SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 30
1.0 Pengenalan

Istilah „rekreasi‟ berasal dari bahasa Latin iaitu, „re-creare‟ yang bermaksud membuat
ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani
seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
selain pekerjaan.     Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti
rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam
bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan
diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang
membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan
beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :-


▪ Webster (1990)
Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan.


▪ Ford (1981)
Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula
jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang
sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan
sikap.


▪ Hammerman Etal (1985)
Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu
yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.


▪ Mohd Salleh Aman (2004)
Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk
riadah (aktif) atau santai (pasif).
▪ Knapp ( 1981 )

Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.



▪ Douglas (1970)
Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang
tidak dibatasi.



▪ Meyer, Brightbill dan Sessom

       rekreasi merupakan kegiatan
       bentuknya beraneka ragam
       rekreasi ditentukan oleh motivasi
       rekreasi dilakukan secara rutin
       rekreasi sukarela
       rekreasi dilakukan secara universal dan penting
       rekreasi adalah serius dan berguna
       rekreasi itu fleksibel
       rekreasi merupakan hasil sampingan
2.0 Kepentingan Sukan dan Rekreasi


Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya
beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari
bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara
pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan
merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan
yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan.
Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat
memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental.


      Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar
persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan
dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu
dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari
rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program
rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat
belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti
disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.
3.0 Jenis sukan dan rekreasi



3.1 Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit,
di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam
aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi
perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun
perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas
pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati
diri dipupuk dalam diri seseorang individu. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan
para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan
yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung
mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif
dan psikomotor masing-masing.




3.1.1 Jenis-jenis Khemah

Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu:


▪ Ridge Tent
Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan
nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
▪ Dome Tent
Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya
ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.




▪ Frame Tent
Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah
akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas.




▪ Bell Tent
Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah
jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis „dome‟.
3.2 Kajian empirikal

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam
makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal
dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah.
Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat
diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti
untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Kajian empirikal terhadap flora dan fauna
penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk
mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan
fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna
alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai
peluang melihat dan mengenali alam semulajadi dengan lebih dekat. Kajian empirikal
juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan
mendekatkan diri dengan alam semulajadi.




3.3 Kemahiran tali




Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak
menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying
fox. Terdapat beberapa jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh
seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi iaitu, seperti yang dihuraikan di
bawah :-
3.3.1 Simpulan (knotting)


Lazimnya simpulan dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Tali ini
digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan adalah seperti
buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
3.3.2 Ikatan (lashing)


Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat
jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan adalah seperti ikatan
seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak .
3.3.3Sambat (splicing)




Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa
digunakan. Contoh sambat adalah seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat
mata.




3.3.4 Mematikan hujung tali (whipping)


Tali tidak boleh digunakan sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak
terburai di hujungnya. Contoh ikatan adalah seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit
dan sambat balik.
3.4 Ikhtiar Hidup


Ilmu ikhtiar hidup di dalam hutan amat luas. Bagi memahiri ilmu ini, seseorang itu
memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Dalam melaksanakan
kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang
tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa
melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap
pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya
mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua
keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah
merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada
mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan
luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan
bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau
bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau
mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung
nyawa.


3.4.1 Ketakutan




Antara kebanyakkan kesukaran yang akan dihadapi jika tersesat dalam sesuatu tempat
rekreasi seperti hutan, gunung dan bukit, perasaan takut adalah halangan yang paling
tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan menjadi
normal. Ada berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perasaan takut.
Ketakutan yang paling penting adalah seperti takut terhadap perkara-perkara yang tidak
diketahui, takut disebabkan ketidakselesaan dan takut disebabkan kelemahan diri
sendiri.


3.4.2 Perhubungan Dengan Orang Asli


Apabila bertembung dengan orang asli, seseorang itu harus berhati-hati. Sekiranya
individu tersebut boleh berhubung dengan mereka, maka peluang untuk terus hidup
adalah cerah. Mereka boleh membantu dengan makanan, tempat berteduh, ubatan
tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, seseorang itu perlu
berhati-hati kerana adat orang asli berbeza dengan adat kita. Bagi orang asli yang
hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang
kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan mereka.
3.4.3 Makanan


Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang
mencukupi. Lazimnya, dalam hutan di Malaysia terdapat sumber makanan yang banyak
tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika hendak berikhtiar hidup, seseorang itu
harus tidak boleh mengikut selera makan tetapi harus terima sahaja makan dari
pelbagai sumber seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.




3.5 Pendidikan Konservasi

Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan
kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu
perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang
terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan
pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta
mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan
konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara
untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti
aktiviti rekreasi ini. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi
kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah
daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi
dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang.
Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk
sekarang dan masa yang akan datang.

      Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua
orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan
mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar
sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera.
Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak
murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara
alam sekitar daripada ancaman pencemaran.

      Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak
mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak
membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk
mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi.
Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin
mengalami ancaman yang serius.

      Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama
untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar
sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya.
Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus
ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan
datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita.
Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam
sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling
kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
4.0 Jenis-jenis aktiviti rekreasi



Aktiviti rekreasi dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal
dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinan
diri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis
aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi.



4.1 Jungle trekking


Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam
program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan
hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator
mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan
dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah
singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC
merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan
jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang
dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan
setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.
4.2 Orienteering


Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan
teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan
kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang
memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta
perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain
dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan
di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu.


4.2.1 Terminologi Dan Alatan


Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi
menjalankan aktiviti ini. Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:


▪ Titik kawalan (Control point)


• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh
peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.


▪ Penanda kawalan (Control marker)


• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai
tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
▪ Kad kawalan (Control card)


• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara
sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan
tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu
diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.


▪ Peta utama (Master map)


• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan
kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.


▪ Keterangan kawalan (Control description)


• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan.
Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk „teks‟ tetapi dalam
bentuk kod/gambarajah.


▪ Landasan (Course)


• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan
akan disalin oleh peserta kemudiannya.


• Tanda yang berkenaan landasan adalah seperti berikut :-
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- „Leg‟ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.


▪ Kompas (Compass)


• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.




▪ Peta


Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang
dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai
tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi
kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.
Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada
maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat
dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan
tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi
dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta
topografi.
4.3 Berkayak


Berkayak adalah sejenis sukan air. Berbeza dari sukan kanu, berkayak selalunya di
lakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Aktiviti berkayak boleh dilakukan secara
bersendirian ataupun dengan pemerhatian jurulatih.

4.3.1 Anatomi Kayak

Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan
bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi
semasa. Berikut adalah anatomi kayak :-


▪ Haluan & Buritan (Bow & Stern)
Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai
arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah
bahagian belakang kayak. Kedudukan. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern
ialah melihat arah tempat duduk pendayung.


▪ Gunwale Line / Painter Line
Gunwale Line / Painter Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai
penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat
badannya atau tidak. Sisi kanan disebut "starboard" dan sisi kiri disebut "portside".


▪ Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak.


▪ Deck (Geladak)
Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan
melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan
dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".
▪ Cockpit (Ruang Tempat Duduk)
Cockpit ialah ruangan yang dibentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini
berbeza mengikut rekaan bentuk dan penggunaan kayak tersebut.


▪ Seat (Tempat Duduk)
Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa
jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk
kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras.)


▪ Toggle
Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya di hujung depan (Bow)
dan belakang (Stern).


▪ Coaming
Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit, ianya berfungsi sebagai
penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover.


▪ Knee Brace
Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan
sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu.


▪ Towline / Deckline
Towline / Deckline ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak
(stern). Ia berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu.


▪ Keel
Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
▪ Buoyancy
Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan
deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak
terbalik dan tidak mudah tenggelam.


▪ Footrest
Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki,
bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama
dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk
bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow).

▪ Deck Eye / Eye Cleat
Eck Eye / Eye Cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas
geladak.


▪ Eye Pit
Eye Pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis
kayak-kayak tertentu.


▪ Hatch
Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek,
yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis
ekspedisi.


▪ Back Strap
Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang,
berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang
sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang
pendayung.
4.4 Rafting


Rafting adalah sejenis aktiviti yang seiras dengan aktiviti berkayak tetapi lebih
mencabar. Aktiviti rafting dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini tidak dilakukan semasa
air dalam keadaan tenang. „Water Rafting‟ adalah satu sukan yang amat mencabar
fizikal dan mental. Aktiviti ini amat memerlukan kekuatan daya tahan yang maksimum.
Sekiranya tidak, ia akan mendatangkan risiko kepada semua ahli kumpulan. Aktiviti ini
digalakkan untuk dilakukan dengan pemerhatian jurulatih.




4.5 Abseiling


Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang
rendah dengan menggunakan tali. Individu yang terlibat akan mengawal sendiri
pergerakannya.    Namun    begitu, sebagai   langkah   keselamatan, jurulatih   ataupun
fasilitator akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan
bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar,
peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan.
4.5.1 Alat-alat untuk melakukan aktiviti Abseiling


▪ Safety Helmet (Topi Keselamatan)




Topi keselamatan digunakan sebagai pelindung kepala dan untuk menahan hentakan.
Topi keselamatan ini bersifat ringan.


▪ Carabin (Karabina)




Karabina digunakan sebagai alat penghantaraan untuk menyambung satu alat ke alat
yang lain. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan dan
boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.


▪ Pulley
Pulley digunakan untuk mengurangkan keberatan bebanan. Alat ini diperbuat daripada
aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan . Kemampuan bebanan bergantung pada
kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg.


▪ Figure of Eight




Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy)
yang sensitive pada hentakan. Alat ini juaga boleh menampung beban seberat 2500kg
hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar.


▪ Full Seat Harnes




Alat ini digunakan untuk menyokong tubuh. Ianya diperbuat daripada nylon atau
polyster.
▪ Juma @ Jammer




Alat ini digunakan untuk menaik sahaja dan diperbuat daripada aloi (alloy) yang sangat
sensitif pada hentakan. Alat ini boleh menampung beban seberat 2500kg hingga
3000kg.


▪ Stopper




Alat ini digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali.
Ianya diperbuat daripada aloi(alloy) yang sensitif pada hentakan.


▪ Rack
Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy)
yang sensitif pada hentakan.


▪ Sling




Alat ini digunakan sebagai tali penghantaraan. Ia diperbuat daripada nylon atau polyster
dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg.


▪ Kernmantle Rope




Tali lebih sesuai digunakan untuk permukaan yang tajam.
4.6 Snorkeling


Pengertian dasar snorkeling adalah suatu teknik menikmati pesona keindahan dasar
laut dengan menggunakan peralatan dasar selam berupa snorkle, fin (kaki katak) dan
mask (kacamata renang). Snorkeling adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan
menggunakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering
mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya
dorong   pada    kaki.   „Snorkel‟ adalah   peralatan   selam   berupa selang berbentuk
huruf „J‟ dengan pelindung mulut di bahgian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi
sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat
muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air biasanya dapat             dilihat sambil
berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel.
Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling
tidak memerlukan kemahiran yang khusus.



4.6.1 Alatan-alatan yang digunakan untuk aktiviti Snokerling



▪ Snorkle atau alat bantu pernafasan




Alat ini wajib dipunyai sendiri untuk membantu pernafasan. Cara pemakaian alat ini
adalah dengan digigit pada mulut sehingga kita biasa bernafas melalui mulut.
▪ Mask atau kacamata selam




Mask atau kacamata selam memudahkan penglihatan kita dalam air. Mask adalah alat
yang menghalang air dari dimasuki mata.

▪ Fin atau kaki katak




Fin atau kaki katak. Terdapat 2 model fin iaitu open whell dan close whell.




3.7 Flying fox


Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah
satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta.
Flying fox merupakan salah satu aktiviti yang dapat mewujudkan keyakinan diri dalam
diri seseorang individu. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan secara individu. Peserta akan
dibawa naik ke atas pelantar yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini, Dengan
menggunakan peralatan khusus yang disediakan, peserta akan menggelongsor turun
ke bawah mengikut kecuraman tali. Peralatan yang digunakan untuk menjalankan
aktiviti ini adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling seperti :-

▪ Tali statik

▪ Carabinar

▪ Helmet

▪ Full Harnest

▪ Figure of Height
5.0 Rumusan



Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif serta
hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan pengetahuan
seseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut. Rekreasi
dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang
untuk sesuatu tujuan, di antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap
dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental.
Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar
persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan.
Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai
keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin diri.

      Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk
personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti
sebegini juga menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Aktiviti
rekreasi bersama kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap
keselamatan orang lain. Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk
sikap sosialisasi. Tamsilnya, seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti
kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak dan memberi peluang kepada
seseorang untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti
umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan pelbagai kepada peserta.

      Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi boleh
mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan
semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan
masalah seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara.

      Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu
aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian
sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu dilakukan dengan
pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih. Peserta
aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Ikatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasIkatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasDian Nasha
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanAfifi Malaysia
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negaraJun Yan Lim
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaHanaazizol
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 

La actualidad más candente (20)

Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3   Kesenggangan dan RekreasiBab 3   Kesenggangan dan Rekreasi
Bab 3 Kesenggangan dan Rekreasi
 
61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan61749401 asas-perkhemahan
61749401 asas-perkhemahan
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Ikatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asasIkatan dan simpulan asas
Ikatan dan simpulan asas
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Prosedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuanProsedur penubuhan persatuan
Prosedur penubuhan persatuan
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan PemuliharaanPemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan dan Pemuliharaan
 
Dasar sukan negara
Dasar sukan negaraDasar sukan negara
Dasar sukan negara
 
Sistem tuas
Sistem tuasSistem tuas
Sistem tuas
 
Sistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukanSistem tenaga sains sukan
Sistem tenaga sains sukan
 
Kepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanianKepentingan sektor pertanian
Kepentingan sektor pertanian
 
Kesalahan papan tanda
Kesalahan papan tandaKesalahan papan tanda
Kesalahan papan tanda
 
98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan98773911 periodisasi-latihan
98773911 periodisasi-latihan
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 

Similar a MENGENAL REKREASI

sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasiHalil Chik
 
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang Ekonomi
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang EkonomiAjaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang Ekonomi
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang EkonomiAzizah Rahmadani
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
pengantar pendidikan
pengantar pendidikanpengantar pendidikan
pengantar pendidikantrisca
 
Tugas ilmu sosial dasar ii
Tugas ilmu sosial dasar iiTugas ilmu sosial dasar ii
Tugas ilmu sosial dasar iiAlia Nur Afni
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarDo Dy
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarDo Dy
 
Bab iv by steffy pratiwi copy
Bab iv by steffy pratiwi   copyBab iv by steffy pratiwi   copy
Bab iv by steffy pratiwi copysteffipratiwi
 
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02Muhamad Putraauliansyah
 
Pengantar Pendidikan
Pengantar PendidikanPengantar Pendidikan
Pengantar Pendidikansteffipratiwi
 
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat pjj_kemenkes
 
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompok
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam KelompokEksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompok
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompokauliyann
 

Similar a MENGENAL REKREASI (20)

sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasi
 
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang Ekonomi
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang EkonomiAjaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang Ekonomi
Ajaran Ki Hajar Dewantara Di Bidang Ekonomi
 
Bk
BkBk
Bk
 
Pendidikan luar
Pendidikan luarPendidikan luar
Pendidikan luar
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
pengantar pendidikan
pengantar pendidikanpengantar pendidikan
pengantar pendidikan
 
Kuliah
KuliahKuliah
Kuliah
 
Kuliah
KuliahKuliah
Kuliah
 
Asemen ppim yati
Asemen ppim yatiAsemen ppim yati
Asemen ppim yati
 
Tugas ilmu sosial dasar ii
Tugas ilmu sosial dasar iiTugas ilmu sosial dasar ii
Tugas ilmu sosial dasar ii
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasar
 
Tugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasarTugas ilmu sosial dasar
Tugas ilmu sosial dasar
 
Bab iv by steffy pratiwi copy
Bab iv by steffy pratiwi   copyBab iv by steffy pratiwi   copy
Bab iv by steffy pratiwi copy
 
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02
Babivbysteffypratiwi 130715033003-phpapp02
 
Pengantar Pendidikan
Pengantar PendidikanPengantar Pendidikan
Pengantar Pendidikan
 
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat
Pandangan dan Nilai Masyarakat Terhadap Individu, Keluarga dan Masyarakat
 
201828153 asmnt-pendidikan-luar
201828153 asmnt-pendidikan-luar201828153 asmnt-pendidikan-luar
201828153 asmnt-pendidikan-luar
 
Landasan filosofis
Landasan filosofisLandasan filosofis
Landasan filosofis
 
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompok
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam KelompokEksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompok
Eksistensial, Gestalt, REBT, dan Psikodrama dalam Kelompok
 
Landasan filosofis
Landasan filosofisLandasan filosofis
Landasan filosofis
 

Más de Yuvarani Subramaniam

BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptxBUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptxYuvarani Subramaniam
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)Yuvarani Subramaniam
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenisteknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenisYuvarani Subramaniam
 

Más de Yuvarani Subramaniam (17)

BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptxBUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
 
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdfBUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117
 
nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
kesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdekakesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdeka
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenisteknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
 
Basic math
Basic mathBasic math
Basic math
 
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 

MENGENAL REKREASI

  • 1. 1.0 Pengenalan Istilah „rekreasi‟ berasal dari bahasa Latin iaitu, „re-creare‟ yang bermaksud membuat ulang, kegiatan yang dilakukan untuk penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Secara umumnya, rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang selain pekerjaan. Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. Matlamat akhir rekreasi ialah untuk mencapai kesejahteraan diri, keluarga dan komuniti. Ringkasnya, rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina, merehatkan fikiran dan mencergaskan tubuh badan. Berikut merupakan beberapa pendapat tokoh tentang rekreasi :- ▪ Webster (1990) Rekreasi adalah aktiviti saranan untuk menyegarkan kembali atau hiburan. ▪ Ford (1981) Rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap. ▪ Hammerman Etal (1985) Sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. ▪ Mohd Salleh Aman (2004) Rekreasi merupakan aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif).
  • 2. ▪ Knapp ( 1981 ) Sukan Rekreasi adalah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. ▪ Douglas (1970) Rekreasi alam tempat terbuka adalah rekreasi yang dilakukan di tempat-tempat yang tidak dibatasi. ▪ Meyer, Brightbill dan Sessom rekreasi merupakan kegiatan bentuknya beraneka ragam rekreasi ditentukan oleh motivasi rekreasi dilakukan secara rutin rekreasi sukarela rekreasi dilakukan secara universal dan penting rekreasi adalah serius dan berguna rekreasi itu fleksibel rekreasi merupakan hasil sampingan
  • 3. 2.0 Kepentingan Sukan dan Rekreasi Secara psikologi banyak orang di lapangan yang merasa tidak selesa dengan adanya beberapa kesibukan dan masalah, sehingga mereka mengkorbankan masa dari bekerja, tidur dengan nyaman, bersantai sehabis latihan, keseimbangan antara pengeluaran dan pendapatan, mempunyai teman bekerja yang baik, hidup bebas, dan merasa aman dari risiko buruk. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk satu atau beberapa tujuan. Antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal maupun mental. Banyak nilai yang dapat diperoleh dari rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan masa yang ada dapat digunakan dengan cara-cara yang berguna. Seseorang individu dapat diajari bagaimana individu dapat dibangun dan ditingkatkan melalui rekreasi. Salah satu manfaat penting dari rekreasi adalah dalam pembentukan personaliti diri seseorang. Melalui suatu program rekreasi yang telah disusun dan dijalankan dengan baik, seseorang individu dapat belajar untuk menikmati penggunaan waktu sebaik-baiknya serta nilai-nilai seperti disiplin diri, keyakinan diri, kerjasama, dan tolong-menolong.
  • 4. 3.0 Jenis sukan dan rekreasi 3.1 Perkhemahan Aktiviti perkhemahan adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Perhubungan yang erat dengan alam semulajadi perlu diutamakan dalam perkhemahan sama ada perkhemahan secara individu ataupun perkhemahan secara kumpulan. Melalui aktiviti perkhemahan, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan seperti bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan jati diri dipupuk dalam diri seseorang individu. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing. Aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing-masing. 3.1.1 Jenis-jenis Khemah Jenis-jenis khemah terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan kegunaan iaitu: ▪ Ridge Tent Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia diperbuat dari bahan nilon(nylon) yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
  • 5. ▪ Dome Tent Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya. ▪ Frame Tent Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan dipasang terlebih dahulu kemudian barulah dipasang kanvas. ▪ Bell Tent Mempunyai satu sahaja tiang tinggi di puncak khemah. Khemah jenis ini juga sudah jarang digunakan dan digantikan dengan khemah jenis „dome‟.
  • 6.
  • 7. 3.2 Kajian empirikal Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Kajian empirikal terhadap flora dan fauna penting dan perlu dijalankan dalam aktiviti rekreasi. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna di sesuatu tempat. Jika kajian terhadap alam semulajadi diteruskan, bermakna alam semulajadi akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi dengan lebih dekat. Kajian empirikal juga dapat menarik minat seseorang untuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi. 3.3 Kemahiran tali Kemahiran tali amat penting semasa melakukan aktiviti rekreasi. Kemahiran ini banyak menyumbang untuk melakukan aktiviti seperti membina khemah, abseiling, dan flying fox. Terdapat beberapa jenis kemahiran tali yang penting dan perlu diketahui oleh seseorang individu yang menyertai aktiviti rekreasi iaitu, seperti yang dihuraikan di bawah :-
  • 8. 3.3.1 Simpulan (knotting) Lazimnya simpulan dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Tali ini digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan adalah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
  • 9. 3.3.2 Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan adalah seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak .
  • 10. 3.3.3Sambat (splicing) Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Contoh sambat adalah seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata. 3.3.4 Mematikan hujung tali (whipping) Tali tidak boleh digunakan sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan adalah seperti lilit pemati biasa, lilit pemati selit dan sambat balik.
  • 11. 3.4 Ikhtiar Hidup Ilmu ikhtiar hidup di dalam hutan amat luas. Bagi memahiri ilmu ini, seseorang itu memerlukan latihan amali dan pengalaman yang banyak. Dalam melaksanakan kegiatan luar kadang kala kita tidak akan menduga bahawa berlakunya perkara yang tidak diingini. Tersesat di dalam hutan, kemalangan dan kecemasan semasa melaksanakan aktiviti luar adalah sesuatu risiko yang perlu dihadapi oleh setiap pengamal kegiatan luar. Dalam keadaan seperti inilah seseorang yang sememangnya mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal akan cuba berhadapan dengan apa jua keadaan demi menyambung terus kehidupan mereka. Kemahiran ikhtiar hidup adalah merupakan suatu amalan dan pelajaran yang amat berguna, terutamanya kepada mereka yang sememangnya sentiasa berminat dalam rekreasi yang berbentuk kegiatan luar. Kamus Dewan mentakrifkan ikhtiar sebagai pilihan atau berusaha mencari jalan bagi mencapai sesuatu maksud. Hidup pula ditakrifkan sebagai terus bernyawa atau bernafas. Perkataan ikhtiar hidup dapatlah dirumuskan sebagai sesuatu usaha atau
  • 12. mencari pilihan daripada pelbagai yang ada untuk terus hidup atau menyambung nyawa. 3.4.1 Ketakutan Antara kebanyakkan kesukaran yang akan dihadapi jika tersesat dalam sesuatu tempat rekreasi seperti hutan, gunung dan bukit, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perasaan takut. Ketakutan yang paling penting adalah seperti takut terhadap perkara-perkara yang tidak diketahui, takut disebabkan ketidakselesaan dan takut disebabkan kelemahan diri sendiri. 3.4.2 Perhubungan Dengan Orang Asli Apabila bertembung dengan orang asli, seseorang itu harus berhati-hati. Sekiranya individu tersebut boleh berhubung dengan mereka, maka peluang untuk terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, seseorang itu perlu berhati-hati kerana adat orang asli berbeza dengan adat kita. Bagi orang asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.
  • 13. 3.4.3 Makanan Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Lazimnya, dalam hutan di Malaysia terdapat sumber makanan yang banyak tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika hendak berikhtiar hidup, seseorang itu harus tidak boleh mengikut selera makan tetapi harus terima sahaja makan dari pelbagai sumber seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. 3.5 Pendidikan Konservasi Pendidikan konservasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha untuk menimbulkan kesedaran atau kepekaan terhadap kepentingan atau keperluan terhadap sesuatu perkara. Manakala sukan rekreasi pula boleh didefinisikan sebagai aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi ketenangan minda dan merehatkan badan serta mempelajari pengetahuan tentang sesuatu perkara. Maka kepentingan pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi boleh didefinisikan sebagai satu usaha ataupun cara untuk mendidik seseorang individu dalam sesuatu perkara apabila mereka mengikuti aktiviti rekreasi ini. Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang. Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi perlu didedahkan kepada semua orang sejak di bangku sekolah lagi supaya kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan mereka terhadap kepentingan alam sekitar kita. Hal ini kerana isu alam sekitar sememangnya menjadi suatu isu yang serius dan memerlukan pemerhatian segera. Oleh itu apabila pendidikan konservasi terhadap alam sekitar diberikan kepada anak
  • 14. murid melalui sukan rekreasi, kita dapat memupuk amalan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Pendidikan koservasi ini juga turut mendidik anak-anak murid untuk tidak mencemarkan alam sekitar kita dan ramah dengan alam sekitar dengan tidak membuang sampah serta mencemarkan sungai. Mereka juga akan mula untuk mencintai flora dan fauna serta sungai yang berada di kawasan aktiviti sukan rekreasi. Ini akan membantu untuk memelihara alam sekitar kita yang kian hari semakin mengalami ancaman yang serius. Selain itu, pendidikan konservasi dalam sukan rekrasi juga menjadi alat utama untuk menanamkan semangat untuk menjaga alam sekitar dan sekaligus menukar sikap mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada sebaliknya. Pendidikan konservasi dalam sukan rekreasi sememangnya sesuatu yang harus ditekankan dan diteruskan supaya kita dapat mengubah sikap generasi yang akan datang supaya mereka juga turut memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar kita. Dengan berbuat demikian dapatlah kita mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mula untuk menanam semula pokok-pokok baru supaya kawasan sekeliling kita dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
  • 15. 4.0 Jenis-jenis aktiviti rekreasi Aktiviti rekreasi dilingkari beberapa jenis aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk keyakinan diri dalam diri seseorang yang mengikutinya. Berikut adalah contoh beberapa jenis aktiviti yang dapat dijalankan semasa aktiviti rekreasi. 4.1 Jungle trekking Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri. Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.
  • 16. 4.2 Orienteering Orienteering merupakan salah satu cabang pengetahuan yang berkenaan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. 4.2.1 Terminologi Dan Alatan Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan aktiviti ini. Antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut: ▪ Titik kawalan (Control point) • Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. • Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. • Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini. ▪ Penanda kawalan (Control marker) • Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul. • Sesuatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). • Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
  • 17. ▪ Kad kawalan (Control card) • Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. • Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. ▪ Peta utama (Master map) • Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. • Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. ▪ Keterangan kawalan (Control description) • Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. • Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk „teks‟ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. ▪ Landasan (Course) • Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. • Tanda yang berkenaan landasan adalah seperti berikut :- - Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
  • 18. - Titik kawalan dengan tanda bulatan. - Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. - „Leg‟ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. ▪ Kompas (Compass) • Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. • Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja. ▪ Peta Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topografi.
  • 19. 4.3 Berkayak Berkayak adalah sejenis sukan air. Berbeza dari sukan kanu, berkayak selalunya di lakukan di air yang tenang dan kurang berisiko. Aktiviti berkayak boleh dilakukan secara bersendirian ataupun dengan pemerhatian jurulatih. 4.3.1 Anatomi Kayak Semua jenis kayak mempunyai nama bahagian yang sama, hanya bentuk, ukuran dan bahan pembuatannya sahaja yang berbeza mengikut syarikat pengeluar dan teknologi semasa. Berikut adalah anatomi kayak :- ▪ Haluan & Buritan (Bow & Stern) Bow atau Haluan adalah bahagian depan atau muncung kayak yang berfungsi sebagai arah tujuan dan juga sebagai alat memecah ombak. Stern atau Buritan pula ialah bahagian belakang kayak. Kedudukan. Tip untuk mengenali diantara Bow dengan Stern ialah melihat arah tempat duduk pendayung. ▪ Gunwale Line / Painter Line Gunwale Line / Painter Line ialah bahagian tepi atau sisi kayak yang berfungsi sebagai penyeimbang bagi pendayung, apakah perahu yang dinaikkan itu sesuai dengan berat badannya atau tidak. Sisi kanan disebut "starboard" dan sisi kiri disebut "portside". ▪ Hull Hull ialah bahagian bawah kayak. Bentuknya berbeza bergantung kepada jenis kayak. ▪ Deck (Geladak) Deck ialah bahagian atas hadapan kayak untuk melindungi kaki untuk memudahkan melakukan teknik Eskimo Roll. Deck bahagian depan ini dikenali sebagai "foredeck"dan dibelakangnya pula dikenali sebagai "afterdeck".
  • 20. ▪ Cockpit (Ruang Tempat Duduk) Cockpit ialah ruangan yang dibentuk untuk pendayung kayak. Kedudukan Cockpit ini berbeza mengikut rekaan bentuk dan penggunaan kayak tersebut. ▪ Seat (Tempat Duduk) Tempat duduk terletak didalam Cockpit, dan tempat duduk terbahagi dalam beberapa jenis iaitu Standard (bentuk dan ukuran tetap), tempat duduk sederhana (biasa untuk kayak rekreasi), tempat duduk ketat (digunakan untuk di arus deras.) ▪ Toggle Toggle adalah sejenis tali untuk mengangkat kayak, letaknya di hujung depan (Bow) dan belakang (Stern). ▪ Coaming Coaming adalah bahagian tepi kecil dan mengelilingi cockpit, ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam perahu dan juga untuk mengikat spray cover. ▪ Knee Brace Letaknya dibawah Coaming yang berfungsi sebagai penahan lutut dan memberikan sanggahan ke kaki supaya kaki pendayung lebih kuat terhadap perahu. ▪ Towline / Deckline Towline / Deckline ialah tali yang diikatkan di hujung kayak (bow) dan buritan kayak (stern). Ia berfungsi sebagai tali penyelamat, menarik perahu. ▪ Keel Terletak dibawah geladak belakang dan berfungsi sebagai kemudi.
  • 21. ▪ Buoyancy Buoyancy adalah bahan apungan yang terletak di bawah deck bagian depan (bow) dan deck bagian belakang (stern) yang berfungsi sebagai penyimpang apabila kayak terbalik dan tidak mudah tenggelam. ▪ Footrest Footrest terletak di bahagian foredeck berfungsi sebagai tempat meletak kaki, bentuknya terdiri dari bar (dipasang pada sisi kiri dan kanan), paddle (hampir sama dengan bar tetapi terpisah antara letak sebelah kiri dengan kanan), bulkhead (bentuk bulat rata dan terletak di bagian haluan (bow). ▪ Deck Eye / Eye Cleat Eck Eye / Eye Cleat ialah lubang untuk mengikat tali (towline) yang terletak di atas geladak. ▪ Eye Pit Eye Pit ialah lubang yang terletak di ujung haluan (bow) dan buritan (stern) pada jenis kayak-kayak tertentu. ▪ Hatch Hatch ialah lubang penutup yang terdapat di bahagian depan dek dan belakang dek, yang berfungsi sebagai tempat meletakkan barang, biasa digunakan untuk kayak jenis ekspedisi. ▪ Back Strap Back Strap berbentuk getah yang diletakkan pada bahagian tempat duduk belakang, berfungsi untuk memberikan keselesaan pendayung untuk menyandar ke belakang sewaktu mendayung dan sekaligus untuk melindungi keselamatan bahagian belakang pendayung.
  • 22. 4.4 Rafting Rafting adalah sejenis aktiviti yang seiras dengan aktiviti berkayak tetapi lebih mencabar. Aktiviti rafting dilakukan dalam kumpulan. Aktiviti ini tidak dilakukan semasa air dalam keadaan tenang. „Water Rafting‟ adalah satu sukan yang amat mencabar fizikal dan mental. Aktiviti ini amat memerlukan kekuatan daya tahan yang maksimum. Sekiranya tidak, ia akan mendatangkan risiko kepada semua ahli kumpulan. Aktiviti ini digalakkan untuk dilakukan dengan pemerhatian jurulatih. 4.5 Abseiling Abseiling merupakan satu aktiviti menuruni satu kawasan tinggi ke kawasan yang rendah dengan menggunakan tali. Individu yang terlibat akan mengawal sendiri pergerakannya. Namun begitu, sebagai langkah keselamatan, jurulatih ataupun fasilitator akan bertanggungjawab membantu individu itu pada masa-masa kecemasan bagi mengelakkan kemalangan. Bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lebih lancar, peralatan yang sesuai dan ada jaminan kualiti sahaja yang boleh digunakan.
  • 23. 4.5.1 Alat-alat untuk melakukan aktiviti Abseiling ▪ Safety Helmet (Topi Keselamatan) Topi keselamatan digunakan sebagai pelindung kepala dan untuk menahan hentakan. Topi keselamatan ini bersifat ringan. ▪ Carabin (Karabina) Karabina digunakan sebagai alat penghantaraan untuk menyambung satu alat ke alat yang lain. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg. ▪ Pulley
  • 24. Pulley digunakan untuk mengurangkan keberatan bebanan. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan . Kemampuan bebanan bergantung pada kedudukan pulley. Maksimum bebanan adalah 2400kg. ▪ Figure of Eight Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitive pada hentakan. Alat ini juaga boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg bergantung kepada saiz dan pengeluar. ▪ Full Seat Harnes Alat ini digunakan untuk menyokong tubuh. Ianya diperbuat daripada nylon atau polyster.
  • 25. ▪ Juma @ Jammer Alat ini digunakan untuk menaik sahaja dan diperbuat daripada aloi (alloy) yang sangat sensitif pada hentakan. Alat ini boleh menampung beban seberat 2500kg hingga 3000kg. ▪ Stopper Alat ini digunakan untuk turun dan melakukan sebarang kerja di pertengahan tali. Ianya diperbuat daripada aloi(alloy) yang sensitif pada hentakan. ▪ Rack
  • 26. Alat ini digunakan untuk tujuan menurun sahaja. Alat ini diperbuat daripada aloi (alloy) yang sensitif pada hentakan. ▪ Sling Alat ini digunakan sebagai tali penghantaraan. Ia diperbuat daripada nylon atau polyster dan boleh menampung beban seberat 2000kg hingga 2200kg. ▪ Kernmantle Rope Tali lebih sesuai digunakan untuk permukaan yang tajam.
  • 27. 4.6 Snorkeling Pengertian dasar snorkeling adalah suatu teknik menikmati pesona keindahan dasar laut dengan menggunakan peralatan dasar selam berupa snorkle, fin (kaki katak) dan mask (kacamata renang). Snorkeling adalah kegiatan berenang atau menyelam dengan menggunakan peralatan berupa masker selam dan snorkel. Selain itu, penyelam sering mengenakan alat bantu gerak berupa kaki katak (sirip selam) untuk menambah daya dorong pada kaki. „Snorkel‟ adalah peralatan selam berupa selang berbentuk huruf „J‟ dengan pelindung mulut di bahgian hujung sebelah bawah. Alat ini berfungsi sebagai jalan masuk udara ketika bernafas dengan mulut tanpa harus mengangkat muka dari permukaan air. Pemandangan bawah air biasanya dapat dilihat sambil berenang dengan wajah menghadap ke permukaan air dan bernafas melalui snorkel. Selain menguasai cara bernafas dengan mulut melalui snorkel, kegiatan snorkeling tidak memerlukan kemahiran yang khusus. 4.6.1 Alatan-alatan yang digunakan untuk aktiviti Snokerling ▪ Snorkle atau alat bantu pernafasan Alat ini wajib dipunyai sendiri untuk membantu pernafasan. Cara pemakaian alat ini adalah dengan digigit pada mulut sehingga kita biasa bernafas melalui mulut.
  • 28. ▪ Mask atau kacamata selam Mask atau kacamata selam memudahkan penglihatan kita dalam air. Mask adalah alat yang menghalang air dari dimasuki mata. ▪ Fin atau kaki katak Fin atau kaki katak. Terdapat 2 model fin iaitu open whell dan close whell. 3.7 Flying fox Aktiviti Flying Fox juga dikenali sebagai Kubung Terbang. Aktiviti ini juga adalah salah satu aktiviti yang amat menyeronokan serta mampu menguji ketahanan mental peserta.
  • 29. Flying fox merupakan salah satu aktiviti yang dapat mewujudkan keyakinan diri dalam diri seseorang individu. Aktiviti ini kebiasaanya dilakukan secara individu. Peserta akan dibawa naik ke atas pelantar yang tinggi untuk melakukan aktiviti ini, Dengan menggunakan peralatan khusus yang disediakan, peserta akan menggelongsor turun ke bawah mengikut kecuraman tali. Peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini adalah peralatan yang digunakan untuk aktiviti abseiling seperti :- ▪ Tali statik ▪ Carabinar ▪ Helmet ▪ Full Harnest ▪ Figure of Height
  • 30. 5.0 Rumusan Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dapat mengembangkan tingkah laku positif serta hubungan sosial seseorang. Aktiviti rekreasi juga membantu meluaskan pengetahuan seseorang peserta tentang alam sekitar atau ruang lingkup kegiatan tersebut. Rekreasi dapat disimpulkan sebagai suatu kegiatan yang dilakukan sebagai pengisi waktu luang untuk sesuatu tujuan, di antaranya untuk kesenangan, kepuasan, penyegaran sikap dan mental yang dapat memulihkan kekuatan baik fizikal mahupun mental. Banyak nilai yang dapat diperoleh melalui aktiviti rekreasi dengan menggunakan dasar persekutuan. Ketegangan dapat dilepaskan dan kesihatan juga dapat dipertingkatkan. Selain itu, seseorang yang menyertai aktiviti rekreasi akan diselitkan dengan nilai keyakinan diri, bekerjasama, tolong-menolong, dan disiplin diri. Aktiviti rekreasi dapat membentuk personaliti seseorang. Misalnya, membentuk personaliti diri yang berkualiti seperti berdikari, berani dan yakin. Selain itu, aktiviti sebegini juga menyelitkan nilai kepimpinan dalam diri seseorang individu. Aktiviti rekreasi bersama kumpulan dapat melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan orang lain. Lantaran itu, penglibatan dalam rekreasi juga dapat memupuk sikap sosialisasi. Tamsilnya, seseorang peserta dapat melibatkan diri dengan aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sesebuah pihak dan memberi peluang kepada seseorang untuk mengenali orang lain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Aktiviti umpama ini dapat memberi pengalaman yang baru dan pelbagai kepada peserta. Disingkap dari aspek kelemahan, penglibatan dalam aktiviti rekreasi boleh mengundang kecelakaan. Contohnya, seseorang itu boleh menghadapi kecederaan semasa melakukan aktiviti lasak. Selain itu, seseorang boleh juga bersemuka dengan masalah seperti sesat dalam hutan, gunung atau taman negara. Secara rumusnya, pelbagai aspek perlu diambil kira semasa melakukan sesuatu aktiviti rekreasi. Kebaikan dan kelemahan sesuatu aktiviti perlu diberi perhatian sebelum dijalankan. Rentetan itu, aktiviti-aktiviti lasak perlu dilakukan dengan pemerhatian jurulatih atau dengan panduan yang diberikan oleh jurulatih. Peserta aktiviti sukan dan rekreasi perlu selalunya berhati-hati semasa rekreasi.