Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Program Pendidikan Kesihatan

  • Sé el primero en comentar

PROGRAM ADHOC/PROSTAR

  1. 1. PKE3043EPKE3043E PENDIDIKAN KESIHATANPENDIDIKAN KESIHATAN && KESELAMATANKESELAMATAN
  2. 2. ILYA ADIRA BINTI JAININILYA ADIRA BINTI JAININ NUR AMALINA BINTI MOHAMADNUR AMALINA BINTI MOHAMAD NOORNOOR
  3. 3. PROGRAM ADHOC & PROSTAR KONSEP & MATLAMAT PROGRAM (PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS)
  4. 4. PROGRAM ADHOC
  5. 5. PENGENALAN DAN KONSEP Program Ad-Hoc ialah program sementara yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk tujuan sementara sahaja. Program ini pada kebiasaannya diadakan secara tiba-tiba mengikut isu/ keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah. Secara umumnya, program ADHOC ini boleh dilaksanakan sekali gus dengan program yang telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah.
  6. 6. ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan jenis tertentu jawatankuasa yang dilantik. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk berurusan dengan isu tertentu dan jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di atasi atau diselesaikan. Jawatankuasa bertindak ini akan memberikan tindakan sementara untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi proses biasa dari organisasi milik panitia.
  7. 7. Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan secara sementara seperti kawalan sementara isu atau perlembagaan organisasi tersebut. Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes, tempoh masa yang cukup panjang atau mungkin tidak terhad kewujudannya. Dalam kes seperti ini, sebuah kumpulan kerja awal atau perbincangan dapat memberikan kedudukan yang kekal sebuah organisasi.
  8. 8. Sebagai kesimpulannya, program ADHOC merupakan satu program yang diadakan oleh pihak sekolah bagi menangani sebarang isu yang timbul secara tiba-tiba dengan menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya mengatasi isu atau masalah yang timbul.
  9. 9. MATLAMAT PROGRAM ADHOC Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah tentang bahaya wabak penyakit yang sedang menular. Memberi pendedahan semua warga tentang cara-cara mencegah wabak sesuatu penyakit itu daripada merebak. Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang merebak daripada berjangkit.
  10. 10. Memberi pengetahuan mengenai amalan kebersihan dan kesihatan persekitaran dan impak kepada diri. Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan yang perlu diambil kira semasa bencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.
  11. 11. PELAKSANAAN PROGRAM ADHOC Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di setiap kelas Memastikan setiap tandas bersih Menekankan penggunaan sabun antiseptik semasa mencuci tangan Kempen memakai topeng muka Mengelakkan berkongsi barangan seperti tuala, minuman.
  12. 12. PROSTAR
  13. 13. PENGENALAN AIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang melanda umat manusia. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini. Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986. Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun. Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV dilaporkan di Malaysia.
  14. 14. Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun. Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu. Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah. Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang boleh menjurus kepada merebaknya HIV semakin ketara dan membimbangkan.
  15. 15. Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.
  16. 16. KONSEP  PROSTAR adalah singkatan kepada “Program SihatTanpaAIDS untuk Remaja”.  Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja.  Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.  Pelancaran program ini telah disempurnakan olehTimbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
  17. 17. Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama. PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”. Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup SihatTanpaAIDS. Sebagai PRS, mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.
  18. 18. Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi membendung gejala sosial daripada berleluasa. Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik, dibimbing dan didorong ke arah remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda remaja. Dengan adanya PRS yang juga merupakan rakan sebaya kepada murid-murid yang bermasalah ini mereka akan mudah didekati melalui teman. Perkongsian masalah dengan rakan mungkin dapat membantu murid-murid tersebut meninggalkan gejala negatif tersebut.
  19. 19. OBJEKTIF PROSTAR DITUBUHKAN Menyemai sikap positif dalam kalangan murid-murid agar prihatin akan masalah penyakit AIDS yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda para pelajar pada masa ini. Menggalakkan para pelajar mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV. Mendedahkan maklumat kepada para pelajar mengenai cara pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS. Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada para pelajar akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya Menjamin PROSTAR sentiasa bergerak di atas satu landasan dan satu matlamat untuk melahirkan satu generasi yang sihat dan produktif
  20. 20. PELAKSANAAN PROSTAR Melalui promosi menggunakan media massa bagi menyebarkan maklumat secara meluas. Melalui latihan PROSTAR iaitu remaja akan menjalani latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar. Latihan PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.
  21. 21. Kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui kelab PROSTAR. Kelab ini akan menguruskan pendaftaran, merancang dan melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kelab ini merupakan satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS.
  22. 22. AKTIVITI-AKTIVITI Ceramah Pameran Kempen kesedaranAIDS Kem-kem motivasi Sesi kaunseling remaja Latihan PRS PROSTAR Membuat promosi di LamanWeb PROSTAR
  23. 23. CERAMAH
  24. 24. PAMERAN
  25. 25. KEMPEN KESEDARAN AIDS
  26. 26. KEM MOTIVASI
  27. 27. SESI KAUNSELING REMAJA
  28. 28. LATIHAN PRS PROSTAR
  29. 29. PROMOSI LAMAN WEB PROSTAR
  30. 30. PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS
  31. 31. Penyakit AIDS merupakan singkatan perkataan Bahasa Inggeris ‘Acquired Immune Defiency Syndrome’ iaitu Sindrom Kurang Daya Melawan Penyakit. Penyakit AIDS adalah disebabkan oleh HIV iaitu‘Human ImmuneodeficiencyVirus’. Virus tersebut akan merosakkan sistem imun badan menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit lain. Kadar kematian penjangkit AIDS adalah sangat tinggi kerana belum terdapat penawar yang berupaya mengubati penyakit tersebut.
  32. 32. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani TUJUAN
  33. 33. Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids. Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids
  34. 34. Matlamat Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas DadahTahun 2012.”
  35. 35. Visi  Sekolah Bebas DadahTahun 2012 - Negara Bebas Dadah Tahun 2015 Misi  Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.
  36. 36. JAWATANKUASA PELAKSANA PROG
  37. 37. PROGRAM PENDIDIKANPROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDSPENCEGAHAN AIDS
  38. 38. Program Kaunseling dan Ujian Sukarela. Sesi kaunseling dan ujian secara sukarela (VCT) yang dimulakan oleh klien membantu seseorang itu untuk mengetahui status mereka. Ujian HIV dilaksanakan oleh pemberi khidmat (Doktor Sekolah),menjadi laluan kepada perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan HIV. Keadaan-keadaan di mana ujian dan kaunseling yang diberikan mestilah diperbaiki bagi mengelakkan daripada orang ramai kurang mengambilnya, disebabkan oleh takut kepada stigma dan lain-lain reaksi negatif kepada pendedahan status seseorang. http://www.unicef.org/malaysia/msl/hiv_aids_6656.html
  39. 39. Program Penggunaan Kondom Kepada Hubungan Seks Berisiko. Melaksanakan program pendidikan yang berkonsepkan CERAMAH.
  40. 40. Program Pengurangan Risiko Melalui Jarum Suntikan. Mengadakan PAMERAN mengenai risiko penggunaan jarum suntikan.
  41. 41. Program Penyediaan Darah dan Pemindahan Darah Yang Selamat. Melancarkan kempen kesedaran mengenai Program Pendermaan dan Penerimaan Darah.
  42. 42. SURAT PEKELILING PELAKSANAAN PROGRAM PENCEGAHAN DI SEKOLAH
  43. 43. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004Mempe
  44. 44. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010Pelaks
  45. 45. SURAT SIARAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DI SEKOLAH
  46. 46. Surat Siaran 1/2015 : Pelaksanaan Pro
  47. 47. Kesan Positif Program Pendidikan Pencegahan HIV-AIDS Pelajar mendapat pengetahuan asas akan cara penularan Hiv- Aids. Sedar akan kepentingan kesihatan diri dan menghindarkan diri dari gejala sosial yang tidak baik. Pelajar takut dijangkiti penyakit Aids. Pelajar dapat menerima kawan yang berpenyakit Aids. (Tak ada diskriminasi).
  48. 48. Kesan Negatif Program Pendidikan Pencegahan HIV-AIDS Pendidikan pencegahan HIV-Aids menghadapi tantangan apabila dinilai dari sudut gama dan budaya. Promosi tentang kondom, sebagai salah satu dari banyak cara pencegahan HIV adalah sensitif. Ini karana terdapat masyarakat dan juga guru-guru berpendapat bahawa pendidikan pencegahan HIV seperti promosi tentang kondom secara tidak langsung mendorong golongan muda terlibat dalam gejala sosial yang bebas. (Sex bebas)
  49. 49.  Timbul kerisauan di kalangan masyarakat yang menerima bantuan dermaan darah.  Takut dijangkiti penyakit Aids melalui penerimaan darah.
  50. 50. RUJUKAN AsiahAbu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education.Toronto:The V. Mosby Company Colfer, G. R., Hamilton, K. E. Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education. Iowa:Wm. C. Brown Publisher Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur. Teng BoonTong. (1989). Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan. ShahAlam: Karisma Production Sdn. Bhd.

×