Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Etika penggunaan internet
1. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
( PENGAJIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH )
AMBILAN JUN 2011
NAMA : ZAWAWI BIN OSMAN
NO. KAD PENGENALAN : 680314 – 11 – 5073
KUMPULAN : PPG PISMP BM2
TAJUK : ETIKA PENGGUNAAN
INTERNET
3. 1.0 TUJUAN
Memastikan penggunaan yang
berkesan tanpa memberi impak
negatif ke atas capaian kepada
sistem-sistem aplikasi lain yang
beroperasi di dalam jaringan.
4. 2.0 TUMPUAN MASALAH
Dua (2) faktor penting yang
mempengaruhi keupayaan jaringan
dalam memberi perkhidmatan
yang optimum ialah :
a.Memilih masa penggunaan yang
sesuai;
b. Cara penggunaan yang betul.
5. 3.0 HAK PENGGUNAAN INTERNET
Kemudahan penggunaan internet
adalah tertakluk kepada peraturan
jabatan dan boleh ditarik balik jika
penggunaannya menyalahi peraturan
tersebut.
7. 4.1 MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)
a. Browse atau carilah maklumat menerusi WWW
yang berkaitan dengan tugas anda sebagai
penjawat awam.
b. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam
membuat carian (searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini;
c. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian
itu dapat dilakukan dengan lebih
efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih
cepat;
8. d. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman
yang akan menjatuhkan maruah anda dan imej
jabatan;
e. Anda juga dilarang daripada melawat laman-
laman yang memuatkan maklumat anti kerajaan
atau subversif yang bertentangan dengan undang-
undang negara;
f. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada
laman yang berfaedah untuk rujukan kemudian
hari; dan
g. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan
digunakan untuk tujuan rujukan.
10. 5.1 AKAUN emel
a.Katalaluan (password) emel
hendaklah dirahsiakan dari
pengetahuan umum;
b. Mengaktifkan emel pada seluruh
waktu kerja;
c. Menggunakan akaun emel milik
persendirian yang rasmi di dalam
urusan kerjakerja rasmi;
d. Tidak membabitkan diri di dalam
aktiviti penyamaran alamat emel.
11. 5.2 PENYENGGARAAN KOTAK MEL
Penyenggaraan kotak mel pada komputer
mikro adalah menjadi tanggungjawab setiap
pengguna. Tugas-tugas itu merangkumi:
a . Menghadkan jumlah mel yang harus
disimpan;
b . Menghapuskan mel-mel yang tidak
penting;
c . Mel-mel yang penting dan berbentuk
rahsia atau peribadi hendaklah dipindahkan
ke tempat yang lebih selamat;
12. 5.3 PENYEDIAAN emel
a. Berikan mel tajuk (subject) yang sesuai untuk
mengambarkan isi kandungannya;
b. Mel yang bertajuk akan memudahkan penerima
memberi keutamaan ke atas mel-mel
yang akan dibaca atau dirujuk;
c. Tulis kandungan mel sama seperti anda akan
menulis di atas kertas;
d. Amalkan menulis kandungan mel dengan
ringkas dengan penggunaan bahasa yang
betul dan sopan;
e. Kandungan mel tidak seharusnya mengandungi
maklumat rahsia atau peribadi;
13. f. Kandungan mel yang tersusun akan kelihatan
teratur dan mudah dibaca;
g. Gunakan tandatangan (signature) bagi
membolehkan penerima mendapat maklumat
asas mengenai diri anda;
h. Amalkan penggunaan buku alamat (address
book) untuk menyimpan alamat-alamat emel yang
akan digunakan kemudian nanti.
14. i. Jika anda melampirkan fail ‘attachment file’,
pastikan saiz fail itu tidak
terlalu besar; dan
j. Elakkan diri dari menggunakan kemudahan
emel untuk tujuan menghasut,menfitnah,
menghantar berita palsu, menerbit semula
hakcipta atau aktivitiaktiviti lain yang ditegah
oleh undang-undang siber.
15. 5.5 MEMBUKA emel
a. Memeriksa kotak mel dalam jangkamasa waktu
yang sesuai kerana ada mel perlu
diambil perhatian atau tindakan segera;
b. Jawab mel yang dirujuk dengan
menggunakan arahan (reply:) atau (reply all :)
dimana perlu; dan
c. Arahan forward membolehkan mel yang
diterima dipanjangkan kepada orang lain.
16. 5.6 MENJADI AHLI DALAM SENARAI MEL (MAILING
LIST) ATAU KUMPULAN PERBINCANGAN
(DISCUSSION GROUP)
a. Pilihlah kumpulan perbincangan atau senarai
mel yang sesuai dan sihat untuk mendapatkan
maklumat yang relevan;
b. Jangan daftarkan diri anda dalam senarai mel
tertentu yang menyebabkan anda menerima
sejumlah mel yang banyak pada setiap hari ;
c. Apabila seseorang menawarkan sesuatu
perkhidmatan atau memohon nasihat,
jawablah dengan tertib dan jujur;
17. d. Mel komen peribadi hendaklah dihantar kepada
penerimanya sahaja dan bukan kepada semua ahli;
e. Anda seharusnya mengeluarkan alamat emel daripada
senarai mel atau kumpulan perbincangan apabila anda
beranggapan ianya tidak banyak memberi faedah dan
berunsur negatif;
f. Berilah pendapat yang sihat dan jawablah segala
pertanyaan dengan tertib dan elakkan dari pertelagahan;
g. Gunakan sumber rujukan untuk menerangkan sesuatu
yang pada anggapan anda sukar difahami atau sukar
diterima oleh ahli lain.
19. a. Aktiviti pemindahan fail seharusnya dilakukan
selepas waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang
mencukupi sebelum melakukan aktiviti
pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard disk) memerlukan ruang
storan sebesar 40 MB untuk membolehkan
sistem pengoperasian berjalan dengan lancar;
20. d. Kaedah memindah fail yang biasa ialah dengan
menggunakan arahan File Transfer Protocol (FTP),
HyperText Transfer Protocol (HTTP) atau proses
‘downloading’biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau syarat-
syarat tersebut sebelum anda memulakan aktiviti
itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk
menyemak keperluan hakcipta dan mematuhi
segala peraturan mengenainya;
21. g. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan
urusniaga elektronik (kad kredit) yang
dilakukan adalah menjadi tanggungjawab
pengguna sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan urusniaga
elektronik, pastikan pembekal memproses
permohonan itu dengan menggunakan
pelayan selamat (secured server).
23. Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh
semua peringkat pengguna bagi mewujudkan
masyarakat pengguna emel dan internet yang
bertanggungjawab dan penyayang.
Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan
ini dan jadilah pengguna yang bijaksana demi
untuk meningkatkan produktiviti jabatan secara
keseluruhannya. Bertekadlah untuk meletakkan
diri anda sebagai penjawat awam yang kompiten
dan progresif demi mencapai cita-cita yang
menjurus kepada perkhidmatan awam yang
terunggul di dunia.
24. Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya
oleh semua peringkat pengguna bagi
mewujudkan masyarakat pengguna emel dan
internet yang bertanggungjawab dan
penyayang.
Semoga kita semua akan menjadi pengguna
yang lebih bijaksana demi untuk meningkatkan
produktiviti jabatan secara keseluruhannya