Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.
Cargando en…3
×
1 de 29

Pengenalan fa

10

Compartir

Libros relacionados

Gratis con una prueba de 30 días de Scribd

Ver todo

Pengenalan fa

  1. 1. KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS Tuan Harun Yahya
  2. 2. PERTOLONGAN CEMAS BANTUAN KECEMASAN Definisi: Bantuan yang diberikan kepada mangsa kecemasan sebelum ketibaan bantuan perubatan Tujuan: Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesan daripada kemalangan dan memulakan proses pemulihan seawal yang mungkin. Garis Panduan: 1. Pastikan tempat kemalangan selamat kepada penyelamat dan mangsa dari punca bahaya. 2. Pastikan nyawa mangsa dulu, periksa nadi dan nafas mangsa. Beri bantuan jika perlu. 3. Beri bantuan masalah lain yang mungkin akan mengancam nyawa mangsa. Prinsip: 1. Beri bantuan hanya kalau tahu dan mempunyai pengetahuan dalam bidang bantuan kecemasan. 2. Jika ada pengetahuan, tetapi tidak ada kemahiran dalam bidang bantuan kecemasan. Jangan beri bantuan. 3. Jika tiada pengetahuan dan kemahiran, Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. JANGAN beri bantuan kalau tak tahu – ini boleh menjadikan kecederaan mangsa yang sedia ada menjadi lebih teruk dan boleh membahayakan nyawa mangsa 21haroun@2011 MS 2
  3. 3. PERTOLONGAN CEMAS KOTAK PERTOLONGAN CEMAS: PERKARA FUNGSI  1 gunting trauma  Untuk memotong pakaian, pembalut, plaster dan sebagainya.  Lampu suluh kecil  Untuk menilai respon anak mata dan menilai ruang mulut.  4 pembalut bergulung 3”  Sebagai pembalut untuk balutan  4 pembalut bergulung 2”  Sebagai pembalut untuk balutan  2 pembalut elastic (crepe  Sebagai pembalut untuk balutan bandage)  1” plaster dari kain  Untuk menahan balutan  1” plaster transport  Untuk pesakit alahan kepada plaster biasa  2 pek kain kasa 3”x3”  Menutup luka  2 pek kain kasa 4”x4”  Menutup luka  4 keping karung plastic  Serba guna  6 kain segi tiga  Sebagai pembalut dan balutan serbaguna 21haroun@2011 MS 3
  4. 4. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 4
  5. 5. PERTOLONGAN CEMAS KEMALANGAN BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA ELAKKAN KANAK-KANAK TERJATUH DARI SATU TEMPAT YANG TINGGI SEPERTI, TANGGA, BUAIAN, TINGKAP YANG TERBUKA ATAU LANTAI YANG BASAH DAN LICIN, INI AKAN MENYEBABKAN KECEDERAAN. PASANG PENGHADANG PADA TANGGA PASANG JERIJI PADA TINGKAP ATAU JAUHKAN KERUSI DARI TINGKAP PASTIKAN LANTAI SENTIASA KERING DAN TIDAK LICIN 21haroun@2011 MS 5
  6. 6. PERTOLONGAN CEMAS JAUHI ANAK-ANAK ANDA DARI BENDA YANG BOLEH MENYEBABKAN LEMAS DAN TERCEKIK JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK ANDA BERADA BERDEKATAN DENGAN TEMPAT AIR YANG BERTAKUNG DAN DALAM BILIK MANDI TANPA PENGAWASAN PASTIKAN ANAK-ANAK ANDA TIDAK BERMAIN DENGAN BENDA YANG BERUKURAN KURANG DARI 3 CM JAUHI ANAK-ANAK ANDA DARI SEBARANG UBAT ATAU RACUN, LETAK DI TEMPAT YANG TINGGI 21haroun@2011 MS 6
  7. 7. PERTOLONGAN CEMAS JAUHI ANAK-ANAK ANDA DARI PUNCA YANG BOLEH MENYEBABKAN TERBAKAR DAN MELECUR SERTA PUNCA ELEKTRIK JANGAN BIARKAN WAYAR ELEKTRIK DAN PERKAKAS ELEKTRIK BOLEH DICAPAI OLEH KANAK-KANAK SOKET PERLU MEMPUNYAI PENUTUP JANGAN BIARKAN SEBARANG BEKAS YANG ATAU ALAT PENEBAT MENGANDUNGI CECAIR PANAS DAPAT DICAPAI OLEH KANAK-KANAK JANGAN TUANG AIR PANAS KE DALAM BESEN DAN BIARKAN ANAK ANDA BERSEORANGAN 21haroun@2011 MS 7
  8. 8. PERTOLONGAN CEMAS PENDARAHAN Pendarahan terbahagi kepada pendarahan luar dan pendarahan dalam. Pendarahan luar boleh dilihat melalui luka di kulit, pendarahan dalam hanya dapat dikesan melalui tanda dan gejala. Pendarahan luar: Arteri: Darah berwarna merah cerah kerana mengandungi oksigen dan mengalir keluar secara memancut mengikut denyutan jantung. Kehilangan darah amat cepat dan boleh menyebabkan kematian. Vena: Darah berwarna merah gelap kerana mengandungi karbon dioksida dan mengalir keluar berterusan dan boleh menjadi banyak. Kapilari: Darah keluar dengan perlahan dari saluran darah rerambut (kapilari). Luka tidak dalam pada kulit. BANTUAN KECEMASAN: Hentikan pendarahan dengan cara: 1. Tekanan tepat/langsung  Jangan buang masa untuk mencari balutan  Letakkan tapak tangan anda dengan menggunakan sarung tangan getah atau sebarang bahan yang boleh melapik tapak tangan anda dan tekan tepat di atas luka.  Tutup luka dengan balutan yang strill dan bersih.  Gunakan pembalut untuk membalut balutan dan pastikan pendarahan telah berhenti. 2. Tinggikan bahagian yang luka  Untuk mencepatkan pendarahan berhenti, angkat anggota yang luka lebih tinggi dari paras jantung. Ini kalau berlaku kepada tangan dan kaki.  Jangan Gunakan kaedah ini jika terdapat patah, objek tertikam atau kecederaan tulang belakang. 21haroun@2011 MS 8
  9. 9. PERTOLONGAN CEMAS 3. Balut atau tutup  Balutan adalah bahan untuk menutup atau melindungi luka bagi mengawal pendarahan dan mengurangkan jangkitan kuman serta menolong menstabilkan objek yang tertikam.  Sebaliknya balutan hendaklah tebal, lembut dan boleh mampat untuk menyerap cecair atau darah dan memberi tekanan. Kalau boleh hendaklah sterile, lebih besar dari luka dan boleh memberikan perlindungan. Pendarahan Dalam: Pendarahan dalam kalau tidak diberikan perhatian akan mengancam nyawa mangsa dalam waktu yang singkat. Anda perlu mengambil tindakan yang pantas, kerana kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan renjatan dan kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi dan Akhirnya kematian akan berlaku. Tanda dan gejala: 1. Sakit, bengkak dan lebam di tempat yang cedera. 2. Pucat dan berpeluh sejuk 3. Kebiruan pada bibir dan kuku jari 4. Nadi cepat tetapi lemah 5. Nafas cepat dan cetek 6. Tahap kesedaran semakin menurun dan mangsa boleh pengsan bila-bila masa 7. Muntah darah mungkin merah atau hitam 8. Najis mungkin bercampur darah berwarna merah atau hitam 9. Jika kecederaan pada paru-paru, mangsa mungkin batu darah 10. Jika kecederaan pada buah pinggang atau pundi kencing, kencing mungkin bercampur darah 11. Jika kecederaan berlaku pada bahagian peranakan, pendarahan akan berlaku di bahagian kemaluan 12. Dalam keadaan teruk, mangsa mungkin pengsan dan boleh membawa maut. 21haroun@2011 MS 9
  10. 10. PERTOLONGAN CEMAS Bantuan Kecemasan: 1. Bantu mangsa mengikut kecederaan yang dialami. 2. Jangan biarkan mangsa bergerak kalau tidak perlu 3. Kendalikan pesakit seperti pengendalian renjatan 4. Sentiasa membuat pemeriksaan kepada tahap kesedaran, nadi dan pernafasan mangsa 5. Hantar mangsa ke hospital dengan segera untuk mendapat rawatan selanjutnya. Merawat luka kecil:  Cuci di sekeliling luka, bermula dari bahagian luka ke luar  Letak gauze di atas luka, kemudian letak pad tebal dan balut dengan kemas  Pastikan pesakit dan bahagian kecederaan direhatkan  Pastikan pesakit tidak dalam keadaan renjatan dan Dapatkan rawatan perubatan selanjutnya (jika perlu) 21haroun@2011 MS 10
  11. 11. PERTOLONGAN CEMAS PATAH (FRACTURE) Definisi: Patah boleh berlaku terus atau retak pada satu-satu tulang. PATAH BOLEH BERLAKU: SECARA TIDAK LANGSUNG SECARA LANGSUNG Sebab patah: 1. Hentakan langsung (patah di tempat hentakan) 2. Hentakan tidak langsung (terhentak di tempat lain, patah di tempat lain) 3. Tindakan luar biasa otot seperti renjatan elektrik TERDAPAT 2 JENIS PATAH PATAH TERTUTUP PATAH TERBUKA 21haroun@2011 MS 11
  12. 12. PERTOLONGAN CEMAS Tanda dan gejala: 1. Sakit pada anggota yang cedera 2. Sakit bila ditekan/sentuh 3. Bengkak dan lebam kerana pendarahan berlaku 4. Cacat atau berubah bentuk 5. Anggota patah hilang fungsi asal kerana kecederaan saraf 6. Pergerakan luar biasa 7. Jika patah terbuka, terdapat luka dan kadangkala tulang mungkin terjulur keluar. Bantuan Kecemasan: 1. Jangan gerakkan anggota yang cedera 2. Hentikan pendarahan jika ada 3. Letak anggota yang patah dalam kedudukan asal, seberapa yang boleh. 4. Pasang tuap pada tempat yang patah dengan mengikut sekurang-kurangnya di empat tempat – di bahagian bawah & atas patah, sendi di sebelah bawah & atas patah. 5. Jika patah terbuka, tutup bahagian luka dengan kain kasa. 6. Rawat untuk renjatan. 7. Hantar mangsa ke hospital dengan segera untuk mendapat rawatan selanjutnya. JANGAN biarkan tulang yang patah bergerak kerana ini mungkin menyebabkan kecederaan menjadi lebih teruk 21haroun@2011 MS 12
  13. 13. PERTOLONGAN CEMAS KECEDERAAN SENDI TERSELIUH Terseliuh boleh berlaku jika sendi bergerak dalam satu pergerakan yang di luar kebiasaannya (abnormal) dan menyebabkan kecederaan pada ligament dan lain-lain bahagian sendi. Tanda dan Gejala:  Rasa sakit pada sendi yang cedera  Bengkak dan lebam kerana terdapat pendarahan  Hilang upaya disebabkan saraf yang cedera. 21haroun@2011 MS 13
  14. 14. PERTOLONGAN CEMAS Bantuan Kecemasan:  Rehat dan tinggikan anggota yang cedera  Buat tuaman sejuk dengan ais berbalut kain  Balut anggota yang cedera dengan pembalut elastic  Tuaman panas hanya boleh dilakukan Selepas 36-48 jam sahaja  Amaran JANGAN URUT SEMASA KECEDERAAN BERLAKU. 21haroun@2011 MS 14
  15. 15. PERTOLONGAN CEMAS TERBAKAR DAN MELECUR Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada beberapa factor: Luas permukaan badan yang cedera Tempat mana yang terbakar Darjah terbakar Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa Terbakar boleh dikelaskan mengikut kedalaman kerosakan kepada tisu.  Darjah pertama – melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak kemerahan, kering dan rasa sakit yang amat sangat.  Darjah kedua – lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna kemerahan gelap dan terdapat keputihan. Mangsa berasa amat sakit.  Darjah ketiga – semua lapisan kulit telah rosak. Kulit Nampak terbakar hitam atau putih kering, pesakit rasa sakit atau mungkin tidak sakit langsung jika saraf rosak. 21haroun@2011 MS 15
  16. 16. PERTOLONGAN CEMAS Keadaan ketenatan mangsa juga boleh diukur mengikut keluasan permukaan yang terbakar dengan menggunakan prinsip Peraturan 9  Seluruh bahagian kepala dan leher 9%  Seluruh bahagian dada dan abdomen 18%  Seluruh bahagian belakang badan 18%  Kedua-dua bahagian tangan 18%  Kedua-dua bahagian kaki kiri 18%  Kedua-dua bahagian kaki kanan 18%  Kemaluan 1% BANTUAN KECEMASAN 1. Rendam atau siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk sebanyak dan seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit. 2. Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika ada pakaian yang melekat, gunting di sekelilingnya. 3. Tanggalkan segala bahan yang diperbuat daripada logam yang dipakai seperti cincin, gelang, jam dan sebagainya kerana ia boleh menyimpan haba. 4. Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih. 5. Jangan gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera. 6. Jangan taruh krim, mentega, ais dan sebagainya pada anggota yang cedera. 7. Pastikan mangsa boleh bernafas, jika mangsa mengalami kesesakan nafas atau saluran pernafasan tersekat, buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan jika perlu. 8. Kendalikan mangsa untuk renjatan. 9. Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa secepat mungkin ke hospital. 21haroun@2011 MS 16
  17. 17. PERTOLONGAN CEMAS KERACUNAN Racun adalah bahan yang merosakkan tubuh badan. Kita juga sering memikirkan bahawa racun adalah sejenis kimia cecair dalam bentuk pepejal tetapi kita juga perlu ingat bahawa ada haiwan yang boleh mengeluarkan racun yang boleh meracuni tubuh kita seperti ular, kala jengking, lipan, lebah, tebuan, ikan berbisa dan sebagainya. Kebanyakan racun ini dicucuk ke dalam tubuh badan kita. Kadangkala terdapat jenis-jenis tumbuh-tumbuhan seperti cendawan, pucuk kayu, buah yang juga menyebabkan keracunan. Racun boleh menyerap ke tubuh melalui beberapa cara:- 1. Melalui saluran penghadaman  Bahan makanan  Bahan kimia  Ubat  Tumbuh-tumbuhan 2. Menyerap melalui kulit - Bahan kimia - Hidupan laut beracun seperti ubur-ubur, ampai-ampai - Tumbuh-tumbuhan 3. Penyerapan melalui sistem pernafasan - Gas beracun - Bahan kimia seperti racun serangga atau racun rumput-rampai 4. Tusukan ke dalam kulit - Patukan ular, kala jengking, lipan - Segatan lebah, tebuan Tanda dan gejala serta pengendalian kes keracunan secara am: Melalui sistem penghadaman Tanda dan gejala 1. Kesan terbakar di bahagian tisu di sekeliling mulut mangsa. 2. Bau pernafasan yang asing termasuk badan, pakaian dan di sekeliling pesakit. 3. Pernafasan tidak seperti biasa, kadang kala tersekat-sekat. 4. Nadi mungkin cepat atau lambat dan tidak sama rentaknya. 5. Berpeluh dengan banyak. 6. Anak mata mengecil atau mengembang 21haroun@2011 MS 17
  18. 18. PERTOLONGAN CEMAS 7. Mengeluarkan banyak air liur atau mulut berbuih. 8. Rasa sakit pada mulut dan tekak serta rasa sakit untuk menelan. 9. Perut rasa sakit dan memulas 10. Loya dan muntah 11. Kadangkala pesakit mendapat cirit-birit 12. Dalam keadaan teruk mangsa akan mendapat sawan 13. Tahap kesedaran pesakit juga mungkin berubah-ubah 14. Tanda-tanda renjatan boleh berlaku: - pucat - peluh sejuk - loya/muntah - nadi/pernafasan cepat - dahaga - pitam dan pandangan berpinar-pinar. Bantuan Kecemasan Jika Mangsa Sedar 1. Buat penilaian keseluruhan keadaan mangsa. 2. Pastikan jenis racun yang dimakan 3. Buka saluran pernafasan mangsa dan pastikan saluran pernafasan tidak tersekat oleh benda asing. 4. Sedapat mungkin cairkan kepekatan racun tersebut dengan memberi mangsa minum satu atau dua gelas air atau susu. Jangan beri mangsa minum jika mangsa mendapat sawan/. 5. Jika boleh berikan mangsa air bercampur garam seberapa banyak yang boleh dan galakkan mangsa muntah. Tetapi jika mangsa minum bahan kimia yang membakar atau bahan petroleum, jangan galakkan mangsa muntah kerana ini akan membakar saluran makanan mangsa atau jika bahan petroleum akan menyebabkan tersedut ke saluran pernafasan. 6. Letakkan mangsa dalam baringan yang selesa dan dapat mengelakkan muntah tersebut ke saluran pernafasan iaitu baringan pemulihan. 7. Jika mangsa muntah, cuba simpan muntah tersebut untuk dihantar bersama pesakit ke hospital untuk dianalisis. Ini termasuk jika terdapat bekas racun yang berada berdekatan dengan pesakit. 8. Jika mangsa pengsan, perhatian perlu diberikan pada nadi, pernafasan dan keadaan keseluruhan mangsa. Jika mangsa muntah, pastikan saluran pernafasan tidak tersekat. 9. Jika terhenti pernagfasan dan degupan jantung, lakukan CPR. Perhatian perlu diambil semasa memberi bantuan pernafasan. Sedapat mungkin gunakan bantuan pernafasan melalui hidung atau menggunakan alat “pocket mask”. 10. Hantar mangsa ke hospital secepat mungkin untuk rawatan selanjutnya terutama jika mangsa pengsan kerana ini adalah keadaan yang kritikal. 21haroun@2011 MS 18
  19. 19. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 19
  20. 20. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 20
  21. 21. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 21
  22. 22. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 22
  23. 23. PERTOLONGAN CEMAS 21haroun@2011 MS 23
  24. 24. PERTOLONGAN CEMAS CPR – CARDIOPULMONARY RESUSCITATIONS CPR Orang Dewasa 1. Penilaian – tentukan mangsa tidak sedarkan diri. 2. Cuba Dapatkan bantuan dan panggil ambulans. 3. Betulkan kedudukan mangsa 4. Buka saluran pernafasan – dongakkan kepala dan angkat dagu. 5. Penilaian pernafasan – tentukan mangsa tidak bernafas – dengan bunyi pernafasan, rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat pergerakan dadanya (5-10 saat) 6. Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 kali pernafasan (5 saat setiap hembusan) 7. Pernilaian peredaran darah – tentukan ketiadaan nadi carotid (5-10 saat) 21haroun@2011 MS 24
  25. 25. PERTOLONGAN CEMAS 8. Jika tiada nadi, Lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan ke atas tulang sternum sedalam 1 ½ - 2 inci mengikut kadar 150 kali tekanan seminit diikuti 2 hembusan pernafasan. Lakukan 5 pusingan seminit. 9. Selepas 5 pusingan, periksa nadi semula, jika tiada nadi teruskan pusingan semula sehingga perkara berikut berlaku: a. Ketibaan ambulans b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil alih dari penyelamat c. Sehingga mangsa sedar d. Sehingga penyelamat keletihan 10. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada bernafas – beri bantuan pernafasan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit. 11. Jika mangsa sudah mula bernafas – pastikan tahap kesedaran mangsa semula, jika masih tidak sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan pemulihan sehingga bantuan perubatan tiba. Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan. 21haroun@2011 MS 25
  26. 26. PERTOLONGAN CEMAS CPR untuk bayi 21haroun@2011 MS 26
  27. 27. PERTOLONGAN CEMAS Tercekik – Orang Dewasa 1. Tanya mangsa sama ada beliau boleh bercakap. 2. Jika boleh bercakap, galakan mangsa batuk sehingga benda asing yang tersekat dapat dibatukkan keluar. 3. Jika mangsa tidak boleh bercakap dan batuk, Lakukan tekanan abdomen. Berdiri di belakang mangsa dan letakkan kedua-dua tangan anda di keliling abdomennya. Buat genggaman pada satu tangan dan pegang genggaman tersebut dengan tangan yang satu lagi. Letak genggaman tersebut antara pusat dan tulang ulu hati dan tekan arah ke dalam dan ke atas. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, buat tekanan pada tengah-tengah dada arah ke dalam. 4. Jika mangsa tiba-tiba pengsan – secepat mungkin minta seseorang memanggil ambulans 5. Buka mulut mangsa dengan teknik tekan lidah dan angkat dagu. Cuba korek keluar benda asing tersebut, jika tidak berjaya, cuba hembus nafas ke mulut mangsa. 6. Jika saluran pernafasan mangsa masih tersekat, lakukan tekanan abdomen dengan berlutut sebelah menyebelah paha mangsa. Letak tumit tapak tangan antara pusat dan tulang ulu hati. Letak tangan sebelah lagi di atas tangan yang pertama dan tekan arah ke atas. 21haroun@2011 MS 27
  28. 28. PERTOLONGAN CEMAS 7. Selang seli teknik ini:  Buka mulut mangsa, korek benda asing  Beri hembusan semula  Tekanan abdomen. 8. Lakukan sehingga benda asing tersebut dapat dikorek keluar atau hembusan dapat diberikan. 9. Jika mangsa yang gemuk atau perempuan mengandung, lakukan tekanan dada seperti teknik CPR 21haroun@2011 MS 28
  29. 29. PERTOLONGAN CEMAS Tercekik – bayi 1. Penilaian: pastikan tahap kesedaran 2. Minta bantuan 3. Buka saluran pernafasan – dongak kepala, angkat dagu. 4. Penilaian: pastikan mangsa bernafas 5. Cuba beri bantuan pernafasan 6. Jika tersekat, Betulkan kedudukan kepala mangsa dan beri bantuan pernafasan. 7. Jika masih tersekat, panggil ambulan. 8. Beri tepukan belakang 5 kali dan tekanan dada 5 kali. 9. Lakukan teknik tekan lidah angkat dagu dan korek benda asing jika nampak 10. Cuba lagi bantuan pernafasan, jika masih tidak boleh 11. Ulang semula sehingga berjaya. 21haroun@2011 MS 29

×