SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
KKD 2063
                              PEMBANGUNAN SAHSIAH



                                 RUMUSAN JURNAL
                      KECERDASAN EMOSI, LIMA DIMENSI

                             PERSONALITI DAN KEJAYAAN

          AKADEMIK CALON-CALON GURU DALAM PENDIDIKAN
                                     JASMANI

      NUR SHAFIZA BT ISMAIL                       D20111048998
      muhammad asraf bin wazir                    D20111049021
      wan faiq fikri bin wan abdul rahman         D20111049156
      zalia fatin bt zaini                        D20111048113
      adliah bt drani                             D20111048112
      syarafina nadiah bt shaharin                  D20111048110



1.0   PENGENALAN
Tajuk jurnal yang ingin dibincangkan di sini ialah ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi
Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’. Jurnal ini
adalah ditulis oleh Serdar Tok dan Suleyman L. Morali daripada Ege University, Bornova, Izmir,
Turki. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi dan lima dimensi
personaliti dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran
Pendidikan Jasmani Gred 4 di Turki yang berumur di antara 23 tahun sehingga 32 tahun.
       Personaliti adalah merupakan gambaran keseluruhan tentang tingkah laku yang tersusun
di mana ia boleh meramalkan apa yang akan dilakukan oleh seseorang individu secara luaran
mahupun dalaman. Personaliti adalah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu seperti
kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara tertentu. Menurut Eysenck
(1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak stabil dan berkekalan
dari segi ciri-ciri emosi, fizikal dan intelek seseorang individu yang berupaya menentukan
penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini adalah menekankan kepada trait
iaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan. Apabila trait ini dikumpulkan, ia akan menjadi ‘type’
dan dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang
kepada ‘type’ personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi trait di mana
tingkah laku akan dibentuk.
       Skop kajian adalah berkisar tentang kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti.
Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasan
emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi (EI)
yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa
bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas
tentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Terdapat lima dimensi
personaliti yang diutarakan dalam jurnal ini iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan
Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan
Neurotisme (Neuroticism) yang menjadi unsur dalam mengkaji faktor-faktor penentu kejayaan
akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.


2.0    RUMUSAN JURNAL
Nama penulis jurnal ialah Serdar Tok dan Suleyman L. Morali. Tajuk jurnal ialah
‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru
dalam Pendidikan Jasmani’. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI)
dan lima dimensi personaliti bagi menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam
Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun
sehingga 32 tahun di Turki. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah yang memerlukan
calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi
Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan kualiti
seseorang guru berdasarkan personaliti.
       Berdasarkan kajian sebelum ini, jangkaan psikologi tentang kejayaan akademik guru
sebahagian besarnya adalah bertumpu terhadap faktor kognitif seperti tahap kecerdasan minda
atau IQ seseorang guru. Kajian ini telah menunjukkan hubungan antara IQ dan kejayaan
akademik guru dari tahap rendah sehingga sederhana. IQ mempunyai keupayaan yang terhad
kepada sebahagian kejayaan akademik guru. Kekurangan keupayaan untuk menjelaskan
kejayaan akademik guru menunjukkan bahawa faktor-faktor selain daripada keupayaan kognitif
boleh menyumbang kepada pemahaman kejayaan akademik guru. Keputusan menunjukkan
bahawa kejayaan akademik calon-calon guru adalah paling berkaitan dengan sikap kehematan
(Conscientiousness). Sikap kehematan inilah yang dapat meramalkan dalam nilai yang besar
ke atas prestasi calon-calon guru yang menjadi peserta dalam kajian ini.
       Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu
kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Konstruk psikologi yang terkini dan popular
yang dianggap sebagai peramal kemungkinan pencapaian akademik calon-calon guru adalah
kecerdasan emosi (EI). Cherniss, Extein, Goleman dan Weissberg (2006) mendakwa wujudnya
pertindihan dalam kalangan model EI dan dalam semua model yang mengenal pasti bahawa EI
adalah melibatkan dua komponen iaitu kesedaran dan pengurusan emosi diri individu serta
kesedaran dan pengurusan emosi orang lain. Hasil daripada beberapa kajian telah menunjukkan
bahawa sifat EI mungkin konstruk sah dalam ramalan kepuasan hidup, aduan somatik dan
gaya peniruan.
Selain itu, kajian ini selari dengan kajian Noriah et al (2003) yang mendapati bahawa
domain kerohanian dan kematangan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kecerdasan
emosi (EI) seseorang individu. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi adalah lebih
berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadap
pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajar
mereka daripada pelajar masing-masing.
       Idea kedua yang banyak menarik perhatian sebagai peramal kejayaan akademik
calon-calon guru ialah lima dimensi personaliti. Lima dimensi personaliti tersebut ialah
Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi
(Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Keputusan yang
sama diperolehi oleh Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan
di antara prestasi IQ, disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness
dan Agreeableness adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain
seperti Openness to Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap
sederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain,
tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbangrasa, baik hati, suka bekerjasama,
memiliki naluri memaafkan orang lain secara semulajadi, bersopan santun, suka membantu dan
tidak mementingkan diri sendiri.
       Ciri-ciri seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998)
tentang ‘Student Pet Peeves About Teaching’. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa seseorang
guru yang mempunyai dimensi personaliti Agreeableness yang tinggi akan sentiasa mempunyai
hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, dapat mengingati nama pelajar dan memanggil
mereka apabila ada kesempatan serta bersikap liberal dan fleksibel semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
3.0    ULASAN JURNAL BERDASARKAN TEORI


       Jurnal bertajuk ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik
Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama
iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),
Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Melalui
konsep ini, dapat dinilai dan dikenal pasti bagaimana seseorang calon guru itu berkeupayaan
untuk menjadi seorang guru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Perkara utama yang menjadi
penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah mereka yang
mempunyai dimensi personaliti kehematan (Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic
dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan
akademik seseorang calon guru itu adalah berkait rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini
apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk personaliti seorang guru seperti bersikap
teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai,
bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati masa dan menghasilkan kerja dengan
sangat kemas. Personaliti ini akan melahirkan ciri-ciri guru yang baik terutamanya bagi calon-
calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
       Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik
bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to
Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran
mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.
Bagi calon-calon guru yang berfikiran terbuka, mereka akan cenderung untuk menyertai pelbagai
aktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung guru tersebut akan memperolehi banyak ilmu
pengetahuan serta membuatkan mereka mencari sebab-sebabnya. Ciri-ciri guru yang memiliki
personaliti ini ialah mempunyai banyak idea, tinggi daya imaginasi, kreatif, sukakan seni dan
kerencaman. Menurut O’Connor dan Paunonen (2007), menyatakan bahawa hubungan di antara
keterbukaan fikiran dan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah
sangat rendah. Namun begitu, dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar
selepas dimensi kehematan dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan
Furnham (2004).
Dimensi personaliti yang ketiga ialah ekstroversi (Extroversion) yang merujuk kepada
tahap keselesaan seseorang dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Bagi seseorang
yang bersikap ekstroversi mereka merupakan individu yang lebih cenderung untuk bersosial.
Individu yang memiliki sikap ekstroversi yang tinggi adalah merupakan golongan yang
mempunyai ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, optimistik, mesra, peramah, spontan, sukakan
cabaran, bersemangat dan sangat suka bersosial. Menurut Busato, Prins, Elshout dan Hamaker
(2000) menegaskan bahawa dimensi ekstroversi mempunyai kecenderungan negatif terhadap
kejayaan akademik. Walaupun mengikut logiknya sikap ekstroversi amat bersesuaian dengan
ciri-ciri sebagai seorang guru tetapi jurnal ini agak tidak menyokongnya dengan penilaian
bahawa untuk menjadi seorang guru, sikap tersebut merentasi pembolehubah seperti umur,
tahap pendidikan dan jantina. Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara
hubungan dimensi ekstroversi dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan
Jasmani.
       Dimensi personaliti kesetujuan (Agreeableness) pula memberikan pandangan berbeza
ke atas kejayaan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Ciri-ciri kesetujuan yang
dinyatakan dalam buku Pembangunan Sahsiah menerangkan bahawa wujudnya kecenderungan
seseorang untuk berbaik-baik dan bertingkah laku yang sesuai dalam interaksi sosial. Penekanan
khas bagi individu yang mempunyai dimensi besar dalam kesetujuan ini ialah mudah
mempercayai sesuatu, mudah bersimpati, suka membantu, berhati lembut, suka bekerjasama,
sopan, pemurah, memahami keadaan orang lain dan jujur. Mengikut Farsides dan Woodfield
(2003) serta Gray dan Watson (2002) menjelaskan bahawa kesetujuan positif adalah berkaitan
dengan tahap nilai purata. Walaubagaimanapun, menurut (Conard, 2006; Duff, Boyle, Dunleavy
dan Ferguson, 2004) mereka gagal mencari persamaan atau kaitan yang signifikan di antara
kesetujuan dan kejayaan akademik. Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa dimensi
kesetujuan adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik
calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
Akhir sekali ialah dimensi personaliti neurotisme (Neuroticism) di mana ia merupakan
faktor yang mengukur kestabilan emosi dan penyesuaian peribadi dengan persekitaran iaitu
adaptasi. Justeru, neurotisme juga melihat keupayaan seseorang dalam menangani tekanan.
Somer, Korkmaz dan Tatar (2004) menyimpulkan bahawa dimensi neurotisme adalah seperti
suka mengikut perasaan, tinggi tahap kebimbangan dan kemurungan, merasa tidak selamat,
mementingkan diri sendiri dan cepat menggelabah. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut
tidak berkeyakinan pada diri sendiri dalam melakukan penyampaian dan persembahan
di hadapan orang ramai. Kenyataan ini disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang
menjelaskan bahawa neurotisme adalah mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan
kejayaan akademik dan ia bukanlah suatu akses yang dominan dalam menentukan kejayaan
akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
       Kesimpulannya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa kejayaan
akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah dipengaruhi oleh dimensi
kehematan    (Conscientiousness).   Keputusan    ini   disokong   oleh   Barchard   (2003),
Chamorro-Premuzic dan Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006)
yang menyimpulkan bahawa calon-calon guru yang berkebolehan mengurus, fokus dan
memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan
akan menggapai kejayaan sebagai guru cemerlang di sekolah.
4.0    KESIMPULAN


       Jurnal ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik
Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama
iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience),
Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Tujuan
kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti dalam
menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini
dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran Pendidikan
Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun sehingga 32 tahun. Kajian jurnal
ini menggunakan kaedah yang memerlukan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani
melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional
Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan dengan kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti.
       Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu
kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi
adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka
terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara
mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Keputusan yang sama diperolehi oleh
Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan di antara prestasi IQ,
disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness dan Agreeableness
adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain seperti Openness to
Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana.
       Perkara utama yang menjadi penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam
Pendidikan   Jasmani    ialah   mereka   yang    mempunyai     dimensi    personaliti   kehematan
(Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan
Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan akademik seseorang calon guru itu adalah berkait
rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk
personaliti seorang guru seperti bersikap teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam
yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai, bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati
masa dan menghasilkan kerja dengan sangat kemas.
Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik
bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to
Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran
adalah mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru.
Dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar selepas dimensi kehematan
dengan     mendapat    sokongan   daripada    Chamorro-Premuzic     dan    Furnham     (2004).
Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara hubungan dimensi ekstroversi
(Extroversion) dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
Dimensi kesetujuan (Agreeableness) adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kenyataan ini
disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang menyatakan bahawa neurotisme
(Neuroticism) mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan kejayaan akademik dan
mencadangkan bahawa dimensi neurotisme bukanlah suatu akses yang dominan dalam
menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
         Tuntasnya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa faktor kejayaan
akademik calon-calon guru dalam bidang Pendidikan Jasmani ialah dimensi kehematan
(Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003), Chamorro-Premuzic dan
Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006) yang merumuskan bahawa
calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani yang berkebolehan mengurus, fokus dan
memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam nilai gred
purata (GPA) dan bakal menjadi seorang guru yang berprestasi tinggi dan cemerlang di sekolah.
5.0    BIBLIOGRAFI


Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor dan Noordin Yahaya (2007). Hubungan

       kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Diperoleh pada Mac 30, 2012

       daripada eprints.utm.my/4022/1/jurnal.pdf

Eysenck, H. J (1947). Dimensions of personality. London: Routledge and Kegan Paul.

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad dan Hazalizah Hamzah (2011).

       Pengenalan pembangunan sahsiah. Perak: Emeritus Publications.

Nurul Ezzati Azizi (2008). Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan

       persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ.

       Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Serdar Tok and Suleyman L. Morali (2009). Trait emotional intelligence, the big five personality

       dimensions and academic success in physical education teacher candidates. Journal of

       Social Behavior and Personality. 37 (7). 921-932.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
Vince Here
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Fairus Razally
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
Nur Hassan
 

La actualidad más candente (20)

Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Protokol temu bual
Protokol temu bualProtokol temu bual
Protokol temu bual
 

Destacado (7)

Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Sains sukan
Sains sukanSains sukan
Sains sukan
 
Minggu 3 25 sept
Minggu 3 25 septMinggu 3 25 sept
Minggu 3 25 sept
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)
Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)
Rancangan Pengajaran Harian Sains Sukan Tingkatan 4 (Motivasi)
 

Similar a Rumusan jurnal

Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
firo HAR
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Ahmad Fuad Abdullah
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
jejakakunak
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Noormawati Che Azmi
 
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
Janic Chew
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
zahjannanti
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Marina Masdar
 

Similar a Rumusan jurnal (20)

Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 20102. jilid 2 bil 1 jun 2010
2. jilid 2 bil 1 jun 2010
 
Indiv sek & masyrkt
Indiv sek & masyrktIndiv sek & masyrkt
Indiv sek & masyrkt
 
Psikohbef2103
Psikohbef2103Psikohbef2103
Psikohbef2103
 
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
TahapKeupayaanKognitifBacaanDalamPembelajaranBahasaMelayuKanak-KanakPemulihan...
 
Slide definisi personaliti
Slide definisi personalitiSlide definisi personaliti
Slide definisi personaliti
 
1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrik1 pengenalan psikometrik
1 pengenalan psikometrik
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mamaPenerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
 
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
 
UNIT 1.pptx
UNIT 1.pptxUNIT 1.pptx
UNIT 1.pptx
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
1. UCAPTAMA _ KOKURIKULUM PEMANGKIN KECEMERLANGAN KEMENJADIAN MURID.pdf
 
170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli170968725 teori-joseph-renzulli
170968725 teori-joseph-renzulli
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
Pengurusan pembelajaran (Bab 5)
 

Último (7)

BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docxBAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2  KVKVKV.docx
BAHAN BACAAN PEMULIHAN TAHUN 2 KVKVKV.docx
 
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptxSains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
Sains Tahun 4: Proses Hidup Manusia.pptx
 
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaanPencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
Pencegahan dadah di sekolah rendah kebangsaan
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 

Rumusan jurnal

  • 1. KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH RUMUSAN JURNAL KECERDASAN EMOSI, LIMA DIMENSI PERSONALITI DAN KEJAYAAN AKADEMIK CALON-CALON GURU DALAM PENDIDIKAN JASMANI NUR SHAFIZA BT ISMAIL D20111048998 muhammad asraf bin wazir D20111049021 wan faiq fikri bin wan abdul rahman D20111049156 zalia fatin bt zaini D20111048113 adliah bt drani D20111048112 syarafina nadiah bt shaharin D20111048110 1.0 PENGENALAN
  • 2. Tajuk jurnal yang ingin dibincangkan di sini ialah ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’. Jurnal ini adalah ditulis oleh Serdar Tok dan Suleyman L. Morali daripada Ege University, Bornova, Izmir, Turki. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi dan lima dimensi personaliti dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 di Turki yang berumur di antara 23 tahun sehingga 32 tahun. Personaliti adalah merupakan gambaran keseluruhan tentang tingkah laku yang tersusun di mana ia boleh meramalkan apa yang akan dilakukan oleh seseorang individu secara luaran mahupun dalaman. Personaliti adalah melambangkan ciri-ciri keperibadian individu seperti kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku mengikut cara tertentu. Menurut Eysenck (1947) mendefinisikan personaliti sebagai satu organisasi yang agak stabil dan berkekalan dari segi ciri-ciri emosi, fizikal dan intelek seseorang individu yang berupaya menentukan penyesuaiannya yang unik kepada persekitaran. Definisi ini adalah menekankan kepada trait iaitu ciri-ciri yang stabil dan berkekalan. Apabila trait ini dikumpulkan, ia akan menjadi ‘type’ dan dalam erti kata lain, koleksi trait personaliti selalunya wujud bersama dan menyumbang kepada ‘type’ personaliti. Personaliti bermula dan berkembang melalui interaksi trait di mana tingkah laku akan dibentuk. Skop kajian adalah berkisar tentang kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti. Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap kecerdasan emosi (EI) yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Terdapat lima dimensi personaliti yang diutarakan dalam jurnal ini iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism) yang menjadi unsur dalam mengkaji faktor-faktor penentu kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. 2.0 RUMUSAN JURNAL
  • 3. Nama penulis jurnal ialah Serdar Tok dan Suleyman L. Morali. Tajuk jurnal ialah ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’. Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti bagi menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun sehingga 32 tahun di Turki. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah yang memerlukan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti. Berdasarkan kajian sebelum ini, jangkaan psikologi tentang kejayaan akademik guru sebahagian besarnya adalah bertumpu terhadap faktor kognitif seperti tahap kecerdasan minda atau IQ seseorang guru. Kajian ini telah menunjukkan hubungan antara IQ dan kejayaan akademik guru dari tahap rendah sehingga sederhana. IQ mempunyai keupayaan yang terhad kepada sebahagian kejayaan akademik guru. Kekurangan keupayaan untuk menjelaskan kejayaan akademik guru menunjukkan bahawa faktor-faktor selain daripada keupayaan kognitif boleh menyumbang kepada pemahaman kejayaan akademik guru. Keputusan menunjukkan bahawa kejayaan akademik calon-calon guru adalah paling berkaitan dengan sikap kehematan (Conscientiousness). Sikap kehematan inilah yang dapat meramalkan dalam nilai yang besar ke atas prestasi calon-calon guru yang menjadi peserta dalam kajian ini. Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Konstruk psikologi yang terkini dan popular yang dianggap sebagai peramal kemungkinan pencapaian akademik calon-calon guru adalah kecerdasan emosi (EI). Cherniss, Extein, Goleman dan Weissberg (2006) mendakwa wujudnya pertindihan dalam kalangan model EI dan dalam semua model yang mengenal pasti bahawa EI adalah melibatkan dua komponen iaitu kesedaran dan pengurusan emosi diri individu serta kesedaran dan pengurusan emosi orang lain. Hasil daripada beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sifat EI mungkin konstruk sah dalam ramalan kepuasan hidup, aduan somatik dan gaya peniruan.
  • 4. Selain itu, kajian ini selari dengan kajian Noriah et al (2003) yang mendapati bahawa domain kerohanian dan kematangan merupakan aspek penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi (EI) seseorang individu. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Idea kedua yang banyak menarik perhatian sebagai peramal kejayaan akademik calon-calon guru ialah lima dimensi personaliti. Lima dimensi personaliti tersebut ialah Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Keputusan yang sama diperolehi oleh Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan di antara prestasi IQ, disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness dan Agreeableness adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain seperti Openness to Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menjelaskan bahawa guru-guru tidak suka mencari kesalahan orang lain, tidak memulakan pertengkaran dengan orang lain, bertimbangrasa, baik hati, suka bekerjasama, memiliki naluri memaafkan orang lain secara semulajadi, bersopan santun, suka membantu dan tidak mementingkan diri sendiri. Ciri-ciri seumpama ini selaras dengan dapatan kajian Perlman dan McCann (1998) tentang ‘Student Pet Peeves About Teaching’. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa seseorang guru yang mempunyai dimensi personaliti Agreeableness yang tinggi akan sentiasa mempunyai hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, dapat mengingati nama pelajar dan memanggil mereka apabila ada kesempatan serta bersikap liberal dan fleksibel semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 5. 3.0 ULASAN JURNAL BERDASARKAN TEORI Jurnal bertajuk ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Melalui konsep ini, dapat dinilai dan dikenal pasti bagaimana seseorang calon guru itu berkeupayaan untuk menjadi seorang guru dalam bidang Pendidikan Jasmani. Perkara utama yang menjadi penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah mereka yang mempunyai dimensi personaliti kehematan (Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan akademik seseorang calon guru itu adalah berkait rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk personaliti seorang guru seperti bersikap teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai, bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati masa dan menghasilkan kerja dengan sangat kemas. Personaliti ini akan melahirkan ciri-ciri guru yang baik terutamanya bagi calon- calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru. Bagi calon-calon guru yang berfikiran terbuka, mereka akan cenderung untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan dan secara tidak langsung guru tersebut akan memperolehi banyak ilmu pengetahuan serta membuatkan mereka mencari sebab-sebabnya. Ciri-ciri guru yang memiliki personaliti ini ialah mempunyai banyak idea, tinggi daya imaginasi, kreatif, sukakan seni dan kerencaman. Menurut O’Connor dan Paunonen (2007), menyatakan bahawa hubungan di antara keterbukaan fikiran dan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah sangat rendah. Namun begitu, dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar selepas dimensi kehematan dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan Furnham (2004).
  • 6. Dimensi personaliti yang ketiga ialah ekstroversi (Extroversion) yang merujuk kepada tahap keselesaan seseorang dalam menjalinkan perhubungan sesama manusia. Bagi seseorang yang bersikap ekstroversi mereka merupakan individu yang lebih cenderung untuk bersosial. Individu yang memiliki sikap ekstroversi yang tinggi adalah merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri personaliti seperti bertenaga, optimistik, mesra, peramah, spontan, sukakan cabaran, bersemangat dan sangat suka bersosial. Menurut Busato, Prins, Elshout dan Hamaker (2000) menegaskan bahawa dimensi ekstroversi mempunyai kecenderungan negatif terhadap kejayaan akademik. Walaupun mengikut logiknya sikap ekstroversi amat bersesuaian dengan ciri-ciri sebagai seorang guru tetapi jurnal ini agak tidak menyokongnya dengan penilaian bahawa untuk menjadi seorang guru, sikap tersebut merentasi pembolehubah seperti umur, tahap pendidikan dan jantina. Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara hubungan dimensi ekstroversi dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Dimensi personaliti kesetujuan (Agreeableness) pula memberikan pandangan berbeza ke atas kejayaan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Ciri-ciri kesetujuan yang dinyatakan dalam buku Pembangunan Sahsiah menerangkan bahawa wujudnya kecenderungan seseorang untuk berbaik-baik dan bertingkah laku yang sesuai dalam interaksi sosial. Penekanan khas bagi individu yang mempunyai dimensi besar dalam kesetujuan ini ialah mudah mempercayai sesuatu, mudah bersimpati, suka membantu, berhati lembut, suka bekerjasama, sopan, pemurah, memahami keadaan orang lain dan jujur. Mengikut Farsides dan Woodfield (2003) serta Gray dan Watson (2002) menjelaskan bahawa kesetujuan positif adalah berkaitan dengan tahap nilai purata. Walaubagaimanapun, menurut (Conard, 2006; Duff, Boyle, Dunleavy dan Ferguson, 2004) mereka gagal mencari persamaan atau kaitan yang signifikan di antara kesetujuan dan kejayaan akademik. Akhirnya, mereka membuat kesimpulan bahawa dimensi kesetujuan adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani.
  • 7. Akhir sekali ialah dimensi personaliti neurotisme (Neuroticism) di mana ia merupakan faktor yang mengukur kestabilan emosi dan penyesuaian peribadi dengan persekitaran iaitu adaptasi. Justeru, neurotisme juga melihat keupayaan seseorang dalam menangani tekanan. Somer, Korkmaz dan Tatar (2004) menyimpulkan bahawa dimensi neurotisme adalah seperti suka mengikut perasaan, tinggi tahap kebimbangan dan kemurungan, merasa tidak selamat, mementingkan diri sendiri dan cepat menggelabah. Hal ini akan menyebabkan individu tersebut tidak berkeyakinan pada diri sendiri dalam melakukan penyampaian dan persembahan di hadapan orang ramai. Kenyataan ini disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang menjelaskan bahawa neurotisme adalah mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan kejayaan akademik dan ia bukanlah suatu akses yang dominan dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kesimpulannya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani adalah dipengaruhi oleh dimensi kehematan (Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003), Chamorro-Premuzic dan Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006) yang menyimpulkan bahawa calon-calon guru yang berkebolehan mengurus, fokus dan memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan akan menggapai kejayaan sebagai guru cemerlang di sekolah.
  • 8. 4.0 KESIMPULAN Jurnal ‘Kecerdasan Emosi, Lima Dimensi Personaliti dan Kejayaan Akademik Calon-Calon Guru dalam Pendidikan Jasmani’ adalah menekankan kepada lima konsep utama iaitu Kehematan (Conscientiousness), Keterbukaan Fikiran (Openness to Experience), Ekstroversi (Extroversion), Kesetujuan (Agreeableness) dan Neurotisme (Neuroticism). Tujuan kajian jurnal adalah untuk mengkaji kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kajian ini dijalankan ke atas 295 orang (184 lelaki dan 111 wanita) guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani Gred 4 yang berusia dalam lingkungan umur 23 tahun sehingga 32 tahun. Kajian jurnal ini menggunakan kaedah yang memerlukan calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani melengkapkan borang inventori ‘Lima Dimensi Personaliti dan Skala Kepintaran Emosional Schutte’. Skop kajian ialah berkaitan dengan kualiti seseorang guru berdasarkan personaliti. Terdapat dua idea yang dibincangkan oleh penulis berdasarkan dapatan kajian iaitu kecerdasan emosi (EI) dan lima dimensi personaliti. Guru yang mempunyai tahap EI yang tinggi adalah lebih berketrampilan dalam menjalankan tugas mereka kerana sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan-pandangan baru dan sering mendapatkan maklum balas tentang cara mengajar mereka daripada pelajar masing-masing. Keputusan yang sama diperolehi oleh Duckworth dan Seligman (2005) dalam kajian yang memeriksa hubungan di antara prestasi IQ, disiplin diri dan pencapaian akademik guru. Skor bagi Conscientiousness dan Agreeableness adalah berada pada tahap yang tinggi, manakala dimensi personaliti lain seperti Openness to Experience, Extroversion dan Neuroticism pula berada pada tahap sederhana. Perkara utama yang menjadi penentu kejayaan akademik seseorang calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah mereka yang mempunyai dimensi personaliti kehematan (Conscientiousness). Menurut (Chamorro-Premuzic dan Furnham, 2004; Moutafi, Furnham dan Crump, 2003) menyatakan bahawa kejayaan akademik seseorang calon guru itu adalah berkait rapat dengan sikap kehematan. Sikap ini apabila berada pada tahap yang tinggi akan membentuk personaliti seorang guru seperti bersikap teratur, suka merancang kehidupan, memiliki azam yang kuat, berhati-hati, boleh dipercayai, bercita-cita, bertanggungjawab, cekal, teliti, menepati masa dan menghasilkan kerja dengan sangat kemas.
  • 9. Seterusnya, dimensi personaliti yang akan memberikan impak dalam kejayaan akademik bagi calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani ialah sikap keterbukaan fikiran (Openness to Experience). Farsides dan Woodfield (2003), menyatakan bahawa sikap keterbukaan fikiran adalah mempunyai hubungan yang positif dengan kejayaan akademik seseorang calon guru. Dimensi keterbukaan fikiran adalah antara faktor kedua terbesar selepas dimensi kehematan dengan mendapat sokongan daripada Chamorro-Premuzic dan Furnham (2004). Kaedah penilaian mungkin memberi kesan sederhana di antara hubungan dimensi ekstroversi (Extroversion) dengan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Dimensi kesetujuan (Agreeableness) adalah tidak memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Kenyataan ini disokong oleh O’ Connor dan Paunonen (2007) yang menyatakan bahawa neurotisme (Neuroticism) mempunyai perkaitan yang sangat rendah dengan kejayaan akademik dan mencadangkan bahawa dimensi neurotisme bukanlah suatu akses yang dominan dalam menentukan kejayaan akademik calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani. Tuntasnya, keputusan dalam jurnal ini sepakat menyatakan bahawa faktor kejayaan akademik calon-calon guru dalam bidang Pendidikan Jasmani ialah dimensi kehematan (Conscientiousness). Keputusan ini disokong oleh Barchard (2003), Chamorro-Premuzic dan Furnham (2008), Chowdhury dan Amin (2006) serta Conard (2006) yang merumuskan bahawa calon-calon guru dalam Pendidikan Jasmani yang berkebolehan mengurus, fokus dan memberikan tumpuan dalam pelajaran akan mendapat keputusan yang baik dalam nilai gred purata (GPA) dan bakal menjadi seorang guru yang berprestasi tinggi dan cemerlang di sekolah.
  • 10. 5.0 BIBLIOGRAFI Azizi Yahaya, Shahrin Hasim, Nordiana Mohd Nor dan Noordin Yahaya (2007). Hubungan kecerdasan emosi dengan prestasi pencapaian akademik. Diperoleh pada Mac 30, 2012 daripada eprints.utm.my/4022/1/jurnal.pdf Eysenck, H. J (1947). Dimensions of personality. London: Routledge and Kegan Paul. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Aslina Ahmad dan Hazalizah Hamzah (2011). Pengenalan pembangunan sahsiah. Perak: Emeritus Publications. Nurul Ezzati Azizi (2008). Hubungan antara konsep kendiri, dimensi personaliti dan persekitaran keluarga terhadap pencapaian akademik pelajar SPA, SPE dan SPJ. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Serdar Tok and Suleyman L. Morali (2009). Trait emotional intelligence, the big five personality dimensions and academic success in physical education teacher candidates. Journal of Social Behavior and Personality. 37 (7). 921-932.