Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.
PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL        Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum danetnik yang memp...
mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysiadengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadu...
USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKANUSAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL       Kerajaan Malaysia tahu ...
perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yangmewakili pelbagai kaum ini telah melambang...
pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untukmengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik...
dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akanmembentuk negara Malaysia pada masa depan sama ...
Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajarberkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya da...
USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI                          ...
Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempu...
Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaanpelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deep...
BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA                              MENGATASINYA      Terdapat pelbagai bentuk halangan yang ...
bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini,maka perpaduan akan dapat diwujudkan.       Set...
Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakatMalaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad k...
mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akanmembawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka ...
sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan danintergrasi national kerajaan.                   ...
RUJUKAN1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303   Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open ...
Próxima SlideShare
Cargando en…5
×

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

  • Sé el primero en comentar

Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai perpaduan dan inter

  1. 1. PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai suku kaum danetnik yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza-beza. Olehkerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik,maka perpaduan bukanlah suatu perkara yang mudah dilaksanakan di manausaha untuk menerapkan perpaduan di kalangan masyarakat sering menghadapimasalah mendapat kerjasama masyarakatnya yang berlainan budaya. Walaupunbegitu, ia tidak bermakna perpaduan tidak dapat dicapai. Secara umum,perpaduan adalah bermaksud satu proses atau sistem hidup yang menyatu-padukan seluruh anggota masyarakat dan negara menerusi ideologi negarasupaya setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti dan nilaibersama serta semangat kebangsaan bersama di kalangan mereka. MenurutProf. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006), “Tanpa perpaduan,negara itu akan terdedah kepada pelbaga-bagai kelemahan dan ancaman yangboleh menjejaskan kedaulatan negara itu sendiri.” Keadaan ini telahmenunjukkan bertapa penting mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakatMalaysia supaya Malaysia tidak akan menghadapi masalah yang bolehmenggugat kedaulatan dan kemakmuran negara untuk menjadi Malaysia sebuahnegara yang aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006),“Intergrasi national adalah satu proses yang menyepadukan pelbagai kelompokdalam masyarakat melalui satu identiti bersama. Intergrasi ini merupakanharapan kebanyakan masyarakat, terutama sekali masyarakat majmuk diMalaysia. Sepertimana yang kita ketahui, sesebuah negara yang bebas,merdeka dan berdaulat amat mementingkan perpaduan di kalangan rakyatnya.”Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa integrasi nasional bermaksud prosesmenyatupadukan masyarakat pelbagai kumpulan kaum yang mempunyaiperbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagimewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional Malaysia adalah untuk 1
  2. 2. mewujudkan kerjasama dan harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysiadengan Sabah dan Sarawak. Ia bertujuan menyatupadukan seluruh negaradalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . Keadaan ini telah menunjukkan bertapa pentingnya wujud perpaduan danintergrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Maka kerajaan Malaysia telahmenjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memastikan usaha mencapaiperpaduan dan intergrasi nasional tercapai untuk membantu Malaysia menjadisebuah negara aman dan maju. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin AhmadMazlan Zulkifly (2006) "masalah perpaduan bagi negara-negara yangmempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengannegara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai sukukaum dan etnik seperti Malaysia.” Keadaan ini telah menunjukkan bahawawujudnya halangan-halangan dalam usaha dan strategi kerajaan Malaysia untukmemastikan usaha mencapai perpaduan dan intergrasi nasional tercapai. 2
  3. 3. USAHA DAN STRATEGI KERAJAAN BAGI MEMANTAPKANUSAHA MENCAPAI PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL Kerajaan Malaysia tahu akan bertapa penting wujudnya perpaduan danintergrasi national dikalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripadamasyarakat pelbagai suku kaum dan etnik yang mempunyai latar belakang danbudaya yang berbeza-beza. Maka kerajaan Malaysia telah melaksanakanbeberapa usaha dan strategi untuk mewujudkan perpaduan dan integrasinasional didalam negara. Usaha dan strategi kerajaan Malaysia untukmewujudkan perpaduan dan integrasi nasional didalam negara dibahagikankepada empat bahagian utama iaitu politik, ekonomi,dan sosial.1. Politik Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasionalmelalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut WongKhek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), “Malaysia adalahsebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen. Perkara utamamengapa Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen adalah galakan Britishsemasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dansistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaumtertentu.” Dalam Kerajaan Demokrasi Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilihpemerintah negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali denganparti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadipemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad MazlanZulkifly (2006) “satu cara untik mewujudkan perpaduan politik negara adalahmenerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintahdiberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihanraya”. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah keranamemenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku keranaBarisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNOwakil Melayu, MCA wakil Cina dan MIC wakil India yang melambangkan 3
  4. 4. perpaduan antara tiga parti-parti etnik di Malaysia. Parti Barisan Nasional yangmewakili pelbagai kaum ini telah melambangkan wujudnya perpaduan danintergasi nasional dikalangan pemimpin kerana mereka akan mendengar suararakyat dari pelbagai kaum dan bukannya satu kaum. Pemimpin-pemimpinBarisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum ini telah memberi peluangkepada semua kaum menjalankan pemerintahan. Keadaan ini telahmenunjukkan bahawa tidak wujud diskrimasi kaum dalam konteks politikMalaysia kerana terdapat perwakilan daripada semua kaum dalam BarisanNasional. Parti-parti kaum yang mewakili kaum masing-masing dalam BarisanNasional akan bekerjasama untuk membangunkan negara secara langsung akanmewujudkan perpaduan politik diantara mereka. Pada masa kini, BarisanNational bukan lagi hanya diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC tetapi terdapatbanyak lagi parti politik kaum lain yang pada masa dahulu yang menjadipembangkang telah bergabung bersama untuk memerintah Malaysia.Penggabungan parti-parti politik ini menimbulkan semangat perpaduan politik dibawah satu ideologi yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai kaum sertamenggalakkan kerjasama, interaksi dan saling tolak ansur sesama ahli. 2. Ekonomi Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan semuakaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Menurut YaniYahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Proses ini telah dilaksanakan olehkerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai objektif untukmembasmi kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat. DEBmempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan pekerja-pekerja dipelbagai sektor ekonomi dan di semua peringkat pekerjaan serta hakmilik harta-harta produktif yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya padatahun1990 orang Melayu akan dapat memiliki sekurang-kurangnya 30%daripada jumlah hakmilik tersebut.” Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan telahmenggunakan DEB sebagai satu dasar untuk menggerakkan rakyat untukbersatupadu melalui penyusunan semula masyarakat. Melalui DEB, peluang 4
  5. 5. pekerjaan yang luas diwujudkan dan pendapatan rakyat diseimbangkan untukmengurangkan jurang perbezaan diantara etnik-etnik dan kawasan bandardengan luar bandar. Dengan terhapusnya perbezaan fungsi ekonomi mengikutkaum akan dapat mewujudkan perpaduan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi disamping meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara. 3. Sosial Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “pembangunansosial adalah penting ke arah pembangunan dan perpaduan negara.Pembangunan sosial dijalankan dalam bentuk pendidikan dan penglibatanaktiviti sosial.” Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan sosialdijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun Negara, pendidikandan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004), “Untukmenyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi iaitu Rukun Negaradi mana ia dapat didefinisikan sebagai Ideologi Negara Malaysia.” Rukun Negarapenting kerana ia merupakan asas perpaduan rakyat. Ia juga merupakanlandasan yang menentukan hubungan rakyat sesama mereka selain menjadisatu lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan bangsa yangdikehendaki oleh rakyat. Penerimaan rakyat terhadap prinsip-prinsip RukunNegara akan dapat membantu melahirkan perpaduan sosial antara satu samalain. Melalui amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara di kalanganrakyat ini akan dapat menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifatdemokratik dan stabil. Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan mencipta RukunNegara untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional dikalanganmasyarakatnya yang berbagai kaum dengan memberi mereka penghayatan danmenggunakan Rukun Negara sebagai satu cara untuk memimpin mereka kearah perpaduan intergrasi nasional. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006)“Pendidikan adalah alat penting bagi Malaysia untuk memupuk dan menanamsemangat perpaduan di kalangan generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak 5
  6. 6. dibangku sekolah.” Ini adalah penting kerana generasi muda inilah yang akanmembentuk negara Malaysia pada masa depan sama ada masyarakatnyabersatu atau sebaliknya. Maka kerajaan telah membuat pelbagai dasar dalampendidikan untuk memastikan generasi muda dapat memupuk perpaduandidalam sistem pendidikan didalam sekolah. Sehingga Penyata Razak 1956,tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Kewujudansistem sekolah berbilang bahasa telah menyulitkan proses pencapaianperpaduan. Perpaduan masyarakat melalui pendidikan hanya dapatdicapai melalui sistem persekolahan dengan kurikulum yangsama untuk semua kaum. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub didalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 danLaporan Rahman Talib 1960. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabrandan Kok Meng Kee (2002), “Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuanuntuk menyatu padu semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yangmencukupi untuk pembangunan negara.” Kerajaan melalui Dasar PendidikanKebangsaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan danbahasa penghantar yang utama. Bahasa kebangsaan merupakan alatperhubungan dan perpaduan yang penting bagi negara yang berbilang bangsaseperti Malaysia. Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “Perkara152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu dikenalisebagai Bahasa Malaysia selepas 1969 adalah bahasa kebangsaan negara.Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan bagimemaju dan memperkayakan Bahasa Melayu. Kerajaan telah mewujudkanKempen Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakkan penggunaanBahasa Melayu oleh semua kaum. Cogan kata, “Bahasa Jiwa Bangsa”dilancarkan pada tahun 1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telahmemperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.” Keadaan ini telahmenunjukkan bahawa kerajaan Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagaimedium untuk mewujudkan perpaduan intergrasi nasional. Kerajaanmengaplikasikannya di sekolah dimana pelajar akan belajar semua matapelajaran melalui Bahasa Melayu kecuali beberapa mata pelajaran dalam 6
  7. 7. Bahasa Inggeris. Penguasaan Bahasa Melayu akan membolehkan pelajarberkomunikasi dengan rakan yang berlainan kaum supaya dapat menggalakkanperpaduan dikalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kerajaan telah menyediakanpembelajaran secara percuma kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendahdan menengah supaya semua orang mendapat peluang pendidikan yang samatanpa mengira asal-usul mereka. Ini akan membolehkan pelajar miskin bolehmendapat peluang belajar yang sama dengan pelajar lain. Semua ini telahmenunjukkan pendidikan merupakan salah satu usaha kerajaan untukmemastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan intergrasi nasional. Menurut (http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/ )“Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia.Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi Negara-negara yangbaru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negarayang stabil dan bersatupadu.” Melalui kegiatan budaya, rakyat dapatberinteraksi dan memahami antara satu kaum dengan yang lain. Hal iniakan memudahkan lahirnya rasa persefahaman, toleransi dan perpaduan dikalangan masyarakat. Untuk mencapai tujuan tersebut, kerajaan Malaysiatelah menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan kebudayaanrakyat asal negara ini dan agama Islam menjadi unsur penting dalampembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan kaum lainyang sesuai dan wajar juga diterima menjadi unsur Dasar KebudayaanKebangsaan. Kerajaan akan menerapkan pepaduan dan intergrasi nasionalkepada rakyat yang pelbagai etnik dalam aktiviti yang akan dijalankanmenerusi Dasar Kebudayaan Kebangsaan seperti memperkenalkan konseprumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,Deepavali dan Krismas untuk mengalakkan masyarakat pelbagai etnik didalamMalaysia untuk saling kunjung-mengunjung di antara satu sama lain tanpamengira bangsa, kaum, agama dan budaya. Melalui Dasar KebudayaanKebangsaan masyarakat dapat mengenali budaya dan agama orang lain dansecara langsung akan mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasionaldikalangan rakyat. 7
  8. 8. USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PERINGKAT SEKOLAH BAGI MENJAYAKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Sekolah juga memainkan perana yang besar dalam menjayakanperpaduan dan intergrasi nasional. Keadaan ini berlaku kerana sekolahmerupakan asas kepada pembentukan seseorang insan yang bolehmengamalkan nilai perpaduan dan intergrasi nasional. Terdapat pelbagai usahaoleh pihak sekolah untuk menjayakan perpaduan dan intergrasi nasional. Berikutadalah usaha-usaha yang di jalankan di peringkat sekolah untuk menjayakanperpaduan dan intergrasi nasional. Pertama adalah menjalankan aktiviti gotong-royang di dalam sekolah.Aktiviti gotong royong didalam sekolah akan membawa kepada perpaduan danintergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dan guru-guru akan menolongbersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama merekaakan berinteraksi di antara satu sama lain serta mengenali rakan yang tidakdikenali. Keadaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan perpaduan danintergrasi nasional dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar disekolah. Kedua adalah mewujudkan program pertukaran pelajar-pelajar sekolah.Program pertukaran pelajar-pelajar di antara sekolah akan membawa perpaduandan intergrasi nasional kerana pelajar-pelajar dapat mengenali dan memahamipelajar-pelajar dari sekolah yang berlainan. Misalnya, pelajar dari Sekolah JenisKebangsaan digalakkan supaya bergaul dengan pelajar dari SekolahKebangsaan melalui suatu program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuksuatu jangka masa tertentu. Keadaan ini akan membolehkan pelajar sekolahmendapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar dari sekolah yang berlainandan sekali gus mewujudkan perpaduan diantara mereka. 8
  9. 9. Ketiga adalah menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara ke atas pelajar-pelajar di sekolah. Buku latihan sekolah perlu mempunyai Rukun Negara supayapelajar dapat membacanya dengan senang. Pihak sekolah perlu memastikanpelajar-pelajar dapat menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara. Contohnya,pelajar dikehendaki melafazkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalamperhimpunan mingguan sekolah. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang terkandung didalam Rukun Negara. Ini akan menjadikan pelajar-pelajar saling hormat-menghormati serta memahami kebudayaan kaum lain danhidup secara yang muhibah. Keadaan ini secara langsung telah menanam unsurperpaduan dan intergrasi nasional didalam diri pelajar melalui Rukun Negarayang dihafal dan diamalkan oleh mereka. Keempat adalah pihak sekolah dapat menggalakkan perpaduan dikalangan pelajar dengan melancarkan kempen, ceramah, seminar dan kem-kemmotivasi yang berfokuskan perpaduan dan intergrasi national. Melalui pelancaranini, pelajar-pelajar akan didedahkan kepada kepentingan perpaduan di negarakita yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,pelajar digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang dianjurkan supaya dapatmempelajari dan memahami konsep perpaduan yang cuba diterapkan oleh pihaksekolah. Melalui kem-kem motivasi ini, pelajar akan tahu akan kepentinganperpaduan dan intergrasi nasional kepada negara dan sekali gus akanmengamalkannya. Kelima adalah memberi pelajar-pelajar menggunakan kemudahan-kemudahan di sekolah tanpa mengira kedudukan dan kaum pelajar yangberbeza. Kemudahan seperti pusat sumber perlulah diberikan kepada pelajartanpa mengambil kira latar belakang kaum mereka. Semua pelajar patut diberikebenaran untuk menggunakan pusat sumber. Keadaan ini akan menunjukkanbahawa perpaduan dan intergrasi nasional telah dipupuk dengan tidakmendiskriminasikan pelajar mengikut kaum untuk menggunakan pusat sumber. 9
  10. 10. Keenam adalah pihak sekolah boleh mengadakan sambutan perayaanpelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain di sekolah. Melalui cara ini, setiap pelajar dapat mempelajari adat resamserta kepercayaan kaum-kaum didalam Malaysia. Ini akan menimbulkan rasahormat di kalangan pelajar terhadap kaum yang lain selain dapat mengeratkanpersefahaman diantara pelajar-pelajar yang berlainan kaum. Salah faham danperbezaan pendapat antara kaum akan dapat dielakkan kerana pelajar-pelajartelah memahami budaya kaum lain. Keadaan ini telah menunjukkan wujudnyaperpaduan dan intergrasi national didalam diri pelajar dimana mereka telahmengetahui budaya kaum-kaum di Malaysia. 10
  11. 11. BENTUK HALANGAN YANG WUJUD DAN CARA MENGATASINYA Terdapat pelbagai bentuk halangan yang wujud dalam usaha kerajaanMalaysia untuk mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional di kalanganrakyatnya yang berbilang kaum. Pada masa yang sama kerajaan Malaysia telahmengambil inisiatif untuk mengatasinya dengan cara yang tersendiri. Berikutadalah halangan-halangan yang wujud dan cara-cara untuk mengatasi halangankepada perpaduan dan intergrasi nasional. Halangan pertama kerajaan dalam mewujudkan perpaduan dan intergrasinasional adalah pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad.Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarangbergaul dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih sukaberkawan dengan kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telahmewujudkan rasa perkauman yang secara langsung menghalang perpaduan danintergrasi national. Mereka hanya bergaul apabila difikirkan perlu sahaja.Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh wujud dalam interaksikaum-kaum di Malaysia. Untuk mengatasi masalah pergaulan antara kaum-kaum yangterhad, kerajaan telah mewujudkan Sekolah Wawasan untuk memupuk konsepperpaduan di kalangan pelajar. Sekolah Wawasan merupakan gabungan tigajenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) danSekolah Jenis Kebangsaan (T) di bawah suatu kawasan yang sama di manaketiga-tiga jenis sekolah ini berkongsi segala kemudahan yang disediakan.Sekolah Wawasan ini diadakan untuk menggalakkan pergaulan sertapersefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya ketiga-tiga kaum dalamsatu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum yang terhaddapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsimenggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan 11
  12. 12. bergaul dan memahami diantara satu sama lain. Wujudnya suasana seperti ini,maka perpaduan akan dapat diwujudkan. Seterusnya adalah halangan dari segi perbezaan agama, budaya danadat resam masyarakat Malaysia yang pelbagai. Menurut(http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Socialdevelopment/Report26.htm) setiap kaum di Malaysia mempunyai agama, budaya,adat resam serta kepercayaan yang tersendiri. Maka, ini telah mewujudkanperbezaan pendapat di antara kaum-kaum. Keadaan ini berlaku kerana terdapatpercanggahan pendapat di antara kaum-kaum tertentu seperti penganut agamaHindu tidak memakan lembu kerana di anggap sebagai haiwan suci tetapipenganut agama Kristian dan Islam memakan lembu. Begitu juga denganpenganut agama Islam yang tidak memakan babi tetapi penganut agama Hindudan Kristian boleh memakan babi. Maka timbullah perbezaan pendapat di antaramereka yang mungkin akan membawa kepada perbalahan antara kaum.Keadaan ini sememangnya telah menghalang perpaduan dan intergrasi national. Untuk mengatasi masalah halangan dari segi perbezaan agama, budayadan adat resam, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan perkongsian budayadi kalangan masyarakatnya. Melalui perkongsian budaya, setiap golonganmasyarakat akan lebih memahami adat resam dan kepercayaan kaum-kaumlain. Mereka juga akan lebih menghormati serta bertoleransi antara satu samalain agar tidak menyinggung perasaan individu yang lain. Contohnya,perkongsian budaya yang telah dilaksanakan adalah melalui Rumah Terbukasemasa musim perayaan bagi setiap kaum. Contohnya, rumah terbuka semasaTahun Baru Cina dimana kaum-kaum lain seperti India dan Melayu akan dijemput untuk meraikan bersama kaum Cina dengan mengziarahi rumah orangCina. Keadaan ini akan memperkenalkan budaya kaum Cina kepada kaum-kaumlain dan mereka akan lebih memahami budaya kaum Cina. Perkara ini akanmenyebabkan kaum-kaum mencapai perpaduan dan intergrasi national. 12
  13. 13. Halangan seterusnya adalah perbezaan status ekonomi masyarakatMalaysia berdasarkan kaum. Perkembangan penjajahan di abad ke-19 telahmembawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk. Orang Cina danorang India telah dibawa masuk untuk mengusahakan sektor perlombonganserta perladangan. Masalah ini jelas kelihatan kerana British telah mengasingkankaum-kaum di tempat-tempat tertentu iaitu orang Melayu tinggal di kawasandesa atau pinggir bandar, orang Cina di kawasan Bandar dan orang India dikawasan ladang. Keadaan pola pendudukan yang berbeza ini secara tidaklangsung mewujudkan perbezaan status ekonomi bagi setiap kaum dimanaorang Cina adalah peniaga, orang India ialah penoreh getah dan orang Melayuadalah pesawah. Ini akan menghalang proses perpaduan dan intergrasi nationalkerana status ekonomi dan tempat tinggal mereka adalah berbeza, Untuk mengatasi masalah perbezaan status ekonomi masyarakatMalaysia berdasarkan kaum, kerajaan Malaysia menyusun semulamasyarakatnya dalam Dasar Ekonomi Baru. Melalui Dasar Ekonomi Baru ini,jurang ekonomi diantara kaum telah dikurangkan dan pengagihan pendapatanberlaku dengan lebih baik. Keadaan ini telah mengatasi masalah perbezaanstatus ekonomi berdasarkan kaum dan membawa kepada perpaduan danintergrasi nasional kerana masalah status ekonomi dan tempat tinggal tidakwujud lagi dikalangan kaum-kaum. Maka mereka boleh berinteraksi di antarasatu sama lain tanpa mengira perbezaan status. Halangan yang seterusnya adalah kewujudan surat khabar pelbagaibahasa boleh menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakatpelbagai kaum di Malaysia. Terdapat surat khabar yang diterbitkan dalamBahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil. Surat khabar pelbagai bahasa ini telahmenjarakkan jurang pemisahan antara kaum-kaum di Malaysia kerana setiapkaum ingin menonjolkan berita, budaya dan perkembangan yang berlaku disekitar kelompok kaum mereka sendiri dan di negara asal mereka. Inimenguatkan lagi semangat kecintaan terhadap tanah air dan kaum merekasahaja. Perkembangan dan semangat yang negatif ini tidak dapat membantu 13
  14. 14. mereka memahami bahasa, budaya dan sensitiviti kaum lain. Keadaan ini akanmembawa unsur-unsur perkauman dikalangan mereka yang akan menghalangusaha perpaduan dan intergrasi national kerajaan. Kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan kewujudan suratkhabar pelbagai bahasa tidak menghasilkan penerbitan yang boleh membawakepada masalah perkauman seperti melarang penerbitan yang mencaci agamadan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama kerajaan tidakmenggalakkan mereka menerbitkan penulisan yang hanya bercorakkan negaraluar tetapi digalakkan untuk menulis artikel yang bercorak Malaysia danmempunyai nilai perpaduan dan intergrasi national. Penerbitan surat khabaryang bercorak Malaysia dan mempunyai nilai perpaduan dan intergrasi nationalini akan membantu usaha kerajaan untuk menjayakan perpaduan dan intergrasinasional kerana surat khabar adalah media perantaran yang terbaik kepadamasyarakat. Halangan seterusnya adalah kebanyakan anak-anak muda pada masakini tidak mempunyai kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan danintergrasi nasional. Mereka tidak lagi mahu mengamalkan perpaduan dan lebihsuka kepada membuat kerja mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain.Sikap negatif ini akan menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkanperpaduan dan intergrasi national. Cara mengatasi masalah sikap negatif anak-anak muda ini adalahmengajar mata pelajaran sivik di sekolah. Mata pelajaran sivik seperti PendidikanIslam dan Pendidikan Moral diajarkan di sekolah bagi menerapkan nilai-nilaimurni seperti hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama kepada pelajar-pelajar. Melalui mata pelajaran ini, pelajar akan lebih memahami konsep dankepentingan perpaduan di dalam negara serta akan mengaplikasikannya dalamkehidupan seharian. Keadaan ini secara langsung akan mengatasi masalah 14
  15. 15. sikap negatif anak-anak muda di sekolah dan menjayakan usaha perpaduan danintergrasi national kerajaan. 15
  16. 16. RUJUKAN1. Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006). LANH 1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.2. Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004). SPM SEJARAH. Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.3. Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002). PENGAJIAN AM KERTAS 1 DAN 2 STPM. Malaysia : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.4. http://www.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/5. http://www.ids.org.my/publications/ResearchPaper/ReportUndertaken/Soc ialdevelopment/Report26.htm 16

    Sé el primero en comentar

    Inicia sesión para ver los comentarios

  • Husnajayqish

    Apr. 6, 2015
  • aqieyzrasman

    Apr. 18, 2015
  • afiqahrashid79

    Apr. 29, 2015
  • TamilMullai2

    May. 9, 2015
  • NoritaHaironi

    Aug. 29, 2015
  • nanthinidhanabalan

    Sep. 4, 2015
  • shaminiramadas

    Sep. 29, 2015
  • MohdImranIsmail

    Oct. 7, 2015
  • ZatiAryna

    Oct. 24, 2015
  • afiqsupir2

    Mar. 2, 2016
  • nurfihifzillah

    Mar. 8, 2016
  • nurfatihahsharizal

    Aug. 31, 2016
  • akmalsulong1

    Feb. 22, 2017
  • dheanendinwan

    Mar. 17, 2017
  • PeiLiLee

    Apr. 2, 2017
  • yumitra97

    Apr. 10, 2017
  • NabilahHanum1

    Nov. 13, 2017
  • yahoo555

    Mar. 6, 2018
  • SyazlinaJasferi

    Mar. 20, 2019
  • KuanLee6

    Jun. 19, 2019

Vistas

Total de vistas

177.136

En Slideshare

0

De embebidos

0

Número de embebidos

331

Acciones

Descargas

3.169

Compartidos

0

Comentarios

0

Me gusta

37

×