bahan tahan lama; (c) bahan-bahan kaca, plastik dan logam;(d) spesimen biologi dan slaid-slaid; (e) bekalan gas, air, elektrik; (f) peralatan pejabat; (g) perabot; (h) buku-buku sains; (i) peralatan-peralatan bengkel; dll. 7. Adakan mesyuarat penyelarasan (Pengetua, Ketua Jabatan dan Guru Kanan) untuk menentukan apa yang perlu dibeli berdasarkan peruntukan. Garis panduan menyediakan senarai keperluan 1. Apakah item-item yang:  sangat diperlukan?  boleh diubahsuaikan?  boleh dibeli dengan murah? 3
  • 4. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains  boleh diganti dengan bahan-bahan terpakai dari rumah, sekolah, sekitaran?  boleh dibuat oleh Kelab Sains sekolah? 2. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar? 7.4.3 Pesanan dan pembelian • Pembelian keperluan makmal dilakukan oleh sama ada Pengetua atau Ketua Jabatan. Segala urusan surat-menyurat dan tanda tangan dilakukan oleh Pengetua. Pertimbangan sebelum pembelian: 1. Item tidak dalam kontrak kerajaan. Pembelian melalui pembekal yang dilantik oleh kerajaan biasanya lambat dihantar ke sekolah. 2. Pembelian dalam kuantiti banyak atau sedikit pada sesuatu masa: . Kuantiti banyak, lebih murah. . Bahan kimia, jangan beli banyak. 3. Masa pembelian: . Bahan kimia yang diperlukan dalam keadaan “segar”. . Bahan kimia yang tidak tahan lama dibeli apabila stok minimum. 4. Cari pembekal yang murah: . Harga mahal dari pembekal alatan sains. . Beli dari syarikat yang belum terkenal. . Beli dari kedai biasa. 7.4.4 Prosedur pembelian Jika anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender. Bagi pembelian kurang daripada RM50,000 , pembelian adalah melalui sebut harga. Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu: 1. Meminta Sebut harga . Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal meminta sebut harga. 4
  • 5. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . Nyatakan spesifikasi item dan kuantiti yang diperlukan. . Nyatakan tarikh tutup sebut harga. . Simpan salinan surat. 2. Pemilihan pembekal Pihak sekolah memilih pembekal berdasarkan sebut harga. . Kriteria utama ialah harga item. Kriteria lain : mutu barangan, status pembekal, perkhidmatan selepas jualan. . Kadang kala perlu minta sampel untuk diperiksa dahulu. 3. Borang pesanan . Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. . Simpan salinan pesanan 4. Surat/nota tanda terima . Pembekal menghantar nota akuan penerimaan pesanan. . Failkan bersama-sama dengan borang pesanan. 5. Nota hantaran . Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. . Surat menyatakan jenis dan kuantiti barangan yang akan dihantar. . Ketua Jabatan membuat persiapan menerima hantaran. . Failkan nota bersama-sama dokumen lain. 6. Penerimaan barangan . Pembekal menghantar barangan. . Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum menandatangani nota hantaran, semak barangan yang dihantar. Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi disimpan oleh sekolah. 7. Invois . Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah ditandatangani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang dibuat. . Hantar invois ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran 5
  • 6. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains 7.5 Penyimpanan Bahan/Radas Sains 7.5.1 Jenis stor Di sekolah, terdapat dua jenis stor, iaitu stor utama dan stor agihan. STOR UTAMA STOR AGIHAN • Menyimpan semua alat dan bahan • Di setiap makmal. pengajaran sains. • Agihan/pengeluaran bahan/alat kepada • Bahan/alat dari stor ini tidak pelajar di makmal berkenaan. diagihkan kepada individu. • Bahan/alat diagihka kepada stor di setiap makmal. Ciri-ciri stor utama • Biasanya di bahagian belakang bangunan, di tingkat bawah untuk memudahkan hantaran bahan/alat. • Cukup besar dan ada ruang untuk pergerakan troli. • Pencahayaan yang baik. Sumber cahaya dari atas.Cukup cahaya di lorong, antara lorong dan antara rak. 7.5.2 Sistem penyimpanan item-item sains Di stor dan makmal, terdapat ruang-ruang simpanan, iaitu laci, almari, kabinet, rak dan sebagainya. Setiap ruang mestilah dilabel mengikut apa yang disimpan padanya. Selain label, ruang simpanan diberi kod yang sesuai supaya mudah mencari bahan/item semasa pemeriksaan stok. Contoh: Terdapat lima (5) kabinet di dalam makmal Fizik I dan lima (5) kabinet dalam makmal Fizik II. Kod kabinet di dalam makmal Fizik I : F1K1, F1K2, F1K3, F1K4 dan F1K5. Kod kabinet di dalam makmal Fizik II : F2K1, F2K2, F2K3, F2K4 dan F2K5. 6
  • 7. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Cara ini memudahkan pemeriksaan stok dan pencarian bahan/alat.Kad-kad stok biasanya disimpan mengikut abjad dan mengandungi maklumat tentang setiap item dalam bentuk kod. Contoh: Botol spesimen boleh didapati di B1K3. Ini bermakna botol spesimen disimpan di makmal Biologi I, dalam kabinet nombor 3. Jenis dan ragam kod yang digunakan hendaklah mudah dan tidak mengelirukan. Pastikan setiap item yang diambil dikembalikan ke tempat asalnya. 7.5.3 Dokumen-dokumen penting di dalam makmal • Difailkan dengan rapi dan disimpan dalam kabinet yang berkunci. • Hanya kakitangan makmal boleh melihat dokumen. Orang lain mesti terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Sains. • Jangan dibawa keluar dari makmal. Antara dokumen penting yang disimpan di dalam makmal ialah Sebut harga, Nota pesanan, Nota perakuan, Nota hantaran, Invois, Manual arahan, Katalog, Risalah dan Kad-kad stok. Kad-kad Stok • Dokumen terpenting kerana mengandungi maklumat tentang setiap item yang disimpan di dalam stor. • Mesti mengandungi maklumat secukupnya tentang setiap item, untuk memudahkan pemeriksaan stok. • Disusun mengikut abjad. Kad-kad stok bahan kimia (iaitu item-item pakai habis) dipisahkan dari kad-kad stok peralatan (item-item tahan lama). 7
  • 8. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Contoh kad stok: (a) Item-item tahan lama. (Nama sekolah) Item: Kelalang,volumetrik 500ml Lokasi : K8 Tarikh Stok Tarikh Kuantiti Harga Jumlah Tarikh Dipinjam, Baki Tanda Masuk Dibeli Stok Rosak, dll. tangan 1996 5 5 1 pecah 4 25/3 26/4 2 RM12 6 6 (b) Bahan pakai habis. (Nama sekolah) STOK STOK Nama bahan: Kuprum sulfat ( hablur) MAKSIMUM MINIMUM 2 kg Lokasi : K3 0.5kg Tarikh Stok Tarikh Kuantiti Harga Pembekal Jumlah Digunakan Baki Tanda Masuk Diterma Stok tangan 1996 1.5kg 1.5kg 19/3 26/4 0.5kg RM30 R&R 2.0kg 0.5kg 7.5.4 Penyimpanan Bahan/Radas A. Cara menyimpan bahan-bahan Kimia • Bahan-bahan kimia ( sama ada organik ataupun tak organik) hendaklah dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana ada bahan kimia yang beracun, higroskopik , mudah terbakar,mengkakis dan sebagainya. • Perlu selalu semak stok kerana bahan mudah rosak jika disimpan lama. 8
  • 9. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Gunakan stok yang lama dahulu. • Tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. • Simpan stok baru di belakang stok yang lama pada rak. (a) Bahan kimia tak organik • Simpan berasingan daripada bahan kimia organik. • Label pada botol mengikut nama logam. • Botol-botol bahan kimia tak organik disusun mengikut abjad di dalam almari bertutup. • Jangan disusun pada rak yang terdedah kerana mudah dihinggapi habuk. • Penambahan di, tri, ortho dan meta diabaikan dan disimpan mengikut nama logam. Contoh: Triammonium orthophosphate disimpan di bawah nama sebatian ammonium. • Asingkan bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara dengan yang boleh menghilangkan air habluran ke udara. Bahan-bahan kimia yang boleh menyerap air dari udara : asid sulfurik pekat, barium klorida, barium nitrat, ferum (III) klorida, kalium hidroksida, kalium karbonat, kalium tiosianat, kalsium klorida, kalsium oksida, kalsium nitrat, kobaltum (II) klorida, kobaltum (II) nitrat, kromium (II) sulfat, kuprum (II) klorida, kuprum (II) nitrat, magnesium klorida, natrium bromida, natrium hidroksida, natrium iodida, natrium nitrat, stanum (II) klorida, zink klorida, zink nitrat. Bahan-bahan yang boleh kehilangan air habluran ke udara : ammonium karbonat, boraks (dinatrium tetraborat), kalium heksasianoferat (II), magnesium sulfat, natrium asetat, natrium karbonat, natrium sulfat. (b) Bahan kimia organik • Disimpan mengikut abjad ditempat yang berasingan dari bahan-bahan lain. • Abaikan penambahan ortho, para, di, tri. 9
  • 10. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Banyak bahan kimia organik adalah cecair yang meruap, beracun dan mudah terbakar. Oleh itu, bilik stor mestilah mempunyai pengudaraan yang baik dan penggunaan api dilarang. (c) Bahan kimia cecair yang mengkakis • Asid dan alkali pekat sangat mengkakis. Jangan letak di atas rak yang tinggi. Sebaliknya, letak di atas lantai atau rak-rak yang hampir dengan lantai. (d) Logam alkali • Sangat aktif dan mudah teroksida jika bersentuhan dengan udara. • Disimpan terendam dalam minyak parafin. Jika hendak dikeluarkan, gunakan penyepit dan potong dengan pisau yang tajam. Jangan sentuh dengan tangan. (e) Fosforus kuning (putih) • Sangat berbahaya dan sangat aktif . • Disimpan di dalam air sejuk. (f) Bahan kimia yang terurai oleh cahaya • Contoh, argentum nitrat dan asid nitrik pekat. • Disimpan di dalam botol kaca berwarna gelap. (g) Bahan kimia yang mudah rosak oleh panas • Contoh : vitamin C (asid askorbik) dan hidrogen peroksida. • Disimpan di dalam peti sejuk. (h) Bahan kimia yang sangat berbahaya • Contoh : sebatian arsenik dan garam sianida. Boleh membawa maut serta– merta jika tertelan. • Simpan di dalam almari khas yang berkunci dan rekodkan kuantitinya. 10
  • 11. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains B. Cara menyimpan peralatan (a) Bahan kaca • Disimpan mengikut saiz. Jangan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. • Alat yang mahal seperti “Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak jengan jelas. • Bahan-bahan kaca disimpan mengikut saiz dan jenis. . Kelalang – mengikut saiz dan dalam kotak yang berbeza. . Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan kapas. . Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) – disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Labelkan setiap laci dengan jelas. . Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat. . Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah. Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk mengelak habuk/debu. Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat” (berdinding nipis, sederhana atau tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan, simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet) disimpan derdiri tegak pada rak khusus. (b) Bahan/alat plastik • Jauhkan dari punca panas. • Jangan simpan dengan/bersama-sama alat yang berat. (c) Bahan-bahan logam • Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa. (d) Bahan bantu mengajar • Disimpan dalam almari “bertingkap” cermin. • Carta – ditutup dengan helaian plastik lutsinar. (e) Pelbagai item kecil 11
  • 12. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Contoh : macis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. • Disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. (f) Model-model yang besar • Diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan plasik untuk mengelak debu. (g) Mikroskop • Disimpan dalam almari yang dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di dalamnya panas dan kering. Tujuannya adalah untuk mengelak percambahan kulat. Dinding almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas. 7.6 Keselamatan Di Dalam Makmal Sains Para pelajar memang seronok menjalankan aktiviti makmal, terutamanya eksperimen. Namun demikian mereka mestilah menyedari tentang kemungkinan berlakunya kemalangan jika langkah-langkah keselamatan tidak dipatuhi. Oleh yang demikian, guru bartanggungjawab menerangkan kepada pelajar tentang aspek keselamatan dan langkah- langkah keselamatan serta memastikan setiap pengguna makmal sains mematuhi peraturan dan langkah-langkah keselamatan. GURU PELAJAR MESTILAH MENGAMBIL LANGKAH PERLU SEDAR TENTANG BAHAYA SUPAYA SEGALA AKTIVITI DAPAT YANG MUNGKIN BERLAKU SUPAYA DILAKSANAKAN TANPA SEBARANG DI SAMPING MENDAPAT FAEDAH KEMALANGAN DARIPADA AKTIVITI, KEMALANGAN DAPAT DIHINDARI 7.6.1 Mengapa kemalangan berlaku Kajian-kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar kemalangan di dalam makmal sains berlaku antaranya kerana: • Kurang kefahaman tentang bahan, proses dan peralatan yang digunakan. • Guru gagal memberi arahan dan menyelia secukupnya. • Guru tidak merancang aktiviti dengan baik. 12
  • 13. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Peralatan perlindungan/peralatan yang betul tidak digunakan. • Tidak mematuhi arahan-arahan/peraturan-peraturan. • Guru meninggalkan makmal semasa pelajar menjalankan amali. • Tergesa-gesa dalam melakukan amali. • Sikap “tidak apa” pengguna makmal. 7.6.2 Keselamatan makmal – tanggungjawab siapa? SEKOLAH DAN KAKITANGAN MAKMAL • Menyediakan kemudahan peralatan dan penyelenggaraan supaya wujud suasana kerja yang selamat. GURU • Merancang aktiviti makmal dengan baik. Memberi arahan yang jelas termasuk langkah keselamatan dan memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan dan peraturan. PELAJAR • Mempelajari bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan yang berpunca dari bahan kimia, peralatan, dan teknik yang digunakan supaya bahaya adalah minimum. • Sedar bahawa ia bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan semasa di makmal 7.6.3 Aspek-aspek keselamatan di dalam makmal 1. RUANG 2. PERALATAN 3. PENGGUNA 4. LANGKAH . STOR .. API . GURU . PERATURAN AM . MAKMAL . SPESIMEN . PELAJAR . ARAHAN . ELEKTRIK . PEMBANTU KESELAMATAN . KACA MAKMAL . PROSEDUR . BAHAN KECEMASAN KIMIA . RAWATAN 13
  • 14. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains . PELUPUSAN . PERALATAN KHUSUS . PERSEDIAAN GURU 5. JENIS KEMALANGAN . LUKA . KEJUTAN . BAHAN BERACUN . BAHAN KIMIA . KEBAKARAN 7.6.3 Langkah-langkah keselamatan dalam makmal • Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang mudah dilihat oleh pelajar. • Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi arahan guru tentang prosedur amali. • Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan. • Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan peralatan berkenaan. • Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal. • Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah hendaklah disediakan. • Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran. 14
  • 15. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan pengudaraan di dalam makmal. • Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu. • Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik berada dalam keadaan baik. • Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara yang betul. • Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan. Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai tanggungjawab tambahan, iaitu: • Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan, • Rancangan tindakan untuk keadaan cemas. 7.7 Rawatan Kecemasan Pengetahuan tentang rawatan kecemasan sangat penting dalam langkah memberi rawatan awal sebelum mangsa mendapat rawatan profesional. Empat perkara asas dalam rawatan kecemasan ialah:  AMALKAN LANGKAH KESELAMATAN.  JANGAN CEMAS.  TAHU PUNCA KEMALANGAN.  TAHU BAGAIMANA MEMBERI RAWATAN AWAL Jenis dan punca kemalangan 15
  • 16. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains JENIS PUNCA • PENUNU BUNSEN • LITAR PINTAS K KEBAKARAN • UNSUR-UNSUR E M LOGAM AKTIF A • BAHAN KIMIA L KERACUNAN • GAS A • SPESIMEN BIOLOGI N G • ALATAN KACA LUKA • RADAS A N • ALAT ELEKTRIK KEJUTAN PENDAWAIAN, PUNCA KUASA, PALAM Pengetahuan tentang jenis dan punca kemalangan yang berlaku di dalam makmal dapat membantu guru mengenal pasti langkah dan cara rawatan yang bersesuaian. 7.7.1 Prosedur pertolongan cemas TERBAKAR . Mengurangkan kesan haba .Mengurangkan kesakitan . Mengurangkan bengkak . Memastikan mangsa mendapat cukup minuman .Mententeramkan mangsa .Mengurangkan kejutan Kaedah rawatan kebakaran • Rendamkan bahagian yang terbakar dalam air sejuk (ais) dengan segera untuk mengurangkan kesakitan. API • Jika luka, balutkan dengan pembalut yang steril untuk mengelakkan infeksi. • Dapatkan rawatan profesional. • Tanggalkan pakaian dan barang-barang BAHAN yang terkena bahan . Basuh dengan air KIMIA mengalir selama 15 minit. • Dapatkan rawatan profesional. Jika melecur ringan, beri rawatan awal. 16
  • 17. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains KEBAKARAN RINGAN • Basuh dengan air. ASID • Sapukan larutan natrium bikarbonat 1 %. • Basuh dengan air. • Basuh dengan air. ALKALI • Sapukan asid asetik 1 %. • Basuh dengan air. BROMIN • Basuh dengan air. • Sapukan larutan ammonia cair (1 bahagian ammonia : 15 bahagian air) • Buang logam dengan menggunakan penyepit. NATRIUM • Rendam dalam air selama 20 minit. dan KALIUM • Keringkan dan balut dengan pembalut yang steril. • Basuh dengan air. FOSFORUS • Basuh dengan larutan kuprum sulfat 1%. • Balut dengan pembalut yang lembap. 7.7.2 Merawat kecederaan ringan LUKA • RINGAN DAN SEDIKIT BERDARAH • Buang kekotoran / kaca. • Basuh dengan air. • Balut dengan pembalut yang bersih dan steril. • Dapatkan rawatan doktor. Suntikan antiteta diberiakn jika perlu. 17
  • 18. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • JIKA BANYAK DARAH • Hentikan pendarahan dengan menekan tempat yang luka. • Jika luka pada tangan atau kaki, tekan pada titik tekanan. (lihat Rajah) . Titik tekanan PATAH • Jangan gerakkan pesakit kecuali jika terdapat wasap atau kebakaran. • Berikan rawatan untuk luka dan kejutan. • Dapatkan rawatan profesional. KEJUTAN GEJALA : Pucat, kulit dingin dan lembap, berpeluh pada kulit dan tapak tangan, muntah, menggigil, susah bernafas. RAWATAN : • Baringkan pesakit dengan kepalanya lebih rendah daripada badan. • Jangan gerakkan pesakit. • Pastikan badannya panas, iaitu dengan menyelimutkannya. • Pastikan saluran pernafasan terbuka. • Jika sedar, berikan kopi atau teh untuk memulihkan peredaran darah. KEJUTAN ELEKTRIK • Tutup punca arus dan berikan rawatan untuk kejutan. 18
  • 19. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Untuk menarik mangsa dari punca arus elektrik: • Berdiri atas bahan penebat, misalnya kasut getah. • Gunakan sarung tangan getah/kayu • Lakukan pernafasan buatan dengan segera, jika perlu. • Panaskan badan mangsa dengan selimut. • Panggil doktor. KERACUNAN • Keluarkan dengan segera dan basuhkan DALAM dengan air yang banyak. MULUT • Dapatkan rawatan doktor. • Jika sedar, berikan 2 – 4 gelas air/susu dengan segera. TERLELAN • Panaskan badan mangsa. • Panggil doktor dengan segera. • Bawa mangsa ke tempat yang lapang. • Berikan oksigen (jika ada alat). • Panaskan badan mangsa. • Dapatkan bantuan doktor. TERHIDU • Jika boleh, kenal pasti jenis bahan toksik. • Jika pernafasan berhenti, berikan pernafasan buatan. 7.8 Bahan-bahan Yang Berbahaya 19
  • 20. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Setiap bekas atau botol bahan kimia yang berbahaya mestilah ditandakan dengan simbol yang khusus, misalnya bahan mengkakis, bahan beracun dan bahan mudah terbakar. • Guru mestilah mengetahui sama ada sesuatu bahan itu berbahaya dan kesannya ke atas kesihatan supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil dan penggunaan bahan berkenaan dapat dielak atau dikurangkan. • Terdapat pelbagai sifat dan kesan bahan kimia. Ada yang sangat beracun, sangat mengkakis, meruap, boleh meletup, membebaskan gas beracun, dan sebagainya. Kesannya pula, ada yang menyebabkan kematian, karsinogenik, merosakkan organ-organ di dalam badan, dan sebagainya. • Contoh-contoh berikut menunjukkan betapa bahayanya bahan-bahan kimia tertentu terhadap kesihatan: • Arsenik : Beracun; boleh meyebab maut. • Asbestos : Debunya menyebabkan barah paru-paru. • Asid hidroklorik pekat : Meruap; beracun. • Asid sulfurik pekat : Amat mengkakis. • Benzena : Sangat beracun; boleh meresap melalui kulit; merosakkan hati, ginjal dan sum-sum tulang; menyebabkan barah. • Kalium : Meletup bila dicampurkan dengan air. • Kalsium klorida : Debunya merosakkan mata. • Natrium sianida : Beracun; boleh menyebabkan maut dengan segera. • Piridina : Amat beracun; meruap; menyebabkan kemandulan pada lelaki. • Merkuri : Wapnya sangat beracun; merosakkan hati dan ginjal; meresap melalui kulit. • Trikloroetana : Merosakkan mata dan hati. 7.9 Tindak Balas Kimia Yang Berbahaya Tindak balas kimia juga merupakan salah satu punca kemalangan di dalam makmal. Contoh: 1. Gas hidrogen - boleh menyebabkan letupan jika sesuatu tindak balas membebaskan terlalu banyak hidrogen. 2. Mencampurkan alkali kuat dengan asid kuat akan menghasilkan tindak balas yang hebat dan sangat berbahaya. 3.Letupan juga boleh disebabkan oleh tindak balas antara agen pengoksida yang 20
  • 21. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains kuat seperti kalium klorat dengan agen penurun yang kuat seperti serbuk logam sulfur. 4 4. Pencairan asid pekat juga boleh menyebabkan letupan yang berbahaya. Cara mencairkan asid pekat ialah: CAMPURKAN ASID PEKAT KE DALAM AIR PERLAHAN-LAHAN SAMBIL MENGACAUNYA. JANGAN SEKALI-KALI MENCAMPURKAN AIR KEPADA ASID KUAT. Beberapa contoh tindak balas yang berbahaya ialah: Bahan Bahaya jika dicampurkan dengan Kesan 1. Air Kalium, natrium, asid pekat, kalsium karbida Meletup 2. Asid nitrik Etanol, metanol, selulosa Meletup pekat 3. Klorin Hidrogen, ammonia, benzena Meletup 4. Asid sulfurik Asid oksalik, asid formik, Membebaskan pekat format, oksalat gas karbon monoksida yang beracun 7.10 Pelupusan Bahan Sisa • Elakkan membuang bahan sisa ke dalam sistem saliran atau longkang. Bahan- bahan toksik boleh menyebabkan pelbagai masalah, terutamanya pencemaran alam sekitar. Sebelum menuang sesuatu larutan ke dalam sistem saliran, pertimbangkan dahulu perkara-perkara berikut: • Adakah larutan itu mengancam kehidupan haiwan dan tumbuhan? • Bolehkah dicairkan dengan sempurna? • Adakah bahan itu telah dirawat supaya boleh dicairkan? 21
  • 22. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains • Adakah bahan itu boleh larut dalam air? Cara-cara pelupusan yang sesuai: (a) Pencairan – merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas. • Bahan yang larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak. • Bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran. (b) Rawatan secara kimia – Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula yang boleh dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang. • Garam-garam logam, terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini. (c) Pembuangan bersama-sama sampah – Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna semula. (d) Penanaman – Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai. Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan TUGASAN Anda dikehendaki mencari maklumat dari pelbagai sumber untuk melaksanakan tugas berikut. 1. Bagaimanakh cara yang betul untuk: 22
  • 23. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains (a) Menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan mancis? (b) Memanaskan larutan di dalam tabung uji? (c) Menghidu gas yang dihasilkan dalam sesuatu eksperimen? (d) Menyimpan logam-logam yang mudah terbakar seperti kalium, natrium dan kalsium? 2. Dapatkan dua senarai peraturan makmal, sama ada daripada buku ataupun dari sekolah yang berlainan. Kaji kedua-dua senarai berkenaan dan kemudian berikan huraian tentang isi kandungan setiap satunya. Adakah kandungan kedua-duanya sama? Dari segi apakah kedua-duanya berbeza? Cadangkan perkara-perkara lain yang anda fikirkan perlu ditambah pada senarai berkenaan. 3. Simbol-simbol yang berikut menunjukkan pelbagai tanda amaran bahaya bahan kimia. Berikan makna bagi setiap simbol berkenaan. Bacaan Asas Kementerian Pelajaran Malaysia. 1978. Panduan keselamatan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ooi Chong Beng & Mohd Khairuddi Yahaya. 1982. Panduan makmal sains. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. RECSAM. 1978. Laboratory management and techniques for schools and colleges. 23
  • 24. GE2253 KAEDAH SAINS Bab 7 : Pengurusan Makmal Sains Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. Rujukan untuk Tugasan 1,2 dan 3: Abdul Rahman Kurais, Mat Zakaria, Rashidi Azizan, Tajul Ariffin Noordin & Tamby Subahan Mohd Meeran. 1991. Sains tingkatan I, KBSM. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. (Atau mana-mana buku teks rasmi sains KBSM tingkatan I) 24