Contoh  soalan soalan  ptk fungsi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Contoh soalan soalan ptk fungsi

on

  • 8,710 reproducciones

 

Statistics

reproducciones

Total Views
8,710
Views on SlideShare
8,710
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
167
Comments
1

0 insertados 0

No embeds

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

Contoh  soalan soalan  ptk fungsi Contoh soalan soalan ptk fungsi Document Transcript

  • Contoh Soalan Soalan PTK (Kompetensi Fungsi) Perancangan Pengajaran Pembelajaran 1. Dalam proses memilih kandungan pelajaran bagi sesuatu topik, seorang guru harus berpandukan kepada (A) objektif implisit (B) objektif eksplisit (C) kesimpulan pelajaran (D) set induksi yang menarik 2. Dalam persediaan mengajar, objektif pengajaran mestilah ditulis dalam bentuk tingkah laku yang eksplisit. Pernyataan manakah memenuhi kriteria-kriteria objektif eksplisit? (A) Pelajar dapat mengkaji lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku (B) Pelajar memahami factor-faktor yang membawa kepada pencemaran alam sekitar (C) Pelajar dapat menghayati keindahan alam sekitar yang tanpa pencemaran alam sekitar (D) Pelajar dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya lima sebab pencemaran alam sekitar berlaku tanpa merujuk nota 3. Matlamat utama pembentukan kumpulan dinamis dalam bilik darjah ialah untuk (A) melahirkan individu yang sempurna dari segi social dan intelek (B) memberi peluang kepada guru supaya berinteraksi dengan murid (C) mewujudkan suasana bilik darjah yang sentiasa mesra dan aktif (D) memberi kuasa kepada pelajar supaya mereka dapat menunjukkan bakat dalam sesuatu pelajaran 4. Bagi menghasilkan satu perkembangan isi pelajaran yang baik, seorang guru seharusnya (A) menyampaikan maklumat secara berasingan (B) menitikberatkan isi sukatan pelajaran (C) memastikan isi pelajaran disediakan mengikut urutan yang logical (D) mengolah isi pelajaran dengan menumpukan kepada sekumpulan pelajar sahaja 5. Aspek-aspek utama yang harus diambil kira oleh seseorang guru semasa menyediakan rancangan pengajaran harian ialah I. hasil pembelajaran atau matlamat pengajaran II. pengetahuan sedia ada pelajar III. pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu topik IV. kemahiran guru dalam menyampaikan sesuatu topik V. kerjasama yang akan diperolehi daripada rakan guru (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) III, IV dan V sahaja (D) I, II, III dan IV sahaja 1
  • 6, Cikgu Alyne telah mengadakan perbincangan tentang jenis tumbuhan. Dalam komponen penutup beliau mengatakan kepada murid-muridnya. “ Hari ini kita telah mempelajari tentang epifit, saprofit dan parasit.” Cikgu Alyne telah menggunakan jenis penutup (A) afektif (B) social (C) kognitif (D) penilaian 7. Pembelajaran ketara antara pengajaran masteri dengan pengajaran kelas biasa ialah (A) pencapaian murid ialah berdasarkan kepada pengajaran guru (B) penggunaan jadual waktu anjal meningkatkan proses pengajaran pembelajaran (C) pengajaran pembelajaran adalah satu proses interaksi sehala antara guru dan murid (D) penguasaan kemahiran awal perlu ditentukan sebelum berpindah ke kemahiran lain 8. Ciri-ciri pembelajaran koperatif merangkumi I. kepentingan diri II. kepimpinan berkongsi III. kemahiran social dipupuk IV. saling pergantungan positif V. tiada peninjauan perkembangan kumpulan (A) I, II dan IV sahaja (B) I, III dan V sahaja (C) II, III dan IV sahaja (D) III, IV dan V sahaja 9. • Cikgu Siti memberi aktiviti kumpulan dan murid-muridnya menjalankan aktiviti • Murid-murid bertanggungjawab tentang hasil pembelajaran sendiri dan kumpulan • Cikgu Siti sebagai fasilitator • Murid-murid berinteraksi secara baik dengan ahli-ahli dalam kumpulan • Murid-murid sedar bahawa mereka perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran 2
  • Berdasarkan ciri-ciri yang dikemukakan di atas, Cikgu Siti telah melaksanakan kaedah (A) kelas (B) koperatif (C) inkuiri penemuan (D) pembelajaran kendiri 10. Teknik sumbangsaran merupakan teknik yang disaran dalam pelaksanaan KBSR kerana ia dapat I. menyelesaikan keperluan aktiviti pengayaan II. melatih murid menerima pendapat orang lain III. menekankan aspek peneguhan dalam sesi pembelajaran IV. memindahkan focus dari pengajaran kepada pembelajaran V. membatu murid mendekati sesuatu masalah dari beberapa sudut (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 11. Cikgu Milly menggunakan strategi main peranan ketika mengajar satu satu unit pelajaran dalam mata pelajara Geografi. Tujuan-tujuan main peranan adalah seperti berikut kecuali (A) menyediakan murid menghadapi masalah social pada masa depan (B) menyediakan peluang bagi murid memperkukuhkan kemahiran pertuturan (C) membolehkan murid mengambil alih peranan guru bagi satu atau dua waktu (D) menyediakan peluang bagi murid melahirkan perasaan mengikut watak secara spontan 12. Dalam pengajarannya Cikgu Siti telah memandu pelajar belajar melalui proses mencari maklumat, membina hipotesis, menguji hipotesis, membuat penilaian dan membuat rumusan. Strategi pengajaran tersebut ialah (A) projek (B) tunjuk cara (C) penyelesaian masalah (D) pengajaran berpasukan 13. Semasa mengajar, Cikgu Manisah telah mewujudkan satu situasi yang menyerupai keadaan sebenar, dengan tujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah dikenali sebagai kaedah (A) simulasi (B) tunjuk cara (C) sosiometrik (D) sumbangsaran 14. Semasa mengajar tentang penggunaan kata adjektif guru akan memberi contoh- 3
  • contoh penggunaan kata-kata tersebut. Kemudian guru membimbing pelajar membuat rumusan. Strategi pengajaran ini ialah (A) deduktif (B) induktif (C) sesi buzz (D) perbincangan 15. Sesi buzz sesuai digunakan untuk pelajar sekolah untuk sekolah menengah kerana kaedah tersebut I. menekankan penyiasatan yang sistematik II. memupuk semangat bekerjasama antara ahli kumpulan III. memperkembangkan daya pemikiran dan kemahiran psikomotor IV. mengalakkan pelajar mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber V. meningkatkan kebolehan berkomunikasi dan menilai pandangan orang lain (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 16. Kejayaan menggunakan teknik simulasi dalam pengajaran pembelajaran bergantung kepada I. prestasi pelakon II. reaksi penonton III. tunjuk ajar guru IV. persediaan yang rapi V. skrip yang menarik (A) I dan II sahaja (B) I dan IV sahaja (C) II,III dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 17. Untuk mengajar topik “ Keperluan Tumbuh-tumbuhan”, seorang guru telah mencadangkan pelajar-pelajar melalui kaedah projek (A) tujuan perancangan pelaksanaan penilaian (B) perancangan pelaksanaan tujuan penilaian (C) perancangan tujuan penilaian pelaksanaan (D) pelaksanaan penilaian perancangan tujuan 18. Dalam proses pengajaran di bilik darjah, guru perlu meningkatkan daya pengamatan dan penanggapan murid. Dalam usaha tersebut guru boleh menggunakan I. teknik hafazan secara latih tubi II. kaedah syarahan dalam kumpulan besar III. pengetahuan sedia ada murid 4
  • IV. kaedah induktif dan penemuan V. bahasa yang mudah difahami (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 19. Seorang guru yang ingin mengadakan satu permainan bahasa dalam pengajaran bahasa Malaysia. Kelasnya terdiri enam kumpulan, tetapi bilangan set permainan tidak mencukupi. Langkah sesuai yang boleh diambil oleh guru itu untuk mengendalikan permainan tersebut tanpa menimbulkan masalah disiplin bilik darjah ialah I. menjelaskan peraturan permainan II. memberi latihan bertulis yang berkaitan kepada kumpulan tanpa set permainan III. menetapkan giliran bermain bagi setiap kumpulan IV. menambahkan bilangan murid di dalam sesuatu kumpulan supaya bilangan kumpulan bertambah kecil V. menyuruh murid yang selesai membuat latihan memerhati kumpulan yang bermain (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) I, III dan IV sahaja (D) II, Iv dan V sahaja 20. Pendekatan induktif akan berkesan sekiranya pelajar diminta (A) merumuskan fakta dan prinsip dari contoh-contoh yang diberi dalam situasi (B) menyatakan idea-idea utama daripada perkara yang telah dipelajari (C) membuat pemerhatian dari segi persamaan dan perbezaan (D) mengkelaskan dan menyusun contoh-contoh mengikut prinsip yang telah dipelajari 21. Strategi perbincangan yang dilaksanakan dengan teratur dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat. Langkah yang boleh diambil oleh guru supaya muridnya dapat berbincang dengan berkesan ialah I. menegur murid yang aktif II membimbing tentang teknik perbincangan III mewujudkan suasana yang agak senyap IV. menjelaskan tajuk yang akan dibincangkan V. menggalakkan murid memberi pendapat secara bebas (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) II, IV dan V sahaja 22. Pelajar diminta simulasikan satu situasi disebuah pasar malam sebagai 5
  • pengunjung, penjual dan pembeli. Tujuan diadakan aktiviti tersebut ialah untuk i. melatih kemahiran bertutur ii. membiasakan pelajar dengan alam perniagaan iii. mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan iv. membina pemikiran yang kritis v. mengurangkan kerumitan memahami sesuatu konsep (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) I, III dan V sahaja (D) II, IV dan V sahaja 23. Semasa seorang guru mengajar pelajar Tingkatan 4 tajuk “ Pencegahan Penyalahgunaan Dadah”, kaedah sesi buzz digunakan. Pilihan kaedah perbincangan ini adalah sesuai dan berkesan kerana i. pelajar mendapat kepuasan, idea mereka diterima tanpa penghakiman ii. setiap kumpulan dapat membincangkan aspek yang berlainan iii. pelajar berpeluang menyuarakan pendapat mereka iv. pelajar dapat menjalankan aktiviti tanpa penglibatan guru v. pendapat pelajar dapat dirumuskan oleh guru (A) I, II dan IV sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) II, IV dan V sahaja 24. Antara pernyataan berikut, manakah yang menjelaskan implikasi FPK terhadap perkembangan kurikulum? (A) Perubahan budaya sekolah ke arah penilaian kendiri (B) Perubahan sukatan pelajaran berorientasikan program bersepadu (C) Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk budaya ilmu (D) Perubahan kemudahan fizikal sekolah untuk mengembangkan potensi pelajar 25.Dalam melaksanakan KBSR dan KBSM, perlu diberi tumpuan kepada aspek penguasaan kemahiran asas, kemahiran generic, penerapan nilai dan pendidikan umum. Amalan tersebut menepati konsep (A) penyerapan (B) kesepaduan (C) kesinambungan (D) merentasi kurikulum 26. KBSR dan KBSM dibentuk berlandaskan kehendak dan keperluan individu, 6
  • masyarakat dan negara. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah merupakan tujuan khusus KBSM? (A) Menguasai kemahiran asas bahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis (B) Mendidik pelajar-pelajar supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran hidup (C) pengetahuan, kefahaman, minat dan kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar (D) Guru boleh membantu pelaksanaan kurikulum secara desentralisasi dengan 27. Inovasi kurikulum memerlukan guru yang sanggup dan boleh melakukan perubahan. Apakah cirri-ciri yang perly diamalkan oleh guru dalam menghayati perubahan kurikulum? i. Menggalakkan fikiran terbuka dan tidak defensif ii. Mengukuhkan kebiasaan dan identity diri iii. Sanggup menghadapi cabaran iv. Boleh menganalisis dan mengubah suai v. Menerima perubahan berlandaskan kebolehan diri (A) I, II dan III sahaja (B) I, III dan IV sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 28. Pengalaman pembelajaran yang terhasil di sekolah secara tidak diduga dan tanpa dirancang boleh dikategorikan sebagai kurikulum (A) ideal (B) tersirat (C) tersurat (D) formal 29. Pernyataan yang manakah paling tepat untuk menjelaskan Teori Humanis? (A) Pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu (B) Pembelajaran berlaku dengan lebih baik apabila guru merancang banyak aktiviti (C) Pembelajaran arah kendiri akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih bermakna (D) Setiap peringkat pembelajaran pembelajaran mesti disesuaikan dengan peringkat perkembangan kognitif pelajar 30. Sekiranya seorang guru ingin membentuk tingkah laku yang diingini di kalangan pelajarnya, prinsip peneguhan Skinner boleh digunakan iaitu (A) sentiasa memberi ganjaran kepada muridnya (B) sekali sekala memberi ganjaran kepada muridnya (C) memberi ganjaran kepada murid yang tertentu sahaja (D) memberi ganjaran untuk setiap langkah positif yang dilakukan oleh muridnya 31. Mengikut teori pelaziman operan Pavlov guru harus menekankan (A) pengembangan potensi pelajar (B) pembelajaran dari am kepada khusus (C) rangsangan dalam proses pembelajaran (D) suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan 7
  • 32. Rama putus asa kerana tidak dapat menghasilkan karangan yang baik walau pun dia mencuba berkali-kali. Cara yang paling berkesan yang boleh digunakan untuk membantu Rama berlandaskan prinsip peneguhan yang dikemukakan oleh Skinner ialah dengan (A) memberi latihan dalam penulisan karangan yang pelbagai (B) menjelaskan langkah-langkah dalam penulisan karangan (C) memberi ganjaran bagi setiap langkah yang menuju kepada jawapan karangan yang baik (D) mengaitkan tajuk karangan dengan pengalaman Rama 33. Mengenal pasti masalah Menguji hipotesis Mengkaji masalah serta membentuk hipotesis Membuat penilaian Membuat rumusan Langkah- langkah menepati langkah-langkah teori pembelajaran (A) Dapatan Bruner (B) Celik akal Kohler (C) Pelaziman Skinner (D) Peniruan Bandura 34. Teori Pelaziman Thorndike terkenal untuk eksperimen dengan kucing. Teori beliau mengutamakan pembelajaran berdasarkan (A) peniruan (B) penemuan (C) penerimaan (D) rangsangan 35. Jadual di bawah menunjukkan beberapa teori pembelajaran yang penting pendekatan masing-masing. Yang manakah antaranya menunjukkan kombinasi yang betul. I. Gagne – Teori pembelajaran penemuan II. Bruner - Teori pembelajaran pelaziman III. Ausubel – Teori pembelajaran dapatan IV. Bandura – Teori pembelajaran peniruan (A) I (B) II (C) III (D) IV 36. Salah satu implikasi Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ialah 8
  • (A) murid-murid dimotivasikan secara ekstrinsik. (B) murid-murid digalakkan belajar dan bekerja secara individu. (C) murid-murid belajar melalui kaedah main peranan dalam kumpulan. (D) murid–murid memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran. 37. Apabila loceng dibunyikan, murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah. Mulai tahun ini, rutin tersebut telah diberhentikan. Walaupun begitu, murid tetap beratur seperti biasa. Situasi di atas merupakan prinsip pelaziman yang dikemukakan oleh (A) Pavlov. (B) Skinner. (C) Watson. (D) Thorndike. 38. Mengenalpasti masalah ----- Merancang strategi pembelajaran ----Mengumpul maklumat yang berkaitan ------ Langkah Y ------Membuat generalisasi Dalam proses menjalankan inkuiri, langkah Y ialah (A) . Menentukan langkah-langkah penyelesaian (B). Mengkaji dan menganalisis maklumat (C ) Membuat pemerhatian ke atas persekitaran (D) Menentukan kaedah penyelesaian 40. • Pelajar akan belajar perkara yang ingin dipelajari • Pelajar melakukan penilaian kendiri kerana hal ini lebih bermakna kepadanya • Pelajar berasa pembelajaran lebih berkesan jika tidak berasa terancam Ciri-ciri Pembelajaran di atas merupakan prinsip teori pembelajaran (A) Kognitif (B) Sosial (C) Behaviouris (D) humanis 41. Salah satu implikasi teori konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ialah (A) pelajar digalakkan belajar dan melaksana tugas secara individu (B) pelajar dimotivasikan untuk belajar secara ekstrinsik (C) pelajar belajar melalui simulasi dalam kumpulan (D) Pelajar memainkan peranan utama dalam membina makna dalam pembelajaran 42. Tindakan yang menunjukkan aplikasi Teori Behaviourisme Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran adalah (A) mendenda pelajar yang tidak menyiapkan latihannya (B) memberi pujian setiap kali pelajar dapat menjawab soalan dengan betul (C) memberi latihan tambahan kepada pelajar yang telah mempelajari konsep (D) berhentikan ganjaran kepada pelajar yang sudah dapat menyempurnakan tugas 9
  • 43. Teori pembelajaran sosial mencadangkan guru menggunakan kaedah pengajaran (A) pemerosesan maklumat (B) lawatan sambil belajar (C) Melaksanakan projek dalam kumpulan (D) demonstrasi dengan contoh-contoh yang sesuai Penilaian 44. Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) dilaksanakan untuk mendapat gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PKS guru dapat I menggalakkan penilaian kendiri II menekankan perkembangan sekolah III mengetahui keberkesanan pengajaran guru IV mengesan perkembangan murid secara menyeluruh V menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta (A) I, II dan IV sahaja. (B) I, III dan IV sahaja. (C) II, III dan V sahaja. (D) III, IV dan V sahaja. 45. Keobjektifan pemarkahan jawapan esei boleh dicapai dengan memeriksa secara (A) analitik → holistik → calon demi calon. (B) holistik → analitik → calon demi calon. (C) analitik → holistik → soalan demi soalan. (D) holistik → analitik → soalan demi soalan. 46. Setelah satu semester, Cikgu Abdul mengajar mata pelajaran Matematik , beliau membuat perbandingan pencapaian murid-muridnya. Cikgu Abdul menilai prestasi murid berdasarkan (A) ujian rujukan norma (B) ujian rujukan criteria (C) ujian diagnostik (D) ujian formatif 47. UPSR dianggap sebagai penilaian sumatif kerana ujian ini dapat 10
  • (A) mengesan punca kelemahan untuk tujuan pemulihan (B) menghasilkan keputusan untuk penggredan murid (C) mengukur tingkah laku kognitif, psikomotor dan afektif (D) mengukur kemajuan murid dari semasa ke semasa 48. Setelah mengajar tajuk “ Perusahaan Perikanan di Malaysia” guru memberi ujian untuk mengetahui pemahaman muridnya terhadap tajuk itu. Ujian ini ialah jenis (A) sumatif (B) formatif (C) saringan (D) diagnostik 49. Kriteria utama yang membezakan soalan objektif dengan soalan subjektif ialah (A) peruntukan masa (B) cara pemarkahan (C ) cara pentadbiran (D) cara memberi arahan 50. PKBS bertujuan menilai pencapaian murid dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Cara yang paling sesuai untuk menilai aspek afektif ialah melalui (A) pemerhatian (B) hasil kerja (C) rekod profil (D) ujian kertas pensel 51. Cikgu Riseta hendak memberi ujian kepada kelasnya. Langkah-langkah untuk menyediakan sesuatu soalan ialah I. memilih isi ujian II. menentukan objektif ujian III. membentuk soalan IV. menentukan aras kesukaran (A) I, II , III dan IV (B). I, III, IV dan IV (C ) II, I, III dan IV (D) II, I, IV dan III 52. Penilaian portfolio bertujuan untuk I. mendokumentasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa melaksanakan tugasan II. menganalisis dan menilai perkembangan serta arah pemikiran pelajar III. memberi peluang guru membuat penilaian secara objektif IV. memberi maklum balas perkembangan pelajar dari semasa ke semasa V. menunjukkan hasil tugasan pada peringkat akhir kepada guru (A) I , II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 11
  • 53. Setelah mengajar tentang operasi tambah yang melibatkan tiga digit, Cikgu Minah mentadbir satu ujian kepada pelajar-pelajarnya untuk memastikan mereka menguasai konsep operasi tambah itu. Cikgu Minah menilai prestasi pelajar berdasarkan ujian jenis (A) rujukan norma (B) rujukan criteria (C) objektif (D) aptitud 54. Cara penilaian yang sesuai di gunakan untuk menilai semua aspek tersenarai dibawah ialah ii. hasil kerja yang sebenar iii. kecekapan membuat refleksi iv. perkembangan pemikiran pelajar v. tahap kerjasama antara pelajar vi. koleksi bahan-bahan yang relevan (A) pemerhatian (B) portfolio (C) ujian amali (D) ujian prestasi 55. Bidang afektif dalam KBSM boleh dinilai melalui I. lembaran kerja II. soal selidik III. ujian kertas pensel IV. sesi temubual V. pemerhatian (A) I, II dan IV sahaja (B) I, III dan V sahaja (C ) II, III dan IV sahaja (D) II, IV dan V sahaja 56. Penilaian dimaksudkan sebagai satu proses (A) menentukan bentuk ujian sesuai dengan perkara yang hendak diukur (B) membandingkan kandungan mata pelajaran dengan soalan-soalan dalam sesuatu ujian (C) menyediakan prosedur yang sistematik bagi mengukur sebahagian aspek tingkah laku murid (D) mengumpul maklumat untuk memperolehi maklumat bagi membuat pertimbangan, keputusan dan tindakan 57. Portfolio dibina oleh pelajar bagi tujuan menilai kemajuan, pencapaian dan sikap pelajar dalam satu –satu bidang pembelajaran. Antara pernyataan berikut yang manakah bukan prinsip portfolio? (A) Portfolio diusahakan oleh pelajar agar mempertingkatkan dirinya (B) Maklumat dimasukkan ke dalam portfolio secara beransur-ansur 12
  • (C) Bahan dalam portfolio boleh berubah dari semasa ke semasa (D) Penilaian portfolio hanya dibuat pada penghujung setiap semester 58. Cikgu Maimunah mengambil alih kelas Matematik Tingkatan Dua kerana guru Matematik kelas tersebut telah bersara. Beliau telah mengadakan ujian pada hari pertama memasuki kelas itu. Tujuan utama ujian tersebut adalah (A) membuat kajian tingkah laku pelajar (B) memotivasikan pembelajaran pelajar (C) mengetahui pembelajaran lampau (D) mengesan masalah pembelajaran di kalangan pelajar 59. Dalam penggubalan soalan peperiksaan, guru hendaklah menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian. Kepentingan bagi guru menyediakan JSU adalah i. menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian ii. menjadi panduan kepada pembinaan soalan iii. memastikan ujian tidak dibina secara sembarangan iv. menentukan taraf kesukaran soalan yang berbeza dari tahun ke tahun v. membolehkan ujian dibina oleh penggubal soalan yang tertentu sahaja (A) I, II dan III sahaja (B) I, II dan IV sahaja (C) II, III dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 60. Cikgu Sunny merancang untuk memberi satu ujian berbentuk subjektif kepada muridnya pada hujung semester ini. Pernyataan manakah menunjukkan kelebihan ujian berbentuk subjektif? I. mampu menguji bidang yang luas II. mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi III. berupaya mengurangkan fenomena teka meneka IV. sesuai menggalakkan murid berfikir secara kreatif V. menguji peringkat kognitif yang lebih tinggi iaitu sintesis dan penilaian (A) I, dan II sahaja (B) I, II dan III sahaja (C) II, IV dan V sahaja (D) III, IV dan V sahaja 61. Seseorang guru ditugaskan untuk memeriksa skrip soalan subjektif untuk kertas peperiksaan Geografi SPM. Untuk menjamin ketekalan dalam memberi markah, guru hendaklah memeriksa secara I. analitik I. holistic II. menyeluruh III. calon demi calon IV. soalan demi soalan 13
  • (A) I, dan II sahaja (B) I dan IV sahaja (C) II, III dan IV sahaja (D) III, IV dan V sahaja 62. • Kebanyakan hasil dipilih oleh pelajar. • Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi. • Koleksi ini mengandungi catatan, lakaran, draf awal dan hasil akhir. Pernyataan di atas merujuk kepada (A) portfolio fail. (B) portfolio kerja. (C) portfolio jurnal. (D) portfolio menu. Pengetahuan dan Kemahiran Panitia Mata Pelajaran 63. Setiap guru mata pelajaran perlu menyertai dalam semua mesyuarat dan aktiviti panitia dengan tujuan (A) memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan umum (B) Mewujudkan semangat kerjasama di antara guru dengan pelajar sekolah (C) menggunakan strategi-strategi mengajar yang ditentukan oleh ketua panitia (D) memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran 64. Mesyuarat Panitia matapelajaran perlu dijalankan untuk menyelaraskan pelaksanaan matapelajaran antara ahli-ahli panitia. Mesyuarat harus dijalankan (A) sekurang-kurangnya sekali sepenggal (B) sekurang-kurangnya dua kali sepenggal (C) mengikut kehendak guru besar pada awal tahun (D) berdasarkan penentuan oleh ketua panitia dengan ahli-ahli kumpulan 65. Dalam organisasi sekolah ketua panitia memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi (A) membincangkan sukatan pelajaran dengan ketua panitia lain (B) membuat perancangan tentang pewujudan persekitaran belajar sekolah (C) melaporkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi untuk diselesai oleh guru besar (D) mengesyorkan segala cadangan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran Aktiviti Ko Kurikulum 66. Minit mesyuarat jawatankuasa yang ketiga perlu disahkan sebelum meneruskan 14
  • agenda lain dalam mesyuarat keempat. Siapakah yang boleh mencadangkan pengesahan minit mesyuarat jawatankuasa yang ketiga? (A)Semua ahli jawatankuasa persatuan. (B)Pengerusi, setiausaha dan bendahari sahaja. (C)Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat yang ketiga. (D)Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat yang keempat. 67. Minit mesyuarat jawatankuasa yang lalu perlu disahkan sebelum meneruskan agenda lain dalam mesyuarat ini. Siapakah yang boleh mencadangkan minit mesyuarat tersebut disahkan? (A) Ahli-ahli yang hadir pada mesyuarat lalu (B) Ahli –ahli yang hadir pada mesyuarat ini (C) Semua ahli jawatankuasa persatuan tersebut (D) Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari persatuan 68. Bendahari persatuan telah berpindah ke sekolah lain dan seorang bendahari baru telah dilantik. Proses penukaran tandatangan di bank perlu disertai perkara-perkara yang berikut. I Buku akaun bank II Contoh tandatangan bendahari baru III Contoh tandatangan bendahari lama IV Pengesahan yang dibuat oleh pengetua sekolah V Minit mesyuarat jawatankuasa yang melantik bendahari baru (A) I, II dan III sahaja. (B) II, III dan IV sahaja. (C) II, IV dan V sahaja. (D) III, IV dan V sahaja. 69. Akaun persatuan kokurikulum boleh dibuka di mana-mana bank dengan syarat (A) bendahari persatuan sahaja yang boleh membuka akaun (B) proses pengeluaran dilakukan oleh bendahari persatuan (C) borang yang diisikan dan ditandatangani Pengetua (D) keputusan pembukaan akaun ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja 70. Penubuhan bidang-bidang kokurikulum bergantung kepada peraturan sekolah. Faktor-faktor lain yang menentukan penubuhan bidang –bidang tertentu adalah spt berikut kecuali (A) minat pelajar (B) guru yang terlatih (C) kemudahan fizikal (D) pemilihan ibu bapa 71. Pernyataan yang manakah antara berikut prinsip pelaksanaan kokurikulum di sekolah? 15
  • (A) Melengkapkan bidang akademik pelajar (B) Mengukuhkan ilmu pengetahuan pelajar (C) Menggalakkan penyertaan pelajar (D) Meningkatkan inovasi pelajar Pengetahuan dan Kemahiran Pembangunan Sahsiah Murid 72. Dari pengurusan disiplin murid, ganjaran mempunyai kelebihan daripada hukuman kerana (A) ganjaran lebih bertindak sebagai pencegah masalah (B) hukuman menyangkalkan hasrat sekolah penyayang (C) hukuman dapat menyesuaikan disiplin dalaman dan luaran (D) ganjaran menggalakkan dan mengekalkan moral yang tinggi 73. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan secara bersemuka antara seorang kaunselor dengan kliennya. Apakah peranan kaunselor dalam perhubungan tersebut? (A) Memberi nasihat kepada klien supaya akur dengan kaunselor. (B) Menentukan masalah klien oleh kaunselor agar dapat diselesaikan bersama- sama. (C) Membantu klien memahami masalah supaya dirinya dapat mengatasi masalah tersebut. (D) Memberi keputusan dan menentukan tindakan yang mesti diambil bagi mengatasi masalah tersebut. 74. Sebagai seorang kaunselor, anda berhadapan dengan seorang pelajar yang memaparkan ciri-ciri di bawah. Pelajar W: • Susah memproses maklumat • Malas Belajar • Masalah Mengingat • Kurang minat dalam pelajaran Pelajar W boleh dikategorikan sebagai pelajar yang menghadapi masalah (A) komunikasi. (B) tingkah laku. (C) pembelajaran. (D) kerencatan akal. 75. Manakah antara langkah yang diambil oleh guru merupakan langkah yang paling sesuai bagi mengurangkan tingkah laku distruktif pelajar? (A) Menerapkan nilai-nilai murni (B) Menghukum serta mendenda (C) Memberi bimbingan dan kaunseling (D) Mengajar cara mengawal perasaan marah 76. Di sebuah sekolah, terdapat poster-poster yang mempamerkan perkataan – perkataan seperti “Jangan buang sampah merata-rata” dan “Jaga kebersihan sekolah kami.” Lantaran itu, persekitaran sekolah menjadi bersih dan ceria. 16
  • Jenis disiplin yang dipaparkan oleh murid-murid sekolah ini dalam mengendahkan poster-poster tersebut merupakan disiplin arahan (A) diri. (B) guru. (C) kerja. (D) kumpulan. 77. Cikgu Jamit ingin meningkatkan motivasi kendiri muridnya dengan menggunakan beberapa cara pengubahsuaian. Cara-cara yang boleh digunakan ialah I hukum II denda III kognitif IV pengurusan diri V proses pembiasaan (A) I dan II sahaja (B) II dan III sahaja (C) III dan IV sahaja (D) IV dan V sahaja Pengurusan Hal-Hal Rutin Kelas/Murid 78. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat (A) mengurangkan beban mengajar guru (B) mengenal pasti pelajar yang lemah dalam pembelajaran (C) mengawal pelajar yang berkelakuan kurang baik (D) mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan 79. Pengurusan rutin bilik darjah perlu diberi perhatian kerana ia dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Langkah yang paling sesuai untuk memudahkan pengurusan bilik darjah ialah (A) semua rutin bilik darjah disempurnakan sebelum pengajaran bermula (B) melibatkan pelajar dalam sebahagian daripada tugas-tugas rutin bilik darjah (C) menjalankan tugas-tugas rutin bilik darjah pada waktu lapang (D) semua rutin bilik darjah dilaksanakan pada akhir waktu sekolah 80. Antara tugas-tugas berikut, aktiviti yang manakah merupakan rutin bilik darjah? I. Mengutip yuran sekolah II. Menanda jadual kedatangan pelajar III. Menjalankan aktiviti unit beruniform IV. Melawat pelajar yang sakit di hospital V. Melengkapkan rekod kemajuan dan prestasi pelajar (A) I,II dan V sahaja (B) I,III dan IV sahaja 17
  • (C) II,III dan IV sahaja (D) III,IV dan V sahaja 81. Untuk memastikan bahawa peraturan–peraturan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka peraturan-peraturan hendaklah I dinyatakan dengan jelas II tidak diubah sehingga akhir tahun III menjamin autoriti guru di dalam bilik darjah IV disenaraikan secara ringkas dan sistematik V ditentukan dan dipersetujui secara demokratik (A) I, II dan III sahaja. (B) I, IV dan V sahaja. (C) II, III dan IV sahaja. (D) III, IV dan V sahaja. Pekeliling Ikhtisas 82. Di antara ciri-ciri organisasi dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 tentang Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran,, aspek manakah yang perlu diberi perhatian oleh Pengetua/Guru Besar dalam penyeliaan pengajaran-pembelajaran (A) iklim kelas (B) isi kandungan (C) persediaan bahan pengajaran (D) penyampaian isi pelajaran 83. Tujuan proses penyeliaan pengajaran pembelajaran oleh pengetua/guru besar adalah berikut kecuali (A) berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru-guru (B) mendapat maklumat yang tertentu untuk berbincang dengan guru (C) mengesan kesilapan yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran (D) mempertingkatkan prestasi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah 84. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran, peranan utama panitia adalah berikut kecuali (A) menentukan jadual waktu untuk matapelajaran (B) menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (C) memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia (D) menyediakan rancangan mengajar dalam tahun persekolahan. 18