SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 78
Descargar para leer sin conexión
Tajuk 1        Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                    · Konsep
                    · Objektif
                    · Proses dan Bentuk


Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:
·       konsep
·       objektif
·       proses dan bentuk


Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca
dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek
asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid
yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi
cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran
mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini
bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi
kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur
dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seha rusnya dapat:
1.      menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2.      mengenal     pasti    tujuan-tujuan    pengajaran   dan   pembelajaran   kemahiran
        mendengar dan bertutur;
3.      menerangkan beberapa k aedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan
        kemahiran bertutur;
4.      menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
        yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar       dan
        kemahiran bertutur; dan
5.      mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
        bertutur.



                                                1
Kerangka Konsep


                    Menganalisis
                      Ciri-Ciri
                      Pelajar


  Menetapkan          Menulis       Membentuk        Membentuk       Memilih Media   Melaksanakan
   Matlamat           Objektif        ujian            aktiviti       Pengajaran      Pengajaran
                                                     pengajaran


                       Meneliti
                     Semula Teks


                                                    Menyemak Pengajaran



                    Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




                           Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
               (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR



                                                2
Definisi Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat
dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana
proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni
memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan
kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya.          Dalam konteks ini,
kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan
penghasilan maklumat.


Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam
kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang
penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut.


Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan
pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:

(a)    mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan
       sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b)    bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
       dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
       ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.

       Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran
kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain
menguasai kemahiran:

(a)    mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa
       melibatkan   kemahiran    mengenal,       membeza   dan    mengajuk    bunyi   yang
       diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi
       berkenaan.




                                             3
(b)   memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
      mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara
      berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah            untuk
      diri sendiri dan orang lain;

(c)   menyampaikan ucapan bertatasusila          meliputi kemahiran melafazkan ucapan
      bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d)   bersoal jawab       kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan
      memperoleh maklumat tertentu;

(e)   bercerita   kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti
      ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;

(f)   menyampaikan berita dan laporan      kebolehan menyampai dan melaporkan sama
      ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;

(g)   menyampaikan ucapan dan syarahan            kebolehan menyampaikan ucapan dan
      syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri,
      nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;

(h)   berlakon dan melafazkan puisi            memperlihatkan murid mempersembahkan
      keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut
      nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara
      hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan

(i)   berbincang dan berbahas        menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
      menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan
      nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.



Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur,
seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi
(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan
pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses
mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu
mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan
mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental         mendengar
dan membaca secara berkesan.


                                           4
Konsep Pertuturan

(a)   Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
      Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];

(b)   Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar
      dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c)   Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan
      otaknya;

(d)   Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
      sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e)   Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada
      aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.



Aspek-Aspek Pertuturan

(a)   Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan
      setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid
      diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat
      mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya
      melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan
      makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
      /s mak/ dan seumpamanya;

(b)   Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan
      memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu
      bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;

(c)   Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam
      bahasa Arab disebut harakat ), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa
      Melayu;

(d)   Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian              memisahkan
      elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda
      digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini
      digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda
      bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan,
      jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan
      tembakkan!



                                             5
(e)   Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau
      menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar
      berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai
      intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung
      ayat.

(f)   Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika
      sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,
      Mi, Fa, So, La, Ti dan Do     setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian
      dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,
      kewujudannya lebih jelas.

(g)   Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan
      tatacara menentukan hukum dalam berbahasa        meliputi bidang fonologi, sintaksis
      dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan
      berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh
      kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek
      tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

(h)   Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur
      dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi
      dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan
      murid-murid.

(i)   Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan
      baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
      perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

(j)   Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-
      murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu
      berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi
      secara berkesan.




Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a)   menyebut dengan jelas;
(b)   menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c)   melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ;


                                           6
(d)    memberi penerangan dan al asan;
(e)    menunjuk arah;
(f)    membina soalan untuk mencari maklumat;
(g)    bertemu ramah;
(h)    bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i)    bertutur secara bertatasusila; dan
(j)    bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.



Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a)    Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b)    Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c)    Membina soalan berdasarkan bahan;
(d)    Memberi arahan kepada rakan;
(e)    Menerangkan gambar dan ba han grafik;
(f)    Berbual melalui telefon;
(g)    Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h)    Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab
       soalan yang diajukan;
(i)    Permainan komunikatif;
(j)    Mengadakan perbahasan;
(k)    Perbincangan forum;
(l)    Memberi taklimat dan ceramah;
(m)    Main peranan;
(n)    Simulasi;
(o)    Teater bercerita; dan
(p)    Drama

Kemahiran Mendengar
Mengapa    kemahiran    mendengar?     Mengapa kemahiran     mendengar        penting?   Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?
Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal
tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-
kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada
berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.        Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa
berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa       memperoleh, mempelajari,


                                            7
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang
yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan
perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan
dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran
merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini.           Ini
bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik
mengikut standard tertentu.


Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses
maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk
menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,
mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan
harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,
perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapa t hiburan (radio, televisyen, filem),
memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan
perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).




Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan
mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlaku
melalui pendengaran.    Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek
pendenga ran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku
secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:
(a)    mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b)    memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c)    menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d)    bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.


                                            8
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap
gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu.      Kemudian pendengar itu akan
menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan
pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku
secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan.
Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan
digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.


Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang
baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru,
anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh
diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses
mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu
gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.


Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a)   memperoleh idea;
(b)   mencari isi-isi penting;
(c)   melakukan arahan/ tindak balas;
(d)   mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e)   mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f)   mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g)   mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h)   mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
       iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan        nama orang-orang
       terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.




Konsep-konsep asas dalam kemahi ran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam
kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @
murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya      dapat mendengar
dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula
memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.




                                              9
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi
dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar,
bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum
kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,
aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a)   gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b)   proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c)   berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d)   berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.


Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses
mendengar:
(a)    secara pasif;
(b)    secara bertelau-telau;
(c)    tanpa tindak balas;
(d)    secara menebuk-nebuk;
(e)    dengan beremosi;
(f)    secara berhati-hati dengan pen gamatan; dan
(g)    secara kritikal.


Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a)    mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan
       dingati;
(b)    proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara
       berperingkat-peringkat;
(c)    individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding
       daripada kecerdasan otaknya;
(d)    aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
       seseorang;
(e)    pendenga ran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f)    mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g)    mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h)    mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k, aspek
       kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i)    mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara
       kritis terhadap bentuk dan isi.


                                            10
Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan
murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-
bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa
tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan
mesej yang diterima itu.



 Latihan
 1.      Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa
         lisan?
 2.      Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal




                                          11
Tajuk 2      Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                  · Peringkat Penguasaan
                  · Unsur dan Faktor Keberkesanan
                  · Prinsip Pengajaran



Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:

·       Peringkat Penguasaan
·       Unsur dan Faktor Keberkesanan
·       Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca
dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu
diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai
kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran
berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu
menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran
berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari
terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaru hi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.



Hasil Pembelajaran

1.      Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik
        pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.




                                            12
Kerangka Konsep


                     Menganalisis
                       Ciri-Ciri
                       Pelajar


      Menetapkan       Menulis      Membentuk         Membentuk       Memilih Media   Melaksanakan
       Matlamat        Objektif       ujian             aktiviti       Pengajaran      Pengajaran
                                                      pengajaran


                       Meneliti
                     Semula Teks


                                                     Menyemak Pengajaran



                    Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
(a)       Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)

          Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman
          mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan
          mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan
          hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model
          dalam kalangan murid-murid berkenaan.

(b)       Penghasilan Semula (bertindak balas)

          Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara
          pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan
          ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.


Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut
situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan
betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni
peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah
sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan
demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.


                                                13
Peringkat awal
(a)   Melafazkan pengucapan bert atasusila;
(b)   Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c)   Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d)   Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e)   Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f)   Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g)   Memberi arahan;
(h)   Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i)   Membuat ayat-ayat daripada gamba r.


Peringkat pertengahan
(a)   Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b)   Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c)   Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d)   Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e)   Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi
      seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f)   Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g)   Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h)   Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i)   Memberi komen secara mudah; dan
(j)   Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.


Peringkat maju
(a)   Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses
      dan sebagainya;
(b)   Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c)   Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d)   Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e)   Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f)   Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g)   Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h)   Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
      lain-lain;
(i)   Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j)   Mendeklamsi puisi;


                                            14
(k)    Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l)    Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.



               Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara
               berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
               tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan mu rid-murid.




Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,

(a)    Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan
       keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses
       maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;

(b)    Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
       dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau
       sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa,
       bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;

(c)    Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
       berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi:
       lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-
       bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.
       Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota
       badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian
       kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

(d)    Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga
       ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
       petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi
       akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak
       fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan
       mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan
       membesar dalam kalangan mas yarakat di bandar-bandar;

(e)    Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-
       kanak    berbeza-beza.   Kajian menunjukkan     kadar   pertumbuhan    kanak-kanak
       perempuan jauh lebih       cepat berbanding dengan       kadar   pertumbuhan    dan



                                             15
perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan
      dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding
      kanak-kanak lelaki; dan

(f)   Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
      lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses
      pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada
      bahasa ibundanya.



Prinsip pengajaran kemahiran mendengar

(a)   Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur,
      membaca dan menulis;

(b)   Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik
      dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembel ajaran yang melibatkan
      kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menj urus kepada
      sesuatu aktiviti tertentu;

(c)   Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan
      disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan
      diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya
      memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid
      boleh   merperlihatkan       tahap     kemahiran   berbahasa   masing-masing   melalui
      aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;

(d)   Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,
      didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat
      kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-
      perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

(e)   Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga
      begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses
      berkenaan;

(f)   Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan
      mendengar dalam kalangan kanak-kanak;

(g)   Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih
      kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau
      melalui daya insiatif murid sendiri.



                                                16
Tajuk 3
                  Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                  · Kaedah
                  · Teknik Pengajaran




Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran
mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum
dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif,
yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan
bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.


Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.


Kerangka Konsep


                  Menganalisis
                    Ciri-Ciri
                    Pelajar


   Menetapkan        Menulis      Membentuk         Membentuk       Memilih Media   Melaksanakan
    Matlamat         Objektif       ujian             aktiviti       Pengajaran      Pengajaran
                                                    pengajaran


                     Meneliti
                   Semula Teks


                                                   Menyemak Pengajaran



                  Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan



                                              17
kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada
baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran
kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan
dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran
yang hendak diajar dalam bilik darjah           merancang dan memilih aktiviti yang sesuai
mengenainya.       Dengan      berbuat   demikian    guru    boleh    menentukan    fokus    utama
pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur.
Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar
kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara
strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap
kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.


Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi
dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua            jenis pendekatan ini amat berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar)
dalam bilik darjah


(a)    Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh
Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua
unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam
pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-
kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-
makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural   dan     teori   pembelajaran   behaviouris     yang     beranggapan   bahawa    untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu
beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai
kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek
struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan
penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa.                       Dengan
demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

(a)    Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul
       supaya gerak balas itu diulangi lagi;




                                                18
(b)    Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
       digunakan oleh masyarakat;

(c)    Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat
       memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta
       dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;

(d)    Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
       mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini
       diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid     menguasai bahasa tulisan,
       keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan
       terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan
       bahasa yang salah;

(e)    Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid
       dalam latihan bertutur;

(f)    Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza.               Apabila murid-murid
       mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan
       sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.            Sebaliknya, guru perlu
       memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunak an alat-alat
       pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka
       pelajari itu;

(g)    Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka
       akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu
       melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang
       betul.

Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan
kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan
seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu
dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa
untuk digunakan dalam situasi tertentu.     Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu
berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,
misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan
bahasa mereka secara bersendirian.        Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan
kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan
masyarakat.


                                            19
(b)    Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam
pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja
meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi
dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk
menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur
merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam
kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau
komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi
kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan           berkomunikasi, pendekatan      komunikatif
mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a)   Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan
      menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan
      demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

(b)   Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru,
      komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses
      pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;

(c)   Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.              Sehubungan
      dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak
      formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
      Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi
      yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.       Pendedahan yang begini dapat
      melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk
      paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih
      berkesan;

(d)   Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid
      dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh
      mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan

(e)   Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan l ebih berjaya jika murid mempun yai
      pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan.                 Dengan
      demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu
      melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
      rakaman menjadi semakin perlu.




                                            20
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam
pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat
menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog
atau karangan lisan sebagaimana berikut.


Wanita            :   Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos    :    Pak cik ?
Wanita            :   (terdiam)
Kakitangan pos    :   Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?
Wanita            :   Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
                      baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.
Kakitangan pos    :   Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun
                      belum.


Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran
kemahiran bertutur.    Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran
kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-
bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan
sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid
tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan berkesan.


Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui
dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur
bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif
mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut
konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran
yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan
komunikatif.



Kaedah Terus

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut.   Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda



                                             21
mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang
mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara
lain:

(a)     murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks
        penggunaan bahasa tersebut;

(b)     sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan
        menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran,
        lakonan, gerak laku dan lain-lain;

(c)     aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;

(d)     murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari
        secara induktif, dan

(e)     guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan
        intonasi yang betul.


Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan
seperti berikut:

(a)     Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang
        mengandungi ayat-ayat yang sempurna.

(b)     Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.

(c)     Guru menggunak an teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai
        sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada
        pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka
juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat
mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran
yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun
bahan perbualan yang telah ditetapkan.       Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai
digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.




                                             22
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa
dalam      konteksnya    daripada   keperluan     menghafaz   rumus-rumus   bahasa    ataupun
menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu
dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam
konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih
dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika
memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi
daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

                        coffee         -        kopi
                        school         -        sekolah
                        radio          -        radio
                        bicycle        -        basikal
                        biscuit        -        biskut


Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.


      Subjek                         Kata kerja                    Objek
      Saya                           pergi                         ke sekolah.
      I                              go                            to school.
      Dia                            minum                         susu.
      He                             drinks                        milk.


Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan
menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:

(a)       Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;

(b)       Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;

(c)       Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan

(d)       Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.




                                                23
Kaedah Audio-Lingual

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid
menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran
ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a)    Bahasa adalah alat pertuturan buka n penulisan;

(b)    Bahasa merupakan s atu kebiasaan atau kelaziman;

(c)    Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan
       bahasa;

(d)    Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan

(e)    Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga
beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk
kelaziman pertuturan murid.      Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan
bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil
contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian,
unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan
dengan lebih mudah.       Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami
kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk
memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah
pengajarannya seperti berikut:

(a)    Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

(b)    Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;

(c)    Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

(d)    Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus
       ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini
juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz.
Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang
sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang
dihafaz.




                                             24
Kaedah Komunikatif

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi.
Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a)   Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa.
      Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa
      dan komunikatif.

(b)   Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka
      dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam
      pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang
      bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
      saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur
      bahasa yang diajar.

(c)   Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan
      bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,
      ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d)   Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan
      penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.             Dengan kata lain, pengajaran
      kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal
      unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan
      unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e)   Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa
      juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.           Mereka melakukannya semasa
      mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan
menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks
penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.



Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara
untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru
memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan
pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih



                                            25
dan menentuka n teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan
kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabung kan
beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang
dipercayainya paling berkesan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah
teknik:

(a)       Latih tubi;                           (b)     Bercerita;

(c)       Bersoal jawab;                        (d)     Perbualan / dialog/ wawancara

(e)       Perbincangan;                         (f)     Berbahas/ debat

(g)       Main peranan dan si mulasi;           (h)     Sumbang saran

(i)       Drama atau lakonan;                   (j)     Melapor berita

(k)       Permainan bahasa;                     (l)     Pengajaran puisi

(m)       Penyelesaian masalah;                 (n)     Tunjuk cara



                  Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas,
                  dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan
                  mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi
                  setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang
                  sesuai bagi setiap teknik berkenaan.


Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose
mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya
membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik
darjah.




                                              26
Latih Tubi Sebutan

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan
dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh
murid.




                                                Bola.
                 Murid-murid, ikut
                 cikgu sebut.
                                                Ali menendang bola.

                                                Ali menendang bola di padang.


                                                      Bola. Ali menendang
                                                      bola. Ali .




Latih tubi penyebutan       bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam
perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh
menghasilkan makna yang ber beza.


    daki    -       laki             tari   -        lari              malu     -   balu


Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu
dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi
masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/
-          Pandang pandan tepi pagar depan padang.
-          Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.




                                                27
Nyanyian

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti
nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.




    Selamat datang.
    Sila masuk ke dalam.
    Mari kita duduk.
    Apa khabar sekarang.
    Sudilah minum.
    Janganlah segan-segan.
    Minum air kopi.
    Makan kuih di pinggan.


Latihan Pandang dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan
pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan
gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.          Di samping itu, kad imbasan
bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.




                                                    i.     Pak Abu seorang petani.

                                                    ii.    Dia bekerja di sawah.

                                                    iii.   Dia mengguna kan kerbau
                                                           untuk membajak tanah.




                                           28
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
             kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam
             kalangan murid muurid Tahun 4.



Karangan Lisan

Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan
bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid
untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis
karangan bebas.

Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca
ataupun senarai gambar yang disediakan.      Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid-
murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan
mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih
penting daripada menghasilkan karangan bertulis.



Memproses Maklumat

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima.      Umumnya, murid-murid
mempunyai jurang maklumat.     Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan



                                           29
untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan
menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.

Contoh:

                                                    Senarai barang yang diberi oleh
                                                    guru.

                                                    ·   Khemah
                                                    ·   Lampu picit
                                                    ·   Makanan kering
                                                    ·   Makanan basah
                                                    ·   Alat memasak
                                                    ·   Pakaian
                                                    ·   Baldi
                                                    ·   Alat menjahit
                                                    ·   Pisau
     Murid diminta berimaginasi bahawa mereka       ·   Kapak
     akan pergi berkhemah di bukit selama tiga      ·   Bantal
     hari.    Tiap-tiap seorang hanya boleh         ·   Selimut
     membawa barangan seberat tidak melebihi        ·   Air
     20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil          ·   Susu tin
     keputusan apa yang paling perlu mereka         ·   Cangkul
     bawa dari senarai yang diberi oleh guru.       ·   Surat khabar
     Mereka juga dikehendaki memberi alasan         ·   Radio
     mengapa mereka membuat keputusan               ·   Mancis api
     begitu.




Interaksi Sosial

Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi
tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan
lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang
lebih mencabar.



Contoh: Lakonan Terkawal
Murid A :      Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut
               tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak.
               Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di
               situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.


Murid B :      Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan
               pekerjanya yang peramah.    Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik



                                           30
untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang
              ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di
              belakang hotel ada tempat letak kereta.      Hotel anda juga menyediakan
              sarapan pagi bagi pelanggannya.                 ( Kamaruddin Hussin : 2001)


              Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
              (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
              (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
              (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang
                     terdapat dalam gambar ini.




Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan
ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling.   Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang
bermutu serta pembelajaran yang berkesan.




                                            31
Tajuk 4       Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                   · Penyediaan Rancangan Pen gajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur
                   · Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
                   · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan
                      Pembelajaran


Sinopsis


Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan
lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit
banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa
dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu
dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.


Hasil Pembelajaran

1.       Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran
         kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2.       Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu
         mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
         mendengar dan bertutur;




Kerangka Konsep


                    Menganalisis
                      Ciri-Ciri
                      Pelajar


     Menetapkan       Menulis      Membentuk         Membentuk       Memilih Media   Melaksanaka
      Matlamat        Objektif       ujian             aktiviti       Pengajaran     n Pengajaran
                                                     pengajaran


                      Meneliti
                    Semula Teks


                                                    Menyemak Pengajaran



                   Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




                                               32
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:


                               Komponan Persediaan Mengajar

            Persediaan                  Penyampaian                      Penutup
Maklumat Am                      Set Induksi                    Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada            Perkembangan                   Penilaian
Objektif Pengajaran                i. Kemahiran Peneguhan       Tugasan
Isi Pelajaran                     ii. Kemahiran                 Ulasan Kendiri
                                      menerangkan Ilustrasi
                                 iii. Kemahiran
                                      Menggunakan Papan
                                      Tulis
                                 iv. Kemahiran Variasi
                                      Rangsangan
                                  v. Kemahiran Menyoal




Menulis Ranca ngan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting,
sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa
yang lain.      Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang
berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan
aktiviti     pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan
(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,
menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan
afektif (memilih).


Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur


Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:

(a)        Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

           Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,
           iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang
           sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam
           proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad



                                              33
kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan
       digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan
       yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan
       murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan
       tugasan sebagaimana diarahkan.

(b)    Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

       Terdapat   sekurang-kurangnya     dua     perkara   penting,   iaitu   (i)   murid-murid
       melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi
       bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu
       sekiranya perlu.

(c)    Peringkat susulan dan penilaian

       Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan
       dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh
       menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid
       boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang
       ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses
       pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang
       diperolehnya dalam perkara (i         iii), guru boleh membuat penambahbaikan
       mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
       melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid
       yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi
       cemerlang).


Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran



(a)    Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan
bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai
dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan),
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid,
suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:




                                            34
Kesesuaian dengan perkara         Penjelasan

Objektif dan matlamat             (a)   Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat
pengajran                               membantunya mencapai objektif dan matlamat
                                        pengajaran;
                                  (b)   Selaras dan menepa ti hasrat Kementerian Pelajaran
                                        Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
                                        Kerajaan Malaysia;
                                  (c)   Sesuai dengan kebudayaan, adat res am,
                                        kepercayaan dan amalan dalam kalangan
                                        masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah dan            (a)   Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya
teknik pengajaran                       ditentu lebih terdahulu.


Keadaan pelajar                   (a)   Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan
                                        murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
                                  (b)   Mengambil kira latar belakang pendidikan, status
                                        sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;

Suasa pembelajaran                (a)   Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran
                                        akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-
                                        murid;
                                  (b)   Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah
                                        murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan
                                  (c)   kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi
                                        tinggi, mendorong, menggerak, merangsang,
                                        mengarah dan menentukan reaksi murid-murid
                                        terhadapnya

Minat pelajar                     (a)   Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari
                                        dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid
                                        belajar.


Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian
kepada perkara-perkara berikut:

(b)    Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran,
       iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek
       rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh
       tindakan (tingkah laku) seseorang.       Sehubungan dengannya,      bahan yang pilih
       dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan
       mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
       berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang
       kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang



                                               35
mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
        (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan
        datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

(c)     Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar
        itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya,
        bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran
        berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi
        maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i)
        pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat,
        latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur
        mempunya i hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi
        maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai
        mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada
        kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan             bahan berkenaan perlu
        mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.

(d)     Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz,
        ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar
        berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

(e)     Bahan yang jimat dan murah         perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana
        kewajaran kosnya (munasabah);

(f)     Bahan yang praktikal      dari segi boleh guna, ekonomik   digunakan secara berulang
        kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;

(g)     Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai
        dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar
adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran
bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:



Aktiviti latih tubi untuk pertuturan

Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan
alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar
dan bergambar, filem dan slaid.




                                               36
Aktiviti peniruan dan hafazan

Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan
disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog,
seni kata lagu, dan petikan karangan.



Aktiviti kemahiran komunikatif

Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita
rakaman ini murid dapat mendengar contoh contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya
pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara
penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan
lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya:

(a)    Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada
       kelas;

(b)    Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;

(c)    Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan
       menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;

(d)    Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;

(e)    Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh
       membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan

(f)    Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.


Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan
boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara l ain,
aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan-
kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping
itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan
boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.




                                           37
Aktiviti pengumuman lisan

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuma n yang dibuat di lapangan te rbang, di
stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.


      Perhatian kepada semua
      penumpang            Malaysian
      Airlines dari Kuala Lumpur ke
      Kota Kinabalu,         Sabah.
      Pesawat akan berlepas pada
      pukul 3.00 petang. Semua
      penumpang diminta masuk
      melalui pintu B3.




Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri
daripada bahan bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada
sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan
sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan
pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-
bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi
oleh murid-murid.

Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti
bertutur.   Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan
untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.



Boneka




(a)     Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.




                                                38
(b)   Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan
      satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.

(c)   Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.

(d)   Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
      memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e)   Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

(f)   Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.


Bahan Kartun
(a)   Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b)   Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai.
(c)   Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita
      dan dari segi ketepatan maknanya.
(d)   Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.


Video dan Bahan Sastera

(a)   Murid menonton ra kaman drama.

(b)   Murid dibahagikan kepada kumpulan.

(c)   Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau
      tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan
      Melaka dalam cerita Hang Jebat.

(d)   Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan
      membuat tindakan sendiri.




                                            39
Gambar Foto (potret)


                                       (a)        Murid   diminta   menerangkan    keadaan
                                                  emosi seorang kanak-kanak yang terdapat
                                                  dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama
                                                  ada sedih, gembira, takut, marah dan
                                                  sebagainya.
                                       (b)        Murid kemudian meramalkan peristiwa
                                                  yang mencetuskan perasaan demikian.
                                       (c)        Murid diminta menyenaraikan beberapa
                                                  perkara yang mena rik tentang pemuda itu
                                       (d)        Murid membuat karangan pendek tentang
                                                  kanak-kanak tersebut.




Kesimpulannya

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut
keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana
murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu     menggunakan bahasa
dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif
dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh
manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu
untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna.



           Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar
           kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian
           yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk
           mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran
           Bahasa Melayu.




                                             40
Tajuk 5
                    Kemahiran Mendengar dan Bertutur
                    · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran
                       Mendengar dan Bertutur.




Sinopsis

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam
pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal
menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran
mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru,
modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan
menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan
bertutur salam kalangan murid.


Hasil Pembelajaran
1.       Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang
         sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan
         bertutur; dan
2.       Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.


Kerangka Konsep


                    Menganalisis
                      Ciri-Ciri
                      Pelajar


     Menetapkan          Menulis    Membentuk         Membentuk       Memilih Media   Melaksanakan
      Matlamat           Objektif     ujian             aktiviti       Pengajaran      Pengajaran
                                                      pengajaran


                       Meneliti
                     Semula Teks


                                                     Menyemak Pengajaran



                    Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif




                                                41
Pengenalan

Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat
taakulan,   memproses    dan    kemudian   menyampaikan     maklumat:   bertutur   dengan
menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,
kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa
dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat
hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara
mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek
kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan
sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan
pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana
pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Seseorang      yang dianggap    petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai
perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks
untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat.          Dengan itu, dia mampu
membent uk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia
juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang
berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang
perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran-
ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan,
meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai
sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan
kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang
kita hadapi.     Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu
dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan
konteks-konteks tertentu.      Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap
kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa
ini.




                                            42
Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:

Pertama: penilaian kemahiran menyebut

Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada
peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam
bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu,
mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan
bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan.

Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah.
Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar
membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti
kh, gh, sy, z, v, s dan f.

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata,
frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan
intonasi.



Penilaian kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan
menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan
sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat
secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran
bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan
pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang
fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada
dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-
ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak
mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan
itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan
tatabahasa barulah seseorang itu dapat mel ahirkan perasaan dan pendapat secara spontan
dan tepat dengan mak sud yang hendak disampaikan.




                                           43
Teknik menguji kemahiran bertutur



               Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.
               Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang
               diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman
               atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul
               mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik
               daripada bahan bercetak seperti cerita.



                                                                   Menyebut perkataan
                                                                   pasangan minimal
                                                                   Murid menyebut
     Membaca kuat.                                                 pasangan perkataan
     Ujian membaca kuat                                            yang sukar disebut dan
     boleh digunakan untuk                                         dideikriminasikan
     murid yang telah tahu                                         bunyinya. Guru
     membaca. Dengan                                               memaparkan perkataan
     membaca kuat, murid                 TEKNIK                    dan menyuruh murid
     dinilai dari segi                  MENGUJI                    menyebutnya.
     kelancarannya                     KEMAHIRAN                   Kemudian guru
     membaca dengan                    MENYEBUT                    memaparkan perkataan
     nada, intonasi dan                                            lain yang hampir sama
     gaya mengikut                                                 bunyi dan menyu ruh
     wacana dan konteks                                            murid menyebut.
     ayat-ayat dalam                                               Kemudian guru
     petikan yang dibaca                                           merumuskan perbezaan
     itu.                                                          bunyi kedua perkataan
                                                                   tersebut.



               Pemarkatan.
               Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahaw a hanya satu
               atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan
               penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.




Bertutur dengan gerak balas terhad



Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas
secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,




                                              44
Guru               :   Beritahu rakan kamu bahawa sa ya akan datang ke rumahnya esok.

Murid              :   Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.

Guru               :     Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang
                         tidak kamu kenali.   Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta
                         bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata
                         sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan
                         orang tua itu.


Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan
beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-
soalan itu.




Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas.
Misalnya:
(a)     Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b)     Apa yang sedang mere ka lakukan?
(c)     Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu?
        (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih
        kritis).




                                                45
Membaca Kuat

(a)     Aspek yang diuji     - sebutan, pe rtuturan dan intonasi.

(b)     Bahan                - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap
                               penguasaan bahasa.        Masa yang sesuai untuk membaca
                               ialah 2-3 minit.

Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid                  tetap dan
terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut
bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan
kecekapan     mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul.
Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana
murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata
hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada mur id bertutur dengan
menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat
kepada perbendaha raan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka
berpeluang     memilih perkataan   dan   membina ayat-ayat mereka         sendiri.      Walau
bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada
sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.          Antara teknik-teknik yang tergolong dalam
penilaian jenis ini ialah:


Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.

(a)     Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b)     Murid membaca senyap;

(c)     Guru membaca kuat petikan;

(d)     Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;

(e)     Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca
        oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid).
        Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang be tul.




                                             46
Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:


                                                ·   Murid diminta mengingat atau
                                                    mengimaginasikan sesuatu dan
                                                    menjelaskan sesuatu
                                                    mengenainya. Misalnya: percutian
                                                    semasa cuti sekolah.
                                                ·   Teknik ini dapat menilai kecekapan
                                                    bertutur secara spontan, tanpa
                                                    bimbingan guru

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi
tertentu   yang    membolehkan      murid     memainkan      peranan    tertentu.    Guru     perlu
menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang
dikehendakinya.      Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara
berpasangan. Misalnya:

      Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan,
      murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang
      hendak      membuat   aduan   tentang    suatu   kes    ragut    yang   baru   sahaja
      disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan
      peranan masing-masing secaara spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang            sesuai       dengan
situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran
bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi
peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan
berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam
kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau
murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.




                                               47
Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur,
iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang
belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan
lancar.    Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi
gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek
berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut
ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk
menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan
pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka
berikan.


Bahagian A
Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul
i.    Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah
ii.   Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.
iii.  Dengan siapa adik bermain bola tadi
iv.   Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.
i.    Apakah cita-cita kamu?
ii.   Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?
iii.  Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.


                                      Soalan:

                                        i.      Apakah yang dilakukan oleh orang-orang
                                                itu?
                                        ii.     Apakah alat-alat yang digunakan oleh
                                                mereka?
                                        iii.    Bagaimanakah cara mereka
                                                melakukannya?




                                               48
Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut:
(a)         memadan kan            memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan
            memadan kan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang
            berlawanan, sama dan sebagainya.
(b)         megelompok           misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat
            kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.
(c)         menyusun dan melengkapkan                       menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur,
            kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi
            karangan dll.
(d)         menyelesaikan masalah                   menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu
            dengan selamat;
(e)         berinteraksi       melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll
(f)         simulasi      main peranan dalam lakonan, forum dll
(g)         projek      perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan
            dll.


Senarai Semak untuk Pemarkatan.
Nama Murid: .....................................................................................................


                                                                                        Markat
 Bahagian            No: Gambar               Nombor
                                              Soalan                     2         1           0

                                                    1

                                                    2
        A
                                                    3                                                   J=

                                                    4

                                                    5

                                                     1
                                                                                                        J =
                                                    2

                                                    3

                                                    4

                                                    5




                                                                  49
Nilai Markat (cadangan)

       2      Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan
              tatabahasa.

       1      Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau
              tatabahasa.

       0      Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga
              menunjukkan kesalahan yang ketara.


Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2.
Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi
12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.



Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu
kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan,
bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan
kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan
bagi setiap pecahan itu.        Semasa murid bertutur atau menjawab            soalan-soalan yang
dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan
kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i.         sebutan

ii.        kefahaman

iii.       ketatabahasa n

iv.        keluasan perbendaha raan kata, dan

v.         kelancaran pertuturan.

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu
ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Rumusan


Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),
penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam
pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal



                                                  50
diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk
memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan
pendekatan, kaedah dan te knik pengajaran dan pembel ajaran kemahiran lisan berlandaskan
prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru
harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara
memberi markah.     Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk
membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan bai k dan berkesan.



           (a)    Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai
                  dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.
           (b)    Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik.
                  Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih
                  bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?




                                          51
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainIjal Mustofa
 
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaIjal Mustofa
 
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...FAJAR MENTARI
 
Powerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraPowerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraIkd Kurniawan
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasataufiq99
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaRizza Magfira
 
Power Point Konsep Dasar Berbicara
Power Point Konsep Dasar Berbicara Power Point Konsep Dasar Berbicara
Power Point Konsep Dasar Berbicara bellarizkia46
 
Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikRidho Ikhsan
 
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Mitha Ye Es
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkzhiendar
 
1. skl sk kd bahasa arab
1. skl sk kd bahasa arab1. skl sk kd bahasa arab
1. skl sk kd bahasa arabUjhe Aswan
 
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptx
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptxBerbicara mengenai kepentingan akademikpptx
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptxapriliasnasution
 

La actualidad más candente (19)

Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Meningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicaraMeningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicara
 
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lainHubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
Hubungan Keterampilan Membaca dengan Keterampilan Bahasa yang lain
 
PELAJARAN
PELAJARANPELAJARAN
PELAJARAN
 
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan BerbahasaHubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
Hubungan Antara Empat Keterampilan Berbahasa
 
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
Makalah Hubungan Keterampilan Berbicara dengan Tiga Keterampilan Berbahasa La...
 
Powerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang BerbicaraPowerpoint tentang Berbicara
Powerpoint tentang Berbicara
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
مهارة الكلام
مهارة الكلام مهارة الكلام
مهارة الكلام
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Power Point Konsep Dasar Berbicara
Power Point Konsep Dasar Berbicara Power Point Konsep Dasar Berbicara
Power Point Konsep Dasar Berbicara
 
Keterampilan Berbahasa
Keterampilan BerbahasaKeterampilan Berbahasa
Keterampilan Berbahasa
 
Berbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademikBerbicara untuk keperluan akademik
Berbicara untuk keperluan akademik
 
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
Kelompok 4 berbicara sebagai keterampilan berbahasa indonesia
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan BerbahasaMATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
MATERI 1 - Menulis dan Keterampilan Berbahasa
 
1. skl sk kd bahasa arab
1. skl sk kd bahasa arab1. skl sk kd bahasa arab
1. skl sk kd bahasa arab
 
ppt
pptppt
ppt
 
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptx
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptxBerbicara mengenai kepentingan akademikpptx
Berbicara mengenai kepentingan akademikpptx
 

Destacado (9)

2012 Orange County Development Briefing
2012 Orange County Development Briefing2012 Orange County Development Briefing
2012 Orange County Development Briefing
 
Innovation in Government: Bloomington’s Development Review Process
Innovation in Government: Bloomington’s Development Review ProcessInnovation in Government: Bloomington’s Development Review Process
Innovation in Government: Bloomington’s Development Review Process
 
2012 Inter-City Visit to Bloomington, IN Orientation
2012 Inter-City Visit to Bloomington, IN Orientation2012 Inter-City Visit to Bloomington, IN Orientation
2012 Inter-City Visit to Bloomington, IN Orientation
 
Innovation in Government: Deputy Mayor Maria Heslin
Innovation in Government: Deputy Mayor Maria HeslinInnovation in Government: Deputy Mayor Maria Heslin
Innovation in Government: Deputy Mayor Maria Heslin
 
University-Community Partnerships: Sustainability
University-Community Partnerships: SustainabilityUniversity-Community Partnerships: Sustainability
University-Community Partnerships: Sustainability
 
CFC Properties
CFC PropertiesCFC Properties
CFC Properties
 
2011 Orange County Development Briefing
2011 Orange County Development Briefing2011 Orange County Development Briefing
2011 Orange County Development Briefing
 
2013 Annual Meeting
2013 Annual Meeting2013 Annual Meeting
2013 Annual Meeting
 
Tapping Into AmeriCorps Programming
Tapping Into AmeriCorps ProgrammingTapping Into AmeriCorps Programming
Tapping Into AmeriCorps Programming
 

Similar a Bmm3104

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamVini Fakhriyani Ulfah
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3maslinda2015
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2Mohamad Saad Mohamad Nain
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxEwei Voon
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2aisahhaslina
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2fauziahdom
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2lailihjdaud
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2Penang Lim
 
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1Modul Guruku
 
makalah kelompok 2 bu rifnida.docx
makalah kelompok 2 bu rifnida.docxmakalah kelompok 2 bu rifnida.docx
makalah kelompok 2 bu rifnida.docxDWIALIPIANSYAH
 
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdf
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdfmakalah kelompok 2 bu rifnida.pdf
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdfDWIALIPIANSYAH
 
CP BAHASA INDONESIA FASE B.doc
CP BAHASA INDONESIA FASE B.docCP BAHASA INDONESIA FASE B.doc
CP BAHASA INDONESIA FASE B.docanastasiababa1
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUliya amalina
 

Similar a Bmm3104 (20)

Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Metode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalamMetode pembelajaran istima' wal kalam
Metode pembelajaran istima' wal kalam
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptxWEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
WEEK_13_-_KOMUNIKASI_DI_KHALAYAK.pptx
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2
 
Standard prestasi bm sk thn 2
Standard prestasi  bm sk thn 2Standard prestasi  bm sk thn 2
Standard prestasi bm sk thn 2
 
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
 
makalah kelompok 2 bu rifnida.docx
makalah kelompok 2 bu rifnida.docxmakalah kelompok 2 bu rifnida.docx
makalah kelompok 2 bu rifnida.docx
 
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdf
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdfmakalah kelompok 2 bu rifnida.pdf
makalah kelompok 2 bu rifnida.pdf
 
Kssr BM
Kssr BMKssr BM
Kssr BM
 
CP BAHASA INDONESIA FASE B.doc
CP BAHASA INDONESIA FASE B.docCP BAHASA INDONESIA FASE B.doc
CP BAHASA INDONESIA FASE B.doc
 
Pertemuan 4
Pertemuan 4Pertemuan 4
Pertemuan 4
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 

Bmm3104

  • 1. Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Konsep · Objektif · Proses dan Bentuk Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: · konsep · objektif · proses dan bentuk Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini, anda seha rusnya dapat: 1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; 3. menerangkan beberapa k aedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; 4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. 1
  • 2. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51) KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR 2
  • 3. Definisi Konsep Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut. Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan: (a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah; (b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran: (a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan. 3
  • 4. (b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah untuk diri sendiri dan orang lain; (c) menyampaikan ucapan bertatasusila meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan; (d) bersoal jawab kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu; (e) bercerita kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak; (f) menyampaikan berita dan laporan kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat; (g) menyampaikan ucapan dan syarahan kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan; (h) berlakon dan melafazkan puisi memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan (i) berbincang dan berbahas menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai. Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental mendengar dan membaca secara berkesan. 4
  • 5. Konsep Pertuturan (a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu]; (b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya; (c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya; (d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan (e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain. Aspek-Aspek Pertuturan (a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /s mak/ dan seumpamanya; (b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan; (c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut harakat ), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu; (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, jangan tembak, jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, jangan/tembak, bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan! 5
  • 6. (e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat. (f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas. (g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya; (h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid. (i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul; (j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid- murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan. Objektif Kemahiran Bertutur Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: (a) menyebut dengan jelas; (b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi; (c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat ; 6
  • 7. (d) memberi penerangan dan al asan; (e) menunjuk arah; (f) membina soalan untuk mencari maklumat; (g) bertemu ramah; (h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat; (i) bertutur secara bertatasusila; dan (j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi. Proses dan Bentukya: Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur: (a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan; (b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru; (c) Membina soalan berdasarkan bahan; (d) Memberi arahan kepada rakan; (e) Menerangkan gambar dan ba han grafik; (f) Berbual melalui telefon; (g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri; (h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan; (i) Permainan komunikatif; (j) Mengadakan perbahasan; (k) Perbincangan forum; (l) Memberi taklimat dan ceramah; (m) Main peranan; (n) Simulasi; (o) Teater bercerita; dan (p) Drama Kemahiran Mendengar Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanak- kanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa memperoleh, mempelajari, 7
  • 8. mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik, cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar yang baik mengikut standard tertentu. Mengapa kemahiran mendengar perlu? Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapa t hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan). Proses Mendengar Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek pendenga ran amat kurang diberi perhatian oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar: (a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa; (b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut; (c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan (d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut. 8
  • 9. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan. Objektif mengajar kemahiran mendengar Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh: (a) memperoleh idea; (b) mencari isi-isi penting; (c) melakukan arahan/ tindak balas; (d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan; (e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat; (f) mentafsir makna-makna yang te rsirat, (g) mengenal pasti mood penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan (h) mengesan pengaruh penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan. Konsep-konsep asas dalam kemahi ran Mendengar: Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan. Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. 9
  • 10. Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain: (a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat; (b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi; (c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan (d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Apakah bentuk kemahiran mendengar itu? Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses mendengar: (a) secara pasif; (b) secara bertelau-telau; (c) tanpa tindak balas; (d) secara menebuk-nebuk; (e) dengan beremosi; (f) secara berhati-hati dengan pen gamatan; dan (g) secara kritikal. Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar (a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati; (b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat; (c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya; (d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang; (e) pendenga ran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan; (f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan; (g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu; (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan (i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi. 10
  • 11. Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi- bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan mesej yang diterima itu. Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 11
  • 12. Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar dan Bertutur: · Peringkat Penguasaan · Unsur dan Faktor Keberkesanan · Prinsip Pengajaran Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaru hi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa. 12
  • 13. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur (a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan. (b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian. Peringkat Peringkat Kemahiran Bertutur Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian, pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju. 13
  • 14. Peringkat awal (a) Melafazkan pengucapan bert atasusila; (b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar; (c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat; (d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi; (e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu; (f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah; (g) Memberi arahan; (h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan (i) Membuat ayat-ayat daripada gamba r. Peringkat pertengahan (a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar; (b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri; (c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa; (d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu; (e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah; (f) Membaca iklan, peraturan-peraturan; (g) Memberi ucapan pendek dan mudah; (h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah; (i) Memberi komen secara mudah; dan (j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah. Peringkat maju (a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya; (b) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya; (c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog; (d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat; (e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan; (f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat; (g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan); (h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain; (i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan; (j) Mendeklamsi puisi; 14
  • 15. (k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan (l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan mu rid-murid. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor, (a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa; (b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan; (c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi- bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan; (d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan mas yarakat di bandar-bandar; (e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 15
  • 16. perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan (f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya. Prinsip pengajaran kemahiran mendengar (a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur, membaca dan menulis; (b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembel ajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menj urus kepada sesuatu aktiviti tertentu; (c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan; (d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara- perkara yang lebih sukar dan seumpamanya. (e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan; (f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak; (g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri. 16
  • 17. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Kaedah · Teknik Pengajaran Sinopsis Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tujuan menentukan 17
  • 18. kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah merancang dan memilih aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut. Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja, pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah (a) Pendekatan Situasi Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu. Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata- kata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna- makna yang betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: (a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi; 18
  • 19. (b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat; (c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul; (d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah; (e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid dalam latihan bertutur; (f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunak an alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu; (g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul. Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat. 19
  • 20. (b) Pendekatan Komunikatif Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur; (b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah; (c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan; (d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan (e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan l ebih berjaya jika murid mempun yai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu. 20
  • 21. Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut. Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke? Kakitangan pos : Pak cik ? Wanita : (terdiam) Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik? Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya. Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin pun belum. Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur- bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan. Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif. Kaedah Terus Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda 21
  • 22. mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara lain: (a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut; (b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain; (c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai; (d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan (e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan seperti berikut: (a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna. (b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi. (c) Guru menggunak an teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut. Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap berjaya, jika murid dapat mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat. 22
  • 23. Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek Kata kerja Objek Saya pergi ke sekolah. I go to school. Dia minum susu. He drinks milk. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru. 23
  • 24. Kaedah Audio-Lingual Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut: (a) Bahasa adalah alat pertuturan buka n penulisan; (b) Bahasa merupakan s atu kebiasaan atau kelaziman; (c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa; (d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan (e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain. Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan. Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut: (a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing; (b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut; (c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan (d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu. Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur. Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz. 24
  • 25. Kaedah Komunikatif Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah: (a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif. (b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. (c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana. (d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut. (e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan. Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih 25
  • 26. dan menentuka n teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabung kan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan. Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat. Antara lain ialah teknik: (a) Latih tubi; (b) Bercerita; (c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara (e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat (g) Main peranan dan si mulasi; (h) Sumbang saran (i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita (k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi (m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan. Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah. 26
  • 27. Latih Tubi Sebutan Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh murid. Bola. Murid-murid, ikut cikgu sebut. Ali menendang bola. Ali menendang bola di padang. Bola. Ali menendang bola. Ali . Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh menghasilkan makna yang ber beza. daki - laki tari - lari malu - balu Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/ - Pandang pandan tepi pagar depan padang. - Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas. 27
  • 28. Nyanyian Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan. Latihan Pandang dan Sebut Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan. i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia mengguna kan kerbau untuk membajak tanah. 28
  • 29. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4. Karangan Lisan Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas. Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan. Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian, murid- murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis. Memproses Maklumat Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 29
  • 30. untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru. · Khemah · Lampu picit · Makanan kering · Makanan basah · Alat memasak · Pakaian · Baldi · Alat menjahit · Pisau Murid diminta berimaginasi bahawa mereka · Kapak akan pergi berkhemah di bukit selama tiga · Bantal hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh · Selimut membawa barangan seberat tidak melebihi · Air 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil · Susu tin keputusan apa yang paling perlu mereka · Cangkul bawa dari senarai yang diberi oleh guru. · Surat khabar Mereka juga dikehendaki memberi alasan · Radio mengapa mereka membuat keputusan · Mancis api begitu. Interaksi Sosial Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Contoh: Lakonan Terkawal Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda. Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik 30
  • 31. untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini. Rumusan Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta pembelajaran yang berkesan. 31
  • 32. Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Penyediaan Rancangan Pen gajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur · Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti · Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sinopsis Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan. Hasil Pembelajaran 1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanaka Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran n Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 32
  • 33. Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian Penutup Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian Objektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan Tugasan Isi Pelajaran ii. Kemahiran Ulasan Kendiri menerangkan Ilustrasi iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal Menulis Ranca ngan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih). Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut: (a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 33
  • 34. kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan. (b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu. (c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang). Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (a) Bahan yang sesuai Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan kecenderungan pembelajaran murid: 34
  • 35. Kesesuaian dengan perkara Penjelasan Objektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat pengajran membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepa ti hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat res am, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan. Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya teknik pengajaran ditentu lebih terdahulu. Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar; Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid- murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnya Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut: (b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 35
  • 36. mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi! (c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur mempunya i hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas; (e) Bahan yang jimat dan murah perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah); (f) Bahan yang praktikal dari segi boleh guna, ekonomik digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya; (g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah. Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut: Aktiviti latih tubi untuk pertuturan Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid. 36
  • 37. Aktiviti peniruan dan hafazan Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan. Aktiviti kemahiran komunikatif Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu, murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampai kan sesuatu maksud. Misalnya: (a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas; (b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut; (c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama; (d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan; (e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan (f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan. Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid. Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti perbincangan. Antara l ain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat tempat-tempat bersejarah, kawasan- kawasan perindustrian, kawasan melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif. 37
  • 38. Aktiviti pengumuman lisan Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuma n yang dibuat di lapangan te rbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3. Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur mestilah terdiri daripada bahan bahan yang authentic ataupun bahan-bahan yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan- bahan tersebut mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh murid-murid. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur. Boneka (a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi. 38
  • 39. (b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. (c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. (d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. (e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. (f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi. Bahan Kartun (a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. (b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan mengguna kan bahasa yang sesuai. (c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. (d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan. Video dan Bahan Sastera (a) Murid menonton ra kaman drama. (b) Murid dibahagikan kepada kumpulan. (c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. (d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri. 39
  • 40. Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang mena rik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang dilaksnakan itu menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya, keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna. Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. 40
  • 41. Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur · Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Sinopsis Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan murid. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan 2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif 41
  • 42. Pengenalan Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan. Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu, dia mampu membent uk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk binaannya yang berbeza pula. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai ujaran- ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi. Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua aspek bahasa dan tahu berbahasa ini. 42
  • 43. Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur Penilaian bertutur terbahagi kepada dua: Pertama: penilaian kemahiran menyebut Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu mengalami gangguan. Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi. Penilaian kemahiran bertutur Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan. Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri- ciri paralinguistik dan ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat mel ahirkan perasaan dan pendapat secara spontan dan tepat dengan mak sud yang hendak disampaikan. 43
  • 44. Teknik menguji kemahiran bertutur Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut Membaca kuat. pasangan perkataan Ujian membaca kuat yang sukar disebut dan boleh digunakan untuk dideikriminasikan murid yang telah tahu bunyinya. Guru membaca. Dengan memaparkan perkataan membaca kuat, murid TEKNIK dan menyuruh murid dinilai dari segi MENGUJI menyebutnya. kelancarannya KEMAHIRAN Kemudian guru membaca dengan MENYEBUT memaparkan perkataan nada, intonasi dan lain yang hampir sama gaya mengikut bunyi dan menyu ruh wacana dan konteks murid menyebut. ayat-ayat dalam Kemudian guru petikan yang dibaca merumuskan perbezaan itu. bunyi kedua perkataan tersebut. Pemarkatan. Untuk memudahkan pemark atan ditentukan bahaw a hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah. Bertutur dengan gerak balas terhad Bertutur mengikut arahan Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya, 44
  • 45. Guru : Beritahu rakan kamu bahawa sa ya akan datang ke rumahnya esok. Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok. Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu. Bertutur berdasarkan gambar Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan- soalan itu. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. Misalnya: (a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini? (b) Apa yang sedang mere ka lakukan? (c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis). 45
  • 46. Membaca Kuat (a) Aspek yang diuji - sebutan, pe rtuturan dan intonasi. (b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit. Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai. Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada mur id bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaha raan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah: Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. (a) Guru memberi murid petikan cerita pendek; (b) Murid membaca senyap; (c) Guru membaca kuat petikan; (d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru; (e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang be tul. 46
  • 47. Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara: · Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah. · Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guru Main peranan Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan. Misalnya: Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan. Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar. 47
  • 48. Pemarkatan Ujian Bertutur Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. Pemarkatan Secara Objektif Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan. Bahagian A Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul i. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah ii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi iv. Wah, besarnya rumah awak! Bahagian B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. i. Apakah cita-cita kamu? ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu? Bahagian C Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Soalan: i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya? 48
  • 49. Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan berikut: (a) memadan kan memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadan kan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya. (b) megelompok misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya. (c) menyusun dan melengkapkan menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll. (d) menyelesaikan masalah menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat; (e) berinteraksi melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll (f) simulasi main peranan dalam lakonan, forum dll (g) projek perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll. Senarai Semak untuk Pemarkatan. Nama Murid: ..................................................................................................... Markat Bahagian No: Gambar Nombor Soalan 2 1 0 1 2 A 3 J= 4 5 1 J = 2 3 4 5 49
  • 50. Nilai Markat (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa. 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa. 0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara. Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66. Pemarkatan Secara Holistik Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu: i. sebutan ii. kefahaman iii. ketatabahasa n iv. keluasan perbendaha raan kata, dan v. kelancaran pertuturan. Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru. Rumusan Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting, awal 50
  • 51. diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan te knik pengajaran dan pembel ajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan bai k dan berkesan. (a) Huraikan taktir lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. (b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu? 51