SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
KANDUNGAN


PENGHARGAAN...............................................................................................................2
OBJEKTIF...........................................................................................................................4
JADUAL LATIHAN...........................................................................................................5
LATAR BELAKANG FIRMA............................................................................................6
  Pengenalan.......................................................................................................................6
  Matlamat..........................................................................................................................8
  Pentadbiran Dan Pengurusan...........................................................................................9

     Kakitangan Tetap
    ......................................................................................................................................9
     Kakitangan Sokongan................................................................................................10
  Carta Organisasi.............................................................................................................11
  Strategi Pemasaran.........................................................................................................12
  Program dan Kursus Yang Ditawarkan.........................................................................14
     Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)...............................................................14
     Kursus Peringkat Diploma.........................................................................................16
     Latihan dan Kursus Profesional.................................................................................16
  Kemudahan Fizikal dan Peralatan.................................................................................17
  Kesimpulan....................................................................................................................20
RINGKASAN KERJA.......................................................................................................21
LAPORAN KERJA...........................................................................................................22
  Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer...................................22
  Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer............................................24
  Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)..................................27
  Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)...................................30
  Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)....................................33
  Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)...............................36
  Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)...............................................39
  Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej...............................................................42
  Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1)......................45
  Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2)....................48
  Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori..........................................51
  Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan..................................54
  Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer......................57
CADANGAN DAN KOMEN..........................................................................................62
KESIMPULAN..................................................................................................................63
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke
atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta
para sahabat baginda yang terpilih.


Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan,
rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri,
menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima
diploma.


Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan
ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan
moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin Mohamad,
Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan
saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha Rozaida yang dengan
sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang
telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan.


Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed,
Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu
menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini Bt
Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu menguruskan
hal-ehwal latihan industri.




                                                                                    2
Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan
seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu
yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun dalam
kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI.


Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli
keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan Hamidah
Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada
rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang telah sama-sama
mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini.


Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima
kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Mohamad Azri Azhar
April 2003




                                                                                  3
OBJEKTIF

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa
tentang berbagai-bagai aspek dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik,
Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Pengurusan Teknologi, Penilaian dan Ukur
Tanah serta peranannya dalam masyarakat.


Objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut:


1. Untuk membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan
selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan
memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan
pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.


2. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam
berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan
pentadbiran projek.


3.   Seperti yang diketahui bahawa kerja-kerja Kejuruteraan dan Pengurusan tidak
selalunya didasarkan kepada kerja-kerja pejabat sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja di
tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat mencabar. Maka adalah
diharapkan bahawa latihan ini mendedahkan tapak yang sebenarnya.


4.   Untuk mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat
latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut.


5. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal
yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi
latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan.


                                                                                        4
JADUAL LATIHAN

• Tarikh mula latihan industri: 6 Januari 2003


• Tarikh tamat latihan industri: 19 April 2003


• Waktu kerja: 8.30 AM sehinnga 5.45 PM


• Waktu rehat: 1.00 PM sehingga 2.00 PM


• Cuti: Sabtu dan Ahad


• Tarikh penyerahan markah Latihan Industri kepada penyelia: 25 April 2003




                                                                             5
LATAR BELAKANG FIRMA

Pengenalan


Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada Pusat Geomatika Technology
Sdn. Bhd. (Kod Pusat L00632) yang beralamat di 11-G, Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan
Jelatek, 54200 Kuala Lumpur. Pusat ini adalah pelopor tunggal Pusat Latihan dalam
teknologi Geomatik. Ia diwujudkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita iaitu
mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 jawatan dalam bidang ini menjelang tahun
2010. Ini kerana, IPTA sedia ada hanya mampu melahirkan 150 pelajar setiap tahun
dalam bidang ini untuk peringkat Ijazah dan Sarjana. Manakala untuk peringkat Diploma
dan Sijil adalah terlalu berkurangan. Kini Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang
menjalankan program pendidikan dengan usahasama Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) dalam kursus Pembantu Luar Ukur Tanah-Kejuruteraan
(Kejuruteraan Sains Geoinformasi).


Pusat ini pada asalnya ditubuhkan dengan nama Center of excellence for Geographical
Information System (CEGIS), yang mana ia menyediakan latihan dan kursus profesional
kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Bertitik-tolak daripada sambutan
menggalakkan terhadap latihan dan kursus yang dianjurkan, maka terhasilnya idea untuk
membangunkan satu Pusat Latihan yang menjurus ke arah bidang pendidikan yang lebih
meluas iaitu Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.


"Menyediakan pendidikan dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti,
berpengetahuan, berkemahiran, produktif dan relevan dengan perkembangan teknologi
serta keperluan pembangunan sektor ekonomi negara"


Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Hj. Mohaizi Bin Mohamad, bekas
Pegawai Kanan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah berkhidmat


                                                                                    6
dengan kerajaan selama 19 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah
pernah menjawat jawatan Pengarah Latihan dan R&D selama 5 tahun. Beliau juga adalah
pengasas pembangunan Institut Latihan Ukur dan Tanah (INSTUN), Kementerian Tanah
dan Pembangunan Koperasi yang sedang beroperasi sekarang. Berbekalkan ilmu
teknologi yang terkini dan pengalaman latihan dan pendidikan selama 5 tahun dengan
kerajaan, beliau berjati diri untuk menubuhkan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.


Geomatika    Technology     Sdn.    Bhd.   mempunyai     Modal     Berbayar   sebanyak
RM5,000,000.00 dan Modal Dibenarkan sebanyak RM5,000,000.00. Disertakan bersama
senarai Ahli Lembaga Pengarah Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Borang 24 dan
Borang 49 seperti di Lampiran 1).


Geomatika Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang memiliki kekuatan
dalam bidang Geomatik. Ia menjalankan pelbagai perkhidmatan dengan menggunakan
peralatan dan perisian terkini. Berdasarkan kepada faktor tersebut juga, Pusat Geomatika
Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan. Ia bertujuan untuk mengembangkan kepakaran serta
pengetahuan, di samping memanfaatkan peralatan dan perisian yang dimiliki.




                                                                                      7
Matlamat


Penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada beberapa
objektif berikut:


• Objektif utama penubuhan adalah untuk mengisi kekurangan tenaga kerja mahir
   terutama bumiputera dalam bidang Geomatik iaitu Pemetaan, Kartografi, Geologi,
   Fotogrametri, GIS, Gambarfoto Udara, Remote Sensing, Ukur Kejuruteraan,
   Hidrografi, Radargrammetry, Geosains, Pentadbiran dan Pembangunan Tanah,
   Perancangan, GPS, dan Web GIS, di samping bidang ICT iaitu Sistem Komputer, e-
   commerce, e-business, Komunikasi, Security dan Keusahawanan.


• Memberi peluang kepada para pelajar supaya senang diserap ke syarikat swasta yang
   memerlukan pekerja berkemahiran dalam melaksanakan projek-projek menggunakan
   perkakasan dan perisian terkini. Ini kerana kurikulum yang digunapakai di Pusat ini
   adalah berorientasikan 70% kemahiran (competency) dan 30% pendidikan.


• Perkembangan bidang ekonomi dan teknologi maklumat yang begitu pesat
   membangun di negara ini menjadi satu titik tolak kepada penubuhan Pusat ini.


• Menyediakan program-program pendidikan tinggi dan latihan-latihan kemahiran
   sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan negara.


• Menyediakan peluang kepada belia-belia lepasan sekolah dalam pendidikan tinggi dan
   latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan pembangunan sektor-sektor
   ekonomi negara.


• Menyediakan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berterusan kepada
   tenaga kerja bagi peningkatan kemahiran, pengetahuan, produktiviti dan inovatif
   mereka sejajar dengan arus perkembangan dan pembangunan teknologi.


                                                                                    8
Pentadbiran Dan Pengurusan


Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terdiri daripada kakitangan tetap dan kakitangan
sokongan seperti berikut (struktur organisasi keseluruhan seperti di Lampiran 2) :



Kakitangan Tetap


 Tuan Hj.Mohaizi Bin.Mohamad                                      CEO
 Puan Maraton Binti.Hj.Yahya
 - Sarjana Muda Ekonomi (Gunaan), UM                            Pengetua
 - Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UKM
 Puan Marzaroten Bt.Hj Yahya
 - Sarjana Muda in Quantity Survey,UK                       Pengurus MLVK
 - Diploma in QuantitySurvey,UTM
 Cik Nurmiza Bt Ahmed Zulkifli                      Penolong ketua/Pengurusan/ Unit
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM                           Kurikulum
 Cik Aisha Rozaida bt. Mohd Ridzuan
 - Sarjana Muda Sains in Computing and
                                                          Pendaftar/Pengurusan
 Information Systems, NCC London
 Guildhall University
 En. Mohd Suhairi b. Saad Ali
 - Sarjana Muda in Built Environment and
                                                   UnitPembangunan/ Tenaga Pengajar
 Mapping Science, University of Luton,
 Bedfordshine, England
 Cik Emilia Bt. Md. Noah
                                                           Unit Pembangunan
 - Diploma Sains Komputer, UTM




                                                                                      9
Kakitangan Sokongan


 En. Saheran b. Jasmani
                                            Tenaga Pengajar
 - Diploma Ukur Tanah, UTM
 En. Zuhairy b. Ibrahim
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM
 En. Ivin Amri b. Musliman
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
 Cik Mohrini bt. Suaidi
                                            Tenaga Pengajar
 - Diploma Ukur Tanah, UTM
 Cik Siti Nazwatul Farha bt. Idris
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM
 Cik Zamzarina bt. Ali
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
 Cik Kam Haryatie bt. Abdul Mutalib
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains (Komputer), UPM
 Cik Norhaizum Fazira bt. Mohd Yusuf
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM

 Cik Nurhanim bt. Baba                      Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
 Puan Erni Yusniza
                                            Tenaga Pengajar
 - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM
 Puan Rodziah bt. Puteh Shaari
 - Sarjana Muda in Information Technology   Tenaga Pengajar
 Swansea Institute of Higher Learning, UK




                                                              10
Carta Organisasi




                   11
Strategi Pemasaran


 Sebagai sebuah Pusat Latihan yang bertujuan melahirkan para pelajar yang
 berketerampilan dan berpengetahuan tinggi, Pihak kami bertanggungjawab untuk
 memasarkan kursus yang ditawarkan khasnya dan Pusat ini sendiri amnya. Ini bertujuan
 untuk menarik lebih ramai belia lepasan Sekolah Menengah agar berminat untuk
 melanjutkan pengajian dengan menyertai kursus yang ditawarkan di Pusat ini.


 Strategi pemasaran yang dilaksanakan juga adalah mengambilkira faktor perkembangan
 sektor-sektor ekonomi negara serta kajian pasaran terhadap peningkatan tenaga kerja
 yang meluas dalam bidang Geomatik dan ICT


 Berikut disertakan Jadual Unjuran Tenaga Kerja bagi bidang Geomatik dan ICT
 sehingga tahun 2010.


            2002    2003    2004   2005    2006    2007    2008   2009     2010   Jumlah

  Sijil      600    1000    1500   2000    2500    3000    3500   4000     4500   22,600
Diploma     1000    1200    1400   1600    1800    2000    2200   2400     2600   16,200
 Ijazah      400     500     600    700     800     900    1000   1100     1200    7,200
Jumlah      2000    2700    3500   4300    5100    5900    6700   7500     8300   46,000

 Berdasarkan kepada Jadual Unjuran di atas, didapati negara memerlukan tenaga kerja
 yang tinggi dalam kedua-dua bidang bagi kesemua peringkat. Peningkatan keperluan
 negara terhadap tenaga kerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut :


 • Perkembangan berterusan dalam sektor-sektor ekonomi negara termasuk pembinaan,
   perindustrian, perkhidmatan, keselamatan dan politik.


 • Perkembangan teknologi ICT di mana Malaysia mempunyai MSC, Satelit TiungSAT1
   dan MEASAT, MACRES, Balai Cerap (Planetarium) dan sebagainya.




                                                                                    12
• Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi membentuk satu masyarakat dan negara
  yang berteknologi tinggi.


Memandangkan peningkatan yang memberangsangkan, maka Pusat ini berhasrat supaya
penubuhannya dapat memenuhi keperluan negara. Antara strategi pemasaran yang
dijalankan adalah :


• Menawarkan kursus yang mempunyai permintaan pekerjaan tinggi di pasaran dengan
  menyediakan kemudahan yang bersesuaian.


• Mengiklankan kursus yang ditawarkan di akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia
  dan New Straits Time (ruangan Bits and Bytes) setiap sesi pengambilan dibuka.


• Melantik agen yang berkelayakan untuk mendapatkan pelajar.


• Mendapatkan senarai nama pelajar lepasan Sekolah Menengah dari semua sekolah di
  seluruh Semenanjung Malaysia.untuk dibuat sampling bagi tujuan penghantaran surat
  jemputan mengikuti kursus yang ditawarkan.


• Menghantar risalah ke sekolah dan rumah.


• Mengadakan sesi dialog (bengkel) kerjaya bersama kaunselor di sekolah menengah
  untuk mempromosikan dan memberi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan.


• Menawarkan insentif kepada pelajar-pelajar sedia ada untuk membawa rakan atau
  saudara mengikuti kursus di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd.




                                                                                  13
Program dan Kursus Yang Ditawarkan

Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)
Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan kursus dengan usahasama
MLVK di peringkat Sijil beorientasikan kemahiran bagi lepasan SPM iaitu Pembantu
Luar Ukur Tanah - Kejuruteraan (sedang diusahakan penukaran nama baru kepada
Kejuruteraan Sains Geoinformasi) selama 13 bulan. Kursus ini telahpun bermula pada 27
Mei 2002 bagi pengambilan sesi pertama dan pengambilan sesi kedua pada bulan
September 2002. Kursus yang ditawarkan ini terdiri daripada bidang-bidang seperti :


Kejuruteraan Geomatik
• Merupakan satu bidang pengukuran bagi sesuatu kawasan dan pengumpulan data-data
  di lapangan (field data collection).


• Ia melibatkan proses mendapatkan jarak, ketinggian dan arah (sudut) di sesuatu
  kawasan.


• Bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi memetakan atau penyediaan pelan
  kedudukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, ukur hakmilik, ukur kadaster (lot) dan ukur
  pengesanan utiliti bawah tanah (underground detection).


• Penekanan diberikan kepada penggunaan alat pengukuran dan perisian terkini bagi
  menghasilkan maklumat daripada data-data yang telah dicerap di lapangan.


Sistem Maklumat Geografi (GIS)
• Merupakan satu bidang melibatkan sistem berasaskan komputer yang direkabentuk
  untuk menguruskan perancangan data-data yang berkaitan dengan gunatanah secara
  sempurna bagi tujuan membolehkan pembangunan strategik bagi sesuatu kawasan.




                                                                                      14
• Sistem ini bertindak sebagai alat untuk menyokong perolehan, penyimpanan,
  pengolahan dan penganalisaan data-data tersebut bagi tujuan pemaparan senario-
  senario pembangunan gunatanah secara digital.


• Penekanan diberikan kepada penggunaan perisian terkini bagi mengendalikan kerja-
  kerja yang melibatkan aktiviti-aktiviti gunatanah.


Penderiaan Jauh (Remote Sensing)
• Merupakan satu bidang sains dan teknologi angkasa lepas yang melibatkan
  pengumpulan, pengolahan dan analisis data-data saintifik mengenai atmosfera dan
  permukaan bumi dengan bantuan alat penderia yang diletakkan pada kapal angkasa
  atau satelit.


• Data-data (segmen angkasa lepas) yang dikumpulkan oleh penderia akan dihantar ke
  stesen penerima bumi (segmen bumi) untuk pemprosesan selanjutnya bagi
  menghasilkan maklumat yang berguna untuk pelbagai tujuan saintifik (segmen
  pengguna).


• Teknologi Penderiaan Jauh merangkumi tiga komponen utama iaitu;
           o Segmen angkasa lepas
           o Segmen bumi
           o Segmen pengguna.


• Penekanan diberikan kepada pemprosesan data-data menggunakan perisian terkini
  untuk mengeluarkan maklumat-maklumat saintifik yang berguna di dalam bidang
  aplikasi seperti kejuruteraan, pemetaan, pengurusan sumber alam, alam sekitar dan
  perancangan strategik (ketenteraan).


Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. juga akan menawarkan beberapa kursus
tambahan (selain dari kursus V-010-3), yang mana sedang diusahakan pentauliahan dari
MLVK


                                                                                 15
Yuran Pengajian adalah melalui pinjaman yang boleh dipohon oleh pelajar dari Tabung
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber. Pinjaman akan dibayar semula setelah 6
bulan tamat pengajian atau sebaik sahaja mendapat kerja



Kursus Peringkat Diploma
Selain dari itu, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. akan turut menawarkan kursus-
kursus di peringkat Diploma seperti :


• Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
• Pengajian Perniagaan
• Kejuruteraan Ukur dan GPS
• Sistem Maklumat Geografi (GIS)
• Penderiaan Jauh (Remote Sensing)




Latihan dan Kursus Profesional
Selain daripada menawarkan Kursus Peringkat Sijil dan Diploma, Pusat ini juga masih
terus menawarkan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun
swasta. Kursus dan Latihan ini lebih menjurus kepada bidang GIS, Remote Sensing dan
Geomatik dengan metodologi serta pengisian yang efektif.




                                                                                  16
Kemudahan Fizikal dan Peralatan


Premis lokasi Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terletak di kawasan Pusat
Perniagaan Jelatek yang mana ia merupakan satu kedudukan yang strategik dari aspek
keselamatan dan kemudahan asas. Dari aspek keselamatan, terdapat sebuah Balai Polis
mini berhampiran yang akan memudahkan laporan dirujuk sekiranya berlaku sebarang
kejadian kecurian, kemalangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kes jenayah.


Beberapa kemudahan asas yang terdapat di sekitar Premis adalah seperti:


• Stesen LRT, perhentian bas dan teksi
• Surau dan masjid
• Bank
• Klinik.
• Stesen minyak.
• Pejabat Pos mini.
• Gerai makan.
• Kedai buku dan alatulis.
• Pusat Internet dan Multimedia.
• Taman permainan dan rekreasi.


Kemudahan yang disediakan di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. dikategorikan
seperti berikut:


• 1 Bilik Kuliah / Bilik Seminar Korporat
      o Merupakan bilik untuk diadakan kuliah yang tidak melibatkan penggunaan
          komputer.
      o Boleh menempatkan 30 orang pelajar dalam satu masa.




                                                                                  17
• 3 Bilik/Makmal Komputer
     o    Merupakan bilik/makmal yang dilengkapi komputer untuk kegunaan setiap
         pelajar.
     o    Terdapat 1 bilik/makmal yang boleh menempatkan 40 orang pelajar dan 2
         bilik/makmal yang boleh menempatkan 30 orang pelajar setiap bilik/makmal.


• 1 Bilik Multimedia / Perpustakaan
     o Merupakan bilik rujukan bagi pelajar, yang mana terdapat pelbagai buku dan
         bahan rujukan bersesuaian. Ia juga merupakan bilik di mana Latihan dan
         Kursus Profesional dijalankan.


• 1 Bilik Pengetua dan 1 Bilik Timbalan Pengetua.


• 1 Bilik Tenaga Pengajar
     o Menempatkan 3 orang tenaga pengajar.


• 1 Ruang Pentadbiran
     o    Merupakan bahagian Pentadbiran dikendalikan.
     o    Menempatkan Pendaftar dan Kerani.


• 1 Bilik Stor




Kelengkapan/Kemudahan/Peralatan yang diperolehi dari Pihak Luar :


Kelengkapan/kemudahan/peralatan lain yang bersesuaian akan dibeli dari semasa ke
semasa mengikut keperluan kursus yang dilaksanakan. Pusat ini juga bercadang untuk
mendapatkan khidmat dan bantuan dari beberapa pihak luar untuk tujuan meminjam,




                                                                                     18
menggunakan atau membeli kelengkapan, kemudahan dan peralatan dari semasa ke
semasa bagi memenuhi keperluan kursus.


Berikut adalah senarai peralatan yang disediakan:


Komputer Pentium 4         -      100 unit
A4 Digitising Tablet       -      30 unit
Plotter                    -      1 unit
Laser Printer              -      1 unit
Scanner                    -      1 unit
Mesin Fotostat             -      1 unit
Mesin Faks                 -      1 unit
Telefon                    -      8 unit
Server                     -      1 unit
Total Station              -      5 unit
Digital Camera/Video       -      2 unit
GPS Leica & NAVCOM         -      2 unit
PenBase Computer           -      2 unit
TDS Logger                 -      2 unit
Laser Ace 300              -      2 unit
Locator                    -      2 unit




                                                                         19
Kesimpulan


Berdasarkan kepada beberapa objektif penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn.
Bhd. yang dibuat merujuk kepada kajian pasaran semasa, Pihak kami berharap agar
kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dan bertepatan dengan perkembangan
teknologi dan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara.


Pihak kami juga berhasrat dapat melahirkan dan seterusnya mengisi kekurangan tenaga
kerja mahir terutama bumiputera yang berilmu, berpengetahuan dan berketerampilan
tinggi.


Diharapkan juga dengan penubuhan Pusat ini dapat memenuhi seruan kerajaan dan
negara iaitu Pihak swasta terus memainkan peranan dalam bidang pendidikan serta
latihan agar semakin maju dan berkembang selaras dengan era globalisasi.




                                                                                20
RINGKASAN KERJA

Tugas saya di sini merupakan sebagai pembangun dan penyelaras sistem, rekabentuk dan
juga pembantu teknikal di mana segala kerja-kerja berkenaan teknologi maklumat,
multimedia, membaiki peralatan komputer dan perkakasan teknologi maklumat,
membangunkan sistem untuk syarikat dan mengawal segala peralatan komputer dan
makmal komputer adalah di bawah bidang tugasan saya.


Tugasan saya merangkumi kerja-kerja membangunkan sistem pangkalan data
menggunakan Microsoft Access dan Microsoft Visual Basic. Selain itu saya juga mereka
bentuk laman web, brochure, logo kerja-kerja teknikal di mana saya perlu mengawal serta
menjaga perkakasan-perkakasan komputer dan keperluan makmal komputer di organisasi
ini dari semasa ke semasa dan juga membangunkan sistem untuk kegunaan kolej tersebut.
Saya menjalankan tugasan saya bersama-sama dengan rakan sejawat di bawah
pengawasan juruteknik komputer yang bertugas di Geomatika.


Oleh kerana ini merupakan pusat yang baru, maka kadang kala saya terpaksa bertugas di
bawah bidang pentadbiran. Walaupun begitu ianya tetap merangkumi bidang yang saya
ceburi iaitu Sains Komputer (Teknologi Maklumat)




                                                                                    21
LAPORAN KERJA

Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer.


Tugas pertama saya semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja,
membaik pulih perkakasan dan perisian komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila
perlu, sebagai contoh, apabila komputer pekerja atau pelajar mengalami masalah, kolej
membuka makmal komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada
masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang (install)
semula sistem operasinya kembali. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah:




Cara untuk memformat sebuah cakera keras yang sudahpun ada perisiannya.


Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan pemacu C:,
apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format dengan menaip
FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya terkandung di dalam
disket “startup” (ataupun “boot” / “system”) serta dalam direktori c:dos ataupun
c:windowscommand. Tetapi awas, kerana semua data yang ada di dalamnya akan
dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke dalam disket terlebih dahulu.




Cara jika hendak memformat sebuah cakera keras yang baru (belum digunakan).


Untuk memformat sebuah cakera keras yang belum pernah digunakan, apa yang
dilakukan dilakukan adalah dengan memasangnya ke komputer, kemudiannya hidupkan
komputer tersebut menggunakan disket `startup' dan seterusnya jalankan program atau
arahan FDISK dari prom A:>. Gunakan FDISK untuk mencipta partisi DOS (Create
DOS Partition) yang utama ataupun yang tambahan (extended). Seterusnya komputer


                                                                                         22
akan mengarahkan anda supaya mengulang-hidup (reboot). Kemudian gunakan disket
“startup” itu sekali lagi untuk memformatnya seperti jawapan di atas




Gambar di atas menunjukkan salah satu makmal komputer yang di baik pulih semasa
Latihan Industri. Selain itu kerja-kerja membaiki komputer juga dijalankan di pejabat
pengurusan.




                                                                                  23
Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer


Untuk menjimatkan kos, syarikat menghendaki saya untuk memasang komponen-
komponen komputer dengan sendiri. Komputer-komputer tidak dibeli secara lengkap,
sebaliknya dibeli berasingan dan memasangnya dengan sendiri.




Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah
berikut dilakukan:


• Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan
  yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin
  yang ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah
  kaki pin dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan
  (manual) papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan
  memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan



                                                                                  24
dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan
  mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali dengna papan utama.
  Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis processor yang akan anda pasang.
  Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan motherboard memberikan listrik yang
  tepat dan sesuai dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika
  tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak.


• Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai
  dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci
  yang biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor
  dengan bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang
  pada bagian slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket
  ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat
  mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor) rosak.


• RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk
  harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan
  susah untuk dimasukan.


• Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait
  plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan
  utama (motherboard).


• Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber
  kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab
  ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang
  terdapat pada papan utama tersebut.


• Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang
  pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan
  berhati-hati.


                                                                                   25
• Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket
  dan pemacu CD ROM disambungkan.


• Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD-
  ROM disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk menghubungkan peralatan tersebut ke
  papan utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu.
  Jika terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan
  peralatan-peralatan tersebut.


• Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga
  dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CD-
  ROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu
  pada tiap slot.


• Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan
  pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan
  pada slot PCI.


• Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan
  utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker)
  dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard).
  Biasanya ditulis dengan kod LS.


• Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang.




                                                                                  26
Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)

Saya juga ditugaskan untuk merekabentuk risalah atau brosur (brochure) yang
mengandungi maklumat-maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh kolej tersebut.
Risalah pertama yang harus disiapkan adalah mengenai kursus Multimedia Artis-
Pengarangan dan Perekabentuk Artis-Pengarangan.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:




Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.




                                                                               27
Brochure artis pengarangan.




                              28
--------




           29
Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Takbir Sistem
Maklumat dan Penyelia Takbir Sistem Maklumat.

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:




Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.




                                                                               30
Brochure sistem makluamu




                           31
---




      32
Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)

Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Juruteknik Sistem
Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer

Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:




Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.




                                                                               33
Brochure sistem komputer




                           34
-----------




              35
Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Luar Ukur Tanah.


Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:




Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.




                                                                                 36
Pembantu luar ukur tanah




                           37
---------




            38
Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)


Risalah (brochure) seterusnya adalah mengubahsuai kesemua risalah-risalah yang telah
dibuat ke bentuk tidak berwarna (hitam putih). Ia akan digunakan mengikut kesesuaian
dan untuk menjimatkan kos. Disebabkan kesemua risalah tersebut adalah sama, cuma
satu contoh sahaja akan dipaparkan.


Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti
dibawah:




Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya.




                                                                                 39
Brochure hitam putih




                       40
----------




             41
Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej


Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web kolej. Melalui laman web ini, orang
ramai khususnya para lepasan SPM boleh mengunjunginya untuk mengetahui mengenai
kolej, kemudahan-kemudahan yang ada, hal-ehwal pinjaman, aktiviti kolej, pendaftaran,
dan sebagainya.


Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/
Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7
Animasi: Adobe ImageReady 7
Scripting: Javascript


Gambaran muka hadapan:




                                                                                    42
Gambaran laman web pada halaman seterusnya:




                                              43
Gambaran seterusnya:




                       44
Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat
(Rekabentuk 1)


Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web ibu pejabat syarikat. Melalui laman
web tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui
maklumat mengenai syarikat, perkembangan terkini, maklumat pekerja, kepakaran
syarikat dan sebagainya.


Alamat laman web: http://www.geomatika.com.my/ ( Tidak sempat upload )
Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7


Gambaran muka hadapan:




                                                                                  45
Gambaran halaman seterusnya:




                               46
Gambaran halam seterusnya:




                             47
Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat
(Rekabentuk 2)

Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/
Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver
Grafik: Adobe Photoshop 7
Animasi: Adobe ImageReady 7
Scripting: Javascript


Gambaran muka hadapan:




                                                        48
Gambaran halaman seterusnya:




                               49
Gambaran halaman seterusnya:




                               50
Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori


Kerja yang perlu disiapkan seterusnya adalah membangunkan suatu sistem pangkala data,
ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Ianya dikenali sebagai “Geomatika Inventory
Management System”. Ia digunakan untuk merekod segala peralantan yang terdapat di
pejabat bagi tujuan penyemakkan.


Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6
Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted)


Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:




                                                                                  51
Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh
orang yang tidak berkenaan.




Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:




                                                                                     52
Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan segala
peralantan atau inventori yang ada bagi memudahkan proses pengurusan dan
penyelenggaraan. Pengguna boleh menambah (add), hapus (delete), batal (undo), dan
sebagainya. Ianya amat mudah digunakan dan mesra pengguna.




                                                                              53
Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan

Tugasan seterusnya adalah membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan atau lebih
dikenali sebagai Geomatika Library Management System. Ia dibangunkan bagi
merekodkan buku-buku yang ada di perpustakaan dan menguruskan para peminjam buku
bagi mengelakkan kehilangan dan kecurian. Antaramuka yang digunakan adalah sama
dengan antaramuka sistem sebelum ini bagi memudahkan pengguna mengadaptasi sistem
yang baru.


Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6
Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted)


Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut:




                                                                              54
Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh
orang yang tidak berkenaan.




Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem:




                                                                                     55
Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan buku-buku yang
ada dan memasukkan senarai nama peminjam, tarikh pinjam, tarikh pulang dan
sebagainya. Peminjam yang lambat akan dikenakan denda dan sebagainya.




                                                                              56
Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian
Komputer


Saya juga dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan membangunkan
rangkaian komputer di makmal kolej yang mempunyai 9 buah komputer.

Perkakasan-perkakasan yang digunakan adalah seperti berikut:

Switch




Hub/Switch digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star
topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan
sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam kabinet rangkaian dan mempunyai
sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu.




                                                                                      57
Unshielded Twisted Pair (UTP – Cat 5) Cable




UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan
topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti
dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang
disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan
rangkaian UTP adalah lebih "reliable" jika hendak dibandingkan dengan sambungan
coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki "data
errors" dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan
seluruh rangkaian "down" jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak
(berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network
"down" hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak) Dari segi sejarah pada awal
penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan
10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah.
Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang
lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.




                                                                                     58
RJ 45




RJ – 45 connector biasanya digunakan untuk network cabling dan aplikasi telefon. Ianya
juga digunakan untuk serial connection bagi kes-kes tertentu. Walaupun ianya
mempunyai pelbagai kegunaan, RJ-45 connector paling banyak digunakan untuk 10 Base
T dan 100 Base TX Ethernet connection.




                                                                                    59
Network Interface Card (NIC)




Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada
rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang
dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang
tertentu.




Modem ADSL




Modem berkelajuan tinggi untuk kegunaan rangkaian, ia menggunakan teknologi ADSL
yang menampung servis-servis seperti Streamyx, Time Broadband, Maxis Broadband dan
sebagainya.


                                                                                   60
Topologi yang digunakan adalah topologi bintang (Star)




Ringkasan rangkaian setempat makmal komputer tersebut adalah seperti berikut:




                                                                            61
CADANGAN DAN KOMEN


Latihan industri yang dijalani benar-benar telah membuka pandangan mengenai alam
pekerjaan sebenar. ini kerana ia telah:


   •   Menyedarkan kepentingan latihan industri
   •   Membantu pelatih menghayati realiti kehidupan di alam pekerjaan
   •   Memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap operasi dan perlaksanaan yang
       sebenar dalam realiti pekerjaan.
   •   Memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari dan organisasi mengenai
       bagaimana organisasi beroperasi.
   •   Meningkatkan kemahiran komunikasi dan prosedur kerja.
   •   Memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang.
   •   Memberikan peluang untuk meluaskan kemahiran serta pengetahuan yang
       dipelajari di tempat latihan.




Tetapi beberapa kelemahan perlu diatas:


   • Pelajar sepatutnya tidak disuruh membuat kerja-kerja “office boy” seperti
       menghantar surat, pergi ke bank dan sebagainya.


   • Elaun yang diberi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Pelajar ‘digunakan’
       secukup-cukupnya oleh majikan.


   • Pelajar seharusnya diberikan tunjuk ajar oleh majikan, bukannya menyerahkan
       kerja tersebut bulat-bulat dan menggesa supaya menyiapkannya dengan segara.



                                                                                     62
KESIMPULAN


Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara
yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar
sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan.
Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan din
dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi
pada masa akan datang.


Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok-
belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping
itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran-
pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari.


Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi
menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara
saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat
latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya
berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan
industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana
syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon.




                                                                                    63
© Mohamad Azri Bin Azhar. Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara
sama ada dengan cara penyampaian lisan, elektroknik, fotokopi, tulisan tangan, mekanik
atau cara lain tanpa mendapat izin betulis dari penulis. Semua hakcipta teks dan ilustrasi
adalah milik pemegang hakcipta masing-masing. Jika terdapat sebarang pelanggaran
hakcipta di dalam teks ini, ianya adalah tidak disengajakan. Jika ini berlaku sila hubungi
penulis untuk menukarnya kembali.



Segala kerja-kerja Latihan Industri dan dokumen laporan ini boleh dimuat turun
(download) di: http://azri.free.fr/ bermula dari 5 Mei 2003.



© Mohamad Azri Bin Azhar. 12.50 PM 24 April 2003.




                                                                                         64

More Related Content

What's hot

Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriKizizikachi Izzat
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANcik Ena
 
Dasar keselamatan ict_ukas
Dasar keselamatan ict_ukasDasar keselamatan ict_ukas
Dasar keselamatan ict_ukasSyaliza Razak
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Syafwan Laili
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanFiQahh AmiNn
 
pembentangan latihan industri
pembentangan latihan industripembentangan latihan industri
pembentangan latihan industrihasyimah ismail
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka湘霖 徐
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALLala Aliron
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Rizalshah Zulkifli
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Hajar Hafizah
 
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514Muhammad Nasrullah
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)NaimAlmashoori
 

What's hot (20)

Laporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan IndustriLaporan Akhir Latihan Industri
Laporan Akhir Latihan Industri
 
KOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGANKOMEN DAN CADANGAN
KOMEN DAN CADANGAN
 
Dasar keselamatan ict_ukas
Dasar keselamatan ict_ukasDasar keselamatan ict_ukas
Dasar keselamatan ict_ukas
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
Contoh Presentation Latihan Industri (PIS)
 
5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up5. penulisan bab (16 havent print) check up
5. penulisan bab (16 havent print) check up
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
 
pembentangan latihan industri
pembentangan latihan industripembentangan latihan industri
pembentangan latihan industri
 
Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahanTopik 3 punca kmalangan&pcegahan
Topik 3 punca kmalangan&pcegahan
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
 
Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i
 
Perkeso
PerkesoPerkeso
Perkeso
 
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALTEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
TEORI PERPADUAN, KESEPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
 
Bab 3.
Bab 3.Bab 3.
Bab 3.
 
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
Contoh Laporan Latihan Industri (FULL)
 
Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik Latihan Industri Politeknik
Latihan Industri Politeknik
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)
 

Similar to Report

contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkr
contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkrcontoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkr
contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkrmjaenudin
 
MADA internship report
MADA internship reportMADA internship report
MADA internship reportDhom Nawhki
 
Laporan coling suherman
Laporan coling suhermanLaporan coling suherman
Laporan coling suhermanMulianiAni2
 
contoh laporan jurusan tkr
contoh laporan jurusan tkrcontoh laporan jurusan tkr
contoh laporan jurusan tkrmjaenudin
 
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009Dian Aditya
 
Fuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarFuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarMulianiAni2
 
Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan nusul
 
Laporan cooling sistem habibi
Laporan cooling sistem habibiLaporan cooling sistem habibi
Laporan cooling sistem habibiMulianiAni2
 
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)Eko Supriyadi
 
Laporan prakerin asli
Laporan prakerin asliLaporan prakerin asli
Laporan prakerin asliUli Syarief
 
Fuel sistem excavator 320 d aldi
Fuel sistem excavator 320 d aldiFuel sistem excavator 320 d aldi
Fuel sistem excavator 320 d aldiMulianiAni2
 
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02Abdilah Abdilah
 
Contoh laporan pkl smk
Contoh laporan pkl smkContoh laporan pkl smk
Contoh laporan pkl smkBae Haqie
 
Proposal kp mujahid nasrul
Proposal kp mujahid nasrulProposal kp mujahid nasrul
Proposal kp mujahid nasrulEM Nasrul
 

Similar to Report (20)

contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkr
contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkrcontoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkr
contoh laporan pkl smk auto matsuda jurusan tkr
 
Buku panduan-prakerin
Buku panduan-prakerinBuku panduan-prakerin
Buku panduan-prakerin
 
MADA internship report
MADA internship reportMADA internship report
MADA internship report
 
Laporan coling suherman
Laporan coling suhermanLaporan coling suherman
Laporan coling suherman
 
contoh laporan jurusan tkr
contoh laporan jurusan tkrcontoh laporan jurusan tkr
contoh laporan jurusan tkr
 
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009
Laporan Prakerin - Dian Aditya - 2008/2009
 
Fuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajarFuel system ibnu hajar
Fuel system ibnu hajar
 
Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan Bahasa indonesia laporan
Bahasa indonesia laporan
 
Laporan cooling sistem habibi
Laporan cooling sistem habibiLaporan cooling sistem habibi
Laporan cooling sistem habibi
 
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)
15. menginstalasi perangkat jaringan_berbasis_luas_(wan)
 
Laporan prakerin asli
Laporan prakerin asliLaporan prakerin asli
Laporan prakerin asli
 
Laporan Prakerin Yusuf
Laporan Prakerin YusufLaporan Prakerin Yusuf
Laporan Prakerin Yusuf
 
Fuel sistem excavator 320 d aldi
Fuel sistem excavator 320 d aldiFuel sistem excavator 320 d aldi
Fuel sistem excavator 320 d aldi
 
contoh laporan magang kerja "MECROZE"
contoh laporan magang kerja "MECROZE"contoh laporan magang kerja "MECROZE"
contoh laporan magang kerja "MECROZE"
 
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02
Contohlaporanpklsmk2 130126014230-phpapp02
 
Contoh laporan pkl smk
Contoh laporan pkl smkContoh laporan pkl smk
Contoh laporan pkl smk
 
buku kerja
buku kerjabuku kerja
buku kerja
 
Laporan PRAKERIN MIKROTIK
Laporan PRAKERIN MIKROTIKLaporan PRAKERIN MIKROTIK
Laporan PRAKERIN MIKROTIK
 
Tik.cs02.049.01 buku informasi
Tik.cs02.049.01 buku informasiTik.cs02.049.01 buku informasi
Tik.cs02.049.01 buku informasi
 
Proposal kp mujahid nasrul
Proposal kp mujahid nasrulProposal kp mujahid nasrul
Proposal kp mujahid nasrul
 

Report

  • 1. KANDUNGAN PENGHARGAAN...............................................................................................................2 OBJEKTIF...........................................................................................................................4 JADUAL LATIHAN...........................................................................................................5 LATAR BELAKANG FIRMA............................................................................................6 Pengenalan.......................................................................................................................6 Matlamat..........................................................................................................................8 Pentadbiran Dan Pengurusan...........................................................................................9 Kakitangan Tetap ......................................................................................................................................9 Kakitangan Sokongan................................................................................................10 Carta Organisasi.............................................................................................................11 Strategi Pemasaran.........................................................................................................12 Program dan Kursus Yang Ditawarkan.........................................................................14 Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)...............................................................14 Kursus Peringkat Diploma.........................................................................................16 Latihan dan Kursus Profesional.................................................................................16 Kemudahan Fizikal dan Peralatan.................................................................................17 Kesimpulan....................................................................................................................20 RINGKASAN KERJA.......................................................................................................21 LAPORAN KERJA...........................................................................................................22 Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer...................................22 Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer............................................24 Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan)..................................27 Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat)...................................30 Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer)....................................33 Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah)...............................36 Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih)...............................................39 Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej...............................................................42 Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1)......................45 Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2)....................48 Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori..........................................51 Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan..................................54 Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer......................57 CADANGAN DAN KOMEN..........................................................................................62 KESIMPULAN..................................................................................................................63
  • 2. PENGHARGAAN Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Latihan Industri, menyiapkan penulisan laporan ini dan seterusnya melayakkan saya untuk menerima diploma. Sepanjang penglibatan saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohaizi Bin Mohamad, Pengurusi Geomatika yang telah sudi mengambil saya di syarikatnya bagi membolehkan saya menimba sedikit sebanyak pengalaman bekerja di sana. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Cik Aisha Rozaida yang dengan sabar menyelia dan menguruskan hal-ehwal latihan industri di syarikat tersebut. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pekerja yang telah berkerjasama dengan saya sepanjang tempoh latihan. Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Cik Saidah Binti Mohamed, Penyelaras Program Kerjasama UTM-EDI yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program Latihan Industri ini, dan tidak lupa juga kepada Cik Rosmaini Bt Sulaiman, Penyelia Latihan Industri yang juga telah banyak membantu menguruskan hal-ehwal latihan industri. 2
  • 3. Dengan ini saya juga ingin mengambil kesempatan merakam jutaan terima kasih dan seribu penghargaan kepada penyarah-penyarah, staf-staf EDI serta individu-individu yang terlibat sepanjang sepanjang saya mengikuti pengajian saya selama 3 tahun dalam kursus Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) di EDI. Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli keluarga saya terutamanya kepada ayah dan ibu saya, Azhar Bin Shariff dan Hamidah Bt Ismail yang telah banyak memberi galakan dan dorongan. Demikian juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Zuwairiie Bin Serajudin yang telah sama-sama mengharungi pelbagai cabaran semasa mengikuti latihan industri ini. Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga sumbangan mereka mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Mohamad Azri Azhar April 2003 3
  • 4. OBJEKTIF Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada siswa tentang berbagai-bagai aspek dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Sains Komputer, Pengurusan Teknologi, Penilaian dan Ukur Tanah serta peranannya dalam masyarakat. Objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut: 1. Untuk membolehkan siswa melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas. 2. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan, rekabentuk, pembinaan dan pentadbiran projek. 3. Seperti yang diketahui bahawa kerja-kerja Kejuruteraan dan Pengurusan tidak selalunya didasarkan kepada kerja-kerja pejabat sahaja tetapi melibatkan kerja-kerja di tapak yang berkemungkinan terletak di pendalaman yang sangat mencabar. Maka adalah diharapkan bahawa latihan ini mendedahkan tapak yang sebenarnya. 4. Untuk mendedahkan siswa kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan mengenali peranan jawatan tertentu di dalam organisasi tersebut. 5. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih siswa menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan. 4
  • 5. JADUAL LATIHAN • Tarikh mula latihan industri: 6 Januari 2003 • Tarikh tamat latihan industri: 19 April 2003 • Waktu kerja: 8.30 AM sehinnga 5.45 PM • Waktu rehat: 1.00 PM sehingga 2.00 PM • Cuti: Sabtu dan Ahad • Tarikh penyerahan markah Latihan Industri kepada penyelia: 25 April 2003 5
  • 6. LATAR BELAKANG FIRMA Pengenalan Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah pemilik kepada Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Kod Pusat L00632) yang beralamat di 11-G, Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, 54200 Kuala Lumpur. Pusat ini adalah pelopor tunggal Pusat Latihan dalam teknologi Geomatik. Ia diwujudkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri kita iaitu mewujudkan sekurang-kurangnya 50,000 jawatan dalam bidang ini menjelang tahun 2010. Ini kerana, IPTA sedia ada hanya mampu melahirkan 150 pelajar setiap tahun dalam bidang ini untuk peringkat Ijazah dan Sarjana. Manakala untuk peringkat Diploma dan Sijil adalah terlalu berkurangan. Kini Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan program pendidikan dengan usahasama Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dalam kursus Pembantu Luar Ukur Tanah-Kejuruteraan (Kejuruteraan Sains Geoinformasi). Pusat ini pada asalnya ditubuhkan dengan nama Center of excellence for Geographical Information System (CEGIS), yang mana ia menyediakan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Bertitik-tolak daripada sambutan menggalakkan terhadap latihan dan kursus yang dianjurkan, maka terhasilnya idea untuk membangunkan satu Pusat Latihan yang menjurus ke arah bidang pendidikan yang lebih meluas iaitu Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. "Menyediakan pendidikan dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, produktif dan relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan pembangunan sektor ekonomi negara" Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah dimiliki oleh Hj. Mohaizi Bin Mohamad, bekas Pegawai Kanan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang telah berkhidmat 6
  • 7. dengan kerajaan selama 19 tahun. Semasa berkhidmat dengan kerajaan, beliau telah pernah menjawat jawatan Pengarah Latihan dan R&D selama 5 tahun. Beliau juga adalah pengasas pembangunan Institut Latihan Ukur dan Tanah (INSTUN), Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang sedang beroperasi sekarang. Berbekalkan ilmu teknologi yang terkini dan pengalaman latihan dan pendidikan selama 5 tahun dengan kerajaan, beliau berjati diri untuk menubuhkan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. Geomatika Technology Sdn. Bhd. mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM5,000,000.00 dan Modal Dibenarkan sebanyak RM5,000,000.00. Disertakan bersama senarai Ahli Lembaga Pengarah Geomatika Technology Sdn. Bhd. (Borang 24 dan Borang 49 seperti di Lampiran 1). Geomatika Technology Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang memiliki kekuatan dalam bidang Geomatik. Ia menjalankan pelbagai perkhidmatan dengan menggunakan peralatan dan perisian terkini. Berdasarkan kepada faktor tersebut juga, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. ditubuhkan. Ia bertujuan untuk mengembangkan kepakaran serta pengetahuan, di samping memanfaatkan peralatan dan perisian yang dimiliki. 7
  • 8. Matlamat Penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada beberapa objektif berikut: • Objektif utama penubuhan adalah untuk mengisi kekurangan tenaga kerja mahir terutama bumiputera dalam bidang Geomatik iaitu Pemetaan, Kartografi, Geologi, Fotogrametri, GIS, Gambarfoto Udara, Remote Sensing, Ukur Kejuruteraan, Hidrografi, Radargrammetry, Geosains, Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Perancangan, GPS, dan Web GIS, di samping bidang ICT iaitu Sistem Komputer, e- commerce, e-business, Komunikasi, Security dan Keusahawanan. • Memberi peluang kepada para pelajar supaya senang diserap ke syarikat swasta yang memerlukan pekerja berkemahiran dalam melaksanakan projek-projek menggunakan perkakasan dan perisian terkini. Ini kerana kurikulum yang digunapakai di Pusat ini adalah berorientasikan 70% kemahiran (competency) dan 30% pendidikan. • Perkembangan bidang ekonomi dan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun di negara ini menjadi satu titik tolak kepada penubuhan Pusat ini. • Menyediakan program-program pendidikan tinggi dan latihan-latihan kemahiran sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan negara. • Menyediakan peluang kepada belia-belia lepasan sekolah dalam pendidikan tinggi dan latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara. • Menyediakan peluang pendidikan tinggi dan latihan kemahiran berterusan kepada tenaga kerja bagi peningkatan kemahiran, pengetahuan, produktiviti dan inovatif mereka sejajar dengan arus perkembangan dan pembangunan teknologi. 8
  • 9. Pentadbiran Dan Pengurusan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terdiri daripada kakitangan tetap dan kakitangan sokongan seperti berikut (struktur organisasi keseluruhan seperti di Lampiran 2) : Kakitangan Tetap Tuan Hj.Mohaizi Bin.Mohamad CEO Puan Maraton Binti.Hj.Yahya - Sarjana Muda Ekonomi (Gunaan), UM Pengetua - Sarjana Pentadbiran Perniagaan, UKM Puan Marzaroten Bt.Hj Yahya - Sarjana Muda in Quantity Survey,UK Pengurus MLVK - Diploma in QuantitySurvey,UTM Cik Nurmiza Bt Ahmed Zulkifli Penolong ketua/Pengurusan/ Unit - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM Kurikulum Cik Aisha Rozaida bt. Mohd Ridzuan - Sarjana Muda Sains in Computing and Pendaftar/Pengurusan Information Systems, NCC London Guildhall University En. Mohd Suhairi b. Saad Ali - Sarjana Muda in Built Environment and UnitPembangunan/ Tenaga Pengajar Mapping Science, University of Luton, Bedfordshine, England Cik Emilia Bt. Md. Noah Unit Pembangunan - Diploma Sains Komputer, UTM 9
  • 10. Kakitangan Sokongan En. Saheran b. Jasmani Tenaga Pengajar - Diploma Ukur Tanah, UTM En. Zuhairy b. Ibrahim Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains Geomatik, UiTM En. Ivin Amri b. Musliman Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Cik Mohrini bt. Suaidi Tenaga Pengajar - Diploma Ukur Tanah, UTM Cik Siti Nazwatul Farha bt. Idris Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM Cik Zamzarina bt. Ali Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Cik Kam Haryatie bt. Abdul Mutalib Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains (Komputer), UPM Cik Norhaizum Fazira bt. Mohd Yusuf Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains (Komputer), UTM Cik Nurhanim bt. Baba Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Puan Erni Yusniza Tenaga Pengajar - Sarjana Muda Sains Geomatik, UTM Puan Rodziah bt. Puteh Shaari - Sarjana Muda in Information Technology Tenaga Pengajar Swansea Institute of Higher Learning, UK 10
  • 12. Strategi Pemasaran Sebagai sebuah Pusat Latihan yang bertujuan melahirkan para pelajar yang berketerampilan dan berpengetahuan tinggi, Pihak kami bertanggungjawab untuk memasarkan kursus yang ditawarkan khasnya dan Pusat ini sendiri amnya. Ini bertujuan untuk menarik lebih ramai belia lepasan Sekolah Menengah agar berminat untuk melanjutkan pengajian dengan menyertai kursus yang ditawarkan di Pusat ini. Strategi pemasaran yang dilaksanakan juga adalah mengambilkira faktor perkembangan sektor-sektor ekonomi negara serta kajian pasaran terhadap peningkatan tenaga kerja yang meluas dalam bidang Geomatik dan ICT Berikut disertakan Jadual Unjuran Tenaga Kerja bagi bidang Geomatik dan ICT sehingga tahun 2010. 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 Jumlah Sijil 600 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 22,600 Diploma 1000 1200 1400 1600 1800 2000 2200 2400 2600 16,200 Ijazah 400 500 600 700 800 900 1000 1100 1200 7,200 Jumlah 2000 2700 3500 4300 5100 5900 6700 7500 8300 46,000 Berdasarkan kepada Jadual Unjuran di atas, didapati negara memerlukan tenaga kerja yang tinggi dalam kedua-dua bidang bagi kesemua peringkat. Peningkatan keperluan negara terhadap tenaga kerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut : • Perkembangan berterusan dalam sektor-sektor ekonomi negara termasuk pembinaan, perindustrian, perkhidmatan, keselamatan dan politik. • Perkembangan teknologi ICT di mana Malaysia mempunyai MSC, Satelit TiungSAT1 dan MEASAT, MACRES, Balai Cerap (Planetarium) dan sebagainya. 12
  • 13. • Untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bagi membentuk satu masyarakat dan negara yang berteknologi tinggi. Memandangkan peningkatan yang memberangsangkan, maka Pusat ini berhasrat supaya penubuhannya dapat memenuhi keperluan negara. Antara strategi pemasaran yang dijalankan adalah : • Menawarkan kursus yang mempunyai permintaan pekerjaan tinggi di pasaran dengan menyediakan kemudahan yang bersesuaian. • Mengiklankan kursus yang ditawarkan di akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia dan New Straits Time (ruangan Bits and Bytes) setiap sesi pengambilan dibuka. • Melantik agen yang berkelayakan untuk mendapatkan pelajar. • Mendapatkan senarai nama pelajar lepasan Sekolah Menengah dari semua sekolah di seluruh Semenanjung Malaysia.untuk dibuat sampling bagi tujuan penghantaran surat jemputan mengikuti kursus yang ditawarkan. • Menghantar risalah ke sekolah dan rumah. • Mengadakan sesi dialog (bengkel) kerjaya bersama kaunselor di sekolah menengah untuk mempromosikan dan memberi pendedahan berkaitan kursus yang ditawarkan. • Menawarkan insentif kepada pelajar-pelajar sedia ada untuk membawa rakan atau saudara mengikuti kursus di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. 13
  • 14. Program dan Kursus Yang Ditawarkan Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK) Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. sedang menjalankan kursus dengan usahasama MLVK di peringkat Sijil beorientasikan kemahiran bagi lepasan SPM iaitu Pembantu Luar Ukur Tanah - Kejuruteraan (sedang diusahakan penukaran nama baru kepada Kejuruteraan Sains Geoinformasi) selama 13 bulan. Kursus ini telahpun bermula pada 27 Mei 2002 bagi pengambilan sesi pertama dan pengambilan sesi kedua pada bulan September 2002. Kursus yang ditawarkan ini terdiri daripada bidang-bidang seperti : Kejuruteraan Geomatik • Merupakan satu bidang pengukuran bagi sesuatu kawasan dan pengumpulan data-data di lapangan (field data collection). • Ia melibatkan proses mendapatkan jarak, ketinggian dan arah (sudut) di sesuatu kawasan. • Bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi memetakan atau penyediaan pelan kedudukan kerja-kerja ukur kejuruteraan, ukur hakmilik, ukur kadaster (lot) dan ukur pengesanan utiliti bawah tanah (underground detection). • Penekanan diberikan kepada penggunaan alat pengukuran dan perisian terkini bagi menghasilkan maklumat daripada data-data yang telah dicerap di lapangan. Sistem Maklumat Geografi (GIS) • Merupakan satu bidang melibatkan sistem berasaskan komputer yang direkabentuk untuk menguruskan perancangan data-data yang berkaitan dengan gunatanah secara sempurna bagi tujuan membolehkan pembangunan strategik bagi sesuatu kawasan. 14
  • 15. • Sistem ini bertindak sebagai alat untuk menyokong perolehan, penyimpanan, pengolahan dan penganalisaan data-data tersebut bagi tujuan pemaparan senario- senario pembangunan gunatanah secara digital. • Penekanan diberikan kepada penggunaan perisian terkini bagi mengendalikan kerja- kerja yang melibatkan aktiviti-aktiviti gunatanah. Penderiaan Jauh (Remote Sensing) • Merupakan satu bidang sains dan teknologi angkasa lepas yang melibatkan pengumpulan, pengolahan dan analisis data-data saintifik mengenai atmosfera dan permukaan bumi dengan bantuan alat penderia yang diletakkan pada kapal angkasa atau satelit. • Data-data (segmen angkasa lepas) yang dikumpulkan oleh penderia akan dihantar ke stesen penerima bumi (segmen bumi) untuk pemprosesan selanjutnya bagi menghasilkan maklumat yang berguna untuk pelbagai tujuan saintifik (segmen pengguna). • Teknologi Penderiaan Jauh merangkumi tiga komponen utama iaitu; o Segmen angkasa lepas o Segmen bumi o Segmen pengguna. • Penekanan diberikan kepada pemprosesan data-data menggunakan perisian terkini untuk mengeluarkan maklumat-maklumat saintifik yang berguna di dalam bidang aplikasi seperti kejuruteraan, pemetaan, pengurusan sumber alam, alam sekitar dan perancangan strategik (ketenteraan). Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. juga akan menawarkan beberapa kursus tambahan (selain dari kursus V-010-3), yang mana sedang diusahakan pentauliahan dari MLVK 15
  • 16. Yuran Pengajian adalah melalui pinjaman yang boleh dipohon oleh pelajar dari Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber. Pinjaman akan dibayar semula setelah 6 bulan tamat pengajian atau sebaik sahaja mendapat kerja Kursus Peringkat Diploma Selain dari itu, Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. akan turut menawarkan kursus- kursus di peringkat Diploma seperti : • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat • Pengajian Perniagaan • Kejuruteraan Ukur dan GPS • Sistem Maklumat Geografi (GIS) • Penderiaan Jauh (Remote Sensing) Latihan dan Kursus Profesional Selain daripada menawarkan Kursus Peringkat Sijil dan Diploma, Pusat ini juga masih terus menawarkan latihan dan kursus profesional kepada agensi-agensi kerajaan mahupun swasta. Kursus dan Latihan ini lebih menjurus kepada bidang GIS, Remote Sensing dan Geomatik dengan metodologi serta pengisian yang efektif. 16
  • 17. Kemudahan Fizikal dan Peralatan Premis lokasi Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. terletak di kawasan Pusat Perniagaan Jelatek yang mana ia merupakan satu kedudukan yang strategik dari aspek keselamatan dan kemudahan asas. Dari aspek keselamatan, terdapat sebuah Balai Polis mini berhampiran yang akan memudahkan laporan dirujuk sekiranya berlaku sebarang kejadian kecurian, kemalangan dan sebagainya yang berkaitan dengan kes jenayah. Beberapa kemudahan asas yang terdapat di sekitar Premis adalah seperti: • Stesen LRT, perhentian bas dan teksi • Surau dan masjid • Bank • Klinik. • Stesen minyak. • Pejabat Pos mini. • Gerai makan. • Kedai buku dan alatulis. • Pusat Internet dan Multimedia. • Taman permainan dan rekreasi. Kemudahan yang disediakan di Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. dikategorikan seperti berikut: • 1 Bilik Kuliah / Bilik Seminar Korporat o Merupakan bilik untuk diadakan kuliah yang tidak melibatkan penggunaan komputer. o Boleh menempatkan 30 orang pelajar dalam satu masa. 17
  • 18. • 3 Bilik/Makmal Komputer o Merupakan bilik/makmal yang dilengkapi komputer untuk kegunaan setiap pelajar. o Terdapat 1 bilik/makmal yang boleh menempatkan 40 orang pelajar dan 2 bilik/makmal yang boleh menempatkan 30 orang pelajar setiap bilik/makmal. • 1 Bilik Multimedia / Perpustakaan o Merupakan bilik rujukan bagi pelajar, yang mana terdapat pelbagai buku dan bahan rujukan bersesuaian. Ia juga merupakan bilik di mana Latihan dan Kursus Profesional dijalankan. • 1 Bilik Pengetua dan 1 Bilik Timbalan Pengetua. • 1 Bilik Tenaga Pengajar o Menempatkan 3 orang tenaga pengajar. • 1 Ruang Pentadbiran o Merupakan bahagian Pentadbiran dikendalikan. o Menempatkan Pendaftar dan Kerani. • 1 Bilik Stor Kelengkapan/Kemudahan/Peralatan yang diperolehi dari Pihak Luar : Kelengkapan/kemudahan/peralatan lain yang bersesuaian akan dibeli dari semasa ke semasa mengikut keperluan kursus yang dilaksanakan. Pusat ini juga bercadang untuk mendapatkan khidmat dan bantuan dari beberapa pihak luar untuk tujuan meminjam, 18
  • 19. menggunakan atau membeli kelengkapan, kemudahan dan peralatan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan kursus. Berikut adalah senarai peralatan yang disediakan: Komputer Pentium 4 - 100 unit A4 Digitising Tablet - 30 unit Plotter - 1 unit Laser Printer - 1 unit Scanner - 1 unit Mesin Fotostat - 1 unit Mesin Faks - 1 unit Telefon - 8 unit Server - 1 unit Total Station - 5 unit Digital Camera/Video - 2 unit GPS Leica & NAVCOM - 2 unit PenBase Computer - 2 unit TDS Logger - 2 unit Laser Ace 300 - 2 unit Locator - 2 unit 19
  • 20. Kesimpulan Berdasarkan kepada beberapa objektif penubuhan Pusat Geomatika Technology Sdn. Bhd. yang dibuat merujuk kepada kajian pasaran semasa, Pihak kami berharap agar kursus-kursus yang ditawarkan bersesuaian dan bertepatan dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan sektor-sektor ekonomi negara. Pihak kami juga berhasrat dapat melahirkan dan seterusnya mengisi kekurangan tenaga kerja mahir terutama bumiputera yang berilmu, berpengetahuan dan berketerampilan tinggi. Diharapkan juga dengan penubuhan Pusat ini dapat memenuhi seruan kerajaan dan negara iaitu Pihak swasta terus memainkan peranan dalam bidang pendidikan serta latihan agar semakin maju dan berkembang selaras dengan era globalisasi. 20
  • 21. RINGKASAN KERJA Tugas saya di sini merupakan sebagai pembangun dan penyelaras sistem, rekabentuk dan juga pembantu teknikal di mana segala kerja-kerja berkenaan teknologi maklumat, multimedia, membaiki peralatan komputer dan perkakasan teknologi maklumat, membangunkan sistem untuk syarikat dan mengawal segala peralatan komputer dan makmal komputer adalah di bawah bidang tugasan saya. Tugasan saya merangkumi kerja-kerja membangunkan sistem pangkalan data menggunakan Microsoft Access dan Microsoft Visual Basic. Selain itu saya juga mereka bentuk laman web, brochure, logo kerja-kerja teknikal di mana saya perlu mengawal serta menjaga perkakasan-perkakasan komputer dan keperluan makmal komputer di organisasi ini dari semasa ke semasa dan juga membangunkan sistem untuk kegunaan kolej tersebut. Saya menjalankan tugasan saya bersama-sama dengan rakan sejawat di bawah pengawasan juruteknik komputer yang bertugas di Geomatika. Oleh kerana ini merupakan pusat yang baru, maka kadang kala saya terpaksa bertugas di bawah bidang pentadbiran. Walaupun begitu ianya tetap merangkumi bidang yang saya ceburi iaitu Sains Komputer (Teknologi Maklumat) 21
  • 22. LAPORAN KERJA Tugasan 1: Membaik Pulih Perkakasan dan Perisian Komputer. Tugas pertama saya semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja, membaik pulih perkakasan dan perisian komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila perlu, sebagai contoh, apabila komputer pekerja atau pelajar mengalami masalah, kolej membuka makmal komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang (install) semula sistem operasinya kembali. Langkah-langkahnya adalah seperti di bawah: Cara untuk memformat sebuah cakera keras yang sudahpun ada perisiannya. Untuk memformat semula sesebuah cakera yang sudah digunakan, katakan pemacu C:, apa yang perlu dilakukan adalah dengan memanggil arahan format dengan menaip FORMAT C:. Arahan ataupun program untuk format ini biasanya terkandung di dalam disket “startup” (ataupun “boot” / “system”) serta dalam direktori c:dos ataupun c:windowscommand. Tetapi awas, kerana semua data yang ada di dalamnya akan dipadamkan. Jika perlu alihkan data-data yang penting ke dalam disket terlebih dahulu. Cara jika hendak memformat sebuah cakera keras yang baru (belum digunakan). Untuk memformat sebuah cakera keras yang belum pernah digunakan, apa yang dilakukan dilakukan adalah dengan memasangnya ke komputer, kemudiannya hidupkan komputer tersebut menggunakan disket `startup' dan seterusnya jalankan program atau arahan FDISK dari prom A:>. Gunakan FDISK untuk mencipta partisi DOS (Create DOS Partition) yang utama ataupun yang tambahan (extended). Seterusnya komputer 22
  • 23. akan mengarahkan anda supaya mengulang-hidup (reboot). Kemudian gunakan disket “startup” itu sekali lagi untuk memformatnya seperti jawapan di atas Gambar di atas menunjukkan salah satu makmal komputer yang di baik pulih semasa Latihan Industri. Selain itu kerja-kerja membaiki komputer juga dijalankan di pejabat pengurusan. 23
  • 24. Tugasan 2: Memasang Komponen-Komponen Komputer Untuk menjimatkan kos, syarikat menghendaki saya untuk memasang komponen- komponen komputer dengan sendiri. Komputer-komputer tidak dibeli secara lengkap, sebaliknya dibeli berasingan dan memasangnya dengan sendiri. Untuk memasang komponen-komponen komputer, secara ringkasnya langkah-langkah berikut dilakukan: • Papan utama (motherboard) diambil dan atur posisi konektor "jumper", sesuai dengan yang tertulis dalam manual. Cabut konektor plastik "jumper" penghubung antara pin yang ada pada motherboard pindahkan pada posisi lain yang menghubungkan sebuah kaki pin dengan kaki pin lainnya sesuai dengan apa yang tertulis dalam buku panduan (manual) papan utama (motherboard). Biasanya buku panduan tersebut akan memberitahu posisi "jumper" tertentu sesuai dengan jenis processor yang akan 24
  • 25. dipergunakan. Konektor "jumper" dipasang sesuai dengan keperluan dengan mengikuti buku panduan (manual) yang didatangkan sekali dengna papan utama. Sesuaikan posisi jumper tersebut dengan jenis processor yang akan anda pasang. Pemasangan posisi "jumper" memungkinkan motherboard memberikan listrik yang tepat dan sesuai dengan keperluan listrik pemproses (processor) yang dipasang. Jika tersalah pasang boleh mengakibatkan pemproses rosak. • Pemproses dipasang pada tempatnya, tanda pada processor harus ditempatkan sesuai dengan tanda yang ada pada soket tersebut (tidak boleh terbalik). Tangkai pengunci yang biasanya terdapat disisi soket processor dikunci. Kod titik atau sisi processor dengan bentuk miring merupakan petunjuk agar bahagian pemproses itu dipasang pada bagian slot yang memiliki tanda sama. Pemasangan pemproses pada soket ataupun tempat yang ada di papan utama tidak boleh terbalik karena dapat mengakibatkan papan utama (motherboard) atau pemproses (processor) rosak. • RAM dipasang pada tempatnya dengan baik, sudut memori yang biasanya berlekuk harus ditempatkan pada tempatnya secara hati-hati. Jika terbalik, maka memori akan susah untuk dimasukan. • Masukan papan utama (motherboard) ke dalam kotak komputer (casing), pengait plastik yang biasa disediakan dikaitkan ke dalam lubang yang terdapat pada papan utama (motherboard). • Kabel khusus dapasangkan pada papan utama (motherboard) yang ada pada sumber kuasa (power supply). Biasanya dituliskan P8 dan P9. Jika jenis papan induk adalab ATX, kabel kuasa (power) khusus tersebut dipasang pada slot kuasa ATX yang terdapat pada papan utama tersebut. • Cakera keras (hard disk), pemacu disket (floppy drive), pemacu CD-ROM dipasang pada tempat yang telah tersedia dalam casing CPU, kedudukannya dikuatkan dengan berhati-hati. 25
  • 26. • Kabel dari sumber kuasa ke slot kuasa yang terdapat di cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD ROM disambungkan. • Kabel pita (kabel data) pada dudukan cakera keras, pemacu disket dan pemacu CD- ROM disambungkan . Kabel ini berfungsi untuk menghubungkan peralatan tersebut ke papan utama. Sisi kabel berwarna merah harus ditempatkan pada kaki nombor satu. Jika terbalik, komputer tidak akan bekerja denganbaik dan dapat merosakkan peralatan-peralatan tersebut. • Kabel dari pemacu disket ke slot untuk pemacu disket disambungkan, begitu juga dengan kabel dari cakera keras ke slot IDE nombor 1, dan kabel dari pemacu CD- ROM ke slot IDE nombor 2. Kabel berwarna merah harus menepati kaki nombor satu pada tiap slot. • Kad VGA dipasang pada slotnya, jika kad tersebut jenis ISA, ianya harus ditempatkan pada slot ISA di papan utama. jika kad tersebut jenis PCI, ianya harus ditempatkan pada slot PCI. • Konektor kabel penghubung tombol "Reset" ke pin "Reset" yang terdapat pada papan utama (motherboard) dihubungkan. Konektor kabel penghubung suara (speaker) dhubugnkan ke pin bertuliskan speaker yang ada pada papan utama (motherboard). Biasanya ditulis dengan kod LS. • Kotak komputer (casing) ditutup dan skru dipasang. 26
  • 27. Tugasan 3: Merekabentuk Risalah (Kursus Artis Pengarangan) Saya juga ditugaskan untuk merekabentuk risalah atau brosur (brochure) yang mengandungi maklumat-maklumat mengenai kursus yang ditawarkan oleh kolej tersebut. Risalah pertama yang harus disiapkan adalah mengenai kursus Multimedia Artis- Pengarangan dan Perekabentuk Artis-Pengarangan. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah: Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya. 27
  • 29. -------- 29
  • 30. Tugasan 4: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Maklumat) Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Takbir Sistem Maklumat dan Penyelia Takbir Sistem Maklumat. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah: Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya. 30
  • 32. --- 32
  • 33. Tugasan 5: Merekabentuk Risalah (Kursus Sistem Komputer) Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer dan Juruteknik Sistem Komputer Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah: Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya. 33
  • 36. Tugasan 6: Merekabentuk Risalah (Pembantu Luar Ukur Tanah) Risalah (brochure) seterusnya adalah mengenai kursus Pembantu Luar Ukur Tanah. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah: Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya. 36
  • 37. Pembantu luar ukur tanah 37
  • 38. --------- 38
  • 39. Tugasan 7: Merekabentuk Risalah (Versi Hitam Putih) Risalah (brochure) seterusnya adalah mengubahsuai kesemua risalah-risalah yang telah dibuat ke bentuk tidak berwarna (hitam putih). Ia akan digunakan mengikut kesesuaian dan untuk menjimatkan kos. Disebabkan kesemua risalah tersebut adalah sama, cuma satu contoh sahaja akan dipaparkan. Perisian yang digunakan adalah Microsoft PowerPoint. Gambaran kerja adalah seperti dibawah: Sila lihat mukasurat sebelah untuk melihat hasil sepenuhnya. 39
  • 42. Tugasan 8: Merekabentuk Laman Web Kolej Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web kolej. Melalui laman web ini, orang ramai khususnya para lepasan SPM boleh mengunjunginya untuk mengetahui mengenai kolej, kemudahan-kemudahan yang ada, hal-ehwal pinjaman, aktiviti kolej, pendaftaran, dan sebagainya. Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/ Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Animasi: Adobe ImageReady 7 Scripting: Javascript Gambaran muka hadapan: 42
  • 43. Gambaran laman web pada halaman seterusnya: 43
  • 45. Tugasan 9: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 1) Tugasan seterusnya adalah merekabentuk laman web ibu pejabat syarikat. Melalui laman web tersebut, orang ramai boleh mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui maklumat mengenai syarikat, perkembangan terkini, maklumat pekerja, kepakaran syarikat dan sebagainya. Alamat laman web: http://www.geomatika.com.my/ ( Tidak sempat upload ) Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Gambaran muka hadapan: 45
  • 48. Tugasan 10: Merekabentuk Laman Ibu Pejabat Syarikat (Rekabentuk 2) Alamat laman web: http://www.geomatika.edu.my/ Perisian HTML yang digunakan : Macromedia Dreamweaver Grafik: Adobe Photoshop 7 Animasi: Adobe ImageReady 7 Scripting: Javascript Gambaran muka hadapan: 48
  • 51. Tugasan 11: Membangunkan Sistem Pengurusan Inventori Kerja yang perlu disiapkan seterusnya adalah membangunkan suatu sistem pangkala data, ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Ianya dikenali sebagai “Geomatika Inventory Management System”. Ia digunakan untuk merekod segala peralantan yang terdapat di pejabat bagi tujuan penyemakkan. Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6 Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted) Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut: 51
  • 52. Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh orang yang tidak berkenaan. Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem: 52
  • 53. Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan segala peralantan atau inventori yang ada bagi memudahkan proses pengurusan dan penyelenggaraan. Pengguna boleh menambah (add), hapus (delete), batal (undo), dan sebagainya. Ianya amat mudah digunakan dan mesra pengguna. 53
  • 54. Tugasan 12: Membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan Tugasan seterusnya adalah membangunkan Sistem Pengurusan Perpustakaan atau lebih dikenali sebagai Geomatika Library Management System. Ia dibangunkan bagi merekodkan buku-buku yang ada di perpustakaan dan menguruskan para peminjam buku bagi mengelakkan kehilangan dan kecurian. Antaramuka yang digunakan adalah sama dengan antaramuka sistem sebelum ini bagi memudahkan pengguna mengadaptasi sistem yang baru. Bahasa Pengaturcaraan: Microsoft Visual Basic 6 Pangkalan Data: Microsoft Access 2002 (converted) Berikut adalah paparan semasa memulakan (loading) sistem tersebut: 54
  • 55. Seterusnya sistem akan meminta kata laluan bagi melindunginya daripada digunakan oleh orang yang tidak berkenaan. Jika kata laluan yang dimasukkan salah, pengguna tidak akan dapat memasuki sistem: 55
  • 56. Seterusnya menu utama dipaparkan. Disini pengguna boleh merekodkan buku-buku yang ada dan memasukkan senarai nama peminjam, tarikh pinjam, tarikh pulang dan sebagainya. Peminjam yang lambat akan dikenakan denda dan sebagainya. 56
  • 57. Tugasan 13: Merekabentuk Dan Membangunkan Rangkaian Komputer Saya juga dikehendaki untuk menjalankan kerja-kerja merekabentuk dan membangunkan rangkaian komputer di makmal kolej yang mempunyai 9 buah komputer. Perkakasan-perkakasan yang digunakan adalah seperti berikut: Switch Hub/Switch digunakan pada network yang menggunakan topologi bintang (star topology). Ia merupakan tempat pertemuan peranti rangkaian (PC, printer dan sebagainya).Hub biasanya disimpan didalam kabinet rangkaian dan mempunyai sambungan RJ45 kepada peralatan komputer atau kepada plate dinding terlebih dahulu. 57
  • 58. Unshielded Twisted Pair (UTP – Cat 5) Cable UTP (10 BaseT) cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP adalah lebih "reliable" jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki "data errors" dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian "down" jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network "down" hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak) Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T. 58
  • 59. RJ 45 RJ – 45 connector biasanya digunakan untuk network cabling dan aplikasi telefon. Ianya juga digunakan untuk serial connection bagi kes-kes tertentu. Walaupun ianya mempunyai pelbagai kegunaan, RJ-45 connector paling banyak digunakan untuk 10 Base T dan 100 Base TX Ethernet connection. 59
  • 60. Network Interface Card (NIC) Network Interface card (NIC) digunakan untuk menyambungkan komputer kepada rangkaian Ethernet. Card ini menyediakan antaramuka kepada media. Ianya dipasang dekat expansion slot di motherboard. Kebanyakan NIC di reka untuk jenis network yang tertentu. Modem ADSL Modem berkelajuan tinggi untuk kegunaan rangkaian, ia menggunakan teknologi ADSL yang menampung servis-servis seperti Streamyx, Time Broadband, Maxis Broadband dan sebagainya. 60
  • 61. Topologi yang digunakan adalah topologi bintang (Star) Ringkasan rangkaian setempat makmal komputer tersebut adalah seperti berikut: 61
  • 62. CADANGAN DAN KOMEN Latihan industri yang dijalani benar-benar telah membuka pandangan mengenai alam pekerjaan sebenar. ini kerana ia telah: • Menyedarkan kepentingan latihan industri • Membantu pelatih menghayati realiti kehidupan di alam pekerjaan • Memberi pengalaman dan pengetahuan terhadap operasi dan perlaksanaan yang sebenar dalam realiti pekerjaan. • Memanfaatkan pengetahuan yang telah dipelajari dan organisasi mengenai bagaimana organisasi beroperasi. • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan prosedur kerja. • Memberi keyakinan untuk menempuh alam pekerjaan pada masa akan datang. • Memberikan peluang untuk meluaskan kemahiran serta pengetahuan yang dipelajari di tempat latihan. Tetapi beberapa kelemahan perlu diatas: • Pelajar sepatutnya tidak disuruh membuat kerja-kerja “office boy” seperti menghantar surat, pergi ke bank dan sebagainya. • Elaun yang diberi tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Pelajar ‘digunakan’ secukup-cukupnya oleh majikan. • Pelajar seharusnya diberikan tunjuk ajar oleh majikan, bukannya menyerahkan kerja tersebut bulat-bulat dan menggesa supaya menyiapkannya dengan segara. 62
  • 63. KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat saya buat di sini ialah latihan industri ini adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran di dewan kuliah di mana ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga adalah merupakan satu cabang untuk membina keyakinan din dan kendiri para pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar yang bakal ditempuhi pada masa akan datang. Ini kerana latihan industri ini telah memberi pendedahan yang sewajarnya tentang selok- belok pekerjaan demi menyiapkan diri pelajar dalam alam pekerjaan kelak. Di samping itu ia juga telah dapat membolehkan saya mengetahui segala kegunaan bagi pelajaran- pelajaran dalam bidang sains komputer yang telah saya pelajari. Latihan industri ini juga bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri saya bagi menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut juga membantu saya memperbaiki cara saya dalam berkomunikasi dengan orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik dan ini telah mengajar saya betapa besarnya erti kerjasama. Saya berasa amat berbangga dan beruntung kerana mendapat peluang menjalani latihan industri ini. Ini kerana, pada masa sekarang untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat, kita hendaklah mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita mohon. 63
  • 64. © Mohamad Azri Bin Azhar. Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam apa juga bentuk dan cara sama ada dengan cara penyampaian lisan, elektroknik, fotokopi, tulisan tangan, mekanik atau cara lain tanpa mendapat izin betulis dari penulis. Semua hakcipta teks dan ilustrasi adalah milik pemegang hakcipta masing-masing. Jika terdapat sebarang pelanggaran hakcipta di dalam teks ini, ianya adalah tidak disengajakan. Jika ini berlaku sila hubungi penulis untuk menukarnya kembali. Segala kerja-kerja Latihan Industri dan dokumen laporan ini boleh dimuat turun (download) di: http://azri.free.fr/ bermula dari 5 Mei 2003. © Mohamad Azri Bin Azhar. 12.50 PM 24 April 2003. 64