SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
Descargar para leer sin conexión
Perbezaan Pencapaian Dalam Matematik Antara
                        Sekolah Bandar Dan Luar Bandar

Selepas mengikuti pembentangan kumpulan 1 dalam membincangkan perbezaan
pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar, saya telah banyak
mendapat pengetahuan tentang isu seumpamaan ini. Yang pertama, dasar PPSMI iaitu
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah
diperkenalkan pada tahun 2003. Namun dasar ini tidak dilaksanakan serta-merta tetapi
secara berperingkat. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat
Sekolah Menengah sementara tahun 2008 untuk peringkat Sekolah Rendah.

       Yang kedua, melalui pembentangan kumpulan ini, saya juga dapat mengetahui
bahawa ciri-ciri yang membezakan bandar dengan luar bandar ialah dari segi bilangan
penduduk, susunan penempatan, dan kemudahcapaian kemudahan infrastruktur.
Sesesuatu tempat yang melibatkan 100 ribu penduduk, susunan penempatan yang teratur
dan kemudahan infrastruktur yang tersedia dikategori sebagai bandar manakala bilangan
penduduk yang kurang daripada 100 ribu orang, susunan penempatan yang rawak serta
kemudahan infrastruktur serba kurang atau tiada dikategori sebagai luar bandar.

       Yang ketiga, antara faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian
matematik antara sekolah bandar dan luar bandar turut dibincangkan. Salah satu faktor
yang diperkatakan ialah dasar PPSMI menjadi penyebab keciciran pencapaian pelajar
luar bandar dalam matematik berbanding dengan pelajar bandar. Pada pendapat saya, ini
berlaku disebabkan kebanyakan pelajar sekolah bandar mempunyai latar belakang
keluarga berpendidikan manakala pelajar sekolah luar bandar masih lagi menggunakan
bahasa ibunda. Maka ini memberi kesan kepada jurang perbezaan pencapaian dalam
matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris.

       Yang keempat, guru sendiri juga memainkan peranan penting dalam hal ini.
Sebenarnya, guru harus menunjukkan teladan yang baik agar dapat membentuk sikap
positif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Segala pengajaran atau aturan aktiviti
akademik harus mengutamakan pelajar terlebih dahulu. Oleh itu, pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas perlu dirancang agar bersesuaian dengan keperluan dan



                                                                                       1
kemampuan pelajar supaya minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dapat
dipupuk.

         Yang terakhir, pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa harus terlibat secara langsung
dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik pelajar. Sikap
ibu bapa luar bandar yang kurang menitikberatkan pencapaian akademik pelajar akan
memberi kesan kepada pelajar itu sendiri. Contohnya, pelajar menjadi tidak bermotivasi
dan bersikap sambil lewa dalam pembelajaran. Pengharapan dan ekspektasi yang wajar
boleh diberikan kepada pelajar sebagai dorongan dan rangsangan untuk meningkatkan
minat pelajar terhadap matematik.




Soalan

   1) Kemudahan infrastruktur merupakan alat yang dapat meningkatkan pencapaian
         akademik pelajar. Bagaimanakah kemudahan infrastruktur ini membantu dari
         sudut meningkatkan pencapaian matematik pelajar?
   2) Apakah kriteria yang membezakan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar
         mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia?
   3) Pencapaian matematik pelajar di bandar selalu dikaitkan dengan latar belakang
         keluarga yang mengutamakan pendidikan. Adakah betul pelajar dari keluarga
         yang mengutamakan pendidikan semuanya mencapai kecemerlangan dalam mata
         pelajaran Matematik?
   4) Pelajar di luar bandar dikatakan kurang berminat dengan mata pelajaran
         matematik menurut pembentangan kumpulan 1, adakah minat itu diukur
         berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam semata-mata?
   5) Dasar PPSMI dikatakan berat sebelah bagi pelajar sekolah luar bandar yang
         datang dari keluarga yang tidak berpendidikan tinggi di samping meluaskan lagi
         jurang pencapaian matematik        antara pelajar bandar dan luar bandar.
         Bagaimanakah kelemahan ini diatasi?




                                                                                          2
Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki Dan Perempuan

Banyak perkara telah saya pelajari melalui isu yang dibentangkan oleh kumpulan 2 iaitu
perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan. Menurut pembentangan
kumpulan 2, pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik dalam matematik
berbanding pelajar lelaki. Beberapa isi yang telah dibincangkan merangsang minda saya
untuk berfikir. Pertama, jurang perbezaan pencapaian matemaik semakin meluas antara
perempuan dan lelaki mengikut peringkat UPSR, PMR dan SPM. Ini menunjukkan
bahawa dari segi kematangan umur, semakin tinggi umur pelajar perempuan semakin
maju pencapaian perempuan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan lelaki.

       Kedua, faktor-faktor penyebab terjadinya perbezaan ini turut dibincangkan. Dari
aspek faktor pelajar, kumpulan 2 mengatakan sikap perempuan lebih gigih berusaha dan
baik dalam tugasan seperti lebih kuat menghafal fakta jika berbanding dengan lelaki.
Selepas perbincangan Dr. Lim dengan rakan-rakan dalam kelas, saya bersetuju bahawa
tahap kecerdasan minda perempuan atau lelaki tidak banyak beza. Yang membezakan
perbezaan pencapaian dalam matematik ini ialah sikap pelajar. Perempuan mempunyai
sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang serius kepada kerja-kerja sekolah
berbanding dengan pelajar lelaki. Pada abad ke-20 ini, status perempuan dan lelaki adalah
sama. Kaum perempuan mampu berdikari dan mampu melaksanakan tugas dengan baik
jika diberi peluang. Maka secara sosiologi, perempuan lebih berusaha untuk merebut
peluang pendidikan yang ada untuk berjaya dalam kehidupan. Dengan ini, sikap
perempuan yang gigih ini membawa kepada pencapaian matematik yang baik berbanding
dengan lelaki.

       Ketiga, aspek gaya pembelajaran mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik
antara perempuan dan lelaki. Menurut pembentangan kumpulan 2, perempuan lebih
mahir dalam teori manakala lelaki lebih mahir dalam praktikal. Oleh itu, guru seharusnya
tidak hanya menggunakan kaedah traditional semata-mata dalam menyampaikan
pengajaran. Guru perlu mempelbagaikan kaedah atau teknik mengajar seperti
penggunaan ICT dalam pengajaran matematik agar bersesuaian dengan gaya
pembelajaran lelaki.



                                                                                       3
Keempat, persepsi pihak-pihak tertentu seperti guru atau ibu bapa juga menjadi
penyebab perbezaan pencapaian dalam matematik antara perempuan dan lelaki. Secara
luaran, lelaki dilihat sebagai individu yang bersifat extrovert, aktif dan suka kepada
cabaran, manakala perempuan dilihat sebagai individu yang bersifat introvert, duduk
dalam rumah dan memerlukan bimbingan yang lebih. Maka ibu bapa mahupun guru lebih
memberi perhatian terhadap perempuan. Sepatutnya, ibu bapa mahupun guru harus
bersikap adil dan memberi perhatian yang sama untuk semua tanpa mengira perempuan
atau lelaki.

         Walau bagaimanapun, saya berpendapat sikap lelaki itu sendiri yang dapat
merapatkan jurang perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan. Lelaki
perlu lebih yakin, gigih berusaha dan bersikap positif dalam matematik. Matematik
merupakan satu mata pelajaran yang perlu membuat latihan yang banyak, mengulang kaji
dan membaca. Dalam hal ini, lelaki harus banyak meluangkan masa untuk meneroka ilmu
matematik daripada menghabiskan masa untuk hiburan, aktiviti dan bersosial di luar.

Soalan

    1) Menurut pembentangan kumpulan 2, lelaki lebih mahir dalam praktikal.
         Bagaimanakah pengajaran matematik secara praktikal diaplikasikan untuk pelajar
         lelaki?
    2) Mengikut min ’persepsi terhadap guru’ yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 2,
         lelaki mencatat min yang kurang daripada perempuan. Adakah ini bermakna
         lelaki mempunyai persepsi negatif terhadap guru yang lebih berbanding
         perempuan? Jika ya, mengapakah ini berlaku?
    3) Adakah faktor sosioekonomi keluarga juga merupakan salah satu faktor yang
         mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan?
    4) Pelajar     perlu   menerapkan   minat   terhadap   topik-topik   yang   dipelajari.
         Bagaimanakah guru membentuk minat pelajar lelaki terhadap matematik?
    5) Ibu bapa lebih mengharapkan agar perempuan lebih berjaya. Apakah bukti yang
         menunjukkan perkara ini berlaku?




                                                                                         4
Perbezaan Pencapaian Matematik Antara SK dan SJKC

Isu pembentangan kumpulan 3 ialah perbezaan pencapaian matematik antara SK dan
SJKC. Dari sini, saya telah mendapat pengetahuan baru mengenai SK dan SJKC. Yang
pertama, laporan Razak 1956 mencadangkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai
pengantar dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu sekolah kebangsaan merujuk kepada
sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar bagi memupuk
perpaduan rakyat Malaysia. Manakala SJKC merupakan lanjutan sekolah vernakular
yang menggunakan mandarin sebagai bahasa pengantar.

       Yang kedua, SJKC dikatakan lebih baik pencapaian dalam matematik berbanding
dengan SK antara puncanya ialah perbezaan kuantiti latihan matematik yang diberikan
antara SK dan SJKC. Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawa
guru-guru di SJKC memberi latihan matematik yang lebih banyak berbanding SK. Saya
kurang bersetuju dengan penyataan ini kerana kecemerlangan dalam pencapaian
matematik bukan bergantung kepada latihan yang banyak semata-mata. Yang lebih
penting ialah latihan itu berkesan sekirannya ia sesuai dan menepati format peperiksaan.

       Yang ketiga, mengikut laporan pencapaian yang dikemukakan oleh kumpulan 3,
semuanya menunjukkan pencapaian SJKC lebih baik pencapaian dalam mata pelajaran
Matematik berbanding SK. Selepas diingatkan oleh Dr.Lim, kami mendapati adalah lebih
wajar jika perbandingan pencapaian dalam matematik antara SK dengan SJKC
mengambil faktor lokasi penempatan sekolah. Ini bermakna membuat perbandingan
pencapaian dalam matematik SK di bandar dan SJKC di bandar atau SK di luar bandar
dan SJKC di luar bandar.

       Yang keempat, satu lagi faktor yang dibentangkan oleh kumpulan ini ialah SJKC
mempraktikkan P&P yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat jika
berbanding dengan SK. Saya tidak membantah pernyataan ini tetapi selepas tercetusnya
idea daripada Dr.Lim bahawa ‘ada bayar, ada nilai’, ini menyebabkan saya terfikir
bahawa SK ialah sekolah bantuan penuh kerajaan manakala SJKC bukan semestinya.
Oleh itu, pihak PIBG SJKC lebih memainkan peranan penting dalam pendidikan di



                                                                                           5
sekolah berbanding dengan PIBG SK. Peranan yang dimainkan oleh PIBG SJKC ialah
mengikuti perkembangan matematik pelajar, mengamalkan sikap sentiasa membantu dan
membuat pemerhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan pendidikan
murid mencukupi.

         Yang terakhir, antara satu cadangan yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 3
ialah waktu pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah diperbanyakkan. Dalam
hal ini, faktor kuantiti masa tidak memberi kesan yang begitu banyak dalam membantu
meningkatkan pencapaian matematik di SK tetapi yang menjadi faktor ialah cara
penggunaan masa itu. Penggunaan masa dengan berkesan seperti menggunakan buku
kerja alternatif untuk mengajar berbanding dengan menggunakan buku teks semata-mata.
Buku kerja alternatif seperti buku latihan, latih tubi, soalan-soalan peperiksaan lepas dan
seumpamanya bukan sahaja menjimatkan masa malah pelajar akan mendapat masa yang
lebih untuk memahami matematik secara lebih mendalam lagi melalui terdedahnya
pelbagai bentuk dan jenis soalan.

Soalan

   1) Mengapakah pembahagian masa belajar dalam matematik berbeza antara SK
         dengan SJKC?
   2) Mengikut      laporan   KPM     yang   menyatakan     bahawa    SJKC     lebih   baik
         pencapaiannya dalam Matematik berbanding dengan SK. Adakah lokasi
         penempatan sekolah sama ada di bandar dan luar bandar turut diambil kira?
   3) Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawa sistem
         pendidikan di SJKC lebih tersusun dari segi pengajaran dan pembelajaran.
         Bagaimanakan ‘P&P yang tersusun’ dilihat?
   4) Adakah pernyataan ini betul jika budaya Cina lebih mementingkan pendidikan
         berbanding budaya Melayu? Jika ya, mengapakah perbezaan budaya ini berlaku?
   5) SJKC mempunyai buku teks dan buku kerja alternatif apabila mereka mendapati
         ‘buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan kurang sesuai atau
         menyusahkan’. Mengapakah tanggapan sebegini wujud di kalangan SJKC?




                                                                                         6
Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik:
                         Konstruktivisme VS Latih Tubi

Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Sepanjang proses pembentangan yang
dijalankan, saya telah memperoleh serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya tidak tahu
sebelum itu. Yang pertama, tanggungjawab seorang guru sangat berat dalam mendidik
murid-murid. Sebagai seorang guru, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ilmu
dan kepakaran untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Teknik penyoalan
sangat digalakkan dalam proses P&P supaya tahap kefahaman setiap individu dapat
ditentukan.

       Yang kedua, definisi P&P menurut mana-mana bahan rujukan menjelaskan ia
merupakan satu proses memberi dan menerima ilmu. Namun pada hakikatnya, pelajar
tidak menerima secara bulat-bulat apa yang disampaikan oleh guru. Ini kerana
pengalaman dan pengetahuan sedia ada bagi setiap individu adalah berbeza. Pelajar
hanya akan mendengar dan seterusnya memproses maklumat tersebut mengikut
pengetahuan sedia ada untuk memberi makna terhadap sesuatu perkara. Oleh itu
komuniksi dua hala antara guru dengan pelajar sangat penting untuk mengetahui apa
yang pelajar tersebut faham dan adakah kefahaman pelajar tersebut sama dengan maksud
sebenar yang ingin disampaikan oleh guru.

       Yang ketiga, tidak ada satu strategik pun yang dikatakan berkesan untuk semua
situasi pembelajaran. Tetapi bergantung kepada apa yang kita nak daripada pelajar
tersebut. Contohnya, jika kita ingin pelajar kita menguasai sesuatu kemahiran, strategik
yang berkesan ialah latih tubi tetapi strategik ini tidak sesuai digunakan untuk
mengukuhkan lagi pemahaman konsep. Untuk mengukuhkan kefahaman konsep,
strategik yang berkesan digunakan ialah konstruktivisme.

       Yang keempat, untuk mewujudkan komunikasi berkesan di antara guru dengan
murid, guru perlulah membina suasana bilik darjah yang baik supaya pelajar dapat
merasai keselesaan dalam bilik darjah. Ini dapat menggalakkan pelajar berasa bebas dan
selesa untuk bercakap. Ini sangat membantu guru dalam mengendalikan kelas
terutamanya apabila pelajar banyak bertanya tentang apa yang difahami dan apa yang



                                                                                      7
tidak difahami olehnya. Soalan-soalan yang ditanya menandakan pelajar itu berfikir dan
tidak hanya menerima secara bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh orang lain.

         Yang kelima, pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku yang kekal.
Dalam konteks bilik darjah, definisi perubahan tingkah laku boleh dijelaskan sebagai
seseorang murid boleh melakukan sesuatu yang dia tidak boleh buat sebelum itu.
Contohnya dahulu pelajar tidak tahu sifir, tetapi selepas melalui proses pembelajaran,
pelajar tersebut sudah tahu bersifir. Sebagai seorang guru, kita tidak akan berpuas hati
setakat murid boleh mentakrif, tetapi belajar pada aras yang lebih tinggi mengikut
taksonomi Bloom iaitu dari pemikiran aras rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi)
kepada aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis dan penilaian) secara berperingkat.




Soalan

   1) Mengikut kumpulan 4, pembelajaran berlaku apabila murid mengaplikasikan ilmu
         yang dipelajari ke atas kehidupan seharian. Adakah ini bermakna jika dia tidak
         mengaplikasikan, maka dia tidak mengalami pembelajaran?
   2) Bagaimanakah guru mengetahui sama ada seseorang murid sudah faham terhadap
         apa yang sebenarnya guru hendak disampaikan?
   3) Bagaimanakah hendak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
         kaedah konstruktivisme? Dan bagaimanakan hendak menilai sama ada kaedah itu
         konstruktivisme?
   4) Mengikut ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme, salah satu ciri ialah
         menyokong      pembelajaran     secara     koperatif.    Bagaimanakah          hendak
         mengaplikasikan kaedah ini ke atas seorang murid yang pasif dan pendiam
         dengan berkesan?
   5) Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan selesa supaya pelajar
         bebas menyuarakan pertanyaan, idea mahupun maklumat. Bagaimanakah suasana
         bilik darjah yang baik dan selesa dibentuk?




                                                                                            8
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Di sini saya telah mempelajari beberapa
perkara penting berkenaan dengan KSSR yang sebelum ini saya tidak begitu jelas dengan
dasar sebegini. Yang pertama, KSSR akan dijalankan secara berperingkat di seluruh
Malaysia bermula tahun 1 2011 yang akan menerapkan beberapa elemen seperti elemen
TMK dan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan. Dengan adanya
pendidikan seks ini, nescaya dapat memberikan pendedahan mengenai pengetahuan seks
ini melalui pendidikan rasmi di sekolah agar gejala gangguan seksual dapat dibendung.

       Yang kedua, dasar pendidikan diperbaharui dari semasa ke semasa dengan
bermatlamat bahawa kualiti pendidikan di negara ini dipertingkatkan. Sebenarnya yang
menjadi faktor meningkatkan kualiti pendidikan ialah guru itu sendiri. Seseorang guru
yang baik seharusnya sentiasa memperbaiki diri dan sanggup menerima cabaran untuk
melakukan pembaharuan. Sekiranya tidak berlaku perbezaan dalam kaedah guru
mengajar   dalam   bilik   darjah,   maka   tidak    bermakna   dasar-dasar   pendidikan
diperkenalkan. Oleh itu, gurulah yang berperanan penting untuk menentukan kualiti
pendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa.

       Yang ketiga, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom
berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Mengikut pembentangan kumpulan 5, KSSR menekankan 4M
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul manakala KBSR hanya menekankan 3M
sahaja. Kemahiran menaakul yang diterangkan oleh kumpulan ini ialah murid-murid akan
menaakul mengikut kefahaman sendiri atas bimbingan dan penjelasan konsep oleh guru.
Bagi Sekolah Rendah Tahap 1 akan tertumpu kepada penguasaan 4M manakala Sekolah
Rendah Tahap 2 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M.

       Yang keempat, kurikulum berasaskan standard. Standard yang dimaksudkan ialah
memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selepas tercetusnya idea
oleh Dr.Lim bahawa guru akan berbohong kerana sebagai pelaksana pendidikan dalam
bilik darjah, dia akan memastikan murid-murid melepasi standard yang ditetapkan



                                                                                        9
mengikut kurikulum semasa. Jadi kurikulum ini tidak memberi kesan positif sekiranya
faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pembelajaran murid diabaikan. Sebagai
contoh, faktor keupayaan dan kebolehan setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu, guru
perlu prihatin dengan faktor ini dan merancang pengajaran yang bermatlamat
mengutamakan murid-murid supaya masalah murid keciciran dalam pembelajaran dapat
dibendung.

        Yang terakhir, pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah untuk
menggantikan penulisan rancangan pengajaran harian. Modul Pengajaran Berteraskan
Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap,
yang terdiri daripada empat fasa. Ia bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa
Imaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan.
Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang
menggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3
serta penutup. Sekiranya guru terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melalui
empat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru akan
mengajar murid-murid dengan cara yang lama iaitu pengajaran biasa seperti sebelum ini.
Maka, guru dikatakan sebagai individu yang berperanan penting dalam mencorakkan
pendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa.




Soalan :

   1)        KSSR    merupakan      transformasi   baru   KBSR.   Bagaimanakah   hendak
             memastikan ia boleh dilaksanakan?
   2)        Apakah kelemahan pada KBSR dan mengapakah kelemahan ini berlaku?
   3)        Adakah kelemahan pada KBSR telah diatasi sebelum memperkenalkan
             kurikulum yang baru?
   4)        Bagaimanakah guru berperanan dalam meningkatkan kualiti pendidikan
             mengikut KSSR?




                                                                                     10
5)      Apakah yang dimaksudkan dengan standard mengikut konteks bilik darjah?
           Dan adakah ia sesuai dan berkesan dengan situasi sebenar dalam bilik darjah?

                   Penggunaan ICT Dalam Mengajar Matematik
                 (Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer)

Selepas mengikuti pembentangan kumpulan 6 dalam tajuk pengajaran Matematik
menggunakan komputer, saya ingin meluahkan sedikit pendapat yang saya rasa penting
hasil daripada perbincangan Dr. Lim dan rakan-rakan sekelas dalam isu ini. Yang
pertama, ICT dapat menjadikan pembelajaran pelajar menjadi lebih berkesan dengan
syarat guru memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh, guru sekolah
perlu tahu bertanya soalan yang bagus untuk menggalakkan pelajar meneroka jawapan
sendiri dengan berbantukan ICT. Misalnya, guru boleh melukis satu graf fungsi kuadratik
pada papan tulis kemudian mengajukan soalan berbentuk merangsang pemikiran pelajar
seperti “apakah yang akan terjadi pada graf sekiranya nilai pekali fungsi kuadratik
berubah dari 1 kepada 3?”

        Yang kedua, pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya terdapat maklum
balas secara serta-merta. Dalam hal ini, komputer mempunyai kelebihan kerana dapat
memaparkan sama ada jawapan yang dibuat itu betul atau tidak. Mengikut teori
behaviorisme yang diterangkan oleh Dr. Lim, peneguhan positif akan menggalakkan
pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, melalui komputer pelajar yang dapat menjawab akan
diberikan ganjaran seperti tambahan markah, terus ke tahap yang lebih tinggi dan
sebagainya akan menarik minat pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, seseorang guru harus
memupuk amalan memberikan peneguhan positif secara serta merta terhadap perlakuan
pelajar yang baik dan peringatan serta-merta juga harus diberikan kepada perlakuan yang
salah agar mereka dapat memperbaikinya.

        Yang ketiga, sesungguhnya pengajaran secara traditional merupakan kaedah
‘kapur dan cakap’ serta melibatkan buku teks sahaja, namun pengajaran sebegini tidak
boleh dinafikan keberkesanannya untuk pembelajaran pelajar. Berbanding dengan
penggunaan ICT, guru akan bergantung kepada ICT untuk menyampaikan pengajaran
dan hanya akan menerang untuk perkara yang difikirkan perlu sahaja. Penggunaan ICT



                                                                                      11
akan mengehadkan penyampaian guru. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengubahsuai
atau mengadaptasikan langkah-langkah pengiraan yang telah dibuat sebelumnya
mengikut tahap kemampuan pelajar. Oleh itu, dalam hal sedemikian, guru sekolah perlu
tahu bahawa ICT hanya bertindak sebagai alat bantu mengajar dan tidak seharusnya
menggantikan tugas guru untuk mengajar.

       Yang keempat, sering kali kita bercakap bahawa guru perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar agar proses P&P berlaku dengan
berkesan. Malangnya, adalah mustahil bagi seseorang guru mempelbagaikan kaedah
mengajar dalam satu kelas kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang
tersendiri. Namun, untuk mewujudkan P&P yang berkesan guru tersebut boleh
mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kelas. Kelas yang mempunyai tahap
kecerdasan yang lebih tinggi boleh menggunakan ICT dalam proses P&P manakala kelas
yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah lebih sesuai menggunakan kaedah
traditional di mana mereka memerlukan bimbingan dan penerangan guru yang lebih
dalam aspek menyampaikan pengajaran.

       Yang terakhir, guru matematik hendaklah menentukan kaedah yang difikirkan
paling sesuai untuk pembelajaran pelajar. Penyampaian menggunakan ICT tidaklah
sesuai untuk semua topik dalam matematik semata-mata. Ia hanya sesuai digunakan
untuk mata pelajaran tertentu sahaja seperti penjelmaan, grafik, sudut, bongkah dan
seumpamanya. Manakala kaedah traditional yang melibatkan kapur dan cakap tidak
semestinya tidak berkesan. Padahal ia lebih diminati oleh pelajar kerana guru akan
menunjuk sambil menerang langkah-langkah pengiraan di samping dapat mengubahsuai
dan mengadaptasikan langkah-langkah penyelesaian mengikut keperluan pelajar agar
pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas.




                                                                                 12
Soalan:

   1) Komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran
      yang lain. Bagaimanakah guru hendak menarik perhatian murid terhadap
      pengajarannya yang menggunakan kaedah traditional?
   2) Mengikut cadangan kumpulan 6, kerajaan perlu menyediakan bilik khas untuk
      P&P matematik yang dilengkapi dengan prasarana ICT. Adakah penyediaan bilik
      khas ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik atau
      sebaliknya?
   3) Mengikut dapatan Jemaah Nazir Sekolah, guru tidak mempelbagaikan kaedah
      pengajaran mengikut kesesuaian pelajar menjadi salah satu isu yang diperkata-
      katakan. Bagaimanakah guru hendak melaksanakan proses P&P dari segi
      mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya ia sesuai untuk semua pelajar?
   4) Mengikut cadangan kumpulan 6, guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan
      dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi P&P.
      Adakah ini bermakna bahawa kaedah traditional tidak berkesan untuk P&P dan
      akan digantikan secara berperingkat?
   5) Mengikut kajian yang telah dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan
      komputer dalam pengajaran matematik, salah satu hasil yang menyatakan perisian
      komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar
      memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.
      Bagaimanakah perisian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar dari segi
      “memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan”?




                                                                                 13
Persijilan Guru Matematik

Minggu ke-12 merupakan minggu terakhir pembentangan isu-isu. Isu yang dibentangkan
oleh kumpulan ini mencetuskan beberapa maklumat penting mengenai perguruan yang
berkaitan dengan kami sebagai bakal-bakal guru.

       Yang pertama, istilah ‘profesion’ menjadi isu yang diperkata-katakan. Profesion
bukan sahaja melibatkan pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan
yang khas, tetapi ia mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk menjaga kualiti
tugas yang dijalankan supaya imej profesion dalam suatu bidang tidak dicemari. Autoriti
profesion ini tidak boleh digantikan oleh orang lain dan dia bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap tugas dan peranannya. Guru digelar sebagai profesion dipertikaikan
kerana ciri-ciri profesional tidak dipenuhi oleh guru.

       Yang kedua, seseorang guru matematik mestilah mempunyai pengetahuan
matematik. Pengetahuan yang dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan
diajar tetapi yang jauh lebih mendalam. Guru perlu memastikan maklumat yang
disampaikan adalah jelas supaya pelajar mendapat manfaat daripada pengajaran guru.

       Yang ketiga, pengetahuan matematik yang kukuh membolehkan seseorang guru
itu menggunakan strategi pengajaran yang lebih bermakna. Strategi pengajaran yang
bermakna dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, guru-guru juga
perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat
membantu proses pembentukan modal insan yang cemerlang.

       Yang keempat, guru merupakan individu penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu memiliki kemahiran profesion seperti kemahiran
berfikir, merancang, mengajar, mengurus dan menilai supaya mereka dapat mendidik dan
melahirkan pelajar yang berkualiti.



                                                                                     14
Yang terakhir, Bahasa Inggeris sangat penting untuk kita kerana ia merupakan
bahasa     perantara   antarabangsa.   Sebagai   seorang   guru,   kita   harus   sentiasa
mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan kita dengan sikap banyak membaca. Amalkan
amalan melihat bahan rujukan Bahasa Inggeris kerana ia meliputi bidang yang lebih luas
dan mendalam lagi.




Soalan:

   1. Adakah guru digelar sebagai profesion?
   2. Institut pengajian yang menawarkan program pendidikan boleh dikategori kepada
         IPG, IPTA dan KOPEDA. Apakah kriteria yang membezakan institut-institut
         tersebut dari aspek pelaksanaan kurikulum?
   3. Apakah bukti yang membezakan kualiti guru sandaran dengan guru terlatih.
   4. Apakah yang dimaksudkan dengan persijilan guru matematik mengikut konteks
         pendidikan?
   5. Tugas guru ialah perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada masa yang
         ditetapkan, tetapi perlu mengutamakan pembelajaran pelajar pada masa yang
         sama.
            Sebagai seorang guru yang berkesan, yang manakah harus diberi keutamaan?




                                                                                       15

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahintansyafika
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Nurul Atiyah
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baruJamaliah Hashim
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahaddy mat
 

La actualidad más candente (17)

Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budayaGroup 1 jurang pencapaian dari segi budaya
Group 1 jurang pencapaian dari segi budaya
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 

Destacado

رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعي
رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعيرقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعي
رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعيnaila600
 
World Aids day_results_en
World Aids day_results_enWorld Aids day_results_en
World Aids day_results_enJuan Simbaqueba
 
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02barbaraleah
 
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th part
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th partதமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th part
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th partNarayanasamy Prasannam
 
Slideshare
SlideshareSlideshare
Slidesharesurma1mf
 
Opgave k2 torsdag aften
Opgave k2  torsdag aftenOpgave k2  torsdag aften
Opgave k2 torsdag aftenguygeffen
 
Enfermedades no infecciosas copia
Enfermedades  no  infecciosas   copiaEnfermedades  no  infecciosas   copia
Enfermedades no infecciosas copiapapanatounianos
 
Devoxx 2013 Summary/Keynotes
Devoxx 2013 Summary/KeynotesDevoxx 2013 Summary/Keynotes
Devoxx 2013 Summary/KeynotesAliaksandr Kazlou
 

Destacado (20)

Intention
IntentionIntention
Intention
 
رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعي
رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعيرقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعي
رقصة إبداعية لطالبات أستاذة لبنى المناعي
 
World Aids day_results_en
World Aids day_results_enWorld Aids day_results_en
World Aids day_results_en
 
Aa
AaAa
Aa
 
CIS Project
CIS ProjectCIS Project
CIS Project
 
Are You LinkedIn?
Are You LinkedIn?Are You LinkedIn?
Are You LinkedIn?
 
Rafa3
Rafa3Rafa3
Rafa3
 
Protrade Financial Creative Presentation
Protrade Financial Creative PresentationProtrade Financial Creative Presentation
Protrade Financial Creative Presentation
 
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02
Writingaresearchpaperin10easysteps 090810161358-phpapp02
 
Kinectomania
KinectomaniaKinectomania
Kinectomania
 
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th part
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th partதமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th part
தமிழ் குறுஞ்செய்திகளின் தொகுப்பு 24ம் பாகம் tamil sms collection 24 th part
 
Slideshare
SlideshareSlideshare
Slideshare
 
!Mery christmas!
!Mery christmas!!Mery christmas!
!Mery christmas!
 
Opgave k2 torsdag aften
Opgave k2  torsdag aftenOpgave k2  torsdag aften
Opgave k2 torsdag aften
 
Enfermedades no infecciosas copia
Enfermedades  no  infecciosas   copiaEnfermedades  no  infecciosas   copia
Enfermedades no infecciosas copia
 
Bubble sort animation
Bubble sort animationBubble sort animation
Bubble sort animation
 
Rafa unit 2
Rafa unit 2Rafa unit 2
Rafa unit 2
 
ΑΕΠΠ Ασκήσεις
ΑΕΠΠ ΑσκήσειςΑΕΠΠ Ασκήσεις
ΑΕΠΠ Ασκήσεις
 
Rafa unit 4
Rafa unit 4Rafa unit 4
Rafa unit 4
 
Devoxx 2013 Summary/Keynotes
Devoxx 2013 Summary/KeynotesDevoxx 2013 Summary/Keynotes
Devoxx 2013 Summary/Keynotes
 

Similar a Combined

Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik muridDIHYAUDDIN SAAD
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2yies72
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK dolldhana13
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialAhmad Razin
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)zahjannanti
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...faiza mohdzuki
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatfaiza mohdzuki
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikKasturi Nusi
 

Similar a Combined (20)

Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Qayyum
QayyumQayyum
Qayyum
 
Taklimat media 2
Taklimat media 2Taklimat media 2
Taklimat media 2
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
PROJEK KECIL ETNOMATEMATIK
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Budaya matematik
Budaya matematikBudaya matematik
Budaya matematik
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosialPerbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
Perbezaan pencapaian matematik berdasarkan perbezaan kumpulan sosial
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
Pembangunan Perisian Kelas Maya Berasaskan Pendekatan i-Think Dalam Pengajara...
 
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empatKelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
Kelas maya berasaskan pendekatan i-think bagi tajuk elektrokimia tingkatan empat
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
 

Combined

  • 1. Perbezaan Pencapaian Dalam Matematik Antara Sekolah Bandar Dan Luar Bandar Selepas mengikuti pembentangan kumpulan 1 dalam membincangkan perbezaan pencapaian dalam matematik antara sekolah bandar dan luar bandar, saya telah banyak mendapat pengetahuan tentang isu seumpamaan ini. Yang pertama, dasar PPSMI iaitu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diperkenalkan pada tahun 2003. Namun dasar ini tidak dilaksanakan serta-merta tetapi secara berperingkat. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara tahun 2008 untuk peringkat Sekolah Rendah. Yang kedua, melalui pembentangan kumpulan ini, saya juga dapat mengetahui bahawa ciri-ciri yang membezakan bandar dengan luar bandar ialah dari segi bilangan penduduk, susunan penempatan, dan kemudahcapaian kemudahan infrastruktur. Sesesuatu tempat yang melibatkan 100 ribu penduduk, susunan penempatan yang teratur dan kemudahan infrastruktur yang tersedia dikategori sebagai bandar manakala bilangan penduduk yang kurang daripada 100 ribu orang, susunan penempatan yang rawak serta kemudahan infrastruktur serba kurang atau tiada dikategori sebagai luar bandar. Yang ketiga, antara faktor-faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik antara sekolah bandar dan luar bandar turut dibincangkan. Salah satu faktor yang diperkatakan ialah dasar PPSMI menjadi penyebab keciciran pencapaian pelajar luar bandar dalam matematik berbanding dengan pelajar bandar. Pada pendapat saya, ini berlaku disebabkan kebanyakan pelajar sekolah bandar mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan manakala pelajar sekolah luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda. Maka ini memberi kesan kepada jurang perbezaan pencapaian dalam matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Yang keempat, guru sendiri juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebenarnya, guru harus menunjukkan teladan yang baik agar dapat membentuk sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik. Segala pengajaran atau aturan aktiviti akademik harus mengutamakan pelajar terlebih dahulu. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dalam kelas perlu dirancang agar bersesuaian dengan keperluan dan 1
  • 2. kemampuan pelajar supaya minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik dapat dipupuk. Yang terakhir, pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa harus terlibat secara langsung dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap pencapaian akademik pelajar. Sikap ibu bapa luar bandar yang kurang menitikberatkan pencapaian akademik pelajar akan memberi kesan kepada pelajar itu sendiri. Contohnya, pelajar menjadi tidak bermotivasi dan bersikap sambil lewa dalam pembelajaran. Pengharapan dan ekspektasi yang wajar boleh diberikan kepada pelajar sebagai dorongan dan rangsangan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Soalan 1) Kemudahan infrastruktur merupakan alat yang dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bagaimanakah kemudahan infrastruktur ini membantu dari sudut meningkatkan pencapaian matematik pelajar? 2) Apakah kriteria yang membezakan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia? 3) Pencapaian matematik pelajar di bandar selalu dikaitkan dengan latar belakang keluarga yang mengutamakan pendidikan. Adakah betul pelajar dari keluarga yang mengutamakan pendidikan semuanya mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Matematik? 4) Pelajar di luar bandar dikatakan kurang berminat dengan mata pelajaran matematik menurut pembentangan kumpulan 1, adakah minat itu diukur berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan awam semata-mata? 5) Dasar PPSMI dikatakan berat sebelah bagi pelajar sekolah luar bandar yang datang dari keluarga yang tidak berpendidikan tinggi di samping meluaskan lagi jurang pencapaian matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Bagaimanakah kelemahan ini diatasi? 2
  • 3. Perbezaan Pencapaian Matematik Lelaki Dan Perempuan Banyak perkara telah saya pelajari melalui isu yang dibentangkan oleh kumpulan 2 iaitu perbezaan pencapaian matematik lelaki dan perempuan. Menurut pembentangan kumpulan 2, pelajar perempuan memperoleh keputusan yang lebih baik dalam matematik berbanding pelajar lelaki. Beberapa isi yang telah dibincangkan merangsang minda saya untuk berfikir. Pertama, jurang perbezaan pencapaian matemaik semakin meluas antara perempuan dan lelaki mengikut peringkat UPSR, PMR dan SPM. Ini menunjukkan bahawa dari segi kematangan umur, semakin tinggi umur pelajar perempuan semakin maju pencapaian perempuan dalam mata pelajaran Matematik berbanding dengan lelaki. Kedua, faktor-faktor penyebab terjadinya perbezaan ini turut dibincangkan. Dari aspek faktor pelajar, kumpulan 2 mengatakan sikap perempuan lebih gigih berusaha dan baik dalam tugasan seperti lebih kuat menghafal fakta jika berbanding dengan lelaki. Selepas perbincangan Dr. Lim dengan rakan-rakan dalam kelas, saya bersetuju bahawa tahap kecerdasan minda perempuan atau lelaki tidak banyak beza. Yang membezakan perbezaan pencapaian dalam matematik ini ialah sikap pelajar. Perempuan mempunyai sikap yang lebih positif dan memberi perhatian yang serius kepada kerja-kerja sekolah berbanding dengan pelajar lelaki. Pada abad ke-20 ini, status perempuan dan lelaki adalah sama. Kaum perempuan mampu berdikari dan mampu melaksanakan tugas dengan baik jika diberi peluang. Maka secara sosiologi, perempuan lebih berusaha untuk merebut peluang pendidikan yang ada untuk berjaya dalam kehidupan. Dengan ini, sikap perempuan yang gigih ini membawa kepada pencapaian matematik yang baik berbanding dengan lelaki. Ketiga, aspek gaya pembelajaran mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik antara perempuan dan lelaki. Menurut pembentangan kumpulan 2, perempuan lebih mahir dalam teori manakala lelaki lebih mahir dalam praktikal. Oleh itu, guru seharusnya tidak hanya menggunakan kaedah traditional semata-mata dalam menyampaikan pengajaran. Guru perlu mempelbagaikan kaedah atau teknik mengajar seperti penggunaan ICT dalam pengajaran matematik agar bersesuaian dengan gaya pembelajaran lelaki. 3
  • 4. Keempat, persepsi pihak-pihak tertentu seperti guru atau ibu bapa juga menjadi penyebab perbezaan pencapaian dalam matematik antara perempuan dan lelaki. Secara luaran, lelaki dilihat sebagai individu yang bersifat extrovert, aktif dan suka kepada cabaran, manakala perempuan dilihat sebagai individu yang bersifat introvert, duduk dalam rumah dan memerlukan bimbingan yang lebih. Maka ibu bapa mahupun guru lebih memberi perhatian terhadap perempuan. Sepatutnya, ibu bapa mahupun guru harus bersikap adil dan memberi perhatian yang sama untuk semua tanpa mengira perempuan atau lelaki. Walau bagaimanapun, saya berpendapat sikap lelaki itu sendiri yang dapat merapatkan jurang perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan. Lelaki perlu lebih yakin, gigih berusaha dan bersikap positif dalam matematik. Matematik merupakan satu mata pelajaran yang perlu membuat latihan yang banyak, mengulang kaji dan membaca. Dalam hal ini, lelaki harus banyak meluangkan masa untuk meneroka ilmu matematik daripada menghabiskan masa untuk hiburan, aktiviti dan bersosial di luar. Soalan 1) Menurut pembentangan kumpulan 2, lelaki lebih mahir dalam praktikal. Bagaimanakah pengajaran matematik secara praktikal diaplikasikan untuk pelajar lelaki? 2) Mengikut min ’persepsi terhadap guru’ yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 2, lelaki mencatat min yang kurang daripada perempuan. Adakah ini bermakna lelaki mempunyai persepsi negatif terhadap guru yang lebih berbanding perempuan? Jika ya, mengapakah ini berlaku? 3) Adakah faktor sosioekonomi keluarga juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perbezaan pencapaian matematik antara lelaki dan perempuan? 4) Pelajar perlu menerapkan minat terhadap topik-topik yang dipelajari. Bagaimanakah guru membentuk minat pelajar lelaki terhadap matematik? 5) Ibu bapa lebih mengharapkan agar perempuan lebih berjaya. Apakah bukti yang menunjukkan perkara ini berlaku? 4
  • 5. Perbezaan Pencapaian Matematik Antara SK dan SJKC Isu pembentangan kumpulan 3 ialah perbezaan pencapaian matematik antara SK dan SJKC. Dari sini, saya telah mendapat pengetahuan baru mengenai SK dan SJKC. Yang pertama, laporan Razak 1956 mencadangkan bahawa bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu sekolah kebangsaan merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. Manakala SJKC merupakan lanjutan sekolah vernakular yang menggunakan mandarin sebagai bahasa pengantar. Yang kedua, SJKC dikatakan lebih baik pencapaian dalam matematik berbanding dengan SK antara puncanya ialah perbezaan kuantiti latihan matematik yang diberikan antara SK dan SJKC. Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawa guru-guru di SJKC memberi latihan matematik yang lebih banyak berbanding SK. Saya kurang bersetuju dengan penyataan ini kerana kecemerlangan dalam pencapaian matematik bukan bergantung kepada latihan yang banyak semata-mata. Yang lebih penting ialah latihan itu berkesan sekirannya ia sesuai dan menepati format peperiksaan. Yang ketiga, mengikut laporan pencapaian yang dikemukakan oleh kumpulan 3, semuanya menunjukkan pencapaian SJKC lebih baik pencapaian dalam mata pelajaran Matematik berbanding SK. Selepas diingatkan oleh Dr.Lim, kami mendapati adalah lebih wajar jika perbandingan pencapaian dalam matematik antara SK dengan SJKC mengambil faktor lokasi penempatan sekolah. Ini bermakna membuat perbandingan pencapaian dalam matematik SK di bandar dan SJKC di bandar atau SK di luar bandar dan SJKC di luar bandar. Yang keempat, satu lagi faktor yang dibentangkan oleh kumpulan ini ialah SJKC mempraktikkan P&P yang lebih berdisiplin dan mempunyai peraturan yang ketat jika berbanding dengan SK. Saya tidak membantah pernyataan ini tetapi selepas tercetusnya idea daripada Dr.Lim bahawa ‘ada bayar, ada nilai’, ini menyebabkan saya terfikir bahawa SK ialah sekolah bantuan penuh kerajaan manakala SJKC bukan semestinya. Oleh itu, pihak PIBG SJKC lebih memainkan peranan penting dalam pendidikan di 5
  • 6. sekolah berbanding dengan PIBG SK. Peranan yang dimainkan oleh PIBG SJKC ialah mengikuti perkembangan matematik pelajar, mengamalkan sikap sentiasa membantu dan membuat pemerhatian dari semasa ke semasa bagi memastikan keperluan pendidikan murid mencukupi. Yang terakhir, antara satu cadangan yang dikemukakan oleh ahli kumpulan 3 ialah waktu pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah diperbanyakkan. Dalam hal ini, faktor kuantiti masa tidak memberi kesan yang begitu banyak dalam membantu meningkatkan pencapaian matematik di SK tetapi yang menjadi faktor ialah cara penggunaan masa itu. Penggunaan masa dengan berkesan seperti menggunakan buku kerja alternatif untuk mengajar berbanding dengan menggunakan buku teks semata-mata. Buku kerja alternatif seperti buku latihan, latih tubi, soalan-soalan peperiksaan lepas dan seumpamanya bukan sahaja menjimatkan masa malah pelajar akan mendapat masa yang lebih untuk memahami matematik secara lebih mendalam lagi melalui terdedahnya pelbagai bentuk dan jenis soalan. Soalan 1) Mengapakah pembahagian masa belajar dalam matematik berbeza antara SK dengan SJKC? 2) Mengikut laporan KPM yang menyatakan bahawa SJKC lebih baik pencapaiannya dalam Matematik berbanding dengan SK. Adakah lokasi penempatan sekolah sama ada di bandar dan luar bandar turut diambil kira? 3) Mengikut pembentangan kumpulan 3 yang menyatakan bahawa sistem pendidikan di SJKC lebih tersusun dari segi pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakan ‘P&P yang tersusun’ dilihat? 4) Adakah pernyataan ini betul jika budaya Cina lebih mementingkan pendidikan berbanding budaya Melayu? Jika ya, mengapakah perbezaan budaya ini berlaku? 5) SJKC mempunyai buku teks dan buku kerja alternatif apabila mereka mendapati ‘buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan kurang sesuai atau menyusahkan’. Mengapakah tanggapan sebegini wujud di kalangan SJKC? 6
  • 7. Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Matematik: Konstruktivisme VS Latih Tubi Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Sepanjang proses pembentangan yang dijalankan, saya telah memperoleh serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya tidak tahu sebelum itu. Yang pertama, tanggungjawab seorang guru sangat berat dalam mendidik murid-murid. Sebagai seorang guru, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan ilmu dan kepakaran untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar. Teknik penyoalan sangat digalakkan dalam proses P&P supaya tahap kefahaman setiap individu dapat ditentukan. Yang kedua, definisi P&P menurut mana-mana bahan rujukan menjelaskan ia merupakan satu proses memberi dan menerima ilmu. Namun pada hakikatnya, pelajar tidak menerima secara bulat-bulat apa yang disampaikan oleh guru. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan sedia ada bagi setiap individu adalah berbeza. Pelajar hanya akan mendengar dan seterusnya memproses maklumat tersebut mengikut pengetahuan sedia ada untuk memberi makna terhadap sesuatu perkara. Oleh itu komuniksi dua hala antara guru dengan pelajar sangat penting untuk mengetahui apa yang pelajar tersebut faham dan adakah kefahaman pelajar tersebut sama dengan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Yang ketiga, tidak ada satu strategik pun yang dikatakan berkesan untuk semua situasi pembelajaran. Tetapi bergantung kepada apa yang kita nak daripada pelajar tersebut. Contohnya, jika kita ingin pelajar kita menguasai sesuatu kemahiran, strategik yang berkesan ialah latih tubi tetapi strategik ini tidak sesuai digunakan untuk mengukuhkan lagi pemahaman konsep. Untuk mengukuhkan kefahaman konsep, strategik yang berkesan digunakan ialah konstruktivisme. Yang keempat, untuk mewujudkan komunikasi berkesan di antara guru dengan murid, guru perlulah membina suasana bilik darjah yang baik supaya pelajar dapat merasai keselesaan dalam bilik darjah. Ini dapat menggalakkan pelajar berasa bebas dan selesa untuk bercakap. Ini sangat membantu guru dalam mengendalikan kelas terutamanya apabila pelajar banyak bertanya tentang apa yang difahami dan apa yang 7
  • 8. tidak difahami olehnya. Soalan-soalan yang ditanya menandakan pelajar itu berfikir dan tidak hanya menerima secara bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh orang lain. Yang kelima, pembelajaran melibatkan perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam konteks bilik darjah, definisi perubahan tingkah laku boleh dijelaskan sebagai seseorang murid boleh melakukan sesuatu yang dia tidak boleh buat sebelum itu. Contohnya dahulu pelajar tidak tahu sifir, tetapi selepas melalui proses pembelajaran, pelajar tersebut sudah tahu bersifir. Sebagai seorang guru, kita tidak akan berpuas hati setakat murid boleh mentakrif, tetapi belajar pada aras yang lebih tinggi mengikut taksonomi Bloom iaitu dari pemikiran aras rendah (pengetahuan, kefahaman, aplikasi) kepada aras yang lebih tinggi (analisis, sintesis dan penilaian) secara berperingkat. Soalan 1) Mengikut kumpulan 4, pembelajaran berlaku apabila murid mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ke atas kehidupan seharian. Adakah ini bermakna jika dia tidak mengaplikasikan, maka dia tidak mengalami pembelajaran? 2) Bagaimanakah guru mengetahui sama ada seseorang murid sudah faham terhadap apa yang sebenarnya guru hendak disampaikan? 3) Bagaimanakah hendak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah konstruktivisme? Dan bagaimanakan hendak menilai sama ada kaedah itu konstruktivisme? 4) Mengikut ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme, salah satu ciri ialah menyokong pembelajaran secara koperatif. Bagaimanakah hendak mengaplikasikan kaedah ini ke atas seorang murid yang pasif dan pendiam dengan berkesan? 5) Guru perlu mewujudkan suasana bilik darjah yang baik dan selesa supaya pelajar bebas menyuarakan pertanyaan, idea mahupun maklumat. Bagaimanakah suasana bilik darjah yang baik dan selesa dibentuk? 8
  • 9. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tajuk ini telah dibentangkan oleh kumpulan 5. Di sini saya telah mempelajari beberapa perkara penting berkenaan dengan KSSR yang sebelum ini saya tidak begitu jelas dengan dasar sebegini. Yang pertama, KSSR akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011 yang akan menerapkan beberapa elemen seperti elemen TMK dan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan. Dengan adanya pendidikan seks ini, nescaya dapat memberikan pendedahan mengenai pengetahuan seks ini melalui pendidikan rasmi di sekolah agar gejala gangguan seksual dapat dibendung. Yang kedua, dasar pendidikan diperbaharui dari semasa ke semasa dengan bermatlamat bahawa kualiti pendidikan di negara ini dipertingkatkan. Sebenarnya yang menjadi faktor meningkatkan kualiti pendidikan ialah guru itu sendiri. Seseorang guru yang baik seharusnya sentiasa memperbaiki diri dan sanggup menerima cabaran untuk melakukan pembaharuan. Sekiranya tidak berlaku perbezaan dalam kaedah guru mengajar dalam bilik darjah, maka tidak bermakna dasar-dasar pendidikan diperkenalkan. Oleh itu, gurulah yang berperanan penting untuk menentukan kualiti pendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa. Yang ketiga, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Mengikut pembentangan kumpulan 5, KSSR menekankan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul manakala KBSR hanya menekankan 3M sahaja. Kemahiran menaakul yang diterangkan oleh kumpulan ini ialah murid-murid akan menaakul mengikut kefahaman sendiri atas bimbingan dan penjelasan konsep oleh guru. Bagi Sekolah Rendah Tahap 1 akan tertumpu kepada penguasaan 4M manakala Sekolah Rendah Tahap 2 akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M. Yang keempat, kurikulum berasaskan standard. Standard yang dimaksudkan ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Selepas tercetusnya idea oleh Dr.Lim bahawa guru akan berbohong kerana sebagai pelaksana pendidikan dalam bilik darjah, dia akan memastikan murid-murid melepasi standard yang ditetapkan 9
  • 10. mengikut kurikulum semasa. Jadi kurikulum ini tidak memberi kesan positif sekiranya faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi pembelajaran murid diabaikan. Sebagai contoh, faktor keupayaan dan kebolehan setiap murid adalah berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu prihatin dengan faktor ini dan merancang pengajaran yang bermatlamat mengutamakan murid-murid supaya masalah murid keciciran dalam pembelajaran dapat dibendung. Yang terakhir, pembinaan modul pengajaran berteraskan empat fasa terarah untuk menggantikan penulisan rancangan pengajaran harian. Modul Pengajaran Berteraskan Empat Fasa Terarah ini merupakan sebuah rancangan pengajaran kreatif yang lengkap, yang terdiri daripada empat fasa. Ia bermula dengan Fasa Persediaan, diikuti dengan Fasa Imaginasi, seterusnya Fasa Perkembangan dan diakhiri dengan Fasa Tindakan. Pengajaran berteraskan empat fasa ini merupakan langkah pengajaran kreatif yang menggantikan cara lama pengajaran iaitu pendahuluan, set induksi, langkah 1, 2, dan 3 serta penutup. Sekiranya guru terus mengabaikan pelaksanaan pengajaran kreatif melalui empat fasa terarah ini di dalam modul yang sepatutnya dibina, sudah tentu guru akan mengajar murid-murid dengan cara yang lama iaitu pengajaran biasa seperti sebelum ini. Maka, guru dikatakan sebagai individu yang berperanan penting dalam mencorakkan pendidikan selaras dengan dasar pendidikan semasa. Soalan : 1) KSSR merupakan transformasi baru KBSR. Bagaimanakah hendak memastikan ia boleh dilaksanakan? 2) Apakah kelemahan pada KBSR dan mengapakah kelemahan ini berlaku? 3) Adakah kelemahan pada KBSR telah diatasi sebelum memperkenalkan kurikulum yang baru? 4) Bagaimanakah guru berperanan dalam meningkatkan kualiti pendidikan mengikut KSSR? 10
  • 11. 5) Apakah yang dimaksudkan dengan standard mengikut konteks bilik darjah? Dan adakah ia sesuai dan berkesan dengan situasi sebenar dalam bilik darjah? Penggunaan ICT Dalam Mengajar Matematik (Pengajaran Matematik Menggunakan Komputer) Selepas mengikuti pembentangan kumpulan 6 dalam tajuk pengajaran Matematik menggunakan komputer, saya ingin meluahkan sedikit pendapat yang saya rasa penting hasil daripada perbincangan Dr. Lim dan rakan-rakan sekelas dalam isu ini. Yang pertama, ICT dapat menjadikan pembelajaran pelajar menjadi lebih berkesan dengan syarat guru memainkan peranan penting dalam hal ini. Sebagai contoh, guru sekolah perlu tahu bertanya soalan yang bagus untuk menggalakkan pelajar meneroka jawapan sendiri dengan berbantukan ICT. Misalnya, guru boleh melukis satu graf fungsi kuadratik pada papan tulis kemudian mengajukan soalan berbentuk merangsang pemikiran pelajar seperti “apakah yang akan terjadi pada graf sekiranya nilai pekali fungsi kuadratik berubah dari 1 kepada 3?” Yang kedua, pembelajaran akan menjadi berkesan sekiranya terdapat maklum balas secara serta-merta. Dalam hal ini, komputer mempunyai kelebihan kerana dapat memaparkan sama ada jawapan yang dibuat itu betul atau tidak. Mengikut teori behaviorisme yang diterangkan oleh Dr. Lim, peneguhan positif akan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, melalui komputer pelajar yang dapat menjawab akan diberikan ganjaran seperti tambahan markah, terus ke tahap yang lebih tinggi dan sebagainya akan menarik minat pelajar untuk terus belajar. Oleh itu, seseorang guru harus memupuk amalan memberikan peneguhan positif secara serta merta terhadap perlakuan pelajar yang baik dan peringatan serta-merta juga harus diberikan kepada perlakuan yang salah agar mereka dapat memperbaikinya. Yang ketiga, sesungguhnya pengajaran secara traditional merupakan kaedah ‘kapur dan cakap’ serta melibatkan buku teks sahaja, namun pengajaran sebegini tidak boleh dinafikan keberkesanannya untuk pembelajaran pelajar. Berbanding dengan penggunaan ICT, guru akan bergantung kepada ICT untuk menyampaikan pengajaran dan hanya akan menerang untuk perkara yang difikirkan perlu sahaja. Penggunaan ICT 11
  • 12. akan mengehadkan penyampaian guru. Sebagai contoh, guru tidak boleh mengubahsuai atau mengadaptasikan langkah-langkah pengiraan yang telah dibuat sebelumnya mengikut tahap kemampuan pelajar. Oleh itu, dalam hal sedemikian, guru sekolah perlu tahu bahawa ICT hanya bertindak sebagai alat bantu mengajar dan tidak seharusnya menggantikan tugas guru untuk mengajar. Yang keempat, sering kali kita bercakap bahawa guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar agar proses P&P berlaku dengan berkesan. Malangnya, adalah mustahil bagi seseorang guru mempelbagaikan kaedah mengajar dalam satu kelas kerana setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Namun, untuk mewujudkan P&P yang berkesan guru tersebut boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kelas. Kelas yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi boleh menggunakan ICT dalam proses P&P manakala kelas yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah lebih sesuai menggunakan kaedah traditional di mana mereka memerlukan bimbingan dan penerangan guru yang lebih dalam aspek menyampaikan pengajaran. Yang terakhir, guru matematik hendaklah menentukan kaedah yang difikirkan paling sesuai untuk pembelajaran pelajar. Penyampaian menggunakan ICT tidaklah sesuai untuk semua topik dalam matematik semata-mata. Ia hanya sesuai digunakan untuk mata pelajaran tertentu sahaja seperti penjelmaan, grafik, sudut, bongkah dan seumpamanya. Manakala kaedah traditional yang melibatkan kapur dan cakap tidak semestinya tidak berkesan. Padahal ia lebih diminati oleh pelajar kerana guru akan menunjuk sambil menerang langkah-langkah pengiraan di samping dapat mengubahsuai dan mengadaptasikan langkah-langkah penyelesaian mengikut keperluan pelajar agar pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas. 12
  • 13. Soalan: 1) Komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain. Bagaimanakah guru hendak menarik perhatian murid terhadap pengajarannya yang menggunakan kaedah traditional? 2) Mengikut cadangan kumpulan 6, kerajaan perlu menyediakan bilik khas untuk P&P matematik yang dilengkapi dengan prasarana ICT. Adakah penyediaan bilik khas ini dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam matematik atau sebaliknya? 3) Mengikut dapatan Jemaah Nazir Sekolah, guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran mengikut kesesuaian pelajar menjadi salah satu isu yang diperkata- katakan. Bagaimanakah guru hendak melaksanakan proses P&P dari segi mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya ia sesuai untuk semua pelajar? 4) Mengikut cadangan kumpulan 6, guru perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi P&P. Adakah ini bermakna bahawa kaedah traditional tidak berkesan untuk P&P dan akan digantikan secara berperingkat? 5) Mengikut kajian yang telah dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran matematik, salah satu hasil yang menyatakan perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan. Bagaimanakah perisian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar dari segi “memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan”? 13
  • 14. Persijilan Guru Matematik Minggu ke-12 merupakan minggu terakhir pembentangan isu-isu. Isu yang dibentangkan oleh kumpulan ini mencetuskan beberapa maklumat penting mengenai perguruan yang berkaitan dengan kami sebagai bakal-bakal guru. Yang pertama, istilah ‘profesion’ menjadi isu yang diperkata-katakan. Profesion bukan sahaja melibatkan pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas, tetapi ia mempunyai satu badan khas yang bertindak untuk menjaga kualiti tugas yang dijalankan supaya imej profesion dalam suatu bidang tidak dicemari. Autoriti profesion ini tidak boleh digantikan oleh orang lain dan dia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas dan peranannya. Guru digelar sebagai profesion dipertikaikan kerana ciri-ciri profesional tidak dipenuhi oleh guru. Yang kedua, seseorang guru matematik mestilah mempunyai pengetahuan matematik. Pengetahuan yang dimaksudkan bukanlah hanya semata-mata yang akan diajar tetapi yang jauh lebih mendalam. Guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas supaya pelajar mendapat manfaat daripada pengajaran guru. Yang ketiga, pengetahuan matematik yang kukuh membolehkan seseorang guru itu menggunakan strategi pengajaran yang lebih bermakna. Strategi pengajaran yang bermakna dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang terbaik yang dapat membantu proses pembentukan modal insan yang cemerlang. Yang keempat, guru merupakan individu penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu memiliki kemahiran profesion seperti kemahiran berfikir, merancang, mengajar, mengurus dan menilai supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan pelajar yang berkualiti. 14
  • 15. Yang terakhir, Bahasa Inggeris sangat penting untuk kita kerana ia merupakan bahasa perantara antarabangsa. Sebagai seorang guru, kita harus sentiasa mempertingkatkan ilmu dan pengetahuan kita dengan sikap banyak membaca. Amalkan amalan melihat bahan rujukan Bahasa Inggeris kerana ia meliputi bidang yang lebih luas dan mendalam lagi. Soalan: 1. Adakah guru digelar sebagai profesion? 2. Institut pengajian yang menawarkan program pendidikan boleh dikategori kepada IPG, IPTA dan KOPEDA. Apakah kriteria yang membezakan institut-institut tersebut dari aspek pelaksanaan kurikulum? 3. Apakah bukti yang membezakan kualiti guru sandaran dengan guru terlatih. 4. Apakah yang dimaksudkan dengan persijilan guru matematik mengikut konteks pendidikan? 5. Tugas guru ialah perlu menghabiskan sukatan pelajaran pada masa yang ditetapkan, tetapi perlu mengutamakan pembelajaran pelajar pada masa yang sama. Sebagai seorang guru yang berkesan, yang manakah harus diberi keutamaan? 15