Bidang: Nombor dan Operasi
Tajuk : Bahagi hingga 100 000
Standard kandungan : 5.1 Pembahagian dua nombor
Standard Pembelajaran: (i) Membahagi sebarang nombor hingga 100 000 dengan nombor satu digit,
dua digit, 10, 100 dan 1 000
Objektif Pembelajaran: Pada akhir PdP murid-murid dapat :
(i) Membahagi sebarang nombor hingga 100 000 dengan nombor satu
digit, dua digit, 10, 100 atau 1000 menggunakan pelbagai strategi
pengiraan.
)
Fasa Aktiviti PdP Cadangan Aktiviti
1. Persediaan
Pemerhatian dan
analisis
i. Sediakan dua bekas dan sejumlah
guli
ii. Masukkan sebiji guli ke dalam bekas
A dan bekas B. Ulangi sehingga
semua guli habis.
Bekas A Bekas B
iii. Bersoaljawab untuk menyatakan
konsep bahagi
i. Perhatikan apa yang
cikgu lakukan.
ii. Apabila dimasukkan
guli ke dalam kedua-
dua balang, bilangan
guli akan menjadi
sama.
iii. Guru akan
menyuruh murid
secara rawak
mencuba aktiviti ini.
iv. Apa yang kamu
dapat daripada
aktiviti ini?
2. Perkembangan
Penjanaan Idea
dan Sintesis Idea
i. Minta murid membina petak sifir
ii. Menggunakan petak sifir
membimbing murid membahagi
sebarang nombor dengan nombor
satu digit. Penyelesaian dilakukan
dalam bentuk lazim.
Contoh : 54 250 ÷ 5 =
Ulangi aktiviti ini dengan beberapa
soalah lain
iii. Membimbing murid membahagi
sebarang nombor dengan nombor
dua digit.
Contoh :
86 346 ÷ 27 =
iv. Membimbing murid membina sifir
nombor dua digit menggunakan
Kaedah Tetulang (T). Penyelesaian
dalam bentuk lazim. Ulangi aktiviti
ini dengan soalan yang lain.
Membina sifir 27 kaedah T
2 7 2 7
4 1 4 5 4
6 2 1 8 1
8 2 8 10 8
10 3 5 13 5
12 4 2 16 2
14 4 9 18 9
16 5 6 21 6
18 6 3 24 3
3 1 9 8
27 8 6 3 4 6
8 1
5 3
2 7
2 6 4
2 4 3
2 1 6
2 1 6
Ulangi aktiviti di atas dengan
beberapa soalan lain.
v. Membahagi nombor dengan 10, 100
dan 1000.
a)Memberi penerangan dalam
menyelesaikan soalan dengan
menggunakan bentuk lazim.
i. 45 678 ÷ 10 =
ii. 84 948 ÷ 100 =
iii. 76 859 ÷ 1 000 =
b) Memperkenalkan satu teknik
mudah(Pemansuhan) membahagi
dengan dengan 10, 100 dan 1000
Contoh 1:
4 5 6 7. 8 =
1 0
Jawapan : 4567 baki 8
Contoh 2 :
8 4 9 . 4 8 =
1 0 0
Jawapan : 849 baki 48
Contoh 3 :
7 6 . 8 5 9 =
1 0 0 0
Jawapan : 76 baki 859
3. Perkembangan
Penambahbaikan
Menilai
i. Mengadakan aktiviti kumpulan
berbentuk kuiz Stesen Bijak
Matematik. Pada setiap stesen
murid menyelesaikan soalan
bahagi.
ii. Setiap kumpulan akan bergerak
dari satu stesen ke stesen secara
serentak apabila wisel
dibunyikan.
i. Murid dibahagikan
kepada 5 kumpulan
dan diberi borang
jawapan.
ii. Setiap kumpulan
berada di setiap
stesen dan akan
bergerak ke stesen
lain secara serentak
apabila wisel
dibunyikan.
iii. Pemenang
kumpulan
ditentukan melalui
markah tertinggi.
4. Tindakan
Pelaksanaan
Amalan
Berterusan
i. Murid menjawab Lembaran
kerja.
ii. Membincang hasil kerja murid.
Pentaksiran Murid menyelesaikan lembaran kerja yang
diberi berdasarkan keupayaan masing-
masing. Murid membetulkan kesalahan
yang dilakukan.
Nilai dan Sikap Kerjasama, yakin dan tekun
Soalan Kuiz:
STESEN 1
24 564 ÷ 4 =
STESEN 2
67 585 ÷ 32 =
STESEN 3
84 948 ÷ 10 =
STESEN 4
45 987 ÷ 100 =
STESEN 5
89 210 ÷ 1 000 =
Borang Jawapan :
KUMPULAN : ____________________________________
Jawapan :
STESEN 1 : _____________________________________
STESEN 2 : _____________________________________
MARKAH
STESEN 3 : _____________________________________
STESEN 4 : _____________________________________
STESEN 5 : _____________________________________