SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 38
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA



             SEMESTER JANUARI 2012




                    HBEF 1403


             SENI DALAM PENDIDIKAN




MATRICULATION NO       :    770218015450002
IDENTITY CARD NO.      :    770218-01-5450
NAMA                   :    ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN
TELEPHONE NO.          :    013-7018071
E-MAIL                 :    znas77@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE        :    JOHOR BAHRU
PENGENALAN


Sejarah Sekolah


       Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernama
Kampung Makam. Ianya terletak kira – kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnya
ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yang
begitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolah
tersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangan
sekolah ini.
       Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi
menampung murid – murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolah
telah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telah
dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini
telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi.
       Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia binti
Mohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yang
lalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sa’uma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1,
Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan
Puan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.


Lokasi Sekolah


       Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolah
ini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telah
terbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.
Logo Sekolah




Makna Disebalik Logo Sekolah
Obor            – Penyuluh hidup
Pen             – Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif
Keris           – Sedia menghadapi cabaran
Bunga Padi      – Bermuafakat dan kerjasama


Visi


Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi


Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti


Objentif Kualiti Sekolah


      1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran
         Tahunan kecuali berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah.
      2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65%
         Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan
         pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.
3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan
      Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya
      melainkan berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah.
   4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan
      dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan.
   5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit.


Kemudahan Sekolah


      Antara kemudahan – kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak Sekolah
Kebangsaan Bandar, ialah:
      a) Kantin
      b) Padang Serbaguna
      c) Pusat Sumber
      d) Makmal Komputer
      e) Bilik Sains
      f) Dataran Perhimpunan
      g) Bengkel Kemahiran Hidup
      h) Bilik Pendidikan Seni Visual
      i) Bilik Akses Kendiri
      j) Bilik Tayang
      k) Bilik Gerakan
      l) Bilik Kaunseling
      m) Bilik Linus
      n) Surau
      o) Bilik Pemulihan Khas
      p) Bilik PJK
      q) Tandas
      r) Taman Permainan
      s) Bilik JQAF
      t) Bilik Kokurikulum
      u) Pejabat Guru
PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL
                                                                                                     Kantin                                               B. Servis         6 Gemilang         6 Terbilang                    B.
                                                                                                     Guru                                                                                                                  Pengawas

                                                                                                                                                          Stor Am             Stor Am          Bilik JQAF       Tandas      Tandas


                                                                                                                                                      Bilik Sukan              SPBT            Bilik Seni       Tandas      Tandas

                                           Tandas           Stor      1 Bijak       1 Cerdik         2 Bijak          Kelas
                                                                                                                    Pemulihan                             B. Servis           Stor Am            Dewan          Dewan       Dewan

                                         Kedai Buku        Kantin     Dewan          Dewan         Bilik Jamuan    Bilik Jamuan
                                                                      Makan          Makan
                                                                                                                                                          Tangga                                                            Tangga

                                                          Tangga                                                     Tangga
                                                                                                                                                          B. Servis            Dewan             Dewan          Dewan       Dewan
                   GELANGGANG
                    PERMAINAN                                              S
                                                                           U                                                                              B. Servis              B.            Kedai Buku         B.       Persalinan
                    SERBAGUNA                                                                                                                                                Keselamatan
                                                                           S                   Taman                                                                                                           Kesihatan
                                                                           U                                             Pondok
                                                                                                Orkid
                                                                           R                                             Wakaf                            B. Akses           Pejabat Guru      Pejabat Guru     Tandas      Tandas
                                                                                               Sekolah                                                    Kendiri
                                                                           G
                                                                           A                                                                          Bilik Sukan
                                                                                                                                                       B. Servis                SPBT
                                                                                                                                                                             6 Cemerlang       Bilik Seni
                                                                                                                                                                                                 Kelas          Tandas
                                                                                                                                                                                                               P. Akses     Tandas
                                                                                                                                                                                                                           P. Akses
                                                                                                                                                                                                Pemulihan
                                                                           J
                                                                           A
                                                                           H
                                                                                5 Gemilang         Tangga           Bilik            Makmal           B. PPSMI               Pra Sek 1
                                                                                                                   LINUS            Komputer

                                                                                5 Terbilang        Tangga         Pra Sek 2         B. Sukan                Stor              Tandas
                             U

                             U


                                    G
                                    A

                                    A
                                    H
                             R
                             S

                             S




                                    J




                                                                                                                                               G                              Tangga
PINTU MASUK




                                                                                                                                               a      S
                                                                                                                                               r      U
                                                                                                                                               a      S
                                                                                                                                               j      U
                                                                    DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN                                                R                          Surau
                                                                                                                                               K
                                                                                                                                               e      G
                                                                                                                                               r      A
                                                                                                                                               e      J
                                                                                                                                               t      A
                    Pos                                                                                                                        a      H                             Tangga
                  Pengawal

                                                                                                         Tangga      Makmal Sains       Bengkel              5 Cemerlang          B. Pekerja          Tandas
                  Pondok                                                                                                                  KH
                  Wakaf
              G                                                                                          Tangga      Bilik Cetak       B. Gerakan               Makmal             B. Muzik           Tandas
              a                                                                                                                                                Komputer
              r
              a                                                                                          Tangga        B. Tayang       Perpustakaan                   Pejabat SK Bandar               Tandas
              j
                                                    Rumah Pam
                                                                                                         Tangga       4 Cemerlang      4 Gemilang            4 Terbilang
              B
              a
              s
              i
              k                 Pondok
              a                 Wakaf
              l
PELAN LOKASI SEKOLAH
                                                        JLN KG TEMBIOH




                                    JLN KG TEMBIOH




                                                                            JLN KG TEMBIOH
                                                                                                           KEDAI
                                                                                                           MAKAN


                     BANGUNAN
                      TERBIAR                        PADANG JALAN JOHOR

   DARI JALAN KOTA TINGGI                                                                          DARI JOHOR BAHRU



                                                                           KEDAI
                                                                           MAKAN
                                                                                                                             SJK (T)
                                                                                                                          JALAN TAJUL
                                                        J                                                             J                        J
                                                        A    KEDAI BASUH                                              A                        A
                                                        L      KERETA                                                 L                        L
      SUNGAI JOHOR




                                                        A                                                             A                        A
                                                        N                                                             N                        N
                     J
                     A                                  I                                                             T                        T
                     L                                  D                                                             A                        A
                     A                                  R                                                             J                        Y
                     N                                  I                                                             U




                                                                                                                            RUMAH KAKITANGAN
                         BALAI POLIS TRAFIK             S                                                             L                        K
                     O                                                                                                                         I
                     M                                                                                                                         A
                     A                                                                       JALAN TAJUL
                     R                                                                                                                         H
                                                                                                                                               E
                                                                                                                                               N
                                                                                                                                               G




                                                                                                                             SJK (T)
                                                                                                                          JALAN TAJUL
                                 DEWAN
                                WARISAN
PELAN BILIK SENI VISUAL




                 D




                              A




                          C

             E                    B
PETUNJUK:



              MEJA DAN KERUSI             SUDUT PAMERAN


                  KABINET              RODA PEMUTAR TEMBIKAR


            PARA GANTUNG TEKSTIL             MEJA GURU


                PINTU MASUK               TANUR ELEKTRIK

                   SINGKI
                                       PAPAN PAMERAN GANTUNG


   A         PEJABAT GURU SENI     B           STOR


   C           BILIK CETAKAN       D       BILIK TEMBIKAR


   E            BILIK TEKSTIL               PAPAN TULIS


                 KOMPUTER                  MESIN PENCETAK
PENGURUSAN BILIK SENI


       Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan
penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama
guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana
dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja
kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat.
       Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang
sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah
disusun mengikut jenisnya seperti:
• unsur seni
• menggambar / melukis
• warna
• lukisan alam semulajadi
• seni huruf dan sebagainya.
       Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu
mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai
kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek – aspek keselamatan. Di dalam
pengurusan bilik seni, aspek – aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah
seperti berikut:


   1. Aspek Fizikal
       Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang
       disediakan di sekolah:


       a) Trapuitik
           Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri – ciri keindahan ,
           mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang
           menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria
           dan semangat kepada murid – murid dan guru untuk berada lebih lama kerana
           terasa seolah – olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan
           saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama
           dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
Contoh:




   Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitik


b) Perabot dan Papan Maklumat
   Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam
   atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu,
   jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut
   bacaan atau rujukan, kata – kata motivasi termasuklah cara – cara penggunaan
   laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang
   sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti
   meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid – murid serta ianya sesuai untuk
   semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah
   murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri – ciri yang ada bahagian pengajaran dan
   pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna
   kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja
   dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid – murid
   untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
   berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah
   berinteraksi dengan guru.
Contoh:




   Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan.


c) Cahaya
   Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber
   daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang
   bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan
   pencahayaan dalam bilik.
   Contoh:




   Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang.


d) Peredaran Udara
   Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya
   supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan
   tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah
   pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.
Contoh:




   Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah
   bilik.




   Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang.


e) Stor
   Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan
   pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil
   kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari.


f) Panel dan Rak Pameran
   Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi
   semasa hasil dari kerja – kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada
   dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.
Contoh:




                                          Bahan Pameran Hasil Kerja Murid




                                          Bahan Pameran Kraf




                                          Panel pameran murid.




Panel dan rak pameran hasil kerja murid
g) Kemudahan Asas
   Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di
   tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual.


h) Poster Keselamatan
   Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati – hati
   semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.


i) Warna
   Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian –
   bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau
   lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang.
   Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya.


j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
   Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
   yang sesuai seperti carta, buku – buku dan lain – lain. Alat pengajaran dan
   pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain – lain juga perlu
   ada.
   Contoh:
Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan.


k) Pejabat Guru PSV
   Sebaik – baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah
   supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi
   Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
2. Aspek Sosial
   Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid
   dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah.


   a) Interaksi Murid
      Pada kebiasaannya, murid – murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar
      belakang dan sifat yang berbeza – beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu
      serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak
      dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid – murid
      dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan
      bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat
      bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan
      murid dengan guru.
          Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru
      kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru
      dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi
      interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali
      sebagai komunikasi pelbagai hala.


   b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan
      Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat
      dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga
      dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di
      mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak
      boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni.
      Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan
      dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam
      kumpulan masing – masing dan tidak merayau – rayau di dalam bilik seni serta
      cara murid untuk mendapatkan bahan – bahan pembelajaran. Contohnya,
      mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.
3. Aspek Emosi
   Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid – murid terhadap guru mereka.
   Suasana ini akan menimbulkan jenis – jenis tingkah laku murid yang ditentukan
   oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana
   emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang
   mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta
   menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap
   demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan
   disenangi oleh murid dengan:
   I)        memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir.
   II)       memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria.
   III)      membentuk suasana yang meransang kreativiti.


   a) Hiasan Dalaman
          Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan
          dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta
          membantu    suasana    pengajaran   dan     pembelajaran   dan   juga   dapat
          menggalakkan lagi interaksi antara murid.


   b) Ruang
          Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta
          jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu
          diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni
          yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam
          bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi
          empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat
          menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif
          supaya dapat merangsang pembelajaran murid.
c) Peragaan Hasil Kerja
   Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk
   memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat
   membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja
   seni.
PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL


Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual


      1. Menggambar
          Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
          kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar
          melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar.
          Melalui asas – asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai
          jenis aktiviti menggambar.


          a) Definisi Menggambar
             Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang
             dihasilkan di atas permukaan rata.
                      Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi
             warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan
             pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk
             menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu
             artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau
             objek.


          b) Teknik – Teknik Menggambar
Teknik Kolaj
Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan
dari gubahan bahan – bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan
manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas
atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan
yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada
kandungan dan penyampaian gambar.
Contoh:




Teknik Catan
Apabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untuk
menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat
poster, cat emulsi, cat gloss dan lain – lain. Berbagai jenis berus atau alat
improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu
permukaan.
Contoh :
Teknik Stensilan
Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil
dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil
tersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas kertas,
bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap
oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar
rupa bentuk yang dihasilkan.
Contoh:




Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya
cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau
skrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan
boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan
dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh
bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, “strawboard” dan “polyfoam”.
“Polyfoam” adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dan
sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.
Contoh:




Teknik Gosokan
Krayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atas
sesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yang
berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan.
Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk
mendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garis
luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Contoh:




Teknik Resis
Teknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama
lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun “cow gum”.
Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan
untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti
kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.
Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat
batik adalah satu contoh teknik resis.
Contoh:




Teknik Gurisan
Teknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis – lapis
supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau
tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada
krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras
dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang
dihasilkan.
Contoh:
Teknik Mozek
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan – bahan
seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain – lain ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan
tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akan
memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan
yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang
dihasilkan.
Contoh:




Teknik Percikan
Teknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatu
alat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan
bertitik – titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh
digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau
kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan
berlaku apabila warna kedua dipercikkan.
Contoh:




2. Membuat Rekaan dan Corak
  Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain .
  Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta
  dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.
     Corak boleh didapati daripada:
      Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.
      Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.
      Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.
      Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
      Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka.


  a) Jenis Susunan Corak
      Penuh
      Turun satu suku
      Turun tiga suku
      Turun separa
      Sisik ikan
 Selang seli




 Tapak dam dan tapak catur




 Siku keluang




 Pucuk rebung




 Orgee
 Batu bata




 Tunggal
 Berpusat




 Sendeng
 Berombak
 Jidar
 Berjalur




 Cerminan
b) Teknik Corak
         a. Corak Terancang

                       LUKISAN                     KOLAJ


            KALIGRAFI                                             RESIS

                                       CORAK
             CATAN                   TERANCANG                    CAPAN



                    CETAKAN                  LIPATAN DAN GUNTINGAN




         b. Corak Tidak Terancang




3. Membentuk dan Membuat Binaan
  Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan
  kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail,
  stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami.      Ia akan dapat dilihat
  bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja.
     Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek
  seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek – aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka
bentuk dan membina sesuatu model.
    Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat
dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara
kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidang
kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti
seperti:
    a. Arca timbul




    b. Arca asemblaj




    c. Arca mobail
d. Arca stabail




e. Origami




f. Model
g. Diorama




h. Boneka




i. Topeng




Tema dan Subjek
a. Alam semulajadi
b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
c. Aliran dan tema sejagat
      d. Keperluan dan pengalaman harian


4. Kraf Tradisional
   a) Definisi
      Perusahaan atau kerja – kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran
      kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang
      diwarisi turun temurun mengikut kaum masing – masing.


   b) Jenis Kraf Tradisional
           Alat domestik
             Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
             kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat
             tradisional pada ketika itu.
             Contoh:




           Alat permainan
             Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk
             mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas
             menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan,
             Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat
             pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau
             Bayan.
Contoh:




 Alat mempertahankan diri
   Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut
   keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan
   Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti
   keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar,
   Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit.
   Contoh:




 Batik
   Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai
   bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden
mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan
   kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan
   kaedah membuat batik dan diminati ramai.
   Contoh:




 Seni tekat
   Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau
   tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama
   ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan
   timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi
   dengan mempulur.
   Contoh:




 Tembikar
   Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan
   penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai
   Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik
   pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si
   pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif,
   ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan
   berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
Contoh:




 Anyaman
   Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan,
   bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku – pakis ribu – ribu atau bahan –
   bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu
   menggunakan teknik selang – seli helaian antara satu sama lain.
   Contoh:




 Kelarai
   Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui
   proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang
   tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang
   lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra
   digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah
   dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan
   tepat.
   Kelarai ini diantaranya ialah:
i. Kelarai berakar
     ii. Kelarai beras patah
     iii. Kelarai bunga cengkih
     iv. Kelarai tampuk manggis
      v. Kelarai bunga mempelas
     vi. Kelarai anak ikan
    vii. Kelarai kepala lalat
    viii. Kelarai mata punai
     ix. Kelarai sisik kelah
      x. Kelarai tapak harimau
  Contoh:




 Ukiran
  Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang
  digunakan    untuk   menghiasi   rumah    kediaman   yang   menjadi
  kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil
  kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat
  yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan
  melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot,
  senjata dan peralatan untuk kegunaan harian.
  Contoh:
5. Kesimpulan
     Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah
  untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
  pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid
  untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
  alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke
  arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
     4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan,
  membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan
  untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid
  untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan
  perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,
  psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan
  persepsi visual.
     Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik.
  Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
  kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah
  dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru
  perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang
  kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan
  menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
RUJUKAN

Más contenido relacionado

Más de Teacher Nasrah

Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015Teacher Nasrah
 
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Teacher Nasrah
 
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Teacher Nasrah
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanTeacher Nasrah
 
Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Teacher Nasrah
 
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cSenarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cTeacher Nasrah
 
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Teacher Nasrah
 
Plan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparPlan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparTeacher Nasrah
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Teacher Nasrah
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Teacher Nasrah
 
Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Teacher Nasrah
 
Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Teacher Nasrah
 
Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Teacher Nasrah
 
Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Teacher Nasrah
 

Más de Teacher Nasrah (20)

Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit curai taklimat pemeriksaan khas nazir linus 2015
 
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
Minit Curai pemeriksaan khas nazir linus 2015
 
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
Minit Curai Taklimat Awal Tahun 2015
 
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringanLaporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
Laporan program taklimat post mortem dan verifikasi item instrumen saringan
 
Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015Laporan Program Lesson study 2015
Laporan Program Lesson study 2015
 
Fail bppi linus
Fail bppi linusFail bppi linus
Fail bppi linus
 
Jadual waktu kelas
Jadual waktu kelasJadual waktu kelas
Jadual waktu kelas
 
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 cSenarai guru utk pintu kelas 1 c
Senarai guru utk pintu kelas 1 c
 
Papan hitam tag
Papan hitam tagPapan hitam tag
Papan hitam tag
 
TRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHTTRAFFIC LIGHT
TRAFFIC LIGHT
 
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
Pelan strategik permainan dalam 2012 2015
 
Plan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tamparPlan strategik kelab bola tampar
Plan strategik kelab bola tampar
 
Laporan program pbsmm
Laporan program pbsmmLaporan program pbsmm
Laporan program pbsmm
 
Cupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 cCupcake birthday 2 c
Cupcake birthday 2 c
 
Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014Minit mesyuarat unit kantin 2014
Minit mesyuarat unit kantin 2014
 
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014Minit mesyuarat kwamp 1 2014
Minit mesyuarat kwamp 1 2014
 
Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014Takwim program linus 2014
Takwim program linus 2014
 
Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014Carta organisasi program linus 2014
Carta organisasi program linus 2014
 
Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012Analisis saringan linus 2012
Analisis saringan linus 2012
 
Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013Analisis saringan 2 2.0 2013
Analisis saringan 2 2.0 2013
 

Último

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYNovitaDewi98
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxMOHDAZLANBINALIMoe
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRizalAminulloh2
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 

Último (20)

PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 

HBEF1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2012 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN MATRICULATION NO : 770218015450002 IDENTITY CARD NO. : 770218-01-5450 NAMA : ZAMATUN NASRAH BINTI MARWAN TELEPHONE NO. : 013-7018071 E-MAIL : znas77@yahoo.com.my LEARNING CENTRE : JOHOR BAHRU
  • 2. PENGENALAN Sejarah Sekolah Pada tahun 1899, sebuah sekolah telah dibina di sebuah kampong yang bernama Kampung Makam. Ianya terletak kira – kira 1.5 km dari Bandar Kota Tinggi. Pengasasnya ialah Encik Awang Perancis. Memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat, maka ia telah dipindahkan ke Jalan Idris pada tahun 1900. Kemudian, sekolah tersebut telah dinamakan Sekolah Melayu Kota Tinggi. Dari sinilah bermulanya perkembangan sekolah ini. Pada tahun 1926, pihak kerajaan telah membina sebuah sekolah di Jalan Omar bagi menampung murid – murid lelaki dan perempuan. Kemudian, pada tahun 1939, sebuah sekolah telah dibina khas untuk murid perempuan. Namun, pada tahun kedua, sekolah tersebut telah dicantumkan di bawah pentadbiran Allahyarham Encik Mohd Zain bin Hamzah dan sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Melayu Bandar Kota Tinggi. Kini, pada tahun 2012, ia baru ditabdir dalam masa tiga bulan oleh Puan Nurlia binti Mohamad setelah Tuan Haji S. Othman bin S. Nong bersara pada 13 November 2011 yang lalu. Beliau dibantu oleh Puan Hajah Sa’uma binti Mohamad sebagai Guru Penolong Kanan 1, Puan Hajah Noraarshidah binti Sarpan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Puan Aazizah binti Hassan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Lokasi Sekolah Lokasi Sekolah Kebangsaan Bandar dengan Bandar Kota tinggi hanya 1.5 km. Sekolah ini terletak di pesisiran Sungai Johor berhampiran Balai Polis Trafik Kota Tinggi yang telah terbiar dan berada di sebelah kanan sebelum melalui jambatan ke Bandar Kota Tinggi.
  • 3. Logo Sekolah Makna Disebalik Logo Sekolah Obor – Penyuluh hidup Pen – Melakarkan pelajar berinisiatif, kreatif dan inovatif Keris – Sedia menghadapi cabaran Bunga Padi – Bermuafakat dan kerjasama Visi Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang Misi Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Objentif Kualiti Sekolah 1. Pelaksanaan 100% Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah. 2. Memastikan Pencapaian Murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Bandar Mencapai 65% Lulus Keseluruhan atau Peningkatan 3% dari tahun sebelumnya dalam peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan UPSR.
  • 4. 3. Memastikan 1005 murid Sekolah Kebangsaan Bandar mendapat perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara – perkara yang di luar kawalan sekolah. 4. 100% Aduan dan Maklumbalas Pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan Pelanggan. 5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan tanpa teguran Audit. Kemudahan Sekolah Antara kemudahan – kemudahan yang dapat disediakan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bandar, ialah: a) Kantin b) Padang Serbaguna c) Pusat Sumber d) Makmal Komputer e) Bilik Sains f) Dataran Perhimpunan g) Bengkel Kemahiran Hidup h) Bilik Pendidikan Seni Visual i) Bilik Akses Kendiri j) Bilik Tayang k) Bilik Gerakan l) Bilik Kaunseling m) Bilik Linus n) Surau o) Bilik Pemulihan Khas p) Bilik PJK q) Tandas r) Taman Permainan s) Bilik JQAF t) Bilik Kokurikulum u) Pejabat Guru
  • 5. PELAN BANGUNAN SEKOLAH DAN LOKASI BILIK SENI VISUAL Kantin B. Servis 6 Gemilang 6 Terbilang B. Guru Pengawas Stor Am Stor Am Bilik JQAF Tandas Tandas Bilik Sukan SPBT Bilik Seni Tandas Tandas Tandas Stor 1 Bijak 1 Cerdik 2 Bijak Kelas Pemulihan B. Servis Stor Am Dewan Dewan Dewan Kedai Buku Kantin Dewan Dewan Bilik Jamuan Bilik Jamuan Makan Makan Tangga Tangga Tangga Tangga B. Servis Dewan Dewan Dewan Dewan GELANGGANG PERMAINAN S U B. Servis B. Kedai Buku B. Persalinan SERBAGUNA Keselamatan S Taman Kesihatan U Pondok Orkid R Wakaf B. Akses Pejabat Guru Pejabat Guru Tandas Tandas Sekolah Kendiri G A Bilik Sukan B. Servis SPBT 6 Cemerlang Bilik Seni Kelas Tandas P. Akses Tandas P. Akses Pemulihan J A H 5 Gemilang Tangga Bilik Makmal B. PPSMI Pra Sek 1 LINUS Komputer 5 Terbilang Tangga Pra Sek 2 B. Sukan Stor Tandas U U G A A H R S S J G Tangga PINTU MASUK a S r U a S j U DATARAN ILMIAH / TAPAK PERHIMPUNAN R Surau K e G r A e J t A Pos a H Tangga Pengawal Tangga Makmal Sains Bengkel 5 Cemerlang B. Pekerja Tandas Pondok KH Wakaf G Tangga Bilik Cetak B. Gerakan Makmal B. Muzik Tandas a Komputer r a Tangga B. Tayang Perpustakaan Pejabat SK Bandar Tandas j Rumah Pam Tangga 4 Cemerlang 4 Gemilang 4 Terbilang B a s i k Pondok a Wakaf l
  • 6. PELAN LOKASI SEKOLAH JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH JLN KG TEMBIOH KEDAI MAKAN BANGUNAN TERBIAR PADANG JALAN JOHOR DARI JALAN KOTA TINGGI DARI JOHOR BAHRU KEDAI MAKAN SJK (T) JALAN TAJUL J J J A KEDAI BASUH A A L KERETA L L SUNGAI JOHOR A A A N N N J A I T T L D A A A R J Y N I U RUMAH KAKITANGAN BALAI POLIS TRAFIK S L K O I M A A JALAN TAJUL R H E N G SJK (T) JALAN TAJUL DEWAN WARISAN
  • 7. PELAN BILIK SENI VISUAL D A C E B
  • 8. PETUNJUK: MEJA DAN KERUSI SUDUT PAMERAN KABINET RODA PEMUTAR TEMBIKAR PARA GANTUNG TEKSTIL MEJA GURU PINTU MASUK TANUR ELEKTRIK SINGKI PAPAN PAMERAN GANTUNG A PEJABAT GURU SENI B STOR C BILIK CETAKAN D BILIK TEMBIKAR E BILIK TEKSTIL PAPAN TULIS KOMPUTER MESIN PENCETAK
  • 9. PENGURUSAN BILIK SENI Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai juga dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti: • unsur seni • menggambar / melukis • warna • lukisan alam semulajadi • seni huruf dan sebagainya. Guru-guru pendidikan seni , terutamanya guru panatia atau guru kanan juga perlu mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai kemudahan yang lengkap, menarik dan menekankan aspek – aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni, aspek – aspek yang perlu di beri perhatian yang sewajarnya adalah seperti berikut: 1. Aspek Fizikal Aspek fizikal adalah merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang disediakan di sekolah: a) Trapuitik Bilik seni hendaklah menarik apabila masuk, mempunyai ciri – ciri keindahan , mesra pengguna dan terasa selesa. Bilik seni perlulah menampilkan suasana yang menyeronokkan apabila kita masuk. Ia akan terjelma suasana yang harmonis, ceria dan semangat kepada murid – murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah – olah berada dalam sebuah rumah sendiri, serta wujudnya perasaan saling bekerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari iaitu berusaha bersama dalam memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.
  • 10. Contoh: Suasana Dalam Bilik Yang Trapuitik b) Perabot dan Papan Maklumat Bilik seni yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam atau papan putih, papan kenyataan untuk memaparkan notis semasa, jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan , sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata – kata motivasi termasuklah cara – cara penggunaan laman web, komputer, CD dan LCD. Selain itu, ruang yang selesa, perabot yang sesuai dengan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual seperti meja dan kerusi kerja untuk guru dan murid – murid serta ianya sesuai untuk semua aktiviti pendidikan seni visual yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Ia juga hendaklah mempunyai ciri – ciri yang ada bahagian pengajaran dan pembelajaran teori, bengkel kasar dan bengkel halus. Jika boleh, jangan guna kerusi plastik tetapi lebih baik guna bangku yang tidak bersandar. Susunan meja dan kerusi dalam bilik seni hendaklah memberi kemudahan kepada murid – murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid akan mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.
  • 11. Contoh: Pintu Masuk Bilik Seni Yang Terdapat Papan Maklumat dan Hiasan. c) Cahaya Cahaya yang mencukupi sama ada cahaya semula jadi atau cahaya sumber daripada lampu yang dipasang. Cahaya juga hendaklah dapat menerangi ruang bilik seni. Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan menentukan keadaan pencahayaan dalam bilik. Contoh: Pintu dan tingkap dapat beri kesan pencahayaan kepada sesuatu ruang. d) Peredaran Udara Bilik seni juga perlu mempunyai peredaran udara yang baik dan secukupnya supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan murid. Pintu dan tingkap yang terbuka membolehkan peredaran udara yang secukupnya. Arah pergerakan angin dan udara juga harus diketahui.
  • 12. Contoh: Tingkap dapat memberi peredaran angin dan udara ke dalam dan luar sesebuah bilik. Tingkap akan menghasilkan pengaliran udara yang baik dalam sesebuah ruang. e) Stor Stor adalah tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga boleh dijadikan tempat menyimpan hasil kerja murid sama ada di dalam bilik stor atau di dalam almari. f) Panel dan Rak Pameran Bahagian pameran terbahagi kepada dua iaitu satu yang kekal dan satu lagi semasa hasil dari kerja – kerja murid. Sebaiknya semua bidang perlu ada dipamerkan iaitu Bidang Seni Halus, Komunikasi Visual, Kraf dan Reka Bentuk.
  • 13. Contoh: Bahan Pameran Hasil Kerja Murid Bahan Pameran Kraf Panel pameran murid. Panel dan rak pameran hasil kerja murid
  • 14. g) Kemudahan Asas Beberapa sinki air dan punca elektrik hendaklah diubahsuai agar dipasangkan di tempat yang sesuai dengan aktiviti pendidikan seni visual. h) Poster Keselamatan Poster keselamatan perlulah ada agar guru dan murid sentiasa berhati – hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV. i) Warna Warna dinding dan lantai haruslah harmoni. Untuk menonjolkan bahagian – bahagian tertentu dalam bilik, warna yang kontra dengan warna dinding atau lantai digunakan. Warna yang cerah akan menyebabkan bilik kelihatan terang. Warna yang terang juga menambahkan keluasan sesebuah bilik dan sebaliknya. j) Bahan dan Alat Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Di dalam bilik seni juga hendaklah disediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai seperti carta, buku – buku dan lain – lain. Alat pengajaran dan pembelajaran seperti LCD projektor, komputer, pencetak dan lain – lain juga perlu ada. Contoh:
  • 15. Tempat penyimpanan pelbagai media dan alatan. k) Pejabat Guru PSV Sebaik – baiknya, di bilik seni juga terletaknya pejabat guru PSV. Ini adalah supaya ia dapat memudahkan segala pengurusan PSV sama ada dari segi Pengurusan Fail dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.
  • 16. 2. Aspek Sosial Aspek sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, terutamanya di dalam bilik darjah. a) Interaksi Murid Pada kebiasaannya, murid – murid di dalam sebuah bilik darjah mempunyai latar belakang dan sifat yang berbeza – beza. Ada murid yang pendiam atau pemalu serta tidak suka untuk bergaul dengan murid yang lain. Guru hendaklah bijak dalam merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid – murid dengan menunjukkan sikap yang baik dan adil semasa melaksanakan peraturan bilik darjah. Bilik seni ini pula hendaklah dapat memudahkan murid dapat bergerak dengan bebas serta menggalakkan interksi murid dengan murid dan murid dengan guru. Dalam pendekatan pemusatan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang lebih dikenali sebagai komunikasi sehala dan interaksi guru dengan murid yang dikenali sebagai komunikasi dua hala. Selain itu, interaksi interaksi guru dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan murid dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala. b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Ruang di dalam bilik seni perlulah selesa supaya aktiviti dalam kumpulan dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Selain daripada itu, aspek sosial ini juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik seni di mana guru menetapkan perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik seperti, cara murid masuk atau keluar bilik seni. Contohnya, keluar ke tandas. Cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan. Contohnya, murid mestilah berada di dalam kumpulan masing – masing dan tidak merayau – rayau di dalam bilik seni serta cara murid untuk mendapatkan bahan – bahan pembelajaran. Contohnya, mendapatkan pensel warna dan lembaran kertas dari guru.
  • 17. 3. Aspek Emosi Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid – murid terhadap guru mereka. Suasana ini akan menimbulkan jenis – jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh gaya guru mengajar dan sifat guru itu sendiri. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Suasana emosi ini boleh diwujudkan dan disenangi oleh murid dengan: I) memenuhi kehendak mental untuk keperluan berfikir. II) memenuhi kehendak fisiiologi iaitu memuaskan deria. III) membentuk suasana yang meransang kreativiti. a) Hiasan Dalaman Seni hiasan dalaman ialah seni menyusun atur perabot dan mereka hiasan dalaman supaya ia lebih selesa, harmoni dan sesuai dalam bilik darjah serta membantu suasana pengajaran dan pembelajaran dan juga dapat menggalakkan lagi interaksi antara murid. b) Ruang Luas dan tinggi bilik perlu diketahui bagi menentukan jenis perhiasan serta jenis dan jumlah perabot yang akan digunakan. Saiz perabot juga perlu diambil kira kerana perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk bilik seni yang kecil. Susunan dan pemilihan perabot akan menentukan ruang dalam bilik. Bentuk bilik juga perlu sama ada bentuk segi empat sama atau segi empat tepat dan sebagainya. Ini adalah supaya susunan yang di hasilkan dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsang pembelajaran murid.
  • 18. c) Peragaan Hasil Kerja Guru hendaklah menyediakan ruang dan kelengkapan yang bersesuaian untuk memperagakan dan mempamerkan hasil kerja murid. Cara ini akan dapat membina kepuasan dan keyakinan dalam diri murid dalam menghasilkan kerja seni.
  • 19. PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL Empat Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual 1. Menggambar Menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Ia dapat membina pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas – asas menggambar, guru seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. a) Definisi Menggambar Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Illustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek. b) Teknik – Teknik Menggambar
  • 20. Teknik Kolaj Teknik kolaj adalah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan – bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu permukaaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Contoh: Teknik Catan Apabila kita mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain – lain. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Contoh :
  • 21. Teknik Stensilan Dalam teknik stensilan, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atau stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Contoh: Teknik Cetakan Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Ada pelbagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, “strawboard” dan “polyfoam”. “Polyfoam” adalah bahan yang mudah untuk diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir akan memberi kesan yang berlainan.
  • 22. Contoh: Teknik Gosokan Krayon boleh digunakan untuk digosok di atas kertas yang diletakkan di atas sesuatu permukaan yang kasar. Contohnya diatas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Kita boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. Lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan. Contoh: Teknik Resis Teknik resis ini menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin atau pun “cow gum”. Teknik ini boleh menggunakan lilin cair atau pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan diatasnya.
  • 23. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. Contoh: Teknik Gurisan Teknik gurisan dihasilkan dengan menggunakan satu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis – lapis supaya bahan krayon yang tebal terlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan. Contoh:
  • 24. Teknik Mozek Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun dan menambah bahan – bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain – lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih akan memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan. Contoh: Teknik Percikan Teknik percikan ini adalah dengan memercikkan bahan warna dari sesuatu alat. Contohnya, warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya ialah jalinan bertitik – titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.
  • 25. Contoh: 2. Membuat Rekaan dan Corak Corak bermaksud struktur susunan ulangan pada cetakan atau pada jalinan kain . Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan serta dibuat secara terkawal atau bebas. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak boleh didapati daripada:  Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan.  Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting.  Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat.  Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.  Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka. a) Jenis Susunan Corak  Penuh  Turun satu suku  Turun tiga suku  Turun separa  Sisik ikan
  • 26.  Selang seli  Tapak dam dan tapak catur  Siku keluang  Pucuk rebung  Orgee
  • 27.  Batu bata  Tunggal  Berpusat  Sendeng  Berombak  Jidar  Berjalur  Cerminan
  • 28. b) Teknik Corak a. Corak Terancang LUKISAN KOLAJ KALIGRAFI RESIS CORAK CATAN TERANCANG CAPAN CETAKAN LIPATAN DAN GUNTINGAN b. Corak Tidak Terancang 3. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang ini menjelaskan tentang aktiviti - aktiviti membentuk yang ditujukan kepada murid sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Ia akan dapat dilihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan persembahan hasil kerja. Bidang ini juga menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
  • 29. aspek – aspek ini, murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka bentuk dan membina sesuatu model. Bidang ini juga mendedahkan murid kepada penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan. Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: a. Arca timbul b. Arca asemblaj c. Arca mobail
  • 30. d. Arca stabail e. Origami f. Model
  • 31. g. Diorama h. Boneka i. Topeng Tema dan Subjek a. Alam semulajadi b. Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
  • 32. c. Aliran dan tema sejagat d. Keperluan dan pengalaman harian 4. Kraf Tradisional a) Definisi Perusahaan atau kerja – kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing – masing. b) Jenis Kraf Tradisional  Alat domestik Merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu. Contoh:  Alat permainan Wau adalah salah satu contoh permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi masa lapang. Pada kebiasaannya, wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini, wau masih dimainkan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pahang dan Johor. Terdapat pelbagai nama wau di Malaysia termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan.
  • 33. Contoh:  Alat mempertahankan diri Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan masyarakat Melayu tradisional terutama di Zaman Kerajaan Melayu Melaka dan hingga kini masih menggunakan senjata seperti keris, pedang, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, lembing dan sumpit. Contoh:  Batik Batik sudah terkenal di seluruh gugusan Melayu dan dianggap sebagai bidang kraf tangan tradisional terunggul. Batik tradisi dan moden
  • 34. mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik canting dan batik lukis merupakan kaedah membuat batik dan diminati ramai. Contoh:  Seni tekat Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji dan sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji, hiasannya dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Contoh:  Tembikar Seni ini telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Ia dihasilkan dengan berbeza dari segi bentuk, corak dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk persamaannya hanyalah dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah dengan permukaan berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap.
  • 35. Contoh:  Anyaman Ia merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuan, bilah buluh, rotan, lidi, bertam, paku – pakis ribu – ribu atau bahan – bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu menggunakan teknik selang – seli helaian antara satu sama lain. Contoh:  Kelarai Ia adalah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan untuk menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini diantaranya ialah:
  • 36. i. Kelarai berakar ii. Kelarai beras patah iii. Kelarai bunga cengkih iv. Kelarai tampuk manggis v. Kelarai bunga mempelas vi. Kelarai anak ikan vii. Kelarai kepala lalat viii. Kelarai mata punai ix. Kelarai sisik kelah x. Kelarai tapak harimau Contoh:  Ukiran Seni ukiran kayu adalah sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran ini adalah hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Ia diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam, sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Contoh:
  • 37. 5. Kesimpulan Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4 bidang dalam seni visual iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional adalah bertujuan untuk memperkembangkan dan menyelaras persepsi dan konsep visual murid untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Ia juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Murid akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik. Mereka juga mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses pembuatan, kaedah dokumentasi, integrasi maklumat dan aplikasi perisian komputer. Apa yang guru perlu pentingkan dan ambil berat ialah pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.