Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA JOHOR BAHRU
DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN
AMBILAN MAC 2022
MWNS 4054: ABNORMA...
Isi kandungan
Penghargaan....................................................................................................
i
Penghargaan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga sa...
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 24 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Similares a case study GDM.pdf (20)

Anuncio

case study GDM.pdf

  1. 1. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JOHOR BAHRU DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN AMBILAN MAC 2022 MWNS 4054: ABNORMAL MIDWIFERY KAJIAN KES GESTATIONAL DIABETES MELLITUS NAMA : AZIZAH BINTI HUSIN NO MATRIK : ADMW 1/2022 (10) - 0002 KOLEJ : ILKKM JOHOR BAHRU NAMA PEMERIKSA : PUAN HARTATI BINTI ISAM TARIKH HANTAR : 22 NOVEMBER 2022
  2. 2. Isi kandungan Penghargaan............................................................................................................. i 1.0 Pengenalan ....................................................................................................... 1 2.0 Data pesakit ...................................................................................................... 2 2.1 Data demografi dan sejarah peribadi............................................................. 2 2.2 Sejarah kesihatan am .................................................................................... 2 2.2.1 Sejarah perubatan dan sejarah pembedahan yang lalu................ 2 - 3 2.2.2 Tanda dan gejala............................................................................. 3 - 4 2.3 Perkembangan semasa................................................................................. 4 2.3.1 Sejarah Keadaan semasa.............................................................. 4 - 6 2.3.2 Sebab kemasukan............................................................................... 6 2.3.3 Penemuan penilaian klinikal dan penyiasatan............................... 6 - 7 2.3.4 Pengurusan .................................................................................... 7 - 9 2.4 Intervensi kejururawatan......................................................................... 9 - 12 3.0 Kesimpulan...................................................................................................... 13 4.0 Rujukan ..................................................................................................... 14 - 15 5.0 Lampiran............................................................................................................. ii 5.0.1 Carta aliran saringan diabetes semasa hamil ............................................. ii 5.0.2 Carta aliran pemeriksaan GM semasa intrapartum.................................... iii 5.0.3 Carta aliran pemberian ubatan insulin semasa labour aktif ....................... iv
  3. 3. i Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan bagi subjek ‘Abnormal Midwifery’ dengan tajuk ‘Gestational Diabetes Mellitus’. Sepanjang menjalankan kajian kes ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman pahit dan manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelatih jururawat kebidanan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada penyelaras saya iaitu Puan Hamidah binti Denan dan mentor saya iaitu, Puan Hartati Binti Isam kerana mereka telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Disamping itu saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral sepanjang menjalankan tugasan ini. Selain itu saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga penjagar-pengajar yang telah mengajar dan menghulurkan bantuan bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyelesaikan kajian kes ini. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih, kerana tanpa bantuan dan sokongan dari semua pihak tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. semoga kajian kes saya ini dapat membantu saya dalam dalam didang kebidanan untuk memberikan perawatan yang terbaik kepada klien. Sekian, terima kasih.
  4. 4. 1 1.0 Pengenalan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah diabetes yang dikesan pertama kali semasa hamil. Ia terjadi disebabkan oleh gangguan terhadap insulin yang dikaitkan dengan peningkatan hormon seperti estrogen, kortisol dan “Human Placenta Lactogen” dan peningkatan rintangan insulin ibu, terutamanya selepas 20 minggu kehamilan. Semakin plasenta membesar, semakin banyak hormone yang dihasilkan semakin tinggi rintangan insulin terjadi. Jika pancreas gagal menghasilkan insulin tambahan maka ‘Gestational Diabetes Mellitus’ akan berlaku. Kebiasaannya terjadi pada trimester kedua dan ketiga. (Myles textbook for Midwives 17th edition). Laporan Obstetrik Kebangsaan menunjukkan kejadian diabetes dalam kehamilan adalah 8.66% pada tahun 2011 dan 8.83% pada tahun 2012. Kadar pembedahan caesarean dalam kumpulan pesakit ini adalah sekitar 13% pada 2011 dan 2012. Dalam kedua-dua tahun kira-kira 16% bayi yang dilahirkan oleh ibu kencing manis mempunyai berat 4 kg dan lebih. Terdapat peningkatan 2 kali ganda dalam kes makrosomia kepada ibu yang mengidap GDM pada kedua-dua tahun berbanding dengan bukan GDM, ini boleh menyumbang kepada peningkatan kadar pembedahan caesarean. Daripada Tinjauan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan 2015 pula, menunjukkan bahawa prevalens diabetes ialah sebanyak 17.5%. Secara amnya, prevalens diabetes meningkat dalam kumpulan umur usia reproduktif dimana ia akan menjejaskan kesuburan dan kehamilan mereka. Statistik daripada WHO, kira-kira 422 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes, majoritinya tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dan kira-kira 1.5 juta kematian secara langsung dikaitkan dengan diabetes setiap tahun. Kedua-dua bilangan kes dan kelaziman diabetes telah meningkat secara berterusan sejak beberapa dekat yang lalu.
  5. 5. 2 2.0 Data Pesakit 2.1 Data demografi dan sejarah peribadi Puan Siti Fadilah Binti Ibrahim, berumur 38 tahun merupakan warganegara Malaysia, beragama Islam dan berbangsa melayu, menerima pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak bekerja, beliau menetap di Flat Larkin bersama suami dan seorang anaknya yang berumur 2 tahun. Telah mendirikan rumah tangga pada 18hb Ogos 2018. Jumlah pendapatan keluarganya ialah RM5500 sebulan. Suami beliau bernama Encik Nur Harfizi bin Noor Badrolsam, bekerja sebagai pemandu kontena di PTP Tanjung Pelepas. Parity index beliau Gravida 3 Para 1+1. Mengikut tarikh ‘Last Normal Menstrual Period’ (LNMP) pada 20/02/2022, ‘Expected Date Delivery’ (EDD) mengikut formula Naegele's rule (Lawson G. W. 2021) perkiraannya adalah pada 27/11/2022. 2.2 Sejarah kesihatan am 2.2.1 Sejarah Perubatan Dan Pembedahan Yang Lalu Pada lawatan pertama antenatal, beliau telah melakukan ‘booking’ pada usia kandungannya ialah 11 minggu di Klinik Kesihatan Larkin. Semasa sesi tersebut, temubual dilaksanakan dan hasil dari temubual telah direkodkan dalam buku KIK/1(a)/96 Pind.2019 serta buku pendua KIK/1(b)/96 Pind.2019. Melalui sejarah obstetric yang lalu, Anak pertama beliau adalah perempuan, lahir pada 24hb Julai 2020. Hasil kandungan anak pertama cukup bulan dan di lahirkan secara ‘spontaneous vaginal delivery’ (SVD) di Hospital Sultanah Aminah dan disambut oleh doktor. Berat semasa lahir ialah 2.4 kg, keadaan sekarang sihat dan berumur 2 tahun. Penyusuan ibu diberikan selama 2 bulan. Pada 12hb April 2021, beliau mengalami ‘complated miscarriage’ ketika usia kandungannya 11 minggu. Tiada komplikasi yang berlaku terhadap ibu sebelum atau selepas kelahiran anak pertama. Tetapi dalam tempoh postnatal bayi beliau mengalami ‘Neonatal Jaundice’ tetapi tidak dimasukkan ke wad.
  6. 6. 3 Melalui pengambilan sejarah gynaekologi pula, beliau tiada pernah mengalami masalah gynaekologi. Manakala melalui sejarah menarche, beliau mula datang haid ketika berusia 13 tahun, kitaran haid adalah 7 hari dan pusingan haid beliau adalah ‘regular’. Beliau mengamalkan kaedah perancang keluarga secara hormonal iaitu menggunakan pil regulon selama 1 tahun. Bagi status merokok pula, beliau tidak merokok tetapi suaminya adalah seorang perokok. Melalui temubual berkaitan dengan sejarah perubatan mendapati bahawa beliau tidak mengalami sebarang masalah perubatan seperti tuberculosis, asthma, hypertension. beliau juga tidak mempunyai sejarah pembedahan sejarah minor atau major. Mengikut sejarah perubatan keluarga, didapati ibu dan ayah beliau menghidap penyakit diabetes dan hypertension dan mendapatkan rawatan. Semasa pengambilan sejarah status imunisasi, beliau telah lengkap menerima suntikan anti tetanus toxoid (ATT). Beliau juga lengkap menerima 3 dos lengkap vaksin covid iaitu cominarty PFIZER. 2.2.2 Tanda dan gejala Lawatan pertama beliau pada usia kandungan 11 minggu, Antropometry mendapati ukuran tinggi adalah 162 cm, berat adalah 52.9 kg dan BMI adalah 20.1 kg/m2 , ini mengecualikan beliau dari ‘cephalo pelvic disporpotion’ (CPD). Tanda vital BP:130/80 mmHg dan PR:88 bpm telah direkodkan, keputusan menunjukkan normal. Keputusan hemoglobin (Hb) menunjukkan bacaan normal iaitu 12.7g/dL. Bagi ujian HIV screening keputusannya adalah non reactive. Ujian darah untuk blood grouping dan ujian VDRL(Venereal Disease Research Laboratory) bagi mengesan penyakit syphilis telah dilakukan. Pemeriksaan fizikal dari kepala hingga kaki telah dilakukan ke atas Puan Siti. Melalui hasil pemeriksaan, mendapati adalah normal. Palpasi abdomen dilakukan, pemerhatian terhadap 4S dijalankan iaitu Skin-terdapat linear nigra, Shape- kelihatan ovul, Scar-tiada parut pembedahan kelihatan dan Size-sejajar dengan gestasi iaitu 11 minggu dari ‘period of gestation’ (POG). Lateral palpasi, pelvic palpasi dan Fetal Heart Rate tidak dilakukan kerana usia kandungan 11 minggu.
  7. 7. 4 Tiada aduan diterima dari Puan Siti berkaitan dengan kehamilannya dan tiada tanda dan gejala diabetic di rasai. Beliau telah dirujuk kepada doktor untuk Routine Medical Examination(RME) pertama, scan telah dilakukan oleh doktor Tagging ketika booking beliau adalah hijau memandangkan beliau mempunyai faktor risiko tersebut LCB (last child birth) < 2 tahun, sejarah kelahiran Low Birth Weight 2020, Sejarah abortion x1 2021 dan berusia 36 tahun. Temujanji untuk MGTT telah diberikan pada 17/5/2022 @ 8.00 am dan temujanji untuk antenatal klinik diberi pada 31/5/2022. Menurut buku Clinical Practice Guidliness Management Of Diabetes In Pregnancy, 2017 menyenaraikan faktor risiko GDM adalah ibu yang mempunyai ‘Body Mass Index’ > 27kg/m², ibu yang mempunyai sejarah ‘Gestational Diabetes Mellitus’ pada kehamilan yang lalu, ibu yang mempunyai sejarah keluarga yang mengidap penyakit diabetes, ibu yang mempunyai sejarah kelahiran bayi melebihi 4kg (macrosomia), ibu yang mempunyai ‘Bad Obstetric history’ (tanpa sebab contohnya intrauterine death, congenital anomalies (i.e. neural tube defects, cardiac defects), shoulder dystocia), ibu yang mempunyai masalah Glycosuria ≥2+ dengan 2 bacaan dan ibu yang mempunyai masalah obstetrik semasa contohnya essential hypertension, pregnancy induced hypertension, polyhydramnios dan penggunaan ubat corticosteroids. 2.3 Perkembangan semasa 2.3.1 Sejarah keadaan semasa Doktor telah mendiagnoskan beliau dengan ‘Gastational Diabetis Melitus on Diet Control’ pada usia kandungan beliau 14 minggu kerana keputusan ujian darah ‘Modified Glucose Tolerance Test’ (MGTT) adalah abnormal iaitu 5.1 mmol/L / 11.1 mmol/L, ujian ‘Blood Sugar Profile’ (BSP) secara berkala telah dilakukan sebelum temujanji klinik, bacaan yang diperolehi adalah 4.4/ 6.3/ 4.9 / 4.9. Oleh sebab itu tagging beliau telah ditukar dari tagging hijau kepada tagging kuning. Menurut Portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Plasenta akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, semakin banyak
  8. 8. 5 hormon- hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin terjadi. Jika ia gagal maka berlakunya ‘Gestational Diabetis Melitus’. Tarikh temujanji untuk pegawai sains pemakanan untuk kaunseling diabetic diet telah diberi pada 14/6/2022. Ujian darah untuk HbA1C telah diambil, Menurut portal myhealth Ujian HbA1C atau hemoglobin A1c digunakan untuk menentukan purata kepekatan glukosa dalam plasma darah. Ujian ini memberi ukuran tepat kandungan glukosa darah dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelumnya. Justeru, bagi pesakit yang telah didiagnosis penyakit diabetes mellitus, ujian HbA1c ini akan dilakukan untuk menilai tahap keberkesanan rawatan. Daripada ujian HbA1C yang telah dilakukan keputusan yang diperolehi adalah normal iaitu 5.3mmol/L. Semasa usia kandungan beliau 23 minggu kehamilan ujian BSP menunjukkan bacaan ‘pre breakfast’ 4.4 ‘post breakfast’ 5.4 ‘pre lunch’ 4.0 ‘post lunch’ 4.7 ‘pre diner’ 4.8 ‘post diner’ 6.7 dan bacaan BSP telah dirujuk kepada FMS dan ubatan tablet metformin telah dimulakan dengan 500mg BD. Menurut Calette Corcoran et,al.. (2022) metformin adalah ubatan antibiabetic yang digunakan untuk pesakit diabetic type II termasuklah bagi mereka yang mengidap GDM. Metformin disyorkan sebagai alternatif kepada insulin. Oleh itu, ia berfungsi untuk mengurangkan glukosa darah semasa kehamilan. Pada usia kandungan Puan Siti 31/52 beliau mengalami gejala polyuria dan gangguan corak tidur. Manakala pada usia kandungan beliau 33/52 beliau mengalami penuruna berat badan sebanyak 0.55kg/ minggu. Aduan ini dibuktikan menerusi kenyataan dari dikukuhkan dari Buku Text Myles for Midwives 17 th edition menyatakan manifestasi yang ditunjukkan oleh ibu yang mengalami GDM adalah kehilangan berat badan, polydipsia, polyuria, polyphagia,lethargy, prolonged infection, boils dan pruritis di vulva Nasihat diberikan kepada beliau berkaitan komplikasi GDM kepada ibu dan fetus. Kenyataan ini di sokong menerusi oleh buku Teks Essentials of Obstetric 3rd Edition MS 177 GDM memberi komplikasi kepada ibu contohnya pre-eclampsia, pyelonephritis, polyhydramnios, perterm labor, ‘operative delivery’, ia juga memberi kesan kepada fetus contohnya microsomia dan shoulder dystocia manakala kepada
  9. 9. 6 bayi pula adalah hypoglycemia, hyperbilubinemia, hypocalcemia, transient tachypnea dan birth injuries. 2.3.2 Sebab kemasukan Menurut Linda M Biesty et. all. (2018), merancang kelahiran elektif pada tempoh kehamilan, berbanding kelahiran secara spontan, mempunyai impak terhadap kesihatan wanita yang mengidap GDM dan kesihatan bayi mereka. Kelahiran awal dirancang pada minggu gestasi 37 hingga 40. Puan Siti telah dimasukkan ke wad antenatal Hospital Sultanah Aminah pada 8.11.2022 semasa usia kandungannya 37/52 untuk prosedur ‘Induction Of Labour’. Pendaftaran telah dilakukan oleh jururawat yang bertugas dan pemeriksaan telah dilakukan mengikut rutin kemasukan ibu ke wad. Doktor telah mengarahkan untuk pemeriksaan CTG stat dan BD, pengambilan sample darah juga diambil untuk pemeriksaan FBC, RP, LFT, dan GSH, doctor juga mengarahkan pemeriksaan Blood Sugar Profile 7 point monitoring di wad. Setibanya di bilik saringan, BP:128/80 mmHg, PR:85 bpm, Fetal heart Rate (FHR) adalah 142 bpm, Tiada aduan diterima, tiada contraction, tiada show, tiada leaking liquor, fetal movement dirasai oleh ibu. CTG telah dipasang dan keputusan menunjukkan ‘reassuring’. Sample darah dan urin telah di ambil dan dihantar ke makmal bagi penyiasatan lebih lanjut. Beliau dimasukkan ke dalam wad untuk pengurusan lebih lanjut. 2.3.3 Penemuan penilaian klinikal dan penyiasatan Semasa sesi temubual Puan Siti memberikan kerjasama yang baik, mengekalkan good eye contact. Pemeriksaan fizikal dan abdomen dilakukan dan menunjukkan tiada keabnormalan dikesan, ukuran fundus sejajar dengan usia kandungan. Ujian diagnostik dilakukan seperti FBC menunjukkan bacaan hemoglobin normal iaitu 11.4 g/dL dan hemocrit menunjukkan bacaan 34%, keputusan ujian ‘renal profile’ adalah normal dengan kadar serum creatinin adalah 58 mmol/L, urea 2.3 mmol/L dan uric acid adalah 333 mmol/L, keputusan GSH
  10. 10. 7 ‘confirmed’ A+VE. Manakala ujian urin albumin dan sugar pula adalah negative. Bagi TAS(Total Abdominal Scan) parameter yang dikesan adalah sepadan dengan Period Of Gestation(POG). 2.3.4 Pengurusan Semasa di wad pemeriksaan Cardio Toco Graf (CTG) telah dilakukan 2 kali sehari mengikut arahan doctor, pemeriksaan BSP 7 point monitoring dilakukan untuk memantau bacaan gula dalam darah. Pemberian ubatan Haematinic iaitu Tablet folic asid 5mg, tablet ascobic acid 100mg, tablet B complex 10mg dan tablet ferrous fumerate 400mg ‘daily’, tablet Metformin 500mg BD diteruskan. Disebabkan tempoh jangkamasa kandungan beliau mencapai 37/52, ‘induction of labour’ dilakukan bagi mempercepatkan proses bersalin dan merangsang pembukaan os. Pada usia kandungan beliau 37/52 +1/7 sebelum prosedur ‘induction of labour’, CTG telah dilakukan dan keputusannya adalah normal CTG dengan ‘base line fetal heart rate’ adalah 130 bpm, ‘acceleration present’, tiada ‘deceleration’ dan variability lebih dari 5. Pemeriksaan vagina telah dilakukan oleh doktor Nazri, consent IOL telah diambil. ‘Bishop score’ adalah 0 dengan ‘position’ adalah ‘posterior’, ‘consistency firm’, ‘effacement cervix’ adalah ‘tubular’ 3 cm, ‘dilatation’ adalah ‘closed’ dan ‘station’ adalah ‘high’ -3cm. Tablet Prostin 1.5 gm telah dimasukkan oleh doktor di posterior fornix pada pukul 0700 am bagi merangsang pembukaan os. Selepas kemasukan Tablet Prostin Puan Siti diarahkan untuk ‘complated rest in bed’ (CIRB) dalam masa 1 jam. CTG post prostin telah dilakukan selepas 1 jam prosedur dan didapati adalah normal CTG, beliau perlu melalui pemeriksaan next review VE (NRVE) pada jam 1300 am atau sekiranya ada tanda- tanda strong contraction dan spontaneous ruptured membrane (SROM). Pemeriksaan 7 point BSP monitoring masih diteruskan. Pada hari seterusnya doctor telah memasukkan 2nd prostin 1.5 mg @ 0645 hrs CTG post prostin didapati abnormal dengan hyperstimulation doktor Nazri telah mengarahkan ubatan S/C terbutaline 0.25 mg stat, IV drip 1 pint normal saline ‘run fast’ telah diberikan mengikut arahan doctor.
  11. 11. 8 Pada hari seterusnya ‘foley’s catheter’ telah dimasukkan pada 0735 hrs dengan 60cc ‘water for injection’ untuk meransang pembukaan OS. Pemeriksaan BD CTG dilakukan mengikut arahan doctor untuk mengesan keabnormalan, NRVE dilakukan kerana ‘Foley’s drop’ @ 1640 hrs, hasil dari pemeriksaan vagina didapati keputusannya adalah Os 2 cm, membrance intake, effacement of cervix adalah 1cm. Doctor Aziah telah mengarahkan untuk melakukan EMLSCS ‘for failed IOL’ penerangan berkaitan indikasi dan risiko LSCS telah diterangkan kepada Puan Siti dan suaminya, Consent telah diambil. Beliau dipuasakan dengan Iv drip 80cc D5%/ jam semasa dipuasakan ‘hourly GM with sliding scale’ dilakukan. Ubatan premedikasi diberi kepada beliau sebelum ke dewan bedah contohnya, Sodium citrate 30ml untuk menawarkan asid dalam kandungan gaster, Metoclopramide / Maxalon 10mg untuk mempercepatkan pengosongan gester. IV Ranitidine / Zantac 50mg/2ml untuk mengurangkan penghasilan asid hydrochloride dan pemberian antibiotic IV Ampicillin 2 gm stat dan, IV flagyl 500 mg stat sebagai prophylaxis. Menurut Cecilia Diceglie et. All…(2021) sejumlah 47 wanita dengan kehamilan tunggal yang melahirkan melalui pembedahan cesarean telah didaftarkan, 13 darinya adalah obes dengan GDM. Prosedur EMLSCS telah dilakukan oleh doctor Vel dan doctor Tashan, baby boy, telah selamat dilahirkan secara EMLSCS pada 10.11.2022 @ 1934hrs . ‘Estimate blood loss’ adalah 300cc, berat bayi adalah 2.47 kg, panjang 49 cm dan lilitan kepala 31cm. Apgar Score adalah 9 dan pemeriksaan fizikal newborn yang dilakukan didapati normal. Suntikan IM Vitamin K dan IM Hepatitis B diberikan. Glucose monitoring untuk bayi beliau telah dilakukan dan didapati bacaan gula dalam darah bayi beliau adalah 3.0 mmol/L. Bayi puan Siti dimasukkan ke wad A2 untuk pemantauan. Menurut Thomes R Moore (2022) Bayi kepada ibu yang GDM mempunyai empat kali ganda insiden kemasukan unit rawatan rapi bayi (NICU). Vital sign Puan Siti dalam keadaan normal iaitu BP:132/88 mmHg dan PR 91bpm. IV Pitocin 40u in 500 mls Normal Saline dialirkan dalam masa 6 jam. Beliau dipindahkan ke postnatal ward pada jam 2240 hrs.
  12. 12. 9 Pada hari ke 2 selepas pembedahan doktor telah membuat ‘wound inspection’, luka dalam keadaan baik dan bersih. Beliau dibenarkan pulang dengan TCA KK 2/52 untuk ‘wound inspection’, TCA postnatal klinik 6/52 untuk pemeriksaan postnatal, perancang keluarga, dan MGTT. Beliau telah diberitahu untuk melapor segera kelahiran di Klinik Kesihatan Larkin untuk lawatan rumah. 2.4 Intervensi kejururawatan MASALAH KEJURURAWATAN 1 Peningkatan kadar gula dalam darah berkaitan dengan proses penyakit. MATLAMAT Kadar gula dalam darah dapat dikawal dan berada di tahap normal INTERVENSI KEJURURAWATAN 1. Nasihatkan ibu mengambil makanan yang seimbang mengikut piramid makanan dan ambil makanan mengikut keperluan kalori ibu hamil GDM iaitu 2000 kalori sehari tetapi kurangkan makanan yang manis, berlemak dan berminyak dan galakkan ibu minum air masak 2 hingga 3 liter sehari dan elakkan pengambilan minuman manis yang berlebihan supaya kandungan gula dalam darah dapat dikawal. 2. Nasihatkan ibu amalkan cara hidup sihat. Ibu digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan dan meregangkan badan supaya tenaga dapat digunakan secara optimum dan dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah 3. Periksa BSP ibu untuk memantau kadar gula dalam darah, ibu juga digalakkan melakukan ujian ‘self monitoring blood glucose’ SMBG dirumah supaya ibu lebih berhati-hati dalam pengambilan diet seharian, disamping dapat mengawal kadar gula dalam darah. 4. Beri penerangan yang jelas kepada ibu tentang tanda-tanda hypoglycemia contonya jantung laju, menggigil, sweating, dizziness, beri juga penerangan berkaitan tanda-tanda amarah hyperglycemia contohnya, headache, blurred
  13. 13. 10 vision, dan fatigue. Nasihatkan ibu sekiranya ada tanda-tanda hypoglycemia periksa SMBG, dan ambil minuman atau makan manis segera untuk melegakan symptom. 5. Beritahu ibu tentang komplikasi GDM contohnya pre-eclampsia, hypoglycemia atau hyperglycemia, risiko berlakunya ‘microsomic baby’, ‘shoulder dystocia’ supaya ibu faham dan dapat mengawal pengambilan diet seharian disamping dapat mengurangkan kadar gula dalam darah. 6. Nasihatkan ibu mengambil ubatan seperti yang diarahkan oleh doktor contohnya Tablet Metformin 500 BD untuk mengawal kadar gula dalam darah. 7. Rekod dan lapor keabnormalan kepada doktor sebagai ‘medico legal’ dan supaya perawatan segera dapat diberikan. PENILAIAN Selepas 2 jam semasa pengambilan BSP paras gula dalam darah ibu adalah normal iaitu 5.0mmol/L MASALAH KEJURURAWATAN 2 Gangguan corak tidur berkaitan masalah yang dihadapi iaitu polyuria MATLAMAT Masalah corak tidur pesakit dapat dikurangkan dan pesakit boleh tidur lena sepanjang malam. INTERVENSI KEJURURAWATAN 1. Dengar aduan ibu dan beri penerangan yang jelas symptom polyuria adalah salah satu kesan yang belaku akibat daripada peningkatan gula dalam darah supaya ibu faham mengenai penyakit yang dialaminya. 2. Galakkan ibu ambil minuman suam sebelum tidur untuk merelekskan otot dan elakkan pengambilan minuman atau makanan berkafen kerana kafen adalah dari kumpulan diuretic yang boleh menyebabkan kerap kencing.
  14. 14. 11 3. Nasihatkan ibu mandi dan pakai pakaian bersih sebelum tidur untuk memberi keselesaan. 4. Nasihatkan ibu sediakan suasana bilik yang kondusif contohnya pencahayaan yang suram, ventilasi yang sempurna atau aromaterapi yang baik contohnya bauan lavender kerana ia adalah media relaksasi yang menenangkan, supaya ibu dapat tidur yang mencukupi. 5. Nasihatkan ibu supaya mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti berat disiang hari supaya dapat mengurangkan beban jantung dan supaya ibu dapat berehat dan mengurangkan keletihan. 6. Beri penerangan tentang komplikasi yang boleh berlaku kepada ibu sekiranya masalah ganggunan corak tidur tidak dapat diatasi contohnya, letih dan mengantuk sepanjang hari, mudah marah, sukar mengawal emosi, sukar memberi tumpuan, kerap membuat kesilapan dan berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan. Supaya ibu faham dan boleh mengelakkan daripada berlakunya masalah tersebut. 7. Lapor kepada doktor sekiranya masalah berterusan supaya perawatan seterusnya dapat diberikan. PENILAIAN: Keesokan harinya ibu memberi maklum balas bahawa beliau dapat tidur lena. MASALAH KEJURURAWATAN 3. Potensi hypoglycemia berkaitan dengan proses penyakit. MATLAMAT Pesakit tidak mengalami hypoglycemia INTERVENSI KEJURURAWATAN 1. Beri penerangan kepada pesakit berkaitan dengan tanda-tanda hypoglycemia seperti sweating, mata kabur, resah gelisah supaya pesakit dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengesan awal hypoglycemia. 2. Periksa BSP ibu untuk memantau kadar gula dalam darah dan mengesan keabnormalan
  15. 15. 12 3. Ubatan • Nasihatkan ibu mengambil ubatan mengikut waktu dan dose yang ditetapkan mengikut arahan doktor untuk mengawal kadar gula dalam darah. • Beritahu pesakit mengambil makanan ½ jam selepas pengambilan ubatan untuk elak hypoglycemia. 4. Pemakanan • Nasihatkan pesakit supaya mengambil makanan pada waktu yang ditetapkan pada setiap hari dan ambil makanan sedikit-sedikit tetapi kerap dan elak melambatkan waktu makan untuk mengawal paras gula dalam darah dan mengelakkan berlakunya hypoglycemia. • Beritahu ibu ambil snek antara waktu makan untuk elak rasa lapar seperti biskut. • Nasihatkan ibu supaya membawa gula-gula atau makanan manis ke mana- mana untuk diambil semasa hypoglycemia berlaku. 5. Nasihatkan ibu rehat antara aktiviti untuk mengurangkan penggunaan tenaga. 6. Galakkan ahli keluarga pesakit supaya bersama-sama bekerjasama terutama suami dalam pemantauan glukos dalam darah (SMBG), pemakanan,aktiviti pesakit bagi elak kejadian hypoglycemia. 7. Nasihatkan pesakit supaya patuh pada TCA akan datang yang telah ditetapkan oleh doktor untuk monitor paras glukos dalam darah. PENILAIAN Sepanjang berada di wad pesakit tidak mengalami hypoglycemia
  16. 16. 13 3.0 Kesimpulan Melalui kajian berkaitan dengan GDM ini, dapat disimpulkan bahawa sebagai seorang jururawat kebidanan kita haruslah memberikan penekanan pendidikan kesihatan berkaitan dengan GDM di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama. Penekanan berkaitan pengambilan ‘diabetic diet’, disamping itu juga klien juga diberi penekanan tentang kepentingan pemeriksaan BSP dan kepentingan pengambilan ubatan anti diabetic contohnya Tablet Metformin 500 mg BD. Galakkan klien ambil ubatan mengikut waktu yang sama bagi memberi keberkesanan ubat yang paling optimum. Jururawat kebidanan juga perlu menerangkan tanda-tanda hypoglysemic dan hyperglycemic supaya klien lebih berjaga-jaga sekiranya mengalami tanda-tanda tersebut. Klien digalakkan membeli mesin glucometer sekiranya mampu untuk memantau SMBG dirumah. Bagi kes berisiko klien diminta untuk mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin mengandung lagi dan daftarkan dibawah Pre Pregnancy Care (PPC). Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan perancang keluarga sekurang-kurangnya dua tahun. Penekanan perancang keluarga juga, perlu dberitahu setiap trimester kandungan, agar dapat memberi ruang perbincangan antara pasangan. Kesimpulannya, komplikasi GDM dapat dibendung sekiranya perawatan dan pencegahan awal serta penekanan diberikan melalui pendidikan kesihatan kepada ibu setiap kali lawatan ibu ke klinik antenatal. Kerjasama dari pelbagai pihak dalam menangani usaha pencegahan komplikasi GDM dapat dikekalkan. (3012 patah perkataan)
  17. 17. 14 4.0 Rujukan Calette Corcoran, & Tibb F. Jacobs. (2022). Metformin. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing. Retrieved from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK518983/ Cecilia Diceglie , Gaia Maria Anelli, Cristina Martelli, Anais Serati, Alessia Lo Dico, Fabrizia Lisso, . . . Chiara Mandò. (2021). Placental Antioxidant Defenses and Autophagy-Related Genes. MDPI Jurnal. Retrieved from https://www.mdpi.com/2072-6643/13/4/1303 Clinical Practice Guidelines Management Of Diabetes In Pregnancy. (2017). Malaysia: Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS) Medical Development Division, Ministry of Health Malaysia. Dr. Feisul Idzwan Mustapha. (23 Ogos, 2019). Diabetes Semasa Hamil. Retrieved from Portal My Health: http://www.myhealth.gov.my/diabetes-semasa-hamil/ Jayne Marshall, & Maureen Raynor. (2020). Myles Textbook For Midwives (Seventeenth Edition ed.). United Kingdom: Elsevier Edinburgh London New York Oxford Philadelphia St louis Sedney. Linda M Biesty, Aoife M Egan, Fidelma Dunne, Eugene Dempsey, Pauline Meskell, Valerie Smith, . . . Declan Devane. (2018). Planned birth at or near term for improving health outcomes for pregnant women with gestational diabetes and their infants. Cochrane Library Journal : John Wiley & Sons, Ltd Publisher. Retrieved from https://www.cochranelibrary.com/ cdsr/doi/10.1002/14651858.CD012910/information/ms#versionTable Mohammad Jefrizain bin Mokhtar. (21 Jun, 2016). Portal Myhealth. Retrieved from Portal Myhealth: http://www.myhealth.gov.my/ujian-hba1c/ Protokol Pengendalian Kes Ibu Hamil Berisiko Di Klinik Kesihantan Negeri Johor (Edisi Kedua ed.). (2021). Johor Malaysia: Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
  18. 18. 15 Sabaratnam Arulkumaran, V Sivanesaratnam, Alokendu Chatterjee, & Pratap Kumar. (2017). Essential Of Obstetrics (3rd Edition ed.). New Delhi: Jaypee Brothers Medical Publishers (P) Ltd. World Health Organization (WHO). (2022). Retrieved from Diabetes: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diabetes
  19. 19. ii 5.0 Lampiran 5.0.1 Carta aliran saringan diabetes semasa hamil
  20. 20. iii 5.0.2 Carta aliran pemeriksaan GM semasa intrapartum
  21. 21. iv 5.0.3 Carta aliran pemberian ubatan insulin semasa labour aktif

×