SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
Descargar para leer sin conexión
Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme)
             Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris
             UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan
                                 berkualiti

                         Jamaliah bt Md Salleh
                           SK Sungai Pasir
                                  Abstrak

Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah
kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E.
Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6
Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk
Bahasa Inggeris.    Bagaimanapun kaedah       streaming amat mudah untuk
mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata
pelajaran.

Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya
meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka
tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang
sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di
sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan     yang
sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut.   Sikap pasif dan malu
meningkatkan kelemahan yang sedia ada. ‘Berat mulut’ dan ‘rendah diri’
mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan
warga sekolah.

Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya
tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan,
mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada.
Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan
ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan
mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran.
Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan
penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga.

Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar
dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di
majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini
telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung.



Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama
dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat
perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi.

Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar
kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di
sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya
hari peperiksaan.

Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun
amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah
peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif,
program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.
1.    Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu


Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh
murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada
mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu ,
dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor
murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan
dan cemerlang.

Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara
kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang
sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata
pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana
mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan
guru-guru mata pelajaran   kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja.
Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru
kepada mereka.

Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk
mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan
memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini
‘payah’ dan ‘memang tidak boleh’.         Program PaMa dimulakan dengan
mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali
pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada
kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam
perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat
memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member
gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan
telah berlaku.

Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan
terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal
dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan
cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun


                                      1
bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana
terlalu yakin dengan jawapan sendiri.

Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak
pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum
dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang
mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing-
masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan
kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk
kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan
dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada
tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah.



2.    Fokus Kajian/Isu Keprihatinan

Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif
dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang
nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan
keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari
sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu,
saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga
berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau
dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang.




Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di
sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan
dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata ‘boleh’.
Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus
pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu
tandan masih ada yang tidak sama.




                                        2
3.       Objektif Kajian



             Objektif Umum:
    Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat
    meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa
    Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus
    sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.




             Objektif Khusus:

•                  Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua
    tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan
    betul.
•                  Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa
    yang betul, dan mengeja dengan tepat.
•                  Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis            untuk
    menambah markah.




    4.       Kumpulan Sasaran

             Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang
    murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat
    D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.
3



    5.       Pelaksanaan Kajian


    5.1      Tinjauan Masalah

    i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 .

    - Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang
    selesa didengar.

    -    Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual
    waktu.

    -     Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi
    pelbagai denda.



    ii. Soal selidik dari murid perempuan

-   Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan

-   Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang.

-   Berbincang dalam        kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat
    menyelesaikan masalah.

    iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama.

-   Kerja yang tidak menentu atau kerja syif

-   Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan

-   Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak
    memahami format baharu.

-   Tidak sempat kerana anak yang ramai.

-   Anak yang tidak mendengar kata.

-   Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu

-   Anak tinggal dengan datuk dan nenek
4


   5.2 Analisis Tinjauan Masalah

   Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008




1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja,
   dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi.

2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata
   dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis
   ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga
   dapat membantu pemberian markah .

   5.3   Melaksanakan Tindakan

   Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme)
   Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan.
   Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja
   dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan
   kepada semua waris.         Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang
   patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai
   Mentor.
   1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan
   mengeja setiap perkataan.
   1.2   Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami
   maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana
   perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.
1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah
jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas.


                                          5




         Pemerhatian


 i.      Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada
         bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah.
 ii.     Kertas dilaminet dengan kemas.
 iii.    80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan
          betul.
iv.      Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan
        Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru.
v.      Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu
        lancar.




         Refleksi
Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan
menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan
pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih
berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran
mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah
keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah
lisan sepanjang P&P.
6



    Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where)
          1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya.
          2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi
             bulatan tersebut.
          3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu.
          4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut,
             nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu.
          5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi

             woman                              fishmonger                      pupils



                                                                                                chairs
       buying         Vegetables                                           arranging            desks
                                              selling           fish
                      markets                                   stall




   Section A di Paper 2.
1. The woman is buying some fresh vegetables at the market.
2. The fishmonger is selling fish at his stall.
3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom.


         6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa
         pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan
         apabila ditanya kerana perkataan –perkataan tersebut kerap dilatih-tubi.
         Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi.
         7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan.                Sekiranya ada
         kesalahan,   mereka     berbincang     dan     ini   dapat     memantapkan      lagi
         tatabahasa mereka.
8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan
        diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh
        membina ayat dengan betul.


                                         7

Contoh : di taman ……………………... at the park
                         di pasar malam …………… at the night market
                         di dalam perpustakaan…….. in the library


                         di atas rak buku ……………..on the book shelf
                         di belakang pokok …………. behind the tree




Pemerhatian
        Saya   berasa    sungguh    gembira   apabila   mendapat    respon    yang
memberansangkan dalam pembinaan ayat.           Semua murid saya bersungguh-
sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri
telah    berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi
selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka
akhirnya     menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk
mengawal kelas yang aktif.




        Refleksi
        Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari
O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh
ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan
setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.
8

    Aktiviti 3 : Suratku Berjanji
1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut:
-   3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam
2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya
    dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik.
3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam
    sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di
    sampul surat tersebut.    Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan
    murid jika dia tinggal   bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal
    bersama.
4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat
    seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak
    angkat yang beralamatkan sekolah.
5. Di antara kaandungan surat itu adalah:
-   Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik.
-   Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan
-   Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.
-   Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela.
-   Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara
    lisan.
-   Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang
-   Memohon doa dari ibubapa dan guru
-   Minta dihalalkan ilmu daripada guru
-   Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru
    6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya
    kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana
    penerima adalah orang yang berlainan.
    7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik
    kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya.
8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid
   memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam
   pelajaran.


                                           9
   Pemerhatian
1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai
   perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa
   dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis
   segala yang terbuku di hati dengan ikhlas.      Terdapat pula murid yang tidak
   pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru
   tersebut memanggil dan bertanya khabar.          Pelbagai perasaan dan sangsi
   bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut.
   Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang.


          Refleksi
          Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah:
1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus
   semua mata pelajaran.
2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak
   tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri.
3. Membawa anak keluar makan malam.
4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian.
5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet
   tanpa ada apa-apa tindakan.
6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat
   tidak kelihatan lagi.
7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut.
8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah.
9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil.
10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa.
11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang
   daripada ibu dan bapa sudah tiada.
12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu
   sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat.
13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku.




                                           10
   5.4    Penilaian

   1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf.
   2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca.

   3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D
   tetapi boleh diperbaiki lagi.

   4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis.

   5.5    Refleksi Kajian
   Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus
   kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14
   orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala
   bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 – 39 markah. Keberangkalian
   untuk penambahan lulus adalah tinggi.


   6.     Cadangan untuk kajian seterusnya

   Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat
   markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah
   berjaya.   Ini   turut   membantu   peningkatan   markah   Section   B.   Aspek
   permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap
   kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana
   penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum
   begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus
   kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi
   tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan
   berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain
   yang dicadangkan adalah satu        program berbentuk membaca esei pendek,
   menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah
perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran
Bahasa Inggeris di sekolah menengah.
7.          Rujukan

Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua,
Jabatan Pendidikan Kedah
                                              11
                                 Lampiran 1: PaMa Programme
 Eating           Makan             flying       Terbang           Showing       menunjuk

 Drinking         Minum             Plucking     Memetik           Building      Membina

 Bathing          Mandi             Throwing     Baling,buang      Feeding       Beri makan

 Sleeping         Tidur             Laying       Bertelur,hidang   Folding       Melipat

 Cooking          Memasak           Swimming     Berenang          Watering      Menyiram

 Washing          Membasuh          Helping      Menolong          Going         Pergi

 Cleaning         Mencuci           Buying       Membeli           Cycling       Menunggang

 Cutting          memotong          Selling      Menjual           Camping       Berkhemah

 Frying           Menggoreng        Bargaining   menawar           Fishing       Memancing

 Mopping          Mop               Chopping     takik,potong      Boiling       Masak,rebus

 Slicing          Mengiris          Pushing      Menolak           Pitching      Pacak khemah

 Putting          Meletakkan        Pulling      tarik             grazing       Makan rumput

 Arranging        Menyusun          Shooting     Menembak          milking       Perah susu

 Wiping           Mengelap          Collecting   Kumpul,kutip      Jumping       Melompat

 Carrying         Mengangkat        Asking       Bertanya          standing      Berdiri

 Holding          Memegang          Answering    Menjawab          Crying        Menangis

 Chasing          Mengejar          Giving       Member            stealing      Mencuri

 Catching         Menangkap         Sending      Menghantar        Snatching     meragut

 Shouting         Menjerit          Wearing      Memakai           waiting       Menunggu

 Running          Berlari           Choosing     Memilih           queuing       Beratur

 Calling          Memanggil         Driving      Memandu           climbing      Memanjat

 Smilling         Senyum            Serving      Hiding,layan      Decorating    Menghias

 Cheering         Bersorak          Preparing    Menyediakan       Blowing       Meniup

 Clapping         Tepuk tangan      Baking       Bakar kuih,roti   Celebrating   Menyambut

 Sitting          Duduk             Drying       Mengering         Opening       Membuka

 Walking          Berjalan          Hanging      menggantung       closing       menutup

 Writing          Menulis           Taking       Menulis           suggesting    Mencadang
Working     Bekerja        Looking        Lihat, tengok   rowing     Mendayung

Drawing     melukis        Jogging        Jogging         laughing   Ketawa

Killing     membunuh       Falling        Jatuh           talking    Bercakap

greeting    Ucap selamat   whispering     berbisik        reading    Membaca

borrowing   meminjam       paying         membayar        ordering   Tempah

having      mengadakan     apologizing    Mohon maaf      thank      Ucap terima kasih


                                         12
Lampiran 2: Buku Latihan
13
Lampiran 3: Suratku Berjanji




                                                         gam




                                                     Setem
     Sampul                                          30 sen
     surat



                                 14



Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009
1. Ujian Pra : 25 %
2. Ujian Semester 1 : 30.6%
3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 %




                              15

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012julianah73
 
rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 miebal
 
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuEja Jaafar
 
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docx
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docxrancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docx
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docxrenumaniam
 
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docnoorabib
 
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2zerat88
 
Jadual spesifikasi item ( jsi )
Jadual spesifikasi item ( jsi )Jadual spesifikasi item ( jsi )
Jadual spesifikasi item ( jsi )putraisya
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilanganAnis Wahit
 
Program intervensi bi tahun enam
Program intervensi bi tahun enamProgram intervensi bi tahun enam
Program intervensi bi tahun enamWalter Guyut guyut
 
Contoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibgContoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibgmariahana11
 
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUFORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUShika Nara
 
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfLAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfWinsonSiau2
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpithazwani odeyh
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasarozitaawang1
 

La actualidad más candente (20)

Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012Borang pemarkahan kelas paling patriotik  bulan kemerdekaan 2012
Borang pemarkahan kelas paling patriotik bulan kemerdekaan 2012
 
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doculasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
ulasan PBD untuk 3 kategori murid.doc
 
rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1
 
Contoh rpi
Contoh rpiContoh rpi
Contoh rpi
 
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matuProgram intervensi panitia matematik sk kuala matu
Program intervensi panitia matematik sk kuala matu
 
Softcopy isi fail ppb
Softcopy isi fail ppbSoftcopy isi fail ppb
Softcopy isi fail ppb
 
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docx
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docxrancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docx
rancangan-aktiviti-tahunan-kbat 1.docx
 
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
 
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2
DSKP BAHASA INGGERIS TAHUN 2
 
Jadual spesifikasi item ( jsi )
Jadual spesifikasi item ( jsi )Jadual spesifikasi item ( jsi )
Jadual spesifikasi item ( jsi )
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Program intervensi bi tahun enam
Program intervensi bi tahun enamProgram intervensi bi tahun enam
Program intervensi bi tahun enam
 
Contoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibgContoh surat memohon sumbangan pibg
Contoh surat memohon sumbangan pibg
 
contoh pelan intervensi
contoh pelan intervensicontoh pelan intervensi
contoh pelan intervensi
 
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYUFORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
FORMAT TEMPLATE RPH PAK21 BAHASA MELAYU
 
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdfLAPORAN TRANSISI 2022.pdf
LAPORAN TRANSISI 2022.pdf
 
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpitFizik   pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
Fizik pelan strategik fizik spm 2018 sbpit
 
Oppm matematik
Oppm matematikOppm matematik
Oppm matematik
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
 

Similar a MENINGKATKAN LULUS BAHASA ING

Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linusbenwong733
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahIdah Malek
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfRessyResy
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiNoraida Ali
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Zuraini Mat Zin
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahmoshi89
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02L Adul Lalut Adul
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolahPenentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolahZafiru Yassin
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103zainuns
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiShamimi Jamudin
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Suhana Kamaluddin
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...Suhana Kamaluddin
 

Similar a MENINGKATKAN LULUS BAHASA ING (20)

Proposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docxProposal kajian tindakan.docx
Proposal kajian tindakan.docx
 
Kajian tindakan linus
Kajian tindakan linusKajian tindakan linus
Kajian tindakan linus
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
 
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdfLK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
LK_3.1_best_Practice_Ressy.pdf
 
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawiMeningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
Meningkatkan penggunaan imbuhan awalan dalam pelajaran jawi
 
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
Kajian tindakan (hbef4303) (autosaved)
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Problem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifahProblem Solving-part musyrifah
Problem Solving-part musyrifah
 
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
Kajiantindakanpenulisanbmth5 130629024057-phpapp02
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolahPenentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
Penentuan polisi kerja rumah oleh pentadbir sekolah
 
Hbef2103
Hbef2103Hbef2103
Hbef2103
 
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimiMasalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
Masalah penguasaan pembelajaran dan cara mengesan kesukaran pembelajaran mimi
 
21 ike revita
21 ike revita21 ike revita
21 ike revita
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
Kertas cadangan kajian tindakan celik jawi – mengenal, membaca dan menulis pe...
 
Buku komunikasi
Buku komunikasiBuku komunikasi
Buku komunikasi
 
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ... KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS ...
 
Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735Kajian jawi d055735
Kajian jawi d055735
 
Proposal ptk.1
Proposal ptk.1Proposal ptk.1
Proposal ptk.1
 

MENINGKATKAN LULUS BAHASA ING

  • 1. Bahasa Inggeris: PaMa ( Papa Mama Programme) Meningkatkan peratus lulus Kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR dalam membina struktur ayat yang mudah dan berkualiti Jamaliah bt Md Salleh SK Sungai Pasir Abstrak Berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2008 , murid-murid di dua buah kelas terakhir telah gagal Bahasa Inggeris dengan mendapat gred D dan E. Setelah dianalisa selepas kelas tahun 6 di streaming, semua murid Kelas 6 Tekun bagi tahun 2009 telah gagal dalam semua mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris. Bagaimanapun kaedah streaming amat mudah untuk mengajar dan mengesan kelemahan sesaorang murid pada setiap mata pelajaran. Memandangkan tahap kecerdasan mereka adalah setara, menyebabkan saya meletakkan semua murid ini dalam program kajian yang saya jalankan. Mereka tidak dapat menzahirkan sesuatu perkara yang begitu mudah dan yang sepatutnya dikuasai pada tahap satu, malahan benda-benda yang berada di sekeliling mereka seperti nama-nama benda di dalam bilik darjah dan yang sering digunakan dan dilihatpun tidak boleh disebut. Sikap pasif dan malu meningkatkan kelemahan yang sedia ada. ‘Berat mulut’ dan ‘rendah diri’ mendorong saya mengukir satu program yang mencakupi tenaga dari rumah dan warga sekolah. Latar belakang keluarga yang pelbagai dan penempatan yang kebanyakannya tinggal di taman-taman perumahan dan di kampung-kampung berdekatan, mempengaruhi kehidupan murid-murid ini bersama persekitaran yang ada. Tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan perindustrian menyebabkan ibu bapa sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan bekerja syif, menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan anak-anak sendirian atau mengharapkan jiran. Ini adalah di antara faktor menyebabkan ketiadaan minat untuk belajar dan penekanan untuk lulus peperiksaan terlepas pandang oleh keluarga. Aktiviti Papa Mama yang dijalankan cuba mendekatkan ibu bapa supaya sedar dan lebih perihatin dan peluang ini diambil ketika setiap perjumpaan waris di
  • 2. majlis motivasi ataupun menanda tangani kad profil murid. Pendekatan begini telah berjaya mengubah sikap ibu bapa secara langsung. Aktiviti HuWatWe memudahkan murid mengaitkan antara keperluan kata nama dan kata kerja yang sering digunakan seharian dan sering berkait-rapat dengat perbualan berdasarkan stimuli atau gambar yang diberi. Suratku Berjanji sangat berkesan kepada murid apabila surat-surat dihantar kepada ibu bapa dan guru-guru terpilih sebagai papa dan mama angkat di sekolah. Projek ini meninggalkan hasil yang berkesan sehingga menjelangnya hari peperiksaan. Peningkatan graf Headcount dalam ujian dan peperiksaan Pertengahan Tahun amat memberangsangkan dan keputusan UPSR diharap dapat melakar sejarah peningkatan Bahasa Inggeris yang ketara. Sekiranya keputusan di pihak positif, program ini akan dieruskan dan diperaik lagi.
  • 3. 1. Refleksi Pengajaran & Pembelajaran Lalu Bahasa Inggeris sememangnya satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh murid dan persepsi ini telah ditanam dalam pemikiran murid terutama kepada mereka yang berada di kelas yang selalu gagal . Perasaan rendah diri, malu , dan mengganggap bahawa diri tidak dihargai juga merupakan antara faktor murid-murid tidak berminat untuk berusaha seperti rakan-rakan di kelas hadapan dan cemerlang. Murid-murid dari Tahun 5 ini telah di streaming ke Tahun 6 dan mereka secara kebetulannya masih ditempatkan di kelas yang sama dengan rakan-rakan yang sama pada tahun lalu. Didapati bahawa tahap pencapaian bagi semua mata pelajaran terutama mata pelajaran teras UPSR adalah sama . Maka suasana mereka untuk menghadapi P&P tidak banyak berubah dari segi rakan-rakan, dan guru-guru mata pelajaran kecuali berpindah ke bilik darjah yang lainsahaja. Berpakaian serba baru pada awal tahun tidak menjanjikan semangat baru kepada mereka. Tinjauan saya dari masalah di atas menjadikan saya terpanggil utnuk mendekatkan diri kepada mereka untuk menarik minat belajar dengan memperkenalkan program yang memudahkan sesuatu yang dianggap selama ini ‘payah’ dan ‘memang tidak boleh’. Program PaMa dimulakan dengan mengedarkan Kad Program kepada ibu bapa dalam perjumpaan waris kali pertama pada 1 Januari 2009. Saya telah berpesan kepada murid-murid pada kelas tambahan bulan Disember supaya meminta ibu bapa hadir dalam perjumpaan untuk mendapatkan kad tersebut. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan membawa pulang kad tersebut telah member gambaran kepada saya bahawa satu perubahan sikap dan minda boleh dan telah berlaku. Aktiviti HuWatWe sebagai latih-tubi setiap permulaan kelas telah member kesan terbaik di mana murid-murid akan tertanya-tanya mengapa mereka tidak disoal dengan pelbagai soalan tatabahasa sekiranya saya menukar set induksi dengan cara yang lain. Mereka sentiasa bersedia dan aktif sama ada lisan maupun 1
  • 4. bertulis. Kesan yang paling ketara ialah menutup jawapan yang ditulis kerana terlalu yakin dengan jawapan sendiri. Suratku Berjanji adalah yang aktiviti yang mengharukan dan merungkai banyak pemasalahan dan cerita. Pelbagai plot cerita yang menarik dan sedih sebelum dan selepas aktiviti ini. Emosi ibu bapa ketika berhadapan dengan warkah yang mencuit hati dan perasaan murid sebagai penulisnya mempuyai konflik masing- masing. Namun hasilnya sangat memberangsangkan dan telah meningkatkan kerjasama anak dengan keluarga. Kelas malam yang dianjurkan khas untuk kelas ini mendapat sambutan dari murid itu sendiri dan keluarga. Pertemuan dengan guru sebagai mentor juga merubah sikap tidak endah kepada tingkahlaku yang lebih baik semasa di sekolah. 2. Fokus Kajian/Isu Keprihatinan Murid-murid ini mempunyai latar belakang disiplin yang berbeza. Walaupun pasif dalam pelajaran,tetapi sebenarnya mereka adalah dari kalangan murid yang nakal dan mempunyai masalah disiplin semenjak Tahun 5 lagi. Keputusan keseluruhan UPSR sekolah pada 2008 disumbangkan oleh bilangan lulus dari sebahagian murid kelas 6 Tekun yang telah lulus Bahasa Inggeris . Oleh itu, saya mencuba sedaya upaya supaya murid 6 Tekun pada tahun ini juga berupaya menyumbangkan peratus untuk mengekalkan peratus sekolah atau dapat melonjakkan peratus UPSR ke tahap yang lebih cemerlang. Saya sentiasa mengingatkan bahawa mereka adalah warga terpenting di sekolah ,dan sumbangan mereka untuk peratus lulus amat diharapkan dan dihargai. Murid-murid kelas ini sangat percaya dan sentiasa berkata ‘boleh’. Saya sentiasa mengubah tempat duduk murid supaya mudah untuk fokus pencapaian mereka dalam kumpulan dari masa ke semasa kerana dalam satu tandan masih ada yang tidak sama. 2
  • 5. 3. Objektif Kajian Objektif Umum: Pada akhir program ini, murid-murid pemulihan Bahasa Inggeris inidapat meningkatkan prestasi markah dalam setiap ujian dan peperiksaan Bahasa Inggeris, seterusnya lulus dalam UPSR ,dan membantu peningkatan peratus sekolah dengan bantuan keluarga, guru-guru dan rakan-rakan sebaya. Objektif Khusus: • Murid dapat menamakan benda-benda yang terdapat di semua tempat yang biasa dilihat, kata kerja bagi setiap kata nama dan mengeja dengan betul. • Murid boleh membina ayat menggunakan tatabahasa yang betul, dan mengeja dengan tepat. • Murid berkemampuan membina ayat yang gramatis untuk menambah markah. 4. Kumpulan Sasaran Fokus kajian tertumpu kepada 40 orang murid terdiri daripada 18 orang murid perempuan dan 23 orang murid lelaki tahun 6 Tekun. 29 orang mendapat D dan 11 orang mendapat E dalam Peperiksaan Akhir tahun 2008.
  • 6. 3 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah i. Temubual dengan guru-guru Tahun 5 . - Suka mengganggu kawan dan sering bertengkar kerana ejekan yang kurang selesa didengar. - Sering keluar kelas ketika berlaku pertukaran guru ketika peralihan jadual waktu. - Kerap tidak membuat kerja sekolah walaupun dinasihati dan menghadapi pelbagai denda. ii. Soal selidik dari murid perempuan - Mereka malu untuk menjawab soalan kerana takut ditertawakan - Perasaan rendah diri apabila selalu berada di kelas terbelakang. - Berbincang dalam kumpulan tetapi sesama mereka juga tidak dapat menyelesaikan masalah. iii. Temu bual waris dalam Perjumpaan Waris Pertama. - Kerja yang tidak menentu atau kerja syif - Ayah yang bekerja jauh dan kurang kawalan - Waris tidak dapat membantu pengajaran dalam Bahasa Inggeris dan tidak memahami format baharu. - Tidak sempat kerana anak yang ramai. - Anak yang tidak mendengar kata. - Anak yang tidak mempunyai ayah atau ibu - Anak tinggal dengan datuk dan nenek
  • 7. 4 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2008 1. Murid yang lulus menjawab soalan objektif di Kertas Satu adalah 20% sahaja, dan diandaikan bahawa mereka telah meneka jawapan yang diberi. 2. Kertas 2 menunjukkan bahawa murid-murid lemah pada perbendaharaan kata dan tidak boleh menulis kata nama dan kata kerja yang merupakan asas menulis ayat. Apabila kedua-dua ini diketahui, pembinaan ayat yang tidak lengkap juga dapat membantu pemberian markah . 5.3 Melaksanakan Tindakan Aktiviti 1: PaMa ( Papa Mama Programme) Perjumpaan pertama kali bersama waris pada 1 Januari 2009 telah diadakan. Kad Papa Mama Programme yang mengandungi 150 perkataan kata kerja dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Malaysia diedarkan kepada semua waris. Taklimat rengkas diberikan tentang kaedah yang patutdijalankan ole waris , ibu bapa atau ahli keluarga yang bertindak sebagai Mentor. 1.1 Mentor akan memantau murid di rumah supaya membaca, memahami dan mengeja setiap perkataan. 1.2 Tandakan perkataan yang sudah boleh dibaca, dieja dan memahami maksudnya dalam bahasa ibunda. Mentor tidak semestinya fasih kerana perkataan-perkataan sering disebut dan didengar oleh murid.
  • 8. 1.3 Guru dapat mengesan sama ada berlaku atau tidak komunikasi di rumah jika murid itu tidak menunjukkan peningkatan bila diadakan aktiviti ejaan di kelas. 5 Pemerhatian i. Kertas difotostat untuk disimpan di rumah dan satu lagi sentiasa berada bersama murid di sekolah. Ibu bapa bekerjasama mengajar di rumah. ii. Kertas dilaminet dengan kemas. iii. 80 peratus murid boleh menulis 5 perkataan sehari dan mengeja dengan betul. iv. Boleh menyebut perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan Bahasa Malaysia yang disebut oleh guru. v. Murid boleh menterjemah ayat ke Bahasa Inggeris walaupun tidak begitu lancar. Refleksi Saya sangat teruja dengan perubahan murid-murid yang rajin membaca dan menggunakan masa terluang untuk menguji minda sesama rakan. Pertandingan pasangan yang banyak membaca perkataan turut membantu mereka untuk lebih berusaha. Namun begitu masih terdapat 20 peratus yang menghadapi kesukaran mengingat kerana tidak mendapat sokongan kerana kesibukan dan masalah keluarga. Kumpulan ini diberi tumpuan istimewa dengan banyak diberi solah lisan sepanjang P&P.
  • 9. 6 Aktiviti 2 : HUWatWe (who what where) 1. Murid melihat gambar dan nyatakan situasinya. 2. Bulatkan benda yang dilihat dan tuliskan perkataan kata nama di tepi bulatan tersebut. 3. Ulang aktiviti tersebut pada semua benda dalam gambar itu. 4. Setelah selesai membulatkan 5 bulatan pada gambar tersebut, nyatakan kata kerja bagi setiap kata nama itu. 5. Murid membina ayat menggunakan Present Continuous Tense bagi woman fishmonger pupils chairs buying Vegetables arranging desks selling fish markets stall Section A di Paper 2. 1. The woman is buying some fresh vegetables at the market. 2. The fishmonger is selling fish at his stall. 3. The pupils are arranging the chairs and desks in the classroom. 6. Sebenarnya perkataan kata kerja telah dikuasai pada program PaMa pada Aktiviti Satu. Murid-murid berlumba-lumba untuk menjawab soalan apabila ditanya kerana perkataan –perkataan tersebut kerap dilatih-tubi. Murid diminta menulis ayat sendiri mengikut format yang diberi. 7. Murid bertukar buku dan menyemak latihan rakan. Sekiranya ada kesalahan, mereka berbincang dan ini dapat memantapkan lagi tatabahasa mereka.
  • 10. 8. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid-murid diberi situasi secara lisan dan diberi beberapa perkataan kata nama, kebanyakan mereka boleh membina ayat dengan betul. 7 Contoh : di taman ……………………... at the park di pasar malam …………… at the night market di dalam perpustakaan…….. in the library di atas rak buku ……………..on the book shelf di belakang pokok …………. behind the tree Pemerhatian Saya berasa sungguh gembira apabila mendapat respon yang memberansangkan dalam pembinaan ayat. Semua murid saya bersungguh- sungguh untuk mengambil bahagian, manakala perasaan malu dan rendah diri telah berkurangan. Penggunaan prepositions susah untuk difahami tetapi selepas dilatih-tubi dengan banyak melihat gambar situasi dan bercerita, mereka akhirnya menagih supaya diberi soalan sehingga perlu kesabaran untuk mengawal kelas yang aktif. Refleksi Hasil dari program ini didapati markah bagi Section A telah meningkat dari O pada awal tahun dan kini boleh mendapat 5 markah di mana markah penuh ialah 10. Program ini juga turut membantu dalam menjawab Section B dan setrusnya berpeluang lulus kertas Bahasa Inggeris.
  • 11. 8 Aktiviti 3 : Suratku Berjanji 1. Setiap murid dibekalkan alatan berikut: - 3 keping setem 30 sen, 3 helai sampul surat, 3 helai kertas A4, gam 2. Murid menulis sepucuk surat kepada ibu, sepucuk surat lagi kepada bapanya dan sepucuk surat lagi kepada seorang guru yang dipilih oleh penyelidik. 3. Setelah selesai surat yang pertama ditulis, akan terus dimasukkan ke dalam sampul surat, digam dan ditampal setem. Akhirnya alamat penerima ditulis di sampul surat tersebut. Alamat rumah kemungkinannya akan sama dengan murid jika dia tinggal bersama dan alamat berlainan sekiranya tidak tinggal bersama. 4. Oleh kerana terdapat 40 orang guru di sesi pagi, maka setiap mereka mendapat seorang anak angkat. Guru-guru ini juga menerima sepucuk surat dari anak angkat yang beralamatkan sekolah. 5. Di antara kaandungan surat itu adalah: - Azam untuk menjawab soalan peperiksaan sehabis baik. - Memohon ampun maaf dari kedua ibu bapa atas segala kesalahan - Berjanji untuk menjadi seorang anak yang soleh dan solehah. - Mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan membela. - Mencurahkan perasaan yang terpendam yang tidak dapat diluahkan secara lisan. - Akan berusaha dan belajar serta memperbaiki diri mulai sekarang - Memohon doa dari ibubapa dan guru - Minta dihalalkan ilmu daripada guru - Mencurahkan masalah diri , rakan ,dan keluarga kepada guru 6.Surat ditulis berasingan dan disimpan segera ke dalam sampul surat supaya kandungan surat lain tidak mempengaruhi intisari surat yang lain kerana penerima adalah orang yang berlainan. 7. Murid akan disoal selidik bermula dari surat itu sampai di rumah dan detik kedua ibu bapa membacanya. Reaksi mereka perlu untuk kajian seterusnya.
  • 12. 8. Penglibatan guru setelah menemui anak angkat dapat memotivasikan murid memandangkan mereka adalah di antara murid yang kurang menyerlah dalam pelajaran. 9 Pemerhatian 1. Ketika surat ditulis , boleh dilihat pelbagai reaksi dari murid kerana pelbagai perasaan timbul seolah-olah mereka sedang berkata-kata dengan ibu bapa dalam bentuk tulisan. Setelah keadaan tenang, baharulah mereka lancer menulis segala yang terbuku di hati dengan ikhlas. Terdapat pula murid yang tidak pernah bertegur dan memberi salam kepada guru itu, tetapi tiba-tiba guru tersebut memanggil dan bertanya khabar. Pelbagai perasaan dan sangsi bermain di kepala dan ada yang ingin bertukar mentor kerana malu dan takut. Selepas hari itu, mereka terasa bahawa masih ada yang sayang. Refleksi Kedua ibu bapa memberi reaksi yang pelbagai. Di antaranya adalah: 1. Memanggil anak dan memberi perangsang dan menabur janji jika anak lulus semua mata pelajaran. 2. Ibu bapa bertanya kepada anak kerana berasa hairan kerana selama ini tidak tahu masalah yang dihadapi oleh anak sendiri. 3. Membawa anak keluar makan malam. 4. Menyediakan sarapan pagi kerana tidak pernah berbuat demikian. 5. Terdapat waris yang meletakkan sahaja surat rahsia itu di atas meja atau kabinet tanpa ada apa-apa tindakan. 6. Surat dibawa masuk ke dalam bilik oleh ibu bapa dan mereka berbincang. Surat tidak kelihatan lagi. 7. Minta adik mengintai apa yang ibu bapa lakukan kepada surat tersebut. 8. Ada yang takut-takut hendak balik rumah. 9. Terpaksa berkurung di dalam bilik, menunggu nama dipanggil. 10. Diminta berjanji dan berikrar dengan jujur di hadapan ibu bapa. 11. Surat ditujukan kepada datuk atau waris terdekat sekiranya salah seorang daripada ibu dan bapa sudah tiada.
  • 13. 12. Perjumpaan bersama guru yang merupakan mentor di sekolah merupakan satu sejarah dalam hidup mereka. Mereka berasa seperti diawasi oleh waris terdekat. 13. Sikap mereka mulai positif dan menjaga tingkahlaku. 10 5.4 Penilaian 1. Keputusan Ujian Pra, Ujian Pertengahan Tahun disimpan dan dijadikan graf. 2. Kerja tulis mereka diperiksa supaya tulisan kemas atau boleh dibaca. 3. Tidak ada yang mendapat markah E, tetapi masih ada yang mendapat D tetapi boleh diperbaiki lagi. 4.Murid mulai rajin menyiapkan kerja bertulis. 5.5 Refleksi Kajian Tindakan intervensi yang dijalankan telah berjaya mengatasi masalah fokus kajian iaitu telah membasmi E dalam ujian.Saya berasa gembira kerana 14 orang murid telah lulus ujian itu dan tiada murid yang mendapat E, manakala bakinya mendapat D iaitu mendapat sekitar 34 – 39 markah. Keberangkalian untuk penambahan lulus adalah tinggi. 6. Cadangan untuk kajian seterusnya Berdasarkan kejayaan kajian ini, fokus program ini adalah untuk mendapat markah bagi Section A untuk membina ayat dengan struktur yang betul telah berjaya. Ini turut membantu peningkatan markah Section B. Aspek permasalahan lain adalah merangkumi Past Tense bagi Section C. Tahap kemahiran murid kumpulan ini tidak boleh dicampur-adukkan sekarang kerana penggunaan Past Tenseakan menambahkan kekeliruan kerana mereka belum begitu mantap lagi. Sekadar membina ayat-ayat mudah.Bagaimanapun fokus kajian digolongka sebagai tercapai . Penyelidik bimbang untuk tidak memberi tekanan kepada kumpulan sasaran ini supaya ,yang dikendong tidak akan berciciran ketika hendak mengejar sesuatu yang jauh. Tindakan intervensi lain yang dicadangkan adalah satu program berbentuk membaca esei pendek, menterjemah cerita dan menulis cerita. Fokus kajian adalah untuk menambah
  • 14. perbendaharaan kata dan menambah keyakinan terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah menengah. 7. Rujukan Lee Soon Guan et al. (2006) Matra keluaran kedua, Jabatan Pendidikan Kedah 11 Lampiran 1: PaMa Programme Eating Makan flying Terbang Showing menunjuk Drinking Minum Plucking Memetik Building Membina Bathing Mandi Throwing Baling,buang Feeding Beri makan Sleeping Tidur Laying Bertelur,hidang Folding Melipat Cooking Memasak Swimming Berenang Watering Menyiram Washing Membasuh Helping Menolong Going Pergi Cleaning Mencuci Buying Membeli Cycling Menunggang Cutting memotong Selling Menjual Camping Berkhemah Frying Menggoreng Bargaining menawar Fishing Memancing Mopping Mop Chopping takik,potong Boiling Masak,rebus Slicing Mengiris Pushing Menolak Pitching Pacak khemah Putting Meletakkan Pulling tarik grazing Makan rumput Arranging Menyusun Shooting Menembak milking Perah susu Wiping Mengelap Collecting Kumpul,kutip Jumping Melompat Carrying Mengangkat Asking Bertanya standing Berdiri Holding Memegang Answering Menjawab Crying Menangis Chasing Mengejar Giving Member stealing Mencuri Catching Menangkap Sending Menghantar Snatching meragut Shouting Menjerit Wearing Memakai waiting Menunggu Running Berlari Choosing Memilih queuing Beratur Calling Memanggil Driving Memandu climbing Memanjat Smilling Senyum Serving Hiding,layan Decorating Menghias Cheering Bersorak Preparing Menyediakan Blowing Meniup Clapping Tepuk tangan Baking Bakar kuih,roti Celebrating Menyambut Sitting Duduk Drying Mengering Opening Membuka Walking Berjalan Hanging menggantung closing menutup Writing Menulis Taking Menulis suggesting Mencadang
  • 15. Working Bekerja Looking Lihat, tengok rowing Mendayung Drawing melukis Jogging Jogging laughing Ketawa Killing membunuh Falling Jatuh talking Bercakap greeting Ucap selamat whispering berbisik reading Membaca borrowing meminjam paying membayar ordering Tempah having mengadakan apologizing Mohon maaf thank Ucap terima kasih 12 Lampiran 2: Buku Latihan
  • 16. 13
  • 17. Lampiran 3: Suratku Berjanji gam Setem Sampul 30 sen surat 14 Lampiran 4: Keputusan Ujian Pertengahan Tahun Kelas 6 Tekun 2009
  • 18. 1. Ujian Pra : 25 % 2. Ujian Semester 1 : 30.6% 3. Ujian Pertengahan Tahun ; 35 % 15