SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Descargar para leer sin conexión
HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann
KKuurriikkuulluumm BBeerrsseeppaadduu SSeekkoollaahh MMeenneennggaahh
PPrroodduukkssii MMuullttiimmeeddiiaa
PPuussaatt PPeerrkkeemmbbaannggaann KKuurriikkuulluumm
KKeemmeenntteerriiaann PPeennddiiddiikkaann
MMaallaayyssiiaa
22000022
(i)
PPeennddaahhuulluuaann
Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara mata-mata pelajaran
vokasional yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah
akademik di Malaysia. Mata pelajaran ini ditawarkan di peringkat
menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi.
Mata pelajaran Produksi Multimedia digubal dengan tujuan untuk
menghasilkan pelajar yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses
penghasilan produk multimedia serta berkebolehan untuk menggunakan
peralatan khusus bagi menghasilkan produk multimedia yang menarik dan
berkualiti. Pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran ini
membolehkan pelajar untuk terus menceburi bidang pekerjaan yang
berkaitan dengan pengiklanan, rakaman studio dan penyiaran.
Ke arah mencapai matlamat mata pelajaran Produksi Multimedia, objektif
berikut digariskan, iaitu bagi membolehkan pelajar:-
1. Membina pengetahuan tentang proses, elemen, prinsip dan teknik
produksi multimedia.
2. Membina pengetahuan tentang peluang kerjaya dalam industri
multimedia.
3. Membina pengetahuan dan kebolehan menggunakan perkakasan
dan perisian produksi multimedia piawaian industri serta perisian
yang digunakan untuk menyediakan elemen bagi produksi
multimedia.
4. Memperkembang dan mengaplikasi proses pemikiran logik dan
kreatif dalam menghasilkan produk multimedia.
5. Memperoleh pengalaman bekerja melibatkan satu kumpulan
pembangun.
6. Memupuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang ahli dalam
satu kumpulan kerja temasuk peranan pengurus dan pekerja.
7. Memupuk kesedaran tentang tanggungjawab etika apabila bekerja
melibatkan harta intelek dan bahan hakcipta
8. Memupuk kesedaran terhadap sikap dan protokol bekerja dalam
persekitaran kerja berasaskan pelanggan.
KKaanndduunnggaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann
Mata pelajaran Produksi Multimedia bertumpu kepada empat komponen
pengetahuan iaitu:-
• Konsep multimedia.
• Teknologi perkakasan dan perisian multimedia.
• Proses dan teknik penghasilan produk multimedia.
• Jenis dan bentuk produk multimedia
Selain daripada susunan kandungan yang berasaskan kepada unsur
pengetahuan, kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia turut juga
disusun berdasarkan proses dan kemahiran. Produksi Multimedia ialah
satu mata pelajaran yang praktikal, maka dengan itu sebahagian besar
daripada kandungannya merangkumi komponen proses atau kemahiran
yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk multimedia. Proses
dalam Produksi Multimedia merujuk kepada proses kreatif dan analitis
dalam menghasilkan elemen, bahan dan produk multimedia, manakala
kemahiran merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan
perisian multimedia. Penggunaan teknologi perkakasan dan perisian secara
cekap dan berkesan untuk menghasilkan elemen, bahan dan produk
multimedia dikatakan sebagai teknik multimedia.
Secara umumnya proses dan kemahiran bagi mata pelajaran Produksi
Multimedia adalah seperti berikut:
(ii)
• Proses kreatif dan analitis
• Pengendalian teknologi perkakasan dan perisian
• Pengendalian perisian multimedia dan elemennya
• Teknik produksi multimedia
Keseluruhan unsur pengetahuan dan kemahiran Produksi Multimedia yang
digunakan dalam menghasilkan produk multimedia dikawal dengan
prinsip reka bentuk dan pembangunan multimedia serta sistem nilai bagi
membentuk individu yang berfikiran terbuka, berdisiplin dan yakin diri.
HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann
Skop kandungan bagi mata pelajaran Produksi Multimedia perihalkan
dalam dokumen Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, satu dokumen
lain bagi menjelaskan dengan lebih terperinci kandungan bagi mata
pelajaran ini, khususnya dari aspek kedalaman kandungan serta idea
tentang pengajaran dan pembelajarannya adalah perlu bagi membantu guru
dalam melaksanakan mata pelajaran ini. Untuk tujuan itu, sebagai
pelengkap kepada Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia, Huraian
Sukatan Pelajarannya disediakan.
TTuujjuuaann PPeennyyeeddiiaaaann DDookkuummeenn HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann
Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia bertujuan untuk
menjelaskan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang skop kandungan
mata pelajaran itu khususnya dari segi kedalamannya. Di samping itu,
Huraian Sukatan Pelajaran ini juga memberi gambaran tentang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan bagi mencapai
objektif mata pelajaran ini.
OOrrggaanniissaassii KKaanndduunnggaann HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann
Keseluruhan kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia dibahagikan
kepada empat bidang pembelajaran utama iaitu
• Konsep Multimedia
• Perkakasan dan Perisian Multimedia
• Teknik Penghasilan Produk Multimedia
• Produk Multimedia
Setiap bidang pembelajaran utama seperti yang disebutkan di atas
digunakan sebagai tajuk pada awal setiap bahagian dokumen Huraian
Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia.
Secara umumnya, kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Produksi
Multimedia disusun dalam tiga lajur yang bertajuk Bidang Pembelajaran,
Hasil Pembelajaran dan Pengalaman Pembelajaran.
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann
Dalam Sukatan Pelajaran, kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia
dinyatakan di bawah lajur Bidang Pembelajaran dan Skop. Walau
bagaimanapun kesemua perkara yang terkandung di bawah lajur
berkenaan diletakkan di bawah lajur Bidang Pembelajaran dalam dokumen
Huraian Sukatan Pelajaran dan dikodkan dalam bentuk bilangan
berperingkat.
HHaassiill PPeemmbbeellaajjaarraann
Lajur Hasil Pembelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang
dihasratkan bagi setiap perkara yang terkandung di bawah lajur Hasil
Pembelajaran. Setiap perkara di bawah Bidang Pembelajaran
dikembangkan kepada sekurang-kurangnya satu Hasil Pembelajaran. Hasil
Pembelajaran dinyatakan dengan kata kerja yang membayangkan
pengetahuan, proses atau kemahiran serta sikap seperti yang dinyatakan di
bahagian Kandungan Sukatan Pelajaran. Sebagai panduan, kata kerja
seperti “menyatakan”, “menjelaskan” dan sebagainya merupakan
kebolehan yang dihasratkan terbina pada pelajar bersama dengan
(iii)
KANDUNGAN: Idea yang meyakinkan
• Masalah sebenar dikemukakan kepada pelajar.
• Pelajar mencari perkaitan antara idea.
• Pelajar mengalami cabaran sebenar dari segi kekaburan, kekompleksan dan
kesukaran membuat ramalan bagi sesuatu situasi dalam masalah..
• Soalan atau masalah yang sebenar yang menjadi keperihatinan mereka.
pengetahuan dalam bidang pembelajaran yang sepadan. Kata kerja seperti
“mengenal pasti”, “membanding beza” dan seumpamanya merujuk kepada
proses dalam mata pelajaran Produksi Multimedia iaitu proses kreatif dan
analitis.
Bagi merujuk kepada kemahiran pengendalian perkakasan dan perisian
yang digunakan dalam mata pelajaran Produksi Multimedia, kata kerja
seperti “menggunakan”, “mengendali” dan sebagainya digunakan. Kata
kerja seperti “mengamalkan”, “mematuhi” dan “menghargai merujuk
kepada pembentukan sikap yang sesuai untuk mempelajari mata pelajaran
ini.
SSttrraatteeggii PPeennggaajjaarraann ddaann PPeemmbbeellaajjaarraann
Dalam Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia telah dinyatakan secara
umum tentang model pembelajaran yang digunakan apabila melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini di bilik darjah atau
studio pembelajaran. Model pembelajaran yang disarankan ialah
“pembelajaran berasaskan projek”.
Pembelajaran berasaskan projek ialah satu model pengajaran dan
pembelajaran yang memperi tumpuan kepada konsep atau prinsip teras
sesuatu bidang ilmu, melibatkan para pelajar dalam penyelesaian masalah
dan tugasan bernakna, membenarkan pelajar melaksanakan tugasan
dengan autonomi sendiri bagi mempelajari sesuatu dan disudahi dengan
pelajar menghasilkan suatu produk yang realistik.
Empat perkara yang mencirikan pembelajaran berasaskan projek ialah
kandungan, syarat, aktiviti dan hasil. Rajah berikut menjelaskan dengan
lebih lanjut tentang ciri tersebut.
SYARAT: menyokong autonomi pelajar
• Pelajar mengambil bahagian dalam inkuri dan menjalankan kerja kursus
dalam konteks sosial.
• Pelajar diminta untuk mempamerkan tugasan dan perlakuan pengurusan
masa secara individu dan sebagai wakil kumpulan.
• Pelajar mengarah kerja mereka sendiri dan mengawal pembelajaran.
• Pelajar mensimulasi peranan secara profesional sebagai pelajar, penyelidik,
jurutera, pelapor, perancang, pengurus dan sebagainya.
AKTIVITI: menyiasat dan melibatkan diri
• Pelajar menjalankan penyasatan dalam suatu tempoh yang agak lama.
• Pelajar mengalami halangan, mencari sumber dan menyelesaikan masalah
sebagai respons kepada cabaran keseluruhan.
• Pelajar membuat kaitan antara idea dengan sendiri dan memperoleh
kemahiran baru apabila melaksanakan tugasan lain.
• Pelajar menggunakan peralatan autentik iaitu sumber dan teknologi sebenar.
• Pelajar mendapat maklum balas tentang nilai idea mereka daripada pakar
dan ujian sebenar.
HASIL: Hasil sebenar
• Pelajar menjanakan produk yang kompleks dan berilmiah yang
menunjukkan pembelajaran berlaku.
• Pelajar menyertai pentaksiran mereka sendiri.
• Pelajar bertanggungjawab dalam memilih cara bagaimana kompetensi
mereka hendak dipamerkan.
• Pelajar mempamerkan kemajuan dalam bidang yang sering diabaikan tetapi
penting untuk membina kompetensi sebenar.
KONSEP MULTIMEDIA
1
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
1. Produksi Multimedia
1.1 Pengertian multimedia 1.1.1 Menyatakan maksud multimedia. Murid memperolehi maklumat tentang
multimedia dari pelbagai sumber.
1.2 Sejarah perkembangan multimedia 1.2.1 Membandingkan maksud multimedia
dahulu dengan sekarang.
1.2.2 Memperihalkan sejarah perkembangan
produk, perkakasan dan perisian
multimedia.
Membuat carian maklumat di Internet dan
sumber-sumber lain mengenai perkaitan
(pengaruh) sejarah perkembangan komputer
dengan multimedia.
1.3 Pasukan produksi bahan multimedia 1.3.1 Mengenalpasti ahli pasukan produksi
multimedia:
• pengurus produksi
• pakar kandungan
• penulis skrip
• pengaturcara
• artis grafik
• pakar audio & video.
Membuat carian maklumat di Internet dan
sumber-sumber lain mengenai ahli dan peranan
pasukan produksi multimedia.
1.3.2 Menyatakan peranan setiap ahli dalam
pasukan produksi multimedia.
1.4 Penggunaan dan sumbangan multimedia
dalam kehidupan
1.4.1 Memberi contoh penggunaan multimedia
dalam kehidupan.
Perbincangan mengenai penggunaan dan
sumbangan multimedia dalam kehidupan.
KONSEP MULTIMEDIA
2
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
1.4.2 Mengenal pasti sumbangan multimedia
dalam kehidupan dari aspek:
• pendidikan
• industri dan perniagaan
• kesihatan dan perubatan
• hiburan atau rekreasi
• komunikasi dan keselamatan.
Menyenaraikan contoh-contoh penggunaan dan
sumbangan multimedia dalam kehidupan.
1.5 Peluang kerjaya 1.5.1 Memberi contoh peluang-peluang
kerjaya dalam bidang multimedia:
• periklanan
• penyiaran
• pelancongan
• pembangunan laman web
• pembangunan perisian.
Membuat carian maklumat di Internet dan
sumber-sumber lain mengenai peluang pekerjaan
dalam bidang multimedia.
1.5.2 Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang
boleh diceburi dalam bidang multimedia.
Menyenaraikan peluang-peluang pekerjaan dalam
bidang multimedia.
KONSEP MULTIMEDIA
3
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2. Elemen Multimedia 2.1.1 Mengenal pasti elemen multimedia:
• teks
• grafik
• animasi
• audio
• video
• interaktiviti.
Mencari maklumat mengenai penggunaan elemen
multimedia di dalam suatu persembahan
multimedia.
2.2 Teks 2.2.1 Mengenali teks dalam multimedia dari
aspek:
• fungsi
• jenis-jenis teks
• format teks
• jenis muka taip
• saiz muka taip
• gaya teks
• susun jajar
• warna.
Mengulas aspek-aspek teks yang terdapat dalam
suatu persembahan multimedia.
KONSEP MULTIMEDIA
4
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2.3 Grafik 2.3.1 Mengenali grafik dalam multimedia dari
aspek:
• fungsi
• sumber grafik
• jenis-jenis grafik(2-D,3-D)
• format fail grafik
• reka letak
• gandingan warna.
Mengulas aspek-aspek grafik yang terdapat
dalam suatu persembahan multimedia.
2.4 Animasi 2.4.1 Mengenali animasi dalam multimedia dari
aspek:
• fungsi
• sumber
• jenis-jenis animasi
• format fail animasi
• reka letak.
Mengulas aspek-aspek animasi yang terdapat
dalam suatu persembahan multimedia.
KONSEP MULTIMEDIA
5
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2.5 Audio 2.5.1 Mengenali audio dalam multimedia dari
aspek:
• fungsi
• sumber
• format fail
• reka letak.
Mengulas aspek-aspek audio yang terdapat dalam
suatu persembahan multimedia.
2.6 Video 2.6.1 Mengenali video dalam multimedia dari
aspek:
• fungsi
• sumber
• format fail
• reka letak.
Mengulas aspek-aspek video yang terdapat dalam
suatu persembahan multimedia.
2.7 Interaktiviti 2.7.1 Mengenali interaktiviti dalam multimedia
dari aspek:
• fungsi
• jenis.
Mengulas aspek-aspek interaktiviti yang terdapat
dalam suatu persembahan multimedia.
PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA
6
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
1. Perkakasan
1.1 Komputer multimedia 1.1.1 Mengenal pasti spesifikasi komputer yang
diperlukan untuk produksi bahan
multimedia:
• pemproses
• RAM
• storan
• paparan
• antara muka pengguna
• kad bunyi
• kad video
• kad penangkap video.
Menamakan dan menyatakan spesifikasi setiap
komponen komputer multimedia.
1.1.2 Mengenal pasti fungsi bagi setiap
komponen komputer multimedia.
Menyatakan fungsi bagi setiap komponen
komputer multimedia.
1.2 Perkakasan periferal 1.2.1 Mengenal pasti peranti yang diperlukan
untuk produksi bahan multimedia:
• sistem audio
• pengimbas
• kamera digital
• kamera video digital
• pencetak
• sistem video
Menamakan peranti yang diperlukan untuk
produksi bahan multimedia.
Menyatakan fungsi bagi setiap peranti.
PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA
7
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2. Perisian
2.1 Sistem pengoperasian 2.1.1 Mengenal pasti platform sistem
pengoperasian dan perisian aplikasi.
Menjalankan aktiviti ‘hands-on’ menggunakan
pelbagai perisian.
2.2 Perisian pengarangan 2.2.1 Menyatakan perisian pengarangan
berdasarkan metafora yang relevan:
• persembahan slaid
• berasas ikon
• kad/buku
• berasas masa/frame.
Meneroka perisian pengarangan yang berbeza
metafora.
Menggunakan perisian pengarangan yang telah
diterokai.
Mengkritik antaramuka perisian pengarangan
yang digunakan.
2.2.2 Memahami fungsi asas pengaturcaraan
dalam perisian pengarangan:
• simple branching
• sonditional branching
• structured language.
Menggunakan fungsi asas pengaturcaraan dalam
perisian pengarangan.
2.2.3 Menggunakan perisian aplikasi grafik
vektor:
• ilustrasi
• animasi.
PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA
8
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2.3 Perisian Pembinaan Elemen Multimedia 2.3.1 Mengenal pasti perisian pembinaan elemen
multimedia:
• perisian teks
• perisian audio
• perisian grafik
• perisian video
• perisian animasi.
Menggunakan perisian yang relevan bagi
pembinaan dan penyuntingan teks, grafik, audio,
video dan animasi dalam aktiviti hands-o.n
TEKNIK PENGHASILAN PRODUK MULTIMEDIA
9
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
1. Reka Bentuk
1.1 Prinsip Reka Bentuk 1.1.1 Memperihalkan sesuatu hasil multimedia
dari sudut:
• keseimbangan
• keseragaman
• kesatuan
• interaktiviti.
Mengkritik sesuatu persembahan multimedia dari
sudut yang telah dinyatakan.
1.2 Proses Reka Bentuk 1.2.1 Menyatakan proses proses yang terlibat
dalam reka bentuk bahan multimedia:
• fasa perancangan
• analisis keperluan
• fasa pembangunan
• fasa pengujian.
Membuat ulasan suatu persembahan multimedia
dari aspek proses reka bentuk multimedia.
Menyediakan kertas cadangan untuk
menghasilkan satu projek persembahan
multimedia.
Membuat ulasan dan penilaian semula terhadap
kertas cadangan yang dibentangkan.
2. Pembangunan Multimedia
2.1 Penulisan papan cerita 2.1.1 Menentukan penghasilan papan cerita
melalui proses dan prinsip reka bentuk.
Menghasilkan papan cerita mengikut proses dan
prinsip reka bentuk.
TEKNIK PENGHASILAN PRODUK MULTIMEDIA
10
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2.2 Pemerolehan bahan 2.2.1 Mengumpul bahan yang berkaitan dengan
tajuk persembahan multimedia daripada:
• pelbagai sumber
• ciptaan asli.
Mendapatkan bahan dari pelbagai sumber sedia
ada atau ciptaan sendiri berdasarkan papan cerita.
2.3 Penyuntingan bahan 2.3.1 Menentukan bahan pilihan yang sesuai
dengan tajuk persembahan.
Menyaring bahan pilihan yang sesuai dengan
persembahan.
Menggunakan pelbagai perisian utiliti untuk
menyunting bahan yang terpilih.
2.4 Pengintegrasian elemen multimedia 2.4.1 Mengintegrasi elemen elemen multimedia. Membangunkan satu projek multimedia.
2.5 Pengujian Prototaip 2.5.1 Menentukan projek multimedia
berdasarkan papan cerita.
Menguji, menilai dan menyahpijat projek
multimedia.
2.6 Pendokumentasian 2.6.1 Menyedia dan melengkapkan dokumentasi
projek multimedia.
Menghasilkan satu dokumentasi dalam bentuk
hard copy dan soft copy.
2.7 Produksi dan edaran 2.7.1 Menentukan spesifikasi pakej edaran dan
manual pengguna.
Menghasilkan satu pakej edaran yang menarik
dan manual pengguna yang berfungsi.
PRODUK MULTIMEDIA
11
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
1. Jenis dan Bentuk Produk
1.1 Bentuk 1.1.1 Mengenal pasti bentuk multimedia iaitu:
• produk
• perkakasan
• perisian.
Menyenaraikan unsur multimedia iaitu produk,
perkakasan dan perisian.
Memberi contoh jenis-jenis produk, perkakasan
dan perisian multimedia.
1.2 Mod persembahan multimedia 1.2.1 Memberi contoh-contoh mod persembahan
multimedia:
• CD-ROM
• rangkaian.
Menyenaraikan mod persembahan multimedia.
2. Isu dan kegunaan Produk
2.1 Etika dan hak cipta 2.1.1 Menghuraikan isu etika dan hak cipta
mengenai multimedia dari aspek:
• pembangunan ekonomi
• sosial
• royalti
• perundangan
• paten dan hak cipta.
Menjalankan sesi perbincangan berkaitan isu
etika dan hak cipta dalam multimedia.
Menghasilkan kertas kerja untuk sesi
pembentangan.
Menyediakan folio berkaitan dengan isu di dalam
multimedia.
PRODUK MULTIMEDIA
12
BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran
2.2 Trend masa depan 2.2.1 Menjelaskan trend masa depan
persembahan multimedia dari aspek:
• perkakasan
• perisian
• web.
Mengkaji trend semasa dan masa depan.
perkembangan multimedia serta mengaitkan
dengan peluang kerjaya.
Mengadakan perbincangan berdasarkan kajian
yang telah dibuat.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiKaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiMohd Shukri Suib
 
proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN Bishanani Omar
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMAnas Arshad
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)oxxychan
 
Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1nurul_dn
 
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepPengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepaznnawie
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPauling Chia
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 

La actualidad más candente (13)

E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan InstruksiKaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
Kaedah Pembangunan Bahan Instruksi & Penilaian Bahan Instruksi
 
proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN
 
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BMaplikasi Plickers dalam PdPc BM
aplikasi Plickers dalam PdPc BM
 
Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)Pismp 4 d 250612 (1)
Pismp 4 d 250612 (1)
 
Proposal azmy
Proposal azmyProposal azmy
Proposal azmy
 
Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1Pengajian keusahawanan tahap 1
Pengajian keusahawanan tahap 1
 
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsepPengajian keusahawanan tahap 1 konsep
Pengajian keusahawanan tahap 1 konsep
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
Modul pentaksiran produksi multimedia nov2009
 
Rph
Rph Rph
Rph
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 

Destacado

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAKean Hagen
 
Pamplet RPT Form 4
Pamplet RPT Form 4 Pamplet RPT Form 4
Pamplet RPT Form 4 ruude_90
 
RPT FORM 4
RPT FORM 4RPT FORM 4
RPT FORM 4ruude_90
 
Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005zhafdiana
 
Modul pentaksiran pm
Modul pentaksiran pmModul pentaksiran pm
Modul pentaksiran pmzhafdiana
 
cisco icon
cisco iconcisco icon
cisco iconyusi2001
 
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)Naveen Segaran
 

Destacado (8)

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIAHURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN : PRODUKSI MULTIMEDIA
 
Pamplet RPT Form 4
Pamplet RPT Form 4 Pamplet RPT Form 4
Pamplet RPT Form 4
 
RPT FORM 4
RPT FORM 4RPT FORM 4
RPT FORM 4
 
Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005Spm produksi multimedia 2005
Spm produksi multimedia 2005
 
Modul pentaksiran pm
Modul pentaksiran pmModul pentaksiran pm
Modul pentaksiran pm
 
Kertas cadangan pembangunan projek Blog
Kertas cadangan pembangunan projek BlogKertas cadangan pembangunan projek Blog
Kertas cadangan pembangunan projek Blog
 
cisco icon
cisco iconcisco icon
cisco icon
 
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
kertas cadangan e-learrnig management system (proposal)
 

Similar a Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia

Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerHuraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerFathdzelly Jaya
 
Hsp grafikomputer f4&5
Hsp grafikomputer f4&5Hsp grafikomputer f4&5
Hsp grafikomputer f4&5Kean Hagen
 
Huraian sukatan grafik berkomputer
Huraian sukatan grafik berkomputerHuraian sukatan grafik berkomputer
Huraian sukatan grafik berkomputerRuudz Dy
 
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Ida's Mustafa
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...syahrul225248
 
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013Amani Mubarak
 
Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Danjuro Hamada
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)nahbs631
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsKamaludin Ahmad
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3SMK SERI PErMAISURI
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)Nasran Syahiran
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasiRamlah Lanlah
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentanganyishiannn
 

Similar a Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia (20)

Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerHuraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
 
Hsp grafikomputer f4&5
Hsp grafikomputer f4&5Hsp grafikomputer f4&5
Hsp grafikomputer f4&5
 
Huraian sukatan grafik berkomputer
Huraian sukatan grafik berkomputerHuraian sukatan grafik berkomputer
Huraian sukatan grafik berkomputer
 
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
Rph kaedah masteri(berpusatkn guru)
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
 
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013
Keusahawanan&tmk digunakan dalam input CPD kohort 2013
 
Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1
 
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
Dokumen standard teknologi maklumat dan komunikasi tahun 5 (terbaharu)
 
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lmsBengkel pembangunan dan pengurusan lms
Bengkel pembangunan dan pengurusan lms
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
E-BOOK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 3
 
Hsp ict t4
Hsp ict t4Hsp ict t4
Hsp ict t4
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM)
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
169358267 apa-yang-boleh-didefinisikan-sebagai-inovasi
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Tmk untuk p&p
Tmk untuk p&pTmk untuk p&p
Tmk untuk p&p
 
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
Teknologi maklumat-untuk-pp-29185
 
Pembentangan
PembentanganPembentangan
Pembentangan
 
Model pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawafModel pembelajaran tawaf
Model pembelajaran tawaf
 

Más de zhafdiana

Adobe dreamwaver
Adobe dreamwaverAdobe dreamwaver
Adobe dreamwaverzhafdiana
 
Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008zhafdiana
 
Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007zhafdiana
 
Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006zhafdiana
 
Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009zhafdiana
 
Perkakasan dan perisian multimedia
Perkakasan dan perisian multimediaPerkakasan dan perisian multimedia
Perkakasan dan perisian multimediazhafdiana
 
Modul pembelajaran photoshop cs
Modul pembelajaran photoshop csModul pembelajaran photoshop cs
Modul pembelajaran photoshop cszhafdiana
 
Modul pembelajaran freehand mx
Modul pembelajaran freehand mxModul pembelajaran freehand mx
Modul pembelajaran freehand mxzhafdiana
 
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1zhafdiana
 
Kuiz kilat siri ii
Kuiz kilat siri iiKuiz kilat siri ii
Kuiz kilat siri iizhafdiana
 
Modul pembelajaran director mx
Modul pembelajaran director mxModul pembelajaran director mx
Modul pembelajaran director mxzhafdiana
 

Más de zhafdiana (12)

Adobe dreamwaver
Adobe dreamwaverAdobe dreamwaver
Adobe dreamwaver
 
Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008Spm produksi multimedia 2008
Spm produksi multimedia 2008
 
Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007Spm produksi multimedia 2007
Spm produksi multimedia 2007
 
Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006Spm produksi multimedia 2006
Spm produksi multimedia 2006
 
Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009Spm produksi multimedia 2009
Spm produksi multimedia 2009
 
Perkakasan dan perisian multimedia
Perkakasan dan perisian multimediaPerkakasan dan perisian multimedia
Perkakasan dan perisian multimedia
 
Modul pembelajaran photoshop cs
Modul pembelajaran photoshop csModul pembelajaran photoshop cs
Modul pembelajaran photoshop cs
 
Modul pembelajaran freehand mx
Modul pembelajaran freehand mxModul pembelajaran freehand mx
Modul pembelajaran freehand mx
 
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1
Modul pembelajaran dreamweaver mx 2004 v1
 
Kuiz kilat siri ii
Kuiz kilat siri iiKuiz kilat siri ii
Kuiz kilat siri ii
 
Kilat 1
Kilat 1Kilat 1
Kilat 1
 
Modul pembelajaran director mx
Modul pembelajaran director mxModul pembelajaran director mx
Modul pembelajaran director mx
 

Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia

  • 1. HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann KKuurriikkuulluumm BBeerrsseeppaadduu SSeekkoollaahh MMeenneennggaahh PPrroodduukkssii MMuullttiimmeeddiiaa PPuussaatt PPeerrkkeemmbbaannggaann KKuurriikkuulluumm KKeemmeenntteerriiaann PPeennddiiddiikkaann MMaallaayyssiiaa 22000022
  • 2. (i) PPeennddaahhuulluuaann Mata pelajaran Produksi Multimedia ialah antara mata-mata pelajaran vokasional yang ditawarkan khusus di sekolah-sekolah menengah akademik di Malaysia. Mata pelajaran ini ditawarkan di peringkat menengah atas bagi memenuhi keperluan latihan kerjaya dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Mata pelajaran Produksi Multimedia digubal dengan tujuan untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses penghasilan produk multimedia serta berkebolehan untuk menggunakan peralatan khusus bagi menghasilkan produk multimedia yang menarik dan berkualiti. Pengalaman yang diperoleh melalui mata pelajaran ini membolehkan pelajar untuk terus menceburi bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengiklanan, rakaman studio dan penyiaran. Ke arah mencapai matlamat mata pelajaran Produksi Multimedia, objektif berikut digariskan, iaitu bagi membolehkan pelajar:- 1. Membina pengetahuan tentang proses, elemen, prinsip dan teknik produksi multimedia. 2. Membina pengetahuan tentang peluang kerjaya dalam industri multimedia. 3. Membina pengetahuan dan kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian produksi multimedia piawaian industri serta perisian yang digunakan untuk menyediakan elemen bagi produksi multimedia. 4. Memperkembang dan mengaplikasi proses pemikiran logik dan kreatif dalam menghasilkan produk multimedia. 5. Memperoleh pengalaman bekerja melibatkan satu kumpulan pembangun. 6. Memupuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang ahli dalam satu kumpulan kerja temasuk peranan pengurus dan pekerja. 7. Memupuk kesedaran tentang tanggungjawab etika apabila bekerja melibatkan harta intelek dan bahan hakcipta 8. Memupuk kesedaran terhadap sikap dan protokol bekerja dalam persekitaran kerja berasaskan pelanggan. KKaanndduunnggaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann Mata pelajaran Produksi Multimedia bertumpu kepada empat komponen pengetahuan iaitu:- • Konsep multimedia. • Teknologi perkakasan dan perisian multimedia. • Proses dan teknik penghasilan produk multimedia. • Jenis dan bentuk produk multimedia Selain daripada susunan kandungan yang berasaskan kepada unsur pengetahuan, kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia turut juga disusun berdasarkan proses dan kemahiran. Produksi Multimedia ialah satu mata pelajaran yang praktikal, maka dengan itu sebahagian besar daripada kandungannya merangkumi komponen proses atau kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk multimedia. Proses dalam Produksi Multimedia merujuk kepada proses kreatif dan analitis dalam menghasilkan elemen, bahan dan produk multimedia, manakala kemahiran merujuk kepada kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian multimedia. Penggunaan teknologi perkakasan dan perisian secara cekap dan berkesan untuk menghasilkan elemen, bahan dan produk multimedia dikatakan sebagai teknik multimedia. Secara umumnya proses dan kemahiran bagi mata pelajaran Produksi Multimedia adalah seperti berikut:
  • 3. (ii) • Proses kreatif dan analitis • Pengendalian teknologi perkakasan dan perisian • Pengendalian perisian multimedia dan elemennya • Teknik produksi multimedia Keseluruhan unsur pengetahuan dan kemahiran Produksi Multimedia yang digunakan dalam menghasilkan produk multimedia dikawal dengan prinsip reka bentuk dan pembangunan multimedia serta sistem nilai bagi membentuk individu yang berfikiran terbuka, berdisiplin dan yakin diri. HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann Skop kandungan bagi mata pelajaran Produksi Multimedia perihalkan dalam dokumen Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, satu dokumen lain bagi menjelaskan dengan lebih terperinci kandungan bagi mata pelajaran ini, khususnya dari aspek kedalaman kandungan serta idea tentang pengajaran dan pembelajarannya adalah perlu bagi membantu guru dalam melaksanakan mata pelajaran ini. Untuk tujuan itu, sebagai pelengkap kepada Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia, Huraian Sukatan Pelajarannya disediakan. TTuujjuuaann PPeennyyeeddiiaaaann DDookkuummeenn HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia bertujuan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut dan terperinci tentang skop kandungan mata pelajaran itu khususnya dari segi kedalamannya. Di samping itu, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga memberi gambaran tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif mata pelajaran ini. OOrrggaanniissaassii KKaanndduunnggaann HHuurraaiiaann SSuukkaattaann PPeellaajjaarraann Keseluruhan kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia dibahagikan kepada empat bidang pembelajaran utama iaitu • Konsep Multimedia • Perkakasan dan Perisian Multimedia • Teknik Penghasilan Produk Multimedia • Produk Multimedia Setiap bidang pembelajaran utama seperti yang disebutkan di atas digunakan sebagai tajuk pada awal setiap bahagian dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia. Secara umumnya, kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia disusun dalam tiga lajur yang bertajuk Bidang Pembelajaran, Hasil Pembelajaran dan Pengalaman Pembelajaran. BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Dalam Sukatan Pelajaran, kandungan mata pelajaran Produksi Multimedia dinyatakan di bawah lajur Bidang Pembelajaran dan Skop. Walau bagaimanapun kesemua perkara yang terkandung di bawah lajur berkenaan diletakkan di bawah lajur Bidang Pembelajaran dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran dan dikodkan dalam bentuk bilangan berperingkat. HHaassiill PPeemmbbeellaajjaarraann Lajur Hasil Pembelajaran menjelaskan hasil pembelajaran yang dihasratkan bagi setiap perkara yang terkandung di bawah lajur Hasil Pembelajaran. Setiap perkara di bawah Bidang Pembelajaran dikembangkan kepada sekurang-kurangnya satu Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran dinyatakan dengan kata kerja yang membayangkan pengetahuan, proses atau kemahiran serta sikap seperti yang dinyatakan di bahagian Kandungan Sukatan Pelajaran. Sebagai panduan, kata kerja seperti “menyatakan”, “menjelaskan” dan sebagainya merupakan kebolehan yang dihasratkan terbina pada pelajar bersama dengan
  • 4. (iii) KANDUNGAN: Idea yang meyakinkan • Masalah sebenar dikemukakan kepada pelajar. • Pelajar mencari perkaitan antara idea. • Pelajar mengalami cabaran sebenar dari segi kekaburan, kekompleksan dan kesukaran membuat ramalan bagi sesuatu situasi dalam masalah.. • Soalan atau masalah yang sebenar yang menjadi keperihatinan mereka. pengetahuan dalam bidang pembelajaran yang sepadan. Kata kerja seperti “mengenal pasti”, “membanding beza” dan seumpamanya merujuk kepada proses dalam mata pelajaran Produksi Multimedia iaitu proses kreatif dan analitis. Bagi merujuk kepada kemahiran pengendalian perkakasan dan perisian yang digunakan dalam mata pelajaran Produksi Multimedia, kata kerja seperti “menggunakan”, “mengendali” dan sebagainya digunakan. Kata kerja seperti “mengamalkan”, “mematuhi” dan “menghargai merujuk kepada pembentukan sikap yang sesuai untuk mempelajari mata pelajaran ini. SSttrraatteeggii PPeennggaajjaarraann ddaann PPeemmbbeellaajjaarraann Dalam Sukatan Pelajaran Produksi Multimedia telah dinyatakan secara umum tentang model pembelajaran yang digunakan apabila melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini di bilik darjah atau studio pembelajaran. Model pembelajaran yang disarankan ialah “pembelajaran berasaskan projek”. Pembelajaran berasaskan projek ialah satu model pengajaran dan pembelajaran yang memperi tumpuan kepada konsep atau prinsip teras sesuatu bidang ilmu, melibatkan para pelajar dalam penyelesaian masalah dan tugasan bernakna, membenarkan pelajar melaksanakan tugasan dengan autonomi sendiri bagi mempelajari sesuatu dan disudahi dengan pelajar menghasilkan suatu produk yang realistik. Empat perkara yang mencirikan pembelajaran berasaskan projek ialah kandungan, syarat, aktiviti dan hasil. Rajah berikut menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ciri tersebut. SYARAT: menyokong autonomi pelajar • Pelajar mengambil bahagian dalam inkuri dan menjalankan kerja kursus dalam konteks sosial. • Pelajar diminta untuk mempamerkan tugasan dan perlakuan pengurusan masa secara individu dan sebagai wakil kumpulan. • Pelajar mengarah kerja mereka sendiri dan mengawal pembelajaran. • Pelajar mensimulasi peranan secara profesional sebagai pelajar, penyelidik, jurutera, pelapor, perancang, pengurus dan sebagainya. AKTIVITI: menyiasat dan melibatkan diri • Pelajar menjalankan penyasatan dalam suatu tempoh yang agak lama. • Pelajar mengalami halangan, mencari sumber dan menyelesaikan masalah sebagai respons kepada cabaran keseluruhan. • Pelajar membuat kaitan antara idea dengan sendiri dan memperoleh kemahiran baru apabila melaksanakan tugasan lain. • Pelajar menggunakan peralatan autentik iaitu sumber dan teknologi sebenar. • Pelajar mendapat maklum balas tentang nilai idea mereka daripada pakar dan ujian sebenar. HASIL: Hasil sebenar • Pelajar menjanakan produk yang kompleks dan berilmiah yang menunjukkan pembelajaran berlaku. • Pelajar menyertai pentaksiran mereka sendiri. • Pelajar bertanggungjawab dalam memilih cara bagaimana kompetensi mereka hendak dipamerkan. • Pelajar mempamerkan kemajuan dalam bidang yang sering diabaikan tetapi penting untuk membina kompetensi sebenar.
  • 5. KONSEP MULTIMEDIA 1 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 1. Produksi Multimedia 1.1 Pengertian multimedia 1.1.1 Menyatakan maksud multimedia. Murid memperolehi maklumat tentang multimedia dari pelbagai sumber. 1.2 Sejarah perkembangan multimedia 1.2.1 Membandingkan maksud multimedia dahulu dengan sekarang. 1.2.2 Memperihalkan sejarah perkembangan produk, perkakasan dan perisian multimedia. Membuat carian maklumat di Internet dan sumber-sumber lain mengenai perkaitan (pengaruh) sejarah perkembangan komputer dengan multimedia. 1.3 Pasukan produksi bahan multimedia 1.3.1 Mengenalpasti ahli pasukan produksi multimedia: • pengurus produksi • pakar kandungan • penulis skrip • pengaturcara • artis grafik • pakar audio & video. Membuat carian maklumat di Internet dan sumber-sumber lain mengenai ahli dan peranan pasukan produksi multimedia. 1.3.2 Menyatakan peranan setiap ahli dalam pasukan produksi multimedia. 1.4 Penggunaan dan sumbangan multimedia dalam kehidupan 1.4.1 Memberi contoh penggunaan multimedia dalam kehidupan. Perbincangan mengenai penggunaan dan sumbangan multimedia dalam kehidupan.
  • 6. KONSEP MULTIMEDIA 2 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 1.4.2 Mengenal pasti sumbangan multimedia dalam kehidupan dari aspek: • pendidikan • industri dan perniagaan • kesihatan dan perubatan • hiburan atau rekreasi • komunikasi dan keselamatan. Menyenaraikan contoh-contoh penggunaan dan sumbangan multimedia dalam kehidupan. 1.5 Peluang kerjaya 1.5.1 Memberi contoh peluang-peluang kerjaya dalam bidang multimedia: • periklanan • penyiaran • pelancongan • pembangunan laman web • pembangunan perisian. Membuat carian maklumat di Internet dan sumber-sumber lain mengenai peluang pekerjaan dalam bidang multimedia. 1.5.2 Mengenal pasti jenis-jenis pekerjaan yang boleh diceburi dalam bidang multimedia. Menyenaraikan peluang-peluang pekerjaan dalam bidang multimedia.
  • 7. KONSEP MULTIMEDIA 3 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2. Elemen Multimedia 2.1.1 Mengenal pasti elemen multimedia: • teks • grafik • animasi • audio • video • interaktiviti. Mencari maklumat mengenai penggunaan elemen multimedia di dalam suatu persembahan multimedia. 2.2 Teks 2.2.1 Mengenali teks dalam multimedia dari aspek: • fungsi • jenis-jenis teks • format teks • jenis muka taip • saiz muka taip • gaya teks • susun jajar • warna. Mengulas aspek-aspek teks yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia.
  • 8. KONSEP MULTIMEDIA 4 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2.3 Grafik 2.3.1 Mengenali grafik dalam multimedia dari aspek: • fungsi • sumber grafik • jenis-jenis grafik(2-D,3-D) • format fail grafik • reka letak • gandingan warna. Mengulas aspek-aspek grafik yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia. 2.4 Animasi 2.4.1 Mengenali animasi dalam multimedia dari aspek: • fungsi • sumber • jenis-jenis animasi • format fail animasi • reka letak. Mengulas aspek-aspek animasi yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia.
  • 9. KONSEP MULTIMEDIA 5 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2.5 Audio 2.5.1 Mengenali audio dalam multimedia dari aspek: • fungsi • sumber • format fail • reka letak. Mengulas aspek-aspek audio yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia. 2.6 Video 2.6.1 Mengenali video dalam multimedia dari aspek: • fungsi • sumber • format fail • reka letak. Mengulas aspek-aspek video yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia. 2.7 Interaktiviti 2.7.1 Mengenali interaktiviti dalam multimedia dari aspek: • fungsi • jenis. Mengulas aspek-aspek interaktiviti yang terdapat dalam suatu persembahan multimedia.
  • 10. PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA 6 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 1. Perkakasan 1.1 Komputer multimedia 1.1.1 Mengenal pasti spesifikasi komputer yang diperlukan untuk produksi bahan multimedia: • pemproses • RAM • storan • paparan • antara muka pengguna • kad bunyi • kad video • kad penangkap video. Menamakan dan menyatakan spesifikasi setiap komponen komputer multimedia. 1.1.2 Mengenal pasti fungsi bagi setiap komponen komputer multimedia. Menyatakan fungsi bagi setiap komponen komputer multimedia. 1.2 Perkakasan periferal 1.2.1 Mengenal pasti peranti yang diperlukan untuk produksi bahan multimedia: • sistem audio • pengimbas • kamera digital • kamera video digital • pencetak • sistem video Menamakan peranti yang diperlukan untuk produksi bahan multimedia. Menyatakan fungsi bagi setiap peranti.
  • 11. PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA 7 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2. Perisian 2.1 Sistem pengoperasian 2.1.1 Mengenal pasti platform sistem pengoperasian dan perisian aplikasi. Menjalankan aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pelbagai perisian. 2.2 Perisian pengarangan 2.2.1 Menyatakan perisian pengarangan berdasarkan metafora yang relevan: • persembahan slaid • berasas ikon • kad/buku • berasas masa/frame. Meneroka perisian pengarangan yang berbeza metafora. Menggunakan perisian pengarangan yang telah diterokai. Mengkritik antaramuka perisian pengarangan yang digunakan. 2.2.2 Memahami fungsi asas pengaturcaraan dalam perisian pengarangan: • simple branching • sonditional branching • structured language. Menggunakan fungsi asas pengaturcaraan dalam perisian pengarangan. 2.2.3 Menggunakan perisian aplikasi grafik vektor: • ilustrasi • animasi.
  • 12. PERKAKASAN DAN PERISIAN MULTIMEDIA 8 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2.3 Perisian Pembinaan Elemen Multimedia 2.3.1 Mengenal pasti perisian pembinaan elemen multimedia: • perisian teks • perisian audio • perisian grafik • perisian video • perisian animasi. Menggunakan perisian yang relevan bagi pembinaan dan penyuntingan teks, grafik, audio, video dan animasi dalam aktiviti hands-o.n
  • 13. TEKNIK PENGHASILAN PRODUK MULTIMEDIA 9 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 1. Reka Bentuk 1.1 Prinsip Reka Bentuk 1.1.1 Memperihalkan sesuatu hasil multimedia dari sudut: • keseimbangan • keseragaman • kesatuan • interaktiviti. Mengkritik sesuatu persembahan multimedia dari sudut yang telah dinyatakan. 1.2 Proses Reka Bentuk 1.2.1 Menyatakan proses proses yang terlibat dalam reka bentuk bahan multimedia: • fasa perancangan • analisis keperluan • fasa pembangunan • fasa pengujian. Membuat ulasan suatu persembahan multimedia dari aspek proses reka bentuk multimedia. Menyediakan kertas cadangan untuk menghasilkan satu projek persembahan multimedia. Membuat ulasan dan penilaian semula terhadap kertas cadangan yang dibentangkan. 2. Pembangunan Multimedia 2.1 Penulisan papan cerita 2.1.1 Menentukan penghasilan papan cerita melalui proses dan prinsip reka bentuk. Menghasilkan papan cerita mengikut proses dan prinsip reka bentuk.
  • 14. TEKNIK PENGHASILAN PRODUK MULTIMEDIA 10 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2.2 Pemerolehan bahan 2.2.1 Mengumpul bahan yang berkaitan dengan tajuk persembahan multimedia daripada: • pelbagai sumber • ciptaan asli. Mendapatkan bahan dari pelbagai sumber sedia ada atau ciptaan sendiri berdasarkan papan cerita. 2.3 Penyuntingan bahan 2.3.1 Menentukan bahan pilihan yang sesuai dengan tajuk persembahan. Menyaring bahan pilihan yang sesuai dengan persembahan. Menggunakan pelbagai perisian utiliti untuk menyunting bahan yang terpilih. 2.4 Pengintegrasian elemen multimedia 2.4.1 Mengintegrasi elemen elemen multimedia. Membangunkan satu projek multimedia. 2.5 Pengujian Prototaip 2.5.1 Menentukan projek multimedia berdasarkan papan cerita. Menguji, menilai dan menyahpijat projek multimedia. 2.6 Pendokumentasian 2.6.1 Menyedia dan melengkapkan dokumentasi projek multimedia. Menghasilkan satu dokumentasi dalam bentuk hard copy dan soft copy. 2.7 Produksi dan edaran 2.7.1 Menentukan spesifikasi pakej edaran dan manual pengguna. Menghasilkan satu pakej edaran yang menarik dan manual pengguna yang berfungsi.
  • 15. PRODUK MULTIMEDIA 11 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 1. Jenis dan Bentuk Produk 1.1 Bentuk 1.1.1 Mengenal pasti bentuk multimedia iaitu: • produk • perkakasan • perisian. Menyenaraikan unsur multimedia iaitu produk, perkakasan dan perisian. Memberi contoh jenis-jenis produk, perkakasan dan perisian multimedia. 1.2 Mod persembahan multimedia 1.2.1 Memberi contoh-contoh mod persembahan multimedia: • CD-ROM • rangkaian. Menyenaraikan mod persembahan multimedia. 2. Isu dan kegunaan Produk 2.1 Etika dan hak cipta 2.1.1 Menghuraikan isu etika dan hak cipta mengenai multimedia dari aspek: • pembangunan ekonomi • sosial • royalti • perundangan • paten dan hak cipta. Menjalankan sesi perbincangan berkaitan isu etika dan hak cipta dalam multimedia. Menghasilkan kertas kerja untuk sesi pembentangan. Menyediakan folio berkaitan dengan isu di dalam multimedia.
  • 16. PRODUK MULTIMEDIA 12 BBiiddaanngg PPeemmbbeellaajjaarraann Hasil Pembelajaran Pengalaman Pembelajaran 2.2 Trend masa depan 2.2.1 Menjelaskan trend masa depan persembahan multimedia dari aspek: • perkakasan • perisian • web. Mengkaji trend semasa dan masa depan. perkembangan multimedia serta mengaitkan dengan peluang kerjaya. Mengadakan perbincangan berdasarkan kajian yang telah dibuat.