SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 39
PENGENALAN

Festival Dan Perayaan




Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni.
Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun.
Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin
persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa
mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi
antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang
tidak asing lagi di hari-hari perayaan. Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka
budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan
sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan,
Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang
hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan
aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin bosan
di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia tidak sabar berkongsi
acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing.




   PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT
                             MALAYSIA
Mengikut kaum utama di Malaysia:-

MELAYU

  • Hari Raya Aidilfitri

  • Hari Awal Muharram



CINA
 • Hari Tahun Baru Cina

 • Hari Chap Goh Mei



INDIA
 • Hari Deepavali

 • Hari Chap Goh Mei



Kristian
 • Hari Natal(Krismas)

 • Hari Ahad Easter




Buddha
 • Hari Wesak



KADAZAN DUSUN
 • Tadau Kaamatan
Dayak
 • Hari Gawai Dayak




  PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT
      OLEH ORANG ISLAM DI MALAYSIA




PENGENALAN


    Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa
 (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa
 diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.
 Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan
 Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di
 peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan
 sembahyang     Hari   Raya    Aidiladha   di   masjid-masjid.   Mereka   yang
 berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul
 pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi
 Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan
 berzanji biasanya diadakan.
Hari Raya Aidilfitri


 Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan
Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan
Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang
terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di
mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.
Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan
silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang
berkunjung.




                               Hari Raya Aidilfitri
                 Nama rasmi     Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
                                Puasa, Bahasa Arab: Eid ul-Fitr
                                ‫عيد الفطر‬
                 Juga           Terjemahan: Feast of the
                 dinamakan      Breaking of the Fast, Eid, Idul
                                Fitri, Lebaran (Indonesia),
                                Shemai Eid (Bangladesh),
                                Ramazan Bayramı (Turki)
                 Diraikan       Islam
                 oleh
                 Jenis          Religious holiday
                 Keutamaan      Selepas berakhirnya bulan
                                Ramadhan, bulan puasa
                 Tarikh         1 Syawal
                 Tarikh 2007    12 Oktober/13 Oktober
                 Tarikh 2008    2 Oktober
                 Tarikh 2009    21 September
                 Perayaan       Menghias, menziarahi keluarga
                                dan sahabat taulan, memasang
                                lampu pelita, "Balik Kampung"
                 Amalan         Solat
                 Berkaitan      Hari Raya Aidiladha, perayaan
                 dengan         umat Islam lain, yang disambut
                                70 hari kemudian
Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ‫' عييييد الفطر‬Ayd al-Fiṭrṭr "perayaan fitrah")
 Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ‫' عييييد الفطر‬Ayd al-Fi "perayaan fitrah")
disambut pada 11Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali
 disambut pada    Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari
 sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari
Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
 Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di
seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
 seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana
umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
 umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.
 antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat
 Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat
anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah,
 anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah,
apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal,
  apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal,
iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan
  iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan
akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga
 akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga
waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
 waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
Zakat fitrah dan
         takbir


Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa
itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.
Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan
puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri
dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid
sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya antara terbenam
matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula pada
pagi 1 Syawal.




             Simbol
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah
juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang
dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan
bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong,
dodol, dan kuih raya.



         Persiapan
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu
sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah
dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi
dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di
radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan
ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama
beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh
raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang
pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak
saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.



          Pakaian

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di
Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket
        Pakaian
di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju
kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi
mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik,
        Pakaian
songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan
komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
        Pakaian
    Amalan lazim



Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi
Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi
pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.
Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada
asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk
mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan
kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit
yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada
amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau".
Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau
atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan
syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang
kertas polimer RM 5.

Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan
terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan
penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian
sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini.

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun
sepanjang   bulan   Syawal.   Kemeriahan    Hari   Raya    Aidilfitri   selalunya   akan
berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya
apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.




 Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah.
Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar
Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut
peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza
daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15
hari.Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada
tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.

   •   2008: 1 Oktober/2 Oktober
   •   2009: 21 September

   •   2010: 10 September

   •   2011: 31 Ogos

   •   2012: 19 Ogos

   •   2013: 8 Ogos

   •   2014: 29 Julai

   •   2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya
matahari.



       Festival lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan
Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu
Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya
Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang
mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan
situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang
dikongsi dengan perayaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan
"KongsiRaya" serta lain-lain dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah
sama sekali oleh Islam.




         Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: ‫ )عيد الحضحى‬atau Hari Raya Haji merupakan
perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada
hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun.
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan
ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13
Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk
umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah
s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban.
Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu
selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat,
manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat
kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban
jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah
Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam
dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

 Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,
paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban,
umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan
diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.Selain
itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat
korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari
pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-
biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir
miskin.Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke
Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak
menyatakan,   tetapi   umat   Islam   memegang   bahawa   perayaan   korban   ini
memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai
korban   kepada   Tuhan.Selepas sembahyang,      sekali lagi   umat Islam   akan
berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan
memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.




  Awal Muharram

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah
Islam.Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke
Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana
umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal
Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan
permulaan tahun hijrah bagi umat Islam


Tarikh Perayaan Keterangan
Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut
oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari
ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling
bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke
rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang
lazat.


Lokasi: Seluruh Malaysia

1,2 Okt, 2008




Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam
pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah
selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi.

Lokasi: Seluruh Malaysia
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH
 RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETURUNAN CINA

PENGENALAN


       Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada
  hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau
  Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul
  untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga
  hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di
  perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi
  suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan
  Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan
  kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama
  perayaan tersebut.
TAHUN BARU CINA

PENGENALAN
             Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di
Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.
Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus ,
lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan
babi.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan
perhubungan sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka
yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup
perayaan Tahun Baru Cina.

                                Tahun Baru Cina




                   Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

                Juga             Tahun Baru Qamari, Perayaan
                dinamakan        Musim Bunga
                Diraikan oleh    terutamanya tamadun Asia
                                 Timur
                Jenis            China, kebudayaan, agama
                                 Buddha
                Keutamaan        Hari pertama kalendar Cina
                                 (qamari)
                Tarikh 2007      18 Februari
                Tarikh 2008      7 Februari
                Tarikh 2009      26 Januari
                Perayaan         sambutan Tahun Baru,
                                 perhimpunan keluarga, jamuan
                                 sekeluarga.
                Berkaitan        Perayaan Tanglung yang
                dengan           mengakhiri perayaan ini
Tahun Baru Cina (Cina Tradisional: 春 節 , Cina Ringkas: 春 节 , pinyin: Chūnjíe,

"Perayaan Musim Bunga" atau Cina Tradisional: 農曆新年, Cina Ringkas: 农历新年,
pinyin: Nónglì Xīnnián, "Tahun Baru Takwim Qamari") merupakan perayaan
terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena
nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

  Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka
dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.

 Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga
akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,
kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan
menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang
diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi
bunyi gendang.

   Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina
ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan
oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam,
Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan
dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Tarikh perayaan

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan
lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa
Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

                                     Haiwan
                                    Dahan bumi
                                      Tarikh



Tikus
子 zǐ
19 Februari 1996
7 Februari 2008



Lembu
丑 chǒu
7 Februari 1997
26 Januari 2009



Harimau
寅 yín
28 Januari 1998
14 Februari 2010



Arnab
卯 mǎo
16 Februari 1999
3 Februari 2011



Naga
辰 chén
5 Februari 2000
23 Januari 2012



Ular
巳 sì
24 Januari 2001
10 Februari 2013



Kuda
午 wǔ
12 Februari 2002
31 Januari 2014



Kambing
未 wèi
1 Februari 2003
19 Februari 2015



Monyet
申 shēn
22 Januari 2004
8 Februari 2016



Ayam
酉 yǒu
9 Februari 2005
28 Januari 2017
Anjing
戌 xū
29 Januari 2006
16 Februari 2018



Khinzir
亥 hài
18 Februari 2007
5 Februari 2019




Sambutan perayaan


Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara
dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi
kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah
mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta
menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul
habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik
itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap
dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap
kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.
Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya
berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-
kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit
dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.




Hari pertama

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi.
Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha,
menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai
bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila
keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam
seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik
untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開 年 ,
Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk
menziarahi ibu bapa kandung mereka. [5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah
kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk
menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( 赤 口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa
adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk
ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja [5] Keluarga yang mengalami
kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi
rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru
wajar dijadikan hari menziarahi kubur.




Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃 子 , Cina Ringkas: 饺 子 , jiǎozi)
dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" ( 破 五 , pò wǔ). Ini juga merupakan ulang
tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya
dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.


Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan
yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan
kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga
berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi
menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang
terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia
dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau
tersebut.
Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah
Maharaja Jed di Kayangan ( 天 公 tiān gōng) di tokong agama Tao.Tambahan pula,
hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah
malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur
kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah
digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa
generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.


Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo

jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝)
dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional:

湯 圓 , Cina Ringkas: 汤 圆 ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.
Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai
Perayaan Tanglung.


Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru
Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.
Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula
melambangkan permulaan baru pada tahun baru.


Shou Sui
Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas
makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu semetara
menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang
Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.

Tarikh Perayaan Keterangan
    Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini
      disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang
      melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk
berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan
    tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi
    suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga
    berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka
    meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.
  Lokasi: Seluruh Malaysia

  21 Mac, 2008


Perayaan Pertengahan Musim Luruh

  Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini juga dikenali sebagai perayaan Kuih
    Bulan yang bermula ketika zaman peperangan di kurun ke-4 di China.
    Perayaan ini memberi peluang kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia
    mengambil bahagian di dalam perarakan tanglung yang berwarna-warni
    dengan semangat perpaduan serta muhibbah.
  Lokasi: Seluruh Malaysia

  1 Okt, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT
     OLEH PENGANUT AGAMA HINDU DI
                MALAYSIA


PENGENALAN




Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi
mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk
kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan,
kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan
mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti
dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang
untuk memeriahkan lagi perayaan.




Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada
bulan januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah,
Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang
membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada
dewa tersebut.




                            HARI
                            DEEPAVALI

PENGENALAN :
•   Perayaan Deepavali


    Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan
    gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali
    bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya
    bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan,
    keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di
    pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan
    memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
    bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka
    berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu
    lukisan   yang   dibuat   daripada   tepung   beras   berwarna-warni   akan
    menyambut tetamu di hadapan rumah.
Diwali/Deepavali
Juga              Terjemahan: Deretan pelita;
dinamakan         Deepavali, Pesta Cahaya


Diraikan oleh
JenisSecara       Kegamaan, India
keagamaan
oleh
penganut
agam Hindu,
Sikh dan
Jain. Orang
India lain
meraikan
aspek-aspek
budayanya.
Keutamaan         Meraikan kemenangan terhadap
                  kejahatan, dan penanggalan
                  kegelapan rohani

Tarikh
Tarikh            9 November
2007Hari anak
bulan Kartika,
tetapi perayaan
bermula dua
hari
sebelumnya
dan tamat dua
hari selepas
hari itu
Tarikh 2008       30 Oktober


Perayaan

AmalanMen         Upacara sembahyang dan
ghiasi rumah      keagamaan
dengan
pelita,
mercun,
mengagihan
gula-gula
dan hadiah.
Hari Deepavali (Hindi: िदपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagaiDiwali
dan Divali (Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut
yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan
perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari
ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan
juga dikenali sebagai pesta cahaya.




Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri
meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai
peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada
membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali.




Kepentingan dalam agama Hindu




Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan
kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang
diceritakan dalam Ramayana.




Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang
menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan
bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali,
terutamanya di India utara.




Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan
makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan
pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
Sambutan Deepavali di Malaysia


Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan
dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus
yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai
warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa
Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka
yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam
adalah dilarang.




Tarikh Perayaan Keterangan


Deepavali

Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam
perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan
ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta
‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu.


Lokasi: Seluruh Malaysia

8 Dis, 2008
Hari Thaipusam
Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama
Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada
hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.


Tujuan
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau
memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat
kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu
diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu
dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,
warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu
ini.

Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan
kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di
luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau
membayar nazar.

Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa
atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada
beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan
pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan
bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda
dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan
seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu
khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik ,
mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi
akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya
ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki
tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu
Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan
dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka
dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut
dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu
bertali dan ditarik oleh para pembantu.

Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana
telah menggunakan bahan-bahan tertentu .
Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia
Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan
meriah di Malaysia.

Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama
penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca
Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak
setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam
disiram kepada Dewa Murugan.

Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung
Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk
Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh.

Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching.

Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown.

Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di
Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel.




Perbandingan Malaysia dan India
Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang
pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil-
kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian
saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai
Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang , Seremban, Johor Baharu , Kuala
Lumpur dan lain-lain.

Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India,
Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat
menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu
kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.
Cuti

Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti
di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari
2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah
mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam
sebagau cuti umum.




Tarikh Perayaan Keterangan

Thaipusam



Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta
sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini
paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga
dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu
Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik
perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor,
Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak.


Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak

1 Feb, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH
   RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA KRISTIAN
Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai
menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan
menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan.


  Perayaan Krismas



Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai
mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan
pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bingkusan-bungkusan
hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol
dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang.
Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana
persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan
menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur
kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa
hadiah kepada mereka.

Krismas (harafiah: Massa untuk Kristus) juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari
raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati
kelahiran Yesus Kristus. Menurut kitab Alkitab Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh
Maria di Yerusalem. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Yesus menepati
ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang Juruselamat dari susur galur Daud
(David), yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).

Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa
gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan
negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari
disebabkan mereka mengikuti kalendar yang berlainan (kalendar Julian berbanding
kalendar Gregorian).
Hari                         Ahad
  Easter
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ
telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut
antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei
bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan
pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah
disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu
Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan
coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan
tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini
selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim
dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.




          Good
          Friday
Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter
lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak.


Lokasi: Sabah dan Sarawak

19 Mei, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH
RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA BUDDHA
Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak
sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari
keputeraannya,    hari   mencapai    kemantapan      fikirannya   dan   juga       hari
kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan
perarakan diadakan.



    Hari Wesak
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama
Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima
di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi
untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-
simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik
Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan:
Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada
ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada
perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

      Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai
    Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam
    kehidupan.

      Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran
    Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

      Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong
    sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang
memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".Selepas itu penganut
Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga
merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para
sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh
dunia.Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan
mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api
sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.Ia dirayakan dalam bulan
Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa
penting, iaitu:

    1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
    2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-
        Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.

    3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.




Tarikh Perayaan Keterangan

Hari Wesak

Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan
kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan
menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan
membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil
Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur,
Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown.


Lokasi: Seluruh Malaysia

30 Mei, 2008
PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH
         KAUM MINORITI DI MALAYSIA
Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan
Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei
setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang
merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah
persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu
pesta      di      mana        acara-acara    sukan       tradisional       diadakan.


 Perayaan Tadau Kaamatan

Perayaan Tadau Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai diraikan
sepanjang bulan Mei oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda
kesyukuran petani kepada Kinoingan iaitu Pencipta, juga sebagai satu hari bagi
mereka memuja semangat padi bernama Bambaazon supaya hasil pendapatan padi
mereka meningkat setiap musim.

Perayaan ini disambut dengan hidangan minuman tapai arak beras sebagai minuman
istimewa. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan ratu cantik, sukan
rakyat   serta   persembahan    tarian   Sumazau   yang   sinonim       dengan   kaum
Kadazandusun.


Tarikh Perayaan Keterangan
Tadau Kaamatan

Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum
Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan
kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang
lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta
tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya!


Lokasi : Sabah
1 Jun, 2008




 Perayaan Gawai Dayak


Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai
Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai
memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa
supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara
minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan
makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh
beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang
pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.




Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada
Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan
dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran
setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang
sudah meninggal dunia). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu.
Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut.
Perayaan Pesta Gawai

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak untuk meraikan
tamatnya musim menuai padi pada 1 Jun setiap tahun. Pelbagai jenis makanan dan
air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan tanda terima kasih
ke atas rezeki yang diberikan.

Pesta ini disambut dengan meriah dengan persembahan seni mempertahankan diri,
pertandingan ratu cantik, pertandingan tarian Ngajat, demonstrasi menyumpit dan
pertandingan sabung ayam.




Tarikh Perayaan Keterangan


Gawai Dayak

Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada
awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang
mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang
diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para
pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam
buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini.


Lokasi : Sarawak

7 Jun, 2008

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesiaAri susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesiaarisusilaningtyas03
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavaliAzliah Maya
 
Yayasan Sentuhan Qolbu
Yayasan Sentuhan QolbuYayasan Sentuhan Qolbu
Yayasan Sentuhan QolbuMurad Maulana
 
Manusia dan Kebutuhan
Manusia dan KebutuhanManusia dan Kebutuhan
Manusia dan KebutuhanJogo Hera
 
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGPotpotya Fitri
 
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.Muhsin Hariyanto
 
Adat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysiaAdat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysiaSJKC Kuang
 

La actualidad más candente (11)

Perayaan di malaysia
Perayaan di malaysiaPerayaan di malaysia
Perayaan di malaysia
 
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesiaAri susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
Ari susilaningtyas (21314002) makalah bahasa indonesia
 
Perayaan deepavali
Perayaan deepavaliPerayaan deepavali
Perayaan deepavali
 
Sejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cinaSejarah tahun baru cina
Sejarah tahun baru cina
 
Kumpulan 1 (blog)
Kumpulan 1 (blog)Kumpulan 1 (blog)
Kumpulan 1 (blog)
 
Yayasan Sentuhan Qolbu
Yayasan Sentuhan QolbuYayasan Sentuhan Qolbu
Yayasan Sentuhan Qolbu
 
Manusia dan Kebutuhan
Manusia dan KebutuhanManusia dan Kebutuhan
Manusia dan Kebutuhan
 
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNGANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
ANALISIS KEBUDAYAAN DESA REMPUNG
 
Modul 1 Tanglung
Modul 1 TanglungModul 1 Tanglung
Modul 1 Tanglung
 
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.Memahami esensi peringatan maulid nabi  s.a.w.
Memahami esensi peringatan maulid nabi s.a.w.
 
Adat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysiaAdat tradisional masyarakat di malaysia
Adat tradisional masyarakat di malaysia
 

Similar a Kbkk assigment 2

Similar a Kbkk assigment 2 (20)

Sibik
SibikSibik
Sibik
 
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdfPerayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
Perayaan Pelbagai Kaum di Malaysia.pdf
 
Tradisi Kupatan Neng Kudus Bahasa Jawa
Tradisi Kupatan Neng Kudus Bahasa JawaTradisi Kupatan Neng Kudus Bahasa Jawa
Tradisi Kupatan Neng Kudus Bahasa Jawa
 
tugas bk agama islam
tugas bk agama islamtugas bk agama islam
tugas bk agama islam
 
Sivik
SivikSivik
Sivik
 
Sejarat Tradisi Islam Jawa
Sejarat Tradisi Islam JawaSejarat Tradisi Islam Jawa
Sejarat Tradisi Islam Jawa
 
Marhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhanMarhaban ya ramadhan
Marhaban ya ramadhan
 
Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012Abm unit 19 2012
Abm unit 19 2012
 
Abm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayangAbm unit 19 masyarakat peyayang
Abm unit 19 masyarakat peyayang
 
5 hikmah idul
5 hikmah idul5 hikmah idul
5 hikmah idul
 
Perayaan_Di_Malaysia.docx
Perayaan_Di_Malaysia.docxPerayaan_Di_Malaysia.docx
Perayaan_Di_Malaysia.docx
 
PROPOSAL IDUL ADHA 2022-2023..docx
PROPOSAL IDUL ADHA 2022-2023..docxPROPOSAL IDUL ADHA 2022-2023..docx
PROPOSAL IDUL ADHA 2022-2023..docx
 
Abm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat PenyayangAbm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
Abm unit 19 _ Masyarakat Penyayang
 
Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraanDomain pendidikan sivik dan kewarganegaraan
Domain pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 
Edisi 5
Edisi 5Edisi 5
Edisi 5
 
Perayaan yang terdapat di malaysia
Perayaan yang terdapat di malaysiaPerayaan yang terdapat di malaysia
Perayaan yang terdapat di malaysia
 
Ramadhan puasa lebaran
Ramadhan puasa lebaranRamadhan puasa lebaran
Ramadhan puasa lebaran
 
Topik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2bTopik 2 kesedaran budaya 2b
Topik 2 kesedaran budaya 2b
 
Rabu bupena 4 a tema 1 subtema 2
Rabu bupena 4 a tema 1 subtema 2Rabu bupena 4 a tema 1 subtema 2
Rabu bupena 4 a tema 1 subtema 2
 
Penentuan hari raya idul adha
Penentuan hari raya idul adhaPenentuan hari raya idul adha
Penentuan hari raya idul adha
 

Más de Tinagaran Magisparan (20)

Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
Matematik lembaran kerja pemulihan khas 2013
 
Gerko
GerkoGerko
Gerko
 
Gerko badminton memanaskan badan
Gerko badminton memanaskan badanGerko badminton memanaskan badan
Gerko badminton memanaskan badan
 
penghantar pendidikan
penghantar pendidikanpenghantar pendidikan
penghantar pendidikan
 
Set theory
Set theorySet theory
Set theory
 
Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikirKemahiran berfikir
Kemahiran berfikir
 
Kbkk assigment
Kbkk assigment Kbkk assigment
Kbkk assigment
 
Kbkk assigment
Kbkk assigmentKbkk assigment
Kbkk assigment
 
Kertas kerja tina
Kertas kerja tinaKertas kerja tina
Kertas kerja tina
 
basic math
basic mathbasic math
basic math
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
MT2313P5
MT2313P5MT2313P5
MT2313P5
 
MT2313P5
MT2313P5MT2313P5
MT2313P5
 
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf BaruCabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan  Menghadapi Alaf Baru
Cabaran Dan Harapan Dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru
 
Non routine
Non routineNon routine
Non routine
 
virus
virusvirus
virus
 
Wesak day
Wesak dayWesak day
Wesak day
 
Thaipusam
ThaipusamThaipusam
Thaipusam
 
Deepavali
DeepavaliDeepavali
Deepavali
 

Kbkk assigment 2

  • 1. PENGENALAN Festival Dan Perayaan Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan negara ini lebih berwarna-warni. Penduduknya yang berbilang kaum menyambut pelbagai perayaan sepanjang tahun. Di negara ini, musim perayaan adalah masa untuk bergembira dan menjalin persahabatan serta muhibah antara kaum. Setiap kali perayaan, semua rakyat tanpa mengira keturunan, turut serta memeriahkan suasana dengan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Oleh itu, upacara 'rumah terbuka' adalah satu suasana yang tidak asing lagi di hari-hari perayaan. Selamat datang ke Malaysia, negara beraneka budaya, bahasa, agama dan makanan yang memikat hati. Penyatuan budaya dan sosial yang berkurun lamanya di antara bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Iban dan lain-lain telah melahirkan masyarakat Malaysia berbilang kaum yang hidup dalam harmoni. Sambutan bersama pelbagai perayaan, sambutan tradisi dan aktiviti kebudayaan di sepanjang tahun memastikan pelancong tidak mungkin bosan di sini. Terkenal dengan keramahan mereka, rakyat Malaysia tidak sabar berkongsi acara dan perayaan mereka bersama kenalan mahu pun pelancong asing. PERAYAAN UTAMA MASYARAKAT MALAYSIA
  • 2. Mengikut kaum utama di Malaysia:- MELAYU • Hari Raya Aidilfitri • Hari Awal Muharram CINA • Hari Tahun Baru Cina • Hari Chap Goh Mei INDIA • Hari Deepavali • Hari Chap Goh Mei Kristian • Hari Natal(Krismas) • Hari Ahad Easter Buddha • Hari Wesak KADAZAN DUSUN • Tadau Kaamatan
  • 3. Dayak • Hari Gawai Dayak PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH ORANG ISLAM DI MALAYSIA PENGENALAN Bagi umat Islam, tiga perayaan utama diraikan, iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri), Hari Raya Haji (Aidiladha) dan Maulidul Rasul. Hari Raya Puasa diraikan bagi menandakan berakhirnya sebulan berpuasa pada bulan Ramadan. Hari Raya Haji (Aidiladha) dirayakan pada hari ke-10 bulan Zulhijjah (bulan Islam) ketika umat Islam yang mengerjakan ibadat Haji di Mekah berada di peringkat akhir ibadah mereka. Pada pagi hari tersebut umat Islam menunaikan sembahyang Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid. Mereka yang berkemampuan akan mengerjakan ibadat korban. Perayaan Maulidur Rasul pada bulan Rabiulawal, dirayakan bagi memperingati perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Acara-acara seperti perhimpunan, syarahan dan bacaan berzanji biasanya diadakan.
  • 4. Hari Raya Aidilfitri Merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung. Hari Raya Aidilfitri Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Puasa, Bahasa Arab: Eid ul-Fitr ‫عيد الفطر‬ Juga Terjemahan: Feast of the dinamakan Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran (Indonesia), Shemai Eid (Bangladesh), Ramazan Bayramı (Turki) Diraikan Islam oleh Jenis Religious holiday Keutamaan Selepas berakhirnya bulan Ramadhan, bulan puasa Tarikh 1 Syawal Tarikh 2007 12 Oktober/13 Oktober Tarikh 2008 2 Oktober Tarikh 2009 21 September Perayaan Menghias, menziarahi keluarga dan sahabat taulan, memasang lampu pelita, "Balik Kampung" Amalan Solat Berkaitan Hari Raya Aidiladha, perayaan dengan umat Islam lain, yang disambut 70 hari kemudian
  • 5. Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ‫' عييييد الفطر‬Ayd al-Fiṭrṭr "perayaan fitrah") Hari Raya Aidilfitri (b.Arab: ‫' عييييد الفطر‬Ayd al-Fi "perayaan fitrah") disambut pada 11Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali disambut pada Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik. waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
  • 6. Zakat fitrah dan takbir Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh takbir pada Hari Raya antara terbenam matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya bermula pada pagi 1 Syawal. Simbol Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang, lontong, dodol, dan kuih raya. Persiapan
  • 7. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. Pakaian Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket Pakaian di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, Pakaian songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Pakaian Amalan lazim Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.
  • 8. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Pada malam Tujuh Likur, pelita atau lampu minyak tanah akan dinyalakan terutamanya di kampung-kampung. Kadangkala pelita akan digantikan dengan penggunaan lampu elektrik kerana ia lebih bersih dan praktikal, namun keaslian sambutan Hari Raya selalunya akan berkurang dengan penggunaan ini. Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. Aidilfitri dalam Kalendar Masihi Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara sepuluh hingga 15
  • 9. hari.Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan. • 2008: 1 Oktober/2 Oktober • 2009: 21 September • 2010: 10 September • 2011: 31 Ogos • 2012: 19 Ogos • 2013: 8 Ogos • 2014: 29 Julai • 2015: 19 Julai Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbenamnya matahari. Festival lain Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya". Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta lain-lain dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam. Hari Raya Aidil Adha Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: ‫ )عيد الحضحى‬atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam
  • 10. Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
  • 11. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri- biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka. Awal Muharram Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah
  • 12. Islam.Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam Tarikh Perayaan Keterangan Hari Raya Aidil Fitri Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanak-saudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat. Lokasi: Seluruh Malaysia 1,2 Okt, 2008 Hari Raya Aidil Adha Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Lokasi: Seluruh Malaysia
  • 13. PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETURUNAN CINA PENGENALAN  Rakyat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama di dalam bulan pertama kalendar Cina pada bulan Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan kaum keluarga berkumpul untuk makan malam bersama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Mei yang dirayakan pada malam ke-15. Seperti biasa di perayaan ini, pemberian bungkusan merah "angpow" memeriahkan lagi suasana, terutama kepada kanak-kanak. Selain itu, terdapat juga perayaan Kuih Bulan yang ada kaitannya dengan legenda bidadari dari bulan lapan kalendar Cina. Kuih-kuih bulan dan tanglung-tanglung adalah ciri-ciri utama perayaan tersebut.
  • 14. TAHUN BARU CINA PENGENALAN Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama keluarga. Pemberian ‘angpau’ juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China Juga Tahun Baru Qamari, Perayaan dinamakan Musim Bunga Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur Jenis China, kebudayaan, agama Buddha Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari) Tarikh 2007 18 Februari Tarikh 2008 7 Februari Tarikh 2009 26 Januari Perayaan sambutan Tahun Baru, perhimpunan keluarga, jamuan sekeluarga. Berkaitan Perayaan Tanglung yang dengan mengakhiri perayaan ini
  • 15. Tahun Baru Cina (Cina Tradisional: 春 節 , Cina Ringkas: 春 节 , pinyin: Chūnjíe, "Perayaan Musim Bunga" atau Cina Tradisional: 農曆新年, Cina Ringkas: 农历新年, pinyin: Nónglì Xīnnián, "Tahun Baru Takwim Qamari") merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
  • 16. Tarikh perayaan Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut. Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008 Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009 Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010 Arnab 卯 mǎo
  • 17. 16 Februari 1999 3 Februari 2011 Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012 Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013 Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014 Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015 Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016 Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
  • 18. Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018 Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019 Sambutan perayaan Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. Sebelum Tahun Baru Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini
  • 19. menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang- kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan. Hari pertama Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia. Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang. Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah. Hari ke-2
  • 20. Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開 年 , Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka. [5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri. Hari ke-3 Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut: Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" ( 赤 口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja [5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur. Hari ke-5 Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃 子 , Cina Ringkas: 饺 子 , jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" ( 破 五 , pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api. Hari ke-7 Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina. Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.
  • 21. Hari ke-9 Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan ( 天 公 tiān gōng) di tokong agama Tao.Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama. Hari ke-15 Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯 圓 , Cina Ringkas: 汤 圆 ), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung. Pakaian Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepada hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru. Shou Sui Shou Sui berlangsung apabila ahli keluarga berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang telah berlalu semetara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa. Tarikh Perayaan Keterangan  Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk
  • 22. berbangsa Cina, serta kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya.  Lokasi: Seluruh Malaysia  21 Mac, 2008 Perayaan Pertengahan Musim Luruh  Perayaan Pertengahan Musim Luruh ini juga dikenali sebagai perayaan Kuih Bulan yang bermula ketika zaman peperangan di kurun ke-4 di China. Perayaan ini memberi peluang kanak-kanak pelbagai kaum di Malaysia mengambil bahagian di dalam perarakan tanglung yang berwarna-warni dengan semangat perpaduan serta muhibbah.  Lokasi: Seluruh Malaysia  1 Okt, 2008
  • 23. PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH PENGANUT AGAMA HINDU DI MALAYSIA PENGENALAN Bagi penganut agama Hindu, Deepavali atau perayaan Cahaya pada bulan Aippasi mengikut kalendar keturunan Tamil (OktoberNovember) merupakan masa untuk kaum keluarga dan sanak-saudara bergembira. la menandakan kemenangan, kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perayaan bermula dengan upacara sembahyang dan diikuti dengan kunjungan ke rumah sanak saudara. Di waktu malam, pelita-pelita dipasang untuk memeriahkan lagi perayaan. Para penganut agama Hindu di Malaysia juga merayakan Hari Thaipusam pada bulan januari sebagai penghormatan kepada Dewa Muruga. Di perayaan tersebutlah, Batu Caves yang terletak di Kuala Lumpur menjadi tumpuan para penganut yang membawa persembahan-persembahan di atas kavadi untuk dipersembahkan kepada dewa tersebut. HARI DEEPAVALI PENGENALAN :
  • 24. Perayaan Deepavali Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di hadapan rumah.
  • 25. Diwali/Deepavali Juga Terjemahan: Deretan pelita; dinamakan Deepavali, Pesta Cahaya Diraikan oleh JenisSecara Kegamaan, India keagamaan oleh penganut agam Hindu, Sikh dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya. Keutamaan Meraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani Tarikh Tarikh 9 November 2007Hari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu Tarikh 2008 30 Oktober Perayaan AmalanMen Upacara sembahyang dan ghiasi rumah keagamaan dengan pelita, mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah.
  • 26. Hari Deepavali (Hindi: िदपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagaiDiwali dan Divali (Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
  • 27. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Kepentingan dalam agama Hindu Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.
  • 28. Sambutan Deepavali di Malaysia Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang. Tarikh Perayaan Keterangan Deepavali Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu. Lokasi: Seluruh Malaysia 8 Dis, 2008
  • 29. Hari Thaipusam Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer. Tujuan Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci . Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak , warna , daun dan benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar. Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan, kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan
  • 30. bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik , mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan diberi minum. Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belalang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mereka berada di dalam keadaan separuh sedar kerana telah menggunakan bahan-bahan tertentu .
  • 31. Lokasi Sambutan Thaipusam di Malaysia Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut secara besar-besaran dan meriah di Malaysia. Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor merupakan kuil tumpuan utama penganut India . Sambutan perayaan Thaipusam bermula dengan perarakan arca Dewa Murugan dan dua isterinya Dewi Valli serta Devi Theivanai di atas pedati perak setinggi 7 meter dari Kuil Mahamariaman di Jalan Tun Hs Lee. Susu abishegam disiram kepada Dewa Murugan. Di Ipoh, Perak, perayaan Thaipusam disambut di Kuil Sri Subramaniar Gunung Cheroh . Ia bermula dengan perarakan pedati termasuk pedati mini mini ratham untuk Dewa Murugan dari Kuil Maha Mahamariaman di Buntong , Ipoh. Di Kuching , Sarawak ia disambut di Kuil Nivasagar , bandar Kuching. Di Pulau Pinang, ia disambut di Kuil Arulmigu Balathandayuthabani , Georgetown. Di Johor, ia disambut di Kuil Sri Muniswarar di Tampoi serta Kuil Sri Bubramaniar di Jalan Kolam Air dan Kuil Arulmigu Thendayuthapani di Jalan Kuel. Perbandingan Malaysia dan India Agama Hindu berasal dari India dan dibawa ke Malaysia oleh buruh-buruh ladang pada zaman penjajahan British seawal 1786 di Pulau Pinang. Di ladang-ladang , kuil- kuil Hindu dibina dengan pembiayaan beberapa penganut Hindu. Oleh yang demikian saiznya tidaklah begitu besar . Antara kuil yang bersaiz besar terletak di Sungai Petani, Georgetown, Teluk Intan, Hutan Melintang , Seremban, Johor Baharu , Kuala Lumpur dan lain-lain. Perayaan Thaipusam lebih meriah di Malaysia berbanding dengan di India, Di India, Pesta Ponggal lebih meriah berbanding dengan Thaipusam. Thaipusam dapat menyatukan semua penganut Hindu dari pelbagai ladang dan bandar dan bertumpu kepada beberapa kuil Hindu yang besar sahaja.
  • 32. Cuti Di Malaysia, hari Thaipusam merupakan cuti umum di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Pada 20 Januari 2008, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bercuti umum sempena hari Thaipusam. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah , Sarawak dan Melaka belum menjadikan Thaipusam sebagau cuti umum. Tarikh Perayaan Keterangan Thaipusam Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak. Lokasi: Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Perak 1 Feb, 2008
  • 33. PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA KRISTIAN Pada Bulan Disember para penganut Kristian merayakan Hari Krismas sebagai menandakan kelahiran Nabi Isa a.s., dengan bersembahyang di gereja-gereja dan menziarahi suadara-mara dan rakan-rakan. Perayaan Krismas Perayaan ini dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang dengan lampu berwarna warni. Bingkusan-bungkusan hadiah diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari. Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan datang membawa hadiah kepada mereka. Krismas (harafiah: Massa untuk Kristus) juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati kelahiran Yesus Kristus. Menurut kitab Alkitab Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Yesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang Juruselamat dari susur galur Daud (David), yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin). Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja (Gereja Ortodoks, Gereja Koptik dan gereja-gereja Timur yang lain) dan negara (Mesir, Habsyah, Rusia dan sebagainya) menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti kalendar yang berlainan (kalendar Julian berbanding kalendar Gregorian).
  • 34. Hari Ahad Easter Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan. Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan. Good Friday Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak. Lokasi: Sabah dan Sarawak 19 Mei, 2008
  • 35. PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG BERAGAMA BUDDHA Bagi para penganut agama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak sebagai memperingati tiga peristiwa penting di dalam hidup Buddha, iaitu hari keputeraannya, hari mencapai kemantapan fikirannya dan juga hari kemangkatannya. Di perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan diadakan. Hari Wesak Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka. Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol- simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.  Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.  Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.  Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
  • 36. Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu: 1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M. 2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha- Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M. 3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M. Tarikh Perayaan Keterangan Hari Wesak Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown. Lokasi: Seluruh Malaysia 30 Mei, 2008
  • 37. PERAYAAN – PERAYAAN YANG DISAMBUT OLEH KAUM MINORITI DI MALAYSIA Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula perayaan-perayaan tradisi orang Kadazan dan Dayak yang memperkayakan lagi kebudayaan masyarakat Malaysia. Pada bulan Mei setiap tahun di Sabah, orang-orang Kadazan mengadakan Perayaan Menuai yang merupakan satu acara penting untuk para petani mereka. Kemuncak perayaan ialah persembahan tarian Sumazau. Tamu Besar atau pasar tahunan pula merupakan satu pesta di mana acara-acara sukan tradisional diadakan. Perayaan Tadau Kaamatan Perayaan Tadau Kaamatan atau juga dikenali sebagai Pesta Menuai diraikan sepanjang bulan Mei oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah sebagai tanda kesyukuran petani kepada Kinoingan iaitu Pencipta, juga sebagai satu hari bagi mereka memuja semangat padi bernama Bambaazon supaya hasil pendapatan padi mereka meningkat setiap musim. Perayaan ini disambut dengan hidangan minuman tapai arak beras sebagai minuman istimewa. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta persembahan tarian Sumazau yang sinonim dengan kaum Kadazandusun. Tarikh Perayaan Keterangan Tadau Kaamatan Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya! Lokasi : Sabah
  • 38. 1 Jun, 2008 Perayaan Gawai Dayak Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’ ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. Perayaan-perayaan tradisi orang-orang Dayak di Sarawak pula terdiri daripada Gawai Batu (permulaan musim menanam padi), Gawai Burung (perayaan berkaitan dengan sesuatu tanda atau mimpi yang tidak baik), Gawai Bersimpan (kesyukuran setelah selesai menuai) dan Gawai Antu (perayaan untuk roh orang-orang yang sudah meninggal dunia). Paling penting ialah Gawai Kenyalang dan Gawai Antu. Tarikh 1 jun adalah Hari Gawai di mana beberapa gawai dirayakan di negeri tersebut.
  • 39. Perayaan Pesta Gawai Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi pada 1 Jun setiap tahun. Pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan tanda terima kasih ke atas rezeki yang diberikan. Pesta ini disambut dengan meriah dengan persembahan seni mempertahankan diri, pertandingan ratu cantik, pertandingan tarian Ngajat, demonstrasi menyumpit dan pertandingan sabung ayam. Tarikh Perayaan Keterangan Gawai Dayak Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini. Lokasi : Sarawak 7 Jun, 2008