Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Tutorial dan isl sdp minggu 3

  • Inicia sesión para ver los comentarios

Tutorial dan isl sdp minggu 3

  1. 1. Tutorial dan ISL SDP minggu 3 ‘Izzat Najmi Bin Ibrahim Jeffrey Yeoh Ze Hui Syaakir Maarif Bin Mastor
  2. 2. Peta cerita mengenai kepekaan deria Kisah kancil, kerbau dan buaya
  3. 3. Satu hari sang buaya berenang-renang di sekitar sungai mencari makanan. Kemudian entah macam mana sebatang pokok reput tumbang lalu menghempap badan sang buaya yang malang.
  4. 4. "Tolong, tolong aku," kata sang buaya mendayu-dayu sambil menahan kesakitan namun tidak ada satu makhluk pun yang mendengar teriakan nya.
  5. 5. Dijadikan cerita maka dengan takdir Illahi seekor kerbau melalui kawasan sungai itu untuk meminum air. Alangkah gembiranya sang buaya apabila melihat kelibat sang kerbau lalu dia berkata,
  6. 6. "Wahai sang kerbau yang budiman, tolonglah aku untuk mengalihkan batang kayu yang menimpa badan ku ini dengan menggunakan tanduk mu yang kuat itu. Sudah seharian aku meminta tolong tapi tidak ada satu haiwan pun yang mendengar panggilan ku. Tolonglah aku wahai sahabat."
  7. 7. Sang kerbau berfikir sejenak lalu berkata, "Aku boleh menolong mu wahai buaya tapi dengan satu syarat. Janganlah kau apa-apakan aku nanti setelah aku mengalihkan batang kayu itu dari badan mu."
  8. 8. "Baiklah, aku berjanji" kata sang buaya. Lalu dengan segala kudrat dan kekuatannya sang kerbau pun mengangkat batang kayu tersebut dari badan sang buaya dan mencampakkannya ke tepi. Akan tetapi dengan tiba-tiba dan tanpa disangka- sangka sang buaya lalu menggigit kaki sang kerbau setelah dia boleh bergerak.
  9. 9. "Aduhhhhh!!!!!!!" jerit sang kerbau kesakitan. "Kamu sudah berjanji padaku untuk tidak mengapa-apakan diriku namun kenapa kamu menggigit kaki di saat aku telah menolong mu wahai sang buaya," kata sang kerbau sambil meringis kesakitan.
  10. 10. Ditakdirkan seekor kancil melalui kawasan di mana sang kerbau dan sang buaya berada dan telah melihat segala kejadian antara sang kerbau dan sang buaya. Sang kancil merasa simpati dengan sang kerbau kerana telah ditipu oleh sang buaya lalu sang kancil merancang helah untuk membebaskan sang kerbau.
  11. 11. Lalu sang kancil pun pergi ke tempat di mana sang kancil dan sang buaya berada lalu sang kancil bertanya, "Apakah yang telah terjadi di sini wahai sang buaya, sang kerbau? lalu sang buaya dan sang kerbau pun menceritakan apa yang telah terjadi dari mula sampai akhir. Sang kerbau mempertahankan pendiriannya yang sang buaya tidak sepatutnya memungkiri janji. Sang buaya pula mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak bersalah kerana sudah lumrah alam bahawa sang kerbau adalah makanannya.
  12. 12. "Baiklah, aku akan memutuskan siapa di antara kamu berdua yang berkata benar tapi sebelum itu aku ingin melihat situasi sebenar bagaimana sang buaya ditimpa pokok kayu sehinggalah sang kerbau datang menolong." Kata sang kancil dan kedua-dua haiwan itu pun bersetuju.
  13. 13. Wahai sang buaya, lepaskan lah dulu cengkaman mulut mu dari kaki sang kerbau dan sang kerbau, angkatlah kembali batang pokok kayu tersebut dan letakkan di atas badan sang buaya." arah sang kancil. Setelah cengkaman mulut sang buaya terlepas dari sang kerbau maka sang kerbau menjalankan tugasnya mengangkat batang kayu yang menghempap badan sang buaya dan meletakkan di atas sang buaya sehingga sang buaya tidak dapat bergerak.
  14. 14. "Hahh!! Apa lagi yang kamu tunggu, inilah masanya untuk kamu melepaskan diri dari sang buaya yang keji ini." Barulah sang kerbau menyedari yang itu semuanya adalah tipu muslihat sang kancil semata- mata. Setelah mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sang kancil telah menolongnya, maka tanpa berlengah- lengah lagi sang kerbau pun segera beredar dari kawasan itu.
  15. 15. Kepekaan deria yang telah digunakan: Deria sentuh – sang kerbau berasa sakit apabila kakinya digigit oleh sang buaya. Deria dengar – kerbau mendengar sang buaya meminta tolong cepat menuju ke arah di mana sang buaya dihempap kayu balak dan menyelamatkan sang Singa. Deria lihat – sang kancil melihat sang buaya yang menipu sang kerbau
  16. 16. (b) Bayangkan diri anda berada dalam situasi berikut:  tepi laut  stesen keretapi  pasar malam  Kenalpasti dan senaraikan perkara-perkara yang anda tinjau dalam salah satu situasi di atas.
  17. 17. Tepi Laut  Lihat - Ombak - Orang bersantai di tepi pantai, berenang, bermain pasir, penjaja yang menjual makanan dan minuman. - Pokok kelapa yang ditiup angin. - Pasir yang putih, air yang jernih, langit yang berawan. - Pelbagai jenis ikan berenang di dalam laut.
  18. 18.  Dengar - Ombak - Suara orang ramai bersuka ria. -bayu laut bertiupan  Rasa - Rasa gembira - Rasa segar - Rasa bertenang - Rasa kesejukan angin
  19. 19.  Sentuh - Air laut dan pasir yang sejuk - Ikan - Kerang-kerang yang berlainan rupa dan jalinan  Hidu - Bau air laut yang masin - Bau makanan
  20. 20. Stesen Kereta Api  Lihat - Orang ramai sedang berborak sambil menunggu kereta api. - Kerusi untuk disediakan untuk penumpang. - Tiang lampu yang seragam di tepi landasan kereta api. - Kaunter menjual tiket - Pegawai keselamatan - Landasan kereta api - Kereta api - Asap kereta api keluar dari corong kereta api - Gerai-gerai makanan dan minuman - Bagasi-bagasi
  21. 21.  Dengar - Bunyi kereta api - Suara berborak - Suara tangkisan yang sedih - Bunyi wisel  Rasa - Sedih kerana berpisah dengan keluarga - Rasa gembira - Kesunyian kerana berseorangan  Sentuh - Sentuh orang kerana kesesakan orang. - Bagasi-bagasi dan beg-beg  Hidu - Bau asap kereta api yang busuk - Bau makanan dan minuman
  22. 22. Pasar Malam  Lihat - Penjual sedang berusaha untuk menarik perhatian orang - Orang berlanggaran antara satu sama lain kerana kesesakan orang di pasar malam. - Gerai-gerai yang berlainan jenis (makanan, minuman, pakaian, kraf tangan) - Tiang lampu, payung besar, kanvas - Haiwan-haiwan untuk dijual
  23. 23.  Dengar - Suara tawar menawar antara penjual dan pembeli - Jeritan penjaja untuk menarik perhatian. - Suara tangisan budak kerana tidak dapat cari ibu. - Suara bersembang antara orang.  Rasa - Rasa kesesakan - Rasa panas - Rasa gembira  Sentuh - Barang-barang yang dijual. - Sentuh dengan orang yang kesesakan di pasar malam. - Sentuh dengan duit semasa jual beli berlaku.  Hidu - Bau peluh - Makanan dan minuman yang beraneka jenis. - Bau asap

×