2. Langkah 1
Pastikan alamat email anda aktif, iaitu:
• Username betul
• Password betul
• Akaun tidak ditutup
BAGAIMANA?
Log in ke email anda. Sekiranya anda dapat memasuki
email anda, ini bermakna alamat email anda AKTIF!
Kadang-kala anda akan diminta untuk kemaskini
maklumat peribadi anda.
Jika alamat email anda tidak aktif, sila daftarkan alamat
email yang baru. INGAT USERNAME & PASSWORD!!
3. Langkah 2
Layari laman web rasmi Weebly, iaitu
http://www.weebly.com
Daftarkan akaun dengan Weebly
• Isikan butiran-butiran yang dikehendaki
• Pastikan anda mendaftarkan akaun Weebly anda dengan
versi Education atau Educator atau Teacher
Anda amat digalakkan untuk daftar dengan menggunakan
Akaun Facebook anda supaya menjimatkan masa dan tenaga
Caranya? Sebelum layari www.weebly.com, log in ke akaun
Facebook masing-masing; lepas itu, daftarkan Akaun Weebly
dengan maklumat Facebook anda. (Sila lihat demo)
4. Langkah 3
Fikirkan nama domain bagi blog anda.
Untuk guru-guru, anda digalakkan supaya menggunakan domain
nama sendiri. Daftarkan nama domain anda.
Contoh:
www.cikgusimah.weebly.com
www.cikguking.weebly.com
www.cikgusutrin.weebly.com
PERHATIAN: Kita akan menggunakan sub-domain daripada Weebly;
jika tidak, anda perlu membeli domain peribadi anda daripada
domain provider seperti Weebly, Hostgator, Bluehost, Godaddy,
Profithoster, dll
5. Langkah 4
Kenali paparan hamparan kerja Weebly.
Anda perlu tahu 2 bahagian berikut:
a) Menu bar di atas, iaitu ‘Build’, ‘Design’, ‘Page’, dan
‘Setting’
b) Menu ‘Basic’, ‘Blog Sidebar’, ‘Structure’, ‘Media’, dan
‘More’
Cara terbaik untuk mempelajari menu Weebly adalah
dengan EXPERIMENT dengan setiap menu yang ada
secara hands-on.
(Sila lihat demo.)
6. Langkah 5
Kaji Blog yang sedia ada untuk mengetahui dan
mempelajari tentang blogging
Contoh Blog yang berjaya:
• http://www.cikgusila.com
• http://www.cgnarzuki.com
Semasa mengkaji blog guru lain, berikan perhatian
kepada:
• Struktur blog
• Penulisan (artikel / komen / forum dll)
• Gambar yang dikongsi
7. Langkah 6
Rancang rangka blog anda.
Bergantung kepada tujuan dan cita rasa masing-masing,
blogging sebenarnya TIADA format / struktur yang
tetap;
Kita hanya perlu menggunakan struktur yang mudah dan
kemas (sudah memadai)
Ingat, struktur blog yang terlalu ‘berbunga-bunga’ atau
sophisticated hanya akan menyakitkan mata pelawat
blog kita.
Untuk permulaan, sila rujuk struktur blog yang diberikan.
8. Langkah 7
Bina blog anda mengikut struktur blog yang dicadangkan.
Bina sambil belajar.
Minta bantuan daripada fasilitator atau daripada seperta
yang ada pengalaman blogging sekiranya menghadapi
masalah.
Sebagai permulaan, JANGAN fokuskan usaha untuk
menghasilkan blog yang cantik; sebaliknya fokuskan
usaha untuk menghasilkan blog yang berisi dengan
menggunakan pelbagai elemen yang dibekalkan oleh
Weebly.
9. Langkah 8
Kemasini ‘Setting’ untuk blog anda (sila lihat demo)
‘Publish’ blog anda sekiranya anda telah berpuas hati
dengan paparan blog anda.
Peringatan: Sebelum anda ‘Publish’ blog anda, pastikan
anda juga telah melihat blog anda untuk versi Android
dan versi iPhone. (Sila lihat demo)
10. Langkah 9
Menjana ‘traffic’ ke blog anda.
Mulakan dengan letakkan URL blog anda di Facebook wall anda.
Letakkan juga URL anda ke Facebook sekolah.
Pada waktu peak, kita akan mula mendapat LIKE daripada pelajar
kita sesingkat 10 saat!
TIPS!
Untuk menggalakkan pelajar supaya selalu mengunjungi blog kita,
kita perlu senantiasa update blog kita dengan memasukkan
gambar baru atau post baru.
Secara tidak langsung, Google akan mula menyedari kewujudan
blog kita dan akan mengindeks blog kita supaya lebih mudah
dicapai oleh pelawat lain dari seluruh Malaysia.
11. Langkah 10
Selalu mengemaskini blog anda.
Lakukan pengubahsuaian / penambahbaikan pada blog
sekiranya perlu.
Jangan selalu menukar-nukar nama blog dan URL kerana
pelajar kita akan menghadapi masalah untuk mencapai
blog kita. Selain itu, ini turut menjejaskan Quality Score
Google yang menentukan page rank kita.