SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 56
Descargar para leer sin conexión
TEMA 7 : SUMBER                         ( PMR )                                                         ~ DHEA CT ~
BAB 6                     SUMBER-SUMBER UTAMA




                                                     SUMBER-SUMBER
                                                         UTAMA



             Sumber Semulajadi                    Sumber Manusia           Sumber Budaya             Jenis-Jenis Sumber
                                                                                                       Utama Negara
                                                   ~Kualiti dan kuantiti   ~Sumber modal
                                                   penduduk
    Sumber boleh              Sumber tidak                                 ~ Contoh : wang,
    diperbaharui                 boleh                                                           Sumber mineral
                                                   ~Tenaga mahir,          jurutera, kenderaan
                              diperbaharui
  ~ Sumber yang boleh                              separuh mahir dan       dan alat
  digunakan secara           ~Sumber yang akan     tidak mahir.            perhubungan.           Sumber hutan
  berterusan dan tidak       kehabisan jika
  akan habis.                digunakan secara
  ~Contoh : air, udara,      berterusan.
  tanah                      ~Contoh : arang                                                        Sumber air
                             batu, petroleum,
                             kuprum


                                                                                                      Sumber tanih


                                                                                                         Sumber tenaga
                                                                                                         suria
6.1         OBJEKTIF


Di akhir sesi pembelajaran anda akan dapat

       Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.
       Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria.
       Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.




6.2         SUMBER


                                                                                    Sumber yang
                                                                                       boleh
                                                                                    diperbaharui
                                                                 Sumber
                                                                semulajadi
                                                                                    Sumber yang
                                                                                     tidak boleh
                                                                                    diperbaharui

                                        Sumber                                     Tenaga pekerja
                                                             Sumber Manusia
                                                                                      manusia


                                                              Sumber Budaya        Sumber modal
Sumber ialah bahan atau sesuatu yang digunakan untuk keperluan manusia.
      Sumber boleh dikategorikan sebagai
         a) Sumber semulajadi.
         b) Sumber manusia.
         c) Sumber budaya.
      Sumber semulajadi ialah sumber yang diperolehi daripada alam sekitar. Contohnya ialah air, tanih, udara, mineral, tenaga suria, hutan
      dan haiwan.
      Sumber manusia merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan penduduk manakala
      kualiti penduduk pula merujuk kepada penduduk yang berpelajaran, berkemahiran dan dapat menggunakan sumber dengan bijaksana.
      Sumber manusia juga dibahagikan kepada sumber tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir.
      Sumber budaya pula ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan kegunaan penduduk. Sumber budaya juga
      adalah hasil ciptaan manusia itu sendiri bagi meninggkatkan lagi kualiti kehidupan mereka. Contoh ialah wang, kenderaan, teknologi dan
      sebagainya.



6.3      JENIS-JENIS SUMBER SEMULAJADI


                                                           Sumber yang              Hutan
                                                                                                   Suria
                                                              boleh
                                                           diperbaharui                             Air
                                                                                     Tanih
                    Sumber
                   Semulajadi                                                         Petroleum
                                                                                                           Gas asli
                                                            Sumber yang
                                                             tidak boleh
                                                            diperbaharui             Pasir dan              Batu
                                                                                      kaolin               granit
Sumber semulajadi boleh dibahagikan kepada dua iaitu
          a) Sumber boleh diperbaharui.
          b) Sumber tidak boleh diperbaharui.
      Sumber boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. Contoh ialah udara, air,
      tanih dan tenaga suria.
      Sumber tidak boleh diperbaharui pula ialah sumber yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan dan tidak berhemah.
      Contohnya ialah petroleum, arang batu, bijih timah, bijih besi, kuprum dan gas asli.



6.4     JENIS-JENIS SUMBER UTAMA


                                                                        Sumber
                                                                        mineral
                                                                                 Sumber
                                                                                  hutan
                             Jenis-jenis sumber
                                    utama                                             Sumber air

                                                                                                  Sumber
                                                                                                   tanih
                                                                                                          Sumber
                                                                                                        tenaga suria
6.4.1   Sumber mineral

        Mineral ialah bahan galian yang dikeluarkan daripada kerak bumi dan telah wujud selama berjuta tahun yang lampau.
        Sumber mineral merupakan sumber semulajadi dan tidak boleh diperbaharui. Apabila simpanan sumber mineral kehabisan maka
        manusia terpaksa mencari alternatif lain bagi menggantikan peranan sumber mineral tersebut.
        Sumber mineral terdiri daripada dua iaitu
             a) Sumber mineral logam
             b) Sumber mineral bukan logam
        Mineral logam terdiri daripada mineral yang boleh dileburkan dan diguna semula (kitar semula). Contoh mineral logam ialah bijih timah,
        bijih besi dan kuprum.
        Mineral bukan logam terdiri daripada mineral yang tidak boleh dikitar semula seperti petroleum, arang batu, gas asli dan batu permata.


                                Jenis Mineral                                    Kegunaan

                            Petroleum dan gas asli       Bahan bakar dan bahan mentah untuk industri
                                                         petrokimia.

                                  Arang batu             Bahan bakar.

                                  Bijih timah            Menyadur tin, piuter dan pateri.

                                   Bijih besi            Pembinaan

                             Bauksit (aluminium)         Membuat alatan kenderaan dan tin minuman.

                                 Batu permata            Bahan perhiasan.

                              Kuprum (tembaga)           Barangan elektrik dan wayar elektrik.

                                     Pasir               Bahan untuk binaan dan membuat kaca.
Batu granit          Membuat jalan raya dan bangunan.

                                Batu kapur           Membuat simen.

                            Kaolin (tanah liat)      Membuat batu-bata, pasu dan tembikar.

                                  Emas               Perhiasan.




6.4.2   Sumber hutan

        Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
        Hutan menjadi habitat pelbagai hidupan seperti flora dan fauna. Hutan membekalkan sumber kayu keras dan kayu lembut kepada
        negara yang mempunyai pelbagai kegunaan.
        Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara kita.
        Hutan hujan tropikal membekalkan kayu keras seperti meranti, cengal, balau,keruing dan kapur.
Sumber hutan



                                           Tumbuh-
                                          tumbuhan                                                       Haiwan




                     Kayu bakau
                                                                Kayu keras
                  diperoses menjadi
                                                             digunakan untuk
                  arang dan cerucuk
                                                            pembinaan.Haiwan
                       rumah.

                                                                                        Mamalia             Rertilia            Unggas


                     Pokok ru digunakan                      Rotan digunakan
                      untuk membuat                          untuk membuat
                          perahu.                                perabot.




6.4.3   Sumber air

        Air ialah sumber yang boleh diperbaharui.
        Negara kita mempunyai sumber air yang banyak kerana menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu 2000 mm.
        Sumber air di negara kita ialah sungai, tasik dan paya air tawar.
        Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, mengairi kawasan pertanian dan digunakan untuk menjana hidroelektrik. Contoh :
a) Sungai Perak : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh).
            b) Sungai Terengganu : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Tasik Kenyir).
        Terdapat tasik semulajadi dan tasik buatan yang digunakan untuk membekalkan air domestik kepada penduduk setempat.




                                                                   Sumber Air




                                           Paya                     Sungai                      Tasik




                                                                 Sungai penting           Sungai diempang
                                      Paya merupakan            untuk kegunaan           menjadi tasik untuk
                                     sumber air tawar.             harian dan             menjana tenaga
                                                                   domestik.                hidroelektrik.




6.4.4   Sumber tanih

        Tanih merupakan sumber yang boleh diperbaharui.
        Tanih terbentuk daripada proses luluhawa. Luluhawa ialah proses penguraian batuan (proses geomorfologi)
        Tanih terdiri daripada bahan organan dan bahan bukan organan.
        Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. Bahan organan
        mereput dan mengurai menjadi humus yang sesuai untuk sector pertanian.
        Bahan bukan organan ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa.
Jenis tanih                                 Kegunaan

                                        Aluvium                Penanaman sawah padi.

                                         Laterit               Penanaman getah dan kelapa sawit.

                                          Beris                Penanaman tembakau.

                                        Gambut                 Penanaman nanas.

                                          Pasir                Penanaman kelapa.

                                           Liat                Pembuatan batu-batan.

                                         Kaolin                Pembuatan tembikar



6.4.5   Sumber tenaga suria

        Tenaga suria atau tenaga solar dihasilkan daripada cahaya matahari dan merupakan tenaga yang boleh diperbaharui.
        Negara kita berpotensi menghasilkan tenaga suria kerana mendapat pancaran matahari selama 6 jam setiap hari.
        Di negara kita, tenaga suria banyak digunakan di Teluk Apan (Pulau Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang) dan Gua Mulu (Sarawak).
        Antara kegunaan tenaga suria ialah
            a) Membekalkan cahaya dan haba kepada isi alam.
            b) Tenaga untuk meter meletak kenderaan.
            c) Tenaga untuk mesin pengira
            d) Inovasi penggunaan tenaga suria yang lain.
6.5   INFO TAMBAHAN

      BIL        KONSEP/ ISTILAH                                     HURAIAN

       1    Bahan organan                    Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan
                                             terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan.

       2    Bahan bukan organan              Bahan bukan organ ialah ialah batuan yang terurai melalui
                                             proses luluhawa.

       3    Proses luluhawa                  Proses luluhawa ialah proses penguraian batuan.

       4    Sumber                           Sumber ialah sebarang punca atau bahan yang boleh
                                             digunakan dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan
                                             manusia.

       5    Sumber semulajadi                Sumber semulajadi ialah bahan yang diperoleh daripada alam
                                             sekitar.

       6    Sumber manusia                   Sumber manusia ialah sumber yang merujuk kepada kuantiti
                                             dan kualiti penduduk.

       7    Sumber budaya                    Sumber budaya ialah barangan modal yang digunakan untuk
                                             memenuhi keperluan penduduk.

       8    Sumber yang boleh diperbaharui   Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh
                                             digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan.

       9    Sumber yang tidak boleh          Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang
            diperbaharui                     akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan.
BIL               FAKTA                                 HURAIAN

 1    Mineral logam            Mineral yang boleh dileburkan dan dikitar semula.

 2    Mineral bukan logam      Mineral yang tidak boleh dikitar semula, akan susut jika
                               digunakan secara berterusan, kebanyakkan mineral digunakan
                               dalam sumber tenaga fosil.

 3    Petroleum dan gas asli   Bahan api fosil yang terbentuk berjuta tahun dulu, terbentuk
                               serentak, terbentuk daripada tekanan dan haba yang tinggi
                               bawah tanah, bahagian atas petroleum terbentuk gas asli.




BIL             KLASIFIKASI                             HURAIAN

 1    Sumber                       Sumber semulajadi
                                   Sumber manusia
                                   Sumber budaya

 2    Sumber semulajadi            Sumber yang boleh diperbaharui
                                   Sumber yang tidak boleh diperbaharui

 3    Mineral                      Mineral logam
                                   Mineral bukan logam
BIL             KRITERIA                           HURAIAN

 1    Hutan hijau tropikal   -Tumbuh di kawasan iklim Kahatulistiwa
                             -Tumbuh secara malah hijau.
                             -Mempunyai banyak tumbuhan keras dan haiwan (ekosistem
                             semulajadi)
BAB 7 TABURAN PELBAGAI SUMBER



                                            TABURAN PELBAGAI SUMBER


                                                                                 Sumber Tenaga di
         Sumber Mineral              Sumber Hutan           Sumber Tenaga
                                                                                   Negara Lain
            Petroleum dan Gas asli
             *Perairan Terengganu      Hutan Hujan                                 Tenaga Suria di
                                                           Kuasa Hidroelektrik
               *Perairan Sabah
              *Perairan Sarawak
                                         Tropika                                       Jepun

              Kaolin (tanah liat)
                                                           Petroleum dan Gas      Tenaga Ombak di
                *Bidor, Perak          Hutan Pantai
                *Tapah, Perak                                     Asli                Perancis

                 Bauksit              Hutan Paya Air                             Tenaga Pasang Surut
                                                                  Suria
         *Teluk Ramunia, Johor            Tawar                                       di China

                   Emas               Hutan Paya Air                               Tenaga Angin di
                                          Masin                Arang Batu
           *Penjom, Pahang                                                            Belanda
                                              *
          *Rusila, Terengganu
                                        Hutan Gunung                              Tenaga Biomas di
                                                                Nuklear
                 Batu Kapur
                 *Batu Caves
                                     *Pendalaman Sabah,                                India
                                     Sarawak, Pahang dan
               *Pulau Langkawi
                                           Perak
                                                                                 Tenaga Geoterma di
                                                                Biomas
                 Bijih Timah
                   *Perak
                                                                                      Iceland
                  *Selangor



                 Arang Batu
               *Kapit, Sarawak
              *Silantek, Sarawak




                Tembaga
            *Mamut, Sabah
7.1           OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

       Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan bukan logam.
       Menamakan jenis dan kawasan mineral di negara Malaysia.
       Menandakan dan menamakan taburan mineral di atas negara Malaysia.
       Menyenaraikan sumber hutan di Malaysia.
       Menamakan jenis dan kawasan hutan di Malaysia.
       Menandakan dan menamakan taburan hutan di atas peta negara Malaysia.
       Menyenaraikan sumber tenaga dan taburan di Malaysia.
       Menamakan sumber tenaga dan taburannya di Malaysia.
       Menanda dan menamakan taburan sumber tenaga di Malaysia.
       Menghuraikan penggunaan sumber tenaga di Malaysia.
       Membuat kesimpulan tentang penggunaan sumber tenaga negara Malaysia pada masa depan seperti kemajuaan teknologi dan
         kitar semula.
       Menyenaraikan jenis-jenis sumber tenaga negara lain.
       Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara lain.
7.2       SUMBER MINERAL


                                                                Sumber
                                                                Mineral
                                                                          Bukan
                                                            Logam
                                                                          Logam

                                                               Emas       Petroleum


                                                            Bijih Timah    Gas Asli


                                                             Tembaga      Arang Batu


                                                              Bauksit


                                                             Bijih Besi




      Sumber mineral diperolehi dengan cara melombong daripada tanah.
      Sumber mineral boleh dibahagiak kepada mineral logam dan bukan logam.
      Jenis logam yang dilombong di negara kita ialah bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit dan emas.
      Jenis bukan logam yang dilombong di negara kita ialah petroleum, gas asli dan arang batu.
      Mineral utama yang dilombong di negara kita ialah petroleum.
7.2.1   Perlombongan petroleum

        Petroleum ialah bahan api api fosil utama negara.
        Kawasan perlombongan petroleum ialah di luar pantai Terengganu, luar pantai Sarawak dan luar pantai Sabah.
        Semua telaga petroleum di negara kita terletak diluar pantai. Pelantar minyak didirikan di perairan untuk melombong
        petroleum.
        PETRONAS dengan kerjasama syarikat luar negara seperti Shell dan Caltex melombong dan menguruskan petroleum negara.
        Petroleum di negara kita adalah bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah. Oleh sebab itu, petroleum negara
        kita di eksport ke negara Arab Saudi, Kuwait dan Iran dengan harga yang tinggi.
        Pusat penapis petroleum negara kita terletak di Miri, Lutong dan Kerteh.
        Kaedah penyulingan berperingkat digunakan untuk mendapatkan gas, petrol, kerosin (minyak pesawat), diesel, minyak
        pelincir dan bitumen (tar).
        Kegunaan petroleum ialah
           a) Bahan api untuk kenderaan.
           b) Bahan api untuk stesen menjana kuasa elektrik terma.
           c) Digunakan untuk industri petrokimia.
           d) Menghasilkan minyak pelincir untuk jentera dan tar menurap jalan.
7.2.2   Gas asli

        Gas asli merupakan mineral jenis bukan logam yang penting di negara kita.
        Gas asli dilombong di luar pantai Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak.
        Gas asli yang dilombong disalurkan melalui salur paip ke pencairan gas asli.
        Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu.
        Gas asli di eksport ke Jepun melalui pelabuhan Bintulu.
        Kegunaan gas asli ialah
           a) Bahan api untuk memasak.
           b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu.
           c) Bahan api untuk kenderaan.
           d) Digunakan untuk industri petrokimia.
           e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.
7.2.3   Bijih timah

        Bijih timah merupakan mineral yang tidak berkarat.
        Perlombongan bijih timah di negara kita memainkan peranan penting dalam era 60-an dulu.
        Jumlah pengeluaran bijih timah negara telah merosot kerana kekurangan sumber, harga yang tidak stabil, kos pengeluaran
        yang meningkat, persaingan daripada bahan ganti seperti plastik, aluminium dan kaca serta persaiangan daripada negara
        pengeluar bijih timah yang lain.
        Terdapat beberapa bandar yang berkembang ekoran daripada perlombangan bijih timah ini iaitu Kuala Lumpur, Seremban,
        Ipoh dan Taiping.
        Kawasan pengeluaran bijih timah negara ialah
           a) Lembah Kinta, Perak
           b) Lembah Klang dan Kuala Langat, Selangor
           c) Jemaluang, Johor
           d) Sungai Lembing, Pahang (telah ditutup).
        Bijih timah dilombong dengan pelbagai kaedah iaitu dengan menggunakan kapal korek, pam kelikir, lombong syif, lombong
        dedah dan mendulang.
        Kegunaan bijih timah ialah
           a) Menyadur tin.
           b) Membuat puiter (bijih timah dicampur dengan plumbum).
           c) Pateri.
           d) Membuat gangsa (bijih timah dicampur dengan kuprum).
7.2.4   Mineral Lain

           Jenis Mineral                        Taburan                                             Kegunaan


         Bauksit            Teluk   Ramunia     dan    Seri    Medan    (Johor), Membuat aluminium
                            Semantan (Sarawak)
         Bijih besi         Kota Tinggi dan Batu Pahat (Johor), Bukit Besi Bahan binaan bangunan, jambatan, landasan
                            (Terengganu), Temangan (Kelantan), Tambun kereta api dan kenderaan.
                            (Perak) dan Yan (Kedah).


         Tembaga (kuprum)   Mamut, Sabah.                                       Barangan elektrik, wayar dan pancalogam seperti
                                                                                gangsa.


         Arang batu         Silimpopon      (Sabah),      Merit-Pila,   Mukah, Bahan api untuk melebur bijih besi dan menjana
                            Balingian    dan   Silantek    (Sarawak),   Enggor elektrik di Klang.
                            (Perak) dan Batu Arang (Selangor).


         Emas               Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu), Kuala Lipis Barang perhiasan.
                            dan Raub (Pahang), Mersing (Johor), Lahad datu
                            dan Semporna (Sabah).
         Batu kapur         Tasek (Perak), Jelai (Negeri Sembilan), sekitar Membuat simen.
                            Batu Caves (Selangor).
Fosfat                Gua Niah (Sarawak)                             Fosfat   dari tahi kelawar digunakan untuk
                                                                           membuat baja.


      Kaolin (tanah liat)   Bidor dan Tapah (Perak), Air Hitam (Johor).    Batu-bata, barangan tembikar.


      Batu mamar            Pulau Langkawi dan Baling (Kedah)              Bahan binaan dan jubin.




7.3      Sumber Hutan



                                                   Sumber Hutan

                        Hutan  Hutan    Hutan
                        Hujan Paya Air Paya Air                           Hutan           Hutan
                       Tropika Masin                                      Pantai         Gunung
                                        Tawar
7.3.1   Hutan hujan tropika

        Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara.
        Tumbuh subur di kawasan tanih aluvium dan tanih laterit.
        Tumbuh dikawasan kurang daripada 1000 m tinggi.
        Terdapat pokok kayu keras seperti cengal, balau, keruing, meranti dan kapur.
        Terdapat rotan dan buluh untuk di buat perabot.
        Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah gajah, harimau, seladang, tapir,kera dan orang hutan.
        Terdapat empat lapisan iaitu lapisan emergen (renjung), lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan).
        Pokok-pokok tumbuh rapat dan malar hijau.
Hutan ini terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Crocker,
        Banjaran Iran dan Taman Negara.



7.3.2   Hutan paya air masin

        Hutan paya air masin tumbuh di kawasan lumpur di pinggir pantai.
        Antara kawasan hutan ini ialah di pantai negeri Perak dan Selangor, pantai barat daya Johor, pantai utara Sabah, muara Sungai
        Sungut dan muara Sungai Labuk.
        Jenis tumbuhan yang terdapat dihutan ini ialah pokok bakau, nipah, bakau kurap, bakau minyak, nibung dan gelam.
        Kayu bakau digunakan untuk membuat arang kayu, membina kelong, cerucuk bangunan dan kayu api.
        Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah kera, keluang, ular, ikan, ketam, kerang dan udang.
7.3.3   Hutan paya air tawar

        Hutan paya air tawar terdapat di pendalaman dan mempunyai saliran yang buruk.
        Hutan paya air tawar tumbuh di kawasan tanah gambut.
        Antara kawasan hutan paya air tawar ialah Tasik Bera, sekitar Tasik Chini dan bahagian hilir Sungai Baram.
        Jenis pokok yang terdapat di kawasan ini ialah palma, nipah, mengkuang, keladi air dan ramin.
        Haiwan yang terdapat di kawasan ini ialah ular, biawak, ikan, burung dan kera.
        Nipah digunakan untuk membuat atap rumah. Mengkuang digunakan untuk mengayam tikar dan bakul.




7.3.4   Hutan pantai

        Hutan pantai tumbuh di kawasan berpasir.
        Kawasan yang ditumbuhi kawasan hutan ini ialah pantai Terengganu, Desaru (Johor), Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pulau
        Sipadan, Pantai Tanjung Rhu, Cherating, Pulau Talang-talang (Sarawak).
        Jenis pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok ru, kelapa, mengkuang laut dan pokok tapak kuda.
        Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah burung, ular, kera dan biawak.
        Pokok ru digunakan nelayan untuk membuat perahu.




7.3.5   Hutan Gunung

        Hutan gunung tumbuh di kawasan melebihi 1 000 m dari aras laut.
        Hutan gunung terdapat di Banjaran Titiwangsa, Gunung Tahan, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu.
Jenis tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian.


                         Ketinggian ( m )                        Jenis tumbuhan


                          1 200 – 1 800         Pokok oak, berangan, paku-pakis dan orkid.


                          1 800 – 2 900         Pokok pain, sprus dan periuk kera.


                          2 900 – 3 500         Rumput aips dan pokok renek.


                          Melebihi 3 500        Tumbuhan alps, kulampair dan lumut.




7.4               SUMBER TENAGA DI NEGARA MALAYSIA




                                                Sumber Tenaga di Malaysia

                                         Kuasa
      Petroleum        Gas Asli                        Elektrik Terma     Arang Batu     Biomas/Biojisim   Tenaga Nuklear   Tenaga Suria
                                      Hidroelektrik
7.4.1   Petroleum

        Petroleum merupakan tenaga api fosil yang penting di negara kita.
        Petroleum di lombong di
           a) Luar pantai Terengganu (Dulang, Tiong, Bekok, Pulai)
           b) Luar pantai Sabah (St. Joseph, Erb West, Tembungo, Semarang)
           c) Luar pantai Sarawak (Baram, Tukau, Temana, Betty).
        Petroleum di negara kita bermutu tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah.
        Pusat penapisan petroleum terdapat di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu Lutong dan Miri.
        Penggunaan petroleum mencemarkan alam sekitar.            Petroleum tanpa plumbum diperkenalkan untul mengurangkan
        pencemaran alam sekitar.
        Kegunaan petroleum ialah :
           a) Bahan api untuk kenderaan.
           b) Bahan api untuk menjana terma elektrik.
           c) Bahan mentah untuk industry petrokimia.
           d) Kerosin untuk pesawat, minyak diesel untuk kenderaan, minyak pelincir untuk jentera dan kenderaan, bitumen dan tar
               untuk menurap jalan raya.




7.4.2   Gas asli

        Gas asli merupakan bahan api fosil yang penting bagi negara kita.
        Gas asli di lombong di
           a) Luar pantai Terengganu (Pilong, Jernih, Bujang)
b) Luar pantai Sabah (Kinarut, Glayer)
           c) Luar pantai Sarawak (Laila, Beryl, E11, M1, F6)
        Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli yang di lombong disalurkan melalui paip didasar laut ke
        pusat-pusat pencairan gas asli.
        Kegunaan gas asli ialah
           a) Bahan api untuk memasak.
           b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu.
           c) Bahan api untuk kenderaan.
           d) Digunakan untuk industry petrokimia.
           e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.




7.4.3   Kuasa hidroelektrik dan elektrik terma (haba)

        Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.              Tenaga hidroelektrik diperolehi dengan
        menggunakan tenaga air yang mengalir.
        Tenaga hidroelektrik merupakan tenaga yang penting dan digunakan secara meluas di Malaysia.
        Terdapat banyak empangan hidroelektrik di negara kita iaitu:
           a) Empangan Temenggor
           b) Empangan Chenderoh
           c) Empangan Kenyir
           d) Empangan Pelagus
Negara kita mempunyai potensi untuk menjana tenaga hidroelektrik kerana mempunyai aliran air yang deras dan isipadu
        sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun kerana menerima hujan sepanjang tahun.
        Antara kelebihan menggunakan kuasa hidroelektrik ialah tidak mencemarkan alam sekitar, mudah digunakan dan dapat di
        hantar dengan cepat.
        Kegunaan tenaga hidroelektrik ialah;
           a) Kegunaan domestik (memasak dan menerangi rumah).
           b) Tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik.
           c) Bekalan tenaga elektrik untuk kilang-kilang.
           d) Tenaga untuk pengangkutan seperti lampu isyarat dan rel ringan (komuter dan LRT).
        Tenaga elektrik terma dihasilkan dengan menggunakan sumber tenaga seperti gas asli dan arang batu.
        Antara stesen menjana elektrik terma ialah di Paka (Terengganu), Klang (Selangor) dan Prai (Pulau Pinang).
        Penggunaan tenaga elektrik terma mencemarkan alam sekitar.




7.4.4   Arang batu

        Arang batu merupakan bahan tenaga api fosil yang dilombong di Batu Arang (Selangor), Merit-Pila dan Mukah-Balingian
        (Sarawak), Enggor (Perak) dan Silimpopon (Sabah).
        Kegunaan arang batu :
           a) Bahan api untuk menghasilkan elektrik terma. Contoh di logi Connaught, Klang.
           b) Bahan api untuk melebur bijih besi.
        Penggunaan arang batu sebagai bahan api mencemarkan alam sekitar.
7.4.5   Tenaga nuklear

        Penggunaan tenaga nuklear di negara kita adalah di tahap yang rendah. Tenaga nuclear digunakan secara kecil-kecilan dalam
        bidang perubatan dan sector perindustrian.
        Tenaga nuklear dihasilkan dengan mengunakan bahan aktif seperti uranium dan plutonium.
        Tenaga nuklear belum dimajukan di negara kita kerana memerlukan kos yang tinggi, memerlukan teknologi yang tinggi dan
        tenaga pakar yang mahir dan bahan nuklear sangat berbahaya.




7.4.6   Tenaga suria/solar

        Tenaga suria merupakan tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari.
        Alat photovoltaic digunakan untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik.
        Negara kita berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana suhu tinggi sepanjang tahun dan menerima cahaya matahari
        melebihi enam jam sehari.
        Di negara kita tenaga suria digunakan untuk
           a) Memanaskan air di rumah.
           b) Tenaga untuk perhubungan telefon.
           c) Mesin kira.
           d) Mengeringkan hasil pertanian.
        Sumber tenaga suria digunakan di Teluk Apan (Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang), dan Gua Mulu (Sarawak).
7.4.7   Tenaga biomas/biojisim

        Tenaga biomas dan biojisim dihasilkan melalui sisa pertanian dan hasil bungan haiwan.
        Contoh sisa pertania ialah hampas kelapa sawit, sabut kelapa dan sekam padi. Contoh bahan buangan haiwan ialah najis
        lembu dan najis ayam.
        Pereputan sisa pertanian menghasilkan gas mentana dan etana. Gas mentana digunakan sebagai bahan api domestik.
        Kayu api merupakan sumber tenaga biojisim yang digunakan dalam industry membuat batu-bata dan mambuat batik di
        Kelantan.




7.5        SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN




                                                       Sumber Tenaga di Negara
                                                                Lain


                                                                                                    Tenaga                 Tenaga
 Tenaga suria di          Tenaga ombak           Tenaga pasang           Tenaga angin di
                                                                                                biomas/biojisim          geoterma di
     Jepun                  di Perancis          surut di China             Belanda
                                                                                                    di India               Iceland
7.5.1   Tenaga suria di Jepun

        Tenaga suria di Jepun digunakan untuk kegunaan domestik dan digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik.
        Alat photovoltaic digunakan untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan dipasang pada bumbung rumah.
        Penghasilan tenaga suria memerlukan teknologi tinggi dan menelan perbelanjaan yang banyak.
        Kegunaan tenaga suria di Jepun
           a) Tenaga untuk stesen pemancar televisyen dan radio pendalaman
           b) Petempatan di pendalaman yang menggunakan tenaga suria.
           c) Kenderaan di padang golf.
           d) Alat komunikasi, papan tanda di jalan raya dan rumah api.




                                          Alat photovoltaic di atas bumbung rumah di Jepun.
7.5.2   Tenaga ombak di Perancis

        Perancis merupakan negara pertama yang mengembangkan tenaga ombak di dunia. Empangan pertama yang menjana tenaga
        ombak telah dibina di Sungai Rance, St. Molo.
        Tenaga ombak dihasilkan dengan menggunakan kaedah sakuran ters, pelampung, kolan berayun dan turbin air bawah air.
        Kaedah pelampung ialah kaedah dimana pelampung diletakkan di paras laut mengerakkan pam hidraulik yang dihubungkan
        dengan turbin.
        Kolam berayun ialah kaedah di mana ombak memasuki saluran tegak dan air akan turun ke bawah apabila ombak mengundur.
        Air turun ke bawah dalam saluran akan memusingkan turbin.
        Kaedah turbin bawah air ialah kaedah dimana turbin akan berputar apabila ombak berdampar dan berundur. Kaedah ini sama
        dengan kaedah kinci air.




                                                Turbin untuk menghasilkan ombak.
7.5.3 Tenaga pasang surut di China

        Negara China mempunyai arus pasang surut yang deras sesuai untuk memperoses tenaga pasang surut.
        Stesen pasan surut yang terdapat di China terletak di Jiangxia, Baishakou dab Wenzhou.
        Stesen Wenzhou merupakan stesen pasang surut yang terbesar di Asia.
        Tenaga pasang surut dihasilkan melalui dua kaedah iaitu kaedah empangan dan kaedah arus pasang surut.
        Kaedah empangan ialah cara di mana pintu empanagn dibuka semasa air pasang dan air laut akan terperangkap dalam
        empangan. Apabila air surut, air dalam empangan akan dilepaskan untuk mengerakkan turbin.
        Kaedah pasang surut diletakkan di kawasan yang mempunyai arus yang kuat bagi mengerakkan turbin.




7.5.4   Tenaga angin di Belanda

        Kincir angin digunakan untuk menghasilkan tenaga angin. Di Belanda, kincir angin dipasang di tepi pantai dan di tengah laut
        di mana terdapat tiupan angin kencang.
        Pada peringkat awal, penggunaan kincir angin di Belanda digunakan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengisar jisim.
        Tapi kini kincir angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
Kincir angin di Belanda



7.5.5   Tenaga biomas/biojisim di India

        India merupakan negara yang menggunakan tenaga biomas.
        Di India, bahan mentah untuk menjana tenaga biomas diperoleh daripada sisa pertanian, sisa peternakan dan habuk kayu
        gergaji.
        Tenaga biomas digunakan secara meluas di Bandar Chennai, New Delhi dan Mumbai.
        Pereputan sisa pertanian dan sisa haiwan menghasilkan gas metana dan etana.
        Gas metana dan etana digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan domestik dan perindustrian.
7.5.6   Tenaga geoterma di Iceland

        Iceland merupakan negara beriklim sejuk dan tundra.
        Tenaga geoterma digunakan secara meluas di negara ini.
        Tenaga geoterma dihasilkan melalui pancutan wap air panad (geiser). Iceland berpotensi menghasilkan tenaga geoterma
        kerana terdapat banyak geiser di kawasan gunung berapi aktif.
        Di Iceland, kawasan kolam geoterma bersuhu kurang daripada 150° C digunakan untuk memanaskan rumah, membasuh dan
        memasak.
        Kolam geoterma yang melebihi suhu 200 °C digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
        Logi geoterma terdapat di sekitar Iceland iaitu Reykjavik.




                                           Logi tenaga geoterma dan geiser (pacutan air panas).
7.6         INFO TAMBAHAN


      BIL        KONSEP/ ISTILAH                            HURAIAN

       1    Tenaga nuklear         Tenaga nuklear ialah tenaga yang dihasilkan dengan
                                   menggunakan bahan aktif.

       2    Tenaga suria           Tenaga suria ialah tenaga yang dihasilkan daripada sinaran
                                   matahari.

       3    Tenaga biomas          Tenaga biomas ialah tenaga yang terhasil daripada proses
                                   pereputan tumbuhan dan haiwan.



      BIL                 FAKTA                             HURAIAN

       1    Bijih timah            -Bahan tidak berkarat.
                                   -Bahan mineral yang tidak boleh diperbaharui.



      BIL           KLASIFIKASI                             HURAIAN

       1    Sumber mineral         -Petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi, kuprum, emas,
                                   bauksit, arang batu, batu kapur, kaolin dan batu mamar.
BIL             KRITERIA                            HURAIAN

 1    Hutan hijau tropika    -Tumbuh di kawasan kurang daripada 1000 m tinggi.
                             -Tumbuh di kawasan tanah aluvium dan laterit.
                             -Tumbuh rapat dan malar hijau.

 2    Hutan paya air masin   -Tumbuh di kawasan lumpur dan bersaliran buruk

 3    Hutan paya air tawar   -Tumbuh di kawasan gambut.

 4    Hutan pantai           -Tumbuh di kawasan berpasir.

 5    Hutan gunung           -Tumbuh mengikut ketinggian.
                             -Tumbuh pada ketinggian 1200 -3500 m lebih.
BAB 8   KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER



                        Bahan mentah untuk       Getah, minyak sawit dan
                           perindustrian               banyak lagi



                                                   Sektor pelombongan,
                        Mewujudkan peluang
                                                  pertanian, pembalakan
                            pekerjaan
                                                     dan pembuatan

    Kepentingan
      Pelbagai             Menambahkan
                         pendapatan negara
                                                     Eksport dan cukai
      Sumber
                                                 Jengka dab Muazam Syah
                        Pembukaan kawasan        (hasil pertanian) dan Miri,
                              baru                   Lutong dan Kerteh
                                                   (penapisan petroleum)


                                                        Kemudahan
                          Mengembanagkan              pengangkutan,
                        kemudaha infrastruktur    perhubungan, bekalan air
                                                         da elektrik
8.1           OBJEKTIF


      Di akhir unit ini, anda akan dapat :

          Menyenaraikan kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.
          Menjelaskan dengan contoh kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.
          Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber kepada pembangunan negara Malaysia.




8.2           BAHAN MENTAH UNTUK PERINDUSTRIAN


             Sumber semulajadi banyak dijadikan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian.
             Kayu hutan hijau tropika seperti meranti, balau, keruing dan cengal digunakan sebagi industri perabot.
             Buluh dan rotan digunakan untuk membuat kraftangan dan perabot.
             Pokok bakau digunakan untuk mebuat cerucuk dan kayu api.
             Pokok ru digunakan untuk membuat perahu.
             Mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
             Batang nibung digunakan untuk membuat rumah dan kelong.
             Petroleum dan gas asli digunakan dalam industri petrokimia.
             Gas asli dan fosfat digunakan dalam industri baja urea di Bintulu.
             Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, petai dan pokok setawar digunakan dalam
             industri perubatan.
Sumber air digunakan untuk menjada kuasa hidroelektrik dan mengairi kawasan pertanian.




8.3       PELUANG PEKERJAAN


      Penerokaan sumber semulajadi akan mewujugkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perlombongan, perikanan
      dan perhutanan.
      Pada tahun 2004, seramai 1.4 juta orang penduduk negara kita terlibat dalam sektor pertanian dan perhutanan dan 41 928 orang
      terlibat dalam sektor perlombongan.
      Sektor perhutanan mewujudkan peluang pekerjaan seperti pembalak, pemandu lori balak dan pekerja di kilang papan.
      Sumber air penting dalam memajukan sector perikanan di negara ini iaitu perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam.
      Kegiatan akuakultur juga memberikan peluang pekerjaan dalam sector perikanan di negara ini.
      Kegiatan perlombongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang luas seperti perlombongan bijih timah di Lembah Kinta,
      Lembah Klang dan Jemaluang. Perlombongan petroleum memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Kerteh,
      Port Dickson, Miri dan Lutong.
      Peluang pekerjaan dalam pertanian wujud di kawasan penanaman padi, getah, kelapa sawit, teh, kelapa, nenas dan tembakau.
      Peluang pekerjaan juga wujud dalam agensi yang terlibat dalam pertanian seperti FELDA, RISDA, FAMA, MARDI dan
      MPOB.
8.4           MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA



      Penerokaan sumber menambahkan pendapatan negara.
      Negara yang banyak mengimport sumber dari negara kita ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan China.
      Sektor pelancongan menambahkan pendapatan negara. Pada tahun 2002, seramai 13.3 juta orang telah melancong ke negara
      kita.
      Kegiatan akuakultur iaitu peternakan udang dan ikan dijalankan untuk menambahkan pendapatan negara. Hasilnya akan di
      eksport ke Jepun dan Taiwan.




8.5           PEMBUKAAN KAWASAN BARU



      Sumber alam menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan baru. Petempatan kecil akan berkembang menjadi kawasan
      Bandar.
      Penerokaan sumber mineral tenaga petroleum dan gas asli mendorong kepada perkembangan Bandar seperti Kerteh, Paka,
      Bintulu dan Miri.
      Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan telah membangungkan kawasan petempatan baru seperti Sandakan di Sabah.
      Penerokaan sumber air untuk menjada kuasa hidroelektrik telah membuka kawasan petempatan yang baru dan mampu menjadi
      daya tarikan pelancongan. Contohnya Tasik Kenyir, Terengganu.
      Kegiatan pertanian mempengaruhi pembukaan petempatan baru seperti penanaman kelapa sawit dan getah di kawasan
      terancang seperti di Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.
8.6             KEMUDAH INFRASTRUKTUR



           Penerokaan sumber meningkatkan kemudah infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, bekalan air, elektrik dan
           perhubungan.
           Kemudahan sosial seperti kemudahan perubatan, sekolah, tempat hiburan dan rekreasi akan meningkat apabila penduduk
           berhijrah ke kawasan sumber yang di teroka.
           Bandar Kerteh mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik kerana di pengaruhi oleh kegiatan perindustrian petroleum.
           Kawasan tanah rancangan mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik. Terdapat kemudahan pengangkutan, perhubungan,
           bekalan air dan elektrik di kawasan ini. Contohnya ialah FELDA.




8.7             INFO TAMBAHAN


      BIL           KONSEP/ISTILAH                                       HURAIAN

       1      Bahan mentah                      Bahan mentah ialah bahan asas yang digunakan dalam sektor
                                                industri.

       2      Industri petrokimia               Industri petrokimia ialah industri yang berkaitan dengan
                                                petroleum dan gas asli.

       3      Akuakultur                        Akuakultur ialah sektor perikanan yang menternak ikan di
                                                dalam sangkar.
BAB 9               KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR




                                                     Kesan Penerokaan
                                                      Terhadap Alam
                                                          Sekitar




             Perubahan
                               Kepupusan flora    Peningkatan       Kesan hakisan                   Pencemaran
              Landskap                                                                    Banjir
                                 dan fauna           suhu               tanah                       udara dan air
           (pandang darat)




9.1           OBJEKTIF

Di akhir unit ini anda akan dapat :

       Menyenaraikan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.
       Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.
9.2        PERUBAHAN PANDANG DARAT

      Penerokaan sumber menyebabkan perubahan landskap atau perubahan pandang darat.
      Kegiatan perlombongan, pembalakan, penerokaan tanah untuk pertanian dan pembinaan empangan mengubah landskap
      sesuatu kawasan.
      Kegiatan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang meninggalkan bekas lombong yang terdiri daripada
      tasik, timbunan tanah dan pasir.
      Kaedah melombong bijih timah dengan menggunakan kapal korek meninggalkan tasik bekas lombong.
      Kaedah lombong dedah meninggalkan lekukan yang luas.
      Kegiatan pembalakan menyebabkan hakisan tanah. Hakisan tanah menyebabkan perubahan landskap.
      Penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti penanaman teh, kelapa sawit dan getah mengubah kawasan hutan menjadi
      pandang darat buatan manusia. Bukit-bukit diteres bagi proses penanaman dijalankan.
      Pembinaan empangan untuk menjana proses hidroelektrik dan empangan untuk proses pengairan pertanian akan
      menenggelamkan kawasan hutan dan mengubah landskap menjadi tasik yang luas. Contohnya ialah Empangan Tasik Kenyir
      di Terengganu.




                                                                                 Kawasan Pembalakan
                     Kawasan Pertanian

                                                      PERUBAHAN
                                                       LANDSKAP




                     Kawasan Empangan                                              Kemudahan Insfrastruktur
9.3       KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

      Penerokaan sumber menyebabkan kepupusan flora dan fauna.
      Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan untuk pertanian memusnahkan habitat flora dan fauna dan akan menyebabkan
      sepsis pokok dan binatang yang berharga mengalami kepupusan.
      Antara sepsis pokok yang mengalami masalah kepupusan ialah pokok keruing, jelutung, merbau, berlian, orkid hutan dan
      pokok bakau.
      Kegiatan pembalakan akan menyebabkan habitat haiwan musnah. Haiwan yang kehilangan habitat akan mati kerana
      kekurangan makanan. Antara sepsis haiwan yang mengalamikepupusan di negara kita ialah tapir, kijang, rusa, seladang, orang
      hutan harimau, badak sumbu dan kambing gurun.




                                                    Tapir


                                                                                                Kambing Gurun
                                                            Flora dan Fauna
                                                              yang Hampir
                                                                Pupus



              Pokok Meranti



                                                                                                      Orang Utan

                                                        Pokok Merbau
9.4       PENINGKATAN SUHU


      Penerokaan hutan menyebabkan kawasan suhu setempat meningkat.
      Pernerokaan hutan telah menyebabkan permukaan bumi terdedah terus kepada sinaran cahaya matahari. Permukaan tanah
      akan kehilangan kelembapan dengan cepat dan seterusnya menyebabakan peningkatan suhu setempat.
      Suhu di kawasan berhutan tebal lebih rendah dan sejuk berbanding dengan suhu kawasan yang telah digondolkan.
      Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan suhu melalui proses transpirasi. Transpirasi ialah satu proses penyejatan air permukaan
      daun ke atmosfera. Ekoran daripada penebangan hutan secara berlelusa, maka proses transpirasi akan berkurangan dan suhu
      setempat akan meningkat.
      Contohnya ialah peningkatan suhu di Tanah Tinggi Cameron. Min suhu di Tanah Tinggi Cameron ialah 19 °C dan ekoran
      daripada penebangan hutan menyebabkan suhu meningkat kepada 19.5 °C.



9.5       HAKISAN TANAH

      Penebangan hutan untuk pertanian, perlombongan dan jaringan pengangkutan mendedahkan tanah kepada proses hakisan tanah
      yang giat.
      Tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan air hujan. Kanopi tumbuhan menghalang air hujan terus sampai ke permukaan
      bumi. Akar tumbuhan mencengkam tanah dan manghalang proses hakisan berlaku.
      Penebangan hutan telah menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan tanah dan menyebabkan aliran lumpur,
      gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Tanah runtuh sering berlaku di kawasan lebuh raya.
Tanah yang terhakis menuruni cerun dalambentuk lumpur dan memasuki sungai. Tanah yang termendap di dasar sungai
      menjadikan sungai semakin cetek dan kaejadian banjir kilat akan berlaku.
      Tanah yang mendap di dasar sungai juga menjejaskan hidupan akuatik sungai.
      Penebangan paya bakau di pinggir laut mendedahkan hakisan ombak di pinggir laut semakin giat berlaku.
      Kegiatan pertanian pindah yang dilakukan oleh kaum asli menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan. Tanah yang
      terhakis akan kehilangan nutrient dan menjadi gersang.



9.6        BANJIR

      Kegiatan pembalakan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah kejadian banjir.
      Keadaan air sungai yang keroh menunjukkan sungai berkenaan membawa bahan-bahan hakisan tanah yang banyak. Air
      sungai di kawasan pembalakan sentiasa keruh dan menjejaskan hidupan akuatik.
      Tanah yang terdedah ekoran daripada proses pembalakan akan terhakis dibawa oleh arus air ke sungai dan termandap di dasar
      sungai.
      Dasar sungai yang cetek tidak dapat menampung air apabila hujan lebat dan menyebabkan air akan melimpah keluar daripada
      sungai. Maka kejadian banjir akan berlaku.
      Kegiatan pembalakan di hulu Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjebabkan kejadian banjir di kawasan hilir sungai.



9.7       PENCEMARAN UDARA DAN AIR

      Penerokaan sumber mencemarkan alam sekitar.
Perlombongan bijih timah dan kegiatan pembalakan menyebabkan tanah yang terhakis memasuki sungai dan menjejaskan
      hidupan akuatik.
      Bahan yang terhakis semasa hujan seperti pasir, lumpur dan kelodak mengalir masuk ke sungai dan mencemarkan sungai.
      Lumpur dan kelodak yang berasal dari kawasan perlombongan bijih timah bertoksid dan boleh membunuh hidupan akuatik.
      Kuari dan granit menyebabkan pencemaran bunyi dan mencemarkan udara dengan habuk dan asap.
      Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak mencemarkan laut. Tumpahan minyak
      menjejaskan hidupan laut.



9.8          INFO TAMBAHAN

             BIL          KONSEP/ISTILAH                                     HURAIAN

              1     Pandang darat                    Merupakan permandangan semulajadi.

              2     Pandang budaya                   Permandanag semulajadi yang telah diubah menjadi suatu
                                                     kawasan yang membangun. Hasil kerja manusia.

              3     Proses transpirasi               Proses sejat peluhan yang berlaku terhadap tumbuhan.
BIL          KLASIFIKASI                        HURAIAN

 1    Hakisan tanah        -Tanah runtuh
                           -Aliran lumpur
                           -Gelongsoran tanah

 2    Pencemaran           -Pencemaran air
                           -Pencemaran bunyi
BAB 10 PENGURUSAN SUMBER




                                    Pengurusan Sumber




         Kepentingan                 Langkah-langkah              Pengurusan sumber
      pengurusan sumber             pengurusan sumber                air di Jepun




       *Mengelakkan kepupusan
      *Mengekalkan keseimbangan
               ekologi                 *Langkah pemeliharaan
                                                                   *Pengurusan sumber air
     *Menjamin bekalan berterusan      *Langkah pemiliharaan            semulajadi.
        *Menjimatkan sumber         *Penguatkuasa undang-undang    *Rawatan semula air sisa
                                            *Pendidikan             industri dan domestik.
       *Mengelakkan pembaziran
               sumber
10.1          OBJEKTIF

Di akhir unit ini, anda akan dapat

    Menyatakan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap
     penerokaan sumber.
    Menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif penerokaan
     sumber.
    Mencadangkan langkah-langkah yang boleh digunapakai dalam pengurusan sumber untuk kegunaan masa depan.
    Menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber air di Jepun.



10.2          KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER


                                                                         Mengelakkan
                                                                          kepupusan

                                                                         Mengekalkan
                                                                         keseimbangan
                                                                            ekologi
                               Kepentingan                                Menjamin
                            Pengurusan Sumber                              bekalan
                                                                          berterusan

                                                                          Menjimatkan
                                                                            sumber

                                                                         Mengelakkan
                                                                         pembaziran
                                                                           sumber
10.2.1 Mengelakkan kepupusan sumber

      Pengurusan sumber penting untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber.
      Sumber hutan, hidupan liar dan sumber mineral perlu diurus untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Pengurusan
      sumber penting untuk generasi akan dating dapat menggunakan sumber.
      Penggunaan sumber secra berterusan akan menyebabkan kepupusan sumber. Contohnya, penerokaan sumber hutan tanpa
      penanaman semula akan menyebabkan kepupusan.
      Kouta pengeluaran perlu ditetapkan dalam pengeluaran sumber agar tidak berlaku pembaziran dan kepupusan sumber.
      Sumber tenaga fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli akan pupus jika digunakan secara berterusan. Penggunaan
      tenaga alternative seperti kuasa hidroelektrik, tenaga suria dan angin dapat mengurangkan masalah kepupusan sumber.



10.2.2 Mengekalkan ekosistem

      Pengurusan sumber penting dalam mengekalkan ekosistem semulajadi.
      Ekosistem ialah interaksi antara komponen biotic dan abiotik. Interaksi komponen biotic dan abiotik melibatkan proses kitaran
      makanan dan kitaran udara. Pengurusan sumber yang tidak terancang akan menyebabkan ekosistem tergangu.
      Biotic ialah benda-benda hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.
      Abiotik ialah benda-benda tidak hidup seperti angin, cahaya matahari, tanah dan air.




10.2.3 Menjamin bekalan berterusan

      Kawalan pengurusan sumber iaitu kuota pengeluaran ditetapkan supaya bekalan sumber akan berterusan.
Kawalan pencemaran laut dan sungai dilakukan agar hidupan akuatik tidak terjejas.
       Tukun tiruan diperbuat daripda tayar buruk dan diletakkan didasar laut agar hidupan laut mendapat perlindungan dan
       membiak.
       Pengurusan sumber yang lemah akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber.



10.3       LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER




                                                   Langkah-langkah
                                                  Pengurusan Sumber

                                                                  Penguatkuasaan
               Pemeliharaan             Pemuliharaan                                       Pendidikan
                                                                  Undang-undang
Pengurusan Sumber
Pemeliharaan dan   Penggunaan sumber Alternatif.
Pemuliharaan
                        Menggunakan kayu getah, rotan, buluh bagi menggantikan kayu keras.
                        Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga suria, biomas dan hidroelektrik menggantikan tenaga fosil
                   Program Kitar Semula

                       Mengamalkan konsep 3R – Reduce, Reuse dan Recycle.
                       Kitar semula bahan seperti kertas dan logam.
                   Penghutanan Semula

                       Menanam semula spesies-spesies pokok bermutu tinggi dan cepat matang
                       Contoh akasia, yemane dan batai.
                   Ladang Hutan

                       Kayu bermutu seperti akasia, yemane dan batai di tanam secara ladang.
                   Rawatan Sivilkultur

                       Pokok bermutu akan di bantu dan diberi bantuan untuk hidup dan bersaing
                   Penebangan Terpilih

                         Membuat pemantauan supaya pokok yang betul-betul matang dan berdiameter sekurang-kurang 45cm
                          boleh ditebang.
Penguatkuasaan undang-
                          Akta Kualiti Alam Sekitar
undang
                               Pemeriksaan dan pemantauan kawasan tumpahan minyak / penerokaan mineral lain.
                          Akta Perhutanan

                             Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
                             Akta Perlindungan Hidupan Liar
                          Mewarta Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara

                              Kawasan tertentu duwarta sebagai hutan simpan, taman negara, hutan lipur danrizab perlindungan haiwan
                              Contoh Hutan Simpan Sik< Taman Negara Pahang dan Bako Sarawak.
                          Pemulihan Bekas Lombong

                                 Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri menggariskan langkah-langkah pemuliharaan
                                  selepas penerokaan.



Pendidikan alam Sekitar          Penubuhan FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang menjalankan penyelidikan perhutanan.
                                 Penwujudan PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi melindungi taman
                                  negara dan huidupan liar
                                 Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) danTabung Alam Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang
                                  menjalankan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai.
10.4          PENGURUSAN SUMBER AIR DI JEPUN


Pengurusan air di Jepun terbahagi kepada tiga iaitu :

                             Pengurusan Air


                                                           Membina empangan pelbagai guna
                      Pengurusan Sungai                    Membina empangan kecil di kawasan terpencil
                                                           Melebar dan mendalamkan dasar sungai
                                                           Membina laluan banjir (floodways)

                                                           Membina sistem pebetungan
                      Pengurusan Tasik                     Membersihkan tasik-tasik
                                                           Mengawal pembiakan rumpai
                                                           Mendalamkan tasik

                                                           Undang-undang Kawalan Kualiti Air
                      Kawalan Undang-undang                Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958
                                                           Undang-undang asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam
                                                            Sekitar
10.5   INFO TAMBAHAN



       BIL          KLASIFIKASI                           HURAIAN

        1    Langka-langkah pengurusan   -Pemeliharaan
             sumber                      -Pemuliharaan
                                         -Undang-undang
                                         -Pendidikan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIAsmawi Abdullah
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderharalhaj
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarBatrisyiaa Syiaa
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKamilah Kam
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3Khairiah Esa
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaBab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaCikgu Ummi
 
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARIMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARzulaikharosly
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrianFungalo
 
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIATABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIANuraishah
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerharalhaj
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIAAsmawi Abdullah
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 

La actualidad más candente (20)

PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMIPENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
PENGKELASAN SEKTOR EKONOMI
 
Sektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunderSektor ekonomi sekunder
Sektor ekonomi sekunder
 
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam SekitarKesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Kitaran hidrologi
Kitaran hidrologiKitaran hidrologi
Kitaran hidrologi
 
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3REKA BENTUK LANDSKAP  PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
REKA BENTUK LANDSKAP PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 3
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitarAktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti pertanian dan impak terhadap alam sekitar
 
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenagaBab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
Bab 6 Tingkatan 1- Sumber tenaga
 
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITARIMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
IMPAK PEMBINAAN EMPANGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Sektor perindustrian
Sektor perindustrianSektor perindustrian
Sektor perindustrian
 
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIATABURAN PENDUDUK MALAYSIA
TABURAN PENDUDUK MALAYSIA
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Akuaponik
AkuaponikAkuaponik
Akuaponik
 
Perubahan iklim
Perubahan iklimPerubahan iklim
Perubahan iklim
 
Landskap
LandskapLandskap
Landskap
 
Sektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primerSektor ekonomi primer
Sektor ekonomi primer
 
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIASISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 

Destacado

Bab7 Taburan Pelbagai Sumber
Bab7 Taburan Pelbagai SumberBab7 Taburan Pelbagai Sumber
Bab7 Taburan Pelbagai SumberCIKGUZARINAMN MN
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan末 Wei
 
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12yinzhen lee
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)nadiafikris
 
Bab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan SumberBab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan Sumberguestd099173
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam SekitarCIKGUZARINAMN MN
 
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3Nur Nashwa Alia binti Khairudin
 
Bab 7 taburan pelbagai sumber
Bab 7 taburan pelbagai sumberBab 7 taburan pelbagai sumber
Bab 7 taburan pelbagai sumbershimanain
 
Geografi tingkatan 3
Geografi tingkatan 3Geografi tingkatan 3
Geografi tingkatan 3azamahadi
 
Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Norlianti Adali
 

Destacado (14)

Bab7 Taburan Pelbagai Sumber
Bab7 Taburan Pelbagai SumberBab7 Taburan Pelbagai Sumber
Bab7 Taburan Pelbagai Sumber
 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber HutanLangkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Hutan
 
Sumber tenaga
Sumber tenagaSumber tenaga
Sumber tenaga
 
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
GEOGRAFI PROJECT FORM 2 BAB 12
 
Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)Nota geo-pmr-lengkap(1)
Nota geo-pmr-lengkap(1)
 
Bab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan SumberBab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan Sumber
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
 
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3
Bab 7: Taburan Pelbagai Sumber | Sumber Tenaga | GEO Tingkatan 3
 
Bab 3 skala
Bab 3 skalaBab 3 skala
Bab 3 skala
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan SumberBab 10 Pengurusan Sumber
Bab 10 Pengurusan Sumber
 
Bab 7 taburan pelbagai sumber
Bab 7 taburan pelbagai sumberBab 7 taburan pelbagai sumber
Bab 7 taburan pelbagai sumber
 
Geografi tingkatan 3
Geografi tingkatan 3Geografi tingkatan 3
Geografi tingkatan 3
 
Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3Nota geografi-tingkatan-3
Nota geografi-tingkatan-3
 

94636784 nota-geografi-pmr-tingkatan-tiga-sumber

  • 1. TEMA 7 : SUMBER ( PMR ) ~ DHEA CT ~ BAB 6 SUMBER-SUMBER UTAMA SUMBER-SUMBER UTAMA Sumber Semulajadi Sumber Manusia Sumber Budaya Jenis-Jenis Sumber Utama Negara ~Kualiti dan kuantiti ~Sumber modal penduduk Sumber boleh Sumber tidak ~ Contoh : wang, diperbaharui boleh Sumber mineral ~Tenaga mahir, jurutera, kenderaan diperbaharui ~ Sumber yang boleh separuh mahir dan dan alat digunakan secara ~Sumber yang akan tidak mahir. perhubungan. Sumber hutan berterusan dan tidak kehabisan jika akan habis. digunakan secara ~Contoh : air, udara, berterusan. tanah ~Contoh : arang Sumber air batu, petroleum, kuprum Sumber tanih Sumber tenaga suria
  • 2. 6.1 OBJEKTIF Di akhir sesi pembelajaran anda akan dapat  Mentakrifkan sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui.  Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama iaitu sumber mineral, hutan, air, tanih dan suria.  Mengelaskan jenis-jenis sumber utama kepada sumber yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. 6.2 SUMBER Sumber yang boleh diperbaharui Sumber semulajadi Sumber yang tidak boleh diperbaharui Sumber Tenaga pekerja Sumber Manusia manusia Sumber Budaya Sumber modal
  • 3. Sumber ialah bahan atau sesuatu yang digunakan untuk keperluan manusia. Sumber boleh dikategorikan sebagai a) Sumber semulajadi. b) Sumber manusia. c) Sumber budaya. Sumber semulajadi ialah sumber yang diperolehi daripada alam sekitar. Contohnya ialah air, tanih, udara, mineral, tenaga suria, hutan dan haiwan. Sumber manusia merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. Kuantiti penduduk merujuk kepada bilangan penduduk manakala kualiti penduduk pula merujuk kepada penduduk yang berpelajaran, berkemahiran dan dapat menggunakan sumber dengan bijaksana. Sumber manusia juga dibahagikan kepada sumber tenaga mahir, separuh mahir dan tidak mahir. Sumber budaya pula ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan dan kegunaan penduduk. Sumber budaya juga adalah hasil ciptaan manusia itu sendiri bagi meninggkatkan lagi kualiti kehidupan mereka. Contoh ialah wang, kenderaan, teknologi dan sebagainya. 6.3 JENIS-JENIS SUMBER SEMULAJADI Sumber yang Hutan Suria boleh diperbaharui Air Tanih Sumber Semulajadi Petroleum Gas asli Sumber yang tidak boleh diperbaharui Pasir dan Batu kaolin granit
  • 4. Sumber semulajadi boleh dibahagikan kepada dua iaitu a) Sumber boleh diperbaharui. b) Sumber tidak boleh diperbaharui. Sumber boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. Contoh ialah udara, air, tanih dan tenaga suria. Sumber tidak boleh diperbaharui pula ialah sumber yang akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan dan tidak berhemah. Contohnya ialah petroleum, arang batu, bijih timah, bijih besi, kuprum dan gas asli. 6.4 JENIS-JENIS SUMBER UTAMA Sumber mineral Sumber hutan Jenis-jenis sumber utama Sumber air Sumber tanih Sumber tenaga suria
  • 5. 6.4.1 Sumber mineral Mineral ialah bahan galian yang dikeluarkan daripada kerak bumi dan telah wujud selama berjuta tahun yang lampau. Sumber mineral merupakan sumber semulajadi dan tidak boleh diperbaharui. Apabila simpanan sumber mineral kehabisan maka manusia terpaksa mencari alternatif lain bagi menggantikan peranan sumber mineral tersebut. Sumber mineral terdiri daripada dua iaitu a) Sumber mineral logam b) Sumber mineral bukan logam Mineral logam terdiri daripada mineral yang boleh dileburkan dan diguna semula (kitar semula). Contoh mineral logam ialah bijih timah, bijih besi dan kuprum. Mineral bukan logam terdiri daripada mineral yang tidak boleh dikitar semula seperti petroleum, arang batu, gas asli dan batu permata. Jenis Mineral Kegunaan Petroleum dan gas asli Bahan bakar dan bahan mentah untuk industri petrokimia. Arang batu Bahan bakar. Bijih timah Menyadur tin, piuter dan pateri. Bijih besi Pembinaan Bauksit (aluminium) Membuat alatan kenderaan dan tin minuman. Batu permata Bahan perhiasan. Kuprum (tembaga) Barangan elektrik dan wayar elektrik. Pasir Bahan untuk binaan dan membuat kaca.
  • 6. Batu granit Membuat jalan raya dan bangunan. Batu kapur Membuat simen. Kaolin (tanah liat) Membuat batu-bata, pasu dan tembikar. Emas Perhiasan. 6.4.2 Sumber hutan Sumber hutan merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Hutan menjadi habitat pelbagai hidupan seperti flora dan fauna. Hutan membekalkan sumber kayu keras dan kayu lembut kepada negara yang mempunyai pelbagai kegunaan. Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara kita. Hutan hujan tropikal membekalkan kayu keras seperti meranti, cengal, balau,keruing dan kapur.
  • 7. Sumber hutan Tumbuh- tumbuhan Haiwan Kayu bakau Kayu keras diperoses menjadi digunakan untuk arang dan cerucuk pembinaan.Haiwan rumah. Mamalia Rertilia Unggas Pokok ru digunakan Rotan digunakan untuk membuat untuk membuat perahu. perabot. 6.4.3 Sumber air Air ialah sumber yang boleh diperbaharui. Negara kita mempunyai sumber air yang banyak kerana menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun iaitu 2000 mm. Sumber air di negara kita ialah sungai, tasik dan paya air tawar. Sungai membekalkan air untuk kegunaan harian, mengairi kawasan pertanian dan digunakan untuk menjana hidroelektrik. Contoh :
  • 8. a) Sungai Perak : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Empangan Temenggor dan Empangan Chenderoh). b) Sungai Terengganu : Digunakan untuk menjana hidroelektrik (Tasik Kenyir). Terdapat tasik semulajadi dan tasik buatan yang digunakan untuk membekalkan air domestik kepada penduduk setempat. Sumber Air Paya Sungai Tasik Sungai penting Sungai diempang Paya merupakan untuk kegunaan menjadi tasik untuk sumber air tawar. harian dan menjana tenaga domestik. hidroelektrik. 6.4.4 Sumber tanih Tanih merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Tanih terbentuk daripada proses luluhawa. Luluhawa ialah proses penguraian batuan (proses geomorfologi) Tanih terdiri daripada bahan organan dan bahan bukan organan. Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. Bahan organan mereput dan mengurai menjadi humus yang sesuai untuk sector pertanian. Bahan bukan organan ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa.
  • 9. Jenis tanih Kegunaan Aluvium Penanaman sawah padi. Laterit Penanaman getah dan kelapa sawit. Beris Penanaman tembakau. Gambut Penanaman nanas. Pasir Penanaman kelapa. Liat Pembuatan batu-batan. Kaolin Pembuatan tembikar 6.4.5 Sumber tenaga suria Tenaga suria atau tenaga solar dihasilkan daripada cahaya matahari dan merupakan tenaga yang boleh diperbaharui. Negara kita berpotensi menghasilkan tenaga suria kerana mendapat pancaran matahari selama 6 jam setiap hari. Di negara kita, tenaga suria banyak digunakan di Teluk Apan (Pulau Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang) dan Gua Mulu (Sarawak). Antara kegunaan tenaga suria ialah a) Membekalkan cahaya dan haba kepada isi alam. b) Tenaga untuk meter meletak kenderaan. c) Tenaga untuk mesin pengira d) Inovasi penggunaan tenaga suria yang lain.
  • 10. 6.5 INFO TAMBAHAN BIL KONSEP/ ISTILAH HURAIAN 1 Bahan organan Bahan organan ialah bahan yang terdiri daripada batuan terurai melalui proses penguraian tumbuhan dan haiwan. 2 Bahan bukan organan Bahan bukan organ ialah ialah batuan yang terurai melalui proses luluhawa. 3 Proses luluhawa Proses luluhawa ialah proses penguraian batuan. 4 Sumber Sumber ialah sebarang punca atau bahan yang boleh digunakan dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan manusia. 5 Sumber semulajadi Sumber semulajadi ialah bahan yang diperoleh daripada alam sekitar. 6 Sumber manusia Sumber manusia ialah sumber yang merujuk kepada kuantiti dan kualiti penduduk. 7 Sumber budaya Sumber budaya ialah barangan modal yang digunakan untuk memenuhi keperluan penduduk. 8 Sumber yang boleh diperbaharui Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak akan kehabisan. 9 Sumber yang tidak boleh Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber yang diperbaharui akan kehabisan apabila digunakan secara berterusan.
  • 11. BIL FAKTA HURAIAN 1 Mineral logam Mineral yang boleh dileburkan dan dikitar semula. 2 Mineral bukan logam Mineral yang tidak boleh dikitar semula, akan susut jika digunakan secara berterusan, kebanyakkan mineral digunakan dalam sumber tenaga fosil. 3 Petroleum dan gas asli Bahan api fosil yang terbentuk berjuta tahun dulu, terbentuk serentak, terbentuk daripada tekanan dan haba yang tinggi bawah tanah, bahagian atas petroleum terbentuk gas asli. BIL KLASIFIKASI HURAIAN 1 Sumber  Sumber semulajadi  Sumber manusia  Sumber budaya 2 Sumber semulajadi  Sumber yang boleh diperbaharui  Sumber yang tidak boleh diperbaharui 3 Mineral  Mineral logam  Mineral bukan logam
  • 12. BIL KRITERIA HURAIAN 1 Hutan hijau tropikal -Tumbuh di kawasan iklim Kahatulistiwa -Tumbuh secara malah hijau. -Mempunyai banyak tumbuhan keras dan haiwan (ekosistem semulajadi)
  • 13. BAB 7 TABURAN PELBAGAI SUMBER TABURAN PELBAGAI SUMBER Sumber Tenaga di Sumber Mineral Sumber Hutan Sumber Tenaga Negara Lain Petroleum dan Gas asli *Perairan Terengganu Hutan Hujan Tenaga Suria di Kuasa Hidroelektrik *Perairan Sabah *Perairan Sarawak Tropika Jepun Kaolin (tanah liat) Petroleum dan Gas Tenaga Ombak di *Bidor, Perak Hutan Pantai *Tapah, Perak Asli Perancis Bauksit Hutan Paya Air Tenaga Pasang Surut Suria *Teluk Ramunia, Johor Tawar di China Emas Hutan Paya Air Tenaga Angin di Masin Arang Batu *Penjom, Pahang Belanda * *Rusila, Terengganu Hutan Gunung Tenaga Biomas di Nuklear Batu Kapur *Batu Caves *Pendalaman Sabah, India Sarawak, Pahang dan *Pulau Langkawi Perak Tenaga Geoterma di Biomas Bijih Timah *Perak Iceland *Selangor Arang Batu *Kapit, Sarawak *Silantek, Sarawak Tembaga *Mamut, Sabah
  • 14. 7.1 OBJEKTIF Di akhir unit ini, anda akan dapat  Menyenaraikan jenis-jenis mineral logam dan bukan logam.  Menamakan jenis dan kawasan mineral di negara Malaysia.  Menandakan dan menamakan taburan mineral di atas negara Malaysia.  Menyenaraikan sumber hutan di Malaysia.  Menamakan jenis dan kawasan hutan di Malaysia.  Menandakan dan menamakan taburan hutan di atas peta negara Malaysia.  Menyenaraikan sumber tenaga dan taburan di Malaysia.  Menamakan sumber tenaga dan taburannya di Malaysia.  Menanda dan menamakan taburan sumber tenaga di Malaysia.  Menghuraikan penggunaan sumber tenaga di Malaysia.  Membuat kesimpulan tentang penggunaan sumber tenaga negara Malaysia pada masa depan seperti kemajuaan teknologi dan kitar semula.  Menyenaraikan jenis-jenis sumber tenaga negara lain.  Menghuraikan penggunaan sumber tenaga negara lain.
  • 15. 7.2 SUMBER MINERAL Sumber Mineral Bukan Logam Logam Emas Petroleum Bijih Timah Gas Asli Tembaga Arang Batu Bauksit Bijih Besi Sumber mineral diperolehi dengan cara melombong daripada tanah. Sumber mineral boleh dibahagiak kepada mineral logam dan bukan logam. Jenis logam yang dilombong di negara kita ialah bijih timah, bijih besi, kuprum, bauksit dan emas. Jenis bukan logam yang dilombong di negara kita ialah petroleum, gas asli dan arang batu. Mineral utama yang dilombong di negara kita ialah petroleum.
  • 16. 7.2.1 Perlombongan petroleum Petroleum ialah bahan api api fosil utama negara. Kawasan perlombongan petroleum ialah di luar pantai Terengganu, luar pantai Sarawak dan luar pantai Sabah. Semua telaga petroleum di negara kita terletak diluar pantai. Pelantar minyak didirikan di perairan untuk melombong petroleum. PETRONAS dengan kerjasama syarikat luar negara seperti Shell dan Caltex melombong dan menguruskan petroleum negara. Petroleum di negara kita adalah bermutu tinggi kerana kandungan sulfurnya yang rendah. Oleh sebab itu, petroleum negara kita di eksport ke negara Arab Saudi, Kuwait dan Iran dengan harga yang tinggi. Pusat penapis petroleum negara kita terletak di Miri, Lutong dan Kerteh. Kaedah penyulingan berperingkat digunakan untuk mendapatkan gas, petrol, kerosin (minyak pesawat), diesel, minyak pelincir dan bitumen (tar). Kegunaan petroleum ialah a) Bahan api untuk kenderaan. b) Bahan api untuk stesen menjana kuasa elektrik terma. c) Digunakan untuk industri petrokimia. d) Menghasilkan minyak pelincir untuk jentera dan tar menurap jalan.
  • 17. 7.2.2 Gas asli Gas asli merupakan mineral jenis bukan logam yang penting di negara kita. Gas asli dilombong di luar pantai Terengganu, luar pantai Sabah dan luar pantai Sarawak. Gas asli yang dilombong disalurkan melalui salur paip ke pencairan gas asli. Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli di eksport ke Jepun melalui pelabuhan Bintulu. Kegunaan gas asli ialah a) Bahan api untuk memasak. b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu. c) Bahan api untuk kenderaan. d) Digunakan untuk industri petrokimia. e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu.
  • 18. 7.2.3 Bijih timah Bijih timah merupakan mineral yang tidak berkarat. Perlombongan bijih timah di negara kita memainkan peranan penting dalam era 60-an dulu. Jumlah pengeluaran bijih timah negara telah merosot kerana kekurangan sumber, harga yang tidak stabil, kos pengeluaran yang meningkat, persaingan daripada bahan ganti seperti plastik, aluminium dan kaca serta persaiangan daripada negara pengeluar bijih timah yang lain. Terdapat beberapa bandar yang berkembang ekoran daripada perlombangan bijih timah ini iaitu Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh dan Taiping. Kawasan pengeluaran bijih timah negara ialah a) Lembah Kinta, Perak b) Lembah Klang dan Kuala Langat, Selangor c) Jemaluang, Johor d) Sungai Lembing, Pahang (telah ditutup). Bijih timah dilombong dengan pelbagai kaedah iaitu dengan menggunakan kapal korek, pam kelikir, lombong syif, lombong dedah dan mendulang. Kegunaan bijih timah ialah a) Menyadur tin. b) Membuat puiter (bijih timah dicampur dengan plumbum). c) Pateri. d) Membuat gangsa (bijih timah dicampur dengan kuprum).
  • 19. 7.2.4 Mineral Lain Jenis Mineral Taburan Kegunaan Bauksit Teluk Ramunia dan Seri Medan (Johor), Membuat aluminium Semantan (Sarawak) Bijih besi Kota Tinggi dan Batu Pahat (Johor), Bukit Besi Bahan binaan bangunan, jambatan, landasan (Terengganu), Temangan (Kelantan), Tambun kereta api dan kenderaan. (Perak) dan Yan (Kedah). Tembaga (kuprum) Mamut, Sabah. Barangan elektrik, wayar dan pancalogam seperti gangsa. Arang batu Silimpopon (Sabah), Merit-Pila, Mukah, Bahan api untuk melebur bijih besi dan menjana Balingian dan Silantek (Sarawak), Enggor elektrik di Klang. (Perak) dan Batu Arang (Selangor). Emas Bau (Sarawak), Rusila (Terengganu), Kuala Lipis Barang perhiasan. dan Raub (Pahang), Mersing (Johor), Lahad datu dan Semporna (Sabah). Batu kapur Tasek (Perak), Jelai (Negeri Sembilan), sekitar Membuat simen. Batu Caves (Selangor).
  • 20. Fosfat Gua Niah (Sarawak) Fosfat dari tahi kelawar digunakan untuk membuat baja. Kaolin (tanah liat) Bidor dan Tapah (Perak), Air Hitam (Johor). Batu-bata, barangan tembikar. Batu mamar Pulau Langkawi dan Baling (Kedah) Bahan binaan dan jubin. 7.3 Sumber Hutan Sumber Hutan Hutan Hutan Hutan Hujan Paya Air Paya Air Hutan Hutan Tropika Masin Pantai Gunung Tawar
  • 21. 7.3.1 Hutan hujan tropika Hutan hujan tropika merupakan hutan utama negara. Tumbuh subur di kawasan tanih aluvium dan tanih laterit. Tumbuh dikawasan kurang daripada 1000 m tinggi. Terdapat pokok kayu keras seperti cengal, balau, keruing, meranti dan kapur. Terdapat rotan dan buluh untuk di buat perabot. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah gajah, harimau, seladang, tapir,kera dan orang hutan. Terdapat empat lapisan iaitu lapisan emergen (renjung), lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan bawah (lantai hutan). Pokok-pokok tumbuh rapat dan malar hijau.
  • 22. Hutan ini terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit Banjaran Titiwangsa, Banjaran Bintang, Banjaran Crocker, Banjaran Iran dan Taman Negara. 7.3.2 Hutan paya air masin Hutan paya air masin tumbuh di kawasan lumpur di pinggir pantai. Antara kawasan hutan ini ialah di pantai negeri Perak dan Selangor, pantai barat daya Johor, pantai utara Sabah, muara Sungai Sungut dan muara Sungai Labuk. Jenis tumbuhan yang terdapat dihutan ini ialah pokok bakau, nipah, bakau kurap, bakau minyak, nibung dan gelam. Kayu bakau digunakan untuk membuat arang kayu, membina kelong, cerucuk bangunan dan kayu api. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah kera, keluang, ular, ikan, ketam, kerang dan udang.
  • 23. 7.3.3 Hutan paya air tawar Hutan paya air tawar terdapat di pendalaman dan mempunyai saliran yang buruk. Hutan paya air tawar tumbuh di kawasan tanah gambut. Antara kawasan hutan paya air tawar ialah Tasik Bera, sekitar Tasik Chini dan bahagian hilir Sungai Baram. Jenis pokok yang terdapat di kawasan ini ialah palma, nipah, mengkuang, keladi air dan ramin. Haiwan yang terdapat di kawasan ini ialah ular, biawak, ikan, burung dan kera. Nipah digunakan untuk membuat atap rumah. Mengkuang digunakan untuk mengayam tikar dan bakul. 7.3.4 Hutan pantai Hutan pantai tumbuh di kawasan berpasir. Kawasan yang ditumbuhi kawasan hutan ini ialah pantai Terengganu, Desaru (Johor), Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pulau Sipadan, Pantai Tanjung Rhu, Cherating, Pulau Talang-talang (Sarawak). Jenis pokok yang terdapat di hutan ini ialah pokok ru, kelapa, mengkuang laut dan pokok tapak kuda. Jenis haiwan yang terdapat di hutan ini ialah burung, ular, kera dan biawak. Pokok ru digunakan nelayan untuk membuat perahu. 7.3.5 Hutan Gunung Hutan gunung tumbuh di kawasan melebihi 1 000 m dari aras laut. Hutan gunung terdapat di Banjaran Titiwangsa, Gunung Tahan, Tanah Tinggi Cameron dan Gunung Kinabalu.
  • 24. Jenis tumbuhan adalah berbeza-beza mengikut ketinggian. Ketinggian ( m ) Jenis tumbuhan 1 200 – 1 800 Pokok oak, berangan, paku-pakis dan orkid. 1 800 – 2 900 Pokok pain, sprus dan periuk kera. 2 900 – 3 500 Rumput aips dan pokok renek. Melebihi 3 500 Tumbuhan alps, kulampair dan lumut. 7.4 SUMBER TENAGA DI NEGARA MALAYSIA Sumber Tenaga di Malaysia Kuasa Petroleum Gas Asli Elektrik Terma Arang Batu Biomas/Biojisim Tenaga Nuklear Tenaga Suria Hidroelektrik
  • 25. 7.4.1 Petroleum Petroleum merupakan tenaga api fosil yang penting di negara kita. Petroleum di lombong di a) Luar pantai Terengganu (Dulang, Tiong, Bekok, Pulai) b) Luar pantai Sabah (St. Joseph, Erb West, Tembungo, Semarang) c) Luar pantai Sarawak (Baram, Tukau, Temana, Betty). Petroleum di negara kita bermutu tinggi kerana kandungan sulfur yang rendah. Pusat penapisan petroleum terdapat di Kerteh, Port Dickson, Tangga Batu Lutong dan Miri. Penggunaan petroleum mencemarkan alam sekitar. Petroleum tanpa plumbum diperkenalkan untul mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kegunaan petroleum ialah : a) Bahan api untuk kenderaan. b) Bahan api untuk menjana terma elektrik. c) Bahan mentah untuk industry petrokimia. d) Kerosin untuk pesawat, minyak diesel untuk kenderaan, minyak pelincir untuk jentera dan kenderaan, bitumen dan tar untuk menurap jalan raya. 7.4.2 Gas asli Gas asli merupakan bahan api fosil yang penting bagi negara kita. Gas asli di lombong di a) Luar pantai Terengganu (Pilong, Jernih, Bujang)
  • 26. b) Luar pantai Sabah (Kinarut, Glayer) c) Luar pantai Sarawak (Laila, Beryl, E11, M1, F6) Pusat pencairan gas asli terdapat di Kerteh dan Bintulu. Gas asli yang di lombong disalurkan melalui paip didasar laut ke pusat-pusat pencairan gas asli. Kegunaan gas asli ialah a) Bahan api untuk memasak. b) Bahan api untuk menjana kuasa elektrik terma seperti di Paka, Terengganu. c) Bahan api untuk kenderaan. d) Digunakan untuk industry petrokimia. e) Bahan untuk menghasilkan baja urea di Bintulu. 7.4.3 Kuasa hidroelektrik dan elektrik terma (haba) Kuasa hidroelektrik merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Tenaga hidroelektrik diperolehi dengan menggunakan tenaga air yang mengalir. Tenaga hidroelektrik merupakan tenaga yang penting dan digunakan secara meluas di Malaysia. Terdapat banyak empangan hidroelektrik di negara kita iaitu: a) Empangan Temenggor b) Empangan Chenderoh c) Empangan Kenyir d) Empangan Pelagus
  • 27. Negara kita mempunyai potensi untuk menjana tenaga hidroelektrik kerana mempunyai aliran air yang deras dan isipadu sungai yang banyak dan tetap sepanjang tahun kerana menerima hujan sepanjang tahun. Antara kelebihan menggunakan kuasa hidroelektrik ialah tidak mencemarkan alam sekitar, mudah digunakan dan dapat di hantar dengan cepat. Kegunaan tenaga hidroelektrik ialah; a) Kegunaan domestik (memasak dan menerangi rumah). b) Tenaga untuk barangan elektrik dan elektronik. c) Bekalan tenaga elektrik untuk kilang-kilang. d) Tenaga untuk pengangkutan seperti lampu isyarat dan rel ringan (komuter dan LRT). Tenaga elektrik terma dihasilkan dengan menggunakan sumber tenaga seperti gas asli dan arang batu. Antara stesen menjana elektrik terma ialah di Paka (Terengganu), Klang (Selangor) dan Prai (Pulau Pinang). Penggunaan tenaga elektrik terma mencemarkan alam sekitar. 7.4.4 Arang batu Arang batu merupakan bahan tenaga api fosil yang dilombong di Batu Arang (Selangor), Merit-Pila dan Mukah-Balingian (Sarawak), Enggor (Perak) dan Silimpopon (Sabah). Kegunaan arang batu : a) Bahan api untuk menghasilkan elektrik terma. Contoh di logi Connaught, Klang. b) Bahan api untuk melebur bijih besi. Penggunaan arang batu sebagai bahan api mencemarkan alam sekitar.
  • 28. 7.4.5 Tenaga nuklear Penggunaan tenaga nuklear di negara kita adalah di tahap yang rendah. Tenaga nuclear digunakan secara kecil-kecilan dalam bidang perubatan dan sector perindustrian. Tenaga nuklear dihasilkan dengan mengunakan bahan aktif seperti uranium dan plutonium. Tenaga nuklear belum dimajukan di negara kita kerana memerlukan kos yang tinggi, memerlukan teknologi yang tinggi dan tenaga pakar yang mahir dan bahan nuklear sangat berbahaya. 7.4.6 Tenaga suria/solar Tenaga suria merupakan tenaga yang diperolehi daripada cahaya matahari. Alat photovoltaic digunakan untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Negara kita berpotensi untuk menjana tenaga suria kerana suhu tinggi sepanjang tahun dan menerima cahaya matahari melebihi enam jam sehari. Di negara kita tenaga suria digunakan untuk a) Memanaskan air di rumah. b) Tenaga untuk perhubungan telefon. c) Mesin kira. d) Mengeringkan hasil pertanian. Sumber tenaga suria digunakan di Teluk Apan (Langkawi), Hulu Tembeling (Pahang), dan Gua Mulu (Sarawak).
  • 29. 7.4.7 Tenaga biomas/biojisim Tenaga biomas dan biojisim dihasilkan melalui sisa pertanian dan hasil bungan haiwan. Contoh sisa pertania ialah hampas kelapa sawit, sabut kelapa dan sekam padi. Contoh bahan buangan haiwan ialah najis lembu dan najis ayam. Pereputan sisa pertanian menghasilkan gas mentana dan etana. Gas mentana digunakan sebagai bahan api domestik. Kayu api merupakan sumber tenaga biojisim yang digunakan dalam industry membuat batu-bata dan mambuat batik di Kelantan. 7.5 SUMBER TENAGA DI NEGARA LAIN Sumber Tenaga di Negara Lain Tenaga Tenaga Tenaga suria di Tenaga ombak Tenaga pasang Tenaga angin di biomas/biojisim geoterma di Jepun di Perancis surut di China Belanda di India Iceland
  • 30. 7.5.1 Tenaga suria di Jepun Tenaga suria di Jepun digunakan untuk kegunaan domestik dan digunakan di kawasan pendalaman yang tiada bekalan elektrik. Alat photovoltaic digunakan untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dan dipasang pada bumbung rumah. Penghasilan tenaga suria memerlukan teknologi tinggi dan menelan perbelanjaan yang banyak. Kegunaan tenaga suria di Jepun a) Tenaga untuk stesen pemancar televisyen dan radio pendalaman b) Petempatan di pendalaman yang menggunakan tenaga suria. c) Kenderaan di padang golf. d) Alat komunikasi, papan tanda di jalan raya dan rumah api. Alat photovoltaic di atas bumbung rumah di Jepun.
  • 31. 7.5.2 Tenaga ombak di Perancis Perancis merupakan negara pertama yang mengembangkan tenaga ombak di dunia. Empangan pertama yang menjana tenaga ombak telah dibina di Sungai Rance, St. Molo. Tenaga ombak dihasilkan dengan menggunakan kaedah sakuran ters, pelampung, kolan berayun dan turbin air bawah air. Kaedah pelampung ialah kaedah dimana pelampung diletakkan di paras laut mengerakkan pam hidraulik yang dihubungkan dengan turbin. Kolam berayun ialah kaedah di mana ombak memasuki saluran tegak dan air akan turun ke bawah apabila ombak mengundur. Air turun ke bawah dalam saluran akan memusingkan turbin. Kaedah turbin bawah air ialah kaedah dimana turbin akan berputar apabila ombak berdampar dan berundur. Kaedah ini sama dengan kaedah kinci air. Turbin untuk menghasilkan ombak.
  • 32. 7.5.3 Tenaga pasang surut di China Negara China mempunyai arus pasang surut yang deras sesuai untuk memperoses tenaga pasang surut. Stesen pasan surut yang terdapat di China terletak di Jiangxia, Baishakou dab Wenzhou. Stesen Wenzhou merupakan stesen pasang surut yang terbesar di Asia. Tenaga pasang surut dihasilkan melalui dua kaedah iaitu kaedah empangan dan kaedah arus pasang surut. Kaedah empangan ialah cara di mana pintu empanagn dibuka semasa air pasang dan air laut akan terperangkap dalam empangan. Apabila air surut, air dalam empangan akan dilepaskan untuk mengerakkan turbin. Kaedah pasang surut diletakkan di kawasan yang mempunyai arus yang kuat bagi mengerakkan turbin. 7.5.4 Tenaga angin di Belanda Kincir angin digunakan untuk menghasilkan tenaga angin. Di Belanda, kincir angin dipasang di tepi pantai dan di tengah laut di mana terdapat tiupan angin kencang. Pada peringkat awal, penggunaan kincir angin di Belanda digunakan untuk mengairi kawasan pertanian dan mengisar jisim. Tapi kini kincir angin digunakan untuk menjana tenaga elektrik.
  • 33. Kincir angin di Belanda 7.5.5 Tenaga biomas/biojisim di India India merupakan negara yang menggunakan tenaga biomas. Di India, bahan mentah untuk menjana tenaga biomas diperoleh daripada sisa pertanian, sisa peternakan dan habuk kayu gergaji. Tenaga biomas digunakan secara meluas di Bandar Chennai, New Delhi dan Mumbai. Pereputan sisa pertanian dan sisa haiwan menghasilkan gas metana dan etana. Gas metana dan etana digunakan sebagai bahan api untuk kegunaan domestik dan perindustrian.
  • 34. 7.5.6 Tenaga geoterma di Iceland Iceland merupakan negara beriklim sejuk dan tundra. Tenaga geoterma digunakan secara meluas di negara ini. Tenaga geoterma dihasilkan melalui pancutan wap air panad (geiser). Iceland berpotensi menghasilkan tenaga geoterma kerana terdapat banyak geiser di kawasan gunung berapi aktif. Di Iceland, kawasan kolam geoterma bersuhu kurang daripada 150° C digunakan untuk memanaskan rumah, membasuh dan memasak. Kolam geoterma yang melebihi suhu 200 °C digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Logi geoterma terdapat di sekitar Iceland iaitu Reykjavik. Logi tenaga geoterma dan geiser (pacutan air panas).
  • 35. 7.6 INFO TAMBAHAN BIL KONSEP/ ISTILAH HURAIAN 1 Tenaga nuklear Tenaga nuklear ialah tenaga yang dihasilkan dengan menggunakan bahan aktif. 2 Tenaga suria Tenaga suria ialah tenaga yang dihasilkan daripada sinaran matahari. 3 Tenaga biomas Tenaga biomas ialah tenaga yang terhasil daripada proses pereputan tumbuhan dan haiwan. BIL FAKTA HURAIAN 1 Bijih timah -Bahan tidak berkarat. -Bahan mineral yang tidak boleh diperbaharui. BIL KLASIFIKASI HURAIAN 1 Sumber mineral -Petroleum, gas asli, bijih timah, bijih besi, kuprum, emas, bauksit, arang batu, batu kapur, kaolin dan batu mamar.
  • 36. BIL KRITERIA HURAIAN 1 Hutan hijau tropika -Tumbuh di kawasan kurang daripada 1000 m tinggi. -Tumbuh di kawasan tanah aluvium dan laterit. -Tumbuh rapat dan malar hijau. 2 Hutan paya air masin -Tumbuh di kawasan lumpur dan bersaliran buruk 3 Hutan paya air tawar -Tumbuh di kawasan gambut. 4 Hutan pantai -Tumbuh di kawasan berpasir. 5 Hutan gunung -Tumbuh mengikut ketinggian. -Tumbuh pada ketinggian 1200 -3500 m lebih.
  • 37. BAB 8 KEPENTINGAN PELBAGAI SUMBER Bahan mentah untuk Getah, minyak sawit dan perindustrian banyak lagi Sektor pelombongan, Mewujudkan peluang pertanian, pembalakan pekerjaan dan pembuatan Kepentingan Pelbagai Menambahkan pendapatan negara Eksport dan cukai Sumber Jengka dab Muazam Syah Pembukaan kawasan (hasil pertanian) dan Miri, baru Lutong dan Kerteh (penapisan petroleum) Kemudahan Mengembanagkan pengangkutan, kemudaha infrastruktur perhubungan, bekalan air da elektrik
  • 38. 8.1 OBJEKTIF Di akhir unit ini, anda akan dapat :  Menyenaraikan kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.  Menjelaskan dengan contoh kepentingan penerokaan pelbagai sumber negara Malaysia.  Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber kepada pembangunan negara Malaysia. 8.2 BAHAN MENTAH UNTUK PERINDUSTRIAN Sumber semulajadi banyak dijadikan sebagai bahan mentah dalam sektor perindustrian. Kayu hutan hijau tropika seperti meranti, balau, keruing dan cengal digunakan sebagi industri perabot. Buluh dan rotan digunakan untuk membuat kraftangan dan perabot. Pokok bakau digunakan untuk mebuat cerucuk dan kayu api. Pokok ru digunakan untuk membuat perahu. Mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul. Batang nibung digunakan untuk membuat rumah dan kelong. Petroleum dan gas asli digunakan dalam industri petrokimia. Gas asli dan fosfat digunakan dalam industri baja urea di Bintulu. Tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, petai dan pokok setawar digunakan dalam industri perubatan.
  • 39. Sumber air digunakan untuk menjada kuasa hidroelektrik dan mengairi kawasan pertanian. 8.3 PELUANG PEKERJAAN Penerokaan sumber semulajadi akan mewujugkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian, perlombongan, perikanan dan perhutanan. Pada tahun 2004, seramai 1.4 juta orang penduduk negara kita terlibat dalam sektor pertanian dan perhutanan dan 41 928 orang terlibat dalam sektor perlombongan. Sektor perhutanan mewujudkan peluang pekerjaan seperti pembalak, pemandu lori balak dan pekerja di kilang papan. Sumber air penting dalam memajukan sector perikanan di negara ini iaitu perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam. Kegiatan akuakultur juga memberikan peluang pekerjaan dalam sector perikanan di negara ini. Kegiatan perlombongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang luas seperti perlombongan bijih timah di Lembah Kinta, Lembah Klang dan Jemaluang. Perlombongan petroleum memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar Kerteh, Port Dickson, Miri dan Lutong. Peluang pekerjaan dalam pertanian wujud di kawasan penanaman padi, getah, kelapa sawit, teh, kelapa, nenas dan tembakau. Peluang pekerjaan juga wujud dalam agensi yang terlibat dalam pertanian seperti FELDA, RISDA, FAMA, MARDI dan MPOB.
  • 40. 8.4 MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA Penerokaan sumber menambahkan pendapatan negara. Negara yang banyak mengimport sumber dari negara kita ialah Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan China. Sektor pelancongan menambahkan pendapatan negara. Pada tahun 2002, seramai 13.3 juta orang telah melancong ke negara kita. Kegiatan akuakultur iaitu peternakan udang dan ikan dijalankan untuk menambahkan pendapatan negara. Hasilnya akan di eksport ke Jepun dan Taiwan. 8.5 PEMBUKAAN KAWASAN BARU Sumber alam menjadi pendorong kepada pembukaan kawasan baru. Petempatan kecil akan berkembang menjadi kawasan Bandar. Penerokaan sumber mineral tenaga petroleum dan gas asli mendorong kepada perkembangan Bandar seperti Kerteh, Paka, Bintulu dan Miri. Penerokaan hutan untuk kegiatan pembalakan telah membangungkan kawasan petempatan baru seperti Sandakan di Sabah. Penerokaan sumber air untuk menjada kuasa hidroelektrik telah membuka kawasan petempatan yang baru dan mampu menjadi daya tarikan pelancongan. Contohnya Tasik Kenyir, Terengganu. Kegiatan pertanian mempengaruhi pembukaan petempatan baru seperti penanaman kelapa sawit dan getah di kawasan terancang seperti di Bandar Jengka dan Muadzam Shah di Pahang.
  • 41. 8.6 KEMUDAH INFRASTRUKTUR Penerokaan sumber meningkatkan kemudah infrastruktur seperti jaringan pengangkutan, bekalan air, elektrik dan perhubungan. Kemudahan sosial seperti kemudahan perubatan, sekolah, tempat hiburan dan rekreasi akan meningkat apabila penduduk berhijrah ke kawasan sumber yang di teroka. Bandar Kerteh mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik kerana di pengaruhi oleh kegiatan perindustrian petroleum. Kawasan tanah rancangan mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik. Terdapat kemudahan pengangkutan, perhubungan, bekalan air dan elektrik di kawasan ini. Contohnya ialah FELDA. 8.7 INFO TAMBAHAN BIL KONSEP/ISTILAH HURAIAN 1 Bahan mentah Bahan mentah ialah bahan asas yang digunakan dalam sektor industri. 2 Industri petrokimia Industri petrokimia ialah industri yang berkaitan dengan petroleum dan gas asli. 3 Akuakultur Akuakultur ialah sektor perikanan yang menternak ikan di dalam sangkar.
  • 42. BAB 9 KESAN PENEROKAAN SUMBER TERHADAP ALAM SEKITAR Kesan Penerokaan Terhadap Alam Sekitar Perubahan Kepupusan flora Peningkatan Kesan hakisan Pencemaran Landskap Banjir dan fauna suhu tanah udara dan air (pandang darat) 9.1 OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan dapat :  Menyenaraikan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.  Menghuraikan dengan contoh kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia.
  • 43. 9.2 PERUBAHAN PANDANG DARAT Penerokaan sumber menyebabkan perubahan landskap atau perubahan pandang darat. Kegiatan perlombongan, pembalakan, penerokaan tanah untuk pertanian dan pembinaan empangan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kegiatan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta dan Lembah Klang meninggalkan bekas lombong yang terdiri daripada tasik, timbunan tanah dan pasir. Kaedah melombong bijih timah dengan menggunakan kapal korek meninggalkan tasik bekas lombong. Kaedah lombong dedah meninggalkan lekukan yang luas. Kegiatan pembalakan menyebabkan hakisan tanah. Hakisan tanah menyebabkan perubahan landskap. Penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian seperti penanaman teh, kelapa sawit dan getah mengubah kawasan hutan menjadi pandang darat buatan manusia. Bukit-bukit diteres bagi proses penanaman dijalankan. Pembinaan empangan untuk menjana proses hidroelektrik dan empangan untuk proses pengairan pertanian akan menenggelamkan kawasan hutan dan mengubah landskap menjadi tasik yang luas. Contohnya ialah Empangan Tasik Kenyir di Terengganu. Kawasan Pembalakan Kawasan Pertanian PERUBAHAN LANDSKAP Kawasan Empangan Kemudahan Insfrastruktur
  • 44. 9.3 KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA Penerokaan sumber menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan untuk pertanian memusnahkan habitat flora dan fauna dan akan menyebabkan sepsis pokok dan binatang yang berharga mengalami kepupusan. Antara sepsis pokok yang mengalami masalah kepupusan ialah pokok keruing, jelutung, merbau, berlian, orkid hutan dan pokok bakau. Kegiatan pembalakan akan menyebabkan habitat haiwan musnah. Haiwan yang kehilangan habitat akan mati kerana kekurangan makanan. Antara sepsis haiwan yang mengalamikepupusan di negara kita ialah tapir, kijang, rusa, seladang, orang hutan harimau, badak sumbu dan kambing gurun. Tapir Kambing Gurun Flora dan Fauna yang Hampir Pupus Pokok Meranti Orang Utan Pokok Merbau
  • 45. 9.4 PENINGKATAN SUHU Penerokaan hutan menyebabkan kawasan suhu setempat meningkat. Pernerokaan hutan telah menyebabkan permukaan bumi terdedah terus kepada sinaran cahaya matahari. Permukaan tanah akan kehilangan kelembapan dengan cepat dan seterusnya menyebabakan peningkatan suhu setempat. Suhu di kawasan berhutan tebal lebih rendah dan sejuk berbanding dengan suhu kawasan yang telah digondolkan. Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan suhu melalui proses transpirasi. Transpirasi ialah satu proses penyejatan air permukaan daun ke atmosfera. Ekoran daripada penebangan hutan secara berlelusa, maka proses transpirasi akan berkurangan dan suhu setempat akan meningkat. Contohnya ialah peningkatan suhu di Tanah Tinggi Cameron. Min suhu di Tanah Tinggi Cameron ialah 19 °C dan ekoran daripada penebangan hutan menyebabkan suhu meningkat kepada 19.5 °C. 9.5 HAKISAN TANAH Penebangan hutan untuk pertanian, perlombongan dan jaringan pengangkutan mendedahkan tanah kepada proses hakisan tanah yang giat. Tumbuhan melindungi tanah daripada hakisan air hujan. Kanopi tumbuhan menghalang air hujan terus sampai ke permukaan bumi. Akar tumbuhan mencengkam tanah dan manghalang proses hakisan berlaku. Penebangan hutan telah menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan tanah dan menyebabkan aliran lumpur, gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Tanah runtuh sering berlaku di kawasan lebuh raya.
  • 46. Tanah yang terhakis menuruni cerun dalambentuk lumpur dan memasuki sungai. Tanah yang termendap di dasar sungai menjadikan sungai semakin cetek dan kaejadian banjir kilat akan berlaku. Tanah yang mendap di dasar sungai juga menjejaskan hidupan akuatik sungai. Penebangan paya bakau di pinggir laut mendedahkan hakisan ombak di pinggir laut semakin giat berlaku. Kegiatan pertanian pindah yang dilakukan oleh kaum asli menyebabkan tanah terdedah kepada proses hakisan. Tanah yang terhakis akan kehilangan nutrient dan menjadi gersang. 9.6 BANJIR Kegiatan pembalakan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah kejadian banjir. Keadaan air sungai yang keroh menunjukkan sungai berkenaan membawa bahan-bahan hakisan tanah yang banyak. Air sungai di kawasan pembalakan sentiasa keruh dan menjejaskan hidupan akuatik. Tanah yang terdedah ekoran daripada proses pembalakan akan terhakis dibawa oleh arus air ke sungai dan termandap di dasar sungai. Dasar sungai yang cetek tidak dapat menampung air apabila hujan lebat dan menyebabkan air akan melimpah keluar daripada sungai. Maka kejadian banjir akan berlaku. Kegiatan pembalakan di hulu Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjebabkan kejadian banjir di kawasan hilir sungai. 9.7 PENCEMARAN UDARA DAN AIR Penerokaan sumber mencemarkan alam sekitar.
  • 47. Perlombongan bijih timah dan kegiatan pembalakan menyebabkan tanah yang terhakis memasuki sungai dan menjejaskan hidupan akuatik. Bahan yang terhakis semasa hujan seperti pasir, lumpur dan kelodak mengalir masuk ke sungai dan mencemarkan sungai. Lumpur dan kelodak yang berasal dari kawasan perlombongan bijih timah bertoksid dan boleh membunuh hidupan akuatik. Kuari dan granit menyebabkan pencemaran bunyi dan mencemarkan udara dengan habuk dan asap. Perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak mencemarkan laut. Tumpahan minyak menjejaskan hidupan laut. 9.8 INFO TAMBAHAN BIL KONSEP/ISTILAH HURAIAN 1 Pandang darat Merupakan permandangan semulajadi. 2 Pandang budaya Permandanag semulajadi yang telah diubah menjadi suatu kawasan yang membangun. Hasil kerja manusia. 3 Proses transpirasi Proses sejat peluhan yang berlaku terhadap tumbuhan.
  • 48. BIL KLASIFIKASI HURAIAN 1 Hakisan tanah -Tanah runtuh -Aliran lumpur -Gelongsoran tanah 2 Pencemaran -Pencemaran air -Pencemaran bunyi
  • 49. BAB 10 PENGURUSAN SUMBER Pengurusan Sumber Kepentingan Langkah-langkah Pengurusan sumber pengurusan sumber pengurusan sumber air di Jepun *Mengelakkan kepupusan *Mengekalkan keseimbangan ekologi *Langkah pemeliharaan *Pengurusan sumber air *Menjamin bekalan berterusan *Langkah pemiliharaan semulajadi. *Menjimatkan sumber *Penguatkuasa undang-undang *Rawatan semula air sisa *Pendidikan industri dan domestik. *Mengelakkan pembaziran sumber
  • 50. 10.1 OBJEKTIF Di akhir unit ini, anda akan dapat  Menyatakan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap penerokaan sumber.  Menyenaraikan dan menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber yang dapat mengurangkan kesan negatif penerokaan sumber.  Mencadangkan langkah-langkah yang boleh digunapakai dalam pengurusan sumber untuk kegunaan masa depan.  Menghuraikan langkah-langkah pengurusan sumber air di Jepun. 10.2 KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER Mengelakkan kepupusan Mengekalkan keseimbangan ekologi Kepentingan Menjamin Pengurusan Sumber bekalan berterusan Menjimatkan sumber Mengelakkan pembaziran sumber
  • 51. 10.2.1 Mengelakkan kepupusan sumber Pengurusan sumber penting untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Sumber hutan, hidupan liar dan sumber mineral perlu diurus untuk mengelakkan berlakunya kepupusan sumber. Pengurusan sumber penting untuk generasi akan dating dapat menggunakan sumber. Penggunaan sumber secra berterusan akan menyebabkan kepupusan sumber. Contohnya, penerokaan sumber hutan tanpa penanaman semula akan menyebabkan kepupusan. Kouta pengeluaran perlu ditetapkan dalam pengeluaran sumber agar tidak berlaku pembaziran dan kepupusan sumber. Sumber tenaga fosil seperti arang batu, petroleum dan gas asli akan pupus jika digunakan secara berterusan. Penggunaan tenaga alternative seperti kuasa hidroelektrik, tenaga suria dan angin dapat mengurangkan masalah kepupusan sumber. 10.2.2 Mengekalkan ekosistem Pengurusan sumber penting dalam mengekalkan ekosistem semulajadi. Ekosistem ialah interaksi antara komponen biotic dan abiotik. Interaksi komponen biotic dan abiotik melibatkan proses kitaran makanan dan kitaran udara. Pengurusan sumber yang tidak terancang akan menyebabkan ekosistem tergangu. Biotic ialah benda-benda hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Abiotik ialah benda-benda tidak hidup seperti angin, cahaya matahari, tanah dan air. 10.2.3 Menjamin bekalan berterusan Kawalan pengurusan sumber iaitu kuota pengeluaran ditetapkan supaya bekalan sumber akan berterusan.
  • 52. Kawalan pencemaran laut dan sungai dilakukan agar hidupan akuatik tidak terjejas. Tukun tiruan diperbuat daripda tayar buruk dan diletakkan didasar laut agar hidupan laut mendapat perlindungan dan membiak. Pengurusan sumber yang lemah akan menyebabkan berlakunya pembaziran sumber. 10.3 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN SUMBER Langkah-langkah Pengurusan Sumber Penguatkuasaan Pemeliharaan Pemuliharaan Pendidikan Undang-undang
  • 53. Pengurusan Sumber Pemeliharaan dan Penggunaan sumber Alternatif. Pemuliharaan  Menggunakan kayu getah, rotan, buluh bagi menggantikan kayu keras.  Menggunakan tenaga alternatif seperti tenaga suria, biomas dan hidroelektrik menggantikan tenaga fosil Program Kitar Semula  Mengamalkan konsep 3R – Reduce, Reuse dan Recycle.  Kitar semula bahan seperti kertas dan logam. Penghutanan Semula  Menanam semula spesies-spesies pokok bermutu tinggi dan cepat matang  Contoh akasia, yemane dan batai. Ladang Hutan  Kayu bermutu seperti akasia, yemane dan batai di tanam secara ladang. Rawatan Sivilkultur  Pokok bermutu akan di bantu dan diberi bantuan untuk hidup dan bersaing Penebangan Terpilih  Membuat pemantauan supaya pokok yang betul-betul matang dan berdiameter sekurang-kurang 45cm boleh ditebang.
  • 54. Penguatkuasaan undang- Akta Kualiti Alam Sekitar undang  Pemeriksaan dan pemantauan kawasan tumpahan minyak / penerokaan mineral lain. Akta Perhutanan  Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)  Akta Perlindungan Hidupan Liar Mewarta Hutan Simpan Kekal dan Taman Negara  Kawasan tertentu duwarta sebagai hutan simpan, taman negara, hutan lipur danrizab perlindungan haiwan  Contoh Hutan Simpan Sik< Taman Negara Pahang dan Bako Sarawak. Pemulihan Bekas Lombong  Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri menggariskan langkah-langkah pemuliharaan selepas penerokaan. Pendidikan alam Sekitar  Penubuhan FRIM Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia yang menjalankan penyelidikan perhutanan.  Penwujudan PERHILITAN Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara bagi melindungi taman negara dan huidupan liar  Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) danTabung Alam Malaysia merupakan badan bukan kerajaan yang menjalankan pendidikan alam sekitar kepada orang ramai.
  • 55. 10.4 PENGURUSAN SUMBER AIR DI JEPUN Pengurusan air di Jepun terbahagi kepada tiga iaitu : Pengurusan Air  Membina empangan pelbagai guna Pengurusan Sungai  Membina empangan kecil di kawasan terpencil  Melebar dan mendalamkan dasar sungai  Membina laluan banjir (floodways)  Membina sistem pebetungan Pengurusan Tasik  Membersihkan tasik-tasik  Mengawal pembiakan rumpai  Mendalamkan tasik  Undang-undang Kawalan Kualiti Air Kawalan Undang-undang  Undang-undang Kawalan Buangan Industri 1958  Undang-undang asas Bagi Kawalan Pencemaran Alam Sekitar
  • 56. 10.5 INFO TAMBAHAN BIL KLASIFIKASI HURAIAN 1 Langka-langkah pengurusan -Pemeliharaan sumber -Pemuliharaan -Undang-undang -Pendidikan