Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 70 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Más de Azreen Aj (20)

Anuncio

Más reciente (20)

Pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi

  1. 1. CDE BULANAN KPP Pengurusan Gigi Kekal Anterior yg Teravulsi
  2. 2. • 2ND edition : 2010
  3. 3. KANDUNGAN 1.Pengenalan 2.Pengurusan kecemasan di kawasan kejadian 3.Kontraindikasi untuk replantasi 4.Pengurusan klinikal 5.Faktor-faktor yg mempengaruhi prognosis gigi teravulsi 6.Temujanji susulan & pemantauan 7.Pengurusan komplikasi
  4. 4. Soalan-soalan yg menjadi fokus utama CPG 1.Apakah pengurusan kecemasan yg berkesan & selamat bagi gigi kekal anterior yg teravulsi ? 2.Apakah kontraindikasi bagi prosedur replantasi gigi kekal anterior yg teravulsi ? 3.Apakah penilaian pre-operatif yg sesuai secara klinikal & radiograf bagi gigi kekal anterior yg teravulsi ? 4.Apakah faktor-faktor yg boleh mempengaruhi prognosis gigi kekal anterior yg teravulsi ? 5.Apakah indikasi & masa yg sesuai bagi rawatan salur akar ke atas gigi kekal anterior yg teravulsi ? 6.Adakah kaedah perletakan ‘splint’ & rawatan antibiotik berkesan serta selamat utk dilakukan bagi gigi kekal anterior yg teravulsi ? 7.Apakah protokol bagi temujanji susulan ke atas gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi ? 8.Apakah pilihan rawatan bagi komplikasi yg berlaku ke atas gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi ?
  5. 5. 1.PENGENALAN • Gigi teravulsi = gigi yg terkeluar sepenuhnya dari soket tulang alveolar • Oleh kerana kedudukan gigi yg berada di dalam soket tulang alveolar adalah kukuh, maka sejumlah daya tertentu diperlukan utk memutuskan ligamen periodontal yg berada di sekeliling gigi sehingga menyebabkan gigi terkeluar dari soketnya • Prevalens gigi teravulsi di kalangan dewasa yg berumur 18 tahun & ke atas adalah sekitar 5% hingga 15% • Bilangan individu yg mengalami gigi teravulsi adalah semakin berkurang dengan peningkatan usia • Dewasa berumur 18-30 tahun memiliki bilangan terendah dalam kes-kes gigi teravulsi iaitu sebanyak 15% ; berbanding dengan remaja (17%) & kanak-kanak (68%) • Di kalangan kanak-kanak yg masih kecil, oleh kerana struktur tulang alveolar mereka yg agak elastik, maka ia hanya mampu memberikan rintangan yg minimal terhadap daya ekstrusif yg dikenakan ke atas gigi *Daya ekstrusif adalah daya luar yg dikenakan ke atas gigi, yg boleh menyebabkan gigi terkeluar dari kedudukan asalnya di dalam soket tulang alveolar
  6. 6. • Laporan oleh National Oral Health Survey of School Children (2017) menyatakan bahawa prevalens gigi anterior yg mengalami trauma di kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun & ke bawah adalah sebanyak 7.2% ; iaitu amat rendah jika dibandingkan dengan laporan yg diperolehi dari negara-negara lain • Sebanyak 84.5% gigi anterior yg mengalami trauma di kalangan kanak-kanak berumur 12 tahun didapati tidak dirawat • Terdapat kajian retrospektif tempatan (tahun 2001-2006) melaporkan bahawa gigi kekal teravulsi yg berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 10 & 13 tahun adalah kebanyakannya kes yg melibatkan gigi kekal insisor bahagian maksila • Faktor-faktor penyebab kepada trauma atau kecederaan gigi adalah berbeza mengikut kelas umur • Kemalangan berpunca dari sukan merupakan penyebab utama kpd trauma gigi anterior di kalangan remaja, manakala penyebab paling ketara di kalangan dewasa muda adalah berpunca dari kemalangan kenderaan jalanraya
  7. 7. • Di kalangan kanak-kanak kecil, penyebab kpd gigi teravulsi adalah kemalangan kenderaan (57%), jatuh (40%) & terhentak objek keras (3%) • Lebih 80% kes trauma pergigian dirujuk ke Pakar Pergigian Kanak-kanak oleh Jabatan Kecemasan & Kemalangan di hospital tempatan • Gigi teravulsi juga merupakan salah satu dari kesan paling biasa yg boleh dikaitkan dengan keganasan atau penderaan yg berlaku ke atas golongan wanita, kanak-kanak, remaja & orang tua tanpa mengira jantina • Trauma pergigian termasuk gigi teravulsi menunjukkan prevalens tinggi di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan • Ini kerana kanak-kanak lelaki lebih aktif & cenderung kepada aktiviti lasak di luar rumah berbanding perempuan • Prevalens trauma pergigian yg tinggi juga sering berlaku di kalangan kanak- kanak yg memiliki tahap kejongangan yg teruk seperti pesakit maloklusi ‘Class II division 1’, memiliki litupan bibir atas yg singkat (inadequate lip coverage) & overjet melebihi 5 mm
  8. 8. 2.PENGURUSAN KECEMASAN DI KAWASAN KEJADIAN Bagi pesakit / penjaga / guru / paramedik / orang awam • Replantasi segera gigi kekal anterior yg teravulsi adalah faktor utama yg menentukan kejayaan rawatan & menyediakan peluang yg tinggi agar gigi tersebut boleh pulih sepenuhnya dari kecederaan *Replantasi adalah prosedur memasukkan semula gigi yg terkeluar ke dalam soket tulang alveolar • Perkara lain yg perlu dititikberatkan juga adalah mencegah gigi tersebut dari proses dehidrasi atau kekeringan, yg boleh mengganggu metabolisme fisiologik & morfologi sel-sel ligamen periodontal bagi tujuan penyembuhan • Masa juga merupakan faktor kritikal yg mempengaruhi kejayaan pengurusan & rawatan gigi kekal anterior yg teravulsi • Kajian ‘systematic review’ menunjukkan bahawa replantasi gigi kekal teravulsi dalam masa 15 minit terawal mampu memberikan prognosis yg baik dalam jangka masa panjang, serta mengurangkan kejadian resorpsi pada akar gigi yg teravulsi
  9. 9. • Penemuan dari kajian-kajian lain membuktikan bahawa terdapat peningkatan ketara terhadap proses penyembuhan tisu periodontal bagi gigi teravulsi yg disimpan dalam keadaan kering (dry) bagi jangka masa kurang 15 minit *Kering (dry) bermaksud gigi teravulsi tidak diletakkan di dalam sebarang medium simpanan • Oleh itu, pesakit perlu berusaha memastikan gigi kekal teravulsi dapat di replantasi ke dalam soket gigi dalam masa 15 minit terawal • Tujuan dari semua ini adalah utk memastikan agar gigi kekal teravulsi dapat di replantasi ke dalam soket gigi di tempat kejadian, dalam keadaan yg bersih tanpa terkontaminasi, tanpa merosakkan permukaan akar gigi, serta kemudiannya pesakit dibawa secepat mungkin ke klinik atau hospital berdekatan bagi rawatan selanjutnya
  10. 10. Langkah-langkah yg perlu dilakukan di kawasan kejadian : • Kutip gigi tersebut & pegang pada bahagian korona gigi. Jangan pegang atau sentuh di bahagian akar gigi • Periksa sama ada bahagian akar gigi bersih atau tidak • Jika terdapat kekotoran pada akar gigi, basuh dengan larutan ‘normal saline’ atau air paip selama 10 saat. Jangan cuba gosok bahagian yg kotor tersebut • Letakkan gigi tersebut secara cermat ke dalam soket gigi tanpa mencederakan gigi & struktur / tisu di sekelilingnya • Suruh pesakit gigit di atas sapu tangan yg bersih bagi memastikan gigi tersebut stabil pada kedudukannya • Bawa pesakit pergi ke klinik berdekatan secepat mungkin bagi rawatan selanjutnya
  11. 11. • Jika gigi tidak dapat direplantasi / dimasukkan ke dalam soket gigi dengan segera, gigi tersebut perlu diletakkan di dalam medium simpanan yg sesuai sebelum di bawa ke klinik secepat mungkin • Ini kerana kajian mendapati bahawa perletakan gigi teravulsi di dalam medium simpanan yg sesuai boleh memanjangkan hayat sel-sel ligamen periodontal yg terdapat pada gigi tersebut • Medium simpanan yg disarankan bagi gigi teravulsi adalah seperti berikut : -Soket gigi -Susu segar -Larutan ’normal saline’ -Air liur pesakit • Medium simpanan lain yg boleh dipertimbang utk digunakan adalah seperti air kelapa, ‘propolis’ & teh hijau
  12. 12. • Jika medium simpanan tersebut tiada, maka gigi boleh diletakkan di dalam beg atau bekas plastik yg bersih utk diangkut ke klinik berdekatan • Gigi juga boleh diletakkan di dalam sulkus bukal (kawasan antara pipi dalam & gigi) pesakit sendiri • Walau bagaimana pun, kaedah ini tidak disarankan kerana bimbang pesakit akan tertelan gigi tersebut ke dalam perut atau paru-paru terutamanya jika pesakit adalah kanak-kanak
  13. 13. 3.KONTRAINDIKASI UNTUK REPLANTASI Bagi gigi kekal anterior yg teravulsi, replantasi merupakan rawatan yg terbaik. Walau bagaimanapun, terdapat keadaan di mana prosedur replantasi tidak boleh dilakukan : • Pesakit memiliki kecederaan lain yg lebih teruk & memerlukan rawatan kecemasan segera atau penjagaan yg intensif (-pesakit yg mengalami kecederaan kepala yg teruk atau poly-trauma) *Pesakit yg mengalami kecederaan kepala yg teruk biasanya mengalami kecederaan otak (TBI). Bagi kes seperti ini, biasanya skor GCS akan diambil utk menilai tahap kesedaran pesakit (level of consciousness), berdasarkan 3 komponen utama iaitu ; bukaan mata (eye opening), percakapan lisan (verbal) & pergerakan anggota badan (motor). Skor 8 dan ke bawah menandakan pesakit mengalami kecederaan otak yg teruk • Pesakit yg ada kompromi perubatan (medically compromised) ; yg mana berisiko sekiranya dilakukan prosedur replantasi gigi (-pesakit yg memiliki sistem imun badan yg rendah, jantung berlubang, masalah pendarahan)
  14. 14. Prosedur replantasi juga adakalanya tidak sesuai di dalam sesetengah keadaan : • Gigi yg mengalami karies yg teruk atau penyakit periodontal yg teruk • Gigi yg mempunyai akar yg sangat pendek (-kurang dari kepanjangan korona) • Soket alveolar patah teruk atau berkecai • Pesakit atau penjaga yg tidak mahu bekerjasama, tidak mampu patuh kepada temujanji & perancangan rawatan
  15. 15. 4.PENGURUSAN KLINIKAL 4.1.Kebenaran rawatan • Kebenaran rawatan perlu diperolehi dari pesakit (18 tahun ke atas) / ibu bapa/ penjaga sebelum memulakan rawatan 4.2.Penilaian pre-operatif • Penilaian pre-operatif mestilah dibuat secara menyeluruh & teliti ke atas keseluruhan tisu keras & lembut di dalam mulut pesakit serta didokumenkan dengan lengkap bagi memastikan pengurusan yg lebih tepat & berkesan • Penilaian mesti merangkumi : -sejarah perubatan (penyakit sistemik, f/up, ubat-ubatan, alahan, masuk hospital/wad) -sejarah trauma / kecederaan (apa yg berlaku, bila, di mana, bagaimana)
  16. 16. -pemeriksaan klinikal *Luar mulut :  Muka - simetri, bengkak, kemek  Kulit - pendarahan, lebam, koyak, tulang terdedah, bendasing  Mata - penglihatan berganda, kabur, gerakan bebola mata terbatas,bola mata tenggelam, lebam, pendarahan  Hidung - pendarahan, cecair, senget, hilang deria bau  Telinga - pendarahan, cecair, ‘Battle’s sign’  Tulang - maksila, mandibel, zigoma - kegoyahan, tak sekata, sakit  Saraf - kebas  Bukaan mulut - sakit, senget
  17. 17. *Dalam mulut :  Gigitan - terbuka, senget  Bibir, pipi, gusi, lelangit, lidah, lantai mulut - pendarahan, lebam, koyak, tulang terdedah, bendasing  Gigi - retak, patah (korona, akar, korona-akar, pendedahan pulpa), kegoyahan, kedudukan gigi (termasuk ke dalam soket, terkeluar separa @ sepenuhnya dari soket, terganjak ke depan @ belakang)  Tulang alveolar - kegoyahan
  18. 18. -penyiasatan radiograf (pre-op, post-op)  Gigi – pa, anterior occlusal  Mandibel – OPG, ‘lateral oblique’  Maksila, zigoma – OMV, SMV -rekod fotografi (pre-op, post-op) *Sejarah & pengurusan pesakit bagi kes trauma perlu direkodkan dengan teliti & cermat bagi tujuan aspek ‘medico-legal’ (eg : jika pesakit nak buat tuntutan kpd pihak insurans bagi kos rawatan trauma di hospital, pihak insurans akan meminta pihak hospital menyediakan laporan perubatan bagi mengesahkan tuntutan pesakit, isu yg melibatkan perundangan & kes mahkamah)
  19. 19. 4.3.Pengimejan • Radiograf periapikal secara intra-oral perlu diambil sebagai rekod asas & bagi tujuan membantu diagnosis • CBCT (cone-beam computed tomography) boleh digunakan di dalam keadaan yg mana pengimejan 3-dimensi (3D-imaging) diperlukan bagi memudahkan diagnosis & perancangan rawatan terutamanya di dalam kes-kes trauma pergigian yg kompleks *CBCT adalah suatu kaedah pengimejan 3-dimensi yg memperlihatkan struktur gigi & tulang rahang pada 3 satah atau pandangan yg berbeza iaitu keratan hadapan (coronal view), keratan sisi (sagittal view) & keratan melintang (axial view) 4.4.Teknik Replantasi (replantasi awal vs replantasi lewat) • Letak gigi di dalam larutan ‘normal saline’ • Beri suntikan lokal anestetik • Cuci kawasan soket gigi dengan cermat menggunakan larutan ‘normal saline’
  20. 20. • Bagi prosedur replantasi segera / awal (immediate / early replantation) : atau a.Pegang gigi pada bahagian korona. Jangan sentuh akar gigi b.Cuci gigi dengan larutan ‘normal saline’ utk membuang segala sisa kotoran. c.Disarankan agar mengira panjang gigi dari hujung korona hingga ke hujung akar sebagai panduan sekiranya gigi tersebut memerlukan rawatan endodontik di masa depan d.Letakkan gigi secara cermat ke dalam soket gigi & jangan guna daya yg berlebihan Gigi berada dalam keadaan kering (dry) di luar soket < 15 minit Gigi berada dalam medium simpanan <60 minit
  21. 21. e.Elakkan dari menggeser atau meng’curette’ kawasan soket gigi f.Elakkan dari menggeser atau menggosok permukaan akar gigi g.Stabilkan gigi dengan menggunakan ‘splint’ h.Ambil radiograf periapikal bagi mengesahkan posisi gigi yg telah di replantasi itu berada pada kedudukan yg betul
  22. 22. • Bagi prosedur replantasi lewat (delayed replantation) : atau a.Singkirkan darah beku dari soket gigi & ‘curette’ sedikit soket gigi bagi menggalakkan pendarahan. Jangan ‘curette’ secara berlebihan. b.Singkirkan segala kotoran dari permukaan akar gigi dengan menggunakan ‘gauze’ Gigi berada dalam medium simpanan >60 minit
  23. 23. c.Rendamkan gigi di dalam larutan 1% sodium hypochlorite selama 15 minit. *1% sodium hypochlorite boleh disediakan dengan bancuhan sodium hypochlorite & ‘distilled water’ dengan nisbah sebanyak 1: 5 *Dalam kes replantasi lewat (delayed replantation), sel-sel ligamen periodontal & bakteria yg telah mati pada permukaan akar gigi perlu disingkirkan *Terdapat kajian yg menunjukkan bahawa penggunaan agen antiseptik 1% Sodium Hypochlorite (NaOCl) selama 15 minit atau 5.25% NaOCl selama 5 minit adalah berkesan utk menyingkirkan sel-sel mati dengan menyebabkan kesan minimum ke atas integriti struktur simentum (minimum influence on cementum integrity) d.Kemudian, cuci gigi dengan larutan ‘normal saline’ e.Mulakan rawatan endodontik (ekstirpasi pulpa & obturasi secara ekstra-oral) f.Letakkan semula gigi di dalam soket secara cermat g.Stabilkan gigi dengan menggunakan ‘splint’ h.Ambil radiograf periapikal utk mengesahkan posisi gigi yg telah direplantasi berada pada kedudukan yg betul
  24. 24. 4.5.Teknik ‘splinting’ • Gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi ke dalam soket gigi perlu distabilkan menggunakan ‘splint’ sekurang-kurangnya selama 7 hari -’Splint’ kan gigi teravulsi tersebut kepada gigi bersebelahan yg masih kukuh -Boleh guna kaedah ‘splinting’ mengikut kesesuaian & jenis ‘splint’ yg terdapat di klinik masing-masing -Masa ‘splinting’ perlu dipanjangkan kepada sekurang-kurangnya 4 minggu sekiranya terdapat kepatahan tulang alveolar
  25. 25. 4.6.Penjagaan ‘post-operative’ • Preskripsi : -antibiotik -analgesik *Paracetamol, Ibuprofen, Naproxen & Diclofenac adalah mencukupi bagi kesakitan jenis ringan (mild pain) ; manakala kesakitan jenis sederhana atau teruk (moderate or severe pain) memerlukan kombinasi dengan ubat analgesik lain contohnya seperti opioid -ubat kumur (0.12% Chlorhexidine gluconate x bd x 1/52) • Nasihat penjagaan di rumah : -elakkan menggigit pada gigi-gigi yg telah di ‘splint’ -makan makanan yg lembut -kekalkan kebersihan mulut yg baik
  26. 26. 5.FAKTOR-FAKTOR YG MEMPENGARUHI PROGNOSIS GIGI TERAVULSI • Prognosis gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi bergantung kepada kevitalan tisu pulpa (pulp vitality) & kebolehupayaan sel-sel ligamen periodontal utk pulih secara normal semula setelah di replantasi (viability of PDL cells) • Dan ini berkaitan dengan pelbagai faktor seperti : -jangka masa gigi berada di luar soket (extra-alveolar time) -medium yg diguna sebagai penyimpanan gigi -tahap kematangan gigi (tooth maturity) *mature vs immature apex *mature tooth (gigi matang) = gigi yg akarnya telah sempurna terbentuk *immature tooth (gigi belum matang) = gigi yg pembentukan akarnya masih belum sempurna -rawatan endodontik (awal atau lewat) -kontaminasi / pencemaran pada permukaan akar gigi
  27. 27. • Faktor yg tidak mempengaruhi prognosis gigi kekal anterior teravulsi : -jenis ‘splint’ yg diguna & jangka masa ‘splinting’ -rawatan yg dilakukan ke atas permukaan akar gigi (root surface treatment) -rawatan antibiotik 5.1.Jangka masa gigi berada di luar soket (extra-alveolar time) -penting kerana ia mempengaruhi kadar pemulihan sel-sel ligamen periodontium -perawat perlu tahu jangka masa gigi teravulsi berada di luar soket sama ada secara kering (dry) atau ketika disimpan dalam medium penyimpanan (total extra-alveolar time)
  28. 28. 5.2.Medium yg diguna sebagai penyimpanan gigi -jika replantasi segera (immediate replantation) tidak dapat dijalankan, gigi hendaklah disimpan terlebih dulu di dalam medium penyimpanan yg sesuai dalam perjalanan ke klinik berdekatan secepat mungkin -penyimpanan gigi teravulsi dalam medium penyimpanan yg sesuai boleh memanjangkan hayat sel-sel ligamen periodontal sebelum proses replantasi dijalankan -medium penyimpanan yg paling terbaik adalah soket gigi itu sendiri
  29. 29. *Suhu medium penyimpanan gigi perlu berada dalam keadaan sejuk (tapi tidak beku) atau dalam keadaan suhu bilik 26 ± 2°C. Jangan guna air panas sebagai medium penyimpanan. Jika medium di atas tiada, simpan gigi di dalam bekas atau beg plastik yg bersih sebelum dibawa ke klinik berdekatan
  30. 30. *Sila rujuk Appendix 3 utk mengetahui lebih lanjut
  31. 31. 5.3.Tahap kematangan gigi (tooth maturity) -tahap kematangan gigi merupakan faktor penting dalam menentukan prognosis gigi kekal anterior yg teravulsi -ketiadaan kejadian resorpsi akar gigi adalah indikator kepada penyembuhan tisu periodontal -Kajian ‘meta-analysis’ berkaitan replantasi gigi-gigi yg teravulsi menunjukkan bahawa kejadian resorpsi akar gigi adalah paling tinggi berlaku pada gigi yg belum matang (immature teeth) berbanding gigi yg matang (mature teeth) *prevalens resorpsi akar - immature teeth - (IRR:30%, RRR:39%) *prevalens resorpsi akar - mature teeth - (IRR:24%, RRR:33%)
  32. 32. -Berkaitan proses penyembuhan tisu pulpa pada gigi kekal anterior yg belum matang (immature teeth), kajian mendapati : • Gigi yg mempunyai morfologi pulpa yg lebih pendek (shorter pulp length) ; iaitu kurang dari ¾ kepanjangan akar gigi menunjukkan peluang yg tinggi utk mengalami proses revaskularisasi pulpa (pulp revascularization) berbanding gigi yg mempunyai morfologi pulpa yg lebih panjang (longer pulp length). *Revaskularisasi adalah prosedur utk mengembalikan semula bekalan darah ke dalam tisu pulpa yg telah dijangkiti kuman atau yg telah mati. Kaedah ini biasanya dilakukan pada gigi yg belum matang (immature teeth) bagi membolehkan akar gigi tumbuh secara sempurna • Adapun, kelebaran morfologi pulpa atau diameter foramen apikal (apical foramen) menunjukkan tiada pengaruh ke atas proses revaskularisasi pulpa pada gigi yg belum matang (immature teeth) • Bagi gigi teravulsi yg telah matang (mature avulsed tooth) ; yg mana apeks gigi tersebut telah tertutup atau hampir tertutup <1mm (apex is closed or nearly closed <1mm), peluang utk gigi tersebut mengalami revaskularisasi pulpa adalah sangat kecil
  33. 33. 5.4.Rawatan endodontik (awal atau lewat) -Rawatan endodontik biasanya dijalankan pada gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi bagi menambahbaik prognosis gigi tersebut -Kajian ‘meta-analysis’ berkaitan kesan rawatan esktirpasi pulpa (pulp extirpation) ke atas gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi menunjukkan bahawa ; terdapat perbezaan ketara pada kejadian resorpsi akar gigi (dalam masa 14 hari berbanding selepas 14 hari rawatan ektirpasi pulpa dijalankan) -Kesimpulannya, rawatan ekstirpasi pulpa yg dilakukan dalam jangka masa yg agak lewat (delayed pulp extirpation) boleh meningkatkan kejadian resorpsi akar gigi IRR (inflammatory root resorption) pada gigi-gigi teravulsi yg telah di replantasi *Inflammatory root resorption (IRR) adalah proses kehilangan struktur akar gigi secara berterusan. Ia berpunca dari keradangan yg dicetuskan oleh jangkitan pada tisu pulpa atau kontaminasi pada akar gigi -Dari segi penyembuhan tisu periodontal & kejadian resorpi akar gigi RRR (replacement root resorption), tiada pula perbezaan ketara yg dapat dilihat *Replacement root resorption (RRR) adalah proses kehilangan struktur akar gigi secara berterusan. Ia disebabkan oleh aktiviti sel ‘osteoclast’. Puncanya adalah apabila struktur simentum gigi mengalami kerosakan yg teruk akibat trauma, lalu mengakibatkan lapisan dentin gigi (root dentine) terdedah serta terlibat dalam proses ‘bone remodeling’ sehingga menyebabkan struktur akar gigi hilang secara perlahan-lahan & digantikan oleh tulang *Bone remodeling adalah proses penggantian struktur tulang yg telah matang (mineralized bone) dengan tulang baru, yg mana sel ‘osteoclast’ akan meresorpsi tulang yg telah matang tersebut diikuti oleh penghasilan tulang baru oleh sel ‘osteoblast’
  34. 34. -Rawatan ekstirpasi pulpa yg dilakukan seawal hari pertama atau ke-2, terutamanya pada gigi teravulsi yg matang (mature avulsed tooth) ; menunjukkan kadar penyembuhan tisu periodontal yg lebih baik & kurangnya kejadian resorpsi akar gigi (replacement root resorption) berbanding jika ianya dilakukan pada hari ke-3 hingga hari ke-14 5.4.1.Masa utk rawatan ekstirpasi pulpa dilakukan -Bergantung kpd jangka masa gigi berada di luar soket (extra-alveolar time) & peringkat kematangan gigi (tooth maturity) -Faktor-faktor inilah yg akan menentukan prognosis gigi sama ada kategori baik, ‘guarded’ atau buruk *Guarded prognosis bermaksud hasil / kesan adalah tidak menentu atau tidak pasti
  35. 35. -Gigi kekal anterior yg teravulsi yg di replantasi dalam jangka masa 15 minit (dalam keadaan dry) atau 60 minit (jika gigi disimpan dalam medium penyimpanan yg sesuai) akan memberikan prognosis yg baik -Oleh itu, rawatan endodontik boleh ditangguhkan dulu & gigi tersebut perlu dipantau secara berkala bagi memastikan kemungkinan proses revaskularisasi akan berlaku atau tidak ; atau sehinggalah terdapat tanda yg jelas menunjukkan bahawa pulpa gigi tersebut telah mati (pulp necrosis) -Bagi gigi kekal anterior teravulsi yg telah berada dalam keadaan kering (dry) atau disimpan dalam medium penyimpanan yg tidak sesuai >60 minit, rawatan ekstirpasi pulpa (ekstra atau intra oral) perlu dilakukan secepat mungkin -Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan ketara dapat dilihat dari segi hasil rawatan (bagi rawatan endodontik gigi kekal anterior yg teravulsi berada >60 minit di luar mulut) ; sama ada rawatan endodontik tersebut dilakukan di luar mulut atau dalam mulut
  36. 36. -Cumanya, kelebihan rawatan endodontik yg dilakukan di luar mulut adalah ia lebih mudah, prosedur ekstirpasi pulpa & obturasi boleh dilaksanakan sekaligus, tanpa memerlukan pesakit utk datang berulang kali -Bagi gigi yg matang (mature teeth) yg mana proses revaskularisasi tidak mungkin berlaku, rawatan endodontik perlu dilakukan lebih awal bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya kejadian resorpsi akar gigi yg diakibatkan oleh keradangan (IRR) 5.4.2.Ubat-ubatan intra-kanal (intra-canal medications) -Digunakan utk mencegah atau mengawal kejadian resorpsi akar yg berpunca dari proses keradangan (IRR) -Ubat-ubatan intra-kanal yg biasa digunakan adalah non-setting Calcium Hydroxide -Cumanya, penggunaan Calcium Hydroxide dalam jangka masa panjang boleh melemahkan struktur gigi (reduce strength) & mendedahkan gigi kpd risiko mudah patah (increase fracture risk)
  37. 37. -Pes yg mengandungi 1% Triamcinolone & 3% Demeclocycline telah disarankan juga utk diguna sebagai ubat-ubatan intra-kanal bagi gigi yg teravulsi selain dari Calcium Hydroxide -Terdapat kajian ‘randomised controlled trial’ yg membandingkan antara kedua- dua ubat-ubatan intra-kanal tersebut (Calcium Hydroxide vs 1% Triamcinolone + 3% Demeclocycline) ; mendapati bahawa tiada perbezaan ketara yg dilihat dari segi penyembuhan tisu periodontal pada gigi teravulsi yg telah di replantasi *Randomised controlled trial merupakan suatu kajian yg digunakan utk mengukur keberkesanan sesuatu rawatan, ubat-ubatan atau intervensi baru di dalam sesuatu populasi yg terpilih 5.4.3.Bahan obturasi (obturation materials) -Gutta percha telah digunakan secara meluas sebagai bahan obturasi di dalam rawatan endodontik -Gutta percha perlu digunakan bersama ‘root canal sealers’ bagi memastikan salur akar ditutup dgn sempurna
  38. 38. -Selain itu, bahan seperti Mineral Trioxide Aggregate (MTA) & bahan bioaktif berasaskan Calcium-Silicate juga telah diperkenalkan sebagai bahan obturasi bagi rawatan endodontik & didapati telah menunjukkan hasil rawatan yg memuaskan -Kebaikan lain yg didapati dari penggunaan bahan-bahan ini adalah ia mampu memendekkan jangka masa rawatan (reduced number of treatment visits) & mengurangkan risiko kepatahan pada gigi (reduced chances of fracture) dalam jangka masa panjang -Kelemahan yg terdapat pada bahan Mineral Trioxide Aggregate pula adalah ia boleh mengakibatkan perubahan warna kpd korona gigi (crown discolouration), kesan sistemik (systemic effects) selain ia juga sukar utk dibersihkan dari salur akar gigi dalam kes-kes ‘retreatment’
  39. 39. 5.5.Kontaminasi / pencemaran pada permukaan akar gigi -Kontaminasi pada permukaan akar gigi merupakan faktor risiko yg boleh menyumbang kpd kejadian resorpsi akar gigi -Kehadiran bahan asing & bakteria pada permukaan akar gigi boleh mencetuskan keradangan ; seterusnya merangsang kejadian resorpsi akar gigi utk berlaku -Dalam kes replantasi lewat (delayed replantation), sel-sel ligamen periodontal & bakteria yg telah mati pada permukaan akar gigi perlu disingkirkan -Terdapat kajian yg menunjukkan bahawa penggunaan agen antiseptik 1% Sodium Hypochlorite (NaOCl) selama 15 minit atau 5.25% NaOCl selama 5 minit adalah berkesan utk menyingkirkan sel-sel mati dengan menyebabkan kesan minimum ke atas integriti struktur simentum (minimum influence on cementum integrity) -Penggunaan 1% Sodium Hypochlorite (NaOCl) selama 15 minit juga didapati memberi kesan yg kurang memudharatkan ke atas simentum (less damaging to cementum)
  40. 40. 5.6.Jenis ‘splint’ yg diguna & jangka masa ‘splinting’ -Gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi, perlu distabilkan pada kedudukan yg betul dengan menggunakan ‘splint’, bagi mencegah kecederaan yg berterusan terhadap tisu pulpa & ligamen periodontal semasa fasa penyembuhan sedang berlaku -Terdapat pelbagai jenis ‘splint’ yg boleh digunakan seperti : • ‘Composite-wire splint’ • ‘Direct composite splint’ • ‘Titanium trauma splint’ • ‘Button-bracket splint’ • ‘Fibre-reinforced meshed splint’
  41. 41. -Kajian ‘systematic review’ menunjukkan bahawa jenis ‘splint’ yg diguna tidaklah mempengaruhi proses penyembuhan tisu periodontal pada gigi-gigi yg mengalami trauma termasuk kes-kes gigi teravulsi -Oleh itu, penggunaan ‘splint’ adalah bergantung kpd jenis ‘splint’ yg terdapat di lokasi masing-masing -Gigi yg di ‘splint’ dalam jangka masa 4-10 hari menunjukkan berlakunya kejadian resorpsi akar, tapi pada kadar prevalens yg agak rendah ; berbanding gigi yg di ‘splint’ 11-19 hari & melebihi tempoh 20 hari -Manakala, tiada perbezaan ketara yg dapat dilihat pada proses penyembuhan tisu periodontal pada gigi yg di ‘splint’ melebihi tempoh 40 hari, berbanding jika gigi di ‘splint’ dalam tempoh masa yg lebih singkat -’Splint’ perlu dibiarkan sekurang-kurangnya 7 hari bagi membenarkan proses penyembuhan berlaku -’Splint’ boleh ditanggalkan sebaik saja kegoyahan gigi menjadi semakin berkurang (mobility grade 1 or physiologic mobility) semasa temujanji susulan yg berikutnya
  42. 42. 5.7.Rawatan ke atas permukaan akar gigi (root surface treatment) -Tiada kajian mencukupi utk menunjukkan keberkesanan & keselamatan (effectiveness & safety) rawatan ke atas permukaan akar gigi terhadap regenerasi tisu periodontal (periodontal regeneration) -Oleh itu, tiada cadangan yg boleh dikemukakan terhadap apa jua bentuk rawatan yg melibatkan permukaan akar gigi (-fluoride, enamel matrix protein derivatives, citric acid, antibiotik), bagi pengurusan gigi kekal anterior yg teravulsi
  43. 43. 5.8.Penggunaan antibiotik -Antibiotik biasanya diberi sebagai kaedah bagi merawat & mencegah jangkitan gigi -Jangkitan pada gigi kekal anterior teravulsi boleh berpunca dari kontaminasi bakteria pada tisu pulpa & ligamen periodontal yg datang dari persekitaran, serta kontaminasi air liur ketika prosedur replantasi dijalankan -Jangkitan dari bakteria ini boleh menyebabkan keradangan & sekaligus mendorong resorpsi akar berlaku (IRR) -Kajian ‘meta-analysis’ berkaitan penggunaan antibiotik ke atas gigi teravulsi yg telah di replantasi menunjukkan bahawa ; tiada bukti yg meyakinkan untuk mengaitkan antara keberkesanan antibiotik ke atas proses penyembuhan tisu periodontium bagi gigi yg teravulsi
  44. 44. -Walau bagaimanapun, antibiotik boleh digunakan dalam keadaan berikut : • Kontaminasi teruk pada gigi & tisu lembut • Pesakit mempunyai kecederaan teruk termasuk kecederaan pada bahagian tubuh yg lain • Pesakit yg memiliki sistem imun badan yg rendah • Pesakit yg mengalami kesukaran utk menjaga kawasan tercedera agar bersih dari kontaminasi -Berdasarkan National Antibiotic Guidelines 2nd Edition tahun 2017, penggunaan antibiotik yg disarankan adalah antibiotik yg berasaskan Penicillin (eg : Penicillin V, Ampicillin, Amoxicilin)
  45. 45. 6.TEMUJANJI SUSULAN & PEMANTAUAN • Gigi teravulsi yg telah di replantasi & distabilkan, perlu diberi temujanji susulan berdasarkan sela masa yg telah ditetapkan • Semasa temujanji susulan, keadaan tisu pulpa & periodontal perlulah dipantau & kesan penyembuhan serta komplikasi perlulah dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan penemuan klinikal & radiograf • Penyembuhan tisu pulpa selepas gigi di replantasi boleh dinilai secara : *klinikal - menggunakan ujian kevitalan pulpa (EPT, cold test) *radiograf - pelitupan saluran akar gigi (obliteration root canal) & pemanjangan akar gigi (continuation of root development) *Pelitupan salur akar gigi (obliteration root canal) merupakan satu keadaan yg mana berlakunya penimbunan tisu keras (hard tissue deposition) di sepanjang dinding dalam salur akar gigi sehingga mengakibatkan salur akar gigi menjadi kecil & sempit
  46. 46. 6.1.Sela masa bagi temujanji susulan • 1 minggu • 2 minggu • 1 bulan • 3 bulan • 6 bulan • setiap 6 bulan sehingga ke tempoh 2 tahun • sekali setahun sehingga ke tempoh 5 tahun -Selepas sebulan yg pertama, pada setiap temujanji susulan perlu dilakukan ujian kevitalan pulpa & radiograf (EPT, cold test, radiograph) -Semua kes gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi perlu disusuli sehingga tempoh 5 tahun
  47. 47. 6.2.Komplikasi yg mungkin berlaku terhadap gigi teravulsi yg telah direplantasi • Kematian tisu pulpa (pulpal necrosis) • Resorpsi akar yg berpunca dari keradangan (IRR) • Resorpsi akar penggantian (RRR) / Ankilosis • Kehilangan gigi
  48. 48. 6.2.1.Kematian tisu pulpa (pulpal necrosis) -Komplikasi yg paling kerap berlaku -Avulsi menyebabkan salur darah terputus & kematian tisu pulpa berlaku -Pulpa akan menjadi terkontaminasi oleh bakteria dari persekitaran luar & dalam mulut -Kontaminasi bakteria yg berlaku secara berterusan ke atas tisu pulpa & permukaan akar gigi akan menyebabkan jangkitan, yg boleh menyekat proses revaskularisasi pulpa dari berlaku & akhirnya membawa kepada kematian tisu pulpa -Kematian pulpa boleh dikesan seawal 2 minggu selepas proses replantasi dijalankan & boleh berlaku bila-bila masa dalam jangka masa 2 tahun terawal dari proses replantasi gigi
  49. 49. 6.2.2.Resorpsi akar yg berpunca dari keradangan (IRR) -berpunca dari kerosakan ke atas struktur periodontium semasa insiden trauma -kehilangan / kerosakan struktur simentum menyebabkan saluran dentin (dentinal tubules) terdedah kepada pencerobohan bakteria dari persekitaran gigi -bakteria dari saluran dentin akan pergi ke tisu pulpa, menyebabkan jangkitan & keradangan, seterusnya membawa kepada kematian tisu pulpa -ini boleh mencetuskan insiden resorpsi akar (IRR) & ia akan menjadi semakin teruk sekiranya kematian pulpa tidak dirawat -resorpsi akar (IRR) boleh menyebabkan pendedahan saluran dentin yg lebih teruk & menyebabkan toksin bakteria (yg berada pada saluran dentin & salur akar) pergi ke ligamen periodontal
  50. 50. -IRR berlaku pada 23% kes gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi & boleh di-diagnosis seawal 8 bulan selepas gigi di replantasi -gigi tidak matang (immature teeth) lebih cenderung utk mengalami IRR ; pada masa yg sama ia memiliki potensi yg tinggi utk mengalami proses revaskularisasi pulpa (pulp revascularization)
  51. 51. 6.2.3.Resorpsi akar penggantian (RRR) / Ankilosis -berlaku pada 51% gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi -biasanya dikesan seawal 14 bulan selepas prosedur replantasi -komplikasi serius akibat kematian sel-sel ligamen periodontal -sel ligamen periodontal yg rosak akan digantikan oleh tisu tulang yg menyebabkan percantuman antara gigi & tulang (= ankilosis) -lama-kelamaan, keseluruhan struktur akar gigi akan digantikan oleh tulang alveolar -ankilosis memiliki kesan yg besar ke atas pesakit berusia muda yg sedang membesar, berbanding pesakit dewasa
  52. 52. 6.2.4.Kehilangan gigi -Kegagalan dalam prosedur replantasi gigi teravulsi boleh menyebabkan kehilangan gigi -Kadar survival gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi adalah sekitar 70-83%
  53. 53. 7.PENGURUSAN KOMPLIKASI • Pengurusan komplikasi yg dilakukan dengan betul & secara berkala ke atas gigi teravulsi boleh mengurangkan risiko kegagalan & kehilangan gigi awal 7.1.Kematian pulpa & IRR -tisu pulpa yg telah mati perlu dikeluarkan segera melalui rawatan endodontik (immediate pulp extirpation) bagi mengelakkan jangkitan yg tidak terkawal, resorpsi akar (IRR) & kehilangan gigi -rawatan endodontik segera (immediate pulp extirpation) perlu dilakukan jika terdapat tanda-tanda klinikal & radiograf yg menunjukkan berlakunya resorpsi akar (IRR) -setelah rawatan endodontik selesai, gigi perlu diberi temujanji susulan bagi memantau sebarang tanda-tanda jangkitan selepas rawatan
  54. 54. 7.2.Resorpsi akar penggantian (RRR) / Ankilosis -tiada bukti kajian yg mencukupi (insufficient high-quality evidence) berkaitan dengan pengurusan komplikasi RRR atau ankilosis bagi gigi kekal anterior teravulsi yg telah di replantasi ; yg mana komplikasi ini merupakan suatu cabaran yg besar dalam pengurusan klinikal kerana pengurusannya yg agak rumit & memerlukan perancangan rawatan jangka pendek & panjang beserta penglibatan disiplin pergigian yg lain -jika RRR atau ankilosis berlaku pada kanak-kanak yg sedang membesar, ia boleh menyebabkan gigi menjadi ‘infra-occluded’ *’Infra-occluded’ adalah suatu keadaan yg mana kedudukan gigi terlibat berada pada aras yg lebih rendah berbanding gigi bersebelahan-nya -kesannya, ia boleh mengganggu pertumbuhan tulang alveolar setempat & menyebabkan kehilangan ruang, gigi bersebelahan menjadi sendeng (tilting of adjacent teeth) & menjejaskan rupa paras (poor aesthetic) -Ankilosis (RRR) di kalangan kanak-kanak boleh berlaku dengan kadar yg cepat terutamanya jika ia di diagnosis sebelum umur 10 tahun
  55. 55. -berbeza pula dengan pesakit dewasa yg mana ankilosis gigi merupakan suatu komplikasi yg boleh diterima -ini kerana pesakit dewasa telah mencapai kematangan pada struktur tulang mereka ; sehingga menyebabkan kadar resorpsi akar penggantian (RRR) menjadi lebih perlahan -ini menyebabkan kedudukan gigi yg ‘infra-occluded’ adalah terlalu minor & tidak terlalu menjejaskan rupa paras -gigi yg mengalami ankilosis ini boleh bertahan selama beberapa tahun sehinggalah akar gigi terlibat digantikan sepenuhnya oleh tulang
  56. 56. -Antara intervensi yg dijalankan ke atas gigi yg mengalami RRR : • Pemindahan gigi (tooth autotransplantation)** • Pembuangan struktur korona gigi (decoronation)** • Rawatan ortodontik • Pengubahsuaian morfologi tulang secara pembedahan (Surgical osteotomy) • Pengubahsuaian bentuk korona gigi menggunakan tampalan komposit (crown modification with composite build up) -dari semua intervensi yg dinyatakan di atas, prosedur yg paling kerap dijalankan adalah pemindahan gigi & pembuangan struktur korona gigi
  57. 57. 7.2.1.Pemindahan gigi (tooth autransplantation) -boleh dilakukan dalam kes ankilosis (RRR) sekiranya terdapat penderma -perlu konsultasi pakar ortodontik bagi mendapatkan perancangan rawatan sebelum prosedur dijalankan -terdapat kajian ‘meta-analysis’ melaporkan bahawa, sekiranya kaedah pemindahan gigi dijalankan ke atas gigi yg belum matang (incomplete root formation), ia mampu memberikan sebanyak 96.3% bagi kadar survival gigi selama 10 tahun. Dan didapati juga, kadar komplikasi seperti ankilosis, resorpsi akar gigi & kematian pulpa adalah rendah (< 5%) -kejayaan prosedur ini akan membolehkan gigi terus tumbuh, dapat memelihara jisim tulang alveolar (preserve alveolar bone volume) & lain-lain -prosedur pemindahan gigi yg berjaya merupakan alternatif terbaik berbanding kaedah lain seperti penutupan ruang di antara gigi melalui rawatan ortodontik (orthodontic space closure) atau perletakan prostetik
  58. 58. 7.2.2.Pembuangan struktur korona gigi (decoronation) -tujuan prosedur ini adalah untuk memelihara jisim tulang alveolar (preserve alveolar bone volume) & juga utk menghalang gigi dari kejadian ‘infra-occluded’ di kalangan kanak-kanak yg sedang membesar -cabutan gigi boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tulang alveolar sehingga 50% dalam tempoh masa 3 bulan -prosedur ini perlu dipertimbangkan dengan keperluan utk meletakkan prostetik sementara pada pesakit muda yg sedang membesar ; yg mana prostetik kekal seperti implan adalah tidak sesuai utk diletakkan pada usia muda ketika ini
  59. 59. 7.3.Kehilangan gigi -kegagalan utk me ‘replantasi’ gigi kekal yg teravulsi boleh menyebabkan kehilangan awal gigi kekal -prosedur seperti ‘alveolar ridge preservation’ (ARP) utk meminimumkan kemerosotan pada tulang alveolar (minimize alveolar ridge atrophy) ; dilakukan bagi tujuan memudahkan perletakan implan di masa depan -terdapat 3 kaedah atau bahan yg digunakan bagi prosedur ARP iaitu : • ‘bone grafts / subsitutes’ (-autologous bone & platelet-rich plasma or PRP) • ‘guided bone regeneration’ (-collagen membrane) • ‘biological active materials’ (-bone morphogenic protein) -terdapat kajian ‘systematic review’ yg menunjukkan bahawa, terdapat pengurangan pada kadar kemerosotan tulang alveolar dari segi ketinggian & kelebaran tulang (width & height) berikutan pelaksanaan kaedah ARP; berbanding proses penyembuhan soket tulang secara natural. Walau bagaimanapun, kaedah ARP ini tidak mampu menyingkirkan sepenuhnya kejadian kemerosotan tulang alveolar yg berlaku selepas prosedur cabutan gigi mahupun menggalakkan pembentukan tulang baru -perawat boleh mempertimbangkan kaedah ini bagi kes-kes di mana perletakan implan terpaksa ditangguhkan selepas prosedur cabutan atas faktor seperti usia pesakit yg terlalu muda
  60. 60. -bagi rawatan jangka masa panjang yg boleh dipertimbangkan utk mengatasi masalah kehilangan gigi adalah seperti berikut : • Memelihara ruang sedia ada dengan perletakan prostesis spt ‘removable or fixed denture’, implan atau kaedah pemindahan gigi (tooth autotransplantation) • Penutupan ruang di antara gigi melalui rawatan ortodontik (orthodontic space closure) • Penutupan ruang yg ada di antara gigi melalui rawatan ortodontik yg digabungkan bersama kaedah lain spt perletakan prostesis / implan atau kaedah pemindahan gigi, jika terdapat kehilangan gigi anterior kekal yg banyak
  61. 61. Kesimpulan Sebelum melakukan proses replantasi gigi kekal anterior yg teravulsi : 1.Any contraindications for replantation ? *faktor pesakit, faktor gigi 2.Mature vs Immature tooth ? 3.Early repantation vs Delayed replantation ? *early : <15 min (dry) ATAU <60 min (storage medium) *delay : >60 min (dry or storage medium)
  62. 62. Rujukan • CPG Management of Avulsed Permanent Anterior Teeth (3rd Edition, 2019)
  63. 63. Disediakan oleh : Dr Norazreen Abdul Jalil Pegawai Pergigian Klinik Pergigian Peringgit

×