1. LAPORAN BANDAR
ANDA
NAMA : MOHD FIRDAUS BIN MOHD ZAIDEE
NO. MATRIK : A163192
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH
BIN O.K. RAHMAT
2. ❖ Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan pengangkutan di
bandar yang anda biasa atau bandar kampung anda. Anda digalakkan
memasukkan gambar-gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda.
Muatnaik (upload) laporan anda ke SlideShare.net dan berikan
pautannya (link) dalam ruang yang disediakan.
SOALAN :
3. BANDAR KAJANG , SELANGOR
Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan
mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.
Salah satu mercu tanda Kajang ialah Stadium Kajang yang terletak di tengah-tengah
bandar. Stadium ini dapat menampung sehingga 5,000 orang pada satu-satu masa.
Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur.
Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk
dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran
Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak
Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.
6. PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN
➢ Kereta
➢ Motosikal
PENGANGKUTAN JALAN RAYA
PENGANGKUTAN AWAM
➢ E-hailing (Grab)
➢ Bas (RapidKL, Bas MRT, Bas SMART Selangor)
➢ Teksi
7. PENGANGKUTAN KERETA
➔ Ini ialah pengangkutan kereta yang
sering diguna pakai oleh penduduk
di bandar Kajang untuk pergi ke
sesuatu tempat.
Gambar berikut adalah berhampiran Plaza Metro Kajang
8. PENGANGKUTAN MOTORSIKAL
➔ Penduduk di bandar Kajang juga
menggunakan
pengangkutan motosikal untuk
pergi ke satu kawasan.
Gambar berikut adalah berhampiran MRT Bandar Kajang
9. Pengangkutan E-hailing (Grab)
➔ Terdapat juga pengangkutan
secara e-hailing yang disediakan
untuk penduduk di Kajang seperti
grab car.
10. PENGANGKUTAN BAS
RapidKL
• Bas ini juga dipanggil sebagai bas
loncat kerana ia mengelilingi bandar
Kajang dan sering digunakan oleh
penduduk Kajang kerana kadar
bayarannya yang murah.
Gambar berikut adalah Contoh Bas Rapid KL
11. PENGANGKUTAN BAS
Bas MRT
• Bas ini yang mempunyai stesen
yang bersambung dengan MRT
dapat memudahkan masyarakatnya
untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Selain itu, bas ini
juga mempunyai tambang yang
murah dan berpatutan.
Gambar berikut adalah berhampiran MRT Kajang
12. PENGANGKUTAN BAS
Bas SMART Selangor
• Bas ini memberikan perkhidmatan
percuma kepada warganegara dan
bayaran RM 1 kepada warga asing.
Bas ini juga turut melakukan
pekhidmatan yang membawa
masyarakat dari luar bandar ke
bandar yang memudahkan
penggunanya.
13. PENGANGKUTAN TEKSI
➔ Penduduk di bandar Kajang juga
menggunakan Teksi penduduk
di bandar Kajang untuk pergi ke
sesuatu tempat sebagai alternatif
kepada pengangkutan lain
Gambar berikut adalah contoh tempat teksi menunggu
sekitar Bandar Kajang
14. MASALAH LALULINTAS DI KAJANG
Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya bukanlah
satu fenomena yang luar biasa bagi pengguna jalan raya di bandar Kajang.Setiap
hari kenderaan semakin bertambah sedangkan jalan raya masih sempit dan
lorongnya tidak bertambah. Ketidakseimbangan ini menjadikan punca utama
kesesakan lalu lintas di bandar Kajang.
Pengangkutan Awam yang kurang efisien juga merupakan salah satu masalah
utama seperti stesen-stesen bas tidak strategik lokasinya menyebabkan penduduk
mengalami kesusahan sekiranya penempatan mereka jauh dari stesen bas
Selain itu, pertambahan pesat penduduk yang mendiami bandar juga menjadi punca
kepada kesesakan lalu lintas. Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke
bandar menyebabkan lebih banyak kawasan di bandar dijadikan tempat tinggal
seterusnya menghadkan kawasan untuk melebarkan jalan raya.
15. MASALAH LALULINTAS DI KAJANG
Gambar berikut adalah berhampiran The Store ,Bandar Kajang
16. Keselamatan Jalan Raya
➔ Pusat Bandar Kajang yang semakin
membangun dengan kerja-kerja
pembinaan di ruang trafik sudah pasti
akan mengundang risiko yang tinggi
kepada pengguna jalan raya.
➔ Sudah pasti banyak keperluan
keselamatan yang perlu dipatuhi oleh
semua pihak bagi menjamin pengguna
jalan raya
➔ Di Bandar Kajang, Pihak
bertanggungjawab Majlis Perbandaran
Kajang (MPKj) akan mengambil tindakan
segera memperbaiki keadaan di seluruh
jalan Bandar Kajang.Contohnya,
Lampiran di sebelah ini menunjukkan
MPKJ membaiki masalah penghadang.
PEKERJA Majlis Perbandaran Kajang sedang melakukan
kerja-kerja meningkatkan tahap keselamatan di Kajang Bypass. -
Gambar SAIFOL BAHARI (13 MARCH 2021)
18. PENGANGKUTAN KTM
KTM
• Stesen keretapi Kajang adalah stesen
keretapi yang terletak di Kajang, Selangor.
Stesen ini merupakan stesen pertukaran,
dimana satu bahagian menyediakan
perkhidmatan KTM Komuter Laluan Seremban
dan KTM ETS, dan satu bahagian lagi Laluan
MRT Sungai Buloh-Kajang(SBK). Ini juga dapat
memberikan kemudahan kepada
penggunanya.
Gambar berikut adalah berhampiran KTM Kajang
19. PENGANGKUTAN MRT
KTM
• MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang ataupun
dahulunya dikenali sebagai Laluan Kajang ,
ialah laluan kereta api alihan laju kesembilan
serta sistem kereta api automatik dan
tanpa pemandu kedua di kawasan Lembah
Klang selepas Laluan Kelana Jaya. Ia merupakan
sebahagian daripada Sistem Transit
Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini
menjangkau dari Sungai Buloh sehingga ke
Kajang. Tambangnya yang murah dan
berpatutan serta menepati masa memudahkan
penggunanya menaiki pangangkutan ini.
Gambar berikut adalah berhampiran MRT Kajang
21. Kemudahan Pejalan Kaki
• Kemudahan pejalan kaki seperti
jalan beratap hanya terdapat di
tepi-tepi sekolah dan juga di setiap
stesen-stesen pengangkutan awam.
Kemudahan ini masih tidak lagi
meluas di Bandar Kajang itu sendiri.
Gambar berikut adalah berhampiran KAJANG HIGH SCHOOL
22. Kemudahan Laluan Basikal
• Pada pandangan saya sebagai pelajar UKM
saya mendapati Kemudahan pengguna basikal
di Bandar Kajang masih lagi tiada
sama ada laluan basikal ataupun
tempat parkir basikal.Pengguna basikal hanya
menggunakan tepi jalan atau pun laluan
pejalan kaki.
Gambar berikut adalah contoh pengguna hanya berbasikal di
tepi jalan raya utama
23. PENGURUSAN LALULINTAS DI KAJANG
Di Bandar Kajang, Pihak bertanggungjawab Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
untuk penguatkuasaan dan pengurusan lalu lintas di Kajang
Fungsi MPKJ
● Melaksanakan tindakan penguatkuasaan melalui pemeriksaaan, bancian dan tindakan
susulan terhadap perkara seperti Lesen Perniagaan, Penjaja Tanpa Kebenaran, Halangan
Kaki Lima, Pusat Cuci Kenderaan, Pasar Malam/Pasar Pagi/Pasar Awam dan Penjualan
Barang Lusuh.
● Merancang dan mengatur tindakan operasi bersepadu terhadap perkara seperti Operasi
Halangan Tempat Letak Kenderaan
● Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aduan mengenai kenderaan yang terbiar.
● Menerima dan memberi maklumbalas terhadap segala aduan yang diterima melalui sistem,
panggilan telefon dan bersurat.
● Membuat kawalan lalulintas serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap
pesalah-pesalah lalulintas.
24. CADANGAN MENGATASI MASALAH
PENGANGKUTAN DI KAJANG
Di Bandar Kajang, pendekatan baharu perlu dicari untuk menangani kesesakan lalu
lintas dan masalah-masalah yang lain.
Cadangan
● Pihak berkuasa juga perlu melarang kenderaan berat memasuki laluan utama dalam tempoh
tertentu.
● Kerajaan juga boleh mewujudkan bandar bebas kereta sdalam usaha mengurangkan
kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.
● Kerajaan perlu mewujudkan hub pengangkutan awam yang efisyen untuk ke bandar-bandar
utama.
● Pelan pembangunan akan datang terutamanya projek perumahan perlu dibina berdekatan
dengan sistem transit sedia ada seperti LRT, Monorail dan MRT
● Meningkatkan penguasaaan undang-undang yang berkaitan dengan jalan raya
● Meningkatkan kemudahan pengangkutan aktif seperti laluan pejalan kaki dan penunggang
basikal serta tempat parkir basikal