SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
Tajuk: Program Transformasi Ekonomi(PTE)
dilancarkan bagi merancakkan bagi
   pembangunan ekonomi negara.Huraikan
teras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara
(NKEA) yang menyumbang kepada
   pertumbuhan ekonomi negara.
Apakah itu Program
    Transformasi Ekonomi(PTE)?
Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara
daripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasar
ekonomi negara perlu diubah.

Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunya
berada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan,
ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidak
dilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat, tempoh
masa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir.
Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan
Model Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadi
pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antara
inisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program Transformasi
Ekonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
• Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan
  memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa
  transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan
  memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat.

  Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati
  kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah
  majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan
  gaji sederhana dan tinggi.
  Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat
  menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan
  berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai
  pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
  Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh
  bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi
  akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
  Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan
  peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih
  kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli
  yang lebih tinggi.
Manfaatnya
• Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan
  menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang
  banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan
  yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi.
  Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan
  rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih
  baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta
  mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan
  berkualiti tinggi.
  Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh
  bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar
  generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti.
  Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan
  menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran
  yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan
  kuasa membeli yang lebih tinggi.
BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA
           (NKEA)
•
    Pengenalan
    NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang
    berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting
    kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang
    boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK)
    dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat
    terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga
    berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor
    swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak
    sebagai pemudah cara dan fasilitator.
    Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah
    NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting
    dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang
    pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
    serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas
    mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan
    getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4
    peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
Bidang Ekonomi Utama Negara
           (NKEA)
•     Terdapat 12 bidang
1.    Minyak Gas &Tenaga
2.    Minyak Sawit
3.    Perkhidmatan Kewangan
4.    Pemborong&Peruncitan
5.    Pelancongan
6.    Perkhidmatan &Perniagaan
7.    Elektrikal &Elektronik
8.    Kandungan Komunikasi &Infrastruktur
9.    Penjagaan Kesihatan
10.   Pendidikan
11.   Pertanian
12.   Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
NKEA Pertanian
•


    NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang
    mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur,
    pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah-
    buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini
    akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai
    tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti
    padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka
    sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara.
    Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan
    kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah
    RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu,
    74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai
    dalam tempoh tersebut.
    Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP)
    dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk
    memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh
    permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri
    pertanian bersepadu.
• 16 EPP tersebut adalah :
  EPP 1    :   Produk herba bernilai tinggi
• EPP 2    :   Pengeluaran sarang burung walit
• EPP 3    :   Mini estet untuk rumpai laut
• EPP 4    :   Penternakan ikan dalam sangkar
  EPP 5    :   Integrasi lembu di ladang kelapa sawit
  EPP 6    :   Replikasi i-ZAQ
  EPP 7    :   Pasaran premium buah dan sayur segar
  EPP 8    :   Taman pengeluaran makanan
  EPP 9    :   Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran
  EPP 10   :   Penanaman padi di MADA
  EPP 11   :   Penanaman padi di kawasan jelapang
  EPP 12   :   Penambahan ladang fidlot
  EPP 13   :   Kluster tenusu
  EPP 14   :   Pembangunan industri benih
  EPP 15   :   Penyertaan syarikat multi-nasional
  EPP 16   :   Pengambilalihan syarikat luar negara/JV
EPP 1 : Produk Herba Bernilai
             Tinggi
• Fokus diberikan di dalam memperkasakan kualiti produk dan
  usaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport global
  dalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal.
  Maklumat Projek     :

• Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanik
  berasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah,
  Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak
• Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanaman
  bahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja,
  Chegar Perah & Durian Mentangau.
• Lima (5) R&D ‘Clusters of Excellence’ ditubuhkan untuk
  menyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universiti
  penyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman &
  Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk &
  Teknologi Pemprosesan
• Penubuhan Majlis Pembangunan Herba
EPP 2 : Pengeluaran Sarang
            Burung Walit
• Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang
  diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri,
  kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada
  pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan
  pengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tan
  dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk
  hiliran.
  Maklumat Projek    :

• Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina
  2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan
• Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good
  Animal Husbandry Practice (GAHP), dan Good Manufacturing
  Practice (GMP) untuk premis burung walit dan kilang
  pemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan
• Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan
  sarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan
  aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunan
  produk.
EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai
              Laut
• Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaan
  rumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala
  komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan
  infrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpai
  laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik
  tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun
  dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar.
  Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil
  carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan.
  Maklumat Projek :
• Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000
  MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster
• Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep mini
  estet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat .
• R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memproses
  rumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan)
  dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.
EPP 4 : Penternakan Ikan Dalam
                 Sangkar
•    Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui oleh
    syarikat penaung yang tertumpu kepada tiga spesies yang mempunyai
    nilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakan
    bersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentuk
    besi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilena
    berkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan
    disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaan
    projek.
    Maklumat Projek :

•   Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap,
    kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran pada
    tahun 2020.
•   Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untuk
    mengurangkan penggantungan kepada benih ikan import.
•   Pendekatan mekanisme syarikat ‘anchor’ akan digunakan untuk
    memastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasi
    dari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan.
•   Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telah
    dikenal pasti untuk pelaksanaan.
EPP 5 : Integrasi Lembu Di
          Ladang Kelapa Sawit
• Syarikat penternakan lembu akan mengadakan kontrak dengan
  pengurusan ladang kelapa sawit khususnya Syarikat Berkaitan
  Kerajaan, untuk menyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepada
  ragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagi memastikan
  keuntungan dan kemampanan. Kami menyasar untuk meningkatkan
  jumlah lembu di ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekor
  menjelang 2020.
  Maklumat Projek    :

• Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala
  besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu.
• Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu
  untuk memantau pelaksanaan projek.
• Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuh
  kepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari dengan
  program pemilik estet.
EPP 6 : Replikasi i-ZAQ
•   IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaian
    berskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat-
    syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyai
    infrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasan
    pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makanan
    ternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar.
    Maklumat Projek :
•   Penubuhan Taman Akuakultur bersaiz 1,000 ha untuk pengeluaran
    udang berkualiti tinggi untuk pasaran premium dan eksport.
•   Setiap IZAQ akan dioperasi oleh sebuah syarikat ‘anchor’. SMEs dan
    pengusaha kecil akan menyertai projek ini melalui skim ladang kontrak.
•   Model IZAQ terkini sedang dilaksanakan di Setiu oleh Blue Archipelago
    Sdn Bhd. Sasaran untuk mewujudkan 10 IZAQ hingga tahun 2020.
•   Konsep ini juga boleh digunapakai untuk jenis ikan yang lain cth.
    Lobster, siakap
EPP 7 : Pasaran Premium Buah
           Dan Sayur Segar
•   Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-
    sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan
    pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah
    dan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2,
    tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur-
    sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilan
    pertanian teras.
    Maklumat Projek     :

•   Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik,
    pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomato
    dan capsicum.
•   TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing dan
    betik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang,
    Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain.
•   Program ‘intercropping’ untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan oleh
    FELDA.
•   Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkan
    pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.
EPP 8 : Taman Pengeluaran
                Makanan
•   Kerajaan akan membuat penyusunan semula dan penskalaan ke atas
    industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkan
    empat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaran
    adalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013,
    dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akan
    bertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (seperti
    piawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula
    jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusan
    pembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekal
    bahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhir
    dalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semula
    ataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada.
    Maklumat Projek   :

•   Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskan
    pendekatan model syarikat ‘anchor’ untuk menyelaraskan SME dan
    pengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalam
    sistem yang diakreditasi.
EPP 9 : Pengeluaran Beras
      Wangi Di Luar Kawasan Saliran
•   Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80
    peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya
    mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa.
    Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan,
    memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat
    di kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras
    jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa,
    pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan
    identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan
    petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus
    lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka.
    Maklumat Projek :
•   Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untuk
    meningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi dan
    menembusi pasaran beras organik.
•   Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, Sime
    Darby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasan
    lain.
•   Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, Infoculture
    Sdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi ke Lanchang.
•   MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beras
    wangi.
EPP 10 : Penanaman Padi di
                MADA
• Kerajaan akan menggalakkan penanaman berskala komersial,
  memperbaiki kepadatan pengairan dan mempercepatkan
  penggunaan teknologi baharu dengan matlamat untuk
  mempertingkatkan hasil kepada 8 tan sehektar menjelang 2020.
  Maklumat Projek    :

• Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skim
  penggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiap
  ladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untuk
  menyerah tanah.
• Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan
  memperkenalkan varieti benih baru, teknologi
  pengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskala
  besar.
• Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkan
  kepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkan
  hasil.
• MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPV
  bagi pelaksanaan inisiatif di MADA.
EPP 11 : Penanaman Padi Di
           Kawasan Jelapang
• Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya
  peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi
  pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu,
  akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang
  Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang
  dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu
  (IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi
  menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah.
  Maklumat Projek :
• Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA.
• Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota
  Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi dan
  memasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. dan
  program mitigasi banjir
• Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dan
  kerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluan
  ke hiliran.
• Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagi
  peningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.
EPP 12 : Penambahan Ladang
                 Fidlot
• Pengembangan kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor di Malaysia
  melalui peningkatan dalam bilangan fidlot berskala kecil dan
  pembangunan sebuah syarikat penaung untuk mengukuhkan
  hubungan antara ladang dan pengguna. Haiwan akan dibawa masuk
  ke negara ini dalam saiz yang optimum untuk memastikan
  kebanyakan nilainya dicakupi di Malaysia berbanding hanya
  bertindak sebagai hab untuk haiwan yang sudah digemukkan.
  Maklumat Projek :
• Penubuhan 300 ladang satelit di bawah naungan syarikat ‘anchor’
  untuk operasi ladang fidlot. Syarikat ‘anchor’ yang telah dikenalpasti
  adalah National Feedlot Corporations.
• Syarikat ‘anchor’ akan menguruskan operasi seluruh rantai nilai
  dengan memberi tumpuan kepada pemprosesan hiliran bersepadu.
• Operasi hiliran akan dimajukan dengan melaksanakan sistem
  pensijilan untuk rumah sembelih, penghantaran daging melalui
  rantaian sejuk, promosi pembezaan daging lembu dan daging kerbau
  serta formulasi produk berasaskan daging.
• Makanan ternakan dan pembiakan secara permanian beradas
  (artificial insemination)
EPP 13 : Kluster Tenusu
• Pembangunan tiga kelompok ladang tenusu dengan 27,000
  ribu ekor lembu tenusu dan kemudahan pemprosesan hiliran,
  untuk meningkatkan kecukupan susu Malaysia daripada 2
  peratus kepada 5 peratus menjelang 2020. Memperkenalkan
  kembali program susu sekolah untuk memperbaiki tanggapan
  pengguna terhadap industri tenusu tempatan sambil
  memastikan ada pembeli yang mantap.
  Maklumat Projek     :

• Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat ‘anchor’
  untuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan
  operasi dari pengeluaran ke pemasaran.
• Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk
  memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga.
• Syarikat ‘anchor’ yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady Milk
  Industries, Evergreen Livestock, and Fonterra.
EPP 14 : Pembangunan Industri
                Benih
•   Pada masa ini, tiada pusat penyelidikan pembenihan atau ternakan yang
    mantap untuk tanaman dan ternakan tropika. Oleh yang demikian,
    terdapat potensi untuk Malaysia menjadi negara pertama untuk
    menubuhkan pusat pembiakan serantau, yang dapat memanfaatkan
    pertumbuhan yang dijangka dalam sektor pertanian di Indonesia,
    Thailand dan Vietnam. Kerajaan akan menubuhkan Pusat untuk
    Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) bagi menerajui
    penyelidikan biji benih dan stok pembiak baka. Dengan kerjasama
    sebuah pusat penyelidikan terkemuka dari Kanada, CMDV akan dibentuk
    dan dibina untuk menyokong penyaringan bertruput tinggi untuk bahan
    genetik bagi mencari penanda molekular yang mempunyai ciri-ciri yang
    dikehendaki. Ini membolehkan penghasilan bahan penanaman atau stok
    pembiak baka yang diperakui mengandungi ciri-ciri yang diingini, lantas
    membolehkan Malaysia menjual produk ini untuk meningkatkan dan
    memperoleh nilai yang lebih tinggi.
    Maklumat Projek :
•   Pengenalan teknologi ‘Marker-Assisted Selection’ untuk menghasilkan
    baka yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan cth. hasil tinggi, tahan
    penyakit
•   Penubuhan Majlis Benih Negara (Jawatankuasa Benih Negara sebagai
    struktur interim) untuk memantau pembangunan industri benih di
    Malaysia untuk mengurangkan penggantungan kepada baka import.
EPP 15 : Penyertaan Syarikat
          Multi-Nasional
• Kerajaan berusaha menarik pelabur yang berpotensi dalam
  bioteknologi pertanian, memanfaatkan insentif bio-neksus sedia
  ada dan memfokuskan pada bidang seperti nutrisi tanaman
  dan/atau penggalak bio-hasil, bio-racun perosak dan perisa
  serta pewangi. Pelaburan boleh dijalankan sama ada melalui
  penggabungan dan pemerolehan, usaha sama atau
  menubuhkan syarikat yang baharu
  Maklumat Projek     :

• Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian ke
  Malaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yang akan
  menyumbang kepada industri dan membangunkan sumber
  manusia yang berkemahiran tinggi
• Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakan
  pakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke
  dalam negara
EPP 16 : Pengambilalihan
     Syarikat Luar Negara/JV
• Memperoleh empat operasi lembu luar negara bagi memastikan
  bekalan tetap untuk pembiak lembu, haiwan tenusu dan lembu
  untuk fidlot tempatan. Pelaburan juga akan menjana
  keuntungan untuk Malaysia, memandangkan ladang luar
  negara boleh mengeksport ke pasaran global.
  Maklumat Projek    :

• Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutan
  untuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun
  akan datang.
• Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor
  pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luar
  negara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara
• Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak,
  Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC
NKEA Pemborongan dan
               peruncitan
•   13 EPP tersebut ialah:
•   EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
•   EPP 2 : Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR)
•   EPP 3 : Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM)
•   EPP 4 : Makan Bazaar
•   EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar
•   EPP 6 : Gedung 1Malaysia
•   EPP 7 : Gedung Maya
•   EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing
•   EPP 9 : Resort Sejahtera
•   EPP 10 : Bebas Cukai Malaysia
•   EPP 11 : Jualan Bersepadu 1Malaysia
•   EPP 12 : Big Box Boulevards (BBB)
•   EPP 13 : Hub Runcit KLIA
NKEA PENDIDIKAN
•    Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualiti
     dan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat
     pendidikan tinggi antarabangsa.
•    Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm
     menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri
     pendidikan tinggi.
•    Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai
     pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan.
•    Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima
     peralihan penting,khususnya:
a)   Struktur industri
b)   Pengantarabangsaan pelajar
c)   Kaedah baru dlm cara bekerja
d)   Transformasi pengawalaseliaan
e)   Peralihan pembiayaan
13EPP terbahagi kpd tiga tema
 Tema 1:Inisiatif penskalaan ke atas dengan
  cepat
-tujuan : untuk membangunkan rangkaian sekolah swasta
  berkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektor
  swasta dlm pasaran yg tidak bersepadu dan belum
  matang.
 Tema 2:Inisiatif penumpuan dan
  pengkhususan
 Tema 3:Inisiatif menjana permintaan
  tujuan : meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk
  membayar bagi kursus berkualiti tinggi yg ditawarkan dan
  untuk mengeksport pendidikan dgn membangunkan
  Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau.
• Tema 1:
EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal
  kanak- kanak dan pusat pendidikan awal
EPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan
  latihan pendidikan
EPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsa
EPP4 : Mengembangkan latihan guru swasta
EPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan
  kemahiran swasta
EPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh
  antarabangsa
• Tema 2 :
EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan
  kewangan dan perniagaan Islam
EPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan
  sains kesihatan
EPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan
  lanjutan, sains dan inovasi
EPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti
  dan pelancongan
EPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar
• Tema 3 :
EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai
  sebuah pusat pendidikan antarabangsa
EPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta
  dlm pendidikan asas
NKEA Pelancongan
•  Definisi:
 ~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan
   pelancongan perniagaan dan ia merangkumi subsektor
   yg berikut:
1. Penginapan
2. Membeli-belah
3. Produk pelancongan
4. Makanan dan minuman
5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik
• 12 EPP terbahagi kpd lima tema:
 Tema 1: Barangan mewah mampu milik

 Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi

 Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga

 Tema4 : Acara,Hiburan,Spa dan Sukan

 Tema5 : Pelancongan Perniagaan
• Tema 1:
EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli
   belah bebas cukai bagi barangan pelancongan
EPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City
   Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli
   belah yg meriah
EPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharu
di Malaysia

Tema 2 :
EPP4 : Memartabatkan m’sia sebagai hab biodiversiti
  global
• Tema3:
EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi
  di Sabah
EPP6 : Mewujudkan Straits Riviera

• Tema4 :
EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa
EPP8 : Mewujudkan zon hiburan khas
EPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan
  mengawal selia industri spa dgn lebih baik
        (b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di m’sia
  tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara
• Tema5 :
EPP10 : Memartabatkan m’sia sebagai destinasi
  Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas
    tema
EPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran
  jarak sederhana yg penting
EPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel
• 21 projek baru di bawah tujuh Bidang
  Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang
  dijangka mampu melonjakkan
  Pendapatan Negara Kasar (GNI)
  sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.
• NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan
  pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58
  juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang
  pekerjaan bagi menambah baik jaringan
  keselamatan makanan negara.

• NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula
  menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion
  dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan
  10,909 peluang pekerjaan dalam bidang
  pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan
  reka cipta, pusat maklumat serta pusat
  perkhidmatan global.
• NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula
  melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8
  juta yang menyumbang kepada RM1.1
  bilion nilai GNI dan mencipta 16,363
  peluang pekerjaan.
• NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan
  pelaburan RM107.14 juta dengan
  RM238.06 juta GNI dan menyediakan
  3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh
  lapan tahun akan datang.
• NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri,
  ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta
  dan menyumbang RM146.39 juta dalam
  GNI serta mewujudkan 660 peluang
  pekerjaan dalam tempoh itu.

• NKEA Elektrikal dan Elektronik pula
  menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan
  1,000 peluang pekerjaan dengan 400
  daripadanya merupakan pekerjaan
  berkemahiran tinggi.
• NKEA Greater KL pula melibatkan
  pelaburan RM12.5 bilion termasuk
  pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang
  dengan RM1.34 bilion GNI dan
  menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.
NKEA MINYAK SAWIT
• PENGENALAN Bidang Ekonomi Utama Negara
  Minyak Sawit atau lebih dikenali sebagai ‘NKEA
  sawit’ adalah strategi jangka panjang kerajaan
  untuk memancu ekonomi Malaysia ke arah
  negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

• Industri Minyak Sawit adalah komoditi keluaran
  tempatan telah dikenal pasti dan diyakini
  sebagai satu bidang ekonomi utama Negara
  (NKEA) yang perlu ditransformasikan
  merangkumi keseluruhan rantaian nilai dari
  aktiviti perladangan sehingga kepada produk
  siap.
• lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5)
  di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkat
  hiliran.

• EPP mensasar peningkatan sumbangan industri
  sawit kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion
  daripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178
  bilion menjelang 2020.

• EPP telah disasar menjana RM47.1 bilion
  Pendapatan Negara kasar. Ini membabitkan
  pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) di
  peringkat huluan yang akan menjana PNK
  RM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliran
  yang menjana PNK RM14 bilion.
•    EPP yang berorientasikan penyelesaian masalah
     semasa mampu:

a)   Meningkatkan pendapatan pekebun kecil
     persendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ;

b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan
   dengan penggunaan mekanisasi ladang
   seterusnya mengurangkan 15-20 peratus
   penggantungan kepada buruh asing; dan

c)   Menguasai permintaan minyak sawit global yang
     semakin meningkat.
• Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamat
  peningkatan produktiviti dan kemampanan sektor
  huluan industri sawit seperti :


  EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semula
  kelapa   sawit
  EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit
  (BTS)
  EPP 3 - Mempertingkatkan produktiviti pekerja
  EPP 4 - Meningkatkan kadar perahan minyak sawit
  EPP 5 - Membangunkan bio-gas dikilang kelapa
  sawit.
• Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal
  dengan bermatlamatkan perkembangan dan
  kemampanan sektor hiliran sawit seperti :

  EPP 6 - Membangunkan derivative oleo

  EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi
  kedua

  EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor
  hiliran berasaskan makanan.
• Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi
  Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK
  sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan
  menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluang
  perniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan
  penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak
  RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam
  PNK, pelaksanaan projek permulaan akan
  mewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.
TAMAT

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negaramunnianwar
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3nasywah79
 
Dasar automotif nasional(nap)
Dasar automotif nasional(nap)Dasar automotif nasional(nap)
Dasar automotif nasional(nap)Nasywah Nasir
 
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi EkonomiPengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi EkonomiFallOutBoy14_
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASInasywah79
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalmunnianwar
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLim Willy
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baikazam_hazel
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrianFungalo
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaramunnianwar
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikJANGAN TENGOK
 
Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negaraamirulhafiq
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 

La actualidad más candente (20)

Dasar pertanian negara
Dasar pertanian negaraDasar pertanian negara
Dasar pertanian negara
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 3
 
Dasar awam
Dasar awamDasar awam
Dasar awam
 
Dasar automotif nasional(nap)
Dasar automotif nasional(nap)Dasar automotif nasional(nap)
Dasar automotif nasional(nap)
 
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi EkonomiPengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
Pengajian Am Penggal 2: Program Transformasi Ekonomi
 
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASISTPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
STPM BAHAGIAN B SEMESTER 2 ALIH BENTUK KOMUNIKASI
 
Dasar perindustrian negara
Dasar perindustrian negaraDasar perindustrian negara
Dasar perindustrian negara
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Rmk 11
Rmk 11Rmk 11
Rmk 11
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus BaikCabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
Cabaran-cabaran Dalam Tadbir Urus Baik
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrian
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baikSoalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
Soalan esei pengajian am penggal 1 tabdir urus yang baik
 
Belajawan negara
Belajawan negaraBelajawan negara
Belajawan negara
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 

Similar a program transformasi ekonomi

Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Fort Manhaj (Edwansyah Gumayenda)
 
RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition farhana zailan
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatJapenTV
 
Semester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationSemester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationNur Aisyah Khor
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Yfook Ng
 
Pembentangan bajet 2013 malaysia
Pembentangan bajet 2013 malaysiaPembentangan bajet 2013 malaysia
Pembentangan bajet 2013 malaysiazamzuRi Ya'akOb
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota Zhang Ewe
 
K trasformasi pn johor 070711
K trasformasi pn johor 070711K trasformasi pn johor 070711
K trasformasi pn johor 070711Ica Ashida
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxMuhamadFaredZulkafli
 
Touch point belanjawan 2012 7 okt
Touch point belanjawan 2012 7 oktTouch point belanjawan 2012 7 okt
Touch point belanjawan 2012 7 oktAim Sama
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)Mera Myra
 

Similar a program transformasi ekonomi (20)

Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
Apakahituprogramtransformasiekonomipte2 121116195116-phpapp01
 
Rp ikankeli
Rp ikankeliRp ikankeli
Rp ikankeli
 
Pte
PtePte
Pte
 
RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition RMK ke 10 Student Edition
RMK ke 10 Student Edition
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan RakyatBajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
Bajet 2016 | Mensejahterakan Kehidupan Rakyat
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Pulau Pinang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Pulau PinangLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Pulau Pinang
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Pulau Pinang
 
Semester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology CorporationSemester 5 - Biotechnology Corporation
Semester 5 - Biotechnology Corporation
 
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...Tajuk:  CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
Tajuk: CARA FIRMA & PENGUSAHA TEMPATAN MENGATASI CABARAN GLOBALISASI YG KOMP...
 
Pembentangan bajet 2013 malaysia
Pembentangan bajet 2013 malaysiaPembentangan bajet 2013 malaysia
Pembentangan bajet 2013 malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota
Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 Nota
 
K trasformasi pn johor 070711
K trasformasi pn johor 070711K trasformasi pn johor 070711
K trasformasi pn johor 070711
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
 
EKS
EKSEKS
EKS
 
Touch point belanjawan 2012 7 okt
Touch point belanjawan 2012 7 oktTouch point belanjawan 2012 7 okt
Touch point belanjawan 2012 7 okt
 
Mecd slide
Mecd slideMecd slide
Mecd slide
 
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas LaluDasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
Dasar Pembangunan Negara Malaysia Sepintas Lalu
 
Notagbp8233
Notagbp8233Notagbp8233
Notagbp8233
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)
pelan induk perindustrian ketiga(dasar ekonomi)
 

Más de Yfook Ng

Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakYfook Ng
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Yfook Ng
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siberYfook Ng
 

Más de Yfook Ng (7)

Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
Kemasukan pendatang tanpa izin(PATI)
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siber
 
Jenayah
Jenayah Jenayah
Jenayah
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
E-dagang
E-dagang E-dagang
E-dagang
 

program transformasi ekonomi

  • 1. Tajuk: Program Transformasi Ekonomi(PTE) dilancarkan bagi merancakkan bagi pembangunan ekonomi negara.Huraikan teras-teras Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  • 2. Apakah itu Program Transformasi Ekonomi(PTE)? Untuk melonjakkan ekonomi negara dan mengeluarkan negara daripada kepompong negara berpendapatan sederhana, dasar ekonomi negara perlu diubah. Perubahan ini cukup penting. Ketika banyak negara yang dulunya berada sebaris dengan Malaysia sudah jauh melangkah ke hadapan, ekonomi negara masih kekal di tahap lama. Jika sesuatu tidak dilakukan, kesannya amat besar kepada negara dan rakyat, tempoh masa untuk kita mencapai matlamat Wawasan 2020 semakin hampir. Antara inisiatif yang diambil oleh kerajaan adalah memperkenalkan Model Ekonomi Baru (MBE) di mana ia diyakini mampu menjadi pemangkin dalam membentuk hala tuju ekonomi negara. Antara inisiatif yang dirangka dalam MEB termasuklah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).
  • 3. • Walaupun banyak pihak masih ragu-ragu dengan usaha kerajaan memperkenalkan MEB dan ETP, rakyat perlu faham bahawa transformasi ekonomi adalah perlu dan tidak boleh dielakkan memandangkan kos hidup dan perniagaan sedang meningkat. Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
  • 4. Manfaatnya • Pertumbuhan ekonomi yang baik bermakna rakyat akan menikmati kualiti hidup yang lebih baik, peluang kerja yang banyak malah majoriti daripada kita akan beroleh pekerjaan yang menawarkan gaji sederhana dan tinggi. Kedudukan ekonomi yang kukuh juga akan membolehkan rakyat menikmati kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik dan berkualiti, memperoleh pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Selain itu, ETP juga bakal menyediakan tapak asas yang kukuh bagi negara untuk menikmati pembangunan mampan agar generasi akan datang menikmati kehidupan lebih berkualiti. Sementara untuk dunia perniagaan pula, ETP akan menyediakan peluang-peluang yang lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif serta pasaran pengguna tempatan dengan kuasa membeli yang lebih tinggi.
  • 5. BIDANG EKONOMI UTAMA NEGARA (NKEA) • Pengenalan NKEA ditakrifkan sebagai pemacu kegiatan ekonomi yang berpotensi memberi sumbangan secara langsung yang penting kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, dengan nilai yang boleh diukur melalui indikator pendapatan negara kasar (PNK) dan peluang pekerjaan yang diwujudkan serta menarik bakat terbaik. Pendekatan pembangunan ekonomi NKEA juga berbeza di mana pertumbuhan ekonomi akan diterajui sektor swasta dan disokong oleh pihak Kerajaan yang bertindak sebagai pemudah cara dan fasilitator. Dua belas NKEA menjadi teras ETP, dan salah satunya adalah NKEA Pertanian. Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Malaysia – mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar serta menjamin keselamatan makanan negara. Selepas mengecualikan tanaman perindustrian seperti minyak sawit dan getah, sektor pertanian menyumbang RM20 bilion atau 4 peratus daripada PNK Malaysia pada 2009.
  • 6. Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) • Terdapat 12 bidang 1. Minyak Gas &Tenaga 2. Minyak Sawit 3. Perkhidmatan Kewangan 4. Pemborong&Peruncitan 5. Pelancongan 6. Perkhidmatan &Perniagaan 7. Elektrikal &Elektronik 8. Kandungan Komunikasi &Infrastruktur 9. Penjagaan Kesihatan 10. Pendidikan 11. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur / Klang Valley
  • 7. NKEA Pertanian • NKEA Pertanian memberi tumpuan kepada sub-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi, iaitu akuakultur, pertanian rumpai laut, sarang burung walit, produk herba, buah- buahan dan sayur-sayuran serta makanan diproses premium. Ini akan membolehkan Malaysia menembusi pasaran global bernilai tinggi yang sedang membangun dengan pesat. Subsektor seperti padi dan ternakan haiwan turut dipilih kerana kepentingan mereka sebagai sumber utama keterjaminan makanan negara. Matlamat NKEA Pertanian adalah untuk memberi sumbangan kepada peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) berjumlah RM21.44 billion menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, 74,000 tambahan peluang pekerjaan juga diharap dapat dicapai dalam tempoh tersebut. Untuk mencapai objektif, sebanyak 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 peluang perniagaan telah dikenal pasti untuk memangkinkan penubuhan perniagaan yang dipacu oleh permintaan pasaran, berskala industri dan mempunyai ciri-ciri pertanian bersepadu.
  • 8. • 16 EPP tersebut adalah : EPP 1 : Produk herba bernilai tinggi • EPP 2 : Pengeluaran sarang burung walit • EPP 3 : Mini estet untuk rumpai laut • EPP 4 : Penternakan ikan dalam sangkar EPP 5 : Integrasi lembu di ladang kelapa sawit EPP 6 : Replikasi i-ZAQ EPP 7 : Pasaran premium buah dan sayur segar EPP 8 : Taman pengeluaran makanan EPP 9 : Pengeluaran beras wangi di luar kawasan saliran EPP 10 : Penanaman padi di MADA EPP 11 : Penanaman padi di kawasan jelapang EPP 12 : Penambahan ladang fidlot EPP 13 : Kluster tenusu EPP 14 : Pembangunan industri benih EPP 15 : Penyertaan syarikat multi-nasional EPP 16 : Pengambilalihan syarikat luar negara/JV
  • 9. EPP 1 : Produk Herba Bernilai Tinggi • Fokus diberikan di dalam memperkasakan kualiti produk dan usaha pemasaran untuk menembusi pasaran eksport global dalam produk nutraseutikal dan perubatan botanikal. Maklumat Projek : • Pembangunan produk nutraseutikal dan ubat botanik berasaskan 5 herba dikenalpasti - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi, Dukung Anak • Penubuhan Taman Penanaman Herba untuk penanaman bahan mentah secara komersial oleh ECERDC di Pasir Raja, Chegar Perah & Durian Mentangau. • Lima (5) R&D ‘Clusters of Excellence’ ditubuhkan untuk menyelaraskan R&D bagi setiap institusi dan universiti penyelidikan dalam kluster: Penemuan, Penanaman & Agronomi, Toksikologi/Pre-clinical, Pembuatan Produk & Teknologi Pemprosesan • Penubuhan Majlis Pembangunan Herba
  • 10. EPP 2 : Pengeluaran Sarang Burung Walit • Untuk membina status Malaysia sebagai pembekal yang diiktiraf dan menyelesaikan cabaran besar dalam industri, kerajaan menyasarkan untuk menguasai 40 peratus daripada pasaran global menjelang tahun 2020 melalui penambahan pengeluaran daripada 290 metrik tan kepada 870 metrik tan dan peningkatan pemprosesan domestik dalam produk hiliran. Maklumat Projek : • Menambah pengeluaran produk huluan dengan membina 2,000 premis baru setiap tahun dan 6 Pusat Pengumpulan • Menambahbaik pemantauan dan pelaksanaan skim Good Animal Husbandry Practice (GAHP), dan Good Manufacturing Practice (GMP) untuk premis burung walit dan kilang pemproses dengan memperkenalkan sistem pengesanan • Menambah pembuatan produk hiliran dan pembersihan sarang burung walit di dalam negara dengan menjalankan aktiviti penyelidikan untuk pemprosesan dan pembangunan produk.
  • 11. EPP 3 : Mini Estet Untuk Rumpai Laut • Kerajaan menyasar untuk mentransformasikan perusahaan rumpai laut kepada industri yang berhasil tinggi dan berskala komersial dengan memanfaatkan pencapaian dari segi R&D dan infrastruktur hiliran yang kukuh. Inisiatif ladang mini untuk rumpai laut bertujuan untuk mempertingkatkan hasil daripada 1.5 metrik tan kepada 5 metrik tan rumpai laut kering sehektar setiap tahun dengan keluasan kawasan pertanian sebanyak 28,000 hektar. Enam jenis rumpai laut akan diusahakan berdasarkan hasil carrageenan mereka dan kadar pertumbuhan. Maklumat Projek : • Menambah hasil dan jumlah pengeluaran rumpai laut ke 150,000 MT pada tahun 2020 dengan penubuhan ladang kluster • Penggunaaan kaedah pengeluaran baik secara konsep mini estet berasaskan teknologi dan penanaman intensif di darat . • R&D&C hiliran untuk menguatkan kemampuan memproses rumpai laut kering kepada produk bernilai tinggi (carrageenan) dan juga menyelidik kegunaan lain untuk rumpai laut.
  • 12. EPP 4 : Penternakan Ikan Dalam Sangkar • Menggalakkan penternakan sangkar berskala besar dan diterajui oleh syarikat penaung yang tertumpu kepada tiga spesies yang mempunyai nilai eksport tinggi, iaitu kerapu, siakap dan tilapia. Penternakan bersepadu akan menggunakan teknologi sangkar terkini dalam bentuk besi yang disadur dan sangkar diperbuat daripada bahan polietilena berkepadatan tinggi. Rebet pembangunan untuk infrastruktur asas akan disediakan untuk syarikat besar bagi mempercepatkan pelaksanaan projek. Maklumat Projek : • Tumpuan untuk pengeluaran ikan bagi spesis bernilai tinggi (siakap, kerapu, tilapia) untuk menghasilkan 28% dari jumlah pengeluaran pada tahun 2020. • Inisiatif pemangkin huluan: penubuhan pusat benih ikan berkualiti untuk mengurangkan penggantungan kepada benih ikan import. • Pendekatan mekanisme syarikat ‘anchor’ akan digunakan untuk memastikan pengeluaran dijalankan dalam skala besar dan di integrasi dari peringkat pembenihan sehingga pemprosesan. • Lokasi ZIA (cth. Tasik Kenyir, Tasik Bakun, Tasik Temenggor) telah dikenal pasti untuk pelaksanaan.
  • 13. EPP 5 : Integrasi Lembu Di Ladang Kelapa Sawit • Syarikat penternakan lembu akan mengadakan kontrak dengan pengurusan ladang kelapa sawit khususnya Syarikat Berkaitan Kerajaan, untuk menyewa tanah mereka. Tumpuan adalah kepada ragutan rumput bergilir-gilir yang tersusun bagi memastikan keuntungan dan kemampanan. Kami menyasar untuk meningkatkan jumlah lembu di ladang kelapa sawit sebanyak 300,000 ekor menjelang 2020. Maklumat Projek : • Integrasi sebanyak 300,000 lembu di ladang kelapa sawit berskala besar, pada anggaran 3-4 hektar untuk satu lembu. • Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Program Integrasi Lembu untuk memantau pelaksanaan projek. • Penekanan kepada pemakanan rumput bergilir yang sistematik, patuh kepada GAHP, dan program pembiakan lembu yang selari dengan program pemilik estet.
  • 14. EPP 6 : Replikasi i-ZAQ • IZAQ merupakan model akuakultur yang berdasarkan konsep rangkaian berskala industri, zon akuakultur di darat yang disokong oleh syarikat- syarikat penaung yang kukuh. Setiap satu IZAQ mempunyai infrastruktur bersepadu yang terdiri dari tempat penetasan, kawasan pembesaran, kilang pemprosesan dan kilang memproses makanan ternakan yang terletak di atas kawasan seluas 1,000 hektar. Maklumat Projek : • Penubuhan Taman Akuakultur bersaiz 1,000 ha untuk pengeluaran udang berkualiti tinggi untuk pasaran premium dan eksport. • Setiap IZAQ akan dioperasi oleh sebuah syarikat ‘anchor’. SMEs dan pengusaha kecil akan menyertai projek ini melalui skim ladang kontrak. • Model IZAQ terkini sedang dilaksanakan di Setiu oleh Blue Archipelago Sdn Bhd. Sasaran untuk mewujudkan 10 IZAQ hingga tahun 2020. • Konsep ini juga boleh digunapakai untuk jenis ikan yang lain cth. Lobster, siakap
  • 15. EPP 7 : Pasaran Premium Buah Dan Sayur Segar • Kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur- sayuran yang berkualiti lebih tinggi dan lebih baik, yang mengikut standard keselamatan pemakanan, dengan itu membolehkan akses kepada pasaran premium di Timur Tengah dan Eropah. Pelbagai buah-buahan tropika premium seperti betik eksotika, nenas MD2, tembikai susu KR1, belimbing B10, nangka J32, pisang Cavendish dan tiga jenis sayur- sayuran tanah tinggi, iaitu tomato, kapsikum dan daun salad akan menjadi hasilan pertanian teras. Maklumat Projek : • Pengeluaran 5 jenis buah-buahan tropika bernilai tinggi: tembikai susu, belimbing, betik, pisang dan nenas; dan 3 jenis sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi: lettuce, tomato dan capsicum. • TKPM sedia ada akan digunapakai untuk pengeluaran tembikai susu, belimbing dan betik. TKPM dikenalpasti merangkumi Puncak Baring, Bukit Sapi, Sendayan, Lanchang, Inderapura, Kuala Lipis, dan lain-lain. • Program ‘intercropping’ untuk kelapa sawit dan pisang/nenas akan dilaksanakan oleh FELDA. • Program pemulihan, intensifikasi dan konsolidasi tanah untuk meningkatkan pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi di Cameron Highland dan Lojing I & II.
  • 16. EPP 8 : Taman Pengeluaran Makanan • Kerajaan akan membuat penyusunan semula dan penskalaan ke atas industri menerusi syarikat penaung domestik yang akan menubuhkan empat taman pemakanan bersepadu secara berperingkat. Sasaran adalah untuk menyiapkan kelompok pertama di penghujung tahun 2013, dua pada 2015 dan yang akhir pada 2018. Syarikat penaung akan bertanggungjawab untuk mendapatkan pensijilan produk (seperti piawaian halal, keselamatan pemakanan, makanan organik dan semula jadi), pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran dan pengurusan pembekal. Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan rangkaian pembekal bahan mentah, pembekal bahan-bahan dan pengilang produk akhir dalam taman pemakanan, sama ada menerusi penempatan semula ataupun pembangunan industri kesil dan sederhana (IKS) sedia ada. Maklumat Projek : • Pembangunan Taman Pengeluaran Makanan berintegrasi berasaskan pendekatan model syarikat ‘anchor’ untuk menyelaraskan SME dan pengusaha kecil dengan tujuan pengeluaran berskala besar dalam sistem yang diakreditasi.
  • 17. EPP 9 : Pengeluaran Beras Wangi Di Luar Kawasan Saliran • Sejenis beras baharu (MRQ76) telah ditemui oleh MARDI, yang mempunyai 80 peratus ciri-ciri serupa dengan beras wangi asing, dengan itu membolehkannya mengambil kesempatan pasaran beras mewah berbanding beras putih biasa. Tumpuan adalah kepada penanaman MRQ76 di kawasan tadah hujan, memanfaatkan ciri-ciri toleransi kemarau, yang akan membolehkan hasil meningkat di kawasan tadah hujan. Kawasan tertentu akan dikenal pasti untuk menanam beras jenis ini, untuk memastikan tidak ada kontaminasi oleh jenis beras putih biasa, pengilang tertentu akan dilantik untuk mengelak kontaminasi dan mengekalkan identiti jenama produk di pasaran pengguna. Identiti premium ini akan membolehkan petani mendapatkan harga padi yang belum dikisar sebanyak 20 hingga 30 peratus lebih tinggi, dengan itu meningkatkan pendapatan mereka. Maklumat Projek : • Penanaman beras wangi berskala komersial di luar kawasan saliran untuk meningkatkan purata hasil negara, menggantikan import beras wangi dan menembusi pasaran beras organik. • Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Jasmine MRQ76, Sime Darby, akan meningkatkan pengeluaran dari ladang perintis di Gedung ke kawasan lain. • Syarikat ‘anchor’ dikenalpasti untuk pengeluaran beras Basmati MRQ74, Infoculture Sdn Bhd, akan meluaskan pengeluaran dari ladang sawah di Langkawi ke Lanchang. • MARDI akan membantu dari segi R&D untuk menghasilkan variety baru bagi beras wangi.
  • 18. EPP 10 : Penanaman Padi di MADA • Kerajaan akan menggalakkan penanaman berskala komersial, memperbaiki kepadatan pengairan dan mempercepatkan penggunaan teknologi baharu dengan matlamat untuk mempertingkatkan hasil kepada 8 tan sehektar menjelang 2020. Maklumat Projek : • Pembaikan pengurusan ladang dengan pengenalan skim penggemeleengan tanah sebanyak 500 hektar untuk setiap ladang dan pemberian insentif kepada petani tradisional untuk menyerah tanah. • Mempercepatkan penggunaan teknologi dengan memperkenalkan varieti benih baru, teknologi pengeluaran/pemprosesan, dan penggunaan mesin berskala besar. • Intensikasi penggunaan infrastruktur dengan meningkatkan kepadatan saliran di kawasan berpotensi untuk meningkatkan hasil. • MADA dan BERNAS akan bekerjasama untuk menubuhkan SPV bagi pelaksanaan inisiatif di MADA.
  • 19. EPP 11 : Penanaman Padi Di Kawasan Jelapang • Model yang akan diguna pakai di kawasan Muda, terutamanya peruntukan insentif untuk menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah dan penubuhan perbadanan beras bersepadu, akan diaplikasi di jelapang KADA dan kawasan seperti Batang Lupar di Sarawak dan Kota Belud di Sabah. Di jelapang yang dikendalikan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), fokus semasa fasa awal adalah untuk memberi insentif bagi menggalakkan penyumberluaran bagi pengurusan tanah. Maklumat Projek : • Model yang dilaksanakan di MADA akan dilaksanakan di KADA. • Membangunkan 4,300 hektar di Batang Lupar dan 5,000 ha di Kota Belud dengan tumpuan di kawasan bertanah berpotensi tinggi dan memasukkan sistem pengurusan pengairan hingga aras tersier. dan program mitigasi banjir • Menubuhkan entiti yang dimiliki oleh koperasi peladang dan kerajaan yang akan mengurus aktiviti penanaman padi dari huluan ke hiliran. • Membangunkan program R&D untuk varieti padi di Sarawak bagi peningkatan hasil, ketahanan kemarau & penyakit.
  • 20. EPP 12 : Penambahan Ladang Fidlot • Pengembangan kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor di Malaysia melalui peningkatan dalam bilangan fidlot berskala kecil dan pembangunan sebuah syarikat penaung untuk mengukuhkan hubungan antara ladang dan pengguna. Haiwan akan dibawa masuk ke negara ini dalam saiz yang optimum untuk memastikan kebanyakan nilainya dicakupi di Malaysia berbanding hanya bertindak sebagai hab untuk haiwan yang sudah digemukkan. Maklumat Projek : • Penubuhan 300 ladang satelit di bawah naungan syarikat ‘anchor’ untuk operasi ladang fidlot. Syarikat ‘anchor’ yang telah dikenalpasti adalah National Feedlot Corporations. • Syarikat ‘anchor’ akan menguruskan operasi seluruh rantai nilai dengan memberi tumpuan kepada pemprosesan hiliran bersepadu. • Operasi hiliran akan dimajukan dengan melaksanakan sistem pensijilan untuk rumah sembelih, penghantaran daging melalui rantaian sejuk, promosi pembezaan daging lembu dan daging kerbau serta formulasi produk berasaskan daging. • Makanan ternakan dan pembiakan secara permanian beradas (artificial insemination)
  • 21. EPP 13 : Kluster Tenusu • Pembangunan tiga kelompok ladang tenusu dengan 27,000 ribu ekor lembu tenusu dan kemudahan pemprosesan hiliran, untuk meningkatkan kecukupan susu Malaysia daripada 2 peratus kepada 5 peratus menjelang 2020. Memperkenalkan kembali program susu sekolah untuk memperbaiki tanggapan pengguna terhadap industri tenusu tempatan sambil memastikan ada pembeli yang mantap. Maklumat Projek : • Penubuhan kluster tenusu yang diketuai oleh syarikat ‘anchor’ untuk mengeluarkan susu dalam skala besar dan menguruskan operasi dari pengeluaran ke pemasaran. • Menaiktaraf kemudahan pemprosesan susu sedia ada untuk memastikan kualiti susu dari ladang ke pasaran adalah terjaga. • Syarikat ‘anchor’ yang dikenalpasti adalah: Dutch Lady Milk Industries, Evergreen Livestock, and Fonterra.
  • 22. EPP 14 : Pembangunan Industri Benih • Pada masa ini, tiada pusat penyelidikan pembenihan atau ternakan yang mantap untuk tanaman dan ternakan tropika. Oleh yang demikian, terdapat potensi untuk Malaysia menjadi negara pertama untuk menubuhkan pusat pembiakan serantau, yang dapat memanfaatkan pertumbuhan yang dijangka dalam sektor pertanian di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Kerajaan akan menubuhkan Pusat untuk Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) bagi menerajui penyelidikan biji benih dan stok pembiak baka. Dengan kerjasama sebuah pusat penyelidikan terkemuka dari Kanada, CMDV akan dibentuk dan dibina untuk menyokong penyaringan bertruput tinggi untuk bahan genetik bagi mencari penanda molekular yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Ini membolehkan penghasilan bahan penanaman atau stok pembiak baka yang diperakui mengandungi ciri-ciri yang diingini, lantas membolehkan Malaysia menjual produk ini untuk meningkatkan dan memperoleh nilai yang lebih tinggi. Maklumat Projek : • Pengenalan teknologi ‘Marker-Assisted Selection’ untuk menghasilkan baka yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan cth. hasil tinggi, tahan penyakit • Penubuhan Majlis Benih Negara (Jawatankuasa Benih Negara sebagai struktur interim) untuk memantau pembangunan industri benih di Malaysia untuk mengurangkan penggantungan kepada baka import.
  • 23. EPP 15 : Penyertaan Syarikat Multi-Nasional • Kerajaan berusaha menarik pelabur yang berpotensi dalam bioteknologi pertanian, memanfaatkan insentif bio-neksus sedia ada dan memfokuskan pada bidang seperti nutrisi tanaman dan/atau penggalak bio-hasil, bio-racun perosak dan perisa serta pewangi. Pelaburan boleh dijalankan sama ada melalui penggabungan dan pemerolehan, usaha sama atau menubuhkan syarikat yang baharu Maklumat Projek : • Menarik pelaburan asing dalam bidang Biotekologi Pertanian ke Malaysia untuk menyumbang kepada pelbagai sektor yang akan menyumbang kepada industri dan membangunkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi • Biotechcorp akan menjadi agensi pelaksana dan menyediakan pakej yang sesuai untuk membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara
  • 24. EPP 16 : Pengambilalihan Syarikat Luar Negara/JV • Memperoleh empat operasi lembu luar negara bagi memastikan bekalan tetap untuk pembiak lembu, haiwan tenusu dan lembu untuk fidlot tempatan. Pelaburan juga akan menjana keuntungan untuk Malaysia, memandangkan ladang luar negara boleh mengeksport ke pasaran global. Maklumat Projek : • Memastikan sumber ternakan yang konsisten dan berpatutan untuk pembiakan, program fidlot dan tenusu untuk 10 tahun akan datang. • Skop projek telah diperluaskan untuk mengambil kira sektor pertanian lain yang berpotensi cth perniagaan ayam di luar negara untuk membawa masuk keuntungan ke dalam negara • Syarikat yang telah dikenalpasti termasuk SEDC Sarawak, Intan Farm, Felda Global Venture Holding dan NFC
  • 25. NKEA Pemborongan dan peruncitan • 13 EPP tersebut ialah: • EPP 1 : Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) • EPP 2 : Pasar Komuniti dan Pasar Karavan (PAKAR) • EPP 3 : Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) • EPP 4 : Makan Bazaar • EPP 5 : Pembangunan Kedai Format Besar • EPP 6 : Gedung 1Malaysia • EPP 7 : Gedung Maya • EPP 8 : Pengambilalihan Jenama Asing • EPP 9 : Resort Sejahtera • EPP 10 : Bebas Cukai Malaysia • EPP 11 : Jualan Bersepadu 1Malaysia • EPP 12 : Big Box Boulevards (BBB) • EPP 13 : Hub Runcit KLIA
  • 26. NKEA PENDIDIKAN • Kerajaan sedang berusaha mempertingkatkan standard kualiti dan mencipta penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan tinggi antarabangsa. • Kerajaan menumpukan kpd peranan institusi swasta dlm menerajui inovasi dan memacu pembangunan dlm industri pendidikan tinggi. • Kerajaan mengaggap sektor pendidikan swasta sebagai pemangkin untuk mentransformasi industri pendidikan. • Pelaksanaan aspirasi NKEA pendidikan memerlukan lima peralihan penting,khususnya: a) Struktur industri b) Pengantarabangsaan pelajar c) Kaedah baru dlm cara bekerja d) Transformasi pengawalaseliaan e) Peralihan pembiayaan
  • 27. 13EPP terbahagi kpd tiga tema  Tema 1:Inisiatif penskalaan ke atas dengan cepat -tujuan : untuk membangunkan rangkaian sekolah swasta berkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektor swasta dlm pasaran yg tidak bersepadu dan belum matang.  Tema 2:Inisiatif penumpuan dan pengkhususan  Tema 3:Inisiatif menjana permintaan tujuan : meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk membayar bagi kursus berkualiti tinggi yg ditawarkan dan untuk mengeksport pendidikan dgn membangunkan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau.
  • 28. • Tema 1: EPP1 : Penskalaan ke atas pusat penjagaan awal kanak- kanak dan pusat pendidikan awal EPP2 : Penambahbaikan penjagaan awal kanak2 dan latihan pendidikan EPP3 : Penskalaan ke atas sekolah antarabangsa EPP4 : Mengembangkan latihan guru swasta EPP5 : Pengskalaan ke atas penyediaan latihan kemahiran swasta EPP6 : Mengembangkan pengajian jarak jauh antarabangsa
  • 29. • Tema 2 : EPP7 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan kewangan dan perniagaan Islam EPP8 : Membangunkan kelompok disiplin pendidikan sains kesihatan EPP9 : Membangunkan kelompok disiplin kejuruteraan lanjutan, sains dan inovasi EPP10: Membangunkan kelompok disiplin hospitaliti dan pelancongan EPP11: Melancarkan EduCity@Iskandar
  • 30. • Tema 3 : EPP12 : Menyokong penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan antarabangsa EPP13 : Memperkenalkan kerjasama awam swasta dlm pendidikan asas
  • 31. NKEA Pelancongan • Definisi: ~ Pelancongan merujuk kpd pelancongan libur dan pelancongan perniagaan dan ia merangkumi subsektor yg berikut: 1. Penginapan 2. Membeli-belah 3. Produk pelancongan 4. Makanan dan minuman 5. Pengangkutan dlm negeri dan pengangkutan domestik
  • 32. • 12 EPP terbahagi kpd lima tema:  Tema 1: Barangan mewah mampu milik  Tema2 : Kembara Alam Semula Jadi  Tema3 : Keseronokan Seisi Keluarga  Tema4 : Acara,Hiburan,Spa dan Sukan  Tema5 : Pelancongan Perniagaan
  • 33. • Tema 1: EPP1 : Menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli belah bebas cukai bagi barangan pelancongan EPP2 : Menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre(KLCC)-Bukit Bintang sebagai Presint Membeli belah yg meriah EPP3 : Membuka tiga ruang perniagaan prenium baharu di Malaysia Tema 2 : EPP4 : Memartabatkan m’sia sebagai hab biodiversiti global
  • 34. • Tema3: EPP5 : Membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi di Sabah EPP6 : Mewujudkan Straits Riviera • Tema4 : EPP7: Menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa EPP8 : Mewujudkan zon hiburan khas EPP9 : (a)Membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dgn lebih baik (b)Meluaskan tawaran pelancongan sukan di m’sia tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara
  • 35. • Tema5 : EPP10 : Memartabatkan m’sia sebagai destinasi Pelancongan perniagaan yg terutama projek merentas tema EPP11 : Meningkatkan kesalinghubungan dgn pasaran jarak sederhana yg penting EPP12 : Menambah baik kadar , jenis dan kualiti hotel
  • 36. • 21 projek baru di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka mampu melonjakkan Pendapatan Negara Kasar (GNI) sebanyak RM4.59 bilion menjelang 2020.
  • 37. • NKEA Pertanian, katanya, ia melibatkan pelaburan bernilai RM456.69 juta dan RM367.58 juta GNI serta mewujudkan 2,539 peluang pekerjaan bagi menambah baik jaringan keselamatan makanan negara. • NKEA Perkhidmatan Perniagaan pula menyaksikan pelaburan sebanyak RM2.4 bilion dan RM1.41 bilion GNI di samping mewujudkan 10,909 peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan dan pembaikan kapal, kejuruteraan reka cipta, pusat maklumat serta pusat perkhidmatan global.
  • 38. • NKEA Pemborongan dan Peruncitan pula melibatkan pelaburan berjumlah RM466.8 juta yang menyumbang kepada RM1.1 bilion nilai GNI dan mencipta 16,363 peluang pekerjaan. • NKEA Penjagaan Kesihatan menyaksikan pelaburan RM107.14 juta dengan RM238.06 juta GNI dan menyediakan 3,735 peluang pekerjaan dalam tempoh lapan tahun akan datang.
  • 39. • NKEA Pendidikan, kata Perdana Menteri, ia melibatkan pelaburan RM535.58 juta dan menyumbang RM146.39 juta dalam GNI serta mewujudkan 660 peluang pekerjaan dalam tempoh itu. • NKEA Elektrikal dan Elektronik pula menyaksikan pelaburan RM4 bilion dan 1,000 peluang pekerjaan dengan 400 daripadanya merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi.
  • 40. • NKEA Greater KL pula melibatkan pelaburan RM12.5 bilion termasuk pembinaan Bandar Antarabangsa Sepang dengan RM1.34 bilion GNI dan menyediakan 4,712 peluang pekerjaan.
  • 41. NKEA MINYAK SAWIT • PENGENALAN Bidang Ekonomi Utama Negara Minyak Sawit atau lebih dikenali sebagai ‘NKEA sawit’ adalah strategi jangka panjang kerajaan untuk memancu ekonomi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. • Industri Minyak Sawit adalah komoditi keluaran tempatan telah dikenal pasti dan diyakini sebagai satu bidang ekonomi utama Negara (NKEA) yang perlu ditransformasikan merangkumi keseluruhan rantaian nilai dari aktiviti perladangan sehingga kepada produk siap.
  • 42. • lapan projek permulaan (EPP) di mana lima (5) di peringkat huluan dan tiga (3) di peringkat hiliran. • EPP mensasar peningkatan sumbangan industri sawit kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion daripada RM52.7 bilion (2009) kepada RM178 bilion menjelang 2020. • EPP telah disasar menjana RM47.1 bilion Pendapatan Negara kasar. Ini membabitkan pelaksanaan lapan (8) EPP di mana lima (5) di peringkat huluan yang akan menjana PNK RM33.1 bilion manakala tiga di peringkat hiliran yang menjana PNK RM14 bilion.
  • 43. EPP yang berorientasikan penyelesaian masalah semasa mampu: a) Meningkatkan pendapatan pekebun kecil persendirian kelapa sawit sebanyak 47 peratus ; b) Meningkatkan produktiviti tenaga buruh tempatan dengan penggunaan mekanisasi ladang seterusnya mengurangkan 15-20 peratus penggantungan kepada buruh asing; dan c) Menguasai permintaan minyak sawit global yang semakin meningkat.
  • 44. • Di peringkat huluan EPP digubal dengan matlamat peningkatan produktiviti dan kemampanan sektor huluan industri sawit seperti : EPP 1 - Mempercepatkan penanaman semula kelapa sawit EPP 2 - Mempertingkatkan hasil buah tandan sawit (BTS) EPP 3 - Mempertingkatkan produktiviti pekerja EPP 4 - Meningkatkan kadar perahan minyak sawit EPP 5 - Membangunkan bio-gas dikilang kelapa sawit.
  • 45. • Di peringkat hiliran industri sawit, EPP digubal dengan bermatlamatkan perkembangan dan kemampanan sektor hiliran sawit seperti : EPP 6 - Membangunkan derivative oleo EPP 7 - Mengkomersialkan bio-bahan api generasi kedua EPP 8 - Mempercepatkan pertumbuhan sektor hiliran berasaskan makanan.
  • 46. • Secara keseluruhan Projek Transformasi Ekonomi Industri sawit mensasarkan peningkatan kepada PNK sebanyak RM125.3 bilion di mana lapan EPP akan menjana PNK sebanyak RM47.1 bilion, peluang perniagaan baru sebanyak RM74.6 bilion dan kesan penggandaan ekonomi (economic multiplier) sebanyak RM3.6 bilion. Di samping sasaran peningkatan dalam PNK, pelaksanaan projek permulaan akan mewujudkan sejumlah 122,400 peluang pekerjaan.
  • 47. TAMAT