SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Pengenalan

      Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam
bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan
ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak
dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata
yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan

pengolahan yang menarik.

       Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks
yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan
teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat
mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang
sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian;
baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu
penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta
kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.

       Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan
teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara
yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan
secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
Definisi dan Konsep Komunikasi

      Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang
bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada
perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi
merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada
seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh
Theodorson & Theodorson (1969).

      Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah
dan dangkalpentebaran     amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan
pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang
lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada
perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan,
jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan
emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan
mencapai persamaan makna.

       Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam
masyarakat.   Gejala   keruntuhan   institusi   rumah   tangga,   kadar   kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit
sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
Bentuk komunikasi




Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi ;
Kesantunan berbahasa
      Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval
seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)
mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa
kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu,
kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
      Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
      Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang
menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama
peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.
      Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000)
mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan
yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur
dan pendengar.


      Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi:


“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.


Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng
dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada
sesiapa yang tahu.


Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu


      Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip
yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran
manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi
ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan
berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul
Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri
mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.
Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.


      Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang
itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu
majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam
ungkapan berikut:


Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka
wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat,
bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu
memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia
berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya
dalam keadaan tertentu.


Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
      Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat
dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini,
maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada
waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari
kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas
bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun
2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
diajarkan Komsas.


      Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara
objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:
· melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan
penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
· menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan
perasaan cinta akan negara.


      Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau
bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham
dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain.
Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka
berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang
digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai
contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:
1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan
ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan
seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi
seseorang.


         Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran
adalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada,
khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan
kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus
bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan
bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis.


Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:


“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.
“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut.
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka
pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya
bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat
daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya
teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada
Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.”
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan
harapannya itu.
Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal,
adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)


Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk
perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.


(a) Perlakuan bahasa


(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.”
(ii) Kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
(iii) Kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.


(b) Bukan perlakuan bahasa


(i) Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.


(ii) Air muka/ raut wajah
…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya
berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
(iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.




        Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan
kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang
terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan
bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan
bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa.


        Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke
semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai
guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran
dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan,
telitilah kalimat ini:


Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal


Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.


        Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu
hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik
antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik
antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah
mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara
kita dengan Pencipta.



Kesantunan Dalam Komunikasi
       Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
       Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.
Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi
atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.

Kesantunan Berbahasa


     Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
1. sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
     berbudi bahasa.
     Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
2.
     bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
     Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
3.
     sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
     Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
4.
     gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
     Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
     agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
     hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
   bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
   Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
   bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
   sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
   keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung
   kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:


                                   Digunakan untuk orang lelaki
    Pak                            yangs ama sebaya dengan
                                   ayah kendiri.

                                   Digunaka utnuk orang
    Mak                            perempuan yang kira-kira
                                   sebaya dengan emak kendiri

                                   Digunakan untuk orang lelaki
                                   atau prempuan yang kira-kira
    Tok
                                   sebaya dengan datuk atau
                                   nenek kendiri.

                                   Digunakan untuk orang lelaki
    Abang                          yang tidak setua ayah kendiri
                                   dan juga tidak semua kendiri.

                                   Digunakan untuk orang
                                   perempuan yang tidak setua
    Kakak
                                   emak kendiri dan juga tidak
                                   semuda kendiri.

                                   Digunakan untuk orang lelaki
    Adik                           atau permepuan yang lebih
                                   muda daripada kendiri.
Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan
10.
      Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

      i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long,
      Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak
      Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

      Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak
      dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas
      kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang
      Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

      ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

      Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak
      Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada
      ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu
      danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar,
      mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas

      Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum
      berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.



13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

      Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
      daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor
      dan Syed.

      Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik
   Ahmad.

   Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
   daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran
   Doktor, Profesor dan sebagainya.

   Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
   seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
   rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada
   ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

   Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks
   yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

   Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan
   kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan
   (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran
   Sdn. Bhd.)



14. Gelaran Warisan

   Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
   Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang,
   Kedah, Terengganu).

   Gelaran keturunan orang-orang
   besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
   Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku,
   Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah)
   dan Tun (Terengganu)

   Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
   seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
   Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

   Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar
   Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
   Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).



15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri,
   Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar),
   Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri
   Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

   Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh
   pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
   Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
   Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran

   (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

   (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. -
   Tuan Haji

   (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) -
   Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

   (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya
   Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

   (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

   (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan +
   Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman



17. Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa                Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan        Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Agong            Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku
                                 Duli Yang Maha Mulia
Ampuan, Raja Permaisuri
Balu Raja                        Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku            Duli Yang Teramat Mulia atau
Mahkota                          Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib             Yang Amat Mulia
Bergelar warisan                 Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri         Yang Amat Berhormat
Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli
Dewan Undangan Negeri (wakil Yang Berhormat
rakyat)
Wakil Rakyat yang mempunyai
                                 Yang Berhormat Mulia
gelaran Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan                    Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran
kurniaan kerajaan (selain Tun
                                 Yang Berbahagia
dan Toh Puan) atau/dan
gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara               Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara               Yang Amat Setia
Hakim, Kadi                      Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam         Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran      Yang Berusaha
BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia
menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara
langsung atau bertulis.

       Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya.
Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan
struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud.

       Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang
keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan
berprinsip.

       Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau
melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu,
remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya
terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut
peredaran zaman.




Bentuk komunikasi bertulis

Memo
Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis
dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau
disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah
catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau
organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan
mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan.
Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan
ada memo yang tersedia dalam bentuk borang.


Tujuan memo

 Memberi maklumat dan fakta

 Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
 Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan

Ciri Memo

 Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas

 Terus kepada maksud

 Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat

 Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,

perkara, tandatangan dan sebagainya.

 Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada

surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.


Bentuk Memo
      Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang
tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga
dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada
umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan
bentuk terbuka.


Memo Bentuk Borang
Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam
borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada
ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk
catatan tambahan jika perlu.


Memo Bentuk Terbuka
      Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat
tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi
tujuan memudahkan urusan.
Bahasa Memo
       Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya
penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak
disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya:
• ringkas, padat dan jelas
• Lembut dan berdiplomasi
• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca
• Tidak menimbulkan prasangka.
• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.


Langkah Menulis Memo
Merancang:
• Tujuan penulisan memo tersebut
• Mengenal pasti siapakah sasaran
• Apa yang diharapkan
• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut
Menulis
• Menepati tujuannya
• Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
• Satu isi satu perenggan
Menyemak
• Maklumatnya adakah tepat dan betul
• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
• Konstruktif




Minit Mesyuarat
       Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkara
yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana
akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan,
segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala
perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis
minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga
bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit
mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan
Pengerusi dalam masa tiga hari.


      Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat
selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu
yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat
panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai
tujuan tertentu, antaranya:

 Bertukar-tukar fikiran antara ahli

 Mendapatkan idea-idea baharu

 Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak

 Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan

untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara.


      Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan
perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan
keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak
tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat.


Jenis Minit Mesyuarat
Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada
beberapa jenis:


Mesyuarat Jawatankuasa
      Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan
membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu
yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.


Mesyuarat Agong
      Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku
perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang
lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah
dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli.
Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung
dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar.
Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,
membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu.
Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan
dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.


Mesyuarat Khas
         Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus
daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar
Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang
meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad
supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih
teruk.


Mesyuarat Agung Luar Biasa
Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya
diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.
Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan
yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat
agung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu
mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi
satu isu sahaja.


Ciri Minit Mesyuarat
Tulen:

 Ringkas dan padat.

 Tidak direka-reka.

 Bukan bentuk laporan.
 Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama

ahli mesyuarat
Lengkap:

 Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan

 Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tepat

 Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di

bincangkan dalam mesyuarat.

 Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah

pandangan pencatat.
Sahih

 Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang

berkaitan.

 Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit

mesyuarat.

 Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan

fakta-fakta lain.
Berstruktur

 Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu

kelihatan kemas dan teratur.

 Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut

urutan.
KOMUNIKASI LISAN


Pidato
       Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.
Melalui aktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,
menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat
melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.


Definisi pidato
       Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha
menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan
serta mempengaruhi pendengar.
Tujuan
1) Memberi penerangan:
menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.
2) Memberitahu:
perkara yang baru
3) Memberi keyakinan:
meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik
4) Mempengaruhi:
Memberi penekanan dan perhatian


Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik

 Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.

 Aras bahasa bersesuaian dengan audien.

 Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan

seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.

 Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik

simpati.

 Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
 Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab

Gaya Penyampaian

 Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan

fakta.

 Jangan kaku dan beraksi berlebihan

 Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila

gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.

 Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.

 Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah

yang terlalu serius.

 Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Gaya dan Intonasi

 Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.

 Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian

 Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.

 Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk

 Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi

 Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi



Syarahan
Satu bentuk komunikasi sehala
- Disampaikan secara individu
- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan
Definisi
         Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk
menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
-Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan


Tujuan
Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting
tentang tajuk tersebut.
Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal
ehwal semasa yang menarik.


Format Syarahan
Pembuka Kata
      Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak
tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang
berkenaan.
Isi atau amanat
      Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.
Penutup Isi/ amanat
      Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat
dalam syarahan tadi.
Penutup syarahan
      Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini
pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,
melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan
tadi akan memanfaatkan para hadirin.


Bentuk-bentuk Halangan dalam berkomunikasi
Terdapat pelbagai bentuk halangan dalam berkomunikasi terutama komunikasi lisan.
Dari segi keberkesanan penyampaian sesuatu perkara. Seseorang penyampai harus
memahami apa yang hendak disampaikan. Mengenalpasti siapakah yang akan
mendengar , suasana tempat penyampaian. Sekiranya dalam suasana yang bising
sudah pasti perkara yang hendak disampaikan tidak dapat diterima atau didengar
oleh pendengar. Bukan itu sahaja, seseorang penyampai perlu ada keyakinan dan
kekuatan dalam diri untuk berucap atau menyampaikan sesuatu secara lisan agar
pendengar memahami maksud penyampaiannya.
Seorang pendengar juga perlu peka dengan perkara yang disampaikan. Jika
pendengar tidak tahu atau memahami perkara yang hendak disampaikan, maka
komunikasi yang berlaku tidak akan tercapai.


Refleksi
      Secara keseluruhannya, komunikasi adalah satu perkara yang penting dalam
kehidupan seharian kita. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang Berjaya
difahami dan diterima oleh penyampai dan pendengar. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa komunikasi ini boleh berlaku secara lisan dan juga bertulis. Dalam
berkomunikasi, kesantunan bahasa adalah salah satu perkara yang penting.
Kesantunan berbahasa perlu ada dalam setiap komunikasi, agar komunikasi itu
berjalan lancer dan mudah difahami. Penyampai dan pendengar dapat memahami
perkara yang hendak disampaikan.
BIBLIOGRAFI


Modul Bahasa Melayu Komunikatif 1 ( WAJ3115) TESL Sekolah Rendah, Institut
Pendidikan Guru, Jun 2011


Modul Bahasa Melayu Komunikatif 11 ( WAJ3116) TESL Sekolah Rendah, Institut
Pendidikan Guru, Jun 2011


www.tutor.com.my/.../kesantunan_berbahasa.htm
www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf -
ISI KANDUNGAN


  1. Pengenalan                              1
  2. Definisi dan Konsep Komunikasi          2
  3. Bentuk komunikasi dan Pandangan tokoh   3
  4. Kesantunan berbahasa                    4- 9
  5. Kesantunan dalam komunikasi             10-15
  6. Bentuk komunikasi bertulis              16- 21
  7. Komunikasi lisan                        22- 25
  8. Refleksi                                25
KomunikasiBerkesan

More Related Content

What's hot

Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Nas Hafizah Nasrullah
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Alif Akram
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Noor Salina
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiNURLIDYAWATI JASMIN
 

What's hot (20)

Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Asal usul bm
Asal usul bmAsal usul bm
Asal usul bm
 
Wacana Penulisan
Wacana Penulisan Wacana Penulisan
Wacana Penulisan
 
Nik safiah karim
Nik safiah karimNik safiah karim
Nik safiah karim
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.Unit 6 tokoh-tokoh bm.
Unit 6 tokoh-tokoh bm.
 
Peraturan berbahasa
Peraturan berbahasaPeraturan berbahasa
Peraturan berbahasa
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawiSejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
Sejarah perkembangan ejaan rumi dan jawi
 

Viewers also liked

Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Inbmy
 
Bahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisBahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisTEACHER EDUCATION
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) Izzah Zahh
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
Bm komunikasi kpli09_bm1150_d
Bm komunikasi kpli09_bm1150_dBm komunikasi kpli09_bm1150_d
Bm komunikasi kpli09_bm1150_dbond82
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaJenChing Teoh
 
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasiHoloman Halimunan
 

Viewers also liked (20)

Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103Buku skrap GBM 1103
Buku skrap GBM 1103
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Bahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulisBahasa dalam komunikasi bertulis
Bahasa dalam komunikasi bertulis
 
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1) BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
BAHASA MELAYU KOMUNIKASI (BAB 1)
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
PAV
PAVPAV
PAV
 
Pidato spontan
Pidato spontanPidato spontan
Pidato spontan
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasi
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
Harga sebuah kejujuran
Harga sebuah kejujuranHarga sebuah kejujuran
Harga sebuah kejujuran
 
Bm komunikasi kpli09_bm1150_d
Bm komunikasi kpli09_bm1150_dBm komunikasi kpli09_bm1150_d
Bm komunikasi kpli09_bm1150_d
 
NOVEL SALINA
NOVEL SALINANOVEL SALINA
NOVEL SALINA
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Bahasa melayu Riau
Bahasa melayu RiauBahasa melayu Riau
Bahasa melayu Riau
 
Ciri ciri perbahasan
Ciri ciri perbahasanCiri ciri perbahasan
Ciri ciri perbahasan
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
Isl 6
Isl 6Isl 6
Isl 6
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cinaPerkahwinan tradisional masyarakat cina
Perkahwinan tradisional masyarakat cina
 
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
36010348 masalah-bahasa-dan-komunikasi
 

Similar to KomunikasiBerkesan

Tugas bhs indonesia (1)
Tugas bhs indonesia (1)Tugas bhs indonesia (1)
Tugas bhs indonesia (1)winnarsih1
 
Bab 1 Definisi & konsep komunikasi
Bab 1 Definisi & konsep komunikasiBab 1 Definisi & konsep komunikasi
Bab 1 Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 
Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38bab11
 
Kesantunan masyarakat malaysia
Kesantunan masyarakat malaysiaKesantunan masyarakat malaysia
Kesantunan masyarakat malaysiaDemolish Wolf
 
Sk kd smp bhs inggris
Sk  kd smp bhs inggrisSk  kd smp bhs inggris
Sk kd smp bhs inggristengkurafi1
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahSha Amran
 
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006MGMPBING SMPKABSER
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Nor Yusof
 
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdf
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdfHambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdf
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdfAdrianRafael7
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMohammadSiddiq26
 
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5Rpp bahas indonesia sma xii bab 5
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5eli priyatna laidan
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaAi Rahayu
 
Bahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasiBahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasiAtykah Aura
 
Budaya , Jenis Kelamin dan Mendengarkan
Budaya , Jenis Kelamin dan MendengarkanBudaya , Jenis Kelamin dan Mendengarkan
Budaya , Jenis Kelamin dan MendengarkanRatih Aini
 
Makalah zulfadli mulyana 032117075
Makalah zulfadli mulyana  032117075Makalah zulfadli mulyana  032117075
Makalah zulfadli mulyana 032117075zulfadlimulyana44
 
komunikasi internasional dan negosiasi
komunikasi internasional dan negosiasikomunikasi internasional dan negosiasi
komunikasi internasional dan negosiasiRia Palupi
 
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)SyifaARN
 

Similar to KomunikasiBerkesan (20)

Bahan ajar
Bahan ajarBahan ajar
Bahan ajar
 
Tugas bhs indonesia (1)
Tugas bhs indonesia (1)Tugas bhs indonesia (1)
Tugas bhs indonesia (1)
 
Bab 1 Definisi & konsep komunikasi
Bab 1 Definisi & konsep komunikasiBab 1 Definisi & konsep komunikasi
Bab 1 Definisi & konsep komunikasi
 
Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38Mlcs final-9-38
Mlcs final-9-38
 
Kesantunan masyarakat malaysia
Kesantunan masyarakat malaysiaKesantunan masyarakat malaysia
Kesantunan masyarakat malaysia
 
Sk kd smp bhs inggris
Sk  kd smp bhs inggrisSk  kd smp bhs inggris
Sk kd smp bhs inggris
 
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjahKomunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
Komunikasi berkesan di dalam dan luar bilik darjah
 
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006
SK-KD BAHASA INGRIS SMP K- 2006
 
Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)Kemahiran insaniah (Soft skills)
Kemahiran insaniah (Soft skills)
 
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdf
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdfHambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdf
Hambatan Komunikasi Akibat Perbedaan Pengetahuan.pdf
 
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.pptMetodologi_pengajaran_bahasa.ppt
Metodologi_pengajaran_bahasa.ppt
 
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5Rpp bahas indonesia sma xii bab 5
Rpp bahas indonesia sma xii bab 5
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasa
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Bahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasiBahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa sebagai alat komunikasi
 
Budaya , Jenis Kelamin dan Mendengarkan
Budaya , Jenis Kelamin dan MendengarkanBudaya , Jenis Kelamin dan Mendengarkan
Budaya , Jenis Kelamin dan Mendengarkan
 
Makalah zulfadli mulyana 032117075
Makalah zulfadli mulyana  032117075Makalah zulfadli mulyana  032117075
Makalah zulfadli mulyana 032117075
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
komunikasi internasional dan negosiasi
komunikasi internasional dan negosiasikomunikasi internasional dan negosiasi
komunikasi internasional dan negosiasi
 
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
Pertemuan 1 komkep (melakukan komunikasi)
 

KomunikasiBerkesan

  • 1. Pengenalan Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan pengolahan yang menarik. Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian; baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik. Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
  • 2. Definisi dan Konsep Komunikasi Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson (1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan, jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan mencapai persamaan makna. Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
  • 3. Bentuk komunikasi Pandangan dari tokoh-tokoh terkemuka mengenai komunikasi ;
  • 4. Kesantunan berbahasa Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar. Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang berbunyi: “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”. Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
  • 5. keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu. Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka. Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut: Ketika orang diam Aku bersorak Ketika orang duduk aku berdiri Ketika orang memberi Aku meminta Ketika orang bekerja Aku terlena Ketika orang dipuncak Aku masih merangkak.
  • 6. Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat, bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya dalam keadaan tertentu. Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun 2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 diajarkan Komsas. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat: · melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan; · menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain. Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai
  • 7. contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah: 1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik. 1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun. 1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi seseorang. Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran adalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada, khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis. Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini: “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah. “Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka pintu. Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga. Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. “Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.” Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
  • 8. yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan harapannya itu. Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan. (Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54) Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa. (a) Perlakuan bahasa (i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan “Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak.” (ii) Kata-kata pujian “…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” (iii) Kata panggilan yang sesuai “Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli. “Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan. (b) Bukan perlakuan bahasa (i) Empati Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan. (ii) Air muka/ raut wajah …wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
  • 9. (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa. Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan, telitilah kalimat ini: Santunkah kita Apabila berbicara mendabik dada Apabila bercakap bohong belaka Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna Apabila mengajar kepalang ajar Apabila berjanji dimungkiri Ada akal tidak berfikir Ada Ilmu tanpa amal Santunkah kita Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta Kita mencintai kehidupan melupai kematian Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan. Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik
  • 10. antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan Pencipta. Kesantunan Dalam Komunikasi Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972). Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya. Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal. Kesantunan Berbahasa Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan 1. sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan 2. bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai 3. sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan 4. gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. 6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
  • 11. pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. 8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 9, Lihat contoh berikut: Digunakan untuk orang lelaki Pak yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunaka utnuk orang Mak perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira Tok sebaya dengan datuk atau nenek kendiri. Digunakan untuk orang lelaki Abang yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua Kakak emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. Digunakan untuk orang lelaki Adik atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
  • 12. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan 10. Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su. Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik. ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya. 12. Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja. 13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed. Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
  • 13. pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad. Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya. Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya. Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.) 14. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu). Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
  • 14. Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh). 15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 16. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman 17. Rujukan Hormat
  • 15. Orang Yang Disapa Rujukan Hormat Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Duli Yang Maha Mulia Ampuan, Raja Permaisuri Balu Raja Yang Maha Mulia Raja Muda atau Tengku Duli Yang Teramat Mulia atau Mahkota Yang Teramat Mulia Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia Bergelar warisan Yang Mulia Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Yang Amat Berhormat Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil Yang Berhormat rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai Yang Berhormat Mulia gelaran Tengku atau Raja Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun Yang Berbahagia dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif Ketua Polis Negara Yang Amat Setia Hakim, Kadi Yang Arif Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
  • 16. BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis. Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya. Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud. Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan berprinsip. Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu, remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut peredaran zaman. Bentuk komunikasi bertulis Memo Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan. Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan ada memo yang tersedia dalam bentuk borang. Tujuan memo  Memberi maklumat dan fakta  Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
  • 17.  Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan Ciri Memo  Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas  Terus kepada maksud  Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat  Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh, perkara, tandatangan dan sebagainya.  Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo. Bentuk Memo Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan bentuk terbuka. Memo Bentuk Borang Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk catatan tambahan jika perlu. Memo Bentuk Terbuka Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi tujuan memudahkan urusan.
  • 18. Bahasa Memo Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya: • ringkas, padat dan jelas • Lembut dan berdiplomasi • Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca • Tidak menimbulkan prasangka. • Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif. Langkah Menulis Memo Merancang: • Tujuan penulisan memo tersebut • Mengenal pasti siapakah sasaran • Apa yang diharapkan • Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut Menulis • Menepati tujuannya • Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut • Satu isi satu perenggan Menyemak • Maklumatnya adakah tepat dan betul • Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca • Konstruktif Minit Mesyuarat Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan, segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit
  • 19. mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan Pengerusi dalam masa tiga hari. Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai tujuan tertentu, antaranya:  Bertukar-tukar fikiran antara ahli  Mendapatkan idea-idea baharu  Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak  Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara. Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat. Jenis Minit Mesyuarat Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada beberapa jenis: Mesyuarat Jawatankuasa Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut. Mesyuarat Agong Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang
  • 20. lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar. Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara, membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu. Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli. Mesyuarat Khas Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih teruk. Mesyuarat Agung Luar Biasa Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara. Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat agung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi satu isu sahaja. Ciri Minit Mesyuarat Tulen:  Ringkas dan padat.  Tidak direka-reka.  Bukan bentuk laporan.
  • 21.  Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama ahli mesyuarat Lengkap:  Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan  Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Tepat  Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di bincangkan dalam mesyuarat.  Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah pandangan pencatat. Sahih  Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang berkaitan.  Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit mesyuarat.  Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan fakta-fakta lain. Berstruktur  Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.  Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut urutan.
  • 22. KOMUNIKASI LISAN Pidato Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan. Melalui aktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan. Definisi pidato Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta mempengaruhi pendengar. Tujuan 1) Memberi penerangan: menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting. 2) Memberitahu: perkara yang baru 3) Memberi keyakinan: meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik 4) Mempengaruhi: Memberi penekanan dan perhatian Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik  Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.  Aras bahasa bersesuaian dengan audien.  Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.  Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.  Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
  • 23.  Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab Gaya Penyampaian  Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.  Jangan kaku dan beraksi berlebihan  Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.  Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.  Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah yang terlalu serius.  Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis. Gaya dan Intonasi  Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.  Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian  Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.  Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk  Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi  Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi Syarahan Satu bentuk komunikasi sehala - Disampaikan secara individu - Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan Definisi Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  • 24. -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan Tujuan Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting tentang tajuk tersebut. Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal ehwal semasa yang menarik. Format Syarahan Pembuka Kata Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang berkenaan. Isi atau amanat Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan. Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini. Penutup Isi/ amanat Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam syarahan tadi. Penutup syarahan Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan tadi akan memanfaatkan para hadirin. Bentuk-bentuk Halangan dalam berkomunikasi Terdapat pelbagai bentuk halangan dalam berkomunikasi terutama komunikasi lisan. Dari segi keberkesanan penyampaian sesuatu perkara. Seseorang penyampai harus memahami apa yang hendak disampaikan. Mengenalpasti siapakah yang akan mendengar , suasana tempat penyampaian. Sekiranya dalam suasana yang bising sudah pasti perkara yang hendak disampaikan tidak dapat diterima atau didengar oleh pendengar. Bukan itu sahaja, seseorang penyampai perlu ada keyakinan dan kekuatan dalam diri untuk berucap atau menyampaikan sesuatu secara lisan agar pendengar memahami maksud penyampaiannya.
  • 25. Seorang pendengar juga perlu peka dengan perkara yang disampaikan. Jika pendengar tidak tahu atau memahami perkara yang hendak disampaikan, maka komunikasi yang berlaku tidak akan tercapai. Refleksi Secara keseluruhannya, komunikasi adalah satu perkara yang penting dalam kehidupan seharian kita. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang Berjaya difahami dan diterima oleh penyampai dan pendengar. Seperti yang kita sedia maklum bahawa komunikasi ini boleh berlaku secara lisan dan juga bertulis. Dalam berkomunikasi, kesantunan bahasa adalah salah satu perkara yang penting. Kesantunan berbahasa perlu ada dalam setiap komunikasi, agar komunikasi itu berjalan lancer dan mudah difahami. Penyampai dan pendengar dapat memahami perkara yang hendak disampaikan.
  • 26. BIBLIOGRAFI Modul Bahasa Melayu Komunikatif 1 ( WAJ3115) TESL Sekolah Rendah, Institut Pendidikan Guru, Jun 2011 Modul Bahasa Melayu Komunikatif 11 ( WAJ3116) TESL Sekolah Rendah, Institut Pendidikan Guru, Jun 2011 www.tutor.com.my/.../kesantunan_berbahasa.htm www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf -
  • 27. ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 1 2. Definisi dan Konsep Komunikasi 2 3. Bentuk komunikasi dan Pandangan tokoh 3 4. Kesantunan berbahasa 4- 9 5. Kesantunan dalam komunikasi 10-15 6. Bentuk komunikasi bertulis 16- 21 7. Komunikasi lisan 22- 25 8. Refleksi 25