1. Lihatlah Header yang dibina dengan
tajuk ‘How to Get 1 million Visitors
without paying a dime in advertising’
Kaedah (P)Perhatian digunakan di
sini. Dengan tajuk tersebut, sudah
pasti membuatkan pengunjung
sekurang-kurangnya ingin tahu
bagaimana cara untuk mendapatkan 1
juta pengunjung. PERKATAAN 1
JUTA BERJAYA MENCURI
PERHATIAN PENGUNJUNG.
Imej kedua menjadi (T)Tarikan
kepada pengunjung. Ia cuba menarik
perhatian dengan bertanya kepada
anda dengan masalah yang biasa anda
miliki. Jika soalan ini adalah sama
dengan masalah pengunjung, pastinya
pengunjung akan terus membaca
laman web ini.
Dengan soalan seperti ini, ia akan
mula menarik pengunjung kerana
masalah ini pernah berlaku kepada
pengunjung tersebut
Setelah 2 peringkat ini berjaya
menawan hati pengunjung, peringkat
seterusnya adalah menimbulkan
(K)Keinginan pengunjung. Ayat-
ayat seperti ‘if you are a person who
NO advertising budget,…….’
bertujuan untuk menjadikan
pengunjung ingin tahu lebih
mendalam tentang apa yang
ditawarkan.
Borang (form) yang disediakan
bertujuan untuk mendapatkan
maklumat email pengunjung yang
hanya berminat sahaja.
Maka dengan cara ini, anda hanya
akan menumpukan perhatian dengan
pengunjung yang berpotensi besar
untuk bertukar kepada pembeli.
2. Jika pengunjung sudah berminat dan
yakin dengan produk/perkhidmatan
yang disediakan, sudah tentu
pengunjung akan membelinya.
T(Tindakan) dibina dengan cara
meletakkan pautan ‘Instant
Download’ yang mana akan
membawa pengunjung kepada borang
belian.
Di samping itu, pengunjung terus
diyakinkan dengan (K)Kredibiliti
laman web ini.
Gambar-gambar kejayaan diletakkan
untuk membuktikan bahawa tuan
punya laman web ini benar-benar
berjaya dengan teknik yang
diajarnya.
Dengan cara ini kredibiliti dapat
dibina. Kredibiliti hendaklah dibina
sepanjang masa di dalam 4
sebelumnya.
Inilah sebenarnya cara yang paling
berkesan untuk mempromosikan
laman web perniagaan.
Semua maklumat dimasukkan di
dalam satu helaian sahaja. Menu-
menu yang disediakan adalah cuma
memautkan dengan isi kandungan
yang tertentu mengikut bahagian
PTKTK.